Saturday, November 30, 2024

Al-hamdulillah, PAS mesra rakyat. Relawan tarik kereta..

 

1. Sukarelawan tarik kereta tenggelam di Tangga Bradley November 27, 2024

KUALA KRAI: Gabungan Sukarelawan Kuala Krai bekerja keras menarik keluar dua kereta penduduk yang hampir ditenggelami banjir di Jeti Tangga Bradley (Krai) pagi tadi.

Dua kereta terbabit dipercayai milik penduduk yang tinggal di kampung seberang Kuala Krai.ADUN Guchil, Hilmi Abdullah berkata, gotong royong menarik keluar kereta terbabit disertai Skuad Bantu […] Al-hamdulillah!

2. PAS ini parti ‘free size’ October 16, 2020

ADA orang kata PAS ini parti tak tetap pendirian. Hipokrit dan macam-macam tuduhan dilemparkan, hanya kerana pendirian PAS dilihat sering berubah-ubah. Terutamanya dalam memilih rakan sekutu politik.

Saya nak beritahu mereka bahawa PAS ini bukan tidak ada pendirian. Tapi PAS ini parti free size. Size apa pun PAS boleh pakai. Dari sebesar-besar size  sampailah sekecil-kecil size. Syaratnya satu sahaja demi Islam. Kalau payah faham saya buat satu contoh.

Kepada orang yang tak faham Islam mereka akan kata orang Islam ini tak tetap pendirian. Sebab mereka lihat adakalanya orang Islam itu dibolehkan makan lembu. Tapi ada masa diharamkan makan lembu. Adakala haram makan babi tapi tiba-tiba di masa lain pula dibenarkan makan babi. Kamu tahu tak?… Waktu dibenarkan makan lembu itu kerana ianya disembelih oleh orang Islam. Waktu diharamkan makan lembu itu pula kerana ia disembelih oleh tok sami. 

Jadi di sini bukan lembu itu subjek hukumnya tapi subjek hukumnya ialah siapa yang menyembelihnya. Manakala babi pula diharamkan memakannya walaupun disembelih oleh tok imam. Tapi bila keadaan kelaparan sudah dharurah yang mengancam nyawa maka dibolehkan memakannya. Jadi di sini bukan soal penyembelihnya atau bukan soal babi itu. Tapi soal keadaan si pemakan itu sendiri. 

Kembali kepada PAS. PAS boleh bersama siapa sahaja asalkan mereka menerima Islam atau sekurang-kurangnya tidak memusuhi Islam. Walaupun mereka bukan-Islam. PAS tidak bersedia bersama orang yang anti Islam atau merugikan Islam walaupun mereka itu orang Islam. Jadi bila PAS bersama dengan mana-mana pihak bukan soal pihak itu tapi ialah soal sikap mereka terhadap Islam. 

Ini berbeza dengan PAN. Ketika DAP lunak dengan Islam dalam PR dahulu mereka terima DAP. Tapi bila PAS memutuskan hubungan dengan DAP kerana perubahan sikap DAP yang anti Islam, mereka tetap follow DAP. Begitu juga ada penyokong Anwar yang follow Anwar ketika Anwar memimpin ABIM dan menentang Umno dia ikut sama maki Umno. Bila Anwar masuk Umno dia masuk Umno. Bila Anwar dikeluarkan dari Umno dan menubuhkan PKR dia ikut Anwar. Bila Anwar puji PAS ketika dalam PR dia ikut puji PAS. 

Bila Anwar mengambil sikap bersama dengan DAP dan maki PAS, dia turut maki PAS. Jadi size mereka ialah size Anwar. Mereka tak boleh dah pakai size lain. Sebab itu kalau Anwar baca Quran mereka tepuk tangan dan kalau Anwar menari pun mereka akan tepuk tangan. 

Atas sikap mementingkan Islam makanya PAS melupakan perseteruan dengan Umno dalam tempoh 60 tahun lebih. Kerana demi mengukuhkan Islam dan umat serta menyekat penguasaan politik DAP serta parti-parti mesra DAP ke atas negara ini. Atas asas yang sama PAS boleh menerima BERSATU yang keluar dari PH, kumpulan mesra DAP.

PAS bukan tak tetap pendirian… tapi PAS free size. Asalkan size itu ialah Islam.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 16/10/2020


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, ini bukti, 'PAS parti berkebajikan pilihan rakyat'.

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se Malaysia(PAS) adalah sebuah parti yang bertunjangkan siasah, dakwah dan tarbiyah menerusi kerja-kerja kebajikannya sehingga menjadikannya pilihan rakyat tanpa mengira agama. Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat, Dr. Rosni Adam menjelaskan PAS adalah parti yang mesra rakyat dengan kerja-kerja kebajikan.

“Bagaimana kita nak usahakan agar Muslimat PAS boleh menjadi agen dakwah menerusi kerja-kerja kebajikan, supaya kita mudah diterima oleh rakyat Malaysia. Dengan ini, mereka bukan saja dapat mengenali PAS malahan menjadi penyokong dan pendokong kepada mata rantai perjuangan PAS. 

Merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Rosni bercakap demikian sebagai ahli panel dalam slot bual bicara ‘Talk Show, We Love We Care’ Di Himpunan Fatimah Az-Zahra (Himpunan Kebajikan Muslimat PAS Terengganu) di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu pada 2 Ogos 2024 baru-baru ini.

Himpunan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim turut dihadiri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keperihatinan Sosial Muslimat Terengganu, Zuraida Md Noor dan lebih 400 orang muslimat dari seluruh Terengganu. 

Dalam majlis tersebut juga turut disampaikan Anugerah Tokoh Kebajikan kepada sepuluh orang tokoh Muslimat kawasan–kawasan serta tokoh Kebajikan Muslimat Negeri dan Muslimat Muda.  

Sementara itu, ahli panel kedua, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Uyun Abdul Malik berkata menerusi Agenda Berkebajikan terbuka ruang yang luas kepada muslimat menyantuni masyarakat dengan lebih dekat, dapat ziarah rumah ke rumah dan seterusnya mengikat hati-hati mereka.

“Kebajikan sangat luas bukan hanya ziarah semata-mata, bukan sekadar memberi sumbangan sahaja, kita juga perlu menekankan untuk pembangunan terutamanya ekonomi.

“Membantu mereka yang terlibat dengan industri kecil menerusi bantuan mesin atau sebagainya samada bila kita menjadi kerajaan atau tidak, kerja-kerja kebajikan mesti diteruskan,” ujarnya lagi.

Di dalam ucapan aluannya, Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata kebajikan dalam Islam tertegak di atas dua paksi.

” Tertegaknya hubungan kita dengan Allah, dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

“Paksi yang kedua, iaitu hubungan sesama manusia, hubungan sesama Islam, sesama jemaah Islam yang merangkumi adab-adabnya, dan juga hubungan dengan masyarakat bukan Islam,” jelasnya lagi ketika dihubungi hari ini.

Jom sokong PAS, parti kerana agama, bukan seperti parti-parti sekular lain.. Insya Allah akan bersambung.

....

Friday, November 29, 2024

Tegakkan Islam menjadi fardu ain. Kuasa besar kafir

 

1. TIS 2024: Intisari ucapan Tuan Guru Abdul Hadi November 23, 2024

Saya membuat catatan ucaptama Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu International Summit 2024 (TIS 2024) pagi ini.

Beberapa intisari ucapannya di bawah:

كَانَ النَّاسُ اُمَّةً وَّاحِدَةً ۗ فَبَعَثَ اللّٰهُ النَّبِيّٖنَ مُبَشِّرِيْنَ وَمُنْذِرِيْنَ ۖ وَاَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيْمَا اخْتَلَفُوْا فِيْهِ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ فِيْهِ اِلَّا الَّذِيْنَ اُوْتُوْهُ مِنْۢ بَعْدِ مَا جَاۤءَتْهُمُ الْبَيِّنٰتُ بَغْيًا ۢ بَيْنَهُمْ ۚ فَهَدَى اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيْهِ مِنَ الْحَقِّ بِاِذْنِهٖ ۗ وَاللّٰهُ يَهْدِيْ مَنْ يَّشَاۤءُ اِلٰى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمٍ

Maksudnya: “Manusia itu (dahulunya) satu umat. Lalu Allah mengutus para nabi (untuk) menyampaikan khabar gembira dan peringatan. Dan diturunkanNya bersama mereka kitab yang mengandungi kebenaran, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Dan yang berselisih hanyalah orang yang telah diberi (Kitab), setelah bukti-bukti yang nyata sampai kepada mereka, kerana kedengkian di antara mereka sendiri. Maka dengan kehendak-Nya, Allah memberi petunjuk kepada mereka yang beriman tentang kebenaran yang mereka perselisihkan. Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.” (Al-Baqarah: 213)

Ulama tafsir menyebut manusia beragama satu sahaja iaitu agama Allah selepas 1,000 tahun wafatnya Adam.

Manusia ada 3 peranan: ibadat, khalifah, amanah- tunaikan petunjuk Allah, melalui wahyu atau akal utk mentadbir dengan baik dan adil.

Selepas itu manusia lalai. Cipta ajaran sendiri, langgar fitrah, rosakkan diri manusia, lantik tuhan selain Allah.

Allah utuskan Nabi Nuh, iaitu Nabi pertama berjuang, ajak kembali kepada Allah, diakhiri dengan Nabi SAW.

Manusia diberi ilmu dalam pelbagai bidang. Bangunkan diri manusia dengan ilmu.

Nabi Ismail dibesarkan di tanah kering Mekah, tetapi dibangunkan dengan ilmu.

Nabi SAW bangunkan negara Madinah, sesuai dengan manusia yang bersifat madani. Ibn Khaldun sebut:

الناس مدني بالطبع

Manusia hidup secara bermasyarakat secara tabiinya.

Nabi bangunkan negara bandar di Madinah, terdiri daripada umat Islam dan bukan Islam. Umat Islam memerintah, ajak non-Nuslim yang tidak ekstrem untuk bersama.

Umat Islam kembangkan pengaruh di seluruh pelosok bumi di bawah pemerintahan Islam. Islam dianggap penyelamat, bukan penjajah. Rom dan Parsi jatuh.

Islam mengislamkan manusia, islamkan ilmu, islamkan negara.

Iqra’ sebagai asas. Imam Ghazali sebut ilmu itu ada fardu ain dan fardu kifayah. Orang kita diajar fardu kifayah hanya solat jenazah sahaja misalnya.

Nabi jinakkan hati orang Arab dari mereka yang keras hatinya kepada lembut hatinya. Ilmu bermanfaat diterjemah daripada bahasa lain ke dalam bahasa Arab. Muncullah tamadun Islam.

Orang Islam menjadi orang pertama dalam pelbagai bidang sains dan lain-lain.

Allah uji manusia dengan menjadi pemerintah dan ada kuasa. Guna untuk apa.

Islam jatuh dengan sebab tinggalkan ajaran Islam. Umar Al-Khattab, bila dapat tawan Bait Al-Maqdis, kalahkan Empayar Rom, Byzantine berucap: “Kita adalah satu kaum yang diberi kemuliaan dengan Islam. Jika kita mencari kemuliaan selain Islam, kita dihina oleh Allah”.

Orang Islam lemah, diratah oleh orang lain. Bukan kerana sedikit tetapi tidak berkualiti, seperti buih di laut. Allah cabut rasa gerun terhadap kamu daripada musuh. Penyakitnya ialah kerana kasih dunia dan bencikan kematian.

Umat Islam tinggal Islam, digoda oleh orang bukan Islam.

Orang Arab minta tolong Barat jatuhkan kerajaan Islam Turki.

Kuasa Islam jatuh, antaranya kerana berbalah sesama sendiri, dibantu oleh tokoh-tokoh Barat yang ramai.

Allah janji bahawa Islam tak dapat dipadamkan walaupun lemah, lumpuh. Islam tetap bercahaya. Ada kumpulan yang pertahankan Islam sampai bila-bila. 

Gaza lebih kecil dari sebuah daerah di Terengganu. Berlaku kebangkitan yang hebat. Negara Arab tak dapat lawan Yahudi. Mesir lawan Israel, 7 hari kalah. Ada negara Arab yang lain perang, 3 hari kalah. Kenapa? Kerana tak bina kekuatan dengan ikhlas. Duit banyak, tapi belanja utk yang lain.

Allah sebut:

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bersedia untuk menentang mereka, apa-apa kekuatan yang kamu mampu..” (Al-Anfal: 60)

Bina kekuatan itu ikut masa dan zaman. Dulu panah, sekarang senjata sekarang.

Sedikit negara tolong Gaza. Banyak negara tak tolong, sangat mengecewakan. Setahun lebih, Gaza belum kalah. Israel pula semakin hari makin jatuh. Allah atur perkara ini, nak uji kita sebagai orang Islam.

Nabi sebut:

لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم إلا ما أصابهم من لأواء، حتى يأتيهم أمر الله. وهم كذلك”، قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: “ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sentiasa ada dalam kalangan umatku yang muncul menegakkan agama, melawan musuh mereka. Mereka yang memusuhi kumpulan ini tidak dapat memudaratkan mereka melainkan sedikit kesusahan yang menimpa mereka, hingga datang urusan Allah kepada mereka, dalam keadaan mereka begitu.’ Sahabat bertanya: ‘Wahai RasulAllah! Di mana mereka?’ Nabi bersabda: ‘Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.”

Nabi sebut perkara ini. Betul sungguh. Jiran-jiran Gaza buat tak tahu. Yang menarik, kumpulan Islam berperang menurut kaedah syarak – tak bunuh tawanan, tak serang hospital. Tidak seperti rejim Zionis. Tentera pengaman PBB pun ditembak. Kesannya mahkamah jenayah antarabangsa tidak berpihak kepada rejim Zionis.

Program ini walaupun dibuat di Terengganu, kecil sahaja, tetapi ada kebaikannya.

Tanggungjawab tegakkan Islam menjadi fardu ain atas setiap orang Islam. – HARAKAHDAILY 23/11/2024


2.  Zionis, negara kuasa besar kafir berpakat  -Kamal Abu 'Aun


5 hari lalu — Ya Alah Kau lindungilah para ulamak. Mengikut Sunah Nabi dan Islam. Kau hancurkan orang munafik dan yang menghina. Islam.
5 hari lalu — Ahli Majlis Politik Hamas, Kamal Abu 'Aun berucap dalam ceramah Untukmu Al-Aqsa pada malam Sabtu. #malaysianometry #pnbest #palestin.
6 hari lalu — [ Siaran Langsung ]]!! SESI PEMBENTANGAN TERENGGANU INTERNATIONAL
 SUMMIT (TIS) 2024 PENGISYTIHARAAN RESOLUSI : YBHG. PROF. MADYA DR.



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, melihat perkembangan masa kini, kita perlu membuka minda kita memahami bersama minda Presiden PAS.

Minda Presiden PAS [Bil: 97 / 2023] 
ZIONIS MERANCANG PERDAMAIAN YANG  ZALIM 

Siapakah Zionis? Mereka ialah penganut Zionisme. Zionisme (Ibrani: Tsiyonut; Arab:  صهيونية atau Sahyuniyyah; bahasa Inggeris: Zionism) ialah gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa yang menanamkan ideologi fanatik kebangsaan Yahudi yang percaya bahawa merekalah bangsa yang paling mulia, adapun bangsa lain (Goyim) pula bukanlah manusia yang sebenar. 

Selain itu, mereka juga berjuang mendirikan negara bangsa Israel dalam kawasan Palestin sehingga daripada laut ke laut iaitu daripada Sungai Nil ke Sungai Furat. Berpusat di Bait al-Maqdis dan mendirikan Haikal Sulaiman (kuil besar Yahudi) di atas kawasan Masjid al-Aqsa.

Asal usul gerakannya telah bermula lebih awal sejak beberapa abad yang lalu dengan nama Freemason, namun secara rasmi dan lebih terbuka akhirnya diciptakan Pertubuhan Zionis Antarabangsa. Pertubuhan itu ditubuhkan oleh seorang wartawan berbangsa Yahudi Austria-Hungary, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19 melalui penerbitan bukunya, Der Judenstaat.

Kemudiannya, berlaku pula reformasi dalam agama Kristian sehinggakan tercipta mazhab baharu yang menggabungkan ajaran Kristian bersama Zionis kerana mereka mempercayai bahawa peristiwa akhir zaman akan berlaku apabila muncul pemimpin pada akhir zaman yang bergelar Mesias

(Ibrani Moden: Mashiaẖ; Tiberian: Māšîăḥ; dan dalam teks-teks Yahudi Moden dalam bahasa Inggeris pula dieja Mashiach) iaitu tokoh besar yang memimpin negara Israel Agung yang menguasai dunia. Adapun Islam pula menamakannya al-Masih al-Dajjal (pembohong besar).

Gerakan Zionis yang bergabung ini berjaya menguasai dua kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat dan British. Malah, kumpulan ini juga berjaya menghasilkan Perjanjian Balfour yang terkenal bagi merampas bumi Palestin secara paksa dan ganas bagi menubuhkan negara haram Israel.

Theodor Herzl pergi menemui Khalifah ‘Uthmaniyyah terakhir, Sultan Abdul Hamid dengan menawarkan rasuah kepadanya sebanyak empat juta pound sterling British (pada zaman itu) supaya menyerahkan tanah Palestin yang berada di bawah kekuasaan Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah. Baginda menolak tawaran itu dengan penuh rasa murka, apabila beliau menegaskan:

“Aku sekali-kali tidak akan menodai jihad nenek moyangku yang ditulis dengan tinta emas kerana mempertahankan Islam.”

Penduduk pertama yang berada di Palestin ialah kabilah Kan‘an (rumpun Arab), ketika itu belum ada lagi Bani Isra’il atau bangsa Yahudi. Allah SWT memilih Nabi Ibrahim AS supaya berhijrah ke Palestin dan dilahirkan daripada zuriatnya para anbiya’, maka dijadikannya negeri bagi para anbiya’ untuk menegakkan kitab Allah pada zaman masing-masing. Termasuklah Nabi Musa AS yang datang dari Mesir setelah lahirnya kaum Bani Isra’il, diikuti nabi-nabi selepasnya yang berakhir dengan Nabi Muhammad SAW. 

(Sila lihat seterusnya ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 6 Jumada al-Ula 1445 / 20 November 2023)

Sekian dulu, wallahu 'aklam. Bersambung insya Allah Taala.

....

Thursday, November 28, 2024

Jawab ini.. ‘Depa pi mana?’

 

ALOR SETAR: Ketiadaan ketiga-tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) ketika Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, Dzowahir Ab Ghani melakukan ucapan pergulungan menimbulkan tanda tanya ramai anggota dewan.

Hal itu sempat ditegur oleh Abdul Ghafar Saad (PN-Guar Chempedak) ketika mencelah ucapan pergulungan tersebut yang turut menyifatkan mereka itu tidak mahu mendengar […]

Bagaimana hendak selesaikan kerugian RM2.6 bilion? 

Mohd Hasnizan Harun

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil langkah tegas untuk menyelesaikan isu penyelewengan wang yang berlarutan selama puluhan tahun.

Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) menekankan pentingnya kawalan yang lebih ketat dan mekanisme pengesanan awal dalam menangani transaksi kewangan mencurigakan.Beliau mempersoalkan keupayaan kerajaan menangani kerugian besar yang dilaporkan mencecah RM2.6 bilion dalam tempoh […]

‘Grand design’ cuba gagalkan pelaburan ke Kedah 

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menegaskan, beliau mempunyai maklumat berkenaan komplot ‘grand design’ yang berusaha menggagalkan pelaburan swasta di Kedah.

“Biar menjadi rahsia. Ada dalam ini,” katanya sambil menghalakan tangannya ke hati beliau yang terdahulu menegaskan buat masa ini belum mahu mendedahkannya lagi. Dalam pada itu, […]

Sila rujuk HarakahDaily..


1. Islam sebagai penyelamat. (Tajuk asal 'Strategi PAS bersifat nasional, bukan kenegerian September 4, 2022  Harakah.

ALOR SETAR: Tujuan kedatangan Islam adalah untuk menyelamatkan dan mengajak manusia seramai-ramainya, bukan menghambat menghalau, apatah lagi membunuh, demikian kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 

Menurutnya, peperangan berlaku adalah kerana dipaksa musuh-musuh Islam, namun Islam tetap mendahulukan perdamaian di mana Nabi pilihan Allah Muhammad S.A.W menunjukkan pendekatan secara positif kepada semua manusia.  

“Sama ada Islam dan bukan-Islam. Para ulamak dakwah dan politik menggariskan beberapa pendekatan yang diambil oleh Nabi S.A.W dan inilah yang wajib kita ikut. Pendekatan himayah, pendekatan tahaluf, pendekatan taawun.  

Himayah ialah meminta perlindungan daripada sesiapa sahaja di zaman Islam itu ditindas, dizalimi, zaman belum ada kuasa, maka Nabi dan Sahabat-sahabatnya mendapat perlindungan daripada keluarganya Bani Hashim dan Bani Muthalib. 

“Perlindungan daripada kaum yang ada di Makkah, mereka yang ada sifat kemanusiaan walaupun mereka tak masuk Islam. Tetapi mendekati mereka yang baik, yang bersikap kemanusiaan, yang menjalin hubungan silaturrahim,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah, di sini sebentar tadi. 

Jelasnya, kalangan Bani Hashim dan Bani Mutthalib dan kalangan kabilah yang lain, sehingga sanggup mempertahankan Nabi dan Sahabat-sahabatnya dengan jiwa raga walaupun tidak masuk Islam. 

Malah tegasnya, wajib beristiqamah yakni teguh di atas dasar dan prinsip sepertimana Nabi SAW dipujuk menerima jawatan menjadi raja pemimpin, diberi harta kekayaan dengan syaratnya tidak bawa Islam.  

“Maka Nabi tolak dengan keras. Tak ada tolak ansur dalam perkara dasar dan prinsip. Matlamat perjuangan, tegas dalam masalah ini. Ini menjadi pengajaran kepada kita. Mengambil pendekatan taawun, bertolong menolong dalam perkara baik, tak boleh dalam perkara jahat dan permusuhan. Maksiat.  

“Ketika berhijrah, Nabi mengambil khidmat seorang musyrik yang bukan-Islam, Abdullah bin Uraiqit yang belum Islam, memandu jalan ke Madinah, jalan pintas, jalan rahsia, walaupun dia bukan seorang Islam, dia bencikan kezaliman, tak bersama dengan mereka yang zalim dan melampau. 

“Ketika di Madinah, Nabi kita mengambil pendekatan tahaluf, bersefahaman dengan orang bukan-Islam di Madinah, dengan pendekatan perpaduan ummah. Yang pertama perpaduan umat Islam sendiri, yang kedua perpaduan manusia di atas nama kemanusiaan. 

“Menyatukan umat Islam Muhajirin dan Ansar Aus dan Khazraj di atas nama Islam, menjadi tonggak kerana Islam yang memimpin, Islam yang berkuasa, Islam yang memerintah, Islam yang memandu, perpaduan Islam menjadi tonggak,” jelasnya. 

Kemudian katanya, diajak orang bukan-Islam yang tidak ekstrem, kalangan Yahudi Bani Qaynuqa’, Bani Nadhir, Bani Khuraizah, Kabilah Khuzaah yang musyrik dan lain-lain lagi.  

Mereka itu menurutnya, bencikan peperangan dan kejahatan, lalu diajak bergabung sama dalam perpaduan, mewujudkan keamanan dengan pemerintahan Islam yang adil dan ada mereka masuk Islam. 

Dengan perpaduan ummat ujarnya, telah berjaya membina satu kekuatan, menyampaikan mesej Islam, sehingga menguasai kabilah-kabilah Arab dan akhirnya menakluk dunia. 

(Ikuti selanjutnya dari tajuk asal 'Strategi PAS bersifat nasional, bukan kenegerian' September 4, 2022  Harakah.)


2. Sudah lama PAS mendunia January 26, 2024 

ASSALAMUALAIKUM tuan-tuan sahabat semua. Saya menerima video dari YB Senator Cikgu Hussin Ismail yang juga Pengerusi Tetap Muktamar PAS Pusat yang sekarang berada di Hydrabad Pakistan.

Mereka telah berjaya mengIslamkan dalam masa dua hari yang dirancang, seramai lebih kurang 800 orang, hasil bantuan NGO di sana. Majoriti mereka adalah orang miskin.

Inilah antara cabang kepada perjuangan PAS. Dakwah, tarbiah dan siasah. PAS tidak hanya menumpukan kepada politik semata-mata. PAS ada mempunyai pusat tarbiah di semua tempat yang mereka wujud.

Sebab itu kita boleh melihat markas tarbiah, PASTI, madrasah-madrasah di seluruh Malaysia. Mereka bergerak dengan kekuatan dan kemampuan dari sumbangan anda semua.

Tidak juga menjadi sesuatu yang luar biasa apabila ramai asatizah PAS yang bertebaran di seluruh ceruk Malaysia dijemput dalam program dakwah kerana kepercayaan masyarakat terhadap kebolehan asatizah PAS. 

Maka siasah ataupun politik pula adalah kuasa yang diperlukan bagi menguatkan lagi akar tarbiah dan dakwah ini untuk menjadi lebih mantap dan berkesan.

Kita berpolitik dengan mengetahui susur galur jemaah yang kita sokong dan dibuktikan sejak zaman berzaman. Inilah yang membezakan PAS dengan kumpulan politik yang lain yang hanya mahu mencapai matlamat dunia. Matlamat mereka itu menghalalkan semua cara.

Manakala kuasa dan kekayaan pula diturunkan kepada keluarga dan juga penyokong kuat mereka bagi mempertahankan kuasa.

Semoga PAS terus diberkati. Jom menyumbang kepada PAS, insya-Allah kita berkongsi pahala.

MOHD NASIR ABDULLAH
26 Januari 2024 – HARAKAHDAILY 26/1/2024

Sumber Asal: https://fb.watch/pOPadMBKPj/?mibextid=UyTHkb  


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau PAS tawan Selangor. Ini..

Bukan Islam tidak perlu ubah cara hidup jika PN memerintah – Pas Selangor 

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri (tengah) dalam sidang akhbar akhbar selepas menghadiri program Munaqasyah ucapan dasar Presiden Pas ke-70 peringkat negeri Selangor di Pusat Konvensyen Bangi, hari ini.

BANGI – Pas Selangor memberi jaminan penduduk bukan Islam tidak perlu mengubah cara hidup mereka sekiranya Perikatan Nasional (PN) mentadbir negeri itu atau Kerajaan Pusat pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri, penduduk bukan Islam tidak seharusnya bimbang berhubung perkara itu memandangkan Pas menghormati hak kaum-kaum lain di negara ini.

Sehubungan itu, ujarnya, Pas akan terus memberi kefahaman kepada penduduk bukan Islam yang mana perjuangan parti itu juga adalah untuk menjaga kebajikan semua kaum.

“Rakyat bukan Islam jangan bimbang dengan Pas sebab ini jaminan kita, kita tak akan ganggu atau ubah cara hidup mereka, itu hak mereka.

“Kita akan pastikan Pas bersama PN hanya mahu menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Munaqasyah ucapan dasar Presiden Pas ke-70 peringkat negeri Selangor di Pusat Konvensyen Bangi, di sini, hari ini.

“Sebab itu saya cakap rakyat Selangor sepatutnya dapat yang lebih baik,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu banjir, tambah beliau, Pas Selangor juga akan menghantar memorandum kepada Kerajaan Pusat supaya disegerakan program rancangan tebatan banjir termasuk di Sungai Buloh bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku ketika ini. – MalaysiaGazette 

Sekian. Harap maklum. Bersambung, insya Allah..

....

Tuesday, November 26, 2024

Antara projek pungguk rindu bulan & tilapia.. M'sia pro HAMAS?

 

KUANTAN: Hampir setahun jambatan bailey di kawasan burung unta jalan Kuantan-Segamat beroperasi ekoran kerosakan teruk jalan tersebut akibat mendapan kesan daripada banjir hujung tahun 2023.
“Kejadian ini bukan pertama kali berlaku,” ujar Ahli Dewan Negeri Pulau Manis, Rafiq Khan Ahmad Khan dalam satu kenyataan menerusi laman sosialnya.

Rafiq Khan Ahmad Khan Bahkan, […] (Sila rujuk HarakahDairy).


Projek ternakan ikan tilapia perkasa ekonomi komuniti 

Dr Tengku Muhammad Fakhruddin (tiga dari kiri) melepaskan benih anak ikan tilapia

DUNGUN: Projek ternakan ikan tilapia menggunakan teknologi Rapid Biofloc di bawah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sura Lapangan Terbang mampu menjadi pemangkin kepada penduduk untuk meningkatkan pendapatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, projek itu berpotensi membuka peluang ekonomi baru yang […] (Sila rujuk HarakahDairy).

Bandingkan, mana projek yang mesra rakyat?


1. Bengkel hala tuju jadikan Terengganu mesra pemaju  

KUALA TERENGGANU – Satu Bengkel Hala Tuju Pembangunan Perumahan Negeri Terengganu telah diadakan selama dua hari bermula hari ini bertujuan menyelesaikan masalah perumahan dan menjadikan Terengganu mesra pemaju.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata selain itu kerajaan negeri berhasrat menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) kepada rakyat Terengganu yang layak.

Katanya, melalui bengkel itu, pihaknya juga boleh membuat analisa situasi, menambahbaik Dasar Perumahan Rumah Mesra Rakyat (RMR RAHMAN), Merangka Strategi, Pelan Tindakan dan Sasaran Unit Perumahan Sepanjang Tahun 2023 hingga 2028 serta Pelan Strategik Perumahan Terengganu.

“Setiap slot bengkel ini di harap dapat mencapai objektif dalam penambahbaikan dasar perumahan negeri Terengganu, penambahbaikan rekabentuk Rumah Mampu Milik (RMM), penambahbaikan proses dalam kelulusan dan juga pelaksanaan projek pembangunan perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Pembentangan Kertas Kerja Hala Tuju Pembangunan Perumahan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini. 

(Selanjutnya sila lihat 'Bengkel hala tuju jadikan Terengganu mesra pemaju'.


2. KPKT sasar bina 500 unit Rumah Mesra Rakyat di Kelantan -Bernama 12/05/2023 23:24 MYT 

Gambar hiasan

KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sejumlah 500 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di Kelantan tahun ini berikutan permohonan yang sangat menggalakkan.


Ketua Setiausahanya, Datuk M Noor Azman Taib, berkata pembinaan tersebut bakal melibatkan RM10 juta subsidi daripada Kerajaan Persekutuan. 
"Sejumlah 13,719 permohonan yang kita terima dari Kelantan semenjak program ini diperkenalkan pada 2002 dengan 9,260 unit RMR berjaya dibina melibatkan peruntukan subsidi RM185 juta.


"Sepanjang Januari sehingga April tahun ini, sebanyak 740 permohonan diterima manakala 662 permohonan lagi masih dalam senarai menunggu," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci dan Penghargaan Program RMR peringkat Kelantan, di sini, hari ini.
Menurutnya, pembinaan RMR menyaksikan Kelantan menjadi negeri yang mempunyai jumlah pembinaan tertinggi di Malaysia berbanding negeri lain.
"Sepanjang Januari sehingga April tahun ini, sebanyak 740 permohonan diterima manakala 662 permohonan lagi masih dalam senarai menunggu," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci dan Penghargaan Program RMR peringkat Kelantan, di sini, hari ini.
Menurutnya, pembinaan RMR menyaksikan Kelantan menjadi negeri yang mempunyai jumlah pembinaan tertinggi di Malaysia berbanding negeri lain.
Noor Azman berkata KPKT amat menghargai penerima RMR di Kelantan yangtelah mencatatkan rekod pembayaran semula pinjaman yang baik kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Beliau berkata trend aliran pembayaran itu telah membantu SPNB untuk membuat pusingan modal awal bagi pembinaan unit RMR lain dan secara tidak langsung telah menyumbang kepada pembinaan lebih banyak RMR di seluruh negara.
Dalam pada itu, katanya, terdapat 526 kontraktor yang aktif di Kelantan dan secara keseluruhan 5,286 kontraktor telah berdaftar di bawah SPNB untuk melaksana pembinaan RMR di seluruh negara.
"Program RMR merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan Persekutuan yang dilihat sejajar konsep Perumahan Madani berlandaskan dasar pentadbiran yang lebih manusiawi kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya. -- BERNAMA  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, mengapa tiba-tiba Malaysia seolah-olah sokong HAMAS lawan Israel/AS? Dah tak takut ke?
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza disifatkan hina kemanusiaan - Hamas November 24, 2024 @ 1:02am 
Orang awam membantu mencari mangsa dalam kejadian serangan Israel di Hospital Kamal Adwan. - FOTO AFP
BANDARAYA GAZA: Hamas semalam mengutuk serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, dengan menyifatkannya sebagai 'penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa', lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, kumpulan pejuang Palestin itu meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan 'sekatan tegas' ke atas Israel. 
Hamas mendakwa tentera Israel melakukan 'genosid secara sistematik' di utara Gaza, termasuk 'serangan berturut-turut ke atas Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.'
Kumpulan itu turut mengecam 'kempen genosid, pembersihan etnik dan pengusiran paksa terhadap orang awam di utara Gaza, serta taktik kebuluran yang menyasarkan dua juta penduduk di wilayah itu' yang dilakukan Israel secara berterusan.
Hamas sekali gus meminta masyarakat antarabangsa untuk 'melaksanakan langkah-langkah menghukum terhadap pihak Israel bagi menghentikan pencerobohan dan pelanggaran undang-undang kemanusiaan.'
Terdahulu Pengarah hospital berkenaan, Dr Hussam Abu Safiya, menyifatkan serangan pada Jumaat lalu itu sebagai 'satu lagi episod hitam dalam siri pengeboman berterusan.'
Serangan berlangsung dari tengah hari hingga tengah malam itu menyasarkan 'kawasan penerimaan kecemasan, pintu masuk, kawasan lapang serta generator' sehingga menyebabkan 12 kecederaan, termasuk dalam kalangan doktor, jururawat dan kakitangan pentadbiran.
Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu yang meragut lebih 44,000 nyawa di mana kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 104,000 mangsa.
Khamis lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas dakwaan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga sedang berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangannya ke atas Gaza. – BERNAMA-AA
Sekian dulu...
..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails