KUALA LUMPUR: Video promosi George Town Festival 2024 yang tular dalam kalangan netizen baru-baru ini di laman media sosial telah mendapat reaksi negatif terhadap DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Menerusi analisis yang dilakukan oleh QGenAnalysts mendapati, 99 peratus komen di TikTok dan Facebook adalah negatif, dengan majoriti netizen menganggap permohonan maaf penganjur hanyalah sekadar ‘scripting’ dan mendakwa bahawa perkara ini memang disengajakan.
Komen-komen di laman Facebook yang mencecah sebanyak 18,000 komen mempunyai sentimen yang sama dengan laman TikTok, di mana kritikan keras menyatakan tindakan penganjur sengaja mengabaikan sensitiviti kaum Melayu.
Di laman X pula, sebanyak 1,000 komen dengan 99 peratus adalah negatif, dengan pandangan bahawa video tersebut mencerminkan sikap sebenar DAP dan dianggap sebagai strategi berulang yang hanya meminta maaf selepas kontroversi timbul.
Terdahulu, tular klip video ‘teaser’ berhubung sambutan George Town Festival 2024 kerana dikatakan telah mengabaikan kaum Melayu dengan tidak menonjolkan budaya Melayu dalam video berkenaan.
Pihak yang menganjurkan festival berkenaan bagaimanapun telah memadam klip video berkenaan di semua saluran media sosial, laman sesawang dan aplikasi YouTube George Town Festival selepas mendapat kecaman netizen.
Isu ini mula mendapat perhatian selepas laporan oleh media tempatan mengenai bantahan NGO Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang (Gagungan) terhadap video yang dianggap mengabaikan budaya Melayu pada 15 Julai lalu.
“Sentimen netizen terhadap video George Town Festival 2024 menunjukkan majoriti reaksi adalah negatif, dengan kebanyakan komen memfokuskan kepada ketidakpuasan terhadap penganjur dan keresahan dalam kalangan kaum majoriti.
“Komen-komen tersebut menekankan isu rasis dan menganggap tindakan penganjur sebagai mengabaikan sensitiviti kaum Melayu,” kata QGenAnalysts dalam analisis tersebut. – HARAKAHDAILY 19/7/2024
2. 14 video TikTok MB T’ganu dipadam, tindakan tidak berasas.
Mohd Nasir Abd RazabKUALA TERENGGANU: Pemadaman 14 video TikTok milik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah tindakan tidak berasas dan mengabaikan prinsip kebebasan bersuara.
Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasir Abd Razab berkata, video yang dimuat naik itu tidak mengandungi sebarang unsur 3R (agama, bangsa dan institusi raja) yang boleh dianggap sensitif atau mengganggu keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Beliau juga meluahkan rasa kesal terhadap tindakan platform yang dipantau di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu.
Menurut beliau, kandungan video berkenaan bertujuan untuk menyampaikan mesej pembangunan dan perpaduan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Terengganu demi kesejahteraan rakyat.
(Lanjut sila lihat seterusnya dan latar belakang kandungan video Tiktok MB yang dipadamkan -HARAKAHDAILY 19/7/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sungguh memalukan bila keputusan menggantungkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat disifatkan seolah-olah sistem negara kembali ke zaman dahulu.
Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu jelas memperlihatkan ketidakadilan yang berlaku. Menurut Dr Ahmad Samsuri, sepatutnya Ahmad Fayhsal diberi hak untuk bercakap tetapi dinafikan hak berkenaan. Isu yang dibangkitkan juga boleh diambil tindakan dengan cara yang lain sekiranya didapati melakukan kesilapan.
Semalam, Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang parlimen selama enam bulan ekoran usul Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan.
Surat layang tersebut berkaitan dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan.
Samsuri mempersoalkan kenapa perlu disenyapkan Ahli Parlimen Machang dengan menggantungkan selama enam bulan. Sedangkan Video George Town Festival yang netizen beri reaksi negatif, tiada apa-apa tindakan.
Apakah ini bentuk sistem demokrasi yang kita hendak bawa Malaysia untuk maju ke depan di masa mendatang? Rupanya kita sedang mundur ke belakang!
Tolak saja kerajaan yang tidak bertamadun begini..
Sekian.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
...