Saturday, October 26, 2024

Itulah Islam. 1 Yahya Sinwar syahid, 1000 muncul ganti. Mampuslah Israel/AS.

 

Yahya Sinwar syahid dalam perjuangan menentang pengganas Zionis Israel.

1. Hamas akan melahirkan 1000 “Yahya Sinwar”

KEMATIAN pemimpin Hamas, Yahya Sinwar pada minggu lalu, tidak akan mengendurkan penentangan pergerakan itu terhadap rejim Israel atau membuatkan pejuang Hamas terkesan.

Yahya Sinwar dilantik memimpin pergerakan tersebut pada awal bulan Ogos lalu menggantikan Ismail Haniyeh hanya dalam tempoh kira-kira seminggu selepas beliau terkorban di Tehran pada 31 Julai 2024.

Ini memberi isyarat bahawa Hamas sudah siap melatih ramai calon pemimpin yang bersedia menjadi pengganti jika terdapat pemimpin mereka yang luka atau terkorban syahid dalam pertempuran.

Selepas gugurnya Yahya Sinwar, Hamas melihat pembunuhan pemimpin mereka sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang. Demikian menurut Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Khalil Al-Hayya dalam ucapannya pada 20 Oktober lalu,”Bahawa darah (Yahya Sinwar) yang tumpah ini akan menerangi jalan (perjuangan) dan menjadi dorongan agar kami lebih tabah dan tekun.

Sesungguhnya pergerakan Hamas akan meneruskan tekad para pemimpin dan syuhada serta rakyat kita, demi berdirinya negara Palestin di seluruh tanah air dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.”

(Selanjutnya sila lihat 'Hamas akan melahirkan 1000 “Yahya Sinwar”'  -HARAKAHDAILY 25/10/2024)


2. Pengasas HAMAS dalam ingatan 

"Menurut anggaran saya, di suku pertama abad ke 21, tepatnya tahun 2027 Israel akan menghilang (dari muka bumi ini), Insha Allah," kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dalam satu wawancara dengan wartawan Al-Jazeera, Ahmed Mansur beberapa tahun lalu.

22 MAC 2004 ialah tarikh yang diingati oleh semua penyokong perjuangan pembebasan bumi Palestin.

Jasad insan yang telah renta dibunuh dengan dahsyat oleh regim Zionis. Sosok pemberani yang inspiratif ini berkerusi roda, seolah mencium bau kesyahidannya, keluar daripada masjid yang berhampiran rumahnya pagi itu, bergegar dengan tembakan roket daripada helikopter musuh sehingga tercabik jasadnya.

Wajahnya tersenyum dalam kubangan darah yang mewangi. Beliau ialah pendiri HAMAS dan seorang tokoh pejuang yang lama terpenjara dalam jeriji besi Israel.

Penentangan berdarah terhadap negara haram Israel tidak pernah berhenti kerana regim ini sentiasa dahagakan darah orang beriman seperti kes pembunuhan di Shabra dan Shatila, pembunuhan di Masjid Ibrahimi Hebron dan ratusan lagi kes pembunuhan kejam yang mewarnakan bumi ini dengan warna merah darah penindasan.

Dalam tahun-tahun 60an dan 70an perjuangan Israel lebih terarah kepada kelompok sosialis dan kebangsaan Arab yang sempit.

Ternyata ideologi barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang.

Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia.

Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendukung-pendukung Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah.

Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin.

Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

(Lihat selanjutnya 'Pengasas HAMAS dalam ingatan'   -HARAKAHDAILY 16/5/2021)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah Islam. 1 Yahya Sinwar syahid, 1000 akan muncul ganti.

(i). Ideologi perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:

a. Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

b. HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut-penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

c. Palestin adalah tanah Islam sejak turun-temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

d. Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.

e. HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

f. Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin. Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanah air mereka.

g. HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

(ii). Syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam/HAMAS.

a. Briged Al-Qassam diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh. Briged Al-Qassam kemudian mula ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.

Secara ringkas, syarat menjadi ahli Briged Al-Qassam:

i) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
ii) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa selama tiga bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjamaah di masjid.
iii) Anggota HAMAS dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
iv) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Quran.
v) Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juz.
vi) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadis Arba’in (Imam Nawawi).
vii) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
viii) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan aksi bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Quran, ilmuwan dan intelektual Palestin.
ix) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
x) Melazimi zikir harian.
xi) Melazimi olahraga atau beriadah.
xii) Sudah bersiap sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana sahaja.

b. Anggota briged terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama, pelajar universiti di mana pada waktu siang mereka bekerja atau belajar dan pada waktu malam mereka menjaga sempadan Gaza-Israel. Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.

Melihat kepada keperibadian ini, tidak hairanlah muncul kekuatan serta keimanan yang luar biasa malah dengan pertolongan Allah apabila briged ini penuh dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Peraturan menjadi anggota Briged Al-Qassam:

  • Mesti menjaga solat lima waktu secara berjamaah.
  • Kuat mengamalkan sunah Rasulullah SAW.
  • Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  • Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
  • Berdisiplin dan mentaati amir.
  • Mencintai dan bersedia untuk syahid.

c. Dalam sebuah rencana, seorang penulis menyatakan beliau pernah dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit Briged Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Beliau sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam yang dipakai, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. Keimanan para anggota Briged Al-Qassam cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh tentera Israel.

(iii). Ketegasan HAMAS.

a. HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994. Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi. Dalam tahun 1996 sahaja empat serangan bom dalam musim bunga telah diadakan menyebabkan 60 orang penduduk Israel telah terbunuh. Kebangkitan kedua Palestin selama empat tahun setengah telah menyaksikan seramai 3,500 rakyat Palestin terbunuh dan 1,000 penduduk Israel terkorban.

b. Dengan menubuhkan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai intifadhah. Peristiwa yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan (intifadhah) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan yang lain cedera. Peristiwa ini adalah faktor sementara bukan faktor mutlak, kerana terdapat faktor-faktor lain yang merangsang fenomena ini.

c. Bermulalah intifadhah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar Molotov Cocktail ke arah musuh. Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan negara-negara Arab yang bersempadan namun gerakan HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas mereka seperti stor bawah tanah. Bagi penduduk awam Palestin walaupun tidak memiliki senjata api, mereka keluar ke jalan-jalan raya melontar batu dan melastik pasukan tentera Yahudi.

d. Bagi tentera Yahudi (dalam sejarah Yahudi adalah penakut, suka melakukan secara sembunyi: lihat kisah Rasulullah SAW dalam peristiwa Bani An-Nadhir pada bulan Rabiul Awwal tahun keempat hijrah), walaupun mereka tidak berhadapan dengan senjata api, namun batu-batu itu begitu menggerunkan mereka.  Kebangkitan rakyat Palestin sangat membimbangkan regim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Sheikh Ahmad Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negeri ke Lubnan bagi mengganggu kebangkitan umat Islam. Namun ugutan itu tidak diendahkan Sheikh Ahmad Yasin dan penyokongnya yang mendambakan mati syahid sebagai citra perjuangan.

e. HAMAS telah meningkatkan operasi membunuh tentera pengganas Israel dengan laungan takbir yang semakin meriah sahut-menyahut di bumi Palestin.  Mata-mata Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh oleh pejuang HAMAS yang menganggap mereka sebagai musuh paling merbahaya bagi rakyat Palestin. HAMAS terus gagah berdada dengan kezaliman regim Zionis serta mendapat dukungan kuat ummah. Pimpinan mereka ramai yang telah menjadi syuhada seperti Sheikh Ahmad Yasin, Solah Syahadah, Dr Abdul Aziz Rantisi, Dr Nizar Abdul Kader Rayyan dan yang lain-lain. Harakah Islam yang berkubu di Gaza ini kini mencapai usia 31 tahun dan mempunyai hubungan akrab dengan seluruh gerakan Islam termasuk PAS.

Sekian. Al-hamdulillah! Mampuslah Israel/AS.

...

Thursday, October 24, 2024

RON95: K'jaan X faham rakyat. Belanjawan 2025 X sama gender.

 


Rakyat akan dijangka dibebani dengan langkah kerajaan dalam Penyasaran subsidi petrol RON95 menjelang pertengahan tahun 2025. (GAMBAR HIASAN)

1. Penyasaran RON95 bukti kerajaan tidak memahami rakyat

KUALA LUMPUR: “Penyasaran subsidi petrol RON95 adalah bukti yang jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak memahami denyut nadi rakyat.”

Pemuda PAS Malaysia berkata, Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan akan melaksanakan penyasaran tersebut pada tahun hadapan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat (18 Oktober) lalu.

“Ini bermakna penyasaran subsidi petrol RON95 dilakukan selepas genap setahun pelaksanaan penyasaran subsidi diesel,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut kenyataan itu, banyak permasalahan dan kelompongan masih berbangkit berikutan sistem pelaksanaannya yang masih belum matang.

(Seanjutnya sila lihat 'Penyasaran RON95 bukti kerajaan tidak memahami rakyat'  – HARAKAHDAILY 23/10/2024)


2. Belanjawan 2025 perlu atasi isu ketidaksamaan gender 

Wan Hasrina Wan Hassan

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Selangor (DMPNS) berasa terpanggil untuk membicarakan isu wanita dan keselamatan sosial dalam Belanjawan 2025.

Ketuanya, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan dalam satu kenyataan berkata, isu ini merupakan topik penting yang perlu diberi perhatian dalam konteks pembangunan sosial dan ekonomi, memandangkan wanita juga antara penyumbang tenaga kerja dan pendapatan negara yang sangat penting pada hari ini. 

(Selanjutnya, sila lihat 'Belanjawan 2025 perlu atasi isu ketidaksamaan gender'  -HARAKAHDAILY 23/10/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: RON95: K'jaan X faham rakyat. Mengapa?

(i) RON95, gaji minimum: Harga barangan tidak akan turun 

KUALA LUMPUR: Bagaimana harga barangan akan turun selagi isu penurunan nilai mata wang masih tidak diselesaikan?

Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetori Malaysia, Prof. Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tidak dinafikan perkara tersebut akan berlaku bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada masa akan datang.“Satu daripada puncanya ialah polisi […] (Sila rujuk HarakahDaily)

(ii) Beban baharu rakyat: Yuran taska, tadika naik 25%. 

Pengumuman gaji minimum yang bertambah kepada RM1,700 daripada RM1,500 sudah mula menghasilkan impak negatif terhadap rakyat. (FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR: “Kenaikan kos dan yuran bagi perkhidmatan taska dan tadika dijangka akan naik antara 20 hingga 25 peratus susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 daripada RM1,500 adalah seiring dengan perubahan semasa dan ia tidak dapat dielakkan.

”Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, ia adalah susulan Perdana Menteri, […] (Sila rujuk HarakahDaily)

(iii) PAS berazam tutup elemen judi di Genting Highland ikut proses.

Genting Highlands ketika ini adalah sebuah pusat peranginan dengan elemen utamanya ialah pelancongan perjudian kasino.

a. Di KL, PAS berazam untuk menutup elemen perjudian yang terdapat di Genting Highlands mengikut proses-proses perundangan dan perlembagaan yang ada di dalam negara. Tapi ianya masih boleh mendatangkan input ekonomi yang besar kepada kerajaan negeri dan Malaysia sebagai sebuah pusat peranginan tumpuan manusia daripada seluruh dunia. 

b. Bahkan, mungkin boleh letakkan di sana elemen Islamik, pusat pelancongan Islamik dengan menyediakan makanan halal, konsep-konsep Islamik di kedai makan, tempat penginapan yang mungkin akan menarik begitu ramai pelancong-pelancong Muslim daripada seluruh dunia untuk datang ke Genting Highlands.

Bahkan mungkin boleh menyediakan suatu kelainan, sebuah bentuk pelancongan dan peranginan yang ada asas Islamik, ini juga sudah pasti menarik mereka-mereka daripada dunia bukan Islam untuk hadir kerana ia merupakan suatu kelainan.

Insya Allah Ta'ala. Bersaambung..

...

Wednesday, October 23, 2024

Perang China-AS, M'sia di mana? Hizbullah penyelamat..

 

ANGGOTA pengawal pantai Taiwan menunjukkan ke arah kapal tentera China di perairan gugusan pulau kecil Pengjia hari ini. – AFP

1. Tentera China kepung Taiwan

TAIPEI – China mengerahkan sejumlah pesawat dan kapal perang untuk mengepung Taiwan dalam latihan tentera yang dikatakan Beijing bertujuan untuk menghantar ‘amaran keras’ kepada kumpulan ‘pemisah’ di Taipei.

Beijing tidak menolak menggunakan kekerasan untuk menawan semula Taiwan, manakala latihan tentera semalam mewakili pusingan keempat eksesais perang berskala besar Beijing sejak dua tahun lalu.

Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa  tindakan China itu  ‘tidak wajar’  dan berisiko ‘mencetuskan konflik’ serta menggesa Beijing untuk melaksanakan kawalan kendiri.

Presiden Taiwan, Lai Ching-te  yang mengambil alih kuasa pada Mei lalu, didapati  lebih lantang daripada pendahulunya Tsai Ing-wen dalam mempertahankan kedaulatan Taiwan. Beliau mencetuskan kemarahan Beijing  yang menggelarnya sebagai  pemisah.

(Selanjutnya sila lihat 'Tentera China kepung Taiwan' AFP -Kosmo! 22 Oktober 2024, 18:02)


2. ‘Kerajaan jangan ambil mudah ancaman maritim negara ini’ 

Kapal China Coast Guard yang berlegar di kawasan Laut China Selatan. (FOTO: Defense Security Asia)

KUALA LUMPUR: “Kerajaan jangan mengambil mudah dalam meneliti ancaman terhadap kedaulatan wilayah maritim negara ini.”

Ketua Portfolio Hubungan Antarabangsa Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan seperjuangannya mengenai kenyataan dibuat oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

“Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika sesi jawab lisan nombor satu bertanya kepadanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah mengenai situasi keselamatan di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

“Perkara tersebut adalah susulan insiden pencerobohan kapal frigat Tentera Laut China dan juga pasukan pengawal pantai China (Chinese Coast Guard) di Laut China Selatan.

“Namun begitu, beliau menyatakan bahawa kawasan Laut China Selatan sekarang berada dalam keadaan ‘selamat, terkawal dan terbuka’,” kata Fahysal dalam satu kenyataan media, hari ini.

(Selanjutnya, sila ikuti '‘Kerajaan jangan ambil mudah ancaman maritim negara ini’  - HARAKAHDAILY 22/10/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya perang China-AS di sebut-sebut di Laut China Selatan semakin dekat. M'sia bagaimana dan berada di pihak mana? 

a. Di laporkan di Teipei Kapal perang milik AS/Kanada masing-masing telah melalui perairan di Selat Taiwan yang memisahkan Taiwan dan China, seminggu selepas Beijing mengadakan latihan ketenteraan berskala besar di laluan sensitif itu. AS dan sekutunya itu kerap menyeberangi Selat Taiwan sepanjang 180 kilometer (112 batu) untuk mengukuhkan statusnya sebagai laluan air antarabangsa, menimbulkan kemarahan Beijing.

b. Parti Komunis China tidak pernah memerintah Taiwan, tetapi ia mendakwa pulau itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan berkata, ia tidak akan melepaskan penggunaan kekerasan untuk membawanya ke bawah kawalannya. Pemusnah peluru berpandu berpandu kelas Arleigh Burke USS Higgins (DDG 76) dan kapal frigat kelas Halifax Tentera Laut Diraja Kanada HMCS Vancouver (FFH 331) menjalankan transit rutin Selat Taiwan pada 20 Oktober.  

c. Sementara China berkata pada Isnin bahawa tindakan AS dan Kanada itu telah mengganggu ‘keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan’. Komando Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) mengatur tentera laut dan udara untuk memantau dan terus berjaga-jaga sepanjang transit, mengendalikan situasi mengikut undang-undang dan peraturan. Sementara Kementerian pertahanan Taiwan juga pada Isnin menegaskan bahawa  kapal AS dan Kanada itu telah bergerak ‘dari selatan ke utara’ selat itu dan keadaan di laut dan ruang udara sekitarnya ‘kekal normal’.

d. Terdahulu, Beijing menghantar sejumlah pesawat tentera serta kapal perang dan kapal pengawal pantai untuk mengepung Taiwan pada 14 Oktober lepas dalam pusingan keempat latihan utama dalam tempoh dua tahun ini. Ia telah menyebabkan Taiwan mengerahkan ‘pasukan tentera yang sesuai’ dan meletakkan pulau-pulau terpencil dalam keadaan berjaga-jaga yang lebih tinggi sebagai tindak balas kepada latihan itu, yang dikatakan oleh Beijing sebagai ‘amaran keras kepada tindakan pemisah pasukan Kemerdekaan Taiwan’

e. Beijing telah meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Taipei sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mengerahkan hampir setiap hari pesawat perang dan pesawat tentera lain serta kapal di sekitar pulau itu. Kementerian pertahanan Taiwan berkata pada Isnin berkata, ia telah mengesan 14 pesawat tentera China dan 12 kapal tentera laut dalam tempoh 24 jam hingga 6 pagi.


(i). AS persiap: Australia beli senjata perang RM50 bilion buatan Amerika. 

Australia kini merealisasikan perancangan yang diumumkan pada April 2024 bagi melancarkan strategi pertahanan yang membayangkan peningkatan mendadak dalam perbelanjaan sistem pertahanan negara. (FOTO: Reuters)

a. Di Sydney, Australia pada Selasa mengumumkan pembelian bernilai AS$4.7 bilion (RM20.3 bilion) bagi persenjataan tentera lautnya, melibatkan peluru berpandu jarak sederhana dan jauh buatan AS yang canggih ketika ketegangan ketenteraan yang semakin memuncak di Asia-Pasifik. Pembelian itu yang dianggap oleh Australia sebagai ‘pencapaian penting’, telah memperhebatkan semula pertahanan tentera laut negara itu selaras dengan strategi baharu yang diumumkan tahun ini untuk menghalang ‘taktik paksaan’ China di rantau berkenaan. 

b. Australia dilaporkan turut akan membelanjakan RM30.2 bilion untuk memperoleh peluru berpandu SM-6 bawaan kapal, yang boleh menyerang pesawat dan peluru berpandu krus, serta peluru berpandu SM-2 Blok III C jarak sederhana, lapor Reuters. Australia menghadapi persekitaran geo-strategik yang paling kompleks sejak Perang Dunia Kedua. 'Peluru berpandu ‘terkemuka di dunia’ akan memastikan rakyat Australia selamat, menghalang mana-mana musuh, dan mempertahankan kepentingan negara Australia pada zaman peluru berpandu.

c. Peluru berpandu itu akan digunakan secara progresif di tiga buah kapal pemusnah kelas Hobart Australia, serta kapal frigat anti-kapal selam kelas Hunter yang dirancang negara itu. Australia pada April telah melancarkan strategi pertahanan yang membayangkan peningkatan mendadak dalam perbelanjaan pertahanan untuk mengatasi kelemahannya kepada musuh yang mengganggu perdagangan dan menghalang akses kepada laluan udara dan laut yang penting.

d. Selain membangunkan armada permukaannya dengan pantas, Australia merancang untuk menggunakan kapal selam ‘stealth’ berkuasa nuklear dalam perjanjian tiga pihak dengan Amerika Syarikat dan Britain yang dikenali sebagai ‘AUKUS’.

Begitu kira-kira. 

(ii). Hizbullah ke arah penyelamat, serang pangkalan tentera laut Israel. 

Serangan balas Hizbullah terhadap pengganas rejim Zionis menyasakan kedudukan penting ketenteraan Israel. (FOTO: Press TV)

a. Di Beirut, kumpulan pejuang Hizbullah telah melancarkan serangan roket pada awal Selasa di pangkalan tentera laut berhampiran bandar Haifa  utara Israel, sejurus selepas ia menyasarkan kedudukan di pinggir bandar Tel Aviv. Tembakan serentak roket menyasarkan pangkalan tentera laut Stella Maris di barat laut Haifa. Siren dibunyikan di kawasan Samaria, Modi’in Illit dan di tengah Israel ketika roket yang dikenal pasti melintasi Lubnan sebelum jatuh ke kawasan terbuka, lapor Al Arabiya.

b. Sistem pertahanan udara pelbagai lapisan pengganas rejim Zionis Israel sebelum ini telah memintas sebahagian besar peluru berpandu dan dron yang ditembak ke arahnya sejak permulaan konflik di Gaza tahun lalu. Konflik antara Israel dan Hizbullah mula tercetus setahun lalu apabila kumpulan pejuang yang disokong Iran itu mula melancarkan roket ke utara Israel bagi menyokong kumpulan pejuang Hamas di Palestin pada permulaan konflik tersebut.

c. Ia semakin meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dengan Israel bertindak mengebom selatan Lubnan, pinggir selatan Beirut dan Lembah Bekaa, membunuh ramai pemimpin tertinggi Hizbullah serta menghantar tentera darat melintasi sempadan antara dua negara itu. Sementara itu, Hizbullah dalam perjuangannya telah melancarkan pelbagai roket yang lebih jauh dan meluas ke dalam negara haram jadah tersebut. 

Sekian, jumpa lagi seterusnya, insya Allah.

...

Tuesday, October 22, 2024

Inikah politik Saudi? Sepak bola atau sepak Israel..


Barisan pemain Newcastle United. (FOTO: WorldFootball.net)

1. Pengambilalihan Newcastle United dikuasai Putera Mahkota Saudi?

LONDON: Bekas pengarah Newcastle United, Amanda Staveley memberi amaran bahawa ‘Putera Mahkota (Arab Saudi) sudah hilang kesabaran’ ketika Baginda berjuang untuk mendapatkan pengambilalihan kontroversi kelab bola sepak tersohor itu.

Perkara itu didedahkan oleh senarai mesej WhatsApp yang disiarkan melalui pendedahan oleh The Telegraph menunjukkan bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman, pemerintah de facto Arab Saudi, secara peribadi mengawal pengambilalihan kelab tersebut yang bernilai £305 juta melalui Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF).

Terdahulu, Staveley bertanggungjawab dalam perjanjian itu yang menyaksikan taikun Britain, Mike Ashley menjual Newcastle kepada PIF Gulf Kingdom pada Oktober 2021.

Staveley yang pernah menolak lamaran perkahwinan daripada Putera Andrew, meninggalkan kelab itu selepas menjual sahamnya pada awal tahun ini, sebelum beliau telah dikaitkan dengan pembelian kepentingan dalam Tottenham Hotspur.

Namun mesej baharu WhatsApp yang bocor kepada umum itu telah menjadikan pengambilalihan itu kembali menjadi tumpuan kerana pendedahan itu menunjukkan bahawa Putera Mahkota, yang dituduh mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018, telah menandatangani keputusan penting semasa rundingan berkenaan Newcastle Utd diadakan.

Apabila cuba meneruskan perjanjian itu, Staveley dalam satu mesej memberi amaran kepada pasukan Ashley bahawa ‘Putera Mahkota semakin hilang kesabaran’.  

Pengambilalihan Newcastle United mendapat sambutan positif daripada peminat.

(Ikuti selanjutnya 'Pengambilalihan Newcastle United dikuasai Putera Mahkota Saudi?-Agensi/–HARAKAHDAILY 21/10/2024)


2. Arab Saudi tidak akan jalin hubungan dengan Israel tanpa Palestin - Putera Mahkota 

Kerajaan Arab Saudi tidak akan menjalin hubungan dengan Israel sehinggalah sebuah negara Palestin diwujudkan, sebagai tamparan kepada usaha Amerika Syarikat untuk memeterai perjanjian normalisasi, kata Mohammed Bin Salman. - Gambar fail AP

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi tidak akan menjalin hubungan dengan Israel sehinggalah sebuah negara Palestin diwujudkan, sebagai tamparan kepada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk memeterai perjanjian normalisasi.
"Kami memperbaharui penolakan kerajaan dan mengutuk keras terhadap jenayah pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin," kata Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada sesi pembukaan Majlis Syura penasihatnya.
"Kerajaan Arab Saudi juga tidak akan menghentikan usahanya untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis timur sebagai ibu kotanya dan kami menegaskan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tanpa Palestin," tambah baginda.
(Sila lihat selanjutnya 'Arab Saudi tidak akan jalin hubungan dengan Israel tanpa Palestin - Putera Mahkota-Agensi (BH September 19, 2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa, beginikah politik Saudi? Jom kita sama-sama lihat?
(i). Hubungan Saudi-Israel ada tarikh luput? 
Putera Mohammad Bin Salman ketika mengadakan pertemuan dengan Abbas Araqchi di Arab Saudi. (FOTO: MNA)
Selepas melawat Qatar, Lubnan, dan Syria dalam lawatan asing yang tergesa-gesa, Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi tiba di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada Rabu.
Walaupun hubungan Iran-Saudi semakin lemah sejak akhir-akhir ini, namun kunjungan singkat Araqchi di Saudi tidak tertumpu pada hubungan dua hala kedua-dua negara.Walaupun Iran dan Saudi […] (Sila rujuk HarakahDaily)
(ii) Iran, Arab Saudi setuju jalin semula hubungan diplomatik 
Menteri Negara Saudi dan Penasihat Keselamatan Negara, Musaed Mohammed Al-Aiban bertemu Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, Laksamana Muda Iran Ali Shamkhani dan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat China, Wang Yi, di Beijing, China pada 10 Mac 2023. - Foto REUTERS
Di Tehran, Iran dan Arab Saudi semalam membuat langkah mengejutkan apabila bersetuju memulihkan hubungan dan membuka semula misi diplomatik.  Pengumuman hasil rundingan yang dikendalikan China itu dilihat bakal meninggalkan pelbagai kesan di seluruh Asia Barat. 
Dalam satu kenyataan trilateral, Iran dan Arab Saudi memaklumkan akan membuka semula kedutaan dan misi diplomatik dalam tempoh dua bulan dan melaksanakan perjanjian kerjasama keselamatan dan ekonomi yang ditandatangani lebih 20 tahun lalu.
a. Susulan beberapa rundingan, Iran dan Arab Saudi bersetuju untuk menjalin semula hubungan diplomatik dan membuka semula kedutaan dan misi dalam tempoh dua bulan. Kenyataan bersama itu, diterbitkan dalam media rasmi kedua-dua negara. Riyadh memutuskan hubungan dengan Tehran selepas penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Arab Saudi pada 2016, susulan negara itu menjalankan hukuman mati terhadap ulama Syiah, Nimr al-Nimr, serta beberapa pertembungan lain.
b. Pengumuman semalam itu hasil rundingan selama lima hari di Beijing dan beberapa siri dialog di Iraq dan Oman, menyimpulkan penjajaran dan usaha untuk mengurangkan ketegangan di rantau itu. Pengenduran ketegangan antara Arab Saudi, negara pengeksport minyak terbesar dunia dan Iran, yang di pulau negara Barat kerana program nuklearnya, berpotensi membentuk semula hubungan di seluruh Asia Barat yang sinonim dengan ketegangan sejak berpuluh tahun lalu.
c. Iran dan Arab Saudi menyokong pihak bertentangan dalam beberapa zon konflik termasuk Yaman, di mana pemberontak Huthi disokong Tehran, manakala Riyadh mengetuai kerjasama ketenteraan menyokong kerajaan. Kedua-dua negara itu juga bergelut untuk memegang pengaruh di Syria, Lubnan dan Iraq. Jurucakap Kumpulan Krisis Antarabangsa, Dina Esfandiary, menyifatkan pengumuman itu bakal menjadi titik mula untuk dua kuasa besar Asia Barat itu untuk menyelesaikan isu masing-masing.
d. Masalah yang mungkin timbul adalah jika mereka mengagih-agihkan rantau itu dan membuat keputusan hanya sesama mereka, dan kita akan kehilangan konteks serantau serta isu sebenar. Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian menyambut baik pengumuman itu dan memaklumkan Tehran akan menyediakan beberapa inisiatif serantau lain secara aktif. Pemulihan hubungan antara Tehran dan Riyadh membawa potensi besar kepada kedua-dua negara, rantau ini dan dunia Islam.
e. Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Majlis Kerjasama Negara Teluk turut menyambut baik pengumuman berkenaan. Rumah Putih turut mengalu-alukan perkara itu, namun memaklumkan masih belum jelas sama ada Iran akan 'mematuhi janji mereka'. 
Di M'sia, tanggungjawab pelihara alam sekitar, jangan main politik. 
Timbalan Presiden PAS, yang juga mantan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Di KL, Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 pada hari ini (21 Oktober) yang disambut setiap tahun, Lajnah Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (LASPI) PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia memperbaharui tekad bagi memulihara alam sekitar.

Pengerusinya, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, tema sambutan HASN pada tahun ini, masih lagi seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.  
Jelas sekali, tema tersebut mengajak seluruh rakyat Malaysia menggembeling azam dan tenaga untuk memastikan alam sekitar kita sentiasa lestari.
a. Sempena dengan HASN 2024, LASPI PAS ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia melihat kejadian-kejadian berkaitan bencana alam yang melanda negara kita mutakhir ini. Beberapa tempat di Malaysia baru sahaja dilanda banjir menyebabkan kerugian harta yang besar. Sebelum ini, di ibu kota berlaku kejadian tanah jerlus sehingga mengorbankan satu nyawa. Kita juga sudah beberapa kali menyaksikan kejadian kepala air, dan yang terbaru di Slim River, Perak.
b. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan (tindak-tanduk) manusia, supaya Allah merasakan sebahagian akibat dari tindak tanduk mereka, moga-moga mereka kembali.”  (Al-Rum:41)
Kejadian-kejadian yang berlaku ke atas kita, bukanlah medan untuk kita mencari salah antara satu sama lain. Sebaliknya, semua pihak seharusnya merenung seterusnya melakukan islah bermula dengan diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat setempat dan rakyat keseluruhannya ke arah memulihara alam sekitar bersama.
c. Tanggungjawab memulihara alam sekitar tidak wajar dipolitikkan, sebaliknya ia menjadi titik temu bagi seluruh rakyat Malaysia berganding bahu. Maka, LASPI mengucapkan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar yang mewakili Kerajaan Malaysia dan juga agensi-agensi Kerajaan Negeri Kedah, yang telah bekerjasama erat menjayakan sambutan HASN di Langkawi. Pemilihan Langkawi sebagai tapak sambutan mengingatkan kita semula kepada Deklarasi Langkawi 1989. 
d. Ia adalah simbolik untuk memperbaharui tekad kita bersama. LASPI juga, tidak ketinggalan akan turut menganjurkan sambutan HASN pada 10 November 2024 di Selangor. Sambutan HASN ini akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, yang juga mantan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. LASPI menjemput seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor menyertai sambutan HASN ini yang melibatkan kegiatan ‘kudah’ (kutip sampah sambil riadah) serta kegiatan-kegiatan lain yang memupuk kesedaran alam sekitar.
Sekian, itu saja. Wallahu 'aklam.
...

Monday, October 21, 2024

Tapis lesen hiburan: Mujur ada PAS, al-hamdulillah.

 

Mujur ada PAS, mampu kawal dan pantau pesta-pesta hiburan begini..

1. PBT perlu buat tapisan ketat permohonan lesen hiburan 

Hilmi Abdullah

KOTA BHARU: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diseru membuat tapisan ketat ke atas semua permohonan bagi mendapatkan lesen dan permit hiburan berkuatkuasa serta merta, bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Perumahan negeri, Hilmi Abdullah berkata, keputusan itu dibuat sebagai menyambut saranan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima […] (Sila rujuk HarakahDaily). Bermula hari ini.

PMR saingan Jom Heboh 

Program Madani Rakyat jadi alat politik Pakatan Harapan.

DARI 18 hingga 20 Oktober ini, diuar-uarkan di media Program Madani Rakyat (PMR) akan diadakan di Likas, Sabah, siri jelajah Program Setahun Bersama Kerajaan Madani. Sabah adalah negeri terakhir penganjuran PMR setelah diadakan di Sarawak September lalu dan sebelum itu di negeri-negeri Semenanjung Malaysia mengikut zon – utara, timur, […] (Sila rujuk HarakahDaily)


2. Hiburan: Dikongkong atau disokong?  

Kini, anak muda di Malaysia termasuklah Melayu-Islam semakin ghairah menghadiri konsert-konsert hiburan tempatan dan artis antarabangsa.

ISLAM tidak pernah melarang penganutnya untuk berhibur seperti yang disebutkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya, ‘al-Halal wa al-Haram fi al-Islam’ bahawa hiburan adalah harus kerana sifatnya yang membawa kegembiraan, kerehatan minda, kesenangan jiwa dan kesedapan pendengaran selagi tidak dicampuri perkara dan perbuatan yang mendatangkan dosa.

Namun demikian, apabila melihat kepada keadaan semasa, hanya keharusannya yang diambil oleh manusia, tetapi tidak pada larangannya iaitu “hiburan tidak boleh dicampuri perkara dan perbuatan yang mendatangkan dosa”.

Buktinya apabila amalan industri hiburan negara, tidak seluruhnya diimplementasikan garis panduan menepati hukum-hakam agama dan budaya masyarakat Malaysia. Lihat sahaja pada aspek pakaian artis-artis yang majoritinya tidak menutup aurat dan menjolok mata. Ditambah pula dengan babak-babak lakonan yang melanggar etika agama dan penuh kebaratan, termasuklah skrip-skrip yang menggiurkan.

Kini, anak muda di Malaysia termasuklah Melayu-Islam semakin ghairah menghadiri konsert-konsert hiburan tempatan dan artis antarabangsa. Yang mana pemakaian artis yang terlibat jelas menyalahi garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). Iaitu baik artis lelaki atau perempuan dilarang memakai pakaian menjolok mata, apatah lagi mendedahkan badan bagi artis wanita. Sayangnya, tiada tindakan yang dikenakan ke atas mereka.

Malah, yang membantah pula menjadi salah apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengan amaran Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (Alife) yang bakal mengambil pendekatan proaktif melalui tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba membantah dan mengganggu pelaksanaan konsert di negara ini. Cukup pelik.

(Selanjutnya sila ikuti sambungannya 'Hiburan: Dikongkong atau disokong?'                                       -HARAKAHDAILY 23/3/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Tapis lesen hiburan: Mujur ada PAS, al-hamdulillah'. Tajuk ini memungkinkan PAS dilihat agresif apabila terus-terusan membantah konsert-konsert hiburan di Malaysia.  

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyebutkan bahawa PAS tiada masalah dengan konsert, tetapi PAS bermasalah dengan pelaksanaan konsert yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Dalam isu pengamalan konsert artis antarabangsa yang berpakaian menjolok mata, hal ini sebenarnya boleh dibetulkan dengan ketetapan yang wajar.

a. Contohya, pada tahun 2012, Malaysia dikejutkan dengan kumpulan Korea wanita yang berbaju kurung ketika membuat persembahan nyanyian mereka di atas pentas. Pada tahun 2016, Malaysia dikejutkan pula dengan seorang artis lelaki Korea yang berbaju Melayu ketika menemui para peminat.

b. Dua keadaan ini boleh dijadikan kes ‘precedent’ kepada pengamalan konsert artis antarabangsa di negara kita yang mana memberi mesej bahawa tidak mustahil untuk negara kita mengetengahkan busana yang tidak menjolok mata dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh PUSPAL. Iaitu selari dengan pengamalan agama dan budaya di Malaysia. 

c. Malah, hal ini sangat tidak mustahil untuk dipraktiskan oleh artis-artis tempatan yang memang berasimilasi dengan adat dan budaya Malaysia. Hal ini perlu diubah melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, disusuli tindakan tegas oleh pihak kerajaan.

d. Oleh itu, Tuan Ibrahim berharap agar penyelarasan berkaitan garis panduan penganjuran hiburan di negara ini dilaksanakan oleh JAKIM sepertimana yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2 Disember 2023 dikeluarkan segera bagi menyelesaikan isu hiburan yang kian membelenggu dan menjerut anak muda Malaysia.

Demikian harapan beliau.

Akhirnya, apa potensi, risiko untuk PN hadapi PRN Melaka? 

MASJID TANAH: Data dan keputusan yang diperolehi PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang lepas tidak boleh lagi dijadikan sandaran untuk perancangan menghadapi pilihan raya akan datang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman berkata, ia […] (Sila rujuk HarakahDaily)..

Sekian, al-hamdulillah. Harap maklum.

...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails