Friday, April 26, 2024

Konfflik Irael-Iran 4: Konsert S/Norhaliza

 


Penunjuk perasaan pro-Palestin di Universiti California Selatan berdepan dengan pegawai Keselamatan Awam Universiti yang cuba merobohkan khemah yang ditubuhkan mereka sebagai tanda protes terhadap genosid Israel ke atas orang awam di Semenanjung Gaza di California pada hari ini, 23 April, waktu tempatan. (FOTO: ABC News)

Protes pro-Palestin merebak di universiti seluruh Amerika

TEHRAN: Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kan’ani berkata bahawa dunia menuntut dihentikan jenayah genosid penduduk Palestin di Semenanjung Gaza walaupun dengan kehendak jahat yang masih meluap-luap Israel dan penyokongnya.

Di sebalik kehendak pegawai rejim Israel yang bersifat palsu dan pengganas, dunia kini bertekad untuk menghentikan jenayah perang di Gaza dan Tebing Barat, tulis Kan’ani pada di platform X miliknya pada hari ini, Khamis (25 April).

“Dunia kini menuntut perbicaraan penjenayah oleh mahkamah antarabangsa yang kompeten,” kata diplomat kanan Iran itu.

Beliau merujuk kepada kemarahan yang terus membuak-buak di kampus universiti di seluruh Amerika Syarikat terhadap perang genosid Israel yang berterusan di Gaza, kini sudah melebihi 200 hari.

Sebanyak 31 organisasi pelajar Harvard pada hari ini, Rabu (24 April), waktu tempatan telah melaungkan protes pro-Palestin mereka bahawa Zionis Israel ‘bertanggungjawab sepenuhnya atas semua keganasan yang berlaku’, dan serangan oleh pejuang Islam Hamas (ke atas Israel pada 7 Oktober 2023) tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab di sebaliknya’. 

Sekumpulan 31 organisasi Universiti Harvard telah meletakkan kesalahan kepada Israel atas serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober 2023. (FOTO: Twitter/@HarvardPSC)

Mengeluarkan Kenyataan Bersama oleh Harvard Palestine Solidarity Groups on the Situation in Palestine, organisasi itu berkata, Israel telah memaksa rakyat Palestin untuk tinggal di ‘penjara terbuka selama lebih dua dekad’ di Gaza dan Tebing Barat, lapor Arab News.

Kenyataan itu menambah: “Rejim apartheid adalah satu-satunya yang harus dipersalahkan. Keganasan Israel telah menstrukturkan setiap aspek kewujudan Palestin selama 75 tahun.

“Daripada rampasan tanah yang sistematik kepada serangan udara rutin, penahanan sewenang-wenangnya, pusat pemeriksaan tentera, pemisahan keluarga secara paksa, dan pembunuhan yang disasarkan.”

Protes pro-Palestin yang bermula minggu lalu di Universiti Columbia kini telah merebak ke beberapa universiti lain termasuk Unversiti Harvard, Texas, Brown dan California Selatan. 

Papan tanda yang berbunyi, “Selamat Datang ke Universiti Rakyat untuk Palestin” ditunjukkan tepat di luar perkhemahan, di kampus Universiti Columbia, pada hari ini, Rabu, 24 April 2024, waktu tempatan di New York City. (FOTIO: USA Today)

Pelajar-pelajar di beberapa universiti berprestij AS yang lain juga memulakan aksi ‘duduk’ berkumpulan mereka dengan memasang khemah pada hari ini, Rabu (24 April), waktu tempatan sebagai protes terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan di Gaza.

Gerombolan pelajar dari Universiti Brown di Pulau Rhodes dan Universiti California Selatan (USC) turut menyertai universiti lain, termasuk Columbia, untuk menyeru gencatan senjata di Gaza.

Di Universiti Texas, berpuluh-puluh polis tempatan dan askar negeri berbaris untuk menghalang pelajar daripada berarak di dalam kampus, akhirnya menyaksikan pertempuran dengan penunjuk perasaan dan beberapa orang ditahan.

Pada hari ini, Rabu (24 April), waktu tempatan, Kolej Emerson di Boston mendakwa penunjuk perasaan pro-Palestin di pusat bandar itu bahawa mereka melanggar undang-undang bandar dengan menduduki Boylston Place dan mengubahnya menjadi bandar khemah. 

Pelajar Kolej Emerson di Boston membentuk pagar halangan ketika membuat tunjuk perasaan pro-Palestin pada hari ini, 24 April 2024, waktu tempatan sebelum bertempur dengan pihak polis yang menahan sebahagian daripada mereka. (FOTO: Biston,Globe) 

Kolej itu mengeluarkan amaran kepada pelajar bahawa polis mempunyai hak untuk bertindak balas. Walaupun begitu, pelajar tidak berputus asa dan terus memasang bendera dan papan tanda Palestin, berikrar mereka tidak akan beredar.

Sehubungan itu, dalam sekelip mata pihak polus mula membuat tangkapan, dengan laporan menyebut jumlah itu mencecah lebih 40 orang.

Akhbar Kolej Emerson, The Berkeley Beacon, melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 41 orang telah ditangkap. Sebuah kumpulan yang dipanggil Emerson Students for Justice in Palestine pula mendakwa lebih 100 tangkapan telah dibuat.

Universiti Harvard di Massachusetts juga telah mengehadkan akses ke kampusnya dan memerlukan permit untuk mendirikan khemah, tetapi penunjuk perasaan tekad dan nekad mendirikan 14 khemah pada hari ini, Rabu (24 April), waktu tempatan, sebagai tanda protes pro-Palestin. – Agensi – HARAKAHDAILY 25/4/2024

Tiket konsert Siti Nurhaliza licin dalam masa sejam 

Konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 10 Ogos depan.

KUALA LUMPUR: Peminat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuktikan tiada istilah jemu menyaksikan persembahan penyanyi kesayangan ramai apabila tiket Konsert Cinta Di Awan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 10 Ogos depan licin dalam tempoh kurang sejam selepas kaunter pembelian dibuka.

Pada Mac lalu, Siti menganjurkan konsert berskala besar, Sebuah Epitome: Saya Siti Nuhaliza dan akan menghiburkan peminat di Singaoura menerusi Konsert Fenomena Kedua-dua konsert itu turut melakar sejarah apabila tiket habis terjual dalam masa yang singkat.

Berkongsi keterujaan terhadap sambutan mengalakkan terhadap konsert, Siti berkata, sokongan itu memberi petanda dirinya harus memberikan yang terbaik kepada penonton konsert itu.

"Terima kasih kepada peminat atas kepercayaan dan sudah dapatkan tiket. Apa yang penting, apabila dapat sambutan dan saya kena bekerja keras untuk memberikan persembahan dengan impak terbaik.

BERITA BERKAITAN


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiap perjuangan Islam yang murni sepatutya berasaskan kepada 5 prinsip ini..

1.Allah matlamat kami  2.Rasul pemimpin kami  3.Al-Quran perundangan kami  4. Jihad jalan kami dan 5.Syahid cita-cita kami.

Barulah akan terhasilnya konsep 'Samada menang atau syahid, insya Allah!

Sila lihat siri Konflik Israel-Iran.. 

4.
..

Wednesday, April 24, 2024

Konfflik Irael-Iran 3: Suasana terkini (Video)

 


Roket Katyusha yang digunakan Hizbullah. (FOTO: Press TV)

Konfflik Irael-Iran 3: Suasana terkini (Video)

MetroTV, situasi terkini di Iran usai tragedi micro drone Israel. #Metrotv #Metrotv #iran #israel #konfliktimurtengah #palestina #palestine ...


Hizbullah lancar puluhan roket Katyusha serang Israel

BEIRUT: Kumpulan pejuang Islam Hizbullah, yang juga sekutu Hamas berkata pada Isnin ia telah menembak berpuluh-puluh roket Katyusha di utara Israel.

Tindakan itu diambil sebagai tindak balas terhadap insiden serangan yang dilakukan Israel terhadap kawasan-kawasan perkampungan di selatan Lubnan, di Srifa, Odaisseh dan Rab Tlatin. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Hizbullah, pihaknya berkata, ia telah mengebom ibu pejabat Briged Infantri ke-3 Divisyen ke-91 yang terletak di Pangkalan Ein Zeitim menggunakan roket Katyusha, lapor NDTV.

Sementara, pihak tentera Israel dalam pada itu menyatakan pihaknya telah mengenal pasti kira-kira 35 serangan roket yang dilancarkan dari Lubnan ke arah kawasan Ein Zaitim di utara negara itu, dan tiada kecederaan yang dilaporkan. 

“Tentera Israel telah menyerang tempat yang dikatakan menjadi lokasi pelancaran roket itu dijalankan,” dakwa kenyataan itu. 

Sejak serangan pejuang Palestin Hamas pada 7 Oktober 2023 yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel mencetuskan perang di Gaza, terdapat pertukaran tembakan merentas sempadan hampir setiap hari antara tentera Israel dan Hizbullah yang disokong Iran.

Dengan ketegangan Israel-Iran yang memuncak sejak berpuluh-puluh dekad lalu, Hizbullah telah meningkatkan serangannya ke atas sasaran tentera Israel merentasi sempadan.

Ketegangan antara Israel dan Iran yang semakin memuncak pula menyaksikan Tehran mengeluarkan amaran keras sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilakukan Israel. 

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani memberi amaran bahawa sebarang serangan dan ‘kesilapan’ yang dilakukan Israel pada masa akan datang bakal mencetuskan tindak balas yang lebih keras dan tegas dari negaranya. 

Sejak konflik Israel-Hamas 7 Oktober tahun lalu, seramai 376 orang telah terbunuh di Lubnan yang kebanyakannya adalah pejuang Hizbullah, termasuk 70 orang awam– HARAKAHDAILY 23/4/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Konfflik Irael-Iran 3: Suasana terkini (Video). Jom sokong perjuangan Islam Sedunia dan HAMAS.  Jahannam Israel!


Tuesday, April 23, 2024

Konflik Israel Iran 2 PAS M'sia bersama Palestin.


PAS bersama Palestin tidak berbelah bahagi

APABILA Almarhum Mufti Palestin, Syeikh Amin al-Husaini dan beberapa orang pemimpin Islam mengadakan muktamar bagi mempertahankan Palestin pada tahun 30-an, pemimpin-pemimpin Islam dijemput menyertainya termasuk tokoh Islam yang mewakili Tanah Melayu. Mereka bersama-sama menentang penubuhan negara haram bernama Israel oleh kumpulan Zionis dan Freemason yang merancang menjadi kuasa besar tunggal kaum Yahudi bagi mengembalikan semula sejarah Nabi Sulaiman AS. Hakikatnya, Baginda AS menakluk dunia atas nama Islam, bukan kebangsaan Yahudi. Maka, perancangan Zionis tersebut nyata kesesatannya.

Kebanyakan raja-raja dunia, pemimpin negara, para saintis dan ahli falsafah yang tersohor menjadi sasaran sehingga dapat dipengaruhi oleh gerakan Freemason dan Zionis bagi melaksanakan agenda serta perancangannya dalam semua lapangan negara dan antarabangsa.

Almarhum Jeneral Jawwad Rif‘at Atal Khan, mantan pegawai tinggi perisikan Turki ‘Uthmaniyyah berjaya mendapat maklumat hasil penyiasatan terhadap ejen-ejen Freemason dan Zionis yang berjaya ditahan sehinggakan ia dibukukan. Sebahagian daripadanya didedahkan dalam buku Protokol Zionis.

Almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy, mantan Yang Dipertua PAS yang ke-3 pernah mengembara ke Palestin dan Turki. Ketika berada di Palestin, beliau ditahan selama beberapa hari oleh pihak British kerana terlibat dalam bantahan terhadap Pengisytiharan Balfour, melalui demonstrasi yang dilakukan pada tahun 1936.

Pada tahun 1948, penubuhan negara Israel akhirnya diisytiharkan dengan sokongan semua kuasa besar melalui pelaksanaan Perjanjian Sykes–Picot pada tahun 1916 dan Pengisytiharan Balfour pada tahun 1917. Termasuk juga penglibatan para pemimpin negara Arab dan Islam yang berjaya diletakkan di bawah naungan gerakan Freemason dan Zionis secara langsung, sama ada menjadi ahli ataupun rakan dalam kumpulan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau media antarabangsa yang berada di bawah pengaruhnya.

Para pemimpin Islam mengisytiharkan jihad bagi menentang penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948, namun ia telah digagalkan secara bersama oleh negara-negara Islam dan Arab yang terdiri daripada kumpulan sekular yang menerima pengiktirafan negara haram Israel mengikut pengaruh Barat. Sehinggakan, ia sekali lagi dirancang selepas kejayaan Israel menawan Bait al-Maqdis dalam perang 1967 apabila berjaya mengalahkan negara Arab dalam masa enam hari. Diikuti termeterainya Persidangan Madrid, Perjanjian Oslo, dan Perjanjian Camp David dengan cadangan penyelesaian dua negara (two-state solution) bagi Arab Palestin dan Yahudi Israel.

Perkembangan ini menjadikan sebahagian besar negara Islam dan pemimpinnya akur mengalah dengan menerima wujudnya konsep dua negara. Pada masa yang sama, Israel tetap berdolak-dalik tidak menerimanya dengan terus membawa masuk kaum Yahudi datang berhijrah dari seluruh pelosok dunia sehingga mengisytiharkan Bait al-Maqdis menjadi ibu negara haram Israel.

Pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersama kerajaan, parti dan badan bukan kerajaan (NGO) menyokong perjuangan Palestin menentang kezaliman Zionis dengan istiqamah.

Namun, PAS berbeza dengan pihak yang lain kerana PAS menolak penyelesaian dua negara yang disokong oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini yang bersama Barat mendukung penyelesaian dua negara tersebut dan menyokong Palestin secara ‘dibelah-bahagi’.

PAS bersama gerakan Islam (Hamas), Tanzim Jihad, Ansarullah, dan semua kumpulan Islam, serta negara Iran, Syria dan Algeria, menolak wujudnya negara haram Israel.

PAS hanya menerima satu negara Palestin yang tidak dibelah bahagi yang dikuasai oleh Islam bermasyarakat majmuk.

Dua negara Islam telah mengiktiraf Israel sejak awal, iaitu Turki sehingga kini dan Iran pada zaman Syah Iran, namun dibatalkan selepas Syah digulingkan oleh revolusi Islamnya yang mengharamkan negara Israel.

PAS berpegang kepada hukum Islam bahawa Palestin adalah milik Islam dengan nas al-Quran. 

Ikuti selanjutnya ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 13 Syawwal 1445 / 22 April 2024 – HARAKAHDAILY 22/4/2024

Sunni, Syiah: Islam perlu bersatu menentang Zionis 

KUALA LUMPUR: Umat Islam digesa bersatu padu membina kekuatan tanpa mengira Sunni atau Syiah kerana masa depan dan kepentingan umat Islam Palestin perlu diutamakan dan musuh utama umat Islam ialah Zionis laknatullah.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, Abu Irfan Muhammad Al-Urduni berkata, kesatuan ummah adalah asas kekuatan manakala kepentingan agama dan umat Islam seharusnya mendahului kepentingan lain. 

Beliau berkata, terkini sudah menghampiri tujuh bulan saudara kita di Gaza Palestin dizalimi dengan tindakan luar batasan kemanusiaan yang tidak mampu untuk digambarkan.

“Serangan jahat rejim Israel sudah membunuh lebih 34,000 nyawa sepanjang enam bulan perang di Semenanjung Gaza yang diduduki. Seramai hampir 80,000 orang cedera sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023 menyebabkan perpindahan dan kemusnahan besar-besaran. 

“Serangan berterusan Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. Lebih 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung rosak atau musnah sepenuhnya. Bertambah malang, kebuluran terus berlaku di Gaza.

“Justeru, hanya akses yang berterusan dan lebih banyak bekalan diperlukan bagi menyelamatkan nyawa mereka,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini. Dukacita dirasakan menurutnya apabila melihat keadaan umat Islam yang masih tidak dapat membina kata sepakat dalam isu Palestin.  

“Apakah peranan negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestin? Lebih teruk lagi ada yang masih membakar api perpecahan antara Sunni dan Syiah apabila Iran mengambil tindakan ke atas kejahatan Israel,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/4/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konflik Israel Iran 2  PAS M'sia bersama Palestin. Apa lagi, bila kempen politik AS telah mengisytiharkan Islam sebagai musuh baharunya sejak awal 1990-an selepas kejatuhan Soviet Union dulu lagi. (Sila rujuk 'HARAKAHDAILY 22/4/2024')

Sunday, April 21, 2024

Konflik Israel-Iran, K'tan/W.Putra pantau..




Kelantan ikuti rapat perkembangan di Timur Tengah 

Wan Roslan Wan Hamat

KOTA BHARU: Kelantan mempunyai pengalaman membawa pulang pelajar yang belajar di Mesir ketika berlaku pergolakan politik di negara tersebut 10 tahun lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi berkata, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sekiranya konflik di Timur Tengah tidak menunjukkan tanda-tanda reda, kemungkinan akan dipanggil balik pelajar di Jordan.

“Itu kalau suasana tidak mengizinkan, tetapi sekarang kita memantau berdasar maklumat dikeluarkan Wisma Putra dan persatuan pelajar di Jordan,” katanya di sini.

Konflik baharu tercetus di rantau Asia Barat apabila Iran melancar dron dan misil terhadap Israel sebagai membalas dendam ekoran rejim Zionis  menyerang konsulat Iran di Damsyik sehingga mengorbankan 13 rakyatnya.

Sehingga sekarang terdapat seramai 267 pelajar Kelantan yang menyambung pengajian di Jordan.

Wan Roslan juga berkata, kerajaan Kelantan bekerjasama Kementerian Luar Negara bagi memantau konflik Israel dan Iran.

“Kita pun sudah menghantar mesej kepada pelajar di Jordan supaya mengambil langkah keselamatan dan sentiasa berhubung dengan kedutaan serta mematuhi segala peraturan dikeluarkan kerajaan Jordan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/4/2024

PN putuskan calon PRK Kuala Kubu Bharu Isnin ini 


KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi pada Isnin ini bagi memutuskan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu kota pada 22 April pada jam 5 petang. 

(Lanjut sila lihat – HARAKAHDAILY 20/4/2024)

Komen Weblog Ibnu HasyimPRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan pada 11 Mei, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 27 April ini. – HARAKAHDAILY 20/4/2024

Apakah gaya perjuangan di Malaysia kini sama pertarungannnya saperti Konflik Israel-Iran di atas? Sama-sama rebut kuasa sedunia? Siapa ikut jalur siapa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails