Saturday, June 29, 2024

Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

 

Penduduk Islam dari etnik Hui berhadapan dengan pihak polis China bagi mempertahankan Masjid Najiaying di Nagu, dalam wilayah Yunnan, China pada 27 Mei 2023. (FOTO: AsiaNews)

1. Nasib Islam di China: Selepas Uighur, kini Hui

“Saya mahu dunia tahu apa yang sedang kami alami sekarang, dan apa yang kami takuti akan berlaku seterusnya.”

Itu luahan dan keluhan berbaur penuh kebimbangan dan ketakutan penduduk Islam di Najiaying, daerah Tonghai, dalam wilayah Yunnan, China.

Mereka melaungkan suara mewakili etnik Hui – salah satu daripada 56 kumpulan etnik yang diiktiraf oleh Beijing, yang menetap di wilayah Yunnan menempatkan kira-kira 700,000 daripada 10 juta umat Islam di seluruh China; yang mana merujuk kepada jumlah populasi rakyat China yang sudah mencecah jumlah 1.412 bilion, penganut Islam di negara komunis itu adalah kaum minoriti.

“Ia ekoran dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa China telah mengalih keluar seni bina Islam di negara itu secara terang-terangan – memusnahkan kubah dan meruntuhkan menara – daripada lebih seribu masjid etnik Hui di seluruh negara itu,” kata sumber saksi kepada CNN sambil menambah bahawa Masjid Najiaying yang terletak di bandar Nagu itu menjadi salah satu kawasan suci Islam terakhir yang akan ‘dimusnahkan’ oleh kerajaan China.

Ia adalah susulan tindakan kerajaan China yang mahu meneruskan rancangan memusnahkan empat menara dan bumbung kubah Masjid Najiaying, lapor AFP.

Begitulah kira-kira, antara berita tersebut..  (Rujuk HARAKAHDAILY 31/5/2023)


2. Cina masuk Islam bukan jadi Melayu -Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin -Disiarkan pada Februari 21, 2019 @ 12:13pm (MyMetro)

ISLAM meraikan diversiti budaya dan tradisi selagi ia tidak bertentangan dengan ajarannya. FOTO arkib 

ISLAM meraikan diversiti budaya dan tradisi selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Ini kerana Allah SWT menciptakan manusia berbeza-beza bukan untuk berlawanan antara satu sama lain.

Mereka semua perlu sama-sama mengenali dan mengasihi kerana semua manusia berasal daripada nenek moyang pasangan yang sama iaitu Adam dan Hawa.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya”.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails