Sunday, December 22, 2024

Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..

 


1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. 

Soalan:


Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat atau menunggu waktu sembahyang. Bolehkah terangkan hukum tidur di dalam masjid di sisi pendapat ulamak mazhab yang empat.

Jawapan:

Adapun hukum tidur di dalam masjid di sisi pendapat ulamak mazhab yang empat secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:

يجوز النوم في المسجد، ولا كراهة فيه عند الشافعية لفعل ابن عمر في الصحيحين، وكان أصحاب الصُفَّة ينامون في المسجد، ونام العرنيون في المسجد، ونام علي وصفوان بن أمية فيه، ونام غيرهم . وقال مالك : لابأس بذلك للغرباء، ولا أرى ذلك للحاضر. وقال الحنفية : يكره النوم في المسجد إلا للغريب والمعتكف وقال أحمد وإسحاق : إن كان مسافراً أو شبهه، فلا بأس، وإن اتخذه مبيتاً أو مقيلاً، فلا

Ertinya: “Harus tidur di dalam masjid dan tidak makruh padanya di sisi ulamak mazhab Syafie kerana perbuatan Ibnu Umar r.a. pada kitab Bukhari & Muslim. Dan adalah Ashab Suffah (orang-orang yang tiada berumah) mereka tidur di dalam masjid Nabi. Dan orang-orang Uraniyun juga tidur di dalam masjid dan telah tidur oleh Ali dan Safwan bin Umayyah di dalamnya dan tidur juga oleh selain mereka itu.

Dan telah berkata Imam Malik tidak mengapa dengan yang demikian itu oleh orang-orang yang merantau dan tiada aku lihat yang demikian itu bagi orang tempatan.

Dan berkata ulamak mazhab Hanafi dimakruhkan tidur di dalam masjid melainkan bagi perantau dan orang yang iktikaf.

Dan berkata Imam Ahmad dan Ishaq jika adalah dia sedang musafir atau seumpamanya maka tidak mengapa. Dan jika dia jadikan masjid sebagai tempat tinggal atau tempat duduk maka tidak boleh.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Wallahua’lam– HARAKAHDAILY 20/12/202 (sumber Ustaz Azhar Idrus)


2. Kewajipan bersama Parti Islam 

Muqaddimah

Islam adalah al-Din, bukan sekadar agama atau ideologi atau teori sahaja mengikut takrif bahasa. Maka Islam itu maknanya ajaran dan petunjuk Allah merangkumi seluruh kejadian manusia dan kehidupannya, serta matlamat kejadiannya diciptakan. Semua perkara agama, ideologi dan teori termasuk dalam ajaran Islam, menjadikannya berbeza dengan yang lain.

Para Rasul A.S yang diutuskan membawa Islam itu menghadapi manusia di zaman masing-masing secara menyeluruh. Bukan sahaja berdakwah menghadapi rakyat, bahkan mereka juga menghadapi Raja, pemimpin dan kerajaan di zamannya untuk membetulkan kesesatan akidah, urusan kehidupan dan akhlak.

Di zaman tidak ada Rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Allah telah mewajibkan adanya kumpulan, jamaah atau Parti Islam yang menyambung risalahnya yang tidak mati dengan kewafatan Rasulullah S.A.W.

Firman Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤)

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang berdakwah kepada kebajikan (mengajak kepada Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (ali-‘Imran: 104)

Tiga sifat penting kepada kumpulan ini ialah: 

-Berdakwah kepada Islam yang sempurna. -Menyuruh dengan perintah dan nasihat kepada kebajikan. -Mencegah dengan kuasa pemerintahan, teguran dan penentangan terhadap kemungkaran, sehinggalah menguatkuasakan undang-undang.

Rasulullah S.A.W telah menafsirkannya secara amalan dan perjuangan sehingga menegakkan negara yang dinyatakan Allah:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ (٤١)

“Mereka (kumpulan Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (al-Hajj: 41)

Ayat ini menjelaskan tentang model negara yang bercirikan: -Menegakkan negara ibadah -Konsep ekonomi yang adil -Berkebajikan -Kehaibatan Undang-undang Berwawasan balasan Allah di Hari Akhirat. 

(Ikuti selanjutnya 'Kewajipan bersama Parti IslamABDUL HADI AWANG Presiden PAS Bertarikh: 22 Syaaban 1439 / 8 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 8/5/2018) 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, mari kita renung balik, meneliti hujjah-hujjah kewajipan bersama parti Islam yang dikemukakan oleh Presiden PAS dan mencari kesimpulan. 

Membezakan Islam dengan agama Yahudi yang bersifat fanatik kaum dan menyeleweng daripada Kitab Taurat. Atau Agama Kristian pula memisahkan urusan dunia daripada agama kerana meninggalkan Kitab Taurat yang disambung perjuangannya oleh Nabi Isa A.S. Atau juga agama-agama lain pula lebih jauh daripada semua kitab terdahulu.

Dalam ayat-ayat tersebut di atas Allah telah membahagikan manusia terhadap Islam kepada beberapa golongan. 

1- Beriman yang beristiqamah bersama Islam dengan ciri-ciri atau sifat-sifatnya.

2- Golongan yang nyata menentang Islam secara berterus-terang khususnya kalangan Yahudi, Nasrani dan Musyrikin. 

3- Di tengah-tengahnya pula ada kalangan munafiq yang mencari kesempatan tanpa imannya kepada Islam, serta menyembunyikan kekufurannya.

4- Ada pula kalangan yang lemah imannya dan kecil sahsiahnya, merasakan dalam keadaan bahaya atau tidak boleh mencapai kemenangan sekiranya tidak berwalikan orang-orang bukan Islam yang nyata itu. Kononnya inilah kebijaksanaannya, tetapi ditolak oleh Allah dengan huraian dalam surah yang lain. 

Firman Allah:

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (١٣٨) الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا (١٣٩)

“Beritakan kepada orang-orang munafik, bahawa untuk mereka azab yang pedih menyeksakan (138) Mereka itu orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir yang menentang Islam sebagai para wali (pemimpin dan rakan yang diberi kesetiaan yang dipercayai), tidak mahukan kemenangan (keperkasaan dan kehaibataan) daripada orang-orang yang kafir itu? Padahalnya, bahawa kehaibatan dan kemenangan itu semuanya kepunyaaan Allah (139)” (an-Nisa’: 138-139)

5- Kalangan orang-orang bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam dan penganutnya.

● Kumpulan (Parti) Islam

Di kalangan umat Islam pula, Allah menegaskan kemunculan kumpulan atau parti yang meneruskan dakwah dan perjuangan menegakkan Islam selepas tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W.

Dinyatakan pula sifat-sifat parti atau kumpulan yang sebenarnya menegakkan agama Allah (Islam lebih terperinci) ialah: 

1- Mengasihi Allah dan Rasul (menegakkan Islam mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W), bukannya orang yang menolak atau mempertikaikan Hadis Rasulullah S.A.W.

2- Merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kehaibatan terhadap kafir yang menentang Islam. Bukannya berani sesama Islam tetapi pengecut terhadap musuh.

3- Berjihad dengan makna kesungguhan mengembelingkan tenaga, diri dan harta bagi meninggikan Islam. Tanpa peduli terhadap orang yang menghina Islam. Bukannya bersekongkol bersama musuh Islam.

4- Berwala’ dengan tegas bahawa Islam itu wajib memimpin bukannya dipimpin dan dipergunakan.

● Kedudukan bukan Islam yang tidak bermusuh.  Dalam surah yang lain Allah mengizinkan bertahaluf (bekerjasama dengan konsep persefahaman) dan berta’awun (bertolong-menolong) dengan kalangan bukan Islam yang tidak bermusuh, bahkan diwajibkan menolong dan berlaku adil. 

Firman Allah:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (٨)  

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (al-Mumtahanah: 8) 

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٢)

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haram itu – mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (al-Maidah: 2)

Tolonglah Melayu/Islam di negara ini untuk kali ini saja..

PAS pernah menafikan persempadanan semula seperti yang disebutkan pemimpin DAP masa itu merugikan bukan Islam. Tetapi sebenarnya jelas merugikan orang Melayu beragama Islam. Tak betul sama sekali mengatakan bahawa 'pakatan  UMNO dan PAS akan menjadikan hak-hak asasi bukan Islam dan bukan Melayu, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, akan terhapus. Amat bahaya sekali meniupkan api perkauman begitu.

Yang penting, kalau orang Melayu tidak mahu terancam, berilah sokongan supaya hasrat parti Islam PAS/PN membuat persempadanan semula dengan memenangkan PAS/PN dalam Pilihan Raya Umum ke16 akan datang. 

Cuma untuk kali ini saja, kalau PAS/PN menang walau sepenggal pun, PAS/PN sudah mampu membuka kawasan pilihan raya Parlimen di seluruh negara yang biasanya ramai kaum bumibutera dan penduuk luar banar. Baru adil, orang kampung pun ada wakil rakyatnya di parlimen.  Itulah jalan mudah sebenarnya memperjuangkan Melayu Islam di negara ini. 

Cuba teliti bagaimana Singapura di bawah Lee Kuan Yu menghapuskan hak Melayu melalui kawasan pengundian di Singapura, yang dulunya asal Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimana persempadanan dibuat membenarkan hanya 28% saja orang Melayu boleh mengundi? 

Samakah dengan Malaysia yang cuba memperbanyakkan kawasan parlimen perbandaran yang ramai kaum Cina tetapi tidak di luar bandar, di kawasan yang ramai orang Melayu Islam? Apa kurang cerdik sangatkah pemimpin Melayu/Islam di negara ini?

.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails