Saturday, August 17, 2024

Didik Solat Tahajud ke arah pemicu sukan -PAS

 

1. Tahajud beri kekuatan atlet wushu T’ganu rangkul emas

PETRAJAYA: Tanpa berselindung, pemenang pingat emas pertama Terengganu bagi acara wushu sanda (70kg) mendedahkan solat tahajud adalah sumber kekuatan dirinya meraih kejayaan.

Ekbal Dave Sandhu Aslam Dave mengakui pada awal pertarungan dia agak gugup, namun memikirkan sokongan rakan-rakan, atlet Terengganu itu tetap meneruskan saingan.

“Saya berdebar sangat hari ini, memang rasa tak boleh menang hari ini tapi demi kawan-kawan, demi keluarga yang datang saya kembali bersemangat.

“Di samping itu, antara kekuatan saya, saya cuba amalkan solat tahajud, jangan lewatkan solat dan bismillah setiap kali buat sesuatu,” katanya kepada UPDI.

Lebih manis katanya, kemenangan itu dilakar di hadapan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir menyaksikan sukan terbabit.

Selain satu emas, Terengganu juga cemerlang merangkul empat lagi gangsa dalam sukan wushu hari ini. – TRDI.my

2. Sukan dalam Islam.

KETIKA sesi dialog dalam satu majlis, ada soalan mengenai bagaimana polisi Islam dalam hal ehwal kesukanan? Kalau PAS diberi kuasa pemerintahan kelak, adakah sukan akan diharamkan?

Bagi menjawab persoalan ini, perlu diketahui  bahawa sukan juga sebenarnya adalah salah satu ibadah.

Selain ibadah khusus seperti solat, menunaikan haji, membaca Al-Quran dan lain-lain, sukan juga adalah ibadah yang termasuk dalam kategori ibadah umum.

Ya! Sukan adalah ibadah!

Maka, tiada apa-apa yang salah pada aktiviti sukan. Yang menentukan sukan itu dibolehkan atau tidak ialah bagaimana sukan itu dianjurkan dan dimainkan oleh pemain.

Untuk menjadikan aktiviti sukan itu menjadi satu ibadah, ada lima syarat yang perlu dipatuhi:

(Lanjut sila lihat 'Bagaimana polisi Islam dalam sukan?' – HARAKAHDAILY 6/9/2019 )


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, komen kali ini saya (Ibnu Hasyim) tertarik untuk imbas sedikit mengenai acara sukan Olimpik Paris 2024.

Ia berkait dengan kisah misteri 'kotak emas' Olimpik Paris 2024 yang kononnya telah terungkai, dibongkar oleh apabila seorang atlet kayak Australia, Jessica Fox.  Beliau adalah pemenang dua pingat emas dalam acara perseorangan kanu (C1) dan kayak (K1) berkongsi rahsi kotak berkenaan menerusi TikTok di akaun @jessfoxcanoe.

Biasanya, pemenang pingat Sukan Olimpik akan dapat bunga dan maskot, namun kali ini di Paris berbeza. Dapat poster yang unik dan maskot kecil. Cantik serta istimewa, katanya. 

Jessica memenangi dua pingat emas Olimpik buat Australia. - Foto Agensi/Sinar Harian

Apa misterinya? Peminat sukan dunia sebelum ini tertanya-tanya selain dikalungkan pingat ketika upacara penyampaian hadiah, pemenang turut menerima seunit kotak yang dianggarkan berukuran 40 sentimeter. 

Rupanya, maskot mini Paris 2024 itu dikenali sebagai Phryge yakni perkataan tahniah ditulis dalam bahasa Perancis di belakangnya. 

Juga melalui video berdurasi 39 saat, memaparkan lukisan buatan tangan termasuk imej cincin Olimpik, Menara Eiffel, lokasi bersejarah dan venue pertandingan termasuk Olimpik Stade de France.

Berdasarkan portal rasmi temasya, poster berkenaan dihasilkan ilustrator terkenal Perancis, Ugo Gattoni.  Idea dan simbolik di sebalik lakaran poster itu ialah mengenai visi, alam dan keindahan kota Paris sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Paris 2024. Gattoni menghabiskan lebih 2,000 jam dalam tempoh enam bulan bagi melakar kerja seni istimewa tersebut. 
Jessica memenangi dua pingat emas Olimpik buat Australia. - Foto Agensi/Sinar Harian
Ada lagi, sumber-sumber yang boleh dipercayai menyebutkan banyak upaacara mistik ke arah memuja jin dan syaitan simbul sukan sesat dari fahaman berbagai agama yang bukan dari Islam. Orang Islam tadak layak menghadirinya. 
(Sila rujuk huraian dan analisis Dr Mat Rofa mengenai acara sukan Olimpik Paris 2024.)
Begitu banyaknya usaha memotivasikan acara sukan Olimpik Paris 2024 itu, sedangkan bagi orang Islam 'Tahajud' mampu memberi kekuatan atlet wushu T’ganu rangkul emas dalam sukan.
Insya Allah!

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Perkosa, bunuh, mogok hari ini.. & DAP buat hal.


Persatuan Perubatan India (IMA), pertubuhan doktor terbesar di negara itu bakal mengadakan mogok perkhidmatan bukan kecemasan di seluruh negara pada esok, Sabtu, 17 Ogos 2024. (FOTO: Daily Sun)

1. Doktor diperkosa, bunuh: Persatuan perubatan anjur mogok esok

Persatuan Perubatan India (IMA), pertubuhan doktor terbesar di negara itu bakal mengadakan mogok perkhidmatan bukan kecemasan di seluruh negara pada esok, Sabtu, 17 Ogos 2024. (FOTO: Daily Sun)

MUMBAIIndia: Kemarahan terhadap tragedi pemerkosaan dan pembunuhan kejam seorang doktor di timur India tidak menunjukkan tanda-tanda reda pada hari ini Jumaat (16 Ogos), ketika pertubuhan pasukan perubatan menggesa penutupan perkhidmatan hospital terbesar di situ. dan parti politik bersiap sedia untuk mengadakan protes.

Pada minggu lalu, seorang doktor pelatih berusia 31 tahun telah diperkosa dan dibunuh ketika berada di dalam sebuah kolej perubatan di bandar timur Kolkata, tempat di mana dia bekerja, yang kemudian mencetuskan bantahan di seluruh negara di kalangan doktor, lapor Al Arabiya News.

Insiden itu hampir sama dengan insiden pemerkosaan beramai-ramai dan pembunuhan seorang pelajar berusia 23 tahun ketika menaiki bas yang sedang bergerak di New Delhi pada 2012.

Sehubungan itu, kumpulan perubatan terbesar India, Persatuan Perubatan India (IMA) berkata, pihaknya akan melaksanakan penutupan seluruh negara bagi kebanyakan jabatan, kecuali perkhidmatan penting, selama 24 jam mulai pagi esok, Sabtu (17 Ogos), mogok terbesar dalam sekurang-kurangnya satu dekad.

“Doktor, terutama golonganwanita terdedah kepada keganasan kerana sifat profesion mereka.

“Ia adalah tanggungjawab pihak berkuasa bagi menyediakan keselamatan doktor di dalam hospital dan kampus,” kata IMA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada laman X, lewat malam Khamis.

Sementara itu, golongan pelakon Bollywood, selebriti dan ahli politik di India juga telah menyuarakan rasa terkejut dengan jenayah itu, dan menggesa hukuman yang lebih tegas bagi pelaku jenayah terhadap wanita.

Doktor berkata, insiden perkosa dan bunuh  itu menunjukkan keadaan pasukan perubatan yang dibiarkan tanpa perlindungan dan kemudahan yang sewajarnya. -Agensi/– HARAKAHDAILY 16/8/2024


2. Lagi (bekas) DAP buat hal, julang musuh negara. 

Zurk Ahmad

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Selangor merakamkan rasa dukacita, kecewa dan penentangan yang keras terhadap perkembangan semasa dalam isu pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik kontroversi, Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama, tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau Superman Hew.

Ketua Penerangannya, Zurk Ahmad berkata, sebagai negara yang berdaulat, merdeka dan mempunyai identiti serta prinsipnya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) seharusnya mengambil tindakan yang proaktif, kritis, dan tidak berkompromi dengan isu tersebut. 

(Lanjut sila rujuk 'Lagi (bekas) DAP buat hal, julang musuh negara'. – HARAKAHDAILY 14/8/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, kita perlu memandang serius mengenai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik pengharaman komik, Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama. Kerana motif dan tujuan penerbitan komik tersebut masih menjadi tanda persoalan. 

Komik karikatur yang mengandungi doktrinisasi ideologi-ideologi yang mengancam kepada keharmonian negara Malaysia. Komik yang  mengangkat ideologi komunisme, liberalisme dan sosialisme, mampu mencemarkan generasi muda dengan maklumat-maklumat terpesong.

Contohya, komik tersebut ada menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pluralisme dalam satu kenyataan, hari ini. Itulah faktor pemecah keharmonian kaum di samping menyalakan api Islamofobia, di negara ini dan seluruh dunia sebenarnya.

Juga di dalam komik tersebut dibawa watak orang Islam Uighur di Xinjiang China, yang digambarkan sebagai pengganas. (Mengenai hal ini sila lihat pengalaman Ibnu Hasyim semasa berada di Xinjiang.  ('Orang Cina, kembalilah kepada Islam..') 

Akhirnya, kita kembali kepada masalah KDN. Terdahulu, media tempatan melaporkan KDN telah membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, yang sebelum ini diwartakan pada 2019. 

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 6 Ogos 2024.

Berdasarkan warta tersebut, pembatalan Perintah Larangan, membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa, iaitu versi bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Belt and Road Initiative for Win-Winism’ dan bahasa Cina.

Iaitu, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), Menteri membatalkan Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 3) 2019 (P.U. (A) 288/2019) yang disiarkan dalam warta pada 23 Oktober 2019 dengan melarang pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang dinyatakan dalam jadual.

Begitulah kira-kira. 

Itulah, pentingnya PAS, tetap perjuangkan kebenaran dan keadilan menurut Islam. Berjuang di dalam negara, luar negara, di dunia, hingga luar dunia, iaitu di Negara Akhirat yang kekal Abadi.

Bukan dibawah tempurung DAP dan PM saja.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

Friday, August 16, 2024

Hebatnya tadbiran PAS, dipilih antarabangsa.

Dr. Ir. Ts. Mohmad Asari Dau

1. Dipilih N/Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA) di Toronta Kanada. Al-hamdulillah.

KANGAR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Perlis (SAP), Dr. Ir. Ts. Mohmad Asari Daud, dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa (IWA) semasa Perhimpunan Agung persatuan tersebut di Toronto, Kanada baru-baru ini.

Pelantikan itu disambut baik oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohmad Asari atas pencapaian tersebut.

Menurut Mohd Shukri, pemilihan tersebut merupakan satu penghormatan besar dan pencapaian yang boleh dibanggakan, terutama dengan pemilihan Kuching, Sarawak sebagai tuan rumah Kongres dan Pameran Air Dunia pada tahun 2028.

Sebagai Presiden Persatuan Air Malaysia (MWA), Mohmad Asari telah memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah peningkatan air tidak terhasil (NRW) di Perlis, yang mencapai 62 peratus pada tahun lalu.

Dengan kerjasama antara Syarikat Air Perlis dan kerajaan negeri, peratusan NRW berjaya dikurangkan kepada 60.73 peratus sehingga Jun 2024, hasil tindakan agresif SAP melalui program ‘We Care’.

Naib Presiden MWA, Adam Saffian Ghazali, turut mengucapkan tahniah kepada Mohmad Asari atas pemilihan tersebut, yang disifatkan sebagai pencapaian luar biasa.

Mohmad Asari akan memegang jawatan Naib Presiden IWA sehingga Mesyuarat Agung IWA pada tahun 2026 di Glasgow, Scotland. – HARAKAHDAILY 16/8/2024


2. Ini saranan rakyat, ‘PRK ini kita pilih bulan, tinggal warna biru’ 

Mohd Rizwadi Ismail menyantuni Orang Asli di Pos Tohoi.

GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli dari Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias akan terjejas apabila projek Janakuasa Hidroelektrik Nenggiri beroperasi beberapa tahun lagi.

Bagaimanapun mereka bersyukur kerana kerajaan negeri meluluskan kawasan lebih 2,000 ekar bagi membangun penempatan baharu dijangka boleh diduduki pada pertengahan 2026.

Pemimpin masyarakat di Pos Pulat Ustaz Basri Abdullah berkata, penempatan baharu tersebut akan dilengkapi perumahan, ladang getah dan tapak dusun sebagai sumber pendapatan penduduk.

Selain itu katanya bantuan sara hidup bulanan sehingga ladang mengeluarkan hasil.

“Kami merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri. Pada pilihan raya kali ini kita akan pilih bulan pula, tinggal warna biru.

“Penduduk yang lain juga memberitahu mahu tukar kepada warna hijau belaka. Ini warna pokok dan hutan kita,” katanya pada program ziarah NGO Misi Kembara Dakwah ke Pos Pulat baru-baru ini.

Menurutnya juga sebelum ini penduduk Orang Asli mudah percaya kepada pemimpin mereka, sebaliknya sekarang tidak lagi kerana mudah mendapat maklumat melalui internet.

Empangan Nenggiri dibina di Nenggiri melibatkan kos RM5 bilion bagi menjana 300 mega watt (MW) elektrik dijangka beroperasi pada 2027.

Projek tersebut akan mewujudkan kawasan takungan seluas 5,384 hektar dijangka dapat membantu mengurangkan banjir di Kelantan kerana empangan berfungsi sebagai kawasan tadahan. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Mari kita sorot perkembangan terkini PAS. Amat berbeda dari sebelum ini. 

Di Gua Musang, laungan perkataan ‘bulan’ mulai kedengaran di Pos Simpor yang didiami lebih 550 penduduk Orang Asli. Lokasi itu mengambil masa perjalanan tiga jam dari bandar tersebut.

Namun, sekiranya hujan, perjalanan boleh melewati sehingga lima jam. Penduduk terpaksa meredah jalan balak untuk keluar ke bandar Gua Musang atau Kuala Betis.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, PAS hanya mendapat 10 undi di dua saluran Unit Daerah Mengundi Simpor.

Namun, sekarang sudah berbeza jauh. Penduduk Orang Asli mulai mengenali PAS dengan lebih dekat dan ada petugas kempen PAS dan PN berkampung di penempatan tersebut.

Sepanjang mereka berada di sana sambutan penduduk tempatan begitu menggalakkan sekali. Mereka keluar beramai-ramai menyertai pelbagai program yang diatur. Golongan wanita di sana datang memasak bagi jamuan penduduk yang datang.

Masing-masing merasai pengalaman memecahkan padi bukit dengan lesung besar untuk menghasilkan beras. Selepas itu kaum wanita Orang Asli akan mengasingkan padi dan antah.

Dan sehingga kini, terasinglah antara padi dengan antah. Saudara-saudara kita itu cerdik memilih padi, membuang antah. 

Dan tinggallah antah itu kepada yang X cerdik, X mahu pilih bulan & tinggalkan warna biru.

Sekian.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails