Saturday, August 24, 2024

Ini rumah misteri, mana, siapa 'hantu'nya? & Politik Dajjal UMNO-PH.

 

Rumah peserta terbiar kerana berpindah ke tempat lain bagi mencari rezeki.

1. Peserta Agropolitan hilang pendapatan dihalang tuai sawit

GUA MUSANG: Projek Agropolitan Kelantan Selatan di Rantau Manis dilaksanakan pada 2009 dengan harapan membantu penduduk miskin tegar keluar dari garis kemiskinan.

Projek itu dilaksanakan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melibatkan kos kira-kira RM240 juta. Seramai 585 peserta dipilih menyertai Agropolitan Kelantan Selatan.

Sasaran awal ECERDC purata pendapatan peserta meningkat daripada RM500 kepada RM1,000.

Pada peringkat awal peserta diberi lot rumah dan kebun koko seluas setengah ekar dan mengusahakan ladang sawit di kawasan seluas 10 ekar. 
Peserta projek tersebut memberitahu ketika awal menyertai Projek Agropolitan Kelantan Selatan mereka memperolehi pendapatan sebanyak RM700 hasil kebun sawit dan RM200 jualan koko.

Bayaran hasil sawit dikira RM150 bagi satu tan metrik dibayar kepada setiap peserta. Ada peserta yang mendapat pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.

Bagaimanapun segala-galanya berubah apabila ECERDC menyerah pengurusan Agropolitan Rantau Manis kepada Kesedar pada 2022. 

Seorang peserta Mohd Zin Daud, 53 berkata, beliau menyertai projek tersebut pada 5 Disember 2011 sedikit sebanyak dapat mengubah kehidupan keluarganya melalui pendapatan hasil ladang sawit dan koko.

Katanya pengurusan ladang sawit diserah kepada peserta dan mereka dibayar upah berdasar jumlah tan sawit yang dituai di kebun.

“Selama bertahun tahun peserta mendapat pendapatan daripada ladang sawit yang diusahakan setiap peserta.

“Namun selepas ladang diserah ECERDC kepada Kesedar, ladang tersebut tidak lagi diurus peserta, sebaliknya Kesedar melantik kontraktor untuk memungut buah sawit.

“Kami tidak lagi dibenarkan bekerja di ladang yang kami usahakan sejak menjejaki kaki ke projek Agropolitan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mohd Zin Daud

Mat Zin yang berasal dari Jeram Tekoh berkata, dia sempat mengusahakan ladang seluas empat hektar itu selama empat tahun sebelum dihalang memasuki ladang oleh kontraktor.

Menurutnya juga peserta diberi bayaran equiti sebanyak RM700 dalam tempoh satu tahun selepas tidak dibenarkan mengusahakan ladang masing-masing bermula Disember 2023.

Ekoran itu katanya, ada peserta terpaksa mencari rezeki di tempat lain kerana hilang pendapatan di ladang sawit yang diusahakan sejak sekian lama selepas pengurusan bertukar.

Malah katanya sekarang ladang sawit projek Agropolitan banyak yang terbiar kerana tidak lagi diurus dengan baik seperti di bawah ECERDC.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid menyampaikan sijil tahniah kepada peserta projek Agropolitan.

Sijil tersebut yang ditandatangani Pengerusi Kesedar mencatat ‘Dengan sukacitanya Kesedar mengucap tahniah kepada peserta kerana telah dipilih sebagai penerima lot kediaman di Taman Agropolitan Kelantan Selatan’. 

Ladang sawit terbiar selepas diurus di bawah Kesedar.

Seorang lagi peserta Agropolitan Rantau Manis, Rozali Mamat, 53, sijil yang diberi Timbalan Perdana Menteri tidak memberi sebarang makna kerana ia bukan geran lot rumah.

Katanya, sijil itu sekadar ditulis ucapan tahniah seumpama pelajar tadika yang tamat belajar.

“Kami meminta Kesedar mengembalikan semula ladang terbabit supaya peserta dapat membangun dan mencapai visi penubuhan Agropolitan Rantau Manis seperti peringkat awal,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/8/2024

2. Politik Dajjal: Menjadi pilihan UMNO-PH?


PENGANUT Islam diajar menghadapi fitnah Dajjal yang menjadi tanda besar dunia akhir zaman sebagaimana yang telah diberitahu oleh Rasulullah SAW. Betapa bahayanya godaan Dajjal, sehingga setiap orang rasul mengingatkan umat masing-masing akan bahaya godaan fitnahnya. 

Rasulullah SAW berdoa memohon perlindungan Allah bagi menghadapi fitnah tersebut dalam setiap solatnya sebelum ditutup dengan salam. Bahkan, Rasulullah SAW juga mewasiatkan umatnya agar berdoa supaya Allah melindungi diri masing-masing daripada fitnah Dajjal. 

Telah dihuraikan bahawa sebelum kemunculan Dajjal, terdapat bala tenteranya dahulu yang akan disebarkan ke seluruh pelosok dunia. Mengikut kepercayaan agama Yahudi, Dajjal yang dinamakan al-Masih itu dinantikan oleh kaum Yahudi yang juga disebut al-Masyyah. Ia berasal daripada bangsa Yahudi yang menjadi pemimpin agung negara yang besar dengan menakluki seluruh dunia selepas berlakunya perang dunia yang besar. 

Kini, kumpulan pelampau Yahudi paling tegas menolak usaha perdamaian kerana mereka ingin meneruskan peperangan. Perkembangan ini menjadi tanda besar akan kedatangan al-Masih yang akan memimpin mereka menakluk dunia. Umat Islam menamakan al-Masih yang ditunggu-tunggu oleh kaum Yahudi dengan nama al-Masih al-Dajjal (pembohong besar yang menyesatkan).  

Al-Masih al-Dajjal akan datang dengan membawa prinsip kebendaan supaya manusia bertuhankannya dengan diberikan kesenangan kepada sesiapa yang bersamanya. Jika menentangnya, maka golongan itu akan dihumban ke dalam neraka yang menyusah dan menyeksakan. Kedatangannya menjadi tanda besar kepada hampirnya kiamat yang akan menamatkan alam kini dan digantikan dengan alam akhirat yang kekal buat selama-lamanya.

Rasulullah SAW juga memberitahu bahawa akan adanya beberapa dajjal sebelum kemunculan Dajjal yang besar.

Al-Masih yang sebenar mengikut Islam ialah Nabi ‘Isa AS yang datang membunuh Dajjal ketika hampirnya kiamat. Baginda AS akan memerintah dengan syariat Islam yang adil pada akhir umur dunia, setelah berjaya mengalahkan kaum Yahudi. 

Aqidah perjuangan Dajjal ialah kebendaan dan harta kesenangan dunia yang menjadi tuhan yang dipuja-puja. Maka, Dajjal Yahudi yang bermata satu itu hanya menjadi simbol dunia sahaja tanpa akhirat. 

Kita dapat menyaksikan betapa semua ahli falsafah yang mencipta ideologi politik dan ekonomi, sama ada ideologi yang paling kiri seperti Karl Marx atau paling kanan seperti Adam Smith, kedua-duanya berasal daripada kaum Yahudi. 

Malah, kita juga dapat menyaksikan penguasaan Yahudi Zionis terhadap politik dan ekonomi negara-negara besar dan negara kecil. Negara-negara ini berada di bawah naungan ideologi tersebut sehinggakan Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga turut bersamanya. 

Maka, semua parti dan calon ketua negara-negara besar berusaha mendapat sokongan Zionis dalam setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Caranya dengan menunjukkan mereka itulah kumpulan yang paling kuat menyokong Israel walaupun telah disaksikan keganasannya, tetapi semua itu ditutupi dengan politik wang atau harta dan media bohong yang dikuasai oleh Zionis. 

Keadaan ini dapat disaksikan dengan jelas dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), begitu juga di England dan negara-negara Eropah yang lain. 

Allah menyebut suatu cerita benar dalam al-Quran mengenai konsep perjuangan Yahudi Bani Isra’il yang dilaknat oleh-Nya, sebagaimana firman-Nya:..

(Seanjutnya sila lihat 'Politik bohong dan kebendaan tetap menjadi pilihan Umno-PH' ABDUL HADI AWANG Presiden PASBertarikh: 17 Safar 1446 / 22 Ogos 2024[Bil: 35 / 2024]   –HARAKAHDAILY 22/8/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini sedikit teguran kepada pemimpin yang zalim. Kezaliman dalam membawa maksud 'Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar.'

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali (w.505H/1111M) menyebut dalam kitabnya al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk  betapa pentingnya seorang raja (atau pemerintah) berlaku adil kepada rakyatnya kerana kerajaan dan pemerintahan itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang Dia boleh beri dan tarik semula daripada sesiapa yang dikehendaki seperti mana firman Allah SWT, mafhumnya:

Dia (Allah) berikan kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia menarik kerajaan daripada sesiapa yang Dia kehendaki; Dia muliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia hinakan sesiapa yang Dia kehendaki, segala kebaikan itu miliknya, dan sesunggunya Dia berkuasa atas segala sesuatu” (Al-Imran:26).

Kezaliman boleh berlaku dalam banyak bentuk tidak semestinya dalam bentuk tindas dan aniaya fizikal sahaja. Pengkhianatan terhadap harta negara juga adalah salah satu bentuk kezaliman yang seringkali tidak diambil berat oleh sesetengah raja atau pemimpin ketika berkuasa. 

Imam al-Ghazali menyebut betapa sebuah kerajaan yang adil walaupun diperintah oleh pemimpin bukan Islam akan mampu bertahan, berbanding kerajaan zalim walau dipimpin oleh orang-orang Islam. Beliau mengingatkan para pemimpin jangan salahgunakan harta negara untuk kepentingan peribadi. 

Nabi SAW mengingatkan terhadap pemimpin yang khianat itu, “Tidaklah seseorang diamanahkan memimpin sesuatu kaum kemudian dia meninggal dalam keadaan berkhianat terhadap rakyatnya, maka diharamkan baginya Syurga” (HR Bukhari dan Muslim). 

Dalam hadith lain disebutkan “Sesiapa pemimpin yang menipu rakyatnya, maka tempatnya dalam Neraka” (HR Ahmad). Dalam Musnad Imam al-Rubai’ pula diriwayatkan hadis berikut: “Allah melaknat orang yang memerintah umat ku dengan zalim dan mengaut harta fai’ (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.”

Dalam Surah Hud ayat 113, mafhumnya: “Jangan sekali-kali kamu cenderung menyokong orang yang zalim, kelak kamu akan dibakar oleh Api Neraka, (pada ketika itu) kamu tidak akan dapati selain Allah sebagai penyelamat dan kamu juga tidak akan mendapat sebarang pertolongan.”  

Marilah sama-sama kita menyahut perintah Nabi SAW: “Tolonglah saudara mu yang zalim dan yang dizalimi” [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 2263, 2264 dan 2438]. 

Menolong saudara kita yang zalim ialah dengan cara menghentikan mereka daripada melakukan kezaliman lagi, iaitu dengan cara tidak lagi memilih dan mengangkat mereka sebagai pemimpin.

Mengenai 'rumah misteri', seperti disebut dan didedah di atas, pengundi-pengundi boleh gunakan 'undi tuan-tuan' untuk menghalau 'hantu'nya, di mana saja mereka berada, bukan di Gua Musang saja.

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

Friday, August 23, 2024

Lagi, PAS tarbiah sukan. & Fu Ceen peluk Islam.

 

Fu Ceen Put Thai atau nama Islamnya, Fathurrahman.

1. Raih pingat emas SUKMA 2024, Fu Ceen peluk agama Islam

KUALA LUMPUR: Atlet taekwando Terengganu, Fu Ceen Put Thai yang meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Bumi Kenyalang, Sarawak menerusi acara kyorugi kategori lelaki bawah 63 kilogram, mengumumkan dia telah memeluk agama Islam.

Dalam saingan acara berkenaan, Fu Ceen berjaya menewaskan peserta Perlis, Muhammad Rafieqqie Danish Md Roshidi dengan 13-2.

Menerusi video berdurasi pendek dikongsikan oleh pengguna TikTok, @timothyzxhra yang sudah mencecah kepada 1.5 juta jumlah tontonan dan 162.1 ribu tanda suka memaparkan situasi ketika Fu Ceen mengibarkan bendera Terengganu selepas meraih pingat emas tersebut.

Apa yang menarik, atlet berusia 22 tahun itu telah melakukan sujud syukur di hadapan khalayak ramai termasuk orang tuanya.

Menurut Fu Ceen yang memilih nama Islamnya, Fathurrahman dan kini berada dalam program atlet pelapis kebangsaan yang baru disertainya pada tahun ini, dia telah memberitahu ahli keluarganya mengenai dirinya yang telah memeluk Islam selepas berjaya meraih pingat emas tersebut.

“Saya sebenarnya telah memeluk Islam pada Disember tahun lepas.

“Kini saya sedang meluangkan masa bersama-sama dengan ibu saya kerana saya memang selalu meluangkan masa dengan mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/8/2024

2. Umat Islam di Great Britain Meningkat 44 Peratus dalam 10 Tahun. 

Ilustrasi. Pemeluk Islam di Inggris alami peningkatan dalam satu dekade terakhir. (Foto: AP Photo/Alberto Pezzali, FILE)

ISLAM di England meningkat sebanyak 44 peratus dalam tempoh 10 tahun. Data ini diperoleh daripada banci penduduk yang dijalankan oleh Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) di England dari 2011 hingga 2021.

Banci ONS dijalankan setiap sepuluh tahun sekali dan berdasarkan siri soalan untuk semua warga UK. Untuk soalan agama, ini adalah sukarela sahaja untuk mereka yang sudi menjawab. Seperti yang dilaporkan oleh Arab News, daripada 4.9 peratus atau 2.7 juta penganut Islam di negeri England dan Wales, pada 2011 ini meningkat kepada 3.9 juta umat Islam atau 6.5 peratus daripada jumlah penduduk pada 2021.

Sebaliknya, kota London direkodkan sebagai kawasan dengan tumpuan terbesar umat Islam. Data dari ONS menyatakan bahawa 15 peratus warga London telah memeluk Islam setakat 2021. Angka ini meningkat sebanyak 12.6 peratus daripada sebelumnya. “Ini bermakna terdapat lebih 1.3 juta (daripada jumlah keseluruhan 8.6 juta) orang Islam tinggal di London sahaja,” tulis Arab News.

Sementara itu, The Guardian melaporkan bahawa kawasan di England yang mempunyai peratusan terbesar penduduk Islam pada 2011 ialah Tower Hamlets. Kemudian diikuti kawasan lain iaitu Blackburn dan Darwen dengan 35 peratus dan Newham dengan 34.8 peratus penduduk yang mendakwa Islam sebagai pegangan mereka.

Walau bagaimanapun, Tower Hamlets juga telah mengalami peningkatan yang ketara dalam jumlah sebanyak 1.9 peratus dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu. Pada 2021, umat Islam akan membentuk 39.9 peratus daripada jumlah penduduk tempatan.

Tinggal di Kawasan Kurang Beruntung

Penduduk Islam di England semakin meningkat. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada penduduk Islam masih tinggal di kawasan kurang membangun di wilayah masing-masing.

Banci ONS menyatakan bahawa 39 peratus umat Islam di England dan Wales masih tinggal di kawasan yang kurang bernasib baik. Statistik malah menunjukkan bahawa terdapat korelasi antara keterukan kawasan yang kurang bernasib baik dengan peratusan orang Islam yang tinggal di dalamnya.

Secara keseluruhannya, data menunjukkan bahawa 61 peratus umat Islam di England dan Wales tinggal di 40 peratus kawasan paling terlantar di negara mereka. Hanya 4 peratus orang Islam tinggal di kawasan kurang maju di negeri ini.

"Kami adalah generasi kedua atau ketiga (Islam). Terdapat lebih ramai daripada kami di sini. Bagaimanapun, kami masih dalam kitaran kemiskinan dan kekurangan ini," kata Setiausaha Agung Majlis Muslim Great Britain (MCB), Zara Mohammed kepada The Guardian.

Pertambahan penduduk Islam, menurut Mohammed, didorong oleh bilangan anak muda yang dilahirkan di rantau ini. Walau bagaimanapun, kitaran ekonomi berputar di sekitar rantau ini dan menyebabkan kemiskinan berterusan antara generasi.

"Saya fikir ia bergantung kepada keadaan sosio-ekonomi di mana orang hidup dan peluang ekonomi yang ada." dia menekankan. (IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, lagi PAS tarbiah atlet sukan. Kerana dapat raih pingat emas SUKMA 2024, atlet taekwando Terengganu Fu Ceen peluk agama Islam.

Perkembangan terkini dunia, sudah berduyun-duyun manusia memilih Islam, apalagi selepas maraknya keganasan Israel/AS menjajah dan membunuh rakyat Palestin. 

Bahkan PAS sendiri sempena bulan kemerdekaan turut berkempen kibar jalur gemiang dan bendera PAS. 


Pada malam 24 Ogos (esok) bakal menjadi saksi pasukan manakah yang akan menoktahkan kejuaraan Piala FA Malaysia bagi tahun 2024.  

Lebih menarik lagi apabila pertembungan itu bukan sahaja untuk mencari pasukan yang layak menjulang Piala FA Malaysia, namun turut menjadi tumpuan buat dua pemain yang akan merebut gelaran penjaring terbanyak dalam kempen Piala FA Malaysia 2024.

Orang ramai dijemput hadir ke Dewan Besar Hulu Bernam untuk menyaksikan ‘tayangan big screen final FA Cup’  secara percuma yang akan diadakan malam esok, bermula jam 8.30 hingga 11 malam.  

Terdapat dua skrin besar akan dipaparkan iaitu skrin LED akan dipaparkan di dalam dewan, manakala skrin projektor dipancarkan di luar dewan. Juga turut dijemput semua penyokong yang hadir untuk memakai pakaian berwarna merah kuning bagi memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan Selangor FC. 

Jom semua! Saksikan pemain Selangor, Faisal Halim yang akan bersama-sama beraksi dalam perlawanan akhir bola sepak. Pastikan pada Sabtu ini, Selangor sekali lagi dapat menjulang piala FA kali yang ke-7. 

Makanan dan minuman turut disediakan kepada para penonton. Selain itu, turut disediakan aktiviti cabutan bertuah dan kuiz kepada mereka yang hadir.  

Hadiah berupa hamper, barangan sukan seperti jersi Selangor dan bola serta hadiah utama iaitu basikal lipat (folding bike) akan diberikan kepada penonton yang berjaya!

Gunakan nikmat yang dianugerahkan Allah SWT untuk perjuangan Islam melalui melalui Parti Islam Se Malaysia.

Insya Allah!

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....


Jet pejuang F-15 S'pura berlatih.. Seperti Israel?

 

Jet pejuang F-15 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce, berhampiran Perth, Australia pada 12 Ogos 2024. (FOTO: RAAF/FLGOFF Michael Thomas)

Jet pejuang F-15 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce, berhampiran Perth, Australia pada 12 Ogos 2024. (FOTO: RAAF/FLGOFF Michael Thomas)


1. Jet pejuang F-15 Singapura punca bunyi letupan kuat di Perth

SINGAPURA: Latihan jet pejuang F-15 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) berhampiran Perth dikatakan menjadi punca bunyi letupan kuat kedengaran di beberapa bahagian di bandar itu pada Rabu (21 Ogos).

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataannya pada hari ini, Khamis (22 Ogos) berkata, empat jet F-15 RSAF sedang berlatih dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Bullsbrook, di luar Perth dari 13 Ogos hingga 6 September 2024.

“Pesawat F-15 terbang kira-kira 70 kilometer dari pantai di atas 24,000 kaki di atas laut di kawasan latihan yang ditetapkan. Penemuan awal menunjukkan bahawa bunyi boleh datang dari pesawat latihan,” kata MINDEF, lapor CNA.

Ia menambah bahawa bunyi yang kuat itu ‘tidak dijangka’ kerana pesawat itu berada jauh di laut.

“RSAF menghargai sokongan berterusan RAAF dan komuniti setempat untuk latihan kami dari Pangkalan RAAF Pearce.

“RSAF memohon maaf atas sebarang penggera yang mungkin disebabkan oleh aktiviti latihan,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, media Australia melaporkan bahawa bunyi letupan kuat kedengaran dan ramai orang di pinggir bandar selatan Perth merasakan tingkap mereka bergegar sejurus sebelum tengah hari.

“Ledakan sonik yang dijana oleh jet pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) semasa latihan di luar pantai Australia Barat menyebabkan penggera yang meluas di seluruh pinggir bandar selatan Perth pada Ogos. 21.

“Peristiwa supersonik itu berlaku sekitar jam 11:30 pagi waktu tempatan, dengan gelombang kejutan dirasai dari Mandurah ke Fremantle dan sejauh ke pedalaman seperti Wandering, lapor Alert 5 pula.

Penduduk melaporkan mendengar ‘dentuman dalam’ diikuti oleh gelombang kejutan yang menggegarkan tingkap dan menggoncangkan struktur kediaman mereka.

Baldivis Krystal Brown menggambarkan pengalaman itu benar-benar pelik. 

“Ia seperti kuat, tetapi pada masa yang sama jauh,” katanya.

Pakar penerbangan Geoff Thomas pula menjelaskan, “Dengan melakukan supersonik, mereka telah memecahkan penghalang bunyi dan ia memberikan retakan yang kuat dan tajam.

“Kesan ledakan yang luar biasa meluas disebabkan oleh ‘ribut sempurna’ keadaan atmosfera yang menguatkan dan menyebarkan bunyi ke kawasan yang luas,” katanya.

Insiden itu menurut laporan Alert 5, berlaku dalam ruang udara operasi ketenteraan yang aktif menjangkau dari dekat Busselton ke utara Perth. 

“Walaupun protokol ketenteraan biasanya mengehadkan penerbangan supersonik kepada operasi di atas air untuk meminimumkan kesan ke atas kawasan berpenduduk, penyebaran luar biasa peristiwa ini mendorong reaksi awam yang ketara dan pada mulanya membingungkan pihak berkuasa tempatan,” tambah laporan itu.

Kejadian ini, kata laporan Alert 5 itu lagi, menggariskan potensi anomali atmosfera untuk meluaskan jangkauan ledakan sonik secara dramatik, satu faktor yang semakin penting apabila operasi ketenteraan supersonik berterusan berdekatan dengan penduduk awam. 

“Ia juga menekankan keperluan untuk protokol komunikasi yang dipertingkatkan antara pasukan tentera yang melawat, pertubuhan pertahanan negara tuan rumah, dan pihak berkuasa awam tempatan untuk menguruskan respons orang ramai yang gempar dan ketakutan terhadap kejadian tersebut,” katanya. – Agensi/– HARAKAHDAILY 22/8/2024


2. RSAF gantung latihan F-16 selepas insiden jet terhempas -Bernama 09/05/2024 12:45 MYT

Jet pejuang F-15 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce, berhampiran Perth, Australia pada 12 Ogos 2024. (FOTO: RAAF/FLGOFF Michael Thomas)

SINGAPURA: Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah menggantung sementara latihan armada F-16 sebagai langkah keselamatan selepas insiden terhempas pada Rabu.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan berkata latihan akan ditangguhkan sehingga siasatan mengesahkan bahawa ia selamat untuk disambung semula. 

"Siasatan terperinci sedang dijalankan dan maklumat terkini akan disediakan," menurut kementerian itu.

Sebuah jet pejuang F-16 RSAF terhempas di Pangkalan Udara Tengah selepas mengalami masalah ketika berlepas pada 12.35 tengah hari, Rabu.

Bagaimanapun, juruterbang yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius selepas menjalani pemeriksaan perubatan penuh.

"Juruterbang itu berada dalam keadaan sedar dan stabil. Anggota tentera itu adalah juruterbang berpengalaman dengan lebih 2,000 jam penerbangan dalam pesawat F-16," kata MINDEF.

Menurut kementerian itu, juruterbang berkenaan menghadapi masalah kawalan penerbangan selepas berlepas dari landasan di Pangkalan Udara Tengah untuk penerbangan latihan rutin.

Dalam kenyataan sebelumnya, MINDEF menyatakan bahawa juruterbang itu bertindak mengikut prosedur kecemasan dan berjaya keluar dari pesawat dengan selamat selepas insiden tersebut. -BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Singapura, mengikut idolanya Israel/AS, menguasai bumi Arab? Singapura juga seperti Israel yang asalnya bangsat tidak ada negeri? Asal negeri dan negara tanah Melayu, kini sudah berubah menjadi 'China Town' di Asia. Iaitu China Town, yang masih belum kembali kepada Islam.

Apakah Pulau Pinang juga sedang diheret mengikut jejak Pulau Singapura? Mana muka-muka 'Melayu takkan hilang di dunia' kini menghilang? 

Mana UMNO Singapura? Porrah! Yang erti dalam Melayu Pulau Pinang,'Piirrah'! Maka, tolenji pirrah!

Oleh itu, wahai sahabat-sahabatku orang Cina, kembalilah kepada Islam!

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....



Thursday, August 22, 2024

Feri terbang Saudi, sama terowong DAP PP?


Bandar raya pintar futuristik, NEOM merealisasikan cita-cita tinggi Putera Mohammad bin Salman sempena Wawasan 2030 kerajaan Arab Saudi. (FOTO: Luxury Launces)

1. Feri terbang atas air, kotakan impian futuristik Saudi

TATKALA Semenanjung Gaza masih berterusan digempur genosid Zionis Israel menyebabkan penduduk Palestin dibelenggu penderitaan tanpa penghujungnya, Arab Saudi tetap nekad meneruskan untuk mewujudkan ‘syurga dunia’, NEOM yang dianggarkan menelan kos AS$1.5 trilion. Tapak projek mega yang terletak di hujung utara Laut Merah, di timur Mesir merentasi Teluk Aqaba dan […] 

(Sila rujuk 'Feri terbang atas air, kotakan impian futuristik Saudi' Harakahdaily August 21, 2024)

2. Pulau Pinang belum muktamad bina terowong dasar laut 

Pulau Pinang bercadang membina terowong dasar laut. - Foto BERNAMA

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang belum memuktamadkan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut kerana masih menunggu pelan induk daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang membabitkan pembesaran kemudahan Pangkalan Kontena Butterworth Utara.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata EXCO kerajaan negeri baru sahaja diberi taklimat oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mengenai Pelan Induk Pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang untuk 30 tahun (2023-2053).

Beliau memaklumkan, Jawatankuasa Pemandu kerajaan negeri di bawah EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari akan meneliti cadangan yang dikemuka oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

"(Keputusan) sama ada projek terowong ini akan diteruskan atau meminda jajaran atau reka bentuk, saya percaya Jawatankuasa Pemandu akan membuat syor untuk pertimbangan kerajaan negeri kelak," katanya," katanya di sini, hari ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd, Datuk Sasedharan Vasudevan dilaporkan berkata, rancangan pembesaran Pangkalan Kontena Butterworth Utara akan diteruskan dengan kos RM250 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Projek cadangan terowong sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam di tanah besar itu, sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bagi mengurangkan kesesakan lalu-lintas teruk di negeri itu.

Pada November 2023, Zairil memaklumkan antara pertimbangan untuk pelaksanaan projek terowong dasar laut ini ialah kedudukan jajaran terowong yang tidak akan menjadi gangguan atau halangan terhadap pembesaran kemudahan dermaga. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, ini lagi sumbangan PAS kepada pembangunan rakyat Malaysia dan antarabangsa. 

I. Tahniah pengiktirafan sebagai Kolej Universiti Terbaik.

MB Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan tahniah buat pengurusan, kakitangan dan pelajar-pelajar Kolej Universiti TATI (TATIUC) atas pengiktirafan sebagai Kolej Universiti Terbaik dalam Pendidikan Teknikal di Malaysian Education and TVET Awards (META) 2024. 

Ini susulan TATIUC berjaya mengatasi lebih 250 agensi yang dicalonkan dari seluruh negara.

“Semoga kejayaan ini memberi suntikan semangat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik sekali gus menjadi salah satu kolej universiti yang terkemuka di persada antarabangsa. 

“Tahniah!” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

TATIUC adalah pusat pengajian tinggi swasta di Malaysia yang merupakan milik penuh Kerajaan Negeri Terengganu. Sementara itu, TATIUC pula ucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak atas pengiktirafan itu.

Malaysia Education and TVET Awards 2024 adalah majlis penganugerahan bagi mengiktiraf usaha dan dedikasi para pemain industri di dalam bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

META 2024 diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 15 Ogos  lalu. Majlis ini merupakan acara yang gilang-gemilang, mengumpulkan pendidik, pentadbir, dan pihak berkepentingan yang memberikan sumbangan signifikan kepada kemajuan Pendidikan dan TVET di negara ini. 

II. Projek feri terbang Saudi termasuk projek membazir, tidak membantu rakyat miskin tertindas, dan perkembangan kebangkitan Islam sedunia, termasuk Palestin. 

Lebih kurang sama dengan projek terowong DAP Pulau Pinang, gagal, membazir, tidak membantu kemiskinan rakyat, petani, nelayan, penarik beca, buruh pelabuhan dan lain-lain. Bahkan terkait pula dengan rasuah gergasi, yang libatkan kematian dan sebagainya.

Cukup sampai di sini dulu.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.

....

M'sia dah teruk.. Kerja siapa ni?

 

Pos Malaysia Bhd - Gambar hiasan

1. Pos Malaysia alami kerugian lebih besar bagi suku kedua

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 meningkat kepada RM55.92 juta daripada RM27 juta kerugian bersih dicatatkan setahun lalu.

Hasil susut kepada RM443.43 juta daripada RM465.20 juta yang sebelumnya disumbangkan oleh pendapatan lebih rendah dalam segmen pos dan logistik.

Bagi separuh kedua 2024, kerugian bersihnya naik kepada RM75.61 juta daripada RM54.67 juta kerugian bersih pada tahun sebelumnya manakala hasil lebih rendah pada RM935.40 juta daripada RM947.47 juta.

Pos Malaysia berkata dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bahawa hasil segmen pos merosot sebanyak 10 peratus disebabkan penurunan dalam jumlah mel pukal yang dikendalikan dan volum antarabangsa lebih rendah pada suku terbabit.

Segmen logistik juga mencatatkan hasil lebih rendah pada RM67.2 juta berbanding RM79.9 juta pada suku kedua tahun kewangan 2023.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails