Saturday, August 03, 2024

Mengejutkan! Umat Islam negara ini pula diserang..

 


1. Melampau! Promosi Bible terbuka terhadap penganut Islam.

AYER KEROH: Kerajaan Negeri Melaka digesa untuk meningkatkan lagi ketegasan terhadap aktiviti penyebaran agama bukan-Islam secara terbuka yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, ia susulan sebuah video tular baru-baru ini yang memaparkan satu aktiviti dilihat mempromosikan aktiviti berkaitan agama Kristian.

Jelas beliau, aktiviti dalam video itu dipercayai berlaku di hadapan Surau Warisan, berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir untuk promosi kursus yang dianjurkan pada Sabtu lalu.

(Lihat selanjurnya – HARAKAHDAILY 2/8/2024)


2. ‘Musuh sebenar Zionis Yahudi, bukannya sesama Islam’ Bahkan amat mengejutkan, umat Islam negara ini pula diserang.. 

Dr Azman Ibrahim

KUALA LUMPUR: “Melihat foto jenazah As-Syahid diiringi jutaan rakyat Iran sepatutnya membuka minda untuk sedar bahawa musuh kita yang sebenar ialah Zionis Yahudi dan bukannya sesama Islam,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, berkata Zionis Yahudi dan dunia barat melihat bahawa manipulasi perbezaan antara Sunni dan Syiah adalah titik panas yang boleh dilagakan.

“Perkara ini yang membuatkan segelintir umat Islam hanyut menjadi bahan mainan mereka untuk menjarakkan lagi jurang perselisihan dan melupakan siapa lawan kita yang sebenar.

“Menuduh Iran bersekongkol dalam pembunuhan As-Syahid adalah satu dakwaan yang perlu dibuktikan, ketika majoriti dunia Arab Islam memencilkan Hamas, Iran adalah negara yang telah mendukung perjuangan rakyat Palestin sejak sekian lama.

“Bukan hanya dengan kata-kata dan slogan malah sokongan moral, kewangan dan persenjataan. Walau Iran dan Iraq zaman Saddam Hussein pernah berperang, tapi dalam isu Palestin, ketegasan antara dua negara berjiran ini adalah sama,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Kelmarin, Ketua Biro Politik Hamas, Syeikh Ismail Haniyeh, terbunuh dalam serangan peluru berpandu zionis Israel di Tehran yang dikebumikan di Doha, Qatar hari ini.

Jenazahnya itu diterbangkan dari Tehran ke Doha selepas Iran selesai mengadakan upacara penghormatan terakhir.

Azman berkata, Syiah Iran tidak akan menjadi Sunni dan begitu juga Sunni yang tidak akan menjadi Syiah.

“Kalau nak berlawan maka kita akan perlu berlawan tanpa ada kesudahannya. Ingatlah musuh sebenar kita tak pernah leka. Kuasa barat dan Zionis Yahudi tidak kisah sama ada Sunni atau Syiah, yang penting siapa boleh jadi boneka mereka.

“Amerika Syarikat bermusuh dengan Iran negara Syiah tapi di Iraq mereka angkat pemimpin Syiah memimpin kerajaan boneka selepas menjatuhkan Saddam yang merupakan seorang Sunni,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/8/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Bagaimana menghayati pesanan Ismail Haniyeh? Mutakhir ini, terdapat pesanan melalui alunan nasyid dilantun berulang kali di platform media sosial terutama TikTok, di mana ianya menggambarkan semangat juang tokoh itu semakin popular.

Antaranya As-yahid Ismail Haniyeh mengatakan, kita tidak akan serah bumi Gaza ini kepada Israel. Nasyid ini semakin kedengaran dalam TikTok dan sebagainya. As-syahid juga menyeru agar umat Islam mendoakan penduduk Gaza diberikan kekuatan dan kemenangan yang berkekalan.

Ketua Biro Politik HAMAS itu terbunuh dalam serangan khianat Zionis-Israel ke atas kediamannya di Tehran, Iran pada Rabu, 31 Julai untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.  Jenazah Ismail akan dikebumikan di Doha, ibu negara Qatar pada hari ini, 2 Ogos, selepas solat Jumaat, di sana. – rujuk juga HARAKAHDAILY 2/8/2024

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Friday, August 02, 2024

Gila, solidariti Palestin tapi jual saham pro Israel..

 

1. Rancang himpunan solidariti Palestin, tapi BlackRock, Rimpac?

KUALA LUMPUR: “Penyokong Palestin kini sedang bersedih dengan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran semalam.”

Itu kenyataan penganalisis politik, Nurul Islam Mohamed Yusoff mengenai tragedi menimpa Haniyeh dikaitkan angkara Zionis Israel yang telah menggemparkan satu dunia. 

Menurut beliau, sehubungan itu kerajaan Malaysia dilaporkan telah mengumumkan untuk mengadakan satu himpunan yang dirancang pada hari Ahad (4 Ogos) ini sebagai solidariti kepada Palestin dan kecaman terhadap pembunuhan didalangi Zionis laknatullah. 

Bagaimanapun, Nurul Islam mempersoalkan kenapa pula dalam masa yang sama kerajaan meneruskan hasrat untuk menjual saham MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) kepada GIP (Global Infrastructure Partner) yang dikuasai syarikat pro-Israel, BlackRock Inc. (BlackRock). 

“Umum tahu siapa BlackRock dan apa peranan mereka dalam konflik di Semenanjung Gaza,” katanya dalam kenyataan media sosial miliknya. hari ini.

Terbaharu menurutnya, kerajaan juga dilaporkan latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (Rimpac) 2024 yang turut disertai tentera Israel. 

“Sedangkan Mahkamah antarabangsa dah keluarkan waran tangkap ke atas (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu dan mengiktiraf serangan Israel di Gaza adalah genosid. 

“Wahai Perdana Menteri, masih sempat untuk arahkan Khazanah (Berhad) hentikan cadangan jualan saham MAHB dan memanggil semula KD Lekiu yang dalam perjalanan ke Hawaii (bagi sertai Rimpac),” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2024

(Sila lihat sebelumnya 'Solidariti Ismail Haniyeh: Solat ghaib, hajat 3 Ogos ini'


2. Harga diesel tak berubah: Rakyat dirompak? 

Chegubard menyatakan harga gas minyak ketika ini mencecah AS$99.32 yang mengikut kadar pertukaran RM4.61 RM4.61 bermakna berharga RM457.87 satu tong.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), CheGuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin menyifatkan kerajaan memerintah ketika ini sedang merompak rakyat melalui harga diesel.

Menurutnya, sejak harga diapungkan apabila subsidi dihapuskan pada 10 Jun 2024, harga diesel tidak pernah berubah sepanjang tujuh minggu berturut-turut pada paras RM3.35 satu liter.

“Biarpun Menteri Kewangan II hari itu kata harga akan disemak setiap minggu, biarpun harga diesel dunia ada penurunan dan nilai ringgit naik sedikit, walaupun masih teruk. Maka logiknya harga diesel wajib turun. 

“Namun, kerajaan umum harga bahan api diesel tidak ada perubahan, (termasuk) minggu ini juga,” katanya  dalam satu kenyataan di media sosialnya, hari ini.

Menurutnya, harga gas minyak ketika ini adalah AS$99.32 yang mengikut kadar pertukaran RM4.61 bermakna berharga RM457.87 satu tong iaitu setiap tong mengandungi 159 liter.

Tambah beliau dengan harga RM2.88 satu liter iaitu meliputi RM0.954 sen bagi kos operasi dan RM0.225 sen untuk margin syarikat minyak serta RM0.10 sen kepada margin stesen minyak dan RM0.4 sen kadar alpha bagi diesel, maka harga sepatutnya adalah RM3.14 satu liter.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu menyatakan, ia adalah mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM) kerajaan, tetapi harga dijual ketika ini adalah harga pam RM3.35.

“Bermakna kerajaan sedang rompak rakyat 21 sen setiap liter atas diesel sebab harga pam diesel masih RM3.35 satu liter untuk beberapa minggu ini. 

“Kerajaan gagal ini bukan saja gagal bantu rakyat, malah terus rompak rakyat terang-terangan bagi tanggung regim campuran,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/8/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. PAS Wilayah Persekutuan (WP) memilih Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) bagi menyahut seruan solidariti Palestin.

Solidariti tersebut akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bermunajat. Solat ajat dan pembacaan Qunut Nazilah pula akan berlangsung selepas solat Isyak.

Solidariti untuk Palestin ini adalah susulan daripada kenyataan media bertarikh 31 Julai 2024 bersamaan 25 Muharram 1446 yang dikeluarkan oleh PAS Pusat untuk menyatakan kebersamaan PAS dalam menentang kezaliman dan keganasan zionis Israel.

Selain itu, dunia telah dikejutkan dengan berita syahidnya tokoh perjuangan ini. Beliau yang dibunuh ketika menghadiri sesi mesyuarat bersama Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, dan Panglima Tertinggi Briged Seraya Al-Quds.

Satu ceramah umum ‘Solidariti Palestin’ akan menyusul sebaik sahaja selesai program Solat Hajat dan Qunut Nazilah tersebut dan butiran mengenai ceramah umum tersebut akan dimaklumkan dan diedarkan sedikit masa lagi.

Sila panjangkan maklumat ini. – HARAKAHDAILY 1/8/2024  

Sekian.

Thursday, August 01, 2024

Solidariti Ismail Haniyeh: Solat ghaib, hajat 3 Ogos ini

 


1. Solidariti Ismail Haniyeh: Solat ghaib, hajat 3 Ogos ini

KUALA LUMPUR: “PAS menyeru seluruh umat Islam agar mengadakan solat ghaib dan diikuti solat hajat serta qunut nazilah pada 3 Ogos ini sempena Hari Solidariti Rakyat Palestin yang terus diserang dan yang masih ditahan di penjara-penjara Israel.”

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata demikian susulan tragedi pembunuhan Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran  pada awal hari ini, Rabu (31 Julai).

Menurutnya, tindakan Israel yang disifatkan sebagai ‘pengecut’ itu  dikaitkan dengan pembunuhan  kematian pemimpin kanan Hamas, dan  seorang pengawal peribadinya.

“PAS beranggapan insiden ganas ini berkait rapat dengan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya genosid berterusan di Gaza yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dan peranan Haniyeh sebagai pemimpin utama yang mengetuai penentangan terhadapnya.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, pembunuhan ini berkait dengan peningkatan konfrontasi yang berlaku antara Israel dan Hizbullah di Lebanon dan tekanan meluas yang dihadapi oleh rejim berkenaan dan pemimpinnya daripada komuniti dunia.

“Ini termasuklah daripada PBB dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) susulan tindak-tanduk rejim berkenaan yang melampaui batas undang-undang Antarabangsa dan kemanusiaan, terutamanya di Gaza,” katanya.

Sehubungan itu, dengan perkembangan terbaharu ini, ujar beliau, besar kemungkinan konflik yang berlaku akan merebak lebih meluas ke seluruh rantau terbabit dan semua usaha ke arah penyuraiannya akan menempuh jalan sukar. 

“Rejim Zionis Israel mesti dihukum bertanggungjawab di atas seluruh siri-siri kekejaman yang menghancurkan keamanan dunia ini.” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Takiyuddin PAS mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua  yang mati syahid tersebut, sekali gus merakamkan sokongan serta solidariti penuh dengan rakyat Palestin dan umat Islam di wilayah terbabit dalam perjuangan sah mereka menentang pencerobohan dan penjajahan Israel dan sekutunya sejak sekian lama. – HARAKAHDAILY 31/7/2024


2. PAS kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh hari ini. 

“Seluruh dunia perlu mengutuk Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza,” kata presidennya Abdul Hadi Awang.

Hamas hari ini mengumumkan kematian Ismail dan mendakwa ia berlaku akibat serbuan Israel di kediaman allahyarham di Tehran, Iran.

Pasukan bersenjata Palestin itu berkata sedang menyiasat lanjut serta mengingatkan bahawa pelakunya tidak akan terlepas daripada hukuman. 

Israel belum mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu. Bagaimanapun, seorang menterinya Amichay Eliyahu meraikan kematian itu dengan berkata ia “akan menjadikan dunia ini lebih baik”.

Dalam kenyataan sebentar tadi, A.Hadi mengucapkan takziah kepada keluarga Ismail atas tragedi itu. 

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran syahid di sisi Allah,” katanya. (IH).


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedikit mengenai As-syahid Ismail Haniyeh. Pada Mei 2017,  Hamas yang mentadbir Gaza, memilih Ismail,54, sebagai pemimpin biro politik, menggantikan Khaled Meshaal.

Dia lahir di kem pelarian di Gaza selepas ibu bapanya berhijrah dari bandar Asqalan selepas Israel-AS menubuhkan negara haramnya pada 1948. 

Ismail merupakan graduan dalam bidang sastera Arab daripada Universiti Islam, Gaza. Pada tahun 1983, di universiti, dia menyertai gerakan Blok Pelajar Islam.

Ismail merengkok dalam penjara Israel pada hujung tahun 1980 dan selamat daripada beberapa cubaan bunuh dari si Israel bangsat semasa beliau mendaki tangga kepimpinan Hamas. Awal tahun ini, Israel telah membunuh tiga orang anaknya dalam serangan di utara Gaza. 

Al-hamdulillah beliau dan keluarga dijemput Allah SWT sebagai 'As-syahid' yang menjadi idaman setiap mujahidin.

Sekian dulu. 


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Wednesday, July 31, 2024

DAP samseng, langgar pekeliling KPM? & projek rintis PAS

 


1. ‘Siapa DAP dalam kerajaan sehingga boleh langgar pekeliling KPM?’

KUALA LUMPUR:“Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hari ini dilihat lebih lunak kepada DAP berbanding dengan mempertahankan hak dan isu sensitif yang mengguris hati lebih ramai rakyat Malaysia.”

Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Zurk Ahmad berkata, DAP mahu semua perancangannya mengawal negara ini mengikut ‘tekak’  mereka mesti dituruti walaupun sehingga melanggar undang-undang negara.

“DAP berani mendesak apa-apa yang sudah termaktub diubah mengikut perancangan licik mereka. Pemimpin Melayu kendur bagai lembu dicucuk hidung setiap kali DAP bersuara. 

“Bayangkan jika pemimpin Melayu masih tidak bersatu dan sanggup memecahkan sokongan demi membiarkan DAP terus berkuasa dan menjadi majoriti dalam kerajaan. 

“Situasi membimbangkan seperti ini tidak mustahil jika DAP berjaya meluaskan pengaruh mereka melalui rancangan persempadanan semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahkan menurut Zurk, impian DAP lebih mudah jika keberaniannya mengawal negara ini tidak dihalang oleh pemimpin dalam kerajaan campuran hari ini.

“DAP mesti terus ditolak! Aktiviti ‘buli’ mereka terhadap pemimpin Melayu Islam semakin membahayakan negara,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bahaya DAP kian terserlah setiap kali berada dalam kerajaan dan segala perkara yang sering dituntut mereka sentiasa mengganggu keluhuran undang-undang di Malaysia.

Tambahnya, terdapat tiga persoalan yang perlu dirisaukan oleh negara mengenai campur tangan DAP yang mula menunjukkan besar kepala mereka.

“Siapa DAP dalam kerajaan hari ini sehingga mereka boleh melanggar (arahan) pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dibuat demi kebaikan pendidikan merentas kaum?

“Apa keistimewaan DAP sehingga Menteri KPM terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertimbangkan sumbangan syarikat arak kepada sekolah vernakular?

“Kenapa DAP terlalu ditakuti sehingga tiada pemimpin kerajaan menyelar kenyataan DAP yang mempertikai kredibiliti Menteri Kerajaan Campuran,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/7/2024


2. Ini projek rintis PAS, tingkatkan pendapatan rakyat 

Senator Dato' Husain Awang

KUALA LUMPUR: Projek rintis Dasar Gaji Progresif membabitkan sektor swasta bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat selari dengan peningkatan produktiviti untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.

Senator Dato’ Husain Awang berkata, sebanyak 362 majikan telah membuka permohonan akaun untuk menyertai projek rintis bagi sistem gaji yang berprogresif.

“Data yang ada di tangan saya setakat 12 Julai hanya seramai 867 majikan telah membuka akaun bagi sistem gaji progresif, dan bukannya 996 permohonan.

“Antara lima sektor yang utama dan terlibat dalam projek rintis ini adalah sektor pembuatan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal; maklumat dan komunikasi serta aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.

“Peratusan sektor manakah yang tertinggi dalam keterlibatan projek rintis ini dan adakah projek ini menjadi projek yang wajib disertai oleh majikan pada masa akan datang,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, kementeriannya telah menerima laporan penilaian projek rintis syarikat bagi tujuan pembaikan dasar dan juga pelaksanaan.

“Hasil daripada laporan yang dibentangkan dan kita akan melaksanakan projek ini yang dijangka pada Disember.

“Walau bagaimanapun perkara ini masih lagi belum dijadikan satu kewajipan dan sebab itu kita memperuntukkan RM50 juta sahaja untuk projek rintis yang kita sasarkan sebanyak 1,000 syarikat untuk didaftarkan,” katanya. – HARAKAHDAILY


Komen Weblog Ibnu Hasyim: ‘Wang royalti bukan hadiah PM, tetapi hak Terengganu…’  & “Kerajaan Pusat menyedut hasil minyak negeri melalui syarikat-syarikat minyak sebagai sumber utama negara, sementara Terengganu disuruh hidup tanpa royalti.”

Itu penegasan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim, yang menyatakan bahawa kerajaan negeri berhak menerima dana daripada Kerajaan Pusat berdasarkan perjanjian yang termeterai semasa pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Ketika perjanjian pembentukan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri telah menyerahkan banyak perkara kepada bidang kuasa pentadbiran Persekutuan. Bukan sebab negeri-negeri tak pandai mengurus hasil kekayaan bumi masing-masing. 

“Dalam perjanjian Persekutuan Malaysia, hasil khazanah dalam perut bumi dan lautan serta hasil-hasil cukai, negeri-negeri telah lepaskan kepada Kerajaan Persekutuan. Bidang kuasa negeri hanya agama, tanah dan air.

“Sebagai timbal balas atas penyerahan kuasa negeri kepada pusat, maka perjanjian menetapkan pusat kena salurkan dana, duit dan segala bentuk kewangan. 

“Bukan sebab ehsan pusat atau murah hati PM. Sama ada kerajaan negeri pandai cari duit atau tak ada duit, hak negeri adalah menerima dana daripada pusat sebagaimana perjanjian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga menyentuh tentang kekayaan Terengganu dengan hasil petroleum yang dianugerahkan oleh Allah, yang diserahkan kepada pusat berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

“Hasil keuntungan petroleum daripada syarikat-syarikat minyak diserah kepada pusat. 

“Selepas Terengganu serahkan kepada pusat, kita disuruh cari duit sendiri tanpa bergantung kepada duit hasil minyak?

“Baca apa kata Kul Li (Tengku Razaleigh Hamzah), orang yang tukang sign perjanjian dengan Kerajaan Terengganu,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/7/2024  

Azman Ibrahim

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Tuesday, July 30, 2024

China labur di PP, ini kesan ke Melayu?

 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow -NSTP/MIKAIL ONG

1. Banyak syarikat China berminat melabur di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Pulau Pinang menerima peningkatan pertanyaan daripada syarikat China yang memburu peluang pelaburan sejak lebih setahun ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, pertambahan ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap potensi ekonomi dan persekitaran mesra perniagaan di rantau ini.

"Banyak syarikat China berhasrat untuk melabur di Asia Tenggara, termasuk Pulau Pinang dan Malaysia. Buat masa ini, kami belum menyaksikan banyak pelaburan yang berjaya, tetapi telah menerima banyak pertanyaan.

"Terdapat kemungkinan syarikat di China berwaspada untuk membawa pelaburan mereka di luar negara itu kerana melibatkan aliran keluar modal," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan Sidang Kemuncak dan Ekspo Semikonduktor Asia Pasifik (APSSE) 2024 di sini, hari ini. 

APSSE akan diadakan pada 16 hingga 18 Oktober ini di Pusat Konvensyen SPICE.

Acara berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) menerusi kerjasama strategik dengan Persatuan Industri Peralatan Pengeluaran Elektronik China (CEPEA) dan disokong oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Sementara itu, Presiden MSIA, Datuk Seri Wong Siew Hai, berkata terdapat potensi dari segi peningkatan pertanyaan di Pulau Pinang dan Malaysia berikutan ekosistem sedia ada di negeri berkenaan.

Beliau berkata, banyak syarikat di China dalam subsektor teknologi yang tidak beroperasi di Malaysia. 

"Kami mahu syarikat yang boleh menambah nilai kepada kami dan mengukuhkan ekosistem, dan China mempunyai banyak subsektor teknologi sedemikian yang boleh meningkatkan ekosistem kami.

"Subsektor ini termasuk material, antara muka, semikonduktor dan lapisan penebat. Subsektor berkenaan akan dapat mengisi jurang dalam rantaian bekalan tempatan," katanya.

Siew Hai berkata, syarikat China berminat untuk melabur di Pulau Pinang dan Malaysia menerusi pelbagai kaedah termasuk kerjasama, pelaburan bersama dan penyumberan luar.

Beliau berkata, CEPEA memutuskan penganjuran APSSE di Pulau Pinang selepas melakukan tinjauan di Malaysia selain operasi industri elektrik dan elektronik serta semikonduktor yang signifikan di Pulau Pinang.

Katanya, persidangan itu akan menjadi platform penting kepada pihak berkepentingan, bukan sahaja bagi Pulau Pinang, malah Malaysia.

"Mereka mahu penganjurannya di sini untuk memaklumkan kepada dunia mengenai kepentingan China dan menunjukkan kehadiran mereka di Asia Pasifik. Kami berharap lebih banyak kerjasama akan terhasil daripada acara ini dan limpahan positif kepada ekosistem," katanya.

Setiausaha Agung Cawangan, CEPEA, Steven Huang, mengakui syarikat China berminat untuk bekerjasama dan melabur di Malaysia dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, CEPEA berharap dapat menggalakkan persahabatan dan kerjasama bersama antara China dan Malaysia serta negara lain di rantau Asia Pasifik dalam APSSE akan datang.

"Ini kali pertama CEPEA bekerjasama dengan MSIA dengan sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengadakan persidangan antarabangsa selama dua hari itu," katanya. -BERNAMA


2. Melayu tolak Malaysian Malaysia, DAP yang tolak ‘Bumiputera’ 

PAS menolak sekeras-kerasnya pendirian DAP yang masih mahu mempertahankan dasar ‘Malaysian Malaysia’ dan konsep negara sekular di negara ini.

Pendirian DAP yang dipertahankan melalui kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ini membenarkan amaran Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Awang yang telah beberapa kali menulis dalam siri artikel Minda Presiden PAS.

1. DAP Menyanggah Islamhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid025Qf1T9mdrgrnSkxDWVKhyEMYhFyve7rRPvyJQcd8G4FcwrPKtgt3t2gyGv6no7brl&id=100044222510324 
2. Bukan Islam Tidak Selamat Kalau Melampau Terhadap Islamhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0SaizZNfUoZZbwkyyHqp5un4SdSzKHS9DYnQUkdEDDSvordCFd4PCGV7hgfoRQDCAl&id=100044222510324 
3. Sekularisme Dan ‘Malaysian Malaysia’ Wajib Ditolakhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02teEgAx2Dag6L3ANhM5NYB3N9ZS9YPhCaukyspunaDt2jCq94JTC3qmuCXkh3Wbol&id=100044222510324 
4. DAP Parti Terbesar Pakatan Harapan, https://m.facebook.com/search_results/?q=+DAP+PARTI+TERBESAR+PAKATAN+HARAPAN 

Setelah memperoleh kuasa, DAP semakin lantang dan tanpa berselindung membuka topeng mereka yang kononnya menjunjung Perlembagaan Persekutuan, namun hakikatnya sedang merungkai Perlembagaan Negara ini dengan tafsiran sekuralisme mereka.

Sejarah telah menulis kepada kita pejuang kemerdekaan tanah air ini bermati-matian membebaskan negara daripada agenda sekular penjajah dan konsep kesamarataan yang menggugat kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

Dasar Malaysian Malaysia ini bukan semata-mata untuk membela kaum minoriti yang tidak pun terancam di Malaysia, tetapi lebih kepada cubaan menghapuskan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan dan melucutkan agama dalam pemerintahan negara.

Hak kesamarataan menuntut kaum minoriti berasimilasi kepada cara hidup kaum majoriti. Konsep ini akan mendorong kepada isu diskriminasi dan perkauman yang membawa kesan lebih buruk kepada keharmonian kaum di Malaysia dan membahayakan kalangan bukan-Islam sendiri.

Konsep yang batil dan zalim ini tidak boleh dibawa masuk kembali atas apa jua alasan lebih-lebih lagi oleh parti yang terang-terangan mengganggu dan mempertikai urusan agama orang Islam. 

Konsep integrasi kaum lebih sesuai dilaksanakan di negara ini berbanding konsep asimilasi kaum kerana semua agama dan bangsa diraikan dan diberi kebebasan mengikut sempadan yang telah ditetapkan. 

PAS berpendirian mempertahankan Islam dan kedudukan Melayu yang nyata dalam Perlembagaan Persekutuan akan membawa keadilan kepada semua agama dan bangsa dalam pemerintahan negara Malaysia.

Sekian.

YB Ir. Ts. HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS
Ahli Parlimen Jerantut
4 September 2023 – HARAKAHDAILY 4/9/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, PAS Perak alukan kerjasama BN-DAP untuk PRU16. Di Bagan Serai, PAS Negeri Perak komited bersama Perikatan Nasional (PN) memperjuangkan ketuanan Islam dan bangsa Melayu serta rela menjadi pembangkang berprinsip daripada menjadi alat kepada pihak lain.

Perjuangkan ketuanan Islam dan bangsa Melayu. Bukan jadi Pak Pandir..

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria sehubungan itu menyambut baik pengisytiharan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan DAP oleh Pengerusi BN Perak bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 akan datang.

“Kita (PAS) komited dengan perjuangan mendaulat Islam dan ketuanan Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara. Pembelaan terhadap kaum yang tertindas dan miskin juga menjadi agenda besar perjuangan PAS.

“Kita akan bersama dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima perjuangan parti PAS,” ujar beliau yang juga ADUN Gunung Semanggol dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengimbau peristiwa lalu kata Razman, dakwaan Pengerusi BN konon pihaknya tidak ditawarkan jawatan Exco sewaktu ingin membentuk kerajaan selepas PRU15 adalah satu pembohongan.

Sedangkan katanya, parti itu menolak pertemuan perbincangan membentuk kerajaan negeri bersama PN yang telah memenangi 26 daripada 59 kerusi DUN di negeri itu.

“Kerakusan terhadap jawatan menjadikan BN melupakan agenda Perpaduan Ummah. Sedangkan Perpaduan Ummah yang diusahakan PAS adalah mengajak seluruh umat khususnya orang Melayu dan bukan-Melayu yang tidak ekstrem untuk bersama,” tegasnya.

Justeru PAS bersama PN Perak katanya, berazam akan memberi tumpuan kepada kerusi Melayu milik BN dan Pakatan Harapan (PH) demi menyelamatkan bangsa yang dikhianati Umno pada PRU lalu.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru kepada seluruh pengundi Umno yang merasa dikhianati agar bersama PAS dan PN dalam merealisasikan agenda Perpaduan ummah.

Kepada pemimpin BN Perak, khususnya Umno, beliau mengingatkan agar Kisah Pak Pandir menang sorak kampung tergadai wajar diteladani dan diambil ikhtibar. – HARAKAHDAILY 29/7/2024

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...