1. Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 ditahan.
KL: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pelacuran warga asing menerusi operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dengan penahanan 75 individu semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh, berkata operasi yang bermula pada jam 1.45 tengah hari itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Beliau berkata, operasi itu berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu sebelum anggoa pasukan terbabit diatur gerak ke lokasi dan menahan 57 wanita masing-masing 32 warga Indonesia, 11 warga Bangladesh, lapan warga Vietnam dan enam warga India.
"Turut ditahan 10 lelaki masing-masing tujuh warga Bangladesh, dua warga Myanmar dan seorang warga Indonesia yang kesemuanya berusia lingkungan 17 hingga 46 tahun selain tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 65 tahun," menurutnya dalam kenyataan hari ini. (BH)
2. Orang Cina M'sia, no problem! -Ustaz Muhammad Fawwaz
PAS tidak sekat kebebasan hak kaum Tionghua
NIBONG TEBAL: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan menolak tuduhan bahawa PAS menyekat kebebasan masyarakat bukan-Islam khususnya kaum Cina dalam menjalankan amalan dan budaya mereka.
Katanya, isu-isu seperti pemakaian seluar pendek, pemakanan dan minuman oleh orang Cina telah diputar belit oleh pihak tertentu bagi menimbulkan ketakutan kepada PAS.
“Ada yang menakut-nakutkan orang Cina dengan mengatakan babi tidak boleh dimakan dan orang Buddha tidak boleh itu dan ini jika kita memerintah. Ini tidak benar.
“Di Permatang Pauh khususnya kita masih bebas mengamalkan budaya masing-masing,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis Ramah Mesra bersama Ahli Perniagaan Kaum Tiong Hua di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa isu promosi arak di Sunway Carnival juga telah diputar belit oleh DAP sedangkan ia berkaitan promosi tanpa lesen dan beliau sendiri telah bertemu dengan pihak berkenaan.
“Selepas pertemuan tersebut, penjualan arak berjalan seperti biasa,” jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.
Menurut Ustaz Muhammad Fawwaz, kedai-kedai yang menjual arak di Permatang Pauh beroperasi seperti biasa, termasuk semasa sambutan Tahun Baru Cina.
“PAS tidak menyekat apa yang menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tiong Hua,” tegasnya mengajak masyarakat untuk melihat negeri-negeri seperti Terengganu dan Kelantan sebagai contoh.
Terangnya, negeri-negeri tersebut telah menjadi contoh sekian lama bahawa tidak ada masalah dalam mengamalkan budaya masing-masing di bawah pentadbiran PAS.
“Bawa sahabat kita ke Terengganu dan Kelantan untuk melihat sesuatu yang berbeza dan memahami bahawa kita menghormati kebebasan budaya mereka,” katanya.
Beliau turut mengingatkan berkaitan pentingnya saling menghormati dan memahami dalam masyarakat yang berbilang kaum. – HARAKAHDAILY 5/7/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, tahniah dan syabas pihak Imigresen Malaysia dalam hal ini. Jangan biarkan nagara umat Islam Malaysia dijadikan'tong sampah' kepada pelacur asing.
Apakah perlunya pelacur untuk menarik pelabur? Sama seperti rasuah, arak, judi, zina, riba, konon untuk ekonomi rakyat? Kalau negara China mampu menukar dari padang pasir tandus kepada ladang gandum menghijau besar-besaran, mengapa kepala-otak pemimpin di Malaysia bengap tidak berfikir begitu?
Mengapa kementerian pertanian tak buat projek ternakan ikan talapia besar-besaran keseluruh pelusuk rakyat? Bukan saja hanya bela beberapa ekor di depan rumah?
Bengong??
Sekian.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
....