Saturday, September 07, 2024

Ini, tanda PH-BN cepat merudum. & PAS kerjasama politik?

 


1. Langgar janji manifesto, petanda PH-BN lebih cepat jatuh. 

KUALA LUMPUR: Kelemahan yang diperlihatkan oleh kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menunaikan janji dan dalam bersikap adil terhadap semua rakyat tanpa mengira fahaman politik akan mempercepatkan mereka jatuh dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. 

-Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS), […] 

(Lihat HarakahDaily 'Langgar janji manifesto, petanda PH-BN lebih cepat jatuh' September 6, 2024)


2. Muktamar PAS ke-70 dijangka perkasa kerjasama politik 

MUKTAMAR PAS yang dijadualkan berlangsung minggu depan menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan ahli politik dan penganalisis.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin seorang tokoh yang telah menghadiri Muktamar sejak tahun 1969, menyuarakan pandangannya mengenai beberapa isu utama yang mungkin dibangkitkan.

Menurut Tuan Guru Hashim, PAS telah banyak berubah […] (Lihat HarakahDaily 'Muktamar PAS ke-70 dijangka perkasa kerjasama politik' September 5, 2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, sudah semakin jelas tanda-tanda PH-BN cepat merudum.

(i) Teresa Kok, ‘bila mulut lebih laju dari otak’.

Di KL, N/Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai ‘bila mulut lebih laju dari otak’.

Tempelak Hanif itu ekoran kenyataan (kurang ajar) pemimpin DAP tersebut bahawa ‘mewajibkan sijil halal akan tambah beban peniaga, memalukan negara’ seperti laporan media, semalam.  

Muhammad Hanif

Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap orang Islam dan ia adalah perintah Allah kepada semua orang Islam. Ia tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Mengulas berkenaan ‘tambah beban peniaga’, sepanjang tahun 2023, sebanyak 15,605 jumlah permohonan direkodkan dan sebanyak 8,509 permohonan diluluskan manakala sebanyak 132,106 pelbagai produk telah diberikan sijil halal.

Manakala berkenaan tuduhan ‘memalukan negara’,  Teresa Kok perlu tahu bahawa industri halal Malaysia berada di tempat pertama daripada 81 buah negara selama 10 tahun berturut-turut.

Berdasarkan laporan dikeluarkan State of Global Islamic Economy (SGIE) oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 2023.

Industri halal antarabangsa yang bernilai USD2 trilion dijangka akan meningkat sehingga USD4.96 trilion pada tahun 2030. Industri halal terbukti menjadi salah satu sektor paling kompetitif dan pantas di dunia.  Pasaran halal berkembang dengan pesat disebabkan saiz pasaran pengguna di seluruh dunia yang besar. 

Dianggarkan sebanyak 25 peratus penduduk dunia adalah beragama Islam manakala 42 peratus penduduk di Asia Tenggara adalah beragama Islam.

Akhirnya, tambah si jahil bebal dari DAP itu, "Jangan malas membaca, nanti bebal,” Rupanya bebal itu sudah kembali kepadanya. 

Teresa Kok hina JAKIM..


(ii) Sejak 15 tahun bukti PAS menang. 

MB T'ganu, Ahmad Samsuri dan MB S'gor Amirudin Shari berfoto bersama di Perlawanan Persahabatan Boling Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menunjukkan kejayaan BPMS PAS.

Di KL, Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sejak 15 tahun adalah bukti kemenangan terbesar PAS setelah cemerlang mentadbir 4 buah negeri. 

PAS berjaya menang 43 kerusi parlimen dan memainkan peranan besar dalam politik tanah air. Gambar di atas, walaupun mereka pemimpin dari dua parti berbeza namun boleh duduk bersama sehingga segala pandangan dan tindakan parti lawan dapat disanggah bersungguh-sungguh.

Dengan politik BPMS ini, dapat membuat penyelarasan kerja-kerja dalam pentadbiran antara negeri dengan mewujudkan dasar serta polisi yang perlu dilakukan.  State Government (SG4), negeri-negeri lain turut ada kekuatan dan kelebihan yang wajar dimanfaatkan demi rakyat dan negara.

Negeri-negeri di bawah pemerintahan PAS sendiri telah membuktikan BPMS ini tidak membeza-bezakan warna parti dalam pentadbiran negeri. Selain itu, pembahagian peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama rata diberikan untuk ADUN kerajaan dan ADUN pembangkang melalui rakyat yang mengundi juga tidak membeza-bezakannya.

Masing-masing fokus membangunkan negeri, melaksanakan janji dan menjaga rakyat. Jika ada hal yang baik daripada PH atau UMNO, disokong dan bantu. Jika salah, lawan! Semoga lebih ramai pemimpin politik di Malaysia dapat mencontohi budaya BPMS yang diamalkan PAS.

(iii) Kemenangan hambat penjajah se dunia sudah dekat. AS/Israel mulai tumbang.  
Rakyat Israel membantah ke engganan kerajaan Netanyahu mengadakan gencatan senjata dengan Hamas.

Di Tel Aviv, kini saban minggu berpuluh ribu warga Israel turun ke jalan-jalan bandar pentadbiran negara haram bangsat tersebut, demi menuntut pemerintah agar akur dengan syarat rundingan gencatan dan tidak lagi merumitkannya dengan syarat-syarat baharu yang tidak masuk akal.

Gesaan itu semakin memuncak apabila media di sana melaporkan penemuan enam mayat tahanan di Gaza. Mereka melihat serangan demi serangan yang dilancarkan ke Gaza bukan sahaja mengorbankan mangsa dalam kalangan penduduk Gaza, malah mengakibatkan risiko kematian warga Israel yang ditahan. Demonstrasi tidak berhenti setakat itu bahkan diikuti dengan tindakan mogok oleh pekerja di Israel.

Pada 2 September lalu, terjadi pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di Tel Aviv. Penunjuk perasaan menuntut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk bersetuju dalam rundingan gencatan senjata dengan Hamas.

Ketua Persekutuan Buruh (Histradrut), Arnon Bar-David, mengumumkan pada 1 September lalu berlaku tindakan mogok secara besar-besaran bertujuan menggesa pemerintah Israel membawa pulang tawanan yang dijangka masih hidup. Bar-David menyebut ratusan ribu orang turun ke jalan raya dalam demonstrasi besar-besaran di pelbagai wilayah Israel.

Pemerintah Israel akan terus berhadapan dengan kesan buruk akibat aktiviti ekonomi yang terhenti secara serentak di bandar-bandar utama negara itu. 
Kemenangan hambat penjajah se dunia sudah dekat. AS/Israel sudah mulai tumbang.  

Al-hamdulillah.

Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Friday, September 06, 2024

Pantau bukan 'haram'kan.. Industri sayur warga asing


Kebun sayur haram diusahakan pendatang asing di Alor Gajah, Melaka. - Foto ihsan Persekutuan Penanam SayurKebun sayur haram diusahakan pendatang asing di Alor Gajah, Melaka. - Foto ihsan Persekutuan Penanam Sayur
1. Persatuan pengguna gesa kerajaan pantau kebun haram diusahakan pekerja asing

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pengguna meminta pihak berkuasa melakukan pemantauan lebih ketat bagi mengekang pembekalan sayur-sayuran yang diusahakan warga asing di kebun haram.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff, berkata pekerja asing yang mengusahakan tanaman sayur bukan sahaja tidak mengutamakan kebersihan, malah menggunakan racun perosak secara berlebihan sehingga memberi kemudaratan kepada pengguna.

Katanya, tanaman sayur diusahakan warga asing juga sering mendapat permintaan tinggi daripada penjual kerana harga ditawarkan lebih rendah berbanding pengusaha tempatan.

"Pemborong lebih gemar ambil sayuran dengan warga asing kerana mereka jual dengan harga murah, tidak memerlukan modal besar kerana menggunakan racun daripada pasaran gelap.

"Namun sayuran ditanam mereka ini, mendatangkan mudarat kepada kesihatan pengguna. Sekiranya perkara ini dibiarkan, berkemungkinan besar pengguna berasa tidak selamat dan akan memilih untuk membeli sayuran import," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, BH melaporkan ladang diusahakan secara haram oleh warga asing dan tidak dipantau berisiko membahayakan kesihatan pengguna berikutan salah guna racun makhluk perosak (RMP), selain penggunaan bahan itu secara haram.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi, berkata tindakan sedemikian serta lain-lain salah laku susulan kegiatan warga asing yang tidak dipantau akan menyebabkan pengeluaran hasil tanaman tidak selamat untuk dimakan.

Beliau menegaskan, ladang atau kebun sayur haram diusahakan warga asing tidak dipantau Jabatan Pertanian terutama dari segi pematuhan Amalan Pertanian Baik (APB) dalam aktiviti pertanian diusahakan.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan dan Penyelaras Pertanian Asli Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow, berkata hanya penguatkuasaan yang ketat sahaja mampu menyelesaikan penanaman sayuran menggunakan racun secara berlebihan.

"Jabatan Kesihatan Negeri mestilah membuat pemeriksaan jenis racun yang digunakan oleh mereka ini. Kebanyakan daripada pekerja asing ini akan menanam sayuran ini di merata tempat, asal ada tempat kosong sahaja mereka akan tanam sayur. Tetapi guna racun yang diharamkan oleh kerajaan.

"Mereka suka guna racun itu kerana harganya yang lebih murah dan menggunakan ia secara berlebihan kerana tidak mengikut arahan ditetapkan. Malah mereka ini juga tidak peka dengan keburukan racun berkenaan," katanya. (BH)


2. Warga Bangladesh, Indonesia, Rohingya kuasai industri sayur  

Kebun sayur haram yang diusahakan pendatang asing di Alor Gajah, Melaka. - Foto ihsan Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia

Di Johor Bahru dilaporkan, rantaian perbekalan sayur-sayuran di Malaysia didakwa mula dikuasai pendatang asing yang turut dipercayai makin memperluaskan kebun diusahakan mereka secara haram dengan saiz keseluruhan kini dikatakan hampir 1,000 hektar.

Kegiatan berkenaan yang dikatakan mula aktif sejak lima tahun lalu didedahkan Persekutuan Penanam Sayur-Sayuran Malaysia yang membuat pemantauan dan risikan melalui ahlinya di seluruh negara.

Pengerusinya, Lim Ser Kwee, mendakwa pendatang asing warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya kini membina rangkaian, dari peringkat kebun sayur, pengedaran hinggalah jualan di lot niaga beberapa pasar borong utama di Semenanjung.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan pendapatan lebih 2,000 ahli persatuan berkenaan makin terjejas kerana kian banyak sayuran ditanam dan dibekalkan oleh pendatang asing di pasaran tempatan.

"Pendatang asing bukan sahaja mengusahakan kebun sayur, malah turut menguasai rantaian pembekalan, termasuk logistik atau pengangkutan, selain aktif bekalkan sayur ke pasar borong dan pasar basah seluruh negara

"Malah, ada dalam kalangan mereka turut mengambil alih lot niaga sayuran di pasar borang utama, selain makin ramai juga pendatang asing berniaga di luar bangunan pasar," katanya kepada BH. 

Lim Ser Kwee

Kebun sayur haram yang dikatakan diusahakan pendatang asing di Seberang Prai, Pulai Pinang. - Foto Persekutuan Penanam Sayur

Katanya, perkara itu adalah rahsia terbuka di Pasar Borong Kuala Lumpur; Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Johor Bahru.

Menerusi maklumat ahli persatuan, Ser Kwee berkata, hasil tinjauan menganggarkan kebun dan ladang sayur yang diusahakan secara haram di Semenanjung membabitkan lebih 1,000 warga asing.

"Ini berlaku di seluruh Semenanjung, tapi paling banyak di beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Pahang, terutama Cameron Highlands. Anggaran keluasan keseluruhan kebun haram di setiap negeri antara 50 hingga 100 hektar.

"Kebanyakan kawasan diusahakan pendatang asing ini terletak di pedalaman, terutama dalam ladang sawit dan hutan yang diceroboh. Kebun mereka sukar diakses orang awam, termasuk kakitangan Jabatan Pertanian. (Disunting dari BH) -IH.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah dan terimakasih kepada beberapa persatuan pengguna yang meminta pihak berkuasa melakukan pemantauan lebih ketat bagi mengekang pembekalan sayur-sayuran di negara ini. 

(i) Warga Asing.

Walaupun ianya diusahakan oleh warga asing di kebun-kebun 'haram' atau kebun-kebun yang tidak haram..  Bahkan yang haram boleh di'halal'kan, kalau kerajaan betul-betul mahu menanganinya.

Apalagi kalau dapat dipantau harga sayuran itu, kebersihan, atau bebas racun, supaya rakyat negara ini dapat menikmati hasil anugarah Allah SWT dari buminya sendiri. Insya Allah dan al-hamdulillah.

(ii) Ceroboh tanah.

Ketika kerajaan belum mampu menangani sepenuhnya isu warga asing terbabit dalam perniagaan, menyusul lagi isu membimbangkan mengenai rantaian perbekalan sayur-sayuran di Malaysia yang didakwa mula dikuasai pendatang.

Jika sebelum ini warga asing hanya digajikan di kebun sayur, dari semasa ke semasa mereka berubah pula menjadi pengusaha dan kemudian membina rangkaian, dari peringkat kebun, pengedaran hinggalah jualan di lot niaga pasar borong tertentu di Semenanjung.

Pendatang asing didedah mengusahakan kebun secara haram bukannya perkara baharu kerana pernah mendapat liputan media tempatan sejak 5 tahun lalu, pendatang menceroboh tanah kerajaan di Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Pada September 2019, dilaporkan sekumpulan warga asing menceroboh tanah kerajaan dan tanah persendirian di Bukit Beruntung sebelum 26 pekebun, termasuk 23 dari Bangladesh ditahan Jabatan Imigresen. Kawasan berkenaan dipercayai diteroka secara haram sejak 10 tahun sebelum itu.

Jun 2023, sekumpulan warga asing dikesan menjadikan tanah kira-kira 1. 4 hektar di Pulau Meranti, Puchong, juga di Selangor sebagai petempatan haram dilengkapi surau dan kemudahan, selain menanam pelbagai sayuran kontan untuk dijual kepada pemborong.

Difahamkan, warga Indonesia dan Bangladesh di kawasan terbabit menjadikan lokasi di bawah grid pencawang elektrik itu sebagai kebun sayur dengan menyewa tanah daripada penduduk tempatan pada kadar RM600 sebulan. 

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Thursday, September 05, 2024

Sanusi kahwin lagi, & Jom halang konsert Bruno Mars..

 

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) dan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari. Maaf gambar ini bukan kerana MB Sanusi kahwin lagi tapi kerana Dewan Pemuda PAS Malaysia menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Menteri Besar Kedah kerana telah memenangi acara perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara pasukan pilihan Menteri Besar Selangor.

1. Sanusi mengaku poligami dengan polis, ibu tunggal anak satu.

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku sudah berkahwin dengan seorang ibu tunggal anak satu, baru-baru ini.

Menurut beliau, wanita yang juga seorang anggota polis itu dipinang oleh isterinya sendiri, Tok Puan Seri Jusmalailani beberapa bulan lalu. Sanusi mengaku poligami dengan polis, ibu tunggal anak satu

Ujarnya, wanita berkenaan adalah kawan dan mengaji di kuliah yang sama dengan isterinya. Tambah Sanusi lagi, mereka juga tidak bercinta sebelum kahwin.

“Ketika perkahwinan isteri saya ada, anak-anak saya pun hadir dan semua proses (prosedur) dipatuhi.

“Saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi. Depa kata tok lebai PAS ni kira menikah je kan?

“Dia bukan penyiasat kes Unsur Nadir Bumi (REE) tapi dia penyiasat kes bom di Kediaman Rasmi Menteri Besar sebelum ini,” katanya semasa sidang media di Kedah seperti yang dilaporkan portal-portal berita, hari ini.

Menurut Sanusi, pengakuan itu dibuat kerana tidak mahu kisah peribadi beliau menjadi perbualan dan menjadi spekulasi sehingga ada yang mendakwa mereka ditangkap berkhalwat. -MalaysiaGazette


2. Memorandum halang konsert Bruno Mars, tiada respons kerajaan

Imran Sulaiman

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih tidak memberi apa-apa respon mengenai memorandum halang konsert Bruno Mars yang telah dihantar pada minggu lepas.Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Imran Sulaiman berkata, beliau bersama-sama seorang rakannya sudah menghantar memorandum tersebut di bangunan Kementerian Belia dan Sukan hari Khamis (29 Ogos) dan juga Kementerian […] (HarakahDaily) 

Imran (kanan) menyerahkan memorandum bantahan konsert Bruno Mars kepada wakil Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Kuala Lumpur pada hari ini, 28 Ogos 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, gambar di atas sekali ialah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) dan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari sedang ketawa gembira. 

Tapi tajuk awal berita 'Sanusi Kahwin lagi' itu membuat puak-puak yang faham Islam gembira, kerana berpeluang menjelaskan keadaan sebenar perkahwinan dalam Islam.

Bukan seperti puak-puak parti bengong yang tidak Islam, menghina pemimpin-pemimpin PAS yang berpoligami. Mereka lupa, mereka pernah sanggup membela pemimpin mereka yang dikaitkan dengan rogol amah sendiri. 

Mana pejuang-pejuang wanita mereka yang membela hak wanita mereka? Begitu juga mengenai rasuah dan lain-lain.

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Wednesday, September 04, 2024

Kongsi ideologi Chin Peng. & Bantahan ke JAKIM

 

N/Presiden PAS Idris Ahmad
Kit Siang berkata reputasinya dirosakkan dengan dakwaan dibuat Mastura.

1. Tuduhan kongsi ideologi dengan Chin Peng fitnah, rosak reputasi - Kit Siang

GEORGETOWN: Ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tuduhan beliau dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi sama, adalah fitnah.

Kit Siang berkata reputasinya dirosakkan dengan dakwaan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad bahawa dia mempunyai kaitan dengan Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, yang menuduh beliau ada kaitan dengan konspirasi untuk memusnahkan Malaysia.

Veteran ahli politik DAP Tan Sri Lim Kit Siang (empat, kanan) bersama anaknya Lim Guan Eng (lima, kanan) dan Teresa Kok (kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini berhubung ucapan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad pada satu ceramah politik semasa tempoh kempen pilihan raya kecil Kemaman, yang mengaitkan mereka dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya serta Lee Kuan Yew dari Singapura. - Foto BERNAMA

Dalam soal balas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Quay Chew Soon, peguam Siti Mastura Yusfarizal Yussoff memberitahu Kit Siang, adalah perkara biasa bagi ahli politik mempunyai ideologi dan pandangan politik yang berbeza.

Kit Siang bersetuju, bagaimanapun dia memberitahu tidak perlu membuat tuduhan berunsur fitnah.

Apabila Yusfarizal menyatakan bahawa ideologi politik PAS adalah untuk menegakkan Islam dalam sistem demokrasi, Kit Siang menjawab bahawa "kita semua menegakkan Islam" dan dia tidak mempunyai masalah dengan PAS yang mahu memperkenalkan undang-undang Syariah, selagi ia berada dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.

Semasa soal balas ketua peguamnya, Datuk Sankara Nair, Kit Siang berkata beliau terkejut dan marah ketika mendengar dakwaan Siti Mastura terhadapnya buat pertama kali.

Kit Siang berkata kenyataan dibuat itu secara melulu tanpa disokong oleh bukti.

Sementara itu, Lim Guan Eng saksi kedua hari ini berkata beliau tersinggung dengan dakwaan Siti Mastura yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan Chin Peng, kerana ini mempunyai implikasi yang besar.

Beliau juga berkata kenyataan Siti Mastura itu adalah serangan serampang dua mata yang pertama, mengaitkan keluarganya dengan ideologi komunisme dan kedua membayangkan keluarganya mempunyai "agenda Cina".

"Kenyataan beliau berbahaya kerana PAS mempunyai ramai penyokong yang mungkin percaya dan mengulangi pembohongan ini," kata Guan Eng.

Kit Siang, anaknya Guan Eng dan Teresa Kok memfailkan saman itu berhubung ucapan Siti Mastura pada ceramah politik semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, mengaitkan mereka dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya serta Kuan Yew dari Singapura.

Perbicaraan yang dijadualkan selama enam hari itu diteruskan pada 17 September. (BH)


2. Bantahan MCCBCHST jejas keharmonian kaum di Malaysia 

N/Presiden PAS Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: “Kenyataan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) yang telah menyuarakan bantahan mereka terhadap penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di semua jabatan kerajaan adalah jauh tersasar dari maksud penghayatan Islam dan dilihat cubaan menanam          kepada rakyat berbilang agama di Malaysia.”

Mengulas lanjut, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, kenyataan MCCBCHST itu dilihat sebagai cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan menjejaskan keharmonian antara kaum di Malaysia.

“Sebagai majlis yang mewakili agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme ini sepatutnya tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam yang merupakan agama persekutuan Malaysia yang tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia. 

“Kenyataan mereka bahawa tafsiran Islam sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan hanya bersifat ritual dan upacara sahaja jelas membuktikan salah faham yang ketara terhadap Islam yang meliputi semua aspek kehidupan yang diaplikasikan dalam pentadbiran seperti integriti, tadbir urus cemerlang, kepimpinan unggul dan keharmonian hubungan dalam pelbagai institusi,” katanya.

Beliau dalam pada itu memberi peringatan kepada MCCBCHST supaya lebih berhati-hati dalam memberikan kenyataan yang melukakan perasaan umat Islam di Malaysia  dan menjejaskan hubungan pelbagai kaum di dalam negara. 

“Malah sesiapa juga yang berselindung di sebalik MCCBCHST yang cuba menanam ketakutan rakyat berbilang agama di negara ini terhadap Islam wajar diberi amaran agar keharmonian yang dikecapi pada ketika ini tidak diganggu gugat.

“MCCBCHST sepatutnya melihat kepada pelbagai keputusan mahkamah berdasarkan tafsiran para hakim terhadap Islam yang jauh melangkaui batasan ritual dan upacara sahaja seperti kes Lina Joy, Iki Putra Mubarak malah kes Nik Elin Zurina,” tegasnya.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan Serai turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang pantas membalas hujahan dan memberikan pencerahan kepada rakyat Malaysia pelbagai kaum kebenaran berdasarkan fakta yang tepat. – HARAKAHDAILY 3/9/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kali ini dipersembahkan bagaimana PAS mempercepatkan pembangunan di Terengganu. Bukan macam DAP buat terowong pun tak siap-siap, terkait dengan rasuah dan saksi mati pula. 

Pemimpin-pemimpinnya perlu berhenti bermulut lebar dan celupar. Sila belajar dari PAS.

(i) Kumpulan Al-Bukhary kondusif percepatkan pembangunan di Terengganu. 
Ahmad Samsuri (tengah) bersama-sama perwakilan Kumpulan Al-Bukhary.

Kumpulan Al-Bukhary mencapai kata sepakat dengan kerajaan negeri Terengganu dalam mempercepat pembangunan di Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pertemuan yang diadakan bersama-sama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Kumpulan Al-Bukhary adalah untuk berbincang tentang beberapa projek pembangunan di Terengganu.

(ii) Terengganu teruja jalin kerjasama dengan Jepun. 
Ahmad Samsuri dan Katsuhiko Takahashi.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar teruja mengadakan pertemuan bersama Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi.

Pertemuan perbincangan itu telah diadakan di Pejabat Menteri Besar Terengganu, pagi semalam. Berbincang ke arah kerjasama antara Terengganu dan Jepun. Antaranya melibatkan unsur nadir bumi (REE), tenaga hijau dan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).

Terdahulu, Ahmad Samsuri  telah mempengerusikan satu pelancaran SG4 Group Sdn. Bhd. (SG4 Group) yang akan memberi tumpuan untuk memajukan industri memproses unsur nadir bumi (REE) yang telah diadakan di Bangi pada 2 September 2024. 

Industri baharu itu berupaya memberi hasil pendapatan tinggi bagi meningkatkan ekonomi 4 negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) iaitu negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.

Susulan itu, beberapa syarikat luar juga telah mengemukakan permohonan untuk terlibat dengan industri REE tersebut.

Akan dibongkar lagi peranan PAS dalam membangun bersama Islam sedunia. Insya Allah & lagi al-hamdulillah.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Tuesday, September 03, 2024

67 tahun, tapi Bahasa Melayu X merdeka. Mengapa?

 

Fail:Merdeka 1957 tunku abdul rahman.jpg - Wikipedia Bahasa ...

1. Masih merdekakah bahasa Melayu? 

Wan Ahmad Fahysal

KUALA LUMPUR: “Merdekakah bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan?

Itu persoalan pokok yang diutarakan Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tatkala mengaitkan status Bahasa Melayu dengan Hari Kemerdekaan yang disambut pada Sabtu (31 Ogos) lalu.

Menurutnya, kini kemerdekaan negara sudah pun mencecah tahun ke-67, lebih separuh abad. 

“Sepatutnya dengan usia yang mendewasakan kita sebagai sebuah warga, kedudukan dan peranan Bahasa Melayu haruslah diangkat dan dimartabatkan dengan lebih tinggi.

“Malangnya masih ada sebahagian besar masyarakat kita khususnya dari kalangan pertubuhan yang mengemudi sekolah-sekolah vernakular ini yang merasakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah seliaan mereka tidak sesuai mengikuti silibus dan neraca pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah Fahysal, melihat sifat kebudak-budakkan ini, beliau teringat bagaimana mendiang mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menguruskan kedegilan kumpulan ini di Singapura. 

“Hanya ada satu cara – kuasa. 

“Soalnya kenapa kita masih gagal buat sedemikian malah menjadi semakin parah kini? 

“Puncanya tiada lain kerana kuasa yang ada itu adalah kuasa yang lemah, yang mana Sang Pemimpin perlu mengemis untuk kekal berkuasa” tegasnya.

Bahasa Melayu, ujar  Fahysal, hanya mampu kekal selamat dan utuh berdaulat bila Bangsa Melayu itu berkuasa dan tidak diperlekehkan dalam mempertahan dan melaksanakan dasar Budaya dan Bahasanya. 

“Malangnya Bangsa Melayu kini sedang berpecah kerana pemimpinnya yang tidak kenal yang mana satu musuh, yang mana satu kawan; yang mana satu kaca dan yang mana satu intan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/9/2024


2. Hari Kemerdekaan: Pas gesa kembali ke zaman kolektif tunggal  

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia digesa untuk kembali kepada keazaman kolektif tunggal yang pernah membebaskan negara daripada penjajahan lebih 60 tahun lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gesaan tersebut dilakukan agar ia sekali lagi menjadi senjata paling ampuh dalam memastikan kemerdekaan negara dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

“Pas mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-67 kepada semua rakyat Malaysia dengan harapan sambutan tahun ini mengimbau ingatan kepada keazaman kolektif.

“Di samping, harapan bersama generasi terdahulu yang menjadi pencetus kepada perjuangan kemerdekaan negara daripada penjajahan asing,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Tambah Takiyuddin, wujud kemungkinan tindak-tanduk yang dipamerkan kini akan merungkai teras-teras yang mengikat rakyat Malaysia dalam sebuah negara merdeka dan berdaulat sekali gus meranapkan legasi memori yang memainkan peranan besar dalam membentuk identiti nasional.

Jelasnya, hal itu akan terjadi jika generasi baharu tidak memiliki kesedaran dan keinsafan yang mendalam terhadap idea besar yang melahirkan negara ini.

Beliau berkata, kecenderungan ke arah itu terlalu menonjol dan boleh dilihat atau dibaca dengan jelas dalam naratif di ruang awam terutamanya dalam forum-forum maya.

“Tanpa usaha keras dan bersungguh-sungguh untuk membanterasnya, perpaduan yang menjadi benteng penting kemerdekaan sesebuah negara akan tumbang menyembah bumi.

“Semua harapan serta cita-cita murni bangsa yang bebas dan bermaruah juga akan kecundang,” ujar beliau.

Menurut Takiyuddin, sebagai komuniti politik yang dibayangkan, kelangsungan hayatnya bergantung kepada anggota tersebut mengongsi dan mendukung imej bangsa berkenaan. (Sinar 30 Ogos 2024 -IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akhirnya, inilah hadiah fitnah yang PAS dapat. 

Hari Kemerdekaan: Pas gesa kembali ke zaman kolektif tunggal ...

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..


Monday, September 02, 2024

Muzik: Sesatkan manusia & hukum dengar lagu.

 

Muzik dikaitkan dengan perkembangan kognitif dan peningkatan prestasi akademik, tetapi jika melanggar syariat Islam, ia tidak lebih sekadar alat syaitan untuk menyesatkan manusia. (GAMBAR HIASAN)

1. Di sebalik kepentingan muzik: Alat syaitan sesatkan manusia

SYAITAN memanipulasi nyanyian dan muzik untuk menyesatkan manusia. Dalam perkataan lain, alat bagi syaitan untuk menyesatkan manusia adalah melalui ‘umpan’ nyanyian dan muzik.Pernyataan itu kedengaran agak ‘keras’ terutama bagi penggiat dan penggemar tegar seni muzik moden hari ini, tetapi itulah hakikatnya apabila mengaitkan Islam dan muzik, khususnya bidang seni suara. Merujuk [...] -HarakahDaily September 1,2024.


2. Sedikit ringkasan mengenai hukum dengar lagu dalam Islam. 

Sila rujuk juga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LINNAS SIRI KE-197 ...

SEJAK dari dalu lagi, ulama’ dan ahli feqah telah berselisih pendapat mengenai hukum mendengar lagu. Hukum mendengar lagu ini mempunyai beberapa pendapat tanpa mengira sama ada lagu tersebut diiringi alat muzik ataupun tidak.

Kebanyakan ulama’ mengharamkan sebarang lagu atau nyanyian jika ia mengandungi perkara-perkara yang keji, buruk atau mendorong seseorang itu kearah kemaksiatan. Nyanyian juga dibolehkan sekiranya ia adalah nyanyian yang baik, yang dinyanyikan pada majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, menyambut tetamu atau pada hari raya.

Bagi jenis nyanyian itu sendiri pula, ulama’ berbeza pendapat dalam hal ini. Ada ulama’ yang membolehkan nyanyian tidak kira sama ada ia menggunakan alat muzik ataupun tidak. Ada juga ulama’ yang membenarkan nyanyian tanpa iringan alat muzik, tetapi mengharamkan nyanyian jika dinyanyikan bersama alat muzik. Ada juga yang mengharamkan nyanyian tidak kira ia menggunakan muzik atau tidak. 

(i) Hukum mendengar lagu: pendapat yang mengharamkan nyanyian atau lagu. 

Terdapat majoriti ulama’ dan fuqaha yang berpendapat bahawa penggunaan alat muzik adalah haram. Ada juga sebahagian daripada mereka yang mengharuskan penggunaan alat muzik tertentu sahaja. Antara dalil yang dirujuk bagi pengharaman alat muzik ialah seperti berikut:

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan dirinya dan orang ramai dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (Surah Luqman, ayat 6)

Ibnu Abbas menafsirkan bahawa ia merujuk kepada muzik atau lagu. Mujahid pula menafsirkannya kepada al-Lahwu dan al-Tobl. Hasan al-Basri juga menafsirkannya sebagai muzik dan al-Mazamir.

Selain itu, terdapat juga beberapa buah hadis yang menjadi sandaran kepada pengharaman muzik dan nyanyian.

Rasulullah pernah bersabda dengan maksud: 

“Akan ada di antara umatku, satu  kaum yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat muzik.” (Sahih Bukhari) 

(ii) Hukum mendengar lagu: pendapat ulama’ yang mengharamkan nyanyian

Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ terkenal yang mengharamkan muzik dan juga nyanyian.

Imam Malik pernah menyatakan bahawa hanya orang yang fasik yang terlibat dengan aktiviti nyanyian dan juga muzik.

Ibnu Taimiyah pula menyatakan mendengar muzik boleh memberikan mudarat kepada pegangan agama seseorang, oleh itu ia tidak boleh dilakukan.

Imam Nawawi pula menyatakan pengharaman nyanyian berdasarkan kesepakatan ulama’ mengenai upah yang diterima oleh penyanyi hasil daripada aktiviti nyanyiannya. 

(iii) Pendapat yang mengharuskan nyanyian atau lagu

Sungguhpun begitu, terdapat juga beberapa pendapat lain yang mengharuskan nyanyian dan lagu.

Penentuan keharusan nyanyian dan lagu ini juga bersandarkan kepada beberapa dalil dan hujah.

Antara dalil yang dirujuk bagi pengharusan nyanyian dan lagu adalah seperti berikut. Maksudnya: 

Daripada Aisyah R.A., dia berkata: Aisyah R.A. mempersiapkan seorang wanita untuk dinikahi oleh seorang lelaki. Rasulullah S.A.W pun bersabda: “Wahai ‘Aisyah, tidak adakah sebarang hiburan dalam majlis perkahwinan ini? Sesungguhnya kaum Ansar amat menyukai hiburan. (Sahih Bukhari)

Daripada Aisyah R.A., beliau meriwayatkan: Suatu hari Abu Bakar RA datang melawatnya pada hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, dan Nabi Muhammad SAW ada bersamanya pada hari itu. Bersama Aisyah juga ada dua orang penyanyi wanita yang sedang menyanyikan lagu kaum Ansar tentang hari Bu’ath. Maka Abu Bakar pun berkata “seruling syaitan” sebanyak dua kali. Maka Nabi SAW pun berkata “biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari perayaan, dan hari ini merupakan hari raya bagi kita.” (Sahih Bukhari dan Muslim)


(iv) Pendapat ulama’ yang mengharuskan nyanyian

Sebahagian besar pendapat ulama’ yang mengharuskan nyanyian dan lagu ini adalah daripada fatwa dan pandangan ulama’ kontemporari.

Antaranya ialah:

a. Fatwa Darul Ifta’ Mesir

Menurut fatwa daripada Darul Ifta’, nyanyian boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang haram dan juga harus.

Nyanyian menjadi haram jika ia bertujuan kearah maksiat. Nyanyian juga boleh menjadi harus jika ia berunsur keagamaan, semangat kenegaraan atau melambangkan kegembiraan seperti dalam sesuatu perayaan.

Nyanyian dan lagu juga mestilah bebas daripada unsur-unsur maksiat lain yang boleh menyebabkan pengharamannya. 

b. Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi

Dr. Yusof al-Qaradhawi amat terkenal dengan fatwa dan pandangannya yang lebih kontemporari dan seiring dengan perkembangan semasa.

Pandangan beliau adalah sama dengan pandangan atau fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Ifta’s Mesir.

Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa hukum harus untuk nyanyian dan lagu adalah berdasarkan hukum asal bagi sesuatu perkara yang baik dan indah iaitu harus.

Unsur-unsur tambahan kepada sesuatu perkara tersebut yang kemudiannya menjadikannya dihukumkan haram atau makruh tahrim. 

c. Dakwah berkembang melalui nyanyian dan lagu

Hukum bagi mendengar nyanyian atau bermain alat muzik bukanlah satu hukum yang tetap atau bersifat mutlak.

Ia mempunyai beberapa pandangan tertentu yang turut disertai dengan dalil dan hujah yang kuat bagi menyokong penentuan hukum tersebut.

Untuk umat masa kini, nyanyian lagu dan juga muzik sebenarnya boleh menjadi salah satu medium atau platform dakwah Islam.

Kita mengambil contoh bagaimana kegemilangan kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Inteam yang berjaya mempelopori industri muzik negara ini sehingga lagu mereka menjadi siulan ramai.

Muzik dan nyanyian yang indah pasti disukai ramai, apatah lagi jika ia membawa mesej yang baik.

Nyanyian dan lagu merupakan satu medium untuk orang Islam berdakwah melalui cabang atau bidang kesenian.

Paling penting, nyanyian atau lagu tersebut mestilah bebas daripada perkara-perkara yang haram atau melalaikan sehingga meninggalkan perkara yang wajib untuk dilakukan. 

Rujukan:

http://www.surah.my/31#6

https://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx?ID=11420

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3570-bayan-linnas-siri-ke-197-islam-dan-muzik

(IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini komen meng'komen' PAS-UMNO. Sudah tidak dengan DAP lagi, kerana UMNO sudah jadi 'barua' DAP.

Ahmad Fadhli Shaari

Khabarnya di KL, mentang-mentang PAS tak menang di Sabah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi/MKT Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kata, PAS mimpi di siang hari. 

Respons Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Mohd Fuad itu, dengan mempersoalkan berapa kerusi dikuasai Umno di Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Berapa kerusi Umno ada di Kelantan, sekadar cukup untuk batu nisan kan?

“Di Selangor dan Pulau Pinang pula, berapa kerusi Umno ada dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini?

“Di semua negeri itu terutama di negeri yang Umno langsung tiada kerusi, adakah Umno masih mengigau?” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

Sehubungan itu, Fadhli menyatakan beliau sebenarnya tidak gemar untuk melakukan sebarang konfrontasi dengan mana-mana ahli Umno.

Kata beliau lagi, tujuan kenyataan balas ini dilakukan hanya untuk ditujukan kepada Mohd Puad semata-mata.

“Saya minta maaf sekiranya terkasar bahasa tetapi jika beliau yang memulakan terlebih dahulu apa salahnya kan?” kata beliau.

Begitu kira-kira hadiah komen untuk kali ini..

Sekian.


Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..

Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails