Saturday, July 06, 2024

M'sia 'tong sampah' pelacur & Orang Cina, X problem..

 

Gambar hiasan: Polis selamatkan wanita warga asing dipaksa melacur, tahan 17 GRO, Tahniah pihak polis!

1. Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 ditahan.

KL: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pelacuran warga asing menerusi operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dengan penahanan 75 individu semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh, berkata operasi yang bermula pada jam 1.45 tengah hari itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Beliau berkata, operasi itu berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu sebelum anggoa pasukan terbabit diatur gerak ke lokasi dan menahan 57 wanita masing-masing 32 warga Indonesia, 11 warga Bangladesh, lapan warga Vietnam dan enam warga India.

"Turut ditahan 10 lelaki masing-masing tujuh warga Bangladesh, dua warga Myanmar dan seorang warga Indonesia yang kesemuanya berusia lingkungan 17 hingga 46 tahun selain tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 65 tahun," menurutnya dalam kenyataan hari ini. (BH)


2. Orang Cina M'sia, no problem! -Ustaz Muhammad Fawwaz 

PAS tidak sekat kebebasan hak kaum Tionghua 

NIBONG TEBAL: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan menolak tuduhan bahawa PAS menyekat kebebasan masyarakat bukan-Islam khususnya kaum Cina dalam menjalankan amalan dan budaya mereka.

Katanya, isu-isu seperti pemakaian seluar pendek, pemakanan dan minuman oleh orang Cina telah diputar belit oleh pihak tertentu bagi menimbulkan ketakutan kepada PAS.

“Ada yang menakut-nakutkan orang Cina dengan mengatakan babi tidak boleh dimakan dan orang Buddha tidak boleh itu dan ini jika kita memerintah. Ini tidak benar.

“Di Permatang Pauh khususnya kita masih bebas mengamalkan budaya masing-masing,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis Ramah Mesra bersama Ahli Perniagaan Kaum Tiong Hua di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa isu promosi arak di Sunway Carnival juga telah diputar belit oleh DAP sedangkan ia berkaitan promosi tanpa lesen dan beliau sendiri telah bertemu dengan pihak berkenaan.

“Selepas pertemuan tersebut, penjualan arak berjalan seperti biasa,” jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.

Menurut Ustaz Muhammad Fawwaz, kedai-kedai yang menjual arak di Permatang Pauh beroperasi seperti biasa, termasuk semasa sambutan Tahun Baru Cina.

“PAS tidak menyekat apa yang menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tiong Hua,” tegasnya mengajak masyarakat untuk melihat negeri-negeri seperti Terengganu dan Kelantan sebagai contoh.

Terangnya, negeri-negeri tersebut telah menjadi contoh sekian lama bahawa tidak ada masalah dalam mengamalkan budaya masing-masing di bawah pentadbiran PAS.

“Bawa sahabat kita ke Terengganu dan Kelantan untuk melihat sesuatu yang berbeza dan memahami bahawa kita menghormati kebebasan budaya mereka,” katanya.

Beliau turut mengingatkan berkaitan pentingnya saling menghormati dan memahami dalam masyarakat yang berbilang kaum. – HARAKAHDAILY 5/7/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah,   tahniah dan syabas pihak Imigresen Malaysia dalam hal ini. Jangan biarkan nagara umat Islam Malaysia dijadikan'tong sampah' kepada pelacur asing.

Apakah perlunya pelacur untuk menarik pelabur? Sama seperti rasuah, arak, judi, zina, riba, konon untuk ekonomi rakyat? Kalau negara China mampu menukar dari padang pasir tandus kepada ladang gandum menghijau besar-besaran, mengapa kepala-otak pemimpin di Malaysia bengap tidak berfikir begitu?

Mengapa kementerian pertanian tak buat projek ternakan ikan talapia besar-besaran keseluruh pelusuk rakyat? Bukan saja hanya bela beberapa ekor di depan rumah?

Bengong??

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

Friday, July 05, 2024

Tidak, HAMAS bukan belajar dari Indon, tapi..

 

Pemimpin tertinggi Hamas Ismail Haniyeh. (AFP)

1. Berani Serang Israel, Hamas Disebut Belajar dari Indonesia dan Vietnam

BeritaHits.id -Kelompok Hamas Palestina    mengklaim bahwa pihaknya tak akan mengakhiri permusuhan dengan Israel. Pihak Hamas menyebut bahwa kelompok mereka tak pernah serius untuk melakukan kencatan senjata.

Padahal menurut akademisi FMP Unhan RI, Teuku Rezasyah, Israel jelas menang secara kemiliteran.

"Secara teknologi kemiliteran, secara managemen kemiliteran, dan secara penguasaan Israel atas hubungan internasionnal dia sudah menang," ujar Reza seperti dikutip dari kanal YouTube Deddy Corbuzier.

"Secara akal sehat Israel akan menang, tapi kan ada expect unexpected kayak sekarang ada banjir di Israel," imbuhnya.

Berani melakukan serangan ke Israel meski disebut kalah soal persenjataan, Hamas disebut belajar dari Indonesia dan Vietnam.

"Kemudian tidak mustahil Hamas punya energi ekstra yang walau pun kalah dapat simpati dunia," ungkap Reza.

"Kenapa hamas bertahan? Dia belajar dari perang gerilya Indonesia, jadi bersatunya tentara dengan rakyat. Dia juga belajar dari Vietnam Utara, serang oke kalah tapi punya terowongan yang begitu aktif," imbuhnya.

Soal terwongan, Reza menyebutkan bahwa Israel pernah mengakui adanya terowongan bawah tanah milik Hamas yang dijadikan gudang, rumah sakit, dan tempat serangan mendadak.

"Ini misteri yang intelijen belum bisa jawab," papar Reza.

"Tidak mustahil Hamas belajar dari pengalaman Indonesia pengalaman Vietnam dengan teknologi yang dia peroleh dengan terbuka," tandasnya.(BeritaHits.id)


2.  Hamas Parti politik & 10 Fakta.



Gerakan Perjuangan Islam adalah sebuah pertubuhan politik dan ketenteraan Islam beraliran Ahlu al-Sunnah yang mentadbir Genting Gaza terangkum dalam wilayah Palestin taklukan entiti Israel. Ia beribu pejabat di Bandar Gaza dan juga di Tebing Barat. 
Diasaskan: 1987

10 fakta mengenai HAMAS yang perlu anda tahu -HARAKAHDAILY


33 HARI sejak Taufan Al-Quds berlaku. Satu demi satu kehebatan pasukan HAMAS telah ditunjukkan kepada Israel serta dunia.

Walaupun pelbagai imej buruk cuba ditempelkan oleh media Barat, namun HAMAS tetap teguh menjadi wira ummah yang disokong seluruh orang beriman.

1. HAMAS adalah singkatan kepada Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah yang bermaksud Gerakan Perjuangan Islam. HAMAS (حماس) juga membawa maksud semangat. 

2. HAMAS didirikan oleh Syeikh Ahmad Yassin pada Disember 1987 bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung Ikhwanul Muslimin di Ghazzah).

3. HAMAS menubuhkan sayap ketenteraan di bawah Sheikh Solah Shahadah, dengan gelaran Briged al-Qassam yang kini menjadi mimpi ngeri Yahudi Zionis.

4. HAMAS melakukan operasi pertama pada 1989 dengan menawan serta membunuh 2 tentera IDF yang menyebabkan Syeikh Ahmad Yassin ditangkap.
5. Mulai tahun 1994, HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel sehingga menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi.

6. HAMAS turut muncul dalam wadah politik dengan mengambil peluang daripada sistem demokrasi.

7. Disember 2004, HAMAS masuk ke dalam sistem politik dengan menyertai pilihan raya perbandaran Palestin.

8. Pilihan Raya Umum 2006, HAMAS menang 76 daripada 172 kerusi Parlimen sehingga Israel rasa tergugat. Maka strategi Netanyahu sejak 2009 adalah untuk mewujudkan pakatan dengan negara-negara Arab bagi melawan Iran, sekali gus melemahkan HAMAS.

9. Obligasi HAMAS ialah untuk mendapatkan kembali al-Quds serta setiap inci tanah Palestin yang dijarah Zionis.

10. Unjurannya pada 2026 mereka akan menawan sepenuhnya tanah suci Palestin.

Kewujudan dan perjuangan HAMAS telah membawa sinar buat rakyat Palestin serta umat Islam.
Sesiapa yang memusuhi mereka akan turut dimusuhi kita semua!
Sekian.

MOHD HARUN ESA
Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu
9 November 2023 – HARAKAHDAILY 9/11/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Patutkah dikatakkan HAMAS berani serang Israel, kerana belajar dari Indonesia dan Vietnam?

Amat jauh bezanya perjuangan HAMAS, bangkit membangun bersama Islam berasaskan Aqidah Tauhid, dengan perjuangan puak-puak nasionalis, sosialis + komunis yang amat sekularis itu. 

Sehingga lahirlah mereka berperang 'demi menang atau syahid'. Mereka 'mahu mati menentang Zionis pengganas bangsat, dengan mereka yang 'mahu hidup dan takut mati itu.'

Mereka seperti Khalid Al-Walid, Tariq bin Ziad yang 'bakar perahu seberang selat', Salahuddin Al-Ayubi, dan sahabat-sahabat Nabi SAW semasa 'Perang Badar. Maka berlakulah seperti yang berlaku di Badar, 'golongan kecil boleh mengalahkan golongan besar'. Itulah yang berlaku pada HAMAS di Palestin masa kini. 

Mengenai kebangkitan di Indonesia, apa yang penting sekarang, bukan HAMAS yang perlu belajar dari Indonesia, tetapi Indonesialah yang perlu belajar perkara asas dari HAMAS. Bertolaklah dari pengkalan Asas Islam, baru semuanya jadi Islam.

Bermula dengan La Ilaha llallah! Jom kita sama-sama berdoa dan berzikir.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

Thursday, July 04, 2024

Israel telah kalah! Tapi, ini bukan kata PAS..

 


1. Israel telah kalah! Tapi, ini bukan kata PAS..

PALESTIN | Netanyahu Akui Tentera Israel Kalah Di Gaza

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berucap pada Himpunan Kepung Demi Palestin di Jalan Tun Razak. Foto SYADILA AMARI, 31 DISEMBER 2023.

Israel sebenarnya telah kalah – Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Israel sebenarnya telah kalah selepas sehingga kini gagal mengalahkan Hamas dan kumpulan jihad Islam yang hanya merupakan pertubuhan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, selama lebih tiga bulan Israel masih menggunakan alasan memburu pejuang jihad Islam yang akhirnya membunuh puluhan ribu rakyat Palestin yang tidak berdosa.

“Sebenarnya Israel telah kalah, mereka bertarung dengan Hamas kumpulan jihad. Mereka hanya pertubuhan, Israel nak melanyak hamas, dalam masa seminggu atau dua sekarang sudah tiga bulan, Hamas tidak dapat dikalahkan.

“Siapa yang mereka bunuh? Kanak-kanak, wanita. Lebih kurang 22,000 penduduk Gaza dibunuh, 2/3 daripadanya merupakan kanak-kanak dan wanita. Israel tidak dapat mengalahkan pejuang Hamas dan sekarang mereka berperang pula dengan Hezbollah di sempadan sebelah Utara dan kumpulan jihad Islam lebih keci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Kepung Demi Palestin yang diadakan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak.

Himpunan berkenaan yang disertai pelbagai aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil parti politik mula berkemah di kawasan tersebut sejak 26 Disember lalu.

Aksi selama enam hari itu merupakan respon terhadap tindakan AS yang berterusan menggunakan kuasa veto untuk mensabotaj usaha perdamaian di Palestin.

Walaubagaimanapun, Mat Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yakin Palestin akan mencapai kemerdekaan daripada rajin zionis melalui kesepaduan dunia.

Jumaat lalu, harapan masyarakat dunia untuk menyaksikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengakhiri perang di Gaza menerusi resolusi gencatan senjata gagal apabila badan dunia itu hanya meluluskan resolusi berkaitan bantuan kemanusiaan.-MalaysiaGazette


2. Ustaz Dr Mat Rofa -Israel telah kalah. 

Ustaz DrMat Rofa - Isra3l Telah Kalah. 35K views · 2 days ago #alkahfiproduction #ceramah #kuliah ...more. Al-Kahfi Production. 450K.


Tentang Dr.MRI

Prof. Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail dilahirkan pada 12 November 1956 di Pasir Bandar, Pulai Chondong, Kelantan dan mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur

Setelah menamatkan alam persekolahan, beliau menyambung peljaran pada peringkat lebih tinggi dan memperoleh ijazah Serjana Muda Matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian sarjana di University of Wales, United Kingdom, dan memperolehi Master Sains dalam bidang Matematik pada tahun 1982.

Pada tahun 1985, beliau meneruskan pengajian pada peringkat PhD di University Southampton dalam bidang yang dikenali sebagai Singularan, tetapi terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan. Pada tahun 1993, beliau dianugerahi ijazah PhD dalam bidang Falsafah dan Sejarah Matematik daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau dilantik sebagai tutor di Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia pada tahun 1979 dan menjadi pensyarah pada tahun 1982. 

Beliau disahkan sebagai pensyarah di Jabatan Matematik, Fakulti Sains pada tahun 1984. Kemudian dinaikkan menjadi Profesor Madya pada tahun 2001. Beliau dilantik sebagai Ketua Laboratori Etnomatematik dan Didaktik bermula dari tahun 2010 dan menjadi penyelidik bersekutu dari awal penubuhan INSPEM.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Israel sudah kalah. Semoga dinasti Zionis akan berakhir di sini. Semoga karat-karat kepala otak zionis akan lekang sepenuhnya dari negara yang masih mengaku beragama Islam seperti negara ini dan kuncu-kuncunya.

Sekian.

Tuesday, July 02, 2024

Palestin hancur, M'sia masih konsert S/Norhaliza..

 

Siti Nurhaliza anggun dan mengekalkan aura kemelayuan dengan busana rekaan Ezuwan ketika Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024. - Foto ihsan Ezuwan Ismail

1. Bantu reka baju Siti Nurhaliza dari Tanah Suci

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Ezuwan Ismail menyifatkan peluang menyiapkan busana tradisional untuk digayakan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini memberikan cabaran tersendiri buatnya.
-ADVERTISEMENT-


Meskipun berpengalaman, menurut Ezuwan, 42, tanggungjawab itu tetap berat kerana boleh mencacatkan penampilan Siti jika tidak dihasilkan dengan penuh teliti dan rapi.

"Ada dua persalinan saya sediakan, satu busana moden. Itu boleh dianggap sudah jadi macam 'makanan' kita.

"Cuma agak mencabar nak siapkan baju tradisional sebab kalau silap langkah, ia boleh jadi macam baju songket pengantin!

"Saya cuba yang terbaik kerana nak nampak ia ada elemen anggun di samping masih mengekalkan aura kemelayuan.

"Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di Tanah Suci bagi menunaikan Haji.

"Saya cuba yang terbaik kerana nak nampak ia ada elemen anggun di samping masih mengekalkan aura kemelayuan.

"Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di Tanah Suci bagi menunaikan Haji.

"Jadi tak dapat nak pegang depan mata. Walaupun saya sudah biasa buat baju, tapi sentuhan pereka feysen itu adalah kepuasan sebenar," katanya kepada BH Online.

Ezuwan menambah, untuk memastikan rekaannya itu menepati kriteria, dia menitikberatkan dari segi perincian.

"Untuk persalinan itu juga, saya fokus kepada perincian yang mana ia disulami dengan puluhan ribu manik-manik halus selain ada tassel, kerawang dan guna dawai di bahagian bahu bagi memberikan ilusi '3D' pada rekaan.

"Kami hanya berkomuniksasi menerusi panggilan video, namun syukur kerana dipermudahkan," ujarnya.

Ternyata usahanya itu membuahkan hasil apabila helaian tradisional itu mendapat pujian ramai termasuk suami penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

"Alhamdulillah beliau suka dengan baju yang saya buat. Datuk K sempat beri isyarat 'thumbs up' sambil kata cantik. Iyalah, bukan senang nak dapat pujian sedemikian daripada beliau.

"Rasa berbaloi bila terima dedikasi itu mengenangkan kita sendiri bertungkus-lumus mahu beri yang terbaik demi konsert skala besar Siti di negara orang," luah Ezuwan.

Terdahulu, busana digayakan penyanyi nombor satu negara itu menjadi bualan di media sosial selepas Siti atau panggilan mesranya TokTi, memuat naik hantaran di akaun Instagram, semalam.

Hingga kini, perkongsian terbabit meraih hampir 30,000 tanda suka dengan lebih 300 komen warganet.

Rata-ratanya memuji persalinan indah yang digayakan Siti ketika menjayakan segmen Irama Malaysia menerusi konsert yang berlangsung di Singapura itu. (BH)


2. Kasih kepada bangsa jangan sampai melanggar agama -PAS 

Konsep negara bangsa Malaysia promosi semangat kasih sayang, kononnya.

RABB maksudnya Tuhan yang mencipta, memberi keperluan, nyawa dan makanan, serta menjaga hujan dan kemarau. Maka, sembahlah Dia, jangan sembah berhala kerana berhala juga adalah makhluk-Nya yang tidak boleh berbuat apa-apa.

Walaupun Allah telah mengutus Nabi dan Rasul, tetapi manusia masih berpecah-belah. Agama Samawi atau langit merujuk kepada Islam, Yahudi dan Kristian. Agama budaya pula adalah hasil daripada pemikiran manusia yang merujuk kepada Sikh, Hindu, Zoroaster dan Buddha.

Ideologi-ideologi moden boleh dikategorikan sebagai agama budaya seperti sekularism, nasionalism dan lain-lain. Kalau kita berpegang dengan sekularism atau materialism misalnya, boleh bercanggah dengan akidah kita. Ulama yang tegas dan ketat, akan mengatakan bahawa kita telah kufur.

Orang Islam tidak boleh berpegang dengan fahaman kebangsaan, sekular atau liberal kerana semua ini daripada pemikiran manusia. Ini adalah agama atau kepercayaan dan pegangan hidup manusia. Ia bercanggah dengan akidah tauhid.

(Lanjutnya sila rujuk 'Kasih kepada bangsa jangan sampai melanggar agama– HARAKAHDAILY 1/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya, berpihak kepada kumpulan sendiri, atas nama seni, budaya, penyanyi tersohor negara atau kelompok tersayang sekalipun, tetapi dalam perkara yang menyalahi agama, ianya adalah dilarang. Kepentingan agama Islam lebih tinggi dari segala kepentingan lain. 

Oleh itu, kesian kepada mereka, apa nak jadi negara, tanah air kita yang tercinta ini? 

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

Monday, July 01, 2024

Bela talapia depan rumah selesai masalah rakyat?

 

Foto ihsan Facebook Datuk Seri Mohamad Sabu

1. Ternak tilapia di halaman rumah, Mat Sabu teruja tuaian pertama

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menzahirkan perasaan teruja apabila usahanya menternak ikan tilapia berjaya membuahkan hasil.

Katanya, beliau memperoleh bantuan dan tunjuk ajar daripada Aquaculture Resource Centre dalam melaksanakan usaha itu.

"Saya cukup teruja kerana ini adalah tuaian kali pertama selepas dua bulan menternak ikan tilapia.

"Alhamdulillah, selepas dibuat pengelasan, kami mendapat 40 kilogram (kg) ikan tilapia yang cukup besar dan boleh dipasarkan, dengan purata berat seekor mencecah 300 gram (g)," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad berharap orang ramai dapat mengikut jejak langkahnya menternak ikan kerana ia menjanjikan pulangan yang lumayan.

"Saya menyarankan supaya lebih ramai menceburkan diri dalam bidang akuakultur ini kerana ia menjanjikan pulangan yang cukup berbaloi," katanya. (BH)


2. Apa benarkah berita ini? Mat Sabu mahu lihat 10 tahun lagi petani jadi pilihan dibuat ‘menantu’ 

Datuk Seri Mohamad Sabu

Oleh SITI NUR ZAWANI  February 28, 2023 (Harapan Daily)

Dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan golongan petani, Datuk Seri Mohamad Sabu bertekad mahu menjadikan sektor pertanian dalam negara sebagai satu bidang kerjaya yang dibanggakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.


Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, tidak mahu pekerjaan sebagai petani dilihat sebagai kerja yang memalukan, sebaliknya mahu ia dipandang sebagai potensi besar dijadikan kerjaya buat anak muda.


Secara bersahaja Mohamad berkata, beliau mahu 10 tahun akan datang, golongan petani menjadi pilihan ‘menantu’ dan dipandang orang.


“Dulu pada tahun 60-an, kalau nak pergi meminang anak orang, askar yang dapat sambutan paling tinggi sebab isteri dapat elaun RM50.


“Tahun 80-an pula, cikgu jadi pilihan wanita sebab segak. Tahun 2000 ke atas, ‘supervisor’ kilang pula jadi rebutan sebab gaji yang baik.


“Saya mahu 10 tahun lagi pilihan gadis jelita ialah para petani kerana saya lihat perubahan ini sedang berlaku,” katanya dalam temubual baru-baru ini.


Presiden AMANAH itu juga berkata, beliau melihat anak-anak muda sudah mula menceburkan diri dalam bidang pertanian, mengusahakan tanah-tanah sebagai kerja tetap mereka.


Beliau meluahkan rasa bangga melihat anak muda mula menerapkan penggunaan teknologi dalam pertanian seperti membawa dron untuk menabur baja, benih dan sebagainya.


“Bila kita tanya petani, kamu kerja apa? Dia jawab ‘aku tak ada kerja, aku buat bendang saja’. Dia anggap buat bendang itu bukan kerja.


“Saya harap dapat beri penekanan terhadap usaha angkat golongan petani. Saya akan beri motivasi, saya akan bercakap pada golongan petani supaya berlaku perubahan minda orang yang terlibat dalam bidang pertanian ini,” katanya lagi. (Harapan Daily)


Komen Weblog Ibnu HasyimBela atau pelihara ikan tilapia (talapia) beberapa ekoq depan rumah, bolehkaa dapat selesaikan  masalah rakyat? Tegelak orang cerdeq dengaq


Sekian.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails