Saturday, July 27, 2024

Amaran DAP, X seiring PAS-Pemuda UMNO..

 

1. DAP tunjukkan mereka ‘abang besar’ dalam PH

KUALA LUMPUR: “DAP sememangnya sentiasa menunjukkan bahawa mereka adalah ‘abang besar’ dalam Pakatan Harapan (PH).

“Tidak mengejutkan apabila Pengerusi DAP, YB Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan berupa amaran agar YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak berpendirian seiring dengan PAS dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina dengan mengatakan bahawa Fadhlina bukan ‘Menteri Pendidikan PAS’.

Itu penegasan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan menerusi Facebooknya mengulas laporan portal berita, Malaysiakini yang pada hari ini mengenai Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang telah mengingatkan Fadhlina agar tidak berpendirian seiring dengan PAS dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina dan menegaskan, Fadhlina bukan ‘menteri pendidikan PAS’.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, segala kenyataan dan dasar yang ditetapkan oleh DAP seolah menjadi dasar yang harus diikuti oleh Kerajaan PH-BN.

Malahan kenyataan Guan Eng itu, tambah beliau, seakan terbukti kebenarannya apabila kabinet membuat keputusan yang senada dengan kenyataan-kenyataan DAP berhubung isu larangan institusi pendidikan menerima sumbangan daripada hasil arak.

“Ia bertentangan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018 yang jelas melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“Adakah Guan Eng ingin mengajar YB Menteri Pendidikan bahawa mempromosikan arak diperkarangan sekolah itu adalah baik buat murid walaupun kepada murid yang bukan Islam?

“Adakah Guan Eng mahu anak-anak ini dinormalisasikan dengan arak diperkarangan sekolah?” soal Tuan Ibrahim.

Beliau menyataan, sepatutnya Guan Eng menyokong Menteri Pendidikan yang cuba menjauhkan arak dalam kalangan pelajar sekolah.

“Guan Eng tidak perlu mengajar YB Menteri Pendidikan cara bekerja, sedangkan ketika beliau menjadi Menteri pun gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik.

“Kepada pemimpin Umno yang masih berada dalam Kerajaan, adakah budaya seperti ini yang akan terus disokong?” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2024


2. PAS sertai PH: Cerita karut setiap kali PRK – Ustaz Idris 

JASIN: Dakwaan pihak tertentu kononnya wujud pertemuan antara PAS dengan Pakatan Harapan (PH) ataupun Umno untuk menyertai Kerajaan Campuran adalah cerita karut yang akan muncul setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK).

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali, malah tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana peringkat jawatankuasa organisasi parti itu.

“Setakat ini, hari ini dan mesyuarat terakhir pertemuan saya di dalam mesyuarat secara rasmi ataupun tak rasmi dengan pimpinan tertinggi, kerana saya AJK Dewan Harian, tak pernah pun kita bincang berkenaan untuk bersama PH.

(Seterusnya sila lihat 'PAS sertai PH: Cerita karut setiap kali PRK – Ustaz Idris' HARAKAHDAILY 26/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, mari kita imbas kembali melihat ketegasan pendirian PAS dalam mengharungi politik di Malaysia.

Campur tangan DAP punca PAS henti kerjasama - Abdul Hadi Ogos 2, 2023 @ 9:59am (BH)

TASEK GELUGOR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan punca parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP akibat sikap campur tangan ke atas dasar membabitkan Islam. 

Selain itu, katanya, keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP dimuktamadkan susulan pergeseran mengenai beberapa isu yang gagal dipersetujui kedua-dua parti, antaranya hasrat untuk mengembalikan pilihan raya perbandaran.

Beliau berkata, PAS menentang cadangan kembali mengadakan pilihan raya perbandaran yang dihapuskan selepas 13 Mei 1969 atas alasan pelaksanaannya mencetuskan ketegangan antara kaum.

"Tiba-tiba ikut DAP (mahu kembali mengadakan pilihan raya perbandaran). PAS tidak bersetuju (cadangan berkenaan) dimasukkan dalam manifesto. 

"Saya bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan pendirian PAS tidak bersetuju kerana ia adalah agenda politik. Kalau buat pilihan raya perbandaran, habis balak ini DAP perintah. Dia perintah bandar, ikut kuasa dia apa dia hendak buat di dalam bandar.

"Ini bahaya dan PKR boleh sokong benda macam ini. Mereka juga mahu laksanakan Islam di Kelantan dan Terengganu untuk golongan Muslim sahaja, tidak membabitkan golongan bukan Islam. Ini dah kacau (agenda perjuangan PAS). 

"Inilah jawapannya apabila orang ramai bertanya mengapa PAS ini sekejap boleh berpakat (dengan DAP) dan kemudian tidak boleh terus menjalinkan kerjasama," katanya ketika berucap pada Ceramah Mega PN Best, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad; Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusoff dan Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perbincangan bagi mewujudkan jajaran politik baharu membabitkan gabungan beberapa parti Melayu dan bukan Islam dibuat lebih awal berbanding 'Langkah Sheraton'.

Beliau berkata, perbincangan itu sudah diadakan sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) ekoran faktor UMNO yang turut mengundang kemarahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, perbincangan itu membabitkan PAS, UMNO dan BERSATU, bertujuan mengelak perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu, selain ketiga-tiga parti bersetuju mengajak beberapa parti bukan Islam yang tidak ekstrem dari Sabah dan Sarawak menyertai jajaran berkenaan.

"Kita bincang supaya semua calon disatukan dahulu sebelum PRU15. Mestilah (antara) parti besar Melayu, iaitu PAS, UMNO dan BERSATU serta ajak parti bukan Islam yang tidak ekstrem di Sabah dan Sarawak. Ambil alih kerajaan, jika berjaya.

"Ketika itu yang pimpin UMNO (bagi perbincangan mewujudkan jajaran politik baharu) ialah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, manakala Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang bercuti.

"Bila Ahmad Zahid ambil alih UMNO (selepas bercuti), beliau ajak buat perhimpunan antara PAS-UMNO sahaja, tetapi kita kata tak boleh kerana ia mesti membabitkan ketiga-tiga parti, kerana kalau kedua-dua parti ini sahaja tak cukup majoriti dua pertiga.

"Rupanya beliau mahu selamatkan diri, bukan agama dan bangsa. Ini masalahnya. Dia kacau kerajaan, tukar Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kacau lagi buat PRU15 hingga menyebabkan berlaku gelombang golongan muda," katanya. 

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berucap pada Ceramah Mega PN Best, di Jalan Permatang Sungai Dua.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Friday, July 26, 2024

PAS mendunia. Mindanao, Ubaidah, buah pinggang..

 

1. Mindanao perlu sokongan. 

KUALA LUMPUR: Mindanao merupakan salah satu kawasan yang masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada kita kerana ramai penduduknya hidup dalam serba kekurangan dan menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian.

Pengarah PASRelief, Mohd Yusni Mat Piah berkata, PASRelief yang telah berlepas ke Mindanao semalam, 24 Julai sehingga 27 Julai 2024 untuk misi kemanusiaan bagi mengurangkan sedikit beban mereka.

“Terima kasih yang tidak terhingga buat penyumbang yang prihatin terhadap saudara seislam kita di sana (Mindanao).” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiga delegasi PASRelief akan berlepas ke Mindanao disertai oleh NGO An-Nasr Care iaitu wakilnya Nasrun Othman.

Difahamkan, misi kemanusiaan Mindanao pada kali ini, PASRelief akan menyediakan pek-pek makanan untuk diberi kepada para balu yang syahid dan anak-anak yatim di sana.

“Doakan misi ini berjaya dan PASRelief dapat meneruskan lagi misi-misi seterusnya bagi membantu dari pelbagai sudut seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan untuk saudara dan Bangsamoro di sana,” ujarnya.

Mengikut sejarah ratusan tahun, penduduk Islam Moro menjadi mangsa diskriminasi di negara majoritinya beragama Kristian berpunca daripada pengaruh kuat penjajahan Sepanyol yang terkenal dengan sifat prejudis terhadap Islam.

Walau bagaimanapun, orang Moro mengambil langkah bersejarah ke arah menentukan nasib sendiri dan mungkin keamanan yang berkekalan diharap menjadi titik tolak tamatnya sejarah hitam di Mindanao.

“Sehubungan dengan itu, PASRelief menyeru agar orang ramai terus menyumbang dan menghulurkan bantuan prihatin melalui akaun PASRelief 5640 7061 2333 (MAYBANK ISLAMIC) untuk sama-sama membantu keberlangsungan misi ini dan misi akan datang.” katanya. – HARAKAHDAILY 25/7/2024


2. Konon 'Abu Ubaidah Israel' ancam Olimpik Paris 2024 pula..

Abu Ubaidah sebenar (gambar kanan) dan Abu Ubaidah hasil propaganda jahat Zionis Israel (gambar kiri).

SEBUAH video yang memaparkan figura menyerupai jurucakap Hamas, Abu Ubaidah tetapi sebenarnya propaganda yang dikeluarkan oleh Zionis Israel telah mula berlegar di media sosial, yang mendakwa sebagai ancaman daripada Palestin terhadap Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Video berkenaan memaparkan seorang lelaki mirip Abu Ubaidah memakai […]

Zionis pembohong!

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini suatu hadiah kepada kerajaan DAP/Anwar. Sebuah realiti kehidupan rakyat Malaysia. 

Rakyat Malaysia jual buah pinggang demi kelangsungan hidup? 

Kes rakyat tempatan ingin menjual buah pinggang sudah kedengaran sejak tahun lalu lagi.

DUNIA semakin mendesak untuk memenuhi kelangsungan hidup sehinggakan sanggup menjual buah pinggang demi membayar hutang dengan kadar segera.

Kalau dahulu, bekerja lebih masa atau membuat dua kerja bagi memenuhi keperluan komitmen bulanan tetapi kini ada individu di negara ini yang memilih untuk menjual organ dalaman.

Benarkah begitu? Diulangi, perkembangan ini bukan di luar negara, tetapi ia kini semakin dikesan di Malaysia khususnya menerusi paparan media sosial sejak akhir-akhir ini.

Grup laman Facebook ‘Mencari Penderma Buah Pinggang’ melaporkan,  wujud sejumlah individu yang berani mengiklankan penderma buah pinggang secara sukarela bagi tujuan-tujuan tertentu dengan dikenakan ‘bayaran’ tertentu juga.

Pemerhatian  Harakahdaily mendapati, ramai daripda  yang ingin menjual organ mereka itu adalah kerana kesempitan wang, dan ada yang ingin menyara keluarga. 

Lebih mengejutkan lagi, apabila ada individu yang meninggalkan komentar yang  berminat untuk membeli organ dan ingin berundung tentang harga dengan penderma terlebih dahulu.

“Tumpang iklan. Saya bantu kawan saya yang ingin menjual buah pinggangnya untuk membayar hutang. Harga boleh ditentukan.” 

“Di sini saya ingin menjual buah pinggang saya. Bagi yang betul-betul ingin membeli sahaja boleh runding harga. Saya memerlukan duit untuk sara keluarga saya.”

“Saya pun sama nak jual buah pinggang saya. Saya berdarah O+ dan berumur 40 tahun.” 

Itu antara butir rundungan individu yang ingin menjual organ dengan pembeli tempatan di medsos, yang mana maklumat mengenai platform rundingan itu diadakan terpaksa dirahsiakan.

Sehubungan dengan itu, di laman itu juga ada beberapa individu yang berkongsi maklumat lengkap penjagaan buah pinggang dan diet yang diperlukan bermatlamat untuk meraih harga yang tinggi di pasaran.

Merujuk kepada info perubatan, semakin sihat penderma buah pinggang itu, semakin melambung tinggi nilainya.

Jika dilihat realitinya, buah pinggang adalah salah satu organ yang mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya buat mereka yang terdesak dan terpaksa menunggu giliran yang terlalu lama di dalam senarai penderma.

Hasil rujukan mendapati sesuatu yang mengejutkan, bahawa harga buah pinggang di  pasaran gelap boleh melambung sehingga RM100,000 atas permintaan yang dikatakan terlalu banyak; dan tidak mustahil dunia sekarang dengan sukarela menjualnya. – HARAKAHDAILY 23/7/2024

Masihkah kerajaan DAP/Anwar X peka tetapi pekak?


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Thursday, July 25, 2024

K'jaan X malu ke? Ini.. & SU DAP, PP..

 

1. Arak: Anthony Loke perlu kembali kepada asas moral

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke perlu kembali kepada asas kompas moral iaitu kanak-kanak tidak sepatutnya didedahkan dengan jenama arak seawal usia mereka, apatah lagi di dalam sekolah.

Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, isu itu bukan soal kaum atau sekolah jenis kebangsaan, tetapi soal untuk melindungi generasi masa hadapan daripada ancaman bahaya arak dan kesan negatif kepada kehidupan.

“Menormalisasikan kanak-kanak kepada arak pada usia muda amat mendukacitakan dan bukanlah langkah terbaik untuk generasi pelapis kita,” ujar Ahli Parlimen Machang itu kepada Anthony yang juga Menteri Pengangkutan.

Tegas Wan Ahmad Fayhsal, perkara tersebut selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia yang melarang penglibatan mana-mana syarikat arak dalam program sekolah.

Dalam masa yang sama beliau menyeru penglibatan daripada syarikat korporat lain untuk membantu sekolah vernakular bagi mendapatkan dana tambahan untuk pengoperasian sekolah mereka.

“Ini dapat mengelakkan penglibatan syarikat arak dalam aktiviti sekolah. Saya berharap Menteri Pendidikan akan bertegas mengenai perkara ini dan tidak akan membuat keputusan u-turn hanya semata-mata memenuhi kehendak beberapa pihak yang mempunyai kepentingan tertentu,” tegasnya. HARAKAHDAILY 24/7/2024


2. Rupanya Kerajaan Kedah bantu Pulau Pinang atasi masalah air 

ALOR SETAR: Kerajaan negeri komited menunaikan permintaan Pulau Pinang berikutan paras air di Sungai Muda menunjukkan penyusutan, demikian menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Jelasnya, empat hari lalu, sebanyak 100 meter padu air telah dilepaskan dari Empangan Beris untuk membantu menstabilkan paras air ke sungai tersebut.

“Pelepasan air itu akan dilakukan secara berkala sehingga paras air di Sungai Muda (di Pulau Pinang) stabil,” jelasnya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

(Selanjutnya sila rujuk 'Rupanya Kerajaan Kedah bantu Pulau Pinang atasi masalah air' - HARAKAHDAILY 24/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan DAP/Anwar, perlu hati-hati sikit, jangan sembang deras sangat, ukur baju di badan sendiri. Nanti 'terbose' nampak perut, X malu ke?

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Wednesday, July 24, 2024

Industri dron: Perang & keluarga. Ini..

 

1. Guna Dron Untuk Tangkap Isteri Curang Dengan Bos

Seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Jing telah menggunakan dron kawalan jauh untuk mengintip isterinya yang disyaki curang dengan bosnya semasa waktu kerja.

Jing mula mengesyaki isterinya apabila wanita itu menjadi semakin dingin dan mengubah rutin hariannya secara mendadak. Isterinya kerap memberi alasan setiap kali Jing ingin menemaninya atau melawat ibu bapanya lebih kerap daripada biasa. Dia juga menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja.

Jing memutuskan untuk menggunakan dron komersial untuk mengintip dari jauh. Dia akan memandu ke tempat kerja isterinya dan menerbangkan dron untuk memantau kawasan tersebut tanpa risiko dilihat oleh isterinya atau rakan sekerja. 

Suatu hari, ketika memantau isterinya, Jing melihat isterinya keluar dari pejabat bersama seorang lelaki misteri dan masuk ke dalam kereta. Mereka memandu ke kawasan pergunungan yang terpencil di mana dron menangkap mereka berjalan berpegangan tangan menuju ke sebuah rumah usang. Kira-kira 20 minit kemudian, pasangan itu meninggalkan rumah tersebut dan kembali ke tempat kerja.

Jing kemudian melaporkan di media sosial bahawa lelaki yang dirakam oleh dronnya sebenarnya adalah bos isterinya, yang baru-baru ini memberinya kenaikan pangkat. Isteri lelaki tersebut juga bekerja di bangunan yang sama, jadi mereka terpaksa merahsiakan hubungan mereka dan bertemu di tempat terpencil. 

“Lelaki lain dalam hidupnya ialah majikannya,” tulis suami yang dicurangi itu di laman website. “Mereka bekerja di kilang yang sama. Isteri saya terpaksa bertemu dengannya di tempat terpencil.”

Jing juga memuat naik gambar isterinya dan lelaki tersebut berpegangan tangan dan berkata bahawa dia merancang untuk menggunakan rakaman dron sebagai bukti untuk bercerai.

Sumber


2. Ketelusan belanjawan: Terengganu kekal negeri terbaik – IDEAS 

Wisma Darul Iman.

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengekalkan prestasi cemerlang sebagai negeri terbaik dalam ketelusan belanjawan atau perbelanjaan sesebuah kerajaan menurut kajian badan bebas, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS). 

Jelas IDEAS, pengiktirafan terhadap Kerajaan Terengganu bagi dua tahun berturut-turut itu dibuat berdasarkan sistem Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (MyOBI) 2024 yang dibina berdasarkan penanda aras peringkat antarabangsa.

“Indeks ini dibina mengikut tiga komponen utama iaitu kebolehancapaian awam terhadap dokumen belanjawan kerajaan negeri (termasuk laporan audit), kedua peranan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam memantau belanjawan dan ketiga peranan orang awam dalam proses belanjawan,” kata IDEAS dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

(Lanjutnya ikuti 'Ketelusan belanjawan: Terengganu kekal negeri terbaik – IDEAS' -Harakahdaily July 23, 2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Komen kali ini kita tertarik penjelasan YB Ahmad Fadhli Shaari, jangan hina kaum Tionghua.

Jangan hina Tionghua - Ahmad Fadhli Shaari  

KUALA LUMPUR: “Tangan golongan yang memakan rasuah adalah jauh lebih hina daripada tangan yang memakan babi. Jangan hina bangsa Tionghua!” 

Itu mesej penegasan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari buat Datuk Aiman Athirah Sabu susulan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan  tersebut dalam laporan Malaysiakini pada hari ini, menyifatkan PAS sebagai hipokrit kerana mengkritiknya menyertai acara kutipan dana sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC)  yang antaranya turut menerima sumbangan dari sebuah syarikat arak. 

Lebih menimbulkan kontroversi, Aiman atau nama sebenarnya Raj Munni dalam laporan tersebut membidas, pemimpin PAS yang dikatakannya sebelum ini tidak pula mempunyai masalah bersalam dengan orang bukan Islam yang sedang minum arak atau makan babi.

“Masa kempen itu, dia kalau orang tengah minum arak pun tak apa. Makan babi pun tak apa.

“Baru lepas makan babi salam pun tak apa. Hipokrit,” kata anggota parlimen Sepang itu dalam laporan Malaysiakini tersebut.

Sehubungan itu, Fadhli menasihatkan Timbalan Menteri tersebut supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa kepada penghinaan terhadap kaum Tionghua.

“Saya rasa yang paling baik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Aiman Athirah Sabu) nyatakan bahawa ‘saya minta maaf, saya tak perasan ada promosi dari syarikat arak Tiger dalam majlis itu’, selesai.

“Ini dah melalut sampai isu tangan makan babi,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

“Orang persoalkan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, dan Menteri (Pendidikan) pun dah keluarkan kenyataan bahawa tiada pengecualian.

“Apa pula kaitan dengan tangan makan babi ni?” soal beliau.

Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas ini, sebagai makluman, sebenarnya tiada masalah untuk umat Islam bersalam dengan tangan individu yang memakan haiwan tersebut.

“Ini kerana tiada hukum yang mengatakan tidak boleh asalkan bukan berlainan jantina yang bukan mahram,” jelasnya.

Kata beliau lagi, sebenarnya  tangan golongan yang makan rasuah dan menipu rakyat adalah lebih hina daripada tangan yang memakan babi.

“Bagi saya, orang yang makan rasuah dan langgar janji dengan rakyat adalah lebih hina daripada tangan memakan haiwan tersebut. Maka, kita jangan menghina bangsa Tionghua.

“Adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri bertujuan untuk menghina kawan-kawan kita kaum Tionghua? Saya hanya sekadar bertanya sahaja,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/7/2024.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Tuesday, July 23, 2024

K'jaan PH-BN, punggung merah. & Ke 2 terburuk

 

1. Kisah beruk panjat pokok gamatkan suasana

JASIN: Kisah mengenai ‘beruk yang memanjat pokok’ sebagai analogi pentadbiran Kerajaan PH-BN yang sedang memerintah negara kini menggamatkan suasana Siri Ceramah Jelajah Selamatkan Malaysia Negeri Melaka.

Kisah tersebut disampaikan Naib Presiden PAS, Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ Nik Amar Abdullah selaku merupakan penceramah utama pada program yang berlangsung di Kompleks PAS Kawasan Jasin, Simpang Kemendor, di sini malam kelmarin.

Nik Amar dalam ceramahnya sebelum itu mengungkapkan mengenai hikmah mengapa Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Persekutuan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Bila kita fikir sampai hari ni, dua tahun lebih dah Anwar jadi Perdana Menteri, kita nampak banyak hikmahnya tuhan tak bagi kepada kita jadi Perdana Menteri. Hikmah yang paling besar ialah tuhan nak tunjuk siapa Anwar Ibrahim.

“Sebelum ni dia tak jadi Perdana Menteri, jadi segala janji dia, dia bagi tahu ‘saya tak jadi perdana menteri saya nak buat apa’. Kali ini tuhan bagi kamu jadi Perdana Menteri dua tahun dah aku bagi apa yang kamu buat?” katanya.

Kata beliau, rakyat Malaysia boleh melihat bahawa tidak ada perkara yang mereka boleh dibanggakan kepada kerajaan kini kerwna tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat.

Jelasnya, selepas berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap terlalu banyak kritikan yang dilakukan rakyat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan di mana tidak pernah berlaku sebelum pada ini.

Beliau kemudiannya membawakan satu analogi mengenai ‘beruk memanjat pokok’ yang menurut beliau diceritakan kepadanya oleh seorang rakannya.

Menurut rakannya, kata Nik Amar, seseekor beruk tidak nampak punggungnya bila berada di atas tanah, namun ia mula kelihatan apabila beruk itu mula memanjat pokok.

“Dia kata, beruk ni bila dia panjat makin tinggi, makin nampak (punggungnya), makin tinggi, makin nampak dan beruk PH ni memang teruk punggungnya!

“Selama ni kita tak nampak sebab duduk atas tanah. Bila sudah panjat pokok semua orang boleh tengok oh macam tu rupanya punggung,” katanya disambut dengan gelak tawa hadirin.

Lebih teruk lagi katanya, beruk tersebut tidak menjalankan tugasnya memetik kelapa, tetapi menghabiskan masa dengan menghalau kumbang di atas pokok kelapa.

Tambah Nik Amar, sekiranya Perikatan Nasional bekerja keras dalam tempoh dua tahun akan datang ini tidak mustahil Kerajaan PH dapat ditumbangkan pada PRU-16 nanti.

Turut menyampaikan ceramah ialah Ketua Penerangan BERSATU Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Timbalan Ketua Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail serta Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek.

Antara pimpinan yang hadir ialah Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Bakri Jamaluddin serta Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail. – HARAKAHDAILY 22/7/2024


2. Malaysia kedua terburuk keseimbangan kehidupan bekerja  

Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap laporan Remote yang menunjukkan Malaysia di tempat kedua terburuk daripada 60 negara dari sudut keseimbangan kehidupan bekerja.

Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia berkemungkinan disebabkan oleh budaya kerja yang lebih demanding pada masa kini dari segi masa bekerja terutama dalam kalangan pekerja kolar putih.

“Baru-baru ini Malaysia telah diletakkan sebagai negara yang kedua terburuk dalam keseimbangan kehidupan kerja antara 60 negara KDNK teratas.

“Demi sesuap nasi pekerja Malaysia terpaksa mencatat lebih 40 jam secara purata setiap minggu yang tidak lestari,” ujarnya yang juga Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja Pindaan 2024 di Dewan Negara, hari ini.

(Lanjut sila rujuk 'Malaysia kedua terburuk keseimbangan kehidupan bekerja'  – HARAKAHDAILY 22/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'jaan PH-BN, punggung merah. & Ke 2 terburuk. Ertinya kerajaan Persekutuan yang ada sekarang lucu, perlu ditukar segera!

Apa tidaknya, gaya hidup pekerja kini telah menyebabkan peningkatan kes NCD seperti kanser, diabetes, penyakit mental dan kardiovascular berbanding beberapa dekad yang lalu.

Kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk meluaskan liputan jaringan keselamatan sosial pekerja kepada penyakit-penyakit NCD yang telah nyatakan sebelum itu.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Monday, July 22, 2024

Sekongkol UMNO-DAP & Naikkan pencen pesara.

 

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

1. Rakyat elak sekongkol Umno-DAP kuasai Nenggiri

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pengundi perlu menolak BN sebagai tanda tidak bersekongkol dengan bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang dianggap mahu menyerah kerusi tersebut kepada Umno-DAP.

“Rakyat hendaklah memastikan DUN Nenggiri dan parlimen Gua Musang tidak diberi secara mudah kepada Pakatan Harapan dan Umno.

“Sebelum ini Perikatan Nasional ada 74 kerusi parlimen, namun sekarang tinggal 68 selepas ada ahli parlimen PN daripada Bersatu yang menyokong kerajaan Madani,” katanya pada ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia Pertahan Nenggiri di Limau Kasturi, malam tadi.

Bagaimanapun, beliau membayangkan jumlah kerusi parlimen BN akan berkurang kerana terdapat ura-ura MCA dan MIC akan keluar daripada gabungan BN.

Menurutnya, MCA mempunyai dua kerusi parlimen dan MIC satu kerusi bagi menyumbang jumlah kerusi BN kepada 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini kerana, kata beliau pemimpin MCA dan MIC tidak senang kerana Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah menyatakan kedua-dua parti terbabit turut menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 sedangkan ia tidak begitu.

Oleh itu, beliau mahu rakyat di DUN Nenggiri pertahankan kerusi tersebut tanpa mengira siapa calon yang akan mewakili PN pada PRK 17 Ogos ini.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin pula berkata, hanya melalui PRK sahaja mampu memberi kesedaran terhadap kerajaan Madani mengenai peningkatan kenaikan kos sara hidup sekarang.

“Kami sebagai ahli parlimen sudah berkali kali membangkit isu peningkatan ketara kos sara hidup kesan kenaikan harga diesel dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di Dewan Rakyat namun menteri buat seperti lembu kenyang.

“Jadi hanya melalui pilihan raya sahaja yang mampu beri kesedaran kepada kerajaan terhadap bebanan yang dihadapi rakyat sekarang,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/7/2024

2. KUPEKMAS gesa kerajaan naikkan pencen pesara 

KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) menggesa kerajaan untuk menimbang semula nasib golongan pesara dalam pelarasan gaji penjawat awam yang akan datang.

Presiden KUPEKMAS, Datuk Omar Osman berkata, kebanyakan pesara kini terkesan oleh kenaikan kos sara hidup dan pemansuhan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.

Beliau berkata, tanpa kenaikan dua peratus tersebut, pesara kini tidak lagi menerima peningkatan pencen yang diperlukan.

“Kami mengharapkan kerajaan hari ini supaya ambik perhatian terhadap pesara, sebab apabila berlaku pembatalan dua peratus itu, kita sudah tidak ada lagi kenaikan tahunan macam biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis di Sambutan Hari KUPEKMAS Peringkat Kebangsaan 2024 di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER), di sini, hari ini. (Foto atas)

(Sila rujuk sambugannya 'KUPEKMAS gesa kerajaan naikkan pencen pesara' –HARAKAHDAILY 21/7/2024)

Presiden KUPEKMAS, Datuk Omar Osman berkata, kebanyakan pesara kini terkesan oleh kenaikan kos sara hidup dan pemansuhan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.

Beliau berkata, tanpa kenaikan dua peratus tersebut, pesara kini tidak lagi menerima peningkatan pencen yang diperlukan.

“Kami mengharapkan kerajaan hari ini supaya ambik perhatian terhadap pesara, sebab apabila berlaku pembatalan dua peratus itu, kita sudah tidak ada lagi kenaikan tahunan macam biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis di Sambutan Hari KUPEKMAS Peringkat Kebangsaan 2024 di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER), di sini, hari ini. (Foto atas)

(Sila rujuk sambugannya 'KUPEKMAS gesa kerajaan naikkan pencen pesara' –HARAKAHDAILY 21/7/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, mujur ada PAS,  jom sertai gelombang selamatkan negara. Insya Allah selamat dunia akhirat, dari Malaysia hingga ke seluruh dunia, termasuk Palestin, Gaza dan Allah SWT jahannamkan negara bangsat Zionis/AS!

Inilah sebenarnya doa setiap umat Islam dan pejuang-pejuang ketamadunan kemanusiaan.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails