Friday, September 27, 2024

Madrasah terapung, 6 hari bergambar. GISBH seleweng.

 

Di Semporna, Sabah, walaupun tidak mempunyai dokumen dan tanah tempat menumpang, tapi bukan penghalang untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak suku Bajau Laut menerusi projek Madrasah Terapung Pulau Mabul ini. Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, beliau kagum melihat perubahan anak-anak itu yang sudah pandai membaca dan mengetahui asas fardu ain.“Dengan usaha yang berterusan..." Lihat seterusnya..
Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.

1. Al-hamdulillah, k'jaan Sabah sokong MCM bina madrasah terapung bantu Palauh. 

Usaha Muslim Care Malaysia (MCM) menyantuni golongan asnaf di Sabah termasuk komuniti Palauh di sekitar perairan Pulau Mabul, Semporna mendapat pujian kepimpinan kerajaan negeri.

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Awang Shahminan Datuk Awang Sahari, berkata inisiatif MCM terutama pembinaan Madrasah Terapung sesuatu yang istimewa dan amat dihargai.

“Usaha itu amat bertepatan dan selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memberi pendidikan kepada golongan Palauh di negeri Sabah.

“Sudah tentu kerajaan negeri sedia bekerjasama dan saya mengalu-alukan jika ada proposal atau perancangan baru daripada MCM sebagai kesinambungan usaha sedia ada,” katanya.

Datuk Awang Shahminan berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi MCM diketuai Presiden MCM,Tuan Haji Zulkifli Wahijan di pejabat beliau di Kota Kinabalu pada 19 Ogos 2024.

Hadir sama, Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar serta Ustaz Wan Azmi Wan Omar dan Dr Halimatun Saadiah Mat Saad dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau yang membangunkan silibus pendidikan Madrasah Terapung.

Komuniti Bajau Laut atau Palauh adalah golongan tanpa negara yang tinggal secara nomad di laut dengan berumahkan perahu kecil dan bertebaran di perairan Sabah terutama di wilayah Pantai Timur.

Ketika banyak pihak melihat mereka sebagai terpinggir, MCM mengambil langkah berani mewujudkan sekolah bergerak dinamakan Madrasah Terapung untuk memberi pendidikan asas Islam kepada kanak-kanak Palauh di perairan Pulau Mabul.

Mula beroperasi sejak Mac 2021, Madrasah Terapung konsisten memberikan ilmu kepada 15 murid yang kini sudah mampu mengucap kalimah syahadah, berselawat dan menunaikan solat.(MCM)


2. 6 hari penggambaran dokumentari madrasah terapung -Disediakan oleh Muslim Care Malaysia 24 May, 2023 

Khidmat jurukamera bawah air dan drone turut digunakan untuk memastikan dokumentari televisyen mengenai Madrasah Terapung Muslim Care Malaysia (MCM) berkualiti tinggi, berinformasi dan memberi kepuasan kepada penonton.

Penggambaran selama enam hari dari 10 hingga 15 Mei dibuat di lokasi Madrasah Terapung beroperasi sejak lebih setahun lalu iaitu sekitar perairan Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Dokumentari selama 45 minit itu diterbitkan Fast Motion Production untuk siaran di saluran Astro Oasis pada Julai depan.

Madrasah Terapung ialah satu inisiatif MCM bersama NGO Nation One untuk memberikan pendidikan fardu ain kepada anak-anak bajau laut yang tidak memiliki kewarganegaraan di sekitar Pulau Mabul bagi memastikan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Seramai 15 kanak-kanak dari komuniti Bajau Laut atau Palauh itu mengikuti kelas dari jam 8 hingga 11 pagi pada setiap Jumaat hingga Ahad yang dikendalikan guru bertauliah termasuk penuntut serta pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau. (MCM)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kita fokus kisah madrasah terapung pula. Kerana itu adalah kerja mulia untuk membantu pembangunan rakyat. Bahkan k'jaan Sabah pun sokong MCM dalam membina madrasah terapung tersebut.

Di KL, GISBH: Majlis Agama Islam digesa rungkai penyelewengan agama.

Dewan Pemuda PAS Selangor menggesa  Majlis Agama Islam bagi setiap negeri-negeri di Malaysia menggerakkan kekuatan yang ada untuk tindakan menyiasat penyelewengan agama terhadap Global Ikhwan Services & Business Holding (GISBH) sebagaimana yang didakwa.

Desas-desus yang mengaitkan GISB dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan menyanggahi agama bukanlah isu yang baharu. Isu GISB ini mula dikaitkan dengan dakwaan aktiviti sebegitu, sejak awal penubuhannya pada 23 Oktober 2013, namun tidak begitu diberikan perhatian meluas.

Perkara ini tiada kompromi kepada pihak yang sengaja mencemarkan imej Islam dan polemik ini sudah berlarutan lebih sedekad, ia  perlu dirungkai dan diselesaikan dengan segera. Isu eksploitasi kanak-kanak perlu dibanteras habis-habisan dan hukuman berat perlu diambil sekiranya terdapat bukti kukuh sabit kesalahan.

GISB didakwa bukan sahaja terlibat dengan jenayah eksploitasi kanak-kanak disebalik aktiviti perniagaan, bahkan apa yang menjadi polemik umum sejak sekian lama ialah dakwaan mempergunakan agama untuk mencandu para pengikut, bahkan menyesatkan mereka dengan fahaman agama yang sesat lagi menyesatkan.

Antara dakwaan doktrin fahaman sesat yang dikaitkan dengan GISBH termasuklah mengamalkan bacaan Zikir Agung (Aurad Muhammadiah) yang telah diharamkan, memuja pemimpin, malah turut didakwa mengatur kehidupan ahlinya seperti pernikahan dan penceraian para pengikutnya mengikut arahan pemimpin secara membuta-tuli.

Terdahulu, pernah pendedahan mengejutkan Ketua Polis Negara, terhadap GISBH telah menggemparkan negara tentang eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu yang berfungsi sebagai pusat jagaan dan rumah amal diserbu polis.

Dalam serbuan tersebut, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara satu hingga 17 tahun, serta menahan 171 individu, termasuk individu bergelar ‘ustaz’ yang menguruskan premis-premis tersebut untuk siasatan lanjut.

Sekian.

.....

Thursday, September 26, 2024

Misi PAS mendunia, Iran-Turkiye. Biadap/budak mentah.


Tuan Guru Abdul Hadi berjaya menyelesaikan misi musafir di Tehran, Iran dan Istanbul, Turkiye.

1. Tuan Guru Abdul Hadi selesai misi musafir ke Iran, Turkiye

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru sahaja selamat pulang ke tanah air selepas selesai misi bermusafir ke Tehran, Iran dan Istanbul, Turkiye  bermula setelah selesai Muktamar PAS Pusat di Pahang baru-baru ini.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam kenyataannya berkata, beliau mengambil peluang untuk bertemu Presiden Parti Saadat Turkiye, Temel Karamollaoğlu di Istanbul serta pimpinan gerakan Islam di Sudan, Libya, Lubnan, Iraq dan lain-lain.

“Perbincangan tentang pengalaman politik PAS di Malaysia dan situasi terkini taufan al-Aqsa Palestin.

“Selain itu, saya juga memenuhi undangan Syarahan Istanbul: ‘Taufan al-Aqsa dan Masa Depan Ummah’ yang dianjurkan oleh NGO International Youth Forum (IYF). 

Sepanjang bermusafir di Tehran dan Istanbul, Tuan Guru Abdul Hadi turut menghadiri beberapa sesi temu ramah dengan agensi media antarabangsa termasuk TRT World dan Anadolu Agency Media.

“ (juga) Temu ramah daripada media antarabangsa, antaranya TRT World dan Anadolu Agency Media,” ujar beliau dalam media sosial miliknya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap musafir berkenaan memberikan makna yang besar ke arah penyatuan umat Islam agar cahaya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. – HARAKAHDAILY 26/9/2024


2. 3R kekang umat Islam pertahan agama, Raja, bangsa  

Ahmad Nawfal Mahfodz dalam program ceramah Pentas Anak Muda PERIKATAN NASIONAL bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Suria, Kluang, Johor. (FOTO" HARAKAHDAILY/Abdul Aziz Yunus)

KLUANG: “Penguatkuasaan ‘Peraturan 3R’ meliputi agama, Raja dan bangsa hakikatnya dibuat untuk mengekang umat Islam-Melayu daripada mempertahankan isu berkaitan ketiga-tiga asas penting negara tersebut.”

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, penguatkuasaan undang-undang itu juga telah berjaya melabel mereka yang memperjuangkan ketiga-tiga perkara tadi sebagai ekstremis.

“Tetapi hari ini, semuanya dah diangkat sebagai 3R. Siapa yang anjurkan 3R ini? Kenapa mereka angkat 3R ini? Sebab mereka nak mengekang kita.

“Tujuan mereka, memang mereka buat satu-satu agenda, satu-satu hasrat yang jahat, supaya kita respons dan kita kena balik sebagai orang jahat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ceramah Pentas Anak Muda PERIKATAN NASIONAL bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota yang berlangsung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Suria, di sini, malam tadi. 

(Lihat selanjutnya '3R kekang umat Islam pertahan      agama, Raja, bangsa–HARAKAHDAILY 26/9/2024


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kini makin bertambah jelas, rupanya misi Presiden PAS dari Malaysia sudah bertambah matang dan mendunia. Bukan macam perjuangan PH-BN seperti yang disebut-sebut semakin menyempit, bahkan melahirkan 'menteri yang biadap'. 

Bahkan juga dilebelkan zaman Kerajaan Madani amalkan politik ‘budak-budak mentah’. 

(i) Ini..   

Laporan Malay Mail yang melaporkan mengenai kenyataan Tion King Sing baru-baru inii.

Di KL, YDP PAS Kawasan Subang, menyifatkan Menteri yang dilahirkan daripada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menunjukkan sikap biadap apabila mempermainkan isu agama. 

Terdahulu, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak, Tiong King Sing dilaporkan oleh media tempatan ketika berucap dalam satu majlis kebudayaan Cina di Mahkota, Johor dan dikatakan secara berjenaka menyebut bahawa jika tidak keluar mengundi, ia mungkin akan memberi isyarat sokongan kepada pandangan konservatif PAS. 

Dalam ucapannya, Tiong merujuk kepada seorang wanita yang memakai skirt di atas lutut dan berjenaka mengenai perlunya mempertahankan hak untuk berpakaian sedemikian, atau mereka mungkin kehilangan peluang untuk melakukannya pada masa akan datang. 

Itulah contoh Menteri PH-BN berfikiran sempit, yang mana beliau sepatutnya berkempen dengan matang dan tidak perlu menampilkan isu agama, terutama Islam untuk dijadikan bahan lawak jenaka. Bayangkan jika penceramah Perikatan Nasional (PN) pula membuat senda dan lawak terhadap nilai dan kepercayaan agama lain. 

Sejak berkuasa PH-BN berjaya lahirkan ramai menteri biadap yang berani memperlekeh dan menghina agama Persekutuan. Menyinggung dan menyerang PAS dan pimpinannya perkara biasa, tetapi bila celupar dan berani menggunakan agama sebagai bahan senda gurau, itu memang biadap dan penghasut.   

Semoga pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Mahkota yang bakal berlangsung pada Sabtu, 28 September ini, dan rakyat Malaysia amnya agar menyedari perkara itu. Di hadapan pengundi Melayu mereka guna skrip lain, tetapi di hadapan pengundi bukan Melayu mereka membakar api kebencian terhadap Islam dengan harapan pengundi mengundi mereka dan menolak PN. 

Kini budaya rasis dan ekstrem ini semakin subur di negara ini.

(ii) Politik 'budak-budak mentah'. 

Visual dari udara menunjukkan keadaan Sekolah Kebangsaan Seri Banai, di Kedah yang dilanda banjir pada minggu lalu.

Di KL, Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu larangan membersihkan sekolah terjejas banjir sebagai amalan politik ‘budak-budak mentah’ pada zaman Kerajaan Madani hari ini. 

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku pada zaman Kerajaan Madani yang mahu membawa perubahan dan reformasi dalam politik arus perdana.Semua parti politik di Malaysia perlu membudayakan politik matang dan sejahtera sepaerti yang diamalkan oleh PAS demi mencapai keharmonian antara rakyat. Kerja-kerja operasi bantuan banjir dan pembersihan rumah di rumah mangsa-mangsa banjir giat dijalankan oleh Pertubuhan Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) dengan bersungguh-sungguh. 

Semua wakil rakyat juga turut tidak ketinggalan membantu semua mangsa banjir tanpa mengira warna politik di saat rakyat di negeri-negeri utara menghadapi musibah banjir. Dalam pada itu, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih buat Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia yang telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir dan telah melakukan operasi pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir.

Sebelum ini, Khidmat Malaysia selaku sebuah pertubuhan Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia melalui Pengerusinya, Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary dalam kenyataan telah  menzahirkan rasa terkilan dan dukacita apabila terdapat halangan pihak tertentu yang melarang sekutunya, Sukarelawan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia daripada memasuki sekolah di bawah  Kerajaan Persekutuan, iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Banai, di Kedah bagi tujuan membersihkan premis sekolah yang terjejas akibat banjir di negeri itu.

Namun laporan itu juga menyatakan bahawa Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan seluruh jawatankuasa sekolah itu kemudian bertindak bijak dalam membenarkan Khidmat Malaysia dan rakan-rakan sekutunya itu untuk berkhidmat kepada warga SK Seri Banai. 

Al-hamdulillah, semoga baik-baik semua. Bahkan budya-budaya begini juga akan terus berkembang mendunia dan membangun bersama Islam. 

Insya Allah!

...


Mentteri Komunikasi gagal. Tolak Umno UmDAP.

 

1. Penamatan kontrak Ketua Pengarah JKOM: Kegagalan Menteri Komunikasi

MERUJUK kepada pengesahan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengenai penamatan kontrak Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Khairuddin Othman.

Walaupun wartawan telah bertanya mengenai sebab penamatan awal kontrak, Menteri hanya menyatakan bahawa penamatan kontrak awal dalam lantikan adalah perkara biasa. 

Namun, persoalan utama yang timbul ialah sama ada Menteri menyedari bahawa sudah dua Ketua Pengarah JKOM dilantik dalam tempoh dua tahun sahaja. Dr. Mohammad Agus Yusoff dilantik pada Februari 2023, tetapi meletakkan jawatan pada November 2023, hanya bertahan selama 10 bulan.

Selepas itu, Mohd Khairuddin dilantik pada Mac 2024 dan ditamatkan perkhidmatan pada September 2024, hanya bertahan selama 7 bulan.

Sebagai Menteri, Fahmi Fadzil sepatutnya bertanggungjawab untuk melantik seorang Ketua Pengarah yang layak dan kompeten bagi jawatan tersebut. Adakah pelantikan Dr. Mohammad Agus dan Mohd Khairuddin melalui proses penilaian yang teliti dan adakah mereka benar-benar layak untuk jawatan tersebut?

Tempoh perkhidmatan yang singkat bagi kedua-dua Ketua Pengarah ini bukan sahaja menunjukkan ketidaktentuan dalam kepimpinan JKOM, tetapi juga membazirkan dana awam. Perkara ini sebenarnya boleh dielakkan jika Menteri melantik seorang yang benar-benar layak dan berkelayakan untuk menggalas tugas sebagai Ketua Pengarah JKOM.

Saya berpandangan bahawa kegagalan ini mencerminkan kelemahan Menteri Komunikasi dalam mengenal pasti individu yang sesuai untuk jawatan penting ini. Lebih-lebih lagi, terdapat kemungkinan bahawa pelantikan-pelantikan sebelum ini dilakukan dengan mengambil kira kepentingan politik Pakatan Harapan, bukannya berdasarkan merit.

Oleh itu, pandangan yang lebih luas ialah kegagalan sebenar terletak di bahu Menteri Komunikasi, dan beliau sendiri sepatutnya mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan. – HARAKAHDAILY 25/9/2024

Ts. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat


2. PRK Mahkota, peluang tolak Umno UmDAP 

Annuar Musa pada ceramah kelompok PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota di Pusat Daerah Meng

KLUANG: “Ahli-ahli Umno Johor yang mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota boleh menggunakan kesempatan ini untuk menolak ‘Umno UmDAP’ bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan pemimpinnya yang membawa parti itu bersekongkol dengan DAP.”

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, selama ini pimpinan dan ahli Umno di Johor memang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin mereka di peringkat pusat itu. 

“Saya yakin orang Umno Johor tahu apa yang dibuat oleh Umno itu adalah salah dan tidak kena. 

“Antara yang menegur perbuatan itu termasuk Menteri Besar Johor sendiri pernah menegur apa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan Umno.

“Antara orang yang teraniaya dalam pertempuran ini adalah tokoh-tokoh Umno Johor, (antaranya) Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang cuba nak menyelamatkan Umno daripada jalan yang salah,” katanya.

(Selanjutnya sila lihat 'PRK Mahkota, peluang tolak Umno UmDAP'  –HARAKAHDAILY 25/9/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Nampaknya perkembangan sihat pimpinan PN sedang beramah mesra dengan pengamal media Cina. Dan pentingnya Skim PERKESO untuk golongan bekerja sendiri, suri rumah.

(i) Di KL, Majlis Makan Malam Pemimpin Perikatan Nasional (PN) Bersama Pengamal Media Cina yang diadakan bersempena Perayaan Kuih Bulan pada tahun ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. 

Majlis yang dianjurkan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) itu yang dihadiri barisan pimpinan PN dan pengamal media Cina, di sini, pada malam tadi itu menyaksikan kehadiran Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai dan Naib Presidennya, Datuk Parameswaran Ganason. 

Sambutan amat menggalakkan daripada media Cina, yang mana hampir 30 editor utama dan wartawan media Cina hadir untuk ‘bertemu mata’ dengan pemimpin Perikatan Nasional. 

Dominic Lau, Ahmad Fahdli, Parameswaran, Halimah, dan Alexander Lo bersama tetamu pada Majlis Makan Malam Pemimpin Perikatan Nasional (PN) Bersama Pengamal Media Cina di Kuala Lumpur. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee) 
Dominic Lau, Ahmad Fahdli, Parameswaran, Halimah, dan Alexander Lo bersama tetamu pada Majlis Makan Malam Pemimpin Perikatan Nasional (PN) Bersama Pengamal Media Cina di Kuala Lumpur. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)


(ii) Skim PERKESO penting untuk golongan bekerja sendiri, suri rumah. 

Muhammad Ismi (kanan) pada program ceramah Skim Caruman untuk Golongan Bekerja Sendiri dan Suri Rumah di Dewan Masjid Jamek Kota Kanan, Parit, Perak.

Di Parit, golongan bekerja sendiri dan suri rumah di Malaysia seharusnya menyertai pencaruman di bawah skim keselamatan sosial yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ini adalah langkah penting untuk memastikan mereka mendapat perlindungan sewajarnya dalam situasi yang tidak dijangka. 

Program ini telah menarik penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk para pekerja sendiri, suri rumah, serta ahli keluarga. Allah SWT berfirman dalam Surat Hud ayat 6 bermaksud: Di mana Allah menyeru umat manusia untuk memakmurkan bumi dengan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. 

Dalam Islam, Allah SWT menggalakkan setiap umat untuk berbuat kebajikan seperti menanam pokok yang turut memberi manfaat kepada makhluk lain. Daripada hadis riwayat al-Bukhari ada menyebut bahawa di mana setiap amalan kebaikan seperti bercucuk tanam akan diberikan ganjaran sebagai sedekah. 

Sekian, wallahu 'aklam.

..

    Wednesday, September 25, 2024

    Perutusan Presiden PAS dari Iran.. Tembok anti PAS.

     

    1. Ke arah penyatuan umat Islam sedunia  

    ALHAMDULILLAH, selesai Muktamar Tahunan PAS tempoh hari, saya berangkat ke Iran bagi menghadiri Muktamar Penyatuan Islam Sedunia Kali Ke-38 anjuran Majma’ Taqrib Mazahib yang berlangsung pada 19 – 21 September di Tehran.

    Majlis perasmian Muktamar telah disempurnakan oleh Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian yang menekankan perlunya umat Islam menghayati perjuangan Rasullullah yang membawa mesej perpaduan dan keamanan, khususnya dalam suasana umat Islam yang sangat mencabar hari ini.

    Saya dan beberapa tetamu diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucaptama dalam persidangan yang bertemakan ‘Kerjasama Islam Ke Arah Mencapai Nilai Kebersamaan Bagi Mempertahankan Al-Aqsa’, dan memberikan pandangan terhadap ketegasan dunia Islam dalam mempertahankan Palestin melangkaui perbezaan mazhab dan asabiyah perkauman, seterusnya menggembeling kerjasama dalam kalangan ulama’ untuk membangkitkan kesedaran umat Islam.

    Seterusnya saya dijemput menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Majma’ Taqrib Mazahib di bawah kepimpinan Syeikh Dr. Abdul Hamid al-Shahriari, serta diberikan penghormatan menghadiri majlis bersama Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Imam Khamenei. 

    Dalam kesempatan sama, saya turut bertemu rakan-rakan pemimpin gerakan Islam dan ulama’ yang mewakili kelompok Sunni dan Syiah dari Palestin, Iran, Arab Saudi, Turkiye, Rusia, Lubnan, Pakistan, India dan Afghanistan, di samping memenuhi undangan temu ramah dengan beberapa agensi berita antarabangsa.

    Semoga usaha penyatuan ini akan menatijahkan kejayaan yang lebih besar kepada dunia Islam dan perjuangan Palestin, berpaksikan kepada tonggak keadilan, keamanan dan perpaduan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W sebagai jalan penyelesaian.

    Insya-Allah destinasi seterusnya, Istanbul. Semoga Allah mengurniakan kesihatan untuk saya menjalankan misi ummah ini.

    Abdul Hadi Awang, Tehran.


    2. Merobohkan tembok ‘anti PAS’ bukan Melayu 

    KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-70 di Kompleks al Makmur, Kerdau, Pahang baru-baru ini telah melakar sejarah apabila ia meluluskan sebulat suara usul meminda Perlembagaan PAS dengan membuka keahliannya kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam.

    Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sebelum itu keahlian PAS hanyalah dibuka kepada yang beragama Islam sahaja. 

    “Dengan pindaan ini bermakna rakyat Malaysia yang bukan Islam boleh menjadi ahli PAS berstatus bersekutu dan bergerak melalui Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) (yang telah ditubuh jauh sebelum usul ini dikemukakan) yang sama statusnya dengan sayap Dewan-dewan lain yang sedia ada. 

    “DHPP kelak sebagaimana dewan-dewan lain akan berperanan di peringkat kawasan, negeri dan Pusat. Melaui pindaan ini kepimpinan DHPP sebaris dengan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan, ahli Perhubungan PAS negeri-negeri dan AJK PAS Pusat. 

    (Ikuti selanjutnya 'Merobohkan tembok ‘anti PAS’ bukan Melayu' -HARAKAHDAILY 24/9/2024)


    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Sudah menjadi lumrah dalam perjuangan, apabila Islam itu makin kuat ditekan dan ditindas, maka tandanya di situ Islam sedang bangkit. Makin kuat ditekan, akan makin cepat ledaknya meletus. 

    Mari kita lihat suasananya masakini.

    (i) Di KL, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) mengiktiraf gerakan perjuangan Lubnan dalam  menyokong rakyat Palestin. 

    Ianya sekaligus menjadi bukti bahawa Gaza tidak berjuang bersendirian. PUM mengutuk dan mengecam serangan rejim Zionis tersebut. PUM menyeru pemimpin antarabangsa dan organisasi hak asasi manusia agar segera bertindak dan memboikot haram jadah AS/Israel/kuncu itu.

    (ii) Lucu! Pegawai JAIM dipecat kerana gambar Presiden PAS. 

    Di KL, tindakan Kerajaan Negeri Melaka memecat dan menukar pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana memaparkan wajah Presiden PAS dalam paparan slaid khutbah Jumaat adalah amat dikesali.  Tindakan tersebut menggambarkan ketakutan Kerajaan Negeri Melaka dengan kebangkitan PAS dan ianya dilihat tidak munasabah. 

    Malahan ia bukanlah satu kesalahan besar jika diteliti, bila para pegawai itu memaparkan imej pemimpin politik yang tepat dan bersesuaian dengan ayat berbunyi: ‘Keamanan dan kemajuan negara hendaklah dipertahankan, dan memerlukan pemimpin yang adil dan jujur, masyarakat yang harmoni, rakyat yang berdisiplin dan berbudi mulia’.

    Terdahulu, 4 pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dikenakan tindakan tatatertib setelah insiden paparan gambar Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam slaid khutbah Jumaat. 

    Gambar beliau muncul pada infografik khutbah di masjid, bersama dengan paparan wajah Yang di-Pertuan Agong ke-16, namun tidak ditukar dengan gambar Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. 

    Tindakan disiplin diambil terhadap pegawai-pegawai tersebut, termasuk pertukaran tempat bertugas dan pemecatan, kerana kecuaian dalam tugas mereka.  Langkah itu dikritik oleh PAS Melaka, yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim dan melampaui batas terhadap pegawai yang terlibat.

    Begitu kira-kira, perutusan Presiden PAS dari Iran. Bukan dari AS/Israel/kuncu-kuncu.. 

    ...

    Tuesday, September 24, 2024

    PTPTN: T/jawab PMX. PM kena 'cool'. & T'ganu kreatif.

      


    1. PMX perlu bertanggungjawab terhadap peminjam PTPTN

    ANTARA perkara yang pernah diperjuangkan oleh PMX dan Pakatan Harapan adalah menghapuskan hutang PTPTN yang dipinjam oleh anak Muda.

    Hapus PTPTN menjadi modal politik utama Pakatan Harapan sehingga perkara ini pernah dimasukkan dalam manifesto, dibuat himpunan dan dibincangkan dalam program rasmi seperti Konvensyen Tahunan PKR.

    PMX juga pada 2012 pernah berceramah di Permatang Pauh dan menyeru peminjam PTPTN supaya jangan membayar hutang tersebut kerana Pakatan Rakyat ketika itu akan memansuhkan hutang PTPTN dalam tempoh setahun selepas menawan Putrajaya.

    Terbaru Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Zambry Kadir memaklumkan kabinet telah bersetuju untuk mendakwa 430,000 peminjam PTPTN yang tidak pernah membuat pembayaran balik pinjaman.

    Anehnya, mesyuarat kabinet ini juga turut dipengerusikan oleh individu yang sama iaitu PMX. 

    Oleh yang demikian saya mendesak PMX untuk bertanggungjawab terhadap 430,000 peminjam ini yang suatu ketika dahulu terpengaruh dengan hasutan PMX.

    Saya mendesak segala kos guaman dan kerugian mereka, ditanggung oleh PMX dan sekiranya mereka terpaksa bayar semula pinjaman tersebut, maka PMX perlulah bertanggungjawab dan membayarnya. Nilainya hanya RM6 billion. – HARAKAHDAILY 23/9/2024

    Ts. Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff
    Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
    Lajnah Penerangan PAS Pusat


    2. Awak PM, bukan JKKK, kena ‘cool’ – Tuan Ibrahim 

    Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

    KLUANG: “Pemimpin ni kena pressure ni biasa dan dia tak boleh cepat melenting. Dia kena cool… Awak PM, bukan JKKK. Bila Perdana Menteri dia kena cool. Tekanan, desakan suruh letak jawatan ni biasalah.”

    Demikian dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai mengulas tindak balas Perdana Menteri, […]


    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banyak tuduhan-tuduhan kepada PAS. Antaranya:

    (i) Tindakan cybertrooper PH melampau.

    Di KL, tindakan seorang cybertrooper Pakatan Harapan (PH) tidak berakhlak dan sangat melampau kerana menuduh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai golongan qazaf.  Afnan Hamimi dituduh kononnya telah menyebut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) sebagai peliwat dalam ucapannya baru-baru ini. 

    Bila tengok dan teliti dalam ucapan Ketua Pemuda PAS, tiada pun beliau menyebut nama sesiapa dalam ucapan itu termasuklah nama PMX. Tapi kenapa tiba-tiba individu ini telah menuduh Ketua Pemuda menyebut nama PMX dalam ucapannya sebagai seorang peliwat? Apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda adalah seorang bekas banduan yang dituduh atas kesalahan meliwat. 

    Tdak pun menyebut bahawa PMX itu peliwat, bahkan PMX sendiri baru-baru ini mengaku bahawa dia sendiri adalah bekas banduan. Lebih teruk lagi adalah apabila individu tersebut menayangkan gambar ahli keluarga Afnan Hamimi dan melibatkan ahli keluarganya dalam video berkenaan. Adakah ini budaya politik Pakatan Harapan yang melibatkan ahli keluarga dalam isu-isu politik? 

    Apakah relevannya cubertrooper Pakatan Harapan melibatkan ahli keluarga Ketua Pemuda dalam hal ini sedangkan tidak ada kena-mengena pun. Cybertrooper PH diberi amaran agar tidak ‘mengusik’ Ketua Pemuda PAS Malaysia terutamanya dengan melibatkan ahli keluarga beliau dalam hal yang berkaitan politik. Jikalau perkara ini berlaku lagi tindakan  akan diambil. 

    Terdahulu, PMX yang akhirnya mengakui yang beliau adalah seorang bekas banduan yang diucapkan dengan begitu bangga di hadapan khalayak ramai. Bahkan beliau menyebut dengan terbuka bahawa beliau merupakan ‘Banduan Terhormat’ yang dikenakan tindakan keji dan zalim ketika zaman pemerintahan Umno Barisan Nasional yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan PMX. 

    (ii) Nasihat kepada Ketua Pemuda UMNO. 

    Di KL, Penolong Setiausaha Agung 1 PAS, menasihati Ketua Pemuda Umno, agar tidak berundur walaupun setapak berhubung isu pensijilan halal. Bahkan tidak menyokong desakan Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau agar memohon maaf.[…]

    (iii) Terengganu terap cara Norway urus hasil minyak, gas. 

    Di Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu kini menjadikan Norway sebagai model dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas, dengan tumpuan kepada pembangunan sumber tenaga baharu yang lebih mampan.

    Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, strategi Norway dalam menguruskan hasil minyak dan gas adalah contoh terbaik […] 

    KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu kini menjadikan Norway sebagai model dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas,... Kyo ...
    Negeri Terengganu ingin mencontohi Norway dalam pengurusan hasil petroleum dan gas agar lebih terancang dan mengurangkan kebergantungan Syarikat ...
    Missing: terap ‎cara ‎minyak,

    Tahniah Terengganu, kerana terus berkreatif untuk kebajikan Rakyat. Allahu akbar!

    ..

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails