Thursday, December 12, 2024

Sanusi lwn Guan Eng: 'kepala bapak hang'. & Ini pemberontak Syria

 

1. Ucapan MB Sanusi di Sungai Tua Selangor.


2. Fakta sokong hujah Kedah miliki Pulau Pinang June 1,2023.


Isu Pulau Pinang milik Kedah bukan perkara baharu, malah disebut dan ditulis sebelum ini oleh sejarawan dan pengkaji sejarah.

Mungkin sebelum ini, perkara ini tidak dibangkitkan secara lebih holistik oleh pemimpin Kedah, maka isu berkenaan sepi dan hanya menjadi lipatan sejarah bahan rujukan generasi baharu.

Insiden pemilikan Pulau Pinang meletup apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyebutnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal pentadbirannya dahulu.

Sebenarnya, kenyataan yang disuarakan oleh Menteri Besar bukanlah ‘omongan politik’ atau sengaja dilakukan berikutan keengganan negeri pentadbiran DAP itu membayar caj air mentah seperti yang dituntut Kedah, tetapi lebih kepada sejarah yang mesti diketahui umum.

Perkara ini pernah dilaporkan oleh sebuah media tempatan sebelum ini dengan merujuk kepada sejarawan yang secara tidak langsung mengukuhkan kenyataan pemimpin kerajaan negeri Jelapang Padi itu.

Menurut Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.

Menurutnya, dokumen itu adalah sekadar cebisan surat membincangkan hal berkaitan pajakan Pulau Pinang sahaja.

Beliau menjelaskan Sultan Abdullah dan Francis Light tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau surat pajakan berkaitan penyerahan Pulau Pinang daripada Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu.

Malah hal berkenaan sudah dijelaskan 50 tahun lalu oleh sejarawan, R Bonney dalam bukunya, ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’ yang antara intipatinya memaklumkan tidak ada perjanjian pajakan melibatkan kedua-dua negeri itu.

Namun,masyarakat secara umum masih menggunakan naratif kolonial bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.

Dokumen perjanjian yang dipamerkan selama ini adalah tidak betul kerana itu sekadar perbincangan antara Sultan Kedah dan Francis Light sahaja dan tiada perjanjian pajakan sah dibuat antara kedua-duanya.

Dr Ahmad Murad menjelaskan dokumen yang dikatakan perjanjian pajakan daripada Kedah dipamerkan di Muzium Pulau Pinang selain disimpan Arkib Negara sebagai warisan negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, dalam kenyataannya sebelum ini pernah mendesak kerajaan negeri mengadakan perbincangan serius bersama kerajaan Persekutuan bagi mencapai persefahaman baharu termasuk mengambil kira kadar bayaran tahunan kepada Kedah.

Naratif sejarah berkaitan Pulau Pinang perlu diperbetulkan supaya semua pihak memahami kedudukan sebenar hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang banyak dipesongkan.

Beliau juga menegaskan berpandukan hujah pada buku ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’, tidak ada satu perjanjian sah antara Kedah dan mana-mana pihak berhubung pendudukan Pulau Pinang.

Justeru, kenyataan Menteri Besar Kedah bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini disokong berdasar fakta-fakta yang terkandung dalam buku-buku dan penulisan berkenaan.

Ketika sidang Dewan Rakyat pada awal pemerintahan Pakatan Harapan (PH), perkara ini menjadi tajuk ‘panas’ antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang khususnya dari Kedah.

Walaupun secara umumnya pemimpin PH terutama di Pulau Pinang sedaya upaya menangkis berkenaan kedaulatan Pulau Pinang milik Kedah namun hakikat, kebenaran serta fakta sejarah tidak boleh diubah.

Sama ada pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang wajar merujuk kepada fakta sebenar agar kekeliruan yang dibina sebelum ini dapat diperbetulkan.

Maka kenyataan bertalu-talu oleh Muhammad Sanusi berkenaan hal itu tidak boleh dianggap provokasi atau mengganggu kedaulatan Pulau Pinang sebaliknya semua pemimpin negara perlu duduk semeja membincangkan untuk mencari jalan tuntas menyelesaikannya.

Semoga hasrat dan cita-cita Kedah untuk bertaut semula dengan negeri miliknya (Pulau Pinang) menjadi kenyataan. – HARAKAHDAILY 1/6/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Elok juga kita tahu, berita terkini, siapa pemberontak Syria? Mari kita renung sejenak.

Abu Mohammed al-Julani, ketuai misi tumbangkan kerajaan Bashar di Syria

Damsyik: Hanya dalam tempoh tiga hari, kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) berjaya menawan bandar kedua terbesar Syria, Aleppo selepas kejatuhan kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Sejak sekian lama, HTS yang diketuai Abu Mohammed al-Julani dikenali sebagai kumpulan pemberontak bersenjata paling kuat di Syria.  Lapor Al Jazeera, Abu Mohammed berusaha hampir sedekad memisahkan dirinya daripada angkatan bersenjata lain dan memberi tumpuan mewujudkan republik Islam di Syria.

Sejak 2016, beliau meletakkan dirinya dan kumpulannya sebagai penjaga yang boleh dipercayai di Syria untuk membebaskan mereka daripada Bashar yang secara kejam menindas pemberontakan popular semasa Arab Spring pada 2011 sehingga mencetuskan perang.

Beliau dilahirkan pada 1982 di Riyadh, Arab Saudi, tempat bapanya bekerja sebagai jurutera petroleum. Dia berpindah ke Iraq pada 2003 dan menyertai al-Qaeda sebagai sebahagian daripada penentangan terhadap pencerobohan Amerika Syarikat (AS) pada tahun sama.

Beliau ditangkap tentera AS di Iraq pada 2006 sebelum ditahan selama lima tahun serta kemudiannya ditugaskan menubuhkan cawangan al-Qaeda di Syria, Barisan al-Nusra, yang mengembangkan pengaruhnya di kawasan yang dikuasai pembangkang, terutama Idlib.

Abu Mohammed berkoordinasi pada tahun-tahun awal itu dengan Abu Bakr al-Baghdadi, ketua Negara Islam di Iraq al-Qaeda, yang kemudiannya menjadi ISIL (ISIS).

Pada April 2013, al-Baghdadi tiba-tiba mengumumkan kumpulannya memutuskan hubungan dengan al-Qaeda dan akan berkembang ke Syria dengan berkesan menyerap Barisan al-Nusra menjadi kumpulan baharu yang dipanggil ISIL.

Namun, Abu Mohammed menolak perubahan ini apabila mengekalkan kesetiaannya kepada al-Qaeda. Semasa wawancara televisyen pertamanya pada 2014, beliau memberitahu Al Jazeera, Syria harus diperintah di bawah tafsiran kumpulannya tentang undang-undang Islam dan minoriti negara itu seperti Kristian dan Alawi tidak akan ditampung.

Pada tahun berikutnya, Abu Mohammed kelihatan menjauhkan diri daripada projek al-Qaeda untuk menubuhkan khilafah global di semua negara majoriti Muslim, seolah-olah menumpukan untuk membina kumpulannya di sempadan Syria.

Perpecahan itu nampaknya sebagai satu usaha, menurut penganalisis, untuk menekankan cita-cita kebangsaan kumpulannya, berbanding transnasional, kepada kumpulan di Idlib.

HTS mengendalikan wilayah Idlib melalui Kerajaan Penyelamat Syria, yang ditubuhkan pada 2017 untuk menyediakan perkhidmatan awam, pendidikan, penjagaan kesihatan, badan kehakiman dan infrastruktur serta mengurus kewangan dan pengagihan bantuan.

Bagaimanapun, HTS juga memerintah dengan berat dan tidak bertolak ansur dengan perbezaan pendapat, menurut aktivis, laporan berita dan pemantau tempatan.

Pertubuhan kewartawanan bebas Syria Direct melaporkan HTS berada di sebalik kehilangan aktivis dan menembak peluru hidup ke arah penunjuk perasaan yang menuduh kumpulan itu menafikan perkhidmatan kepada masyarakat yang menentangnya.

Kemudian pada Julai 2016, Aleppo jatuh ke tangan rejim dan kumpulan bersenjata di sana mula menuju ke Idlib, yang masih dikuasai pembangkang. Pada masa sama, Abu Mohammed mengumumkan kumpulannya bertukar kepada Jabhat Fateh al-Sham.

Menurut Hassan Hassan, pakar Syria mengenai kumpulan bersenjata di Levant, Abu Mohammed mahu menjenamakan HTS sebagai entiti pentadbiran yang boleh dipercayai di Syria dan kemungkinan rakan kongsi dalam usaha memerangi keganasan global.

HTS kini dilabelkan sebagai organisasi pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Turkiye, AS dan Kesatuan Eropah. Abu Mohammed berkata, pelabelan ini tidak adil kerana kumpulannya meninggalkan kesetiaan masa lalunya dan memihak kepada satu negara.

Tanpa mengira cita-cita domestik yang dinyatakan Abu Mohammed, sebagai ketua kumpulan bersenjata pembangkang terbesar di Syria, kesannya terhadap negara itu akan bergema di peringkat nasional dan antarabangsa.(Disiarkan pada: Disember 10, 2024 @ 1:04pm)  

Sekian, dah agak panjang, akan bersambung. Insya Allah!

....

Tuesday, December 10, 2024

Perlis, potensi sumbang lebih 20 % padi negara.. Syria, barat terkejut?

 

1. Perlis potensi sumbang lebih 20 peratus padi negara..

KANGAR: Perlis dijangka mampu menyumbang lebih 20 peratus kepada pengeluaran beras negara sekiranya pesawah di negeri ini mengadaptasi penggunaan teknologi mesin menanam padi atau transplanter.

Teknologi ini berpotensi meningkatkan hasil padi negeri sehingga 240,000 tan metrik semusim, berbanding hanya 135,000 tan metrik yang dihasilkan melalui kaedah tradisional kini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian […] (Sila rojok HarakahDaily)


2. Sawah padi jadi kolam, petani di Perlis kerugian jutaan ringgit Disember 2, 2024 @ 3:38pm 

Pemandangan kawasan sawah padi di Tambun Tulang, Arau yang masih digenangi air akibat limpahan air Sungai Tambun Tulang sehingga menjadikannya bagaikan sebuah kolam atau lautan yang besar. - Foto NSTP/Aizat Sharif

ARAU: Hujan berterusan yang melanda Perlis pada minggu lalu tidak hanya membawa kepada keadaan banjir di beberapa daerah di negeri itu, malah ia juga menyebabkan kemusnahan pada tanaman padi yang diusahakan hampir 1,000 petani di sekitar kawasan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Tambun Tulang, di sini.

Malah, kapasiti air Sungai Tambun Tulang di Terusan Arau yang melimpah sehingga memenuhi segenap pelusuk petak sawah padi turut menyebabkan kebanyakan sawah padi di Perlis kini tidak ubah seperti sebuah kolam renang yang besar sehingga menyebabkan kerugian mencecah hampir RM5 juta.

Situasi yang sama turut berlaku di kawasan penanaman padi di Kampung Bakong, Tambun Tulang apabila aliran air dari Sungai Perlis pula melimpah memasuki bendang sawah padi yang diusahakan oleh petani di kawasan itu.

Seorang petani yang juga ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kampung Banat, Tambun Tulang Shahidan Ismail, 61 berkata, masalah yang berlaku adalah akibat limpahan air Sungai Tambun Tulang yang sering terjadi apabila hujan lebat berterusan berlaku di negeri itu.

"Dalam tahun ini, limpahan ini sudah tiga kali berlaku di mana ia berlaku setiap kali hujan lebat berterusan di kawasan ini dan bagi kami petani, kami tidak salahkan musibah seperti banjir dan hujan lebat yang terjadi.

"Sebaliknya kegagalan pihak berwajib (MADA) yang melakukan langkah awal menyediakan beg pasir atau meninggikan ban di Sungai Tambun Tulang ini sebagai punca utama sawah padi yang diusahakan kami tenggelam akibat limpahan air sungai itu. 

"Kejadian ini bukanlah pertama kali sebaliknya sudah bertahun-tahun sudah terjadi tetapi tidak ada penyelesaian yang jitu daripada kerajaan dan petani di sini menderita apabila padi yang sudah pun seminggu baharu tumbuh tenggelam akibat kejadian ini," katanya ketika ditemui di Tambun Tulang, hari ini.

Katanya, limpahan air sungai yang terjadi minggu lalu itu adalah yang terbesar di mana panjang ban itu adalah 500 meter.

"Bagi kami sebagai petani yang mengerjakan sawah padi di Kampung Banat ini, hujan yang melanda pada minggu lalu itu adalah yang paling teruk sehingga air yang melimpah dari Sungai Tambun Tulang itu memasuki rumah penduduk berhampiran sungai berkenaan.

"Tidak terhenti di situ juga, ia terus mengalir memasuki kawasan bendang sawah padi yang sudah pun kami usahakan sehingga mewujudkan satu pemandangan seolah-olah kolam besar atau lautan seluas mata memandang," katanya.

Rakannya pula, Hasmizan Abu Seman, 57, berkata kawasan sawah padi yang tenggelam ini dianggarkan sekitar 300 hektar membabitkan kawasan kampung di Kampung Banat, Kampung Teluk, Kampung Alor Banat dan sebahagian di Kampung Bakong dan Behor Mempelam.

"Situasi yang berlaku ini (sawah padi tenggelam) akan mengambil masa yang lama antara 20 hari hingga sebulan untuk banjir dalam bendang itu benar-benar kering disebabkan laluan air ini agak jarang berlaku kerana ia (limpahan air) masuk ikut Sungai Tambun Tulang namun ia tidak boleh dialirkan keluar ke sungai yang sama. 

"Sebaliknya ia akan mengalir keluar laluan sungai ke bandar Kangar iaitu di Pengkalan Asam barulah ia dapat dialirkan sehingga ke laut dan untuk hal ini juga, kita meminta kerajaan untuk menyediakan satu pam yang besar untuk menyedut keluar air dari bendang ini ke dalam Sungai Tambun Tulang di Terusan Arau.

"Perkara ini pun sudah diajukan kepada pengurusan MADA serta Exco Pertanian tetapi masih tidak ada penyelesaian dalam mengatasi masalah ini dan diharapkan ada penyelesaian daripada kerajaan terhadap masalah ini," katanya. (BH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang, mengapa kementerian pertanian dan keterjaminan makanan masih bersikap mandom, x aktif dan lembab terhadap kebangkitan pertanian negara? Mana hasil 'keterjaminan makanan'? 


Pesan Akhir

(i). Syria, mengapa barat terkejut?  

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat dalam mengulas perkembangan terkini di Syria memaklumkan sebagaimana yang dijangka, Damsyik akhirnya jatuh ke tangan pembangkang.

Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi juga berkata bahawa Bashar al-Assad dilaporkan melarikan diri ke arah tuju tidak diketahui dan perkembangan luar jangka itu telah mengejutkan […] (Sila rujuk HarakahDaily 'Pembangkang ambil alih Syria, Barat terkejut')

(ii) Kejayaan tentera pembebasan Syria. 

KUALA LUMPUR: Pakar Asia Barat, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff dalam mengulas perkembangan terkini di Syria menyifatkan kejayaan tentera pembebasan menguasai Damsyik sebagai suatu kejutan yang besar.

Menurutnya, kejayaan itu bukan sahaja berkait rapat dengan pergerakan tahun 2011, tetapi juga satu perkembangan sangat pelik, khususnya bagi mereka yang tidak mengikuti dengan […] (Sila rujuk HarakahDaily 'Kejayaan tentera pembebasan Syria adalah satu kejutan')

Sekian dulu, begitulah perkembangan Islam di Malaysia dan se dunia buat masa ini. Akan bersmbung lagi, insya Allah.

....

Monday, December 09, 2024

Kibar bendera China.. Zionis mahu kuasai dunia.

 

1. Isu bendera China: Ketua DAPSY, penganjur tipu polis December 7, 2024

BAGAN SERAI: Satu laporan telah dibuat terhadap Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong kerana menipu pihak polis dalam isu kibaran bendera negara China dalam perarakan Sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, 24 Oktober lalu.

Setiausaha Persatuan Cakna Rakyat Perak, Nurhafizul Badrul Hisham turut membuat aduan ke atas penganjur dengan […] (Rujuk HarakahDaily)


2. Kibar bendera China: Penganjur langgar syarat permit, kertas siasatan dirujuk ke TPR Isnin Abd Razak Mohd Ali 26/10/2024 16:00 MYT

IPOH: Polis mengesahkan penganjur perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang terbabit dalam insiden mempamerkan bendera China yang tular di media sosial, melanggar syarat permit.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata penganjur mempunyai permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.
“Setakat ini, pihak polis telah menerima 16 laporan berhubung kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pihak penganjur yang terdiri daripada pengerusi persatuan, setiausaha dan bendahari telah dirakam percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
Beliau berkata, susulan itu polis akan merujuk kertas siasata kepada Pejabat Pendakwa Raya Isnin ini untuk tindakan lanjut.
Selain itu, katanya, seramai 16 orang warga China dan seorang lelaki warga tempatan berumur 49 tahun yang merupakan pengiring juga telah dirakamkan percakapan.
“16 orang warganegara China itu terdiri daripada lapan lelaki berumur 40 hingga 61 tahun dan lapan perempuan berukur 40 hingga 56 tahun.
“Kesemua warganegara China itu mengaku telah mengibarkan bendera negara China pada perarakan tersebut,” ujarnya.
Menjelaskan lanjut, Azizi berkata, penganjur didapati telah melanggar syarat permit kerana membenarkan warga asing turut serta dalam perarakan tersebut.
"Telah ditetapkan dalam syarat permit polis, tidak dibenarkan warganegara asing menyertai perarakan yang diadakan itu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana penganjur melanggar syarat dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mengibarkan bendera asing semasa perarakan," katanya.

17 individu kibar bendera China diambil keterangan Astro AWANI 25/10/2024 23:06 MYT 
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kesemua mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia 40 hingga 61 tahun dikenal pasti terlibat dalam sambutan berunsur keagamaan itu. - Gambar fail/BERNAMA


"Siasatan lanjut dijalankan dengan meneliti video terlibat berikutan polis telah mendapat kebenaran untuk menyiasat daripada timbalan pendakwa raya petang tadi.

"Pihak menganjur telah menghantar notis mengenai perarakan tersebut namun, mereka itu telah melanggar syarat dengan mengganggu gugat ketenteraman awam dan melibatkan warganegara asing dalam penganjuran itu," katanya.
Beliau kepada pemberita pada Festival Kesenian Islam Nasyid PDRM Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Jumaat.
Azizi berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Awam (APA) 2012, Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 dan Akta Imigresen 1959/63.
Ditanya mengenai usaha pihak lain untuk berhimpun di Menara Condong untuk mengibar Jalur Gemilang, Azizi menasihatkan penganjur tersebut untuk menghantar notis kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.
"Pihak tersebut perlu mendapat kebenaran daripada polis terlebih dahulu untuk nyatakan syarat-syarat di bawah APA tersebut.
"Kita tidak menghalang sebarang penganjuran atau perhimpunan sebaliknya kita akan membantu agar semuanya lancar mengikut undang-undang," katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Polis Perak telah memanggil penganjur untuk dirakam keterangan berikutan perarakan berunsurkan keagamaan dan melibatkan kereta berhias itu didapati telah melanggar syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. - Sinar Harian  ...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Zionis bercita-cita besar mahu menguasai dunia December 9, 2024 

PERJUANGAN menegakkan negara Israel Agung (Greater Israel) tetap menjadi cita-cita besar perjuangan Zionis yang menggila tanpa berundur. Walaupun telah banyak diadakan perundingan bertopengkan perdamaian untuk menipu dan mengelirukan masyarakat antarabangsa. 

Termasuklah umat Islam yang jahil murakkab (tidak sedar akan kejahilannya) sehingga dapat dijadikan bidak catur. Kumpulan Zionis terus bersifat fanatik perkauman bangsa Bani Isra’il. Sehingga mereka menganggap Bani Isra’il satu-satunya manusia sebenar yang dimuliakan oleh Allah di atas muka bumi mengatasi bangsa yang lain, tanpa peduli kepada kenyataan Allah SWT sebagaimana firman-Nya: 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” [Surah al-Hujurat: 13]

Perjuangan Zionis menegakkan negara besar Bani Isra’il menjadi cita-cita tertingginya, bersumberkan sejarah kerajaan Nabi Sulaiman AS yang memerintah dunia. Sedangkan kerajaan Nabi Sulaiman AS ialah kurniaan Allah yang khusus kepada Baginda sahaja bagi memperkenankan doanya:

(Selanjutnya sila lihat 'Zionis bercita-cita besar mahu menguasai dunia' December 9, 2024 ) -ABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh:  7 Jumada al-Akhirah 1446 / 9 Disember 2024  –HARAKAHDAILY 9/12/2024 


Pesan Akhir

Peperangan besar antara umat Islam dan Yahudi di akhir zaman disebut menjadi salah satu tanda kiamat.  Dalam sebuah hadits disebutkan, orang-orang Yahudi pada saat itu akan bersembunyi di balik pohon dan pohon itu akan berbicara kecuali pohon gharqad.

Tanda kiamat ini disebutkan dalam hadits shahih sebagaimana dinukil Muhammad al-'Areifi dalam kitab Nihayatul 'Alam. Dari Abu Hurairah RA, ia mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda,

لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسلِمُونَ اليَهُودَ ، فَيَقْتُلَهُم المُسلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِيُّ الْيَهُودِي مِن وَرَاءِ الحَجَرِ وَالشَّجَرِ ، فَيَقُولُ الحَجَراو الشجرُ : يَا مُسلم ، يَا عَبْدَ اللَّهِ، هَذَا يَهُودِي خلفى، فَتَعَالَ فَاقْتُلَهُ ... الا العُرْقَدَ ، فَإِنَّهُ مِن شَجَرِ اليَهُودِ

Ertinya: "Hari kiamat belum akan terjadi sampai kaum Muslimin memerangi bangsa Yahudi. Mereka diserang oleh kaum Muslimin hingga bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun, batu maupun tumbuhan itu berkata, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ada orang Yahudi. Kemari dan bunuhlah dia!' kecuali pohon gharqad. Sebab, pohon gharqad adalah pohon orang Yahudi." (HR Muslim)

Tentang Bangsa Rum yang disebut Khianati Islam di Akhir Zaman. Dalam Shahih al-Jami'ush Shaghir juga terdapat riwayat serupa dengan redaksi,

لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُقَاتِلُوا اليَهُودَ ، حَتَّى يَقُولُ يقول الحَجَرُ وَرَاءَهُ الْيَهُودِيُّ : يَا مُسْلِمُ ، هَذَا يَهُودِي وَرَائِي فَاقْتُله

Ertinya: "Tidak akan datang kiamat hingga kamu memerangi bangsa Yahudi, sehingga batu di belakang orang Yahudi berkata, 'Hai orang Muslim, ini ada orang Yahudi di belakangku, bunuhlah dia.'" (HR Bukhari dan Muslim)

Ulama Mesir Syaikh Yusuf Qaradhawi memasukkan dua hadits tersebut dalam Hadyul Islam Fatawi Mu'ashirah Jilid 2. Keduanya berstatus shahih sebagaimana terdapat dalam Shahih al-Jami'ush Shaghir.

Menurut hadits tersebut, pohon gharqad adalah satu-satunya pohon yang tidak akan berbicara memberitahu keberadaan orang Yahudi. Dijelaskan dalam 'Asyarah Yantazhiruhal 'Aalam 'Indal Muslimin wal Yahuud wan Nashaara karya Manshur Abdul Hakim, pohon gharqad tidak akan menunjukkan tempat persembunyian orang Yahudi kerana dia adalah pohonnya orang Yahudi.

Tentang Perang Umat Islam dan Yahudi.

Perang antara umat Islam dan Yahudi di akhir zaman menjadi salah satu tanda kiamat. Mengacu pada sumber sebelumnya, peperangan ini terjadi setelah Dajjal tewas di tangan Nabi Isa AS. Pada saat itu, para pengikut Dajjal (baik Yahudi maupun lainnya) melarikan diri tercerai-berai.

Nabi Isa AS bersama kaum Mukmin memburu mereka dan membuat orang-orang Yahudi itu bersembunyi di balik pohon-pohon dan batu-batu yang mereka temukan di sana.

Allah SWT membuat batu-batu dan pohon-pohon itu dapat berbicara. Mereka akan memberitahukan persembunyian orang Yahudi, kecuali pohon gharqad yang menjadi pohonnya orang Yahudi.

Tidak ada yang tahu bila peristiwa itu akan terjadi termasuk hari kiamat itu sendiri. Sebab, hanya Allah SWT yang mengetahuinya sebagaimana Dia berfirman,

يَسْـَٔلُوْنَكَ عَنِ السَّاعَةِ اَيَّانَ مُرْسٰىهَاۗ قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّيْۚ لَا يُجَلِّيْهَا لِوَقْتِهَآ اِلَّا هُوَۘ ثَقُلَتْ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۗ لَا تَأْتِيْكُمْ اِلَّا بَغْتَةً ۗيَسْـَٔلُوْنَكَ كَاَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَاۗ قُلْ اِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللّٰهِ وَلٰكِنَّ اَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُوْنَ ١٨٧

Ertinya: "Mereka menanyakan kepadamu (Nabi Muhammad) tentang kiamat, "Kapan terjadi?" Katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentangnya hanya ada pada Tuhanku. Tidak ada (seorang pun) yang dapat menjelaskan waktu terjadinya selain Dia. (Kiamat) itu sangat berat (huru-haranya bagi makhluk yang) di langit dan di bumi. Ia tidak akan datang kepadamu kecuali secara tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan engkau mengetahuinya. Katakanlah (Nabi Muhammad), "Sesungguhnya pengetahuan tentangnya hanya ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS Al A'raf: 187). Wallahu a'lam.

Cukup sampai di sini dulu, akan bersmbung inssya Allah.

.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails