Saturday, December 07, 2024

PN pantau masalah pendalaman Sarawak.. Jom bela rakyat!

 

Abdul Latiff Abdul Rahman

1.‘Saya nak bawa soalan ini khususnya ke Kelantan’ December 4, 2024

KUALA LUMPUR: Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) menuntut kerajaan menjelaskan kaedah pemantauan terhadap projek pemasangan lampu LED dan solar di bawah program Lampu Kampung Jalan Kampung, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. 

Beliau menyatakan keperluan mendesak untuk memastikan projek itu dilaksanakan dengan berkesan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Kelantan. 

“Soalan asal dari Sarawak dan yang jawab Timbalan Menteri dari Sarawak juga. Saya nak bawa soalan ini ke Semenanjung Malaysia, khususnya ke Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Latiff turut meminta kerajaan memberikan penjelasan mengenai perancangan menyeluruh projek tersebut, termasuk lokasi yang telah dikenal pasti, garis masa pelaksanaan, serta jumlah jalan yang terlibat, khususnya di kawasan Kuala Krai. 

“Kalau boleh sebut kalau ada timeline dan berapa jalan yang terlibat, khususnya di Kuala Krai,” tambah beliau.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dalam jawapannya berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merancang pemasangan lampu solar di seluruh negara pada 2025, dengan empat negeri—Sarawak, Pahang, Perak, dan Johor—telah dikenal pasti untuk fasa pertama.

Menurutnya, pemantauan projek itu dilakukan melalui Pejabat KKDW negeri berdasarkan permohonan penduduk kampung, dengan pelantikan kontraktor di Sarawak, manakala bagi Semenanjung, proses pemilihan kontraktor sedang berlangsung.

Tambahnya, pemasangan akan dilakukan di lokasi yang memenuhi kelayakan, dengan pemantauan rapi sebelum dan semasa pelaksanaan projek.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan Yusuf Abd. Wahab (GPS-Tanjong Manis) minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah status permohonan lampu jalan di kawasan luar bandar dalam Parlimen Tanjong Manis yang telah dikemukakan kepada Kementerian sejak tahun 2023. – HARAKAHDAILY 4/12/2024  


2. KKDW pasang lampu LED solar jalan kampung tahun ini. Diterbitkan:  Mar 19, 2024 6:49 PM 

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata kementerian itu sedang mendapatkan maklumat keperluan serta cadangan lokasi bagi pemasangan lampu berkenaan melalui pejabat KKDW negeri dan projek berkenaan dijangka bermula pada suku keempat tahun ini.

“Kawasan yang layak dipasang lampu LED solar termasuk kawasan luar bandar dan pinggir bandar, kampung Orang Asli, kecuali kampung di bawah rancangan Felda, di luar kawasan pengoperasian PBT (pihak berkuasa tempatan), taman perumahan atau penempatan semula yang dimajukan oleh pihak swasta atau perseorangan.

“Pemasangan juga layak untuk kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik atau sistem talian grid serta kawasan terpencil yang mempunyai kesukaran akses kepada jentera bagi tujuan pemasangan dan penyelenggaraan ataupun di jalan yang tiada sumber utiliti sekurang-kurangnya 100 meter,” katanya pada sesi kamar khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang bertanyakan mengenai cadangan pemasangan lampu LED solar di jalan bawah kelolaan kementerian itu. 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana pula dengan berita ini? Fikir-fikirlah..

BERNAMA - Kpkt Peruntuk Lebih Rm9 Juta Pasang Lampu Solar Di Kampung Baru  Cina

PROJEK LAMPU SOLAR LED - ITS Educational Supplies Sdn Bhd

Ya, fikir-fikirlah, bagaimana nasib bumiputra di negara ini, berbanding dengan layanan kepada anak emas puak keturunan pendatang?

Akhirnya, sila lihat lagi..

Titah Adendum beri penjelasan, jangan berbohong Peringatan kepada Kerajaan Pusat December 6, 2024 

KUALA LUMPUR: PAS dengan tegas mengecam sebarang usaha oleh kerajaan memerintah untuk memanipulasi fakta atau menyembunyikan hakikat kebenaran dalam isu yang melibatkan rakyat dan institusi negara.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, isu Titah Adendum yang didakwa membolehkan seorang bekas Perdana Menteri menjalani hukuman di rumah adalah perkara […] (Sila rujuk HarakahDaily)

Pemimpin negara juga perlu diberi peruntukan sara hidup December 6, 2024 

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pentingnya pemimpin negara diberikan peruntukan sara hidup yang mencukupi bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan berkesan.

Menurut beliau, Islam sejak awal lagi telah meletakkan asas kewangan untuk pemimpin, termasuk Rasulullah SAW, demi memenuhi keperluan kehidupan peribadi […] (Sila rujuk HarakahDaily)

Sekian, bersambung, insya Allah.

....

Thursday, December 05, 2024

Majikan X benarkan solat Jumaat, k'jan apa macam ni?

 

1. Masih ada majikan X benarkan solat Jumaat?

KUANTAN: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Cheka) meminta penjelasan sama ada terdapat mekanisme lain disediakan untuk pekerja membuat laporan terhadap majikan yang tidak membenarkan mereka melaksanakan solat Jumaat.

Menurut beliau, para pekerja ketika ini berdepan kegusaran kerana mereka perlu membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja sekiranya perkara sedemikian berlaku […] (Sila rujuk HarakahDaily) Kerajaan umat Islam apa ni?

23 Jan 2023  Masih banyak majikan tak bagi solat jumaat...... ... Tapi pejabat buruh kata tak ada akta
 wajibkan majikan untuk pekerja solat. ... x bg g solat ...


2. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI

hukum tak solat jumaat -Mufti Wilayah Persekutuan daripada www.facebook.com
2 Jul 2020 — KENYATAAN MEDIA PELAKSANAAN SOLAT JUMAATSOLAT BERJEMAAH DAN MAJLIS ILMU DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) DI ...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Majikan X benarkan solat Jumaat, k'jan umat Islam jenis apa macam ni?

(i). Pimpinan PH Terengganu dakwa merasa terhina? December 3, 2024  

WALAUPUN keadaan banjir di Terengganu sudah menunjukkan paras air yang sudah mulai surut dan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah ramai yang dibenarkan pulang, namun ada lagi yang belum dilihat surut. 

Permainan politik waktu banjir PH-BN di Terengganu, terus naik ke paras merah menunjukkan masih ada golongan gila berpolitik belum surut nafsu dan kehendak mereka menyerang Kerajaan Negeri Terengganu.

Sebelum ini, isu mengaitkan bantuan luar di Kemasik telah disabotaj oleh PAS kerana menggunakan plastik berlogo PAS bagi diagihkan kepada mangsa banjir. Dan setelah ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi membuat satu laporan polis atas fitnah itu, baharulah ia kemudiannya fitnah itu senyap.

Apabila Timbalan Perdana Menteri (TPM) melawat Terengganu dan disambut oleh Hanafiah Mat, ADUN Cukai yang juga VIP yang telah diangkat oleh TPM sendiri sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kehormat APM sebagai wakil Kerajaan Negeri, maka berbuih mulut bagai terkena sawan pengfitnah mengutuk Menteri Besar Terengganu yang ada jadual lain.

Tidak puas lagi, sewaktu Perdana Menteri (PM) turun ke Terengganu, kali ini Menteri Besar sendiri yang menyambut dan mengiringi PM, timbul pula isu ada pimpinan politik disekat untuk bersama dengan PM dalam majlis rasmi kerajaan. Dalam masa yang sama, seorang pimpinan PAN dalam satu hantaran Facebook beliau telah mendakwa banjir ini sebagai balasan Allah kepada empat buah negeri. Sampai begitu sekali permainan jijik politik mereka. 

Akan tetapi mangsa banjir tidak langsung mendapat faedah daripada permainan politik kotor dan hina mereka ini. Rakyat tetap tidak melihat kelibat ARIF iaitu salah satu cabang dari sayap Pemuda PAN mereka yang bukan lagi hidup segan mati tak mahu, tetapi entah-entah sudah matipun kita tak tahu. 

Skuad Sabil pula, hilang ghuyub kata orang tua-tua, walaupun layak mendapat elaun, hingga kini, missing in action. Mungkin bagi mereka, jika tidak dapat berbuat baik sebagaimana perbuatan orang baik, baiklah dituduh orang baik itu supaya tidak nampak baiknya. Jadi sekurang-kurangnya sama-samalah dilihat orang tidak baik. Jangan Skuad Sabil sahaja ditengok orang sebagai tidak baik.

Apapun, daripada PH-BN merengek bermain politik tahi begini dan meminta belas kasihan mendakwa mereka merasa terhina dengan layanan tidak dijemput wakil PH-BN dalam majlis bersama PM itu, adalah lebih baik pimpinan PH sedar diri bahawa ada penghinaan lain yang lebih hina lagi dari penghinaan ini.

Penghinaan itu oleh rakyat Terengganu sendiri dengan tidak ada seorangpun wakil PH-BN dijemput oleh rakyat Terengganu untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Terengganu dan juga Parlimen atas dasar kebencian yang amat oleh rakyat terhadap PH dan juga BN. InsyaAllah jika begini cara berpolitik PH-BN, mereka akan kekal tidak dijemput rakyat ke DUN Terengganu dan Parlimen. 

Nah, sedar dirikan, kenapa tidak dijemput? Maka contohilah seperti Dato’ Rozi Mamat dalam gambar, walaupun tidak dibenarkan bersama dengan PM beliau masih tersenyum manis bergambar dalam kumpulan orang yang mendakwa terhina itu yang masam semua wajah mereka.

MOHD NASIR ABDULLAH
3 Disember 2024 – HARAKAHDAILY 3/12/2024 


(ii). Terengganu umum bantuan banjir RM3,000 setiap keluarga.

Sekian dulu, bersambung insya Allah Ta'ala.

....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails