Saturday, November 09, 2024

Lanjutan politik samseng, Netanyahu hantar pesawat ke Belanda.


POLIS Belanda berkawal selepas beberapa pergaduhan tercetus di pusat bandar Amsterdam selepas perlawanan bola sepak semalam. – AFP 

1. Kerana penyokong bola sepak Israel, Netanyahu hantar pesawat..

THE HAGUE – Pemimpin Israel dan Belanda hari ini mengutuk pertempuran ‘anti semitik’ yang tercetus selepas perlawanan Liga Europa di Amsterdam dengan Tel Aviv menghantar pesawat untuk menyelamatkan rakyatnya.

Keganasan tercetus selepas perlawanan antara kelab Maccabi Tel-Aviv menentang pasukan tuan rumah, Ajax yang menang 5-0.

Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof mengutuk ‘serangan anti-Semitik yang tidak boleh diterima ke atas rakyat Israel’.

“Saya mengikuti liputan keganasan ini dari Amsterdam,” kata Scoof di laman X sambil menambah, beliau telah bercakap kepada rakan sejawatnya, Benjamin Netanyahu untuk menyakinkan Perdana Menteri Israel bahawa ‘pesalah akan diburu dan dihukum’.

Kedua-dua pemimpin itu bercakap selepas Netanyahu menghantar beberapa pesawat penyelamat untuk membawa penyokong Israel pulang.

Media Belanda, AT5 melaporkan bahawa pertempuran berlaku sekitar tengah malam. Laman-laman sosial dibanjiri gambar keganasan yang tidak disahkan, namun, tidak banyak maklumat sahih tentang kejadian itu. 

Menurut AT5, banyak pergaduhan selain perbuatan vandalisme berlaku di pusat bandar Amsterdam. 

Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Israel di Amerika Syarikat menyatakan, beratus-ratus penyokong Maccabi telah diserang hendap di Amsterdam ketika mereka meninggalkan stadium bola sepak.

Seorang jurucakap polis Belanda memberitahu agensi berita ANP bahawa seramai 57 orang telah ditangkap. – AFP (Suntingan IH)


2. Konon ‘insiden amat ganas’, Israel pun mengganas.

FOTO: REUTERS

AMSTERDAM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan dua pesawat penyelamat dikerah ke Belanda, hari ini, susulan insiden keganasan di Amsterdam yang menyasarkan peminat bola sepak Israel, malam tadi.

Rakaman video yang tersebar dalam media sosial menunjukkan pertempuran di jalanan dengan polis antirusuhan turut campur tangan untuk meredakan ketegangan.

Menurut pejabat Netanyahu, arahan menghantar pesawat itu dibuat selepas berlaku ‘insiden amat ganas’ yang menyasarkan warga Israel susulan perlawanan antara Ajax Amsterdam yang secara tradisinya dikenali sebagai kelab Yahudi, dengan Maccabi Tel Aviv.

Dalam satu rakaman video oleh saksi yang disahkan Reuters, sekumpulan lelaki dilihat berlari berhampiran stesen pusat Amsterdam dengan mengejar dan menyerang individu lain, sementara kedengaran gema siren polis.

Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof, berkata beliau terkejut dengan serangan anti-Semitik ke atas warga Israel itu yang dianggap sebagai tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau dalam satu kenyataan melalui X berkata, pihaknya telah memberi jaminan kepada Netanyahu yang dihubungi menerusi telefon, bahawa pelaku terbabit akan dikenal pasti dan didakwa. Polis tempatan memaklumkan setakat ini, 

57 suspek ditahan selepas perlawanan itu ketika penunjuk perasaan pro-Palestin dikatakan cuba menuju ke Stadium Johan Cruyff walaupun demonstrasi dilarang diadakan di bandar itu.

Menurut polis, peminat bola sepak meninggalkan stadium itu tanpa berlaku sebarang insiden tetapi pertempuran meletus semalaman di pusat bandar. – REUTERS (Suntingan IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, walaupun apa yang terjadi di seluruh penjuru dunia, namun PAS sebagai parti Islam se Malaysia  tetap terus berusaha membangun bersama Islam hatta secara mendunia sekalipun, kalau keadaan memaksa.

Contohnya ini..

Di Muscat, Oman. Kerajaan Terengganu menerusi anak syarikatnya, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) memeterai perjanjian usaha sama pengendalian industri huluan minyak dan gas dengan syarikat Oman. 

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerjasama turut melibatkan sektor penjagaan kesihatan, perkilangan serta pelancongan.

Katanya, perjanjian bersama MB Holding LLC Group melalui anak syarikatnya, Petrogas Sisma dan Petrogas E&P Oman akan membuka ruang lebih luas dalam ekplorasi tenaga, minyak dan gas serta sektor lain. 

a. Kerjasama strategik ini dijangka mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan baru dalam usaha kerajaan negeri memperbaiki taraf hidup rakyat Terengganu di masa hadapan. Kedua-dua pihak secara efisien akan melaksanakan pembangunan komersil termasuk sektor minyak dan gas, penjanaan tenaga dan lain-lain industri hulu yang melibatkan di kawasan pengoperasian bagi pembangunan di kawasan terbabit. 

b. Ahmad Samsuri yang juga pengerusi syarikat induk pelaburan milik kerajaan negeri berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian di Muscat, Oman. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah EPIC Berhad, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan Ir. Khairil Nizam Khirudin, Pengurus Besar Invest Terengganu, Mohd Adzhar Mohd Zahari, Pengurusan Tertinggi Terengganu Inc, EPIC Berhad dan Petrogas Sisma. 

c. Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) diketuai Samsuri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun. Manakala MB Holding LLC diwakili Pengerusinya, Dr. Mohamed Al Barwani. Terengganu Inc dan Petrogas Sisma diwakili oleh CEO, Dr. Jamal Yusof. Dalam pada itu, menurut Terengganu Inc, kerjasama tersebut menandakan komitmen pihaknya dalam meneroka potensi sektor huluan minyak dan gas dan juga beberapa bidang lain.

d. Dua perjanjian persefahaman telah termeterai pada hari ini iaitu, perjanjian pertama yang ditandatangani, adalah antara Terengganu Inc dan anak syarikat milik MB Holding LLC Group, Petrogas E&P Oman melalui Petrogas Sisma Energy yang beroperasi di Malaysia bagi meneroka potensi kerjasama di sektor huluan minyak and gas di negeri Terengganu.

e. Petrogas E&P mempunyai kekuatan dalam mengendalikan sektor huluan minyak dan gas termasuk ‘Late Life Assets’ di Eropah, Timur Tengah dan Afrika dengan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari. Dengan kekukuhan perniagaan dan pengalaman yang dimiliki oleh Petrogas, ekplorasi perniagaan ini dijangka membuka ruang lebih besar untuk hubungan perniagaan jangka panjang di Terengganu secara khususnya dan di Malaysia secara amnya.

Insya Allah, kita hanya merancang tapi Allah Maha Perancang. Jom kita sama-sama sokong PAS hingga mendunia.

Dan menAkhirat. Wallahu 'aklam.

...

Friday, November 08, 2024

Trump menang, apa komen PAS? & BRICS ganti dolar.

 

1. Trump menang, apa komen PAS? 
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Presiden Donald Trump agar tidak tunduk kepada tuntutan Israel di Timur Tengah, kerana ia boleh memupuk kebencian terhadap Amerika Syarikat dalam kalangan umat Islam, dan menyebabkan negara itu dilihat sebagai boneka kepentingan Israel.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dengan kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden 2024 untuk menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, dunia akan mengalami tempoh yang bebas daripada konflik global, terutamanya ketika dalam penggal kedua Presiden Trump, bermatlamat bagi memupuk kestabilan dan persefahaman di peringkat antarabangsa.

“Bagi pihak PAS, sebagai parti pembangkang di Malaysia, kami mengakui tidak mempunyai kaitan langsung dengan kempen presiden AS.

“Bagaimanapun, kami berharap Presiden yang baru dilantik akan mengutamakan agenda berorientasikan keamanan, seperti yang ditekankan semasa kempen,” katanya dalam satu kenyataan.

(Selanjutnya sila rujuk 'Trump menang, apa komen PAS?' –HARAKAHDAILY 7/11/2024)


2. Kemenangan Trump: PAS harap agenda keamanan diutamakan. 

Penyokong Trump bersorak gembira ketika pengumuman kemenangan calon Republikan itu.

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Presiden Donald Trump agar tidak tunduk kepada tuntutan Israel di Timur Tengah, kerana ia boleh memupuk kebencian terhadap Amerika Syarikat dalam kalangan umat Islam, dan menyebabkan negara itu dilihat sebagai boneka kepentingan Israel.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dengan kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden 2024 untuk menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47, dunia akan mengalami tempoh yang bebas daripada konflik global, terutamanya ketika dalam penggal kedua Presiden Trump, bermatlamat bagi memupuk kestabilan dan persefahaman di peringkat antarabangsa.

“Bagi pihak PAS, sebagai parti pembangkang di Malaysia, kami mengakui tidak mempunyai kaitan langsung dengan kempen presiden AS.

“Bagaimanapun, kami berharap Presiden yang baru dilantik akan mengutamakan agenda berorientasikan keamanan, seperti yang ditekankan semasa kempen,” katanya dalam satu kenyataan.

(Selanjutnya sila rujuk 'Kemenangan Trump: PAS harap agenda keamanan diutamakan'                  -HARAKAHDAILY 7/11/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, selesai sudah  kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden 2024 untuk menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47. 

Dunia dijangka akan mengalami tempoh bebas daripada konflik global, terutamanya ketika dalam penggal kedua Presiden Trump, yang kononnya bermatlamat bagi memupuk kestabilan dan persefahaman di peringkat antarabangsa.

Tepat dan kena pada masanya, kita sangat tertarik dengan tulisan ini 'Mata wang BRICS ambil alih peranan dolar Amerika?' oleh Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor.

Ya, sebagai menghargai, menghormati dan ucap terimakasih 'kemanfaatan keilmuannya' maka kita fokuskan pandangan ini. Ya, sila lihat...

Mata wang BRICS ambil alih peranan dolar Amerika?' oleh Prof Madya Dr Mohd Edil Abd Sukor.

a. Dolar Amerika Syarikat (ASD) telah menjadi mata wang antarabangsa terkemuka di dunia kerana pelbagai sebab yang terdiri daripada faktor ekonomi, politik dan sejarah. Dianggarkan kira-kira 60 peratus daripada semua rizab tukaran asing yang dipegang oleh bank pusat adalah dalam ASD, manakala kira-kira 40 peratus daripada perdagangan global turut dinisbahkan kepada ASD. Ini telah menjadikan ASD sangat dominan dalam perdagangan global dan turut dipanggil sebagai hegemoni ASD. Hegemoni ASD dalam sistem kewangan global telah memberikan kuasa kepada negara Amerika Syarikat untuk menentukan serta mempengaruhi kesejahteraan global. Pada masa sama, dengan kuasa yang ada, negara Uncle Sam ini sering mempergunakan mata wang dan dasar monetari mereka sebagai senjata untuk menguasai ekonomi dunia. 

b. Bagaimanapun, sebahagian pengkritik berpendapat bahawa hegemoni ini telah memberi pelbagai kesan negatif selain mewujudkan banyak ketidakseimbangan dalam sistem kewangan global yang turut membawa kepada krisis kewangan dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Sebagai contoh, krisis kewangan Asia pada 1997 sememangnya berpunca daripada kenaikan mendadak kadar faedah ASD oleh Bank Negara Amerika (Federal Reserve). Oleh yang demikan, beberapa negara seperti BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) telah menyatakan hasrat untuk mencipta mata wang global baharu yang bertujuan mengurangkan pergantungan dunia kepada ASD. Mata wang global baharu ini diharap mampu memberi pelbagai faedah kepada sistem kewangan global seperti memperkukuh integrasi ekonomi dalam negara BRICS itu sendiri, mengurangkan pengaruh Amerika Syarikat di pentas global dan melemahkan kedudukan ASD sebagai mata wang rizab antarabangsa.

c. Sejak tahun 2014 lagi, negara-negara BRICS telah meneroka pelbagai cara untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada ASD. Mereka telah menubuhkan Bank Pembangunan Baru (New Development Bank) sebagai alternatif kepada Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund). Baru-baru ini, semasa Sidang Kemuncak BRICS ke-14 pada pertengahan tahun 2022, Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengumumkan bahawa negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan) akan berganding tangan untuk mengeluarkan 'mata wang rizab global baharu' dan bersedia untuk bekerjasama secara terbuka dengan semua rakan negara lain yang turut berhasrat untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada ASD.

d. Cadangan mata wang rizab global baharu oleh negara BRICS ini berpotensi menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan yang lebih menarik, peluang pelaburan yang unik serta menggalakkan negara-negara lain untuk membentuk pakatan dalam membangunkan mata wang serantau mereka sendiri. Kesemuanya ini adalah dengan satu misi yang jelas iaitu untuk mencabar atau meruntuhkan hegemoni Amerika Syarikat dalam sistem kewangan semasa.  Namun, ramai yang percaya bahawa hegemoni ASD ini akan kekal kukuh dan berdaya tahan sebagai mata wang dominan dunia. Faktor sejarah Bretton Woods menjadi hujah utama mereka kepada faktor kukuhnya hegemoni ASD ini selain keterbukaan dan ketelusan pasaran kewangan di Amerika Syarikat serta kebijaksanaan mereka dalam mengawal situasi geopolitik dunia. 

e. Sebagai contoh, Amerika Syarikat sentiasa menjadi kuasa besar utama dunia sejak akhir Perang Dunia Kedua di mana banyak negara bergantung kepadanya dari sudut bantuan, keselamatan dan sokongan diplomatik. Ini secara tidak langsung membantu kepada pengukuhan ASD sebagai mata wang yang dipercayai lagi stabil. Selain itu, kemunculan sistem mata wang baharu mungkin berpotensi menimbulkan pelbagai risiko negatif yang ketara kepada ekonomi dan pasaran kewangan. Ini kerana, sistem tersebut akan mengubah dasar monetari sedia ada dan memburukkan lagi ketegangan geopolitik. Sehubungan itu, sebelum sistem mata wang baharu ini dilancarkan, semua pihak perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai strategi dalam berhadapan dengan risiko yang akan muncul selain daripada perlu sentiasa peka tentang perkembangan sistem kewangan global.

f. Secara umumnya, mengatasi isu hegemoni ASD dalam sistem kewangan global adalah misi yang kompleks dan mencabar. Ia memerlukan perubahan ketara kepada landskap ekonomi dan kewangan sedia ada. Beberapa cabaran seperti akses terhad kepada pasaran kewangan antarabangsa, sekatan ke atas kebolehtukaran mata wang dan kebimbangan mengenai ketelusan serta kestabilan sistem kewangan perlu ditangani sebelum hegemoni ASD boleh dicabar. 

Semua ini dianggap halangan dan mungkin mengambil masa untuk matawang BRICS serta negara lain bersaing dengan ASD.

Penulis Profesor Madya di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM) Disiarkan pada: Mei 16, 2023 @ 7:00am.

Sekian, Allah saja yang Maha Mengeahui dan Maha Perancang.

...

Thursday, November 07, 2024

BRICS & ekonomi Israel diseret merudum. PASTI al-hamdulillah.

 

Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail

1. Kerajaan diminta nyatakan langkah telah diambil..

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi persepsi seolah-olah negara ini cenderung kepada negara-negara blok perdagangan tertentu.

Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berkata, ini setelah Malaysia memohon dan telah diterima sebagai negara rakan kongsi dalam BRICS.

“BRICS yang ditubuhkan oleh Brazil, China, India dan Rusia pada 2009 dan kemudiannya disertai oleh Afrika Selatan pada tahun 2010.

“Merupakan sebuah blok negara-negara yang nampaknya seolah-olah bertentangan ataupun bersaing dengan G7 yang diketuai oleh negara-negara Barat yang termasuk juga Jepun,” katanya.

Jelasnya blok itu tidak melibatkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan sebagainya tidak seperti  The Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).

Menurut beliau, semua sedia maklum bahawa pihak Barat khususnya Amerika Syarikat tidak begitu selesa kehadiran negara Rusia dan China dalam BRICS.

“Situasi ini mungkin akan memberikan kesan negatif kepada hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan dan juga terhadap pelaburan FDI khususnya  dari negara-negara berkenaan.

“Kita sedia maklum Malaysia banyak menerima pelaburan yang besar nilainya daripada Amerika Syarikat, German, Austria, Jepun dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengajukan soalan tambahan pada sesi ‘Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan’ di Dewan Rakyat hari ini.

Kerana itu beliau meminta kerajaan menyatakan apakah langkah yang diambil  bagi mengawal atau mengurus naratif bahawa Malaysia tidak dilihat lebih cenderung kepada sesebuah blok kuasa besar dunia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam jawapannya berkata, walaupun telah menyertai BRICS, negara pada masa yang sama terus mengekalkan hubungan perdagangan terutamanya bersama-sama dengan rakan-rakan dagang tradisional negara.

“Buat masa yang sama dua bulan lepas kita telah mengumumkan yang kita akan mulakan perbincangan bersama-sama dengan Kesatuan Eropah (EU).

“Kita memulakan semula perbincangan mengenai FTA bersama-sama dengan EU yang telah diberhentikan sejak tahun 2012,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia juga bersama Amerika Syarikat dan Eropah yang lain telah menyertai perkumpulan yang dipanggil Indo Pacific Economy Framework (IPEF) yang mirip BRICS.

Selain itu, katanya Malaysia juga menyertai beberapa kerjasama lagi termasuk dari negara-negara Timur Tengah dan juga ASEAN. 

– HARAKAHDAILY 29/10/2024 (Tajuk asal Harakahdaily -'BRICS: Apa langkah atasi persepsi memihak blok tertentu')


2. Ekonomi Israel diseret merudum -pakar AGENSI Ogos 17, 2024   

Seorang lelaki menunjukkan kerosakan rumah dan kenderaannya sehari selepas serangan oleh peneroka Yahudi bangsat, di kampung Jit berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diduduki pada 16 Ogos 2024. - Foto AFP

ISTANBUL: Hubungan ekonomi Israel dengan global dilaporkan semakin lemah berikutan geopolitik semasa, sekali gus menandakan kemungkinan berlakunya krisis ekonomi rejim itu dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Selepas penularan pandemik COVID-19, eksport Israel dikatakan mula meningkat namun ia kini diganggu oleh krisis geopolitik. Eksport bulanan Israel dilaporkan lebih rendah setiap bulan pada enam bulan pertama 2024, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut pengarah pengasas Atli Global Consulting dan pensyarah Koc University di Istanbul, Dr Altay Atli, krisis kemanusiaan yang semakin mendalam di Palestin dan penutupan laluan eksport dikatakan boleh mendorong ekonomi Israel yang berada dalam defisit perdagangan kronik menjadi lebih besar. 

Ketika ini, bukan sahaja angka eksport Israel terjejas akibat krisis berkenaan, malah pusat logistik dan laluan perdagangan yang menghubungkannya dengan ekonomi global turut terjejas.

Pelabuhan Eilat yang menjadi pintu masuk Israel ke Laut Merah, kini ditutup sepenuhnya akibat serangan kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman. Ketika ini, bukan sahaja angka eksport Israel terjejas akibat krisis berkenaan, malah pusat logistik dan laluan perdagangan yang menghubungkannya dengan ekonomi global turut terjejas. Pelabuhan Eilat yang menjadi pintu masuk Israel ke Laut Merah, kini ditutup sepenuhnya akibat serangan kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman.

(Selanjutnya, sila lihat Ekonomi Israel diseret merudum -pakar AGENSI Ogos 17, 2024   -Suntingan IH.)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hmdulillah, kini 'Hadapi realiti baharu: Keselamatan Israel kian retak' sila rujuk harakahdaily. 

Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023 antara pencetus kepada sistem keselamatan yang dibanggakan selama ini oleh Israel, yang sebenarnya kian menjadi semakin lemah. (FOTO: MNA)

POLIS Israel dan agensi perisikan dalaman Shin Bet baru-baru ini mengumumkan penahanan rangkaian gerakan warga Israel yang didakwa disyaki sebagai pengintip Iran.

Menurut pihak berkuasa Israel, tahanan tersebut didakwa memberikan maklumat mengenai pangkalan tentera dan melakukan pengawasan terhadap pelbagai individu terkemuka di negara haram itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 31 […] Sila rujuk HarakahDaily..

Penutup: Hebatnya PAS.

Akhir, inilah amanat dari PAS. 'PASTI Bersamamu Al-Aqsa'. Ertinya, tema PASTI Bersamamu Al-Aqsa membawa mesej mendunia yang sangat kuat dan penuh makna, terutamanya dalam konteks perpaduan umat Islam dan solidariti terhadap perjuangan pembebasan Al-Aqsa.

Contohnya, PASTI An-Nur Batu 7 dalam satu kenyataan berkata, PASTI yang dikenali sebagai pusat pendidikan awal kanak-kanak Islam, memberikan penekanan terhadap pembentukan generasi yang bukan hanya cemerlang dalam ilmu duniawi, tetapi juga peka terhadap isu-isu besar yang berlaku di peringkat global, khususnya berkaitan dengan Palestin dan Al-Aqsa. 

Menurut kenyataan tersebut, dengan tema ini, PASTI tidak hanya memberikan pendidikan akademik, malah mendidik anak-anak kecil tentang kepentingan mempertahankan hak umat Islam dan tanah suci Al-Aqsa.  Ini menunjukkan betapa pentingnya menanamkan rasa cinta terhadap tanah air dan agama sejak usia muda, agar mereka dapat memahami isu-isu kemanusiaan yang berlaku di peringkat antarabangsa.

Itulah hebat dan luarbiasanya PAS, sebagai sebuah parti Islam di Malaysia..

a. PASTI Bersamamu Al-Aqsa juga menunjukkan bahawa perjuangan ini bukanlah tanggungjawab sesetengah pihak sahaja, tetapi ia adalah kewajiban bersama umat Islam di seluruh dunia. 

b. PASTI sebagai institusi pendidikan menunjukkan sokongan terhadap Al-Aqsa dan mengajak ibu bapa, pendidik, dan masyarakat umum untuk bersama-sama menyuarakan pembelaan terhadap nasib saudara-saudara kita di Palestin. Tema ini turut memberi penekanan kepada pentingnya nilai solidariti antara umat Islam. 

c. Meskipun usia kanak-kanak di PASTI masih muda, tema ini menyemai dalam diri mereka rasa tanggungjawab untuk membantu dan mendoakan keselamatan Al-Aqsa serta memperkukuh semangat ukhuwah Islamiyah. Seterusnya, melalui tema ini, PASTI cuba mendedahkan anak-anak kepada konsep aktivisme dengan cara yang sesuai untuk mereka, seperti melalui doa, sumbangan kecil, atau aktiviti yang meningkatkan kesedaran tentang isu Palestin. 

d. Ini menunjukkan bahawa pendidikan nilai kemanusiaan dan keagamaan boleh dimulakan sejak awal, tanpa mengira usia. Secara keseluruhannya, tema PASTI Bersamamu Al-Aqsa bukan sahaja relevan untuk mendidik anak-anak tentang isu Palestin, tetapi juga untuk mengingatkan kita semua tentang pentingnya bersatu padu dalam menyokong perjuangan umat Islam di seluruh dunia, khususnya dalam pembebasan Al-Aqsa. 

Al-hamdulillah!

Secara keseluruhannya, tema PASTI Bersamamu Al-Aqsa bukan sahaja relevan untuk mendidik anak-anak tentang isu Palestin, tetapi juga untuk mengingatkan kita semua tentang pentingnya bersatu padu dalam menyokong perjuangan umat Islam di seluruh dunia, khususnya dalam pembebasan Al-Aqsa, Al-hamdulillah!

....

Tuesday, November 05, 2024

Perang Ekonomi AS-China. M'sia/PAS sertai BRICS?

 

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) berkumpul ketika latihan diadakan di kawasan pergunungan di wilayah Xinjiang pada 4 Januari 2021. - AFP

1. Sejauh mana Malaysia sedia sertai BRICS? 

BRICS adalah satu kerjasama ekonomi antara beberapa negara yang dibentuk melalui akronim Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

Istilah ini pada awalnya dikenali sebagai BRIC (tanpa Afrika Selatan) yang diperkenalkan oleh Menteri Ekonomi Brazil, Goldman Sachs Jim O’Neill pada tahun 2001, dengan sasaran menjelang 2050 empat negara BRIC ini akan menguasai ekonomi global sebelum penyertaan Afrika Selatan pada 2010. 

Keanggotaan BRICS kini bertambah dengan penyertaan enam lagi negara iaitu Argentina, Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). 

Kesemua negara-negara ini telah dijemput untuk menjadi ahli BRICS pada awal Januari 2024 oleh Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, selaku tuan rumah dalam sidang kemuncak tiga hari mereka di Johannesburg.

Walau bagaimanapun, Presiden baharu Argentina, Javier Milei, telah menarik diri daripada BRICS disebabkan pendirian beliau yang lebih rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, mencerminkan peralihan ke arah populisme sayap kanan dalam dasar luarnya.

Merujuk kepada kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali, namun sifat negara kita ini sangat terbuka dalam hal berkaitan ekonomi dan perdagangan terutama pergantungannya terhadap ekonomi AS sebagai negara pengimport terbesar negara, jadi apakah kesan besar pada dasar ekonomi negara jika Malaysia menyertai BRICS?

(Ikuti selanjutnya 'Sejauh mana Malaysia sedia sertai BRICS?' –HARAKAHDAILY 24/6/2024)


2. Kesan perang AS-China lebih buruk dari Covic 19. 25 April 2023 –Agensi. (Suntingan IH)

WASHINGTON – Seorang pakar pertahanan memberi amaran bahawa perang antara Amerika Syarikat (AS) dan China sekiranya berlaku, boleh mengakibatkan kesan jauh lebih buruk berbanding semasa pandemik Covid-19, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Penganalisis dasar luar negara, Dr. Alan Mendoza mengecam Barat kerana tidak melakukan usaha mencukupi untuk bersedia menghadapi kemungkinan bagi satu lagi ‘wabak’ atau konflik global.

Menurut Mendoza, risiko perang AS-China ke atas Taiwan boleh mengakibatkan kejutan ekonomi ‘seismik’ yang berisiko mengganggu rantaian bekalan penting sehingga mencetuskan inflasi besar-besaran serta menyebabkan kekurangan bekalan.

Pakar-pakar sebelum ini memberi amaran bahawa Taiwan berada pada ‘titik pertembungan’ di tengah-tengah hubungan AS-China yang semakin merosot.

Taiwan adalah kuasa besar global dalam pengeluaran semikonduktor di mana bahan itu digunakan dalam hampir setiap bahagian kehidupan moden termasuk pembuatan telefon pintar dan kereta.

Menurut Mendoza, perang tersebut boleh mengakibatkan gangguan  ketara dalam rantaian bekalan dan menjejaskan penghasilan komponen penting secara signifikan.

“Realitinya adalah segala-galanya sangat rapuh pada rantaian bekalan. Walaupun sedikit kelewatan, ia akan mengakibatkan tindak balas seismik di seluruh dunia.–Agensi 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kita sepatutnya bersetuju sangat dengan pandangan Dr Sam yang menyarankan supaya:

(i). Sertai Brics luaskan peluang ekonomi buat Malaysia –Dr Sami.

a. Di KL, langkah Malaysia menyertai BRICS yang kini diketuai oleh Rusia dijangka dapat memperluaskan peluang ekonomi dan memainkan peranan lebih aktif di arena antarabangsa. Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, menyatakan sokongan penuh terhadap kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik dalam blok ekonomi BRICS. Usaha pembangunan negara tidak boleh hanya bergantung pada inisiatif domestik semata-mata, jika kita terus bersikap pasif di peringkat antarabangsa, kemajuan negara mungkin terencat.  Justeru, dengan keterlibatan Malaysia dalam BRICS, kita bukan sahaja mempunyai akses kepada pelbagai peluang ekonomi, malah dapat berperanan dalam membentuk naratif geopolitik global.

b. Menteri Besar Terengganu itu turut menekankan bahawa kerjasama dalam BRICS membuka pintu yang luas bagi Malaysia, terutama dalam aspek perdagangan, pelaburan dan perkongsian sumber.  Sebagai sebuah negara kecil, peluang untuk bekerjasama dalam rangkaian yang luas ini memberi kita ruang untuk menentukan hala tuju sendiri dalam landskap ekonomi global yang kini sangat dinamik. Ini adalah langkah untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi kita sambil membina hubungan lebih erat dengan negara-negara rakan di BRICS.  

c. BRICS, sebuah blok ekonomi yang dianggotai oleh Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan, mempunyai pengaruh besar dalam pelbagai sektor ekonomi global, dengan kemasukan Malaysia sebagai rakan strategik, peluang ekonomi yang lebih luas dijangka bakal dinikmati, khususnya melalui perdagangan dan pelaburan. BRICS juga menawarkan akses kepada sumber yang lebih murah dan perjanjian perdagangan yang lebih fleksibel, sesuatu yang amat bernilai bagi negara sedang membangun seperti Malaysia. Ahmad Samsuri menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab Malaysia untuk mengoptimalkan peluang ini demi kepentingan rakyat. Yang penting adalah, kita mesti memenuhi keinginan dan aspirasi kita sebagai sebuah negara berdaulat, sambil memanfaatkan peluang ini dengan bijak. 

(ii) Walau apa pun saranan, cadangan dan M'sia sedang pertimbang sertai BRICS, sebuah kesatuan berpotensi besar mengurangkan kebergantungan dunia kepada AS. BRICS yang awalnya terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan, kini disertai oleh Iran, Mesir, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Ethiopia. Kesatuan ekonomi ini dijangka menyumbang 50 peratus kepada Keluaran […] (Sila rujuk HarakahDaily). 

Sekian. Wassalam.

....

Monday, November 04, 2024

Banjir rakyat asing di M'sia. Apa teruk sangat k'jaan ni.

 

Kehadiran warga asing boleh mengancam negara pada masa depan.

1. Azab rakyat Palestin dan kebanjiran rakyat asing di Malaysia.

SETIAP hari, dunia disogok dengan peristiwa pembunuhan ke atas manusia secara kejam. Di Gaza, angka kematian rakyat Palestin tanpa mengenal usia dan jantina, terus meningkat tanpa belas kasihan.

Sejak sengketa terbaru meletus dengan Israel tahun lalu, nyawa umat Islam di bumi Palestin, ibarat telur di hujung tanduk, akibat dibedil bertalu-talu […] (Sila rujuk HarakahDaily)


2. Banjir rakyat asing, apa k'jaan buat? 




Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023 13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

154) BANJIR WARGA ASING Tahun: 2023 Sesi: 1  Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Sub Soalan Apakah langkah kerajaan bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang berniaga di dalam Negeri Selangor?

SPBT

Tuan Speaker,

Tiada peruntukan di dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian 2007 untuk tidak membenarkan warga asing memohon lesen perniagaan daripada PBT. Walau bagaimanapun, PBT telah mensyaratkan bagi pemegang lesen yang mengambil pekerja warga asing, hendaklah mengemukakan permit pekerjaan yang sah.

Bagi menangani masalah pekerja warga asing yang melibatkan perniagaan dan perusahaan, PBT akan melaksanakan tindakan secara bersepadu dan komprehensif bersama agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen. Sebagai contoh bagi kes-kes yang melibatkan perniagaan kedai runcit, tindakan secara bersepadu dengan Jabatan Imigresen dilaksanakan bagi menentukan status permit pekerjaan dan visa perjalanan ke atas pekerja warga asing agar masalah ini dapat diatasi secara kolektif dengan bidang kuasa agensi berkaitan.

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan suatu dasar melalui Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020 berhubung Aktiviti Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Selangor yang tidak membenarkan langsung penglibatan warga asing sebagai peniaga, pekerja atau sebagai pengganti sebagai salah satu usaha dalam membendung masalah kebanjiran warga asing di negeri ini.

JABATAN IMIGRESEN

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan jabatan yang bertanggungjawab bagi memastikan warganegara dan orang asing yang masuk dan tinggal di negara ini mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Pasport 1966, Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, dan Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Pekeliling Imigresen Malaysia yang berkuatkuasa.

Bagi memastikan kebanjiran warga asing sama ada untuk bekerja/ berniaga atau berada di negara ini secara sah dan syarat-syarat serta prosedur sentiasa dipatuhi, jabatan ini telah mengambil beberapa langkah dan tindakan pelaksanaan seperti berikut:

1. Aktiviti operasi pemeriksaan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor dan aktiviti operasi   pemeriksaan penguatkuasaan secara bersepadu antara agensi Kerajaan Persekutuan dan Pihak Bekuasa Kerajaan Tempatan (PBT)

Mempertingkatkan lagi aktiviti perlaksanaan Operasi Pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor terhadap aduan-aduan yang diterima yang melibatkan warga asing yang berniaga di Negeri Selangor yang dipercayai secara munasabah disyaki melanggari peruntukan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan lain-lain perundangan imigresen yang berkaitan yang berkuatkuasa.

Mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi kerjasama erat antara agensi kerajaan di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri khususnya yang membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor untuk turut serta berganding bahu melaksanakan aktiviti pemeriksaan warga asing yang berniaga di Negeri Selangor secara BERSEPADU untuk diambil tindakan mengikut perundangan dan kuasa agensi mahupun jabatan masing-masing yang sedang berkuatkuasa.

Sepanjang tahun 2022 Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah menjalankan operasi sebanyak 309 operasi yang melibatkan 2088 tangkapan.

2. Program Rekalibrasi Tenaga kerja (RTK) 2.0 – Tempoh pelaksanaan mulai 27 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023

Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga kerja (RTK) 2.0 dengan tempoh pelaksanaan mulai 27 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 kepada majikan-majikan yang berkelayakan dengan melibatkan lapan (8) sektor dibenarkan dan sub-sektor iaitu perkilangan, pembinaan, perlombongan & kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian, perladangan dan pembantu rumah asing. Program RTK in melibatkan lima belas (15) buah negara sumber untuk lain-lain sektor manakala bagi sektor pembantu rumah asing (PRA) melibatkan sembilan (9) buah Negara sumber.

Untuk itu, Jabatan Imigresen Malaysia sebagai salah satu agensi yang dipertangungjawabkan bagi perkara ini menyeru dan menggalakkan mana-mana majikan yang berkelayakan untuk mendaftar dan menyertai program RTK 2.0 dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Dengan langkah kerajaan dan penguatkuasaan yang berterusan ini oleh Jabatan Imigresen dan agensi-agensi yang berwajib akan dapat mengurangkan lambakan pekerja asing di samping memelihara keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri Selangor.

Sekian.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa teruk sangat k'jaan ni.

(i).‘Hampir 1juta yang datang tak keluar, di mana mereka?

Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim

a. Laporan Audit 2018 mendapati pengurusan warga asing lemah, dengan lebih 100,000 pelancong yang masuk tetapi tidak keluar dari Malaysia setiap tahun. Takkan hangpa sokong? Ini ialah masalah keselamatan rakyat Malaysia. 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022, 2023, 2024, berapa ratus ribu. Sokong lagi? 

Dr Shahidan (PN-Arau) memuji Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki atas kejayaan menangkap pegawai imigresen yang terlibat dalam ‘kaunter setting’ yang memud i Azam Baki atas kejayaan menangkap pegawai imigresen yang terlibat dalam ‘kaunter setting’ yang memudahkan kemasukan warga asing ke negara ini.

Bagaimana di pintu masuk yang lain? Di Perlis, di Kedah, di Kelantan. Di Perak? Ini kita kena bagi perhatian supaya perkara ini tidak berlaku. Dalam masa yang sama, kad pengenalan (IC) palsu dan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) didapati berleluasa dan boleh dibeli dengan harga RM50 di Chow Kit tanpa sebarang tindakan lanjut.

b. Dr Shahidaan mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan kad pengenalan baru mulai tahun depan bagi memudahkan pengesanan pemilik IC palsu dan kad UNHCR yang diselewengkan. Terdapat kebimbangan bahawa pelancong yang tidak keluar mungkin juga membeli kad tersebut. Perlu ditanya kepada kerajaan mengenai tindakan yang telah diambil untuk memastikan pengurusan warga asing dilaksanakan dengan baik.

Menteri Dalam Negeri mesti memberi jawapan. Dr Shahidan mencadangkan kalau ini serius, kertas putih ataupun RCI (perlu dibuat) untuk menyiasat pengeluaran kad tipu ini dan juga tentang pengurusan orang asing.


(ii). Mengapa Iran menjadi sasaran Zionis Israel? 

Keadaan Tel Aviv ketika diserang peluru berpandu Iran pada 1 Oktober lalu.

a. Lawak sungguh bila rejim haram jadah Israel beri bayangan serangan balasnya ke atas Iran adalah maha dahsyat bagi mengembalikan ‘kehebatannya’ ke atas kawan dan lawan. Lawaknya kenapa? Kerana  sebahagian rakyat Zionis Israel sendiri menyifatkan amat memalukan, rupanya mereka gagal sama sekali untuk melumpuhkan Iran.

Buat pertama kali dalam sejarah sejak penubuhannya, Israel dilihat amat lemah dan ketakutan dalam melakukan serangan balas terhadap musuh-musuhnya. Tidak sebagaimana sebelum ini dengan bantuan AS dan sekutu Barat, negara-negara yang menjadi ancaman terhadap rejim Zionis Israel dihapuskan, sama ada dibunuh pemimpinnya atau diwujudkan konflik agar berlaku kekacauan berterusan sehingga tidak bermaya untuk bangkit kembali.

b. Pada tahun 2020, pengaruh dan kekuatan Israel berada di kemuncaknya setelah termeterainya Abraham Accord, iaitu perjanjian dua hala dan normalisasi hubungan antara Israel dengan negara-negara di Timur Tengah seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Maghribi dan Sudan.

Hanya tiga buah negara yang tidak termasuk dalam “ruang lingkup” cengkaman Zionis Israel, iaitu Arab Saudi, Yaman dan Iran. Yaman dikucar kacirkan sehingga berlaku perang saudara serta perpecahan. Satu kelompok diperintah oleh Ansarullah, manakala satu kelompok lagi menjadi proksi kepada kumpulan negara Arab yang mendokong normalisasi.

c. Arab Saudi pula dilihat sebagai “punca kuasa” bagi memecahkan keengganan negara-negara Dunia Islam untuk menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel kerana ia adalah “penjaga” kepada dua tempat yang paling suci buat umat Islam iaitu Makkah dan Madinah. Justeru, pelbagai desakan serta rayuan dan tawaran telah diberikan oleh AS kepada Arab Saudi untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel hingga tercetusnya “khabar angin” yang kuat bahawa normalisasi antara keduanya akan termeterai sebelum berlakunya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.

Namun yang menjadi masalah utama kepada Israel dan Barat adalah Iran. Iran dilihat sebagai penghalang utama untuk melengkapkan hegemoninya di Timur Tengah. Iran bukan sahaja tidak tunduk, malah meletakkan agenda utama negara membebaskan Baitulmaqdis serta menggagalkan usaha Barat menguasai Timur Tengah. Sejak tamatnya perang Iran-Iraq pada tahun 1988, Iran telah mengisytihar bahawa AS adalah musuh utamanya yang menjadi penyebab ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah sehingga berlaku pelbagai konflik yang meragut ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa. 

d. Sejak penubuhan Republik Islam Iran pada tahun 1979, Iran berusaha meyakinkan negara-negara Timur Tengah bahawa mereka boleh membina kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada Barat. Kecekalan, kesungguhan dan kesabaran Iran dan warganya tidak boleh dinafikan kerana walaupun ditekan, disekat dan dihalang, Iran berjaya membina kekuatan dari sudut geopolitik, ekonomi dan ketenteraan. Iran bukan sahaja berjaya melepasi halangan untuk membangunkan kembali ekonominya,  malah turut berjaya membangunkan teknologi ketenteraan hingga setara dengan teknologi yang dikuasai oleh Barat ketika ini. 

Buktinya, lihat sahaja serangan peluru berpandu balistik Iran ke atas Israel sebagai balasan terhadap pembunuhan As-syahid Ismail Haniyeh di Tehran. Iron Dome, David Sling dan Arrow propaganda Barat  sebagai sistem pertahanan udara terbaik di dunia langsung tidak mampu menangkis serangan peluru berpandu balistik Iran yang mengenai sasaran strategik di sekitar Tel Aviv dan tempat-tempat lain di Israel.

e. Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam kenyataannya menegaskan agar tidak memandang serangan rejim Zionis Israel ke atas negaranya dalam bentuk skala besar atau kecil, akan tetapi keutamaannya ialah penyatuan Dunia Islam bagi menentang kezaliman rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin dan Lubnan. Beliau juga menyatakan bahawa Iran akan bertindak balas terhadap serangan tersebut walaupun mendapat amaran dari AS agar tidak melakukannya.

Melihat perkembangan semasa, secara tiba-tiba rundingan gencatan senjata di Semenanjung Gaza diaktifkan semula oleh Barat, di mana ia mengejutkan banyak pihak kerana kegagalan sebelum ini yang menghentikan rundingan tersebut adalah berpunca daripada Benjamin Netanyahu dan haram jadah Israel. Adakah ia berlaku untuk melembutkan Iran agar tidak menyerang balas Israel? Adakah semua ini berlaku kerana Barat khususnya AS sedar bahawa jika sekali lagi Iran menyerang Israel bermakna akan bermulalah pengakhiran dan legasi rejim Zionis Israel di Timur Tengah?

Adakah semua ini berlaku kerana AS sedar bahawa ia sendiri tidak mampu menghalang dan membantu rejim zionis Israel jika diserang Iran? Sama-sama kita doakan agar Allah SWT memelihara orang-orang yang memperjuangkan kebenaran dan membebaskan Palestin dan warganya daripada cengkaman penjajahan regim zionis Israel. Semoga yang khianat, munafik dan bersekongkol dengan orang-orang zalim dan melakukan jenayah perang diberikan balasan yang setimpal dan maha berat oleh Allah SWT.

Dan lagi, sila lihat....

Perubahan geopolitik negara Islam dan Israel 

Menteri Luar Iran, Dr Abbas Araghchi (dua dari kanan) diiringi rakan sejawat, Putera Faisal ketika berkunjung ke Arab Saudi.

a. Sebelum berlaku serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober 2023, kebanyakan negara Arab dan Islam berada pada fasa normalisasi dengan negara haram itu.

Antaranya ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tanpa segan silu menghebahkan kepada dunia tentang hubungan dagang antara kedua-dua negara tersebut melalui media sosial dan laman rasmi yang boleh diakses oleh sesiapa pun.

b. Malah, Dewan Perdagangan UAE-Israel memiliki ibu pejabat di Tel Aviv setelah kedua-dua negara memeterai Perjanjian Abraham pada tahun 2020. Namun, semuanya berubah selepas operasi ketenteraan Taufan al-Aqsa di mana kali terakhir mereka mengemas kini maklumat perdagangan hanya pada 8 Oktober 2023.

Setelah berlakunya serangan balas yang dilancarkan Israel, negara-negara yang mempunyai hubungan dan normalisasi dengan Israel seperti UAE, Mesir dan Jordan telah mengubah pendirian mereka dengan mengkritik serangan demi serangan yang memakan korban penduduk awam di Gaza dan terkini di Lubnan.

c. Menteri Luar Negara Jordan, Ayman Safadi telah bertemu dengan diplomat Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken lalu menuntut untuk sesuatu tindakan diambil berhubung penghapusan etnik yang terjadi di utara Gaza.

Sementara itu, Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty telah berucap pada pertengahan Oktober yang lalu di Perhimpunan Dewan Keamanan PBB, bahawa Israel adalah penyebab kepada bencana kemanusiaan besar-besaran yang belum pernah berlaku sebelum ini di Gaza.

d. Perubahan geopolitik di Asia Barat sedang berlaku dengan pantas, sebelum serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, Arab Saudi kelihatan terbuka untuk menjalin hubungan lebih erat dengan Israel. Namun, setelah setahun berlalunya konflik di Gaza, Riyadh semakin mesra dengan musuh tradisinya, Iran.

Berlakunya perubahan dasar luar Arab Saudi yang sebelum ini dilihat bersedia mengiktiraf Israel dalam pemulihan hubungan (normalisasi) yang boleh mengubah landskap politik di Asia Barat. Sebelum ini, hubungan Arab Saudi dan Israel kelihatan semakin dekat dengan perjanjian damai yang akan memberikan manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

Arab Saudi yang sebelum ini dilihat longgar dalam soal penubuhan negara Palestin, kini bergantung kepada penerimaan Israel terhadap negara Palestin yang berdaulat sebagai syarat utama dalam mana-mana perbincangan dengan negara itu.

e. Sikap itu amat berbeza dengan pendekatan sebelum ini apabila pemulihan hubungan dengan Israel dilihat sebagai satu cara untuk mengukuhkan kedudukan Riyadh di peringkat antarabangsa tanpa memberi keutamaan besar kepada isu Palestin berhubung dengan kekejaman yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan jumlah korban Palestin di Semenanjung Gaza meningkat kepada 42,847 orang. Dalam tempoh 24 jam terakhir, serangan tentera Israel telah meragut 55 nyawa dan mencederakan 132 yang lain, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa cedera seramai 100,544 orang.

Kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel telah membina pandangan awam yang tidak mungkin dapat diperbaiki, justeru untuk para pemimpin politik di negara-negara Arab untuk kembali kembali “normalisasi” adalah hampir mustahil.

Itulah realitinya masakini.

....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails