Saturday, November 02, 2024

The Greater Kedah, Sultan Pelopor, al-hamdulillah! '& DAP'?

 

1. SULTAN KEDAH PELOPOR KEPADA “THE GREATER KEDAH”

Antaranya MB Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata pelbagai inisiatif telah dirintis dan dilaksanakan oleh Kerajaan Tuanku Sultan demi memastikan Negeri Kedah berada di landasan yang tepat untuk menjadi “The Greater Kedah” dengan memanfaatkan seluruh potensi dan sumber yang ada.

(Selanjutnya sila rujuk sumberr asal 'SULTAN KEDAH PELOPOR KEPADA “THE GREATER KEDAH”')


2. The Greater Kedah: Gagasan besar menuju keseimbangan duniawi, ukhrawi. 

ALOR SETAR - Pelan strategik The Greater Kedah 2050 merupakan kesinambungan daripada gabungan Pelan Pembangunan Kedah 2021-2035 serta prinsip Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, gagasan besar berkenaan tidak terbentuk secara bersendirian, sebaliknya bermula dengan dasar dan polisi kerajaan negeri yang jelas. 

Menurutnya, gagasan The Greater Kedah akan menjadi pemandu utama bagi memastikan kemajuan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, selaras dengan usaha membina semula ketamadunan yang hebat dan dihormati bagi negeri ini.

“Pas Kedah juga yakin dasar Cordoba of Kedah yang memayungi pembangunan insani rakyat Kedah dalam pelbagai peringkat dapat dikembangkan dan diperkukuhkan seiring dengan kemajuan ekonomi dan sosioekonomi negeri,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

“Saya percaya kerangka perancangan The Greater Kedah 2050 merupakan suatu bentuk ‘the end of mind’ bagi melakar kemajuan negeri Kedah dan rakyat dalam dekad akan datang,” jelasnya.

Menurutnya, menerusi perancangan yang teliti dan sistematik, harapan untuk menjadikan Kedah sebagai ‘tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti’ dapat direalisasikan.

“Kami ingin mengajak seluruh rakyat Kedah agar bersatu mendukung gagasan besar The Greater Kedah ini agar ia menjadi realiti,” katanya.

    Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan Blue Print The Greater Kedah yang dilancarkan pada Ahad, hanya sebuah dokumen ciplak dan menunjukkan kerajaan negeri ketandusan idea.

    Menurutnya, 90 peratus daripada penyata perancangan pembangunan didakwa diambil daripada perancangan berimpak tinggi Kerajaan Persekutuan ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dahulu.

    Malah dakwanya, hampir keseluruhan daripada projek berimpak tinggi dinyatakan dalam dokumen blue print tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Pusat bukannya kerajaan negeri atau inisiatif State Government 4 (SG4).

    Pada Ahad, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika melancarkan Blueprint atau rangka tindakan The Greater Kedah menegaskan, ia merupakan satu hala tuju untuk dicapai dalam tempoh menjelang 2050, ke arah membawa kesejahteraan kepada rakyat, mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan melindungi kelestarian alam sekitar.

    Menurutnya, The Greater Kedah merupakan sebuah gagasan besar meliputi seluruh aspek untuk generasi hari ini serta generasi akan datang. (Suntingan IH)


    Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS adalah Parti Islam se Malaysia, apa-apa pun tetap merujuk kepada Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan). 

    HUKUM menyambut Halloween bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh iaitu menyerupai sesuatu yang tidak dibenarkan di dalam Islam.

    Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nushi Mahfodz, berkata fatwa telah menetapkan Halloween haram disambut oleh umat Islam walau sekadar untuk ‘suka-suka’ atau ‘sekadar ikut trend’.

    “Sebagai orang Islam, kita mesti patuh kepada prinsip […] (Sila rujuk HarakahDaily).



    Fatwa Hukum dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    IRSYAD HUKUM KE-91: HUKUM MENYAMBUT PERAYAAN HALLOWEEN

    Soalan: Apakah hukum menyambut perayaan Halloween?

    Jawapan: 

    Mukadimah

    Sebelum menjawab persoalan ini dengan panjang lebar, kami nukilkan di sini sisipan akhbar dari Harian Metro, Selasa bertarikh 3 November 2015 antara lain menyebut bahawa ia mampu menghakis kemurnian akidah.

    Dalam Harian Metro semalam, dilaporkan mengenai penahanan 21 individu beragama Islam  termasuk lima wanita oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana meraikan Pesta Halloween di sebuah kelab malam di Seremban.

    Definisi Halloween

    Halloween merupakan perayaan yang disambut pada 30 Oktober setiap tahun bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve.

    Perkataan Halloween/Hallowe’en muncul dalam tahun 1745M dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya.

    Perkataan halloween bermaksud “hallowed evening” atau “holy evening” (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland (Scottish). Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.

    Sambutan Halloween

    Halloween disambut dikebanyakan negara bukan Islam pada 30 Oktober pada setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut pada waktu malam dan dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau."

    Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa.  Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.[1]

    Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween  disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

    Hukum Berkenaan Dengan Halloween

    Dikatakan  di sini bahawa menyambut perayaan  Halloween adalah haram di sisi Islam. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.  

    Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:

    قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم  : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

    Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.

    Riwayat Abu Daud (4031)

    Berdasarkan hadis di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

    Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka. [Subul al-Salam. Dar al-Hadis, 2/647]

    Disebutkan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa tasyabbuh itu juga berlaku dalam perkara-perkara dalaman bersifat i'tiqadiradat (kemahuan dan kehendak) dan perkara-perkara luar dari segi perkataan, perbuatan yang boleh menjadi ibadat dan adat. [Faydh al-Qadir. Al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 6/104]

    Jelas di sini bahawa perayaan Halloween merupakan  tasyabbuh kepada golongan kafir dari segi i’tiqad, perbuatan dan juga pemakaian yang mana sedia maklum selalunya bagi mereka yang menyambut perayaan ini akan mengenakan kostum-kostum tertentu bersesuaian dengan hari Halloween.

    Pendapat Badan Fatwa

    1. Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan sambutan Halloween bagi umat Islam. Ianya jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah.[2]
    1. Fatwa dari islamweb.net mengatakan bahawa merayakan hari Halloween adalah haram kerana asal sambutan ini adalah bersifat penyembahan dan juga dirayakan oleh kaum bukan Islam. Ibu-bapa dilarang untuk menghantar anak untuk turut serta dalam perayaan ini.[3]

    Pendapat Ulama’

    1. Sheikh Muhammad Salih al-Munajjid juga mengatakan haram bagi umat Islam menyambut hari Halloween kerana menyerupai orang kafir.
    1. Sheikh Dr. Ahmad Sa’id Hawwa ahli Syrian Islamic Council mengatakan bahawa haram bagi umat Islam untuk menyambut hari Halloween. Halloween menurut beliau adalah hari yang suci yang di sambut oleh penganut masihi dan umat Islam dilarang untuk mengikuti dalam perayaan mereka.[4]
    1. Mufti Negeri Pahang, S.S Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman juga berkata bahawa umat Islam haram hukumnya untuk menyambut hari Halloween. Tambah beliau lagi, selain hari Halloween, beberapa lagi hari sambutan kesan pengaruh barat seperti Valentine’s Day dan April’s Fool juga haram diraikan kerana berkait rapat dengan unsur agama lain. Tambah beliau lagi, sambutan-sambuntan sebegini merupakan agenda luar untuk menyesatkan akidah umat Islam dengan cara yang tidak disedari.

    Penutup

    Kesimpulannya, kami tegaskan sekali lagi bahawa hukum menyambut Halloween bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur  tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Mudah-mudahan, dengan pencerahan ini dapat memberikan faedah dan manfaat dalam beragama dan diharapkan anak-anak muda kita dapat menghindarkan diri dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Wallahu a’lam.

    Akhukum fillah,

    S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan.                          3 November 2015 bersamaan 21 Muharram 1437H

    [1] https://ms.wikipedia.org/wiki/Halloween

    [2] http://www.e-fatwa.gov.my/blog/merayakan-halloween

    [3] http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=78416

    [4]http://www.sunnaonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=97%3Aopening&catid=9%3Afatwa&lang=ar


    Penutup:

    Al-hamdulillah, akhir kalam dalam bab-bab agama ni memang pejabat Mufti tempat kita rujuk. Takkanlah masalah umat Islam hendak dirujuk kepada puak-puak sekular, tidak Islam seperti DAP atau yang sekandang dengannya?

    ....

    Friday, November 01, 2024

    Projek tebatan banjir S'ngor gagal. Rugi besar!

     

    Kejadian banjir terbaharu di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor pada hari ini, 6 Ogos 2023 mengimbau kembali kejadian banjir dahsyat yang melanda lokasi ini dan banyak lagi kawasan di Selangor pada hujung 2021. (FOTO: Facebook Lover Kuala Selangor) 
    Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan

    Images
    Gagal selenggara tebatan banjir punca bencana berulang
    Banjir bebankan kewangan negara jika projek tebatan tidak ...
    BERNAMA - Banjir Di Malaysia: Pelan Jangka Pendek Dan ...

    1. Banjir di Selangor: Kerugian besar, trauma meningkat, projek tebatan gagal 

    KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) memandang serius isu kegagalan projek Rancangan Tebatan Banjir (RBT) yang telah mengakibatkan kerugian fizikal dan mental yang besar kepada rakyat Selangor.

    Ketuanya, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan berkata, kekerapan banjir yang berlaku di tempat tertentu berulang kali telah menyebabkan kerosakan harta benda kepada penduduk termasuk rumah, kenderaan, dan juga premis perniagaan. 

    “Kos yang besar juga diperlukan untuk membaiki infrastruktur awam seperti jalan raya, jambatan, dan sistem perparitan yang mengalami kerosakan selain menjejaskan aktiviti ekonomi rakyat termasuk perniagaan dan pertanian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    (Selanjutnya sila lihat 'Banjir di Selangor: Kerugian besar, trauma meningkat, projek tebatan gagal'  –HARAKAHDAILY 30/10/2024)


    2. Tindakan tegas kepada kontraktor projek ‘sakit’ – Zurk  

    Zurk Ahmad

    KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengambil maklum kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Exco Infrastuktur dan Pertanian Selangor bahawa terdapat sembilan projek tebatan banjir ‘sakit’ di Selangor.

    Ketua Penerangannya, Zurk Ahmad berkata, sehingga hari ini terdapat 41 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berjumlah RM482 juta di Selangor. 

    “Semua projek sakit ini tertangguh pelaksanaannya daripada tempoh yang telah ditetapkan. 

    “Malah ada sebahagiannya sudah diberi kelulusan lanjutan masa kepada kontraktor. 

    “Kesannya, Selangor kerap dilanda banjir kilat dengan kekerapan luar biasa pada tahun ini akibat ban di tebing sungai pecah apabila hujan lebat berlaku walaupun dalam tempoh yang singkat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook PAS Selangor. 

    (Selanjutnya sila lihat 'Tindakan tegas kepada kontraktor projek ‘sakit’ – Zurk'   – HARAKAHDAILY 28/10/2024)


    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Projek tebatan banjir S'ngor gagal. Rugi besar! Bagaimana boleh jadi begini? Mari kita selidiki. 

    Lihat pandangan ini..

    Gagal selenggara tebatan banjir punca bencana berulang Oleh Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman Mac 14, 2023 @11:18am  bhrencana@bh.com.my

    Projek tebatan banjir di Kampung Teresek, Pasir Mas dilaksana bagi mengelak banjir terus berulang. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

    PERINGATAN Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kepentingan sistem tebatan banjir sangat diperlukan bagi mengelak masalah yang kini melanda negeri itu terus berulang mengingatkan saya kepada teguran Presiden Indonesia, Joko Widodo kepada badan perancangan daerah supaya mengawal pembinaan penempatan dan bangunan di kawasan pinggir sungai sering dilanda banjir.

    Jokowi mahu badan itu menyelia, mengawal dan memantau setiap perancangan pembangunan serta mengenal pasti risiko bencana di kawasan masing-masing.

    Teguran itu sangat bertepatan dan perlu diberi perhatian serius, terutama semua pemegang taruh terbabit dalam proses perancangan dan pelaksanaan pembangunan di negara ini bagi mengelak kejadian bencana lebih buruk.

    Malaysia seperti juga Indonesia, saban tahun dilanda bencana banjir. Terkini kesan luruan sejuk dari Monsun Timur Laut ditambah faktor campur tangan keterlaluan manusia mengubah alam sekitar, terutama di kawasan berisiko tinggi mengalami bencana menyebabkan beberapa negeri dilanda bencana banjir teruk dengan Johor antara paling terkesan.

    Penulis adalah Profesor Madya Institut Pengajian Sains Sosial, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia

    Pandangan bernas ini disaring dari tulisan Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman  Mac14,2023@11:18am bhrencana@bh.com.my

    a. Banjir ketika ini disifatkan paling buruk pernah dihadapi negeri itu selepas 17 tahun menghadapi bah besar pada 2006 yang mengakibatkan lebih 100,000 penduduk terjejas. Apakah kita masih gagal belajar daripada pelbagai bencana melanda sejak sekian lama? Sikap sudah terhantuk baru terngadah masih tebal sebati dalam usaha mengekang bencana semakin meningkat kuantiti dan kadar serius sedangkan tindakan mencegah daripada mengubat sangat dituntut.

    b. Paling ketara, alam sekitar dengan pelbagai kapasitinya berperanan sebagai penebat bencana semula jadi terus diasak, diteroka dan dieksploitasi atas nama pembangunan. Pelbagai usaha pembangunan infrastruktur aliran dan tebatan banjir tidak akan berjaya sekiranya faktor pendorong banjir tidak dibendung dengan sistematik dan efisien, terutama aktiviti pembalakan secara tidak terkawal dan haram. Realiti harus diterima, hutan adalah pasak bumi menjadi 'span' terbaik menyerap aliran hujan berlebihan. Secara saintifiknya banjir melanda disebabkan antara lain penggondolan berleluasa kerana apabila itu berlaku, tiada pokok berfungsi sebagai perintang (barrier) sebelum air hujan sampai ke permukaan tanah.

    c. Ia menyebabkan hujan bukan sahaja cepat sampai ke permukaan bumi, namun kadar resapan jauh lebih perlahan kerana sebahagian besarnya menjadi air permukaan bertenaga tinggi berpotensi menyebabkan banjir berlaku dengan cepat. Ternyata, penggondolan hutan tetap dilakukan tanpa ada satu sistem boleh dirujuk untuk mengenal pasti kawasan mana sepatutnya dipulihara bagi mengelakkan banjir bertambah buruk atau kawasan mana boleh dibangunkan. Pembangunan tidak terancang boleh menyumbang kepada banjir. Di Asia Tenggara, Bangkok diramalkan akan lenyap, bukan hanya kerana paras laut meningkat, bahkan disebabkan ibu kota Thailand itu dibebani terlalu banyak bangunan menyebabkan tanah mendap kerana bandar raya itu dibina di kawasan tanah paya.

    d. Maka, kawasan yang tidak boleh dibangunkan kerana dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar seperti kawasan paya perlu ditetapkan dengan jelas dan pembangunan di sekelilingnya perlu diminimumkan kerana berpotensi mengundang bencana. Malangnya, walaupun sudah jelas ada kawasan berisiko tinggi diketahui mengalami banjir setiap tahun, pembangunan baharu terus rancak didirikan sedangkan infrastruktur sedia ada untuk menebat banjir, iaitu sistem saliran seperti parit dan sungai masih 'gagal' diselenggara dengan baik dan sempurna.

    e. Apatah lagi dengan tindakan berterusan memberi kebenaran dan permit untuk pembinaan pelbagai bentuk pembangunan di kawasan kerap dilanda bencana seperti banjir dan tanah runtuh mengundang bencana tidak berkesudahan. Kesan fenomena perubahan iklim menyebabkan kekerapan bencana alam seperti banjir meningkat secara drastik turut perlu diambil kira. Lautan di seluruh dunia menjadi panas lebih cepat pada abad lalu berbanding sepanjang 11,000 tahun lalu. Malah, purata 150 bilion tan ais di Antartika cair setiap tahun, manakala  bongkah ais di Greenland juga mengecil lebih cepat dan kehilangan 270 bilion tan ais setahun. Lantaran itu, bencana banjir kerap melanda negara pasti akan meningkat dengan ketara. Faktor iklim harus diberi perhatian serius kerana ia amat berkait rapat bencana banjir, terutama peningkatan kelembapan, jumlah hujan dan kenaikan aras laut.

    f. Laporan saintis di pusat terkemuka untuk pemodelan iklim Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Institut Goddard untuk Kajian Angkasa (GISS), berdasarkan trend pemanasan jangka panjang bumi, suhu global pada tahun lalu merekodkan 0.89 darjah Celsius, melebihi purata tempoh asas NASA bagi 1951-1980. Ini bermakna, bumi pada 2022 lebih panas kira-kira 1.1 darjah Celsius daripada purata akhir abad ke-19. Trend panas ini membimbangkan yang mana iklim pemanasan kita sudah menunjukkan tanda seperti kebakaran hutan semakin meningkat, taufan semakin kuat dan kemarau mencetuskan malapetaka, selain peningkatan paras laut menyumbang kepada bencana banjir.

    g. Rentetan itu, ratusan juta penduduk di kawasan tepi pantai, tanah rendah dan negara pulau kecil diramal terjejas akibat banjir ekoran peningkatan paras laut semakin ketara sejak 1900. Jumlah ini menyamai nisbah satu dalam setiap 10 penduduk dunia dan Malaysia sendiri tidak terkecuali. Maka, usaha yang dibangunkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi projek pembinaan Denai Sungai Nasional seluruh negara sebagai tebatan banjir semula jadi perlu lebih dipergiat, terutama di kawasan berisiko tinggi mengalami banjir. Peranan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membina sistem aliran dan pengairan tebatan banjir bagi membendung bencana ini dalam jangka panjang juga amat dialu-alukan.

    h. Corak taburan hujan dan kejadian banjir kini semakin sukar diramal hingga memerlukan pelan pembangunan bandar berdaya tahan adalah kritikal memandangkan intensiti hujan masa kini semakin tinggi akibat pemanasan global. Aspek pemetaan turut perlu diberi perhatian, antaranya pemetaan terkini berkaitan kawasan berisiko banjir sebagai langkah penting bukan untuk menilai risiko banjir dan mengenal pasti lokasi potensi tebatan banjir, malah turut menyediakan maklumat penting kepada orang awam untuk bertindak segera dan selamat ketika berlakunya bencana. Agensi berkaitan seharusnya mempunyai sistem pemetaan kawasan sensitif banjir sebelum bertindak melakukan 'pembersihan tanah' dan pembangunan bagi mengelakkan banjir bertambah buruk. 

    Penutup

    Akhirnya, kawasan hijau harus terus dipelihara dan dipertingkatkan kerana hutan berkeupayaan menyimpan air hujan sebanyak 70 peratus dan ketiadaan kawasan semula jadi itu menyebabkan potensi banjir berlaku adalah besar.

    Marilah kita sama-sama berfikir ke arah membangunkan negara. Bagi orang Islam adalah termasuk ibadah ain dan kifayah, ababila mampu berusaha membangan bersama Islam. Bahkan yang bukan Islam pun wajar menikmati naungan di bawah payung Islam.

    Dan besok sambung lagi..  

    Hala tuju The Greater Kedah menjelang 2050 

    KUALA LUMPUR: Gagasan sebuah negeri di utara tanah air mempunyai jiwa dan cita-cita yang besar untuk mengangkat bangsanya menjadi sebahagian daripada kebangkitan sebuah negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana The Greater Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah.

    Beliau berkata, The Greater Kedah bukan menceritakan tentang agenda terpencil sebuah negeri di dalam Perikatan […] (Sila rujuk HarakahDaily)

    Insya Allah, al-hamdulillah.

    ...

    Thursday, October 31, 2024

    Ini tindak balas kibar bendera China. Apa kata UMNO pio..

     

    Pemuda PAS Malaysia bersolidariti bersama PAS Perak susulan penganjuran perhimpunan Jalur Gemilang yang disertai seramai 1,000 orang di sekitar Menara Condong, Teluk Intan, Perak pada 26 Oktober 2024 lalu.

    1. Solidariti perhimpunan Jalur Gemilang di Menara Condong, Teluk Intan

    KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia bersolidariti bersama PAS Perak susulan penganjuran perhimpunan Jalur Gemilang yang disertai seramai 1,000 orang di sekitar Menara Condong, Teluk Intan, Perak pada 26 Oktober 2024 lalu.

    Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Hafez Sabri berkata, perhimpunan Jalur Gemilang itu diadakan sebagai tindak balas terhadap tindakan sekumpulan masyarakat Cina yang mengibarkan bendera China dalam sambutan perayaan di sekitar Menara Condong itu sehingga mencetuskan provokasi terhadap isu kedaulatan negara.

    “Berhubung isu tersebut, pemuda PAS Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang mengibarkan bendera China tanpa sebab yang kukuh dan meminta agar pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengambil tindakan yang keras terhadap pihak yang bertanggungjawab.

    (Ikuti selanjutnya 'Solidariti perhimpunan Jalur Gemilang di Menara Condong, Teluk Intan–HARAKAHDAILY 30/10/2024)


    2. Apa tindak balas kibar bendera China? Lihat video ini.. Video


    Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, Ini tindak balas kibar bendera negara China, suatu pendedahan. Khabarnya, PAS gesa kerajaan supaya tegas, pertahan tindakan Razman. 


    (i). Di Shah Alam, Pas mempertahankan tindakan Ketua Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan beberapa pihak lain yang mengecam insiden pengibaran bendera China di Teluk Intan baru-baru ini.

    Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, tindakan provokasi oleh pihak luar itu tidak boleh dianggap selesai hanya melalui permohonan maaf tanpa siasatan serta tindakan tegas.

    a. Sekali lagi PAS menggesa kerajaan bertindak segera terhadap pihak yang memulakan provokasi dan tidak patriotik serta yang membela pihak berkenaan, bukan menyiasat mereka yang membuat laporan polis. Perlu disedari isu yang berlaku bukan sekadar isu bendera sahaja, ia sebenarnya gambaran kesetiaan kepada negara. 

    Sekali lagi PAS menggesa kerajaan bertindak segera terhadap pihak yang memulakan provokasi dan tidak patriotik serta yang membela pihak berkenaan, bukan menyiasat mereka yang membuat laporan polis. Perlu disedari isu yang berlaku bukan sekadar isu bendera sahaja, ia sebenarnya gambaran kesetiaan kepada negara. Sebelum ini, tular rakaman video sekumpulan individu mengibarkan bendera China semasa sambutan festival kebudayaan Guan Gong di Menara Condong, Teluk Intan. 

    b. Susulan kejadian tersebut, kira-kira 300 individu berkumpul sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang di lokasi sama pada Sabtu. Sekali lagi PAS menggesa kerajaan bertindak segera terhadap pihak yang memulakan provokasi dan tidak patriotik serta yang membela pihak berkenaan, bukan menyiasat mereka yang membuat laporan polis. Perlu disedari isu yang berlaku bukan sekadar isu bendera sahaja, ia sebenarnya gambaran kesetiaan kepada negara. 

    Sebelum ini, tular rakaman video sekumpulan individu mengibarkan bendera China semasa sambutan festival kebudayaan Guan Gong di Menara Condong, Teluk Intan. Susulan kejadian tersebut, kira-kira 300 individu berkumpul sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang di lokasi sama pada Sabtu. Pelbagai insiden yang berlaku kebelakangan ini mencetuskan rasa kurang senang rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. 

    Bermula dengan insiden sembilan institusi pendidikan Cina yang menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular, lawatan tentera China ke sekolah di Pulau Pinang, kini muncul pula insiden mengibar bendera negara China di Perak. Rasa marah dan kurang selesa rakyat bertambah dengan sikap pimpinan DAP yang pantas membela serta tindakan kerajaan yang agak berlembut terhadap isu-isu ini. 

    Atas apa alasan sekali pun, kerajaan Madani mesti membendung situasi ini dengan m engambil tindakan segera kepada penganjur.

    (ii).Tindakan kibar bendera negara China terus dikecam.

    Di KL, siswaPAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan pengibaran bendera negara China di tempat awam yang telah melanggar undang-undang negara.

    Tindakan itu telah melanggar Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 (Akta 193) yang memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau sekolah. Malahan, kesalahan ini juga tidak termasuk di bawah pengecualian dalam akta yang sama. 

    (iii) Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera. 

    Di Melaka, Pemuda UMNO mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas insiden pengibaran bendera China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan, Perak, malam tadi. Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata ini kerana insiden itu jelas mengguris sensitiviti rakyat pelbagai kaum di negara ini.

    Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mengarahkan Pemuda UMNO di semua peringkat di Perak supaya membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan segera diambil kepada penganjur perhimpunan terbabit.

    (iv). Samakan kibar bendera China dengan Palestin satu kenyataan dangkal. 

    Kibar-bendera-China-Teluk-Intan
    Kibaran bendera China di Teluk Intan yang tular di media sosial.

    Di KL, sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah proaktif dan tegas dalam memastikan tindakan ‘meminta maaf’ yang hanya dilihat untuk menyelamatkan diri tidak berulang setelah sesuatu isu ditimbulkan.

    Ini kerana, tindakan seperti itu seolah-olah sudah menjadi alat gurauan pihak-pihak yang cetek ilmu patriotik dan kaum, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Khairul Walid Mohamed.

    Dan akhirnya... 

    Marilah, semua kawan-kawan kita, kembali, berpihak dan bernaung di bawah pembebasan Islam dari dunia hingga akhirat. Bukan untuk oraang Islam saja. Insya Allah.

    .....

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails