Wednesday, September 18, 2024

Takziah kematian Dr.Tay Tien Yaa. & PAS G/Highland.

 

Kajian Doctors only Bulletin Board System pada 2018 mendapati 17 peratus responden mempunyai fikiran untuk membunuh diri akibat dibuli di tempat bertugas

Isu kematian Dr Pakar Patologi, Dr. Tay Tien Yaa yang bertugas di Hospital Lahad Datu, Sabah memerlukan siasatan terperinci dan pembelaan sewajarnya.

1. Tragedi kematian doktor: PN desak isu buli diselesaikan tuntas

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kesihatan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) merakamkan ucapan takziah terhadap pemergian Pakar Patologi, Dr. Tay Tien Yaa yang bertugas di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Pengerusinya, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, belum reda isu buli di hospital di Sabah pada minggu lepas, negara dikejutkan pula dengan isu kematian Tien Yaa pula.

Pada tahun lalu, negara telah dilaporkan dengan dua kes kematian pada bulan Jun 2023 dan salah seorang daripada mangsa dilaporkan sedang hamil serta menghadapi tekanan mental yang dikatakan telah menjadi penyumbang utama terhadap kejadian tragis tersebut.

Laporan hasil kajian Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah mendedahkan sebanyak 30 peratus sehingga 40 peratus pengamal perubatan melaporkan pernah mengalami beberapa bentuk buli berdasarkan tinjauan kaji selidik melibatkan 728 responden dalam kalangan pengamal perubatan sektor awam dan swasta pada tahun 2023. 

Hasil kajian yang serupa juga telah diperoleh melalui kajian Doctors only Bulletin Board System pada tahun 2018 yang malah menyatakan 17 peratus responden mempunyai fikiran untuk membunuh diri akibat dibuli di tempat bertugas.

Ahmad Yunus Hairi

Setelah insiden kematian seorang pegawai perubatan siswazah di Pulau Pinang pada April 2022, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF).

Pasukan Petugas Khas itu telah mengeluarkan laporan yang telah dikritik oleh Gerakan Tunku Abdul Rahman yang telah menggesa kajian semula diadakan atas sebab responden kajian itu diambil secara terlalu meluas tetapi tidak memfokuskan kepada pegawai perubatan.

Yunus berkata, menteri bersilih ganti dan kajian demi kajian telah dijalankan, namun begitu, negara masih belum dapat menyelesaikan permasalahan itu secara komprehensif dan menyeluruh. 

“Jawatankuasa Kesihatan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional percaya punca utama adalah kerana kegagalan kerajaan dalam menyelesaikan isu dasar sistem kesihatan negara yang telah berada paras kritikal. 

(Selanjutnya sila lihat 'Tragedi kematian doktor: PN desak isu buli diselesaikan tuntas' -HARAKAHDAILY 18/9/2024)


2. PAS tak nafikan keIslaman pihak lain. 

Zuridan Mohd Daud

KUALA LUMPUR: PAS tidak menafikan keIslaman orang atau pihak lain lain; atau perjuangan yang dibawa oleh mana-mana jemaah Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Zuridan Mohd Daud berkata, PAS memberikan sokongan 100 peratus kepada setiap usaha individu yang mengangkat martabat Islam.

“PAS juga amat menyokong dan sedia bekerjasama dengan mana-mana jemaah yang berusaha menegakkan syariat Islam secara syumul dan yakin kita akan jadi kuat jika kita bersama, sebaliknya kita akan jadi lemah jika kita berpecah.  

“Apa yang PAS lakukan ialah berusaha secara bersungguh, istiqamah dan ikhlas tanpa peduli walau dibenci musuh,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

(Selanjutnya sila lihat 'PAS tak nafikan keIslaman pihak lain.' – HARAKAHDAILY 18/9/2024)



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, ada yang perlu dibongkar, kerana hal ini bukan perkara kecil. Ucapan takziah atas kematian Dr. Tay Tien Yaa Lahad Datu.  

Belum reda isu buli di hospital Sabah minggu lepas, kini dikejutkan pula dengan isu kematian Tien Yaa pula. Walau pun begitu, isu-isu di bawah ini perlu diambil kira.

(i) PN tolak MOU berat sebelah pihak kerajaan. PAS Pahang sokong. Bahkan terdapat beberapa tafsiran tidak jelas. 

Contohnya, tuntutan terhadap samarata kaum, agama, bangsa dan kebebasan. Ianya  diketengahkan, dikhuatiri akan menggugat kedudukan Islam dan keistimewaan bumiputera seperti yang termaktup dalam perlembagaan Persekutuan.

(ii) Banyak negeri tiada premis judi, maju. 

Kaedah begitu bukan sahaja mendatangkan berkat kepada orang Islam tetapi juga boleh membantu banyak industri lain untuk berkembang walaupun dalam kalangan bukan Islam. 

Maka, kenyataan Pengerusi DAP Pahang mengenai penutupan premis judi termasuklah kasino di Genting Highlands adalah sangat melesit sekali. Tindakan untuk menutup kasino di Genting Highland bukan bermaksud PAS ingin menutup kawasan tersebut secara keseluruhan tetapi lebih kepada perubahan ke kawasan pelancongan.

Sekian. Wallahu 'aklam.


PAS bantah Tanah Melayu jadi milik bukan-Melayu. Ibrah nasib Palestin

 

Gambar sekadar hiasan. 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.  Published  on January 3, 2023

1. Tanah, aset Melayu akan jadi milik bukan-Melayu? 

TEMERLOH: Akta Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dijangka dibentangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Sidang Parlimen pada Oktober hingga Disember nanti telah menerima bantahan rasmi PAS.

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 telah sebulat suara menolak akta yang diyakini akan menyebabkan polarisasi kaum makin melebar sedangkan pemimpin sering bercakap mengenai membina perpaduan dan interaksi antara kaum.

Perwakilan PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin berkata, paling dibimbangi adalah risiko hilang atau berkurangnya hak-hak Melayu dan Bumiptera lain dalam soal pemilikan dan peganggan hartanah di bandar-bandar.

Beliau menyokong dan membahas usul dikemukakan PAS Kawasan Terengganu menolak akta tersebut ketika mengambil bahagian pada sesi tersebut dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.

“Kita tidak mahu hanya kaum tertentu sahaja menguasai kehidupan dan perekonomian di bandar sedangkan orang-orang Melayu dan Bumiputera lainnya tertinggal dalam suasana serba kekurangan di desa-desa pendalaman dan di luar bandar.

“Atau (Melayu dan Bumiputera) terpinggir di dalam pembangunan pesat bandar itu sendiri,” ujar Ahli Parlimen Tangga Batu itu dengan turut merujuk kajian Rohayati Hussein dan Dr Rusnadewi Abdul Rahman dari UiTM Perlis.

Bentangnya, kajian bertajuk ‘Dilema Pembangunan Tanah Rizab Melayu’ adalah berkisar isu yang menjadi lambang kedaulatan dan ketuanan bangsa Melayu di tanah air tercinta ini di mana anya dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perinci beliau Perkara 89 Fasal (6) Perlembagaan jelas menyatakan objektif Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujudkan bertujuan menyekat tanah itu daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan-Melayu.

(Sila baca sampai habis 'Tanah, aset Melayu akan jadi milik bukan-Melayu?' Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) September 15, 2024  -HarakahDaily)


2. Ibrah nasib Palestin: PAS perlu ada silibus sejarah tanah air 

Mumtaz pada Muktamar PAS Kali Ke-70.

TEMERLOH: PAS melalui Lajnah Tanah diusulkan agar mempunyai silibus sejarah tanah air untuk memberi kesedaran dari sudut penjagaan hak milikan tanah dari sudut undang-undang, dan turun ke cawangan demi menjaga negara dan semua pusat pendidikan di bawah Parti.

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, ia adalah bagi menyemarakkan semangat hubbul watan dan isu antara bangsa untuk memastikan agar apa yang berlaku di bumi dan tanah Palestin sekarang ini dijadikan ibrah – lekat dan dekat di hati ahli PAS, keluarga, serta semua pengundi dan rakyat Malaysia.

“Muslimat dan kanak-kanak juga harus berganding bahu dalam membela Palestin secara kefahaman, semangat, ekonomi, dalam membina jati diri individu dan bangsa secara bermaruah melalui PASTI, SRITI dan SMITI – agar betapa kanak-kanak hampir setiap hari mereka solat jenazah dan syuhada’ tetapi mereka tetap cekal dan kekal dalam mempertahankan bumi Palestin,” katanya.

Menurut beliau, PAS telah menyokong sepenuhnya prosiding perundangan yang dimulakan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan.

(Lanjutnya sila lihat 'Ibrah nasib Palestin: PAS perlu ada silibus sejarah tanah air– HARAKAHDAILY 15/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, masih ada PAS dalam membela Islam dan rakyat yang terjajah sedunia.

(i) Cabaran PAS tak akan berkurangan walau sesaat 

KUALA LUMPUR: “PAS sudah melalui perjalanan panjang dalam perjuangan di persada politik negara dan kini PAS menjadi parti harapan untuk masa depan.

”Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Ahmad Yahaya berkata, sudah tentu terlalu banyak pihak yang mencemburui perkembangan dan kejayaan PAS sehingga menjadikan PAS terus berada di medan […]

(ii) Kenyataan media palsu mengenai tindakan disiplin Perwakilan PAS Perlis  

Kenyataan media PAS berhubung tindakan disiplin yang dikenakan terhadap seorang Perwakilan PAS Perlis telah disahkan sebagai palsu.

Jabatan Penerangan PAS Pusat dalam kenyataannya berkata, ia telah mengenalpasti dalam tempoh dua bulan ini, hampir 10 kenyataan palsu telah dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan rakyat Malaysia terhadap PAS dengan menggunakan kepala surat rasmi PAS.

Sehubungan itu, Jabatan Penerangan dan Media Baru, PAS Pusat dalam kenyataan pada hari ini berkata, sebagai pemakluman, akaun Facebook TVPAS akan menjadi salah satu rujukan utama untuk sebarang pengeluaran Kenyataan Rasmi daripada PAS Pusat.

Terdahulu, tular satu kenyataan media kononnya dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat bertarikh 15 September 2024 mengenai tindakan disiplin yang dikenakan terhadap seorang Perwakilan PAS Perlis ketika berucap di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 pada 14 September, tetapi sebenarnya ia adalah palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. 

(iii) Tanpa peruntukan: MP Kuala Terengganu teruskan tradisi perpaduan  

Alex Chan (kiri) dan Balachandran (kanan) bersama masyarakat setempat berbangsa India.

Ahli Parlimen (MP)Kuala Terengganu, tetap meneruskan tradisi memberi kuih bulan kepada kaum Cina di negeri itu sempena Perayaan Kuih Bulan, walaupun peruntukan disekat kerajaan pusat. 

Perayaan ini adalah simbol perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, di mana tradisi dan budaya yang kaya dapat dikongsi bersama.

Namun PAS tetap bantah Tanah Melayu jadi milik bukan-Melayu. Insya Allah!

Monday, September 16, 2024

Menteri DAP buat hal lagi. M'sia/S'pura/Israel?

 

Benarkah Malayia Ailines bawa jamaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas?

1. Isu Malaysia Airlines: Siapa perlu tanggungjawab? 

Adakah Menteri DAP itu dari M'sia atau S'pura?

Wan Ahmad Fayhsal dan Anthony Loke

KUALA LUMPUR: “Siapa yang perlu bertanggungjawab mengenai isu pesawat Malaysia Airlines patah balik lagi?”

Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pada 11 September 2024, sebuah lagi penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik.

“Penerbangan tersebut adalah MH835 iaitu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Denpasar iaitu jam 3:30 petang.

“Namun demikian pesawat tersebut terpaksa patah balik ke KLIA,” katanya dalam akaun media sosial Facebooknya.

Menurut beliau, insiden tersebut merupakan kali-5 yang berlaku yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines.

Tambahnya, perkara sebegini sudah tentu mengancam keselamatan penumpang pesawat Malaysia Airlines itu sendiri.

“Jadi, siapa yang bersalah dalam isu ini? 

“Jawapannya banyak kepada Menteri Pengangkutan yang mengizinkan SIA Engineering Company (SIAEC) yang mengambil pekerja-pekerja teknikal penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Malaysia Airlines dengan mudah,” tegasnya.

Sehubungan itu, Fayhsal mempersoalkan sama ada Menteri Pengangkutan Anthony Loke adalah Menteri di negara ini ataupun Singapura.

(Selanjutnya sila lihat 'Isu Malaysia Airlines: Siapa perlu bertanggungjawab?' -HARAKAHDAILY 16/9/2024)


2. Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar Agung 2024, Pahang.

Sila lihat PRESIDEN PAS ABDUL HADI AWANG             -HARAKAHDAILY 14/9/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah.

(i) Ini pesan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai PAS. PAS tidak harus terus berasa selesa. 

Tuan Guru Abdul Hadi di samping Tuan Ibrahim pada Muktamar PAS Kali Ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh, Pahang.

a. PAS tidak harus terus berasa selesa walaupun kita sedang memerintah empat buah negeri dan parti yang mempunyai bilangan terbanyak ahli parlimennya.

b. Setiap ahli PAS perlu terus bekerja keras memenangi hati dan meyakinkan rakyat.

c. Agenda penyatuan ummah juga harus terus diperkasakan. Penyatuan ummah yang telah dimulakan sebelum ini terhenti di tengah jalan atas beberapa faktor. 

d. PAS sebagai jemaah yang menjadikan Islam sebagai dasar menyeru kepada perpaduan tidak akan berputus asa untuk merealisasikannya.  

e. Demi membawa mesej Islam sebagai penyelesaian, PAS perlu terus berada di tengah-tengah masyarakat. Agar semua pihak termasuk bukan Islam harus difahamkan betapa PAS membawa mesej penyatuan, perpaduan dan kedamaian menurut acuan yang ditentukan oleh Allah SWT.

f. Akhirnya kita mahukan Harakah Islam PAS terus harum dan diperkasakan.  


(ii) Perhimpunan Mega Hentikan Genosid Israel, 11 Oktober 2024 

Mohd Azmi (tengah), Tian Chua (tiga dari kiri) dan Hishamuddin (dua dari kanan) dalam sidang media di Kuala Lumpur pada hari ini, 16 September 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)

a. Di KL, Sempena genap setahun serangan genosid Zionis Israel laknatullah terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, satu Perhimpunan Mega Hentikan Genosid di Gaza akan diadakan pada 11 Oktober 2024 sebagai solidariti bersama-sama rakyat Palestin.

b. Perhimpunan tersebut akan bermula selepas Solat Jumaat iaitu bermula di Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur untuk bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat. Perhimpunan ini adalah satu daripada kebangkitan rakyat di seluruh dunia mengingatkan genosid di Gaza sejak 7 Oktober 2023 hingga 7 Oktober 2024 sebagai jenayah kemanusiaan yang paling buruk, kejam dan sangat barbarik dalam era sejarah moden dunia.

c. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah gagal menyekat Zionis Israel dan penyokong terkuatnya iaitu Amerika Syarikat (AS), daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Semenanjung Gaza mencecah lebih 40,000 nyawa rakyat Palestin, di samping lebih 100,000 yang lain tercedera. Paling parah ialah lebih 70 peratus yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.

d. Menggesa Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Malaysia mengadakan sidang khas bagi meluluskan usul mengenai genosid Israel di Gaza.

Sekian dulu.


Sunday, September 15, 2024

Ini calon PN PRK Mahkota. Tapi BN ingkar janji SPR..

 


Yong Mew Chai ketika ditemui pada hari penamaan calon PRK Mahkota, di Kluang, Johor pada hari ini, 14 September 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Abdul Aziz Yunos)

1. Coach Haizan mesra dengan bukan Melayu

KLUANG: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang lebih dikenali sebagai ‘Coach Haizan’ mampu meraih sokongan masyarakat Cina di situ. 

Penolong Setiausaha Parti Gerakan Negeri Johor, Yong Mew Chai berkata, ini kerana beliau dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai prejudis terhadap […]


Coach Haizan diiringi Muhyiddin dan Faizal Azumu ketika proses menyerahkan kertas pencalonan pada hari penamaan calon PRK Mahkota, di Kluang, Johor pada hari ini, 14 September 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Abdul Aziz Yusof)


2. Kenali Coach Haizan: Calon sah PN PRK Mahkota

KLUANG: Tokoh sukan dan bekas pemain bola sepak Johor F.A era 80an, Mohamad Haizan Jaafar, 61, yang lebih dikenali sebagai ‘Coach Haizan’ kini sah sebagai calon mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Ia adalah susulan pencalonan beliau diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada penamaan calon yang berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang itu pernah mewakili Johor FA dalam pelbagai kejohanan bola sepak termasuk Piala Razak dan Piala Presiden pada era 80an.

Coach Haizan merupakan anak jati Kluang, dilahirkan di Layang-layang dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana di mana bapanya adalah seorang pesara kerajaan di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang.

Pendidikan awal beliau di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmud 1 Kluang, kemudian terus ke Sekolah Tinggi Kluang. 

Setelah itu, beliau terus menabur bakti dan berkhidmat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan sebagai Pembantu Sukan. 

Coach Haizan (lima dari kanan) calon berwibawa PERIKATAN NASIONAL yang dipertaruhkan di gelanggang PRK Mahkota.

Berkat komitmen dan integriti yang utuh, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam pada tahun 2002 dan juga 2016.

Ketika berada di dalam perkhidmatan Coach Haizan telah dianugerahkan Diploma Of Fitness pada Jun 1995 oleh The Canadian Association of Health Physical Education And Recreation dengan kerjasama The Canadian International Development Agency.

Kerjaya bola sepak beliau diteruskan sebagai pemain semi pro Negeri Johor dan pernah mewakili Johor ke Pertandingan Piala Emas Raja-Raja. 

Kini beliau merupakan seorang jurulatih bola sepak dengan memegang lesen B dalam bidang kejurulatihan. 

Disiplin, ketegasan dan keakraban beliau dengan anak-anak muda telah menjadikan beliau terkenal dengan gelaran ‘coach’ dalam kalangan masyarakat Kluang yang majmuk.

Coach Haizan pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih untuk beberapa pasukan bola sepak seperti Johor Indian yang bersaing di dalam pertandingan Piala Bardhan dan pasukan Remaja Cina Kluang yang bersaing di pertandingan Chinese Kluang Cup.

Penglibatan dan sumbangan beliau dalam pembangunan sukan dan modal insan setempat serta personaliti beliau yang mesra dan peramah menjadikan ‘Coach’ sebagai aktivis masyarakat yang cukup disenangi di kalangan warga Kluang pelbagai peringkat.

Selain menjadi jurulatih, beliau juga merupakan pengusaha dalam bidang perkhidmatan makanan, dan telah mendirikan rumah tangga dengan dikurniakan tiga orang anak.

Beliau juga merupakan Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Kluang yang sehingga kini bertanggungjawab menyelaras 28 KRT di dalam Daerah Kluang,” ujarnya.

Coach Haizan juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang dan Presiden Kelab Sukan Dan Kebajikan Intan Kluang. 

Tarikh 28 September 2024 bakal menyaksikan Coach Haizan sebagai calon PERIKATAN NASIONAL pada hari pengundian PRK Mahkota.

Kerusi DUN Mahkota dikosongkan setelah penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lepas sewaktu dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom akibat pendarahan dalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tempoh berkempen adalah selama 14 hari bermula hari ini sehingga jam 12 tengah malam Jumaat 27 September.

Tarikh 28 September ditetapkan sebagai hari mengundi dengan 20 pusat mengundi akan dibuka membabitkan 109 saluran dengan jumlah petugas terlibat pada PRK itu sebanyak 1,126 orang.

Sementara itu, pengundian awal pula akan berlangsung pada 24 September melibatkan tiga pusat mengundi dengan 11 saluran.

Sebanyak 66,318 pengundi berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab pada PRK itu di mana 61,397 daripada mereka adalah pengundi biasa, 4,510 tentera serta pasangan, 401 polis dan 10 orang PTH (pengundi tidak hadir) luar negara. – HARAKAHDAILY 14/9/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Awal-awal lagi dipersembah hadiah kepada pihak SPR. Perarakan calon BN ingkar peraturan SPR kerana guna alat muzik seperti yang ditetapkan larangannya.

Perarakan calon bagi Barisan Nasional (BN) yang jelas dilihat menggunakan alat muzik gendang di Kluang, Johor pada hari ini, 24 September 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Abdul Aziz Yunos)

Perkara itu berlaku ketika penyokong BN dan PERIKATAN NASIONAL (PN) sedang menunggu proses penamaan calon selesai di prkarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini, hari ini.

Bunyi gendang itu dapat didengari dengan jelas oleh penyokong-penyokong PN yang berhimpun kira-kira 300 meter dari lokasi perhimpunan BN. 

Terdahulu, dalam satu laporan media pada Khamis lepas, Setiausaha SPR berkata, penggunaan semua jenis alat muzik sepanjang perarakan itu adalah dilarang. Ia termasuk juga penggunaan pembesar suara bagi tujuan diayah politik melalui kenderaan.

Juga larangan menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan yang ditetapkan. Perbuatan-perbuatan di atas adalah tidak dibenarkan pada hari penamaan calon dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

Kita boleh lihat lagi bagaimana puak-puak jahat langgar peraturan itu lakukan seterusnya.

Na'auzubillahi minzalik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails