(i) ‘Siapa kamu hendak sesatkan dan minta PAS bertaubat?’ December 30, 2024
(ii)‘Datuk kamu dahulu berjuang di sebelah pihak mana?’ December 30, 2024
(iii) Kes saya lawan Hannah Yeoh 14, 16, 17 Jan ini December 30, 2024
(iv) ‘Mubaligh Kristian ‘Duta Tuhan’ dilantik Menteri?’ December 28, 2024
(v) Negara Kristian: KDN digesa haram buku Becoming Hannah December 27, 2024
Masridzi (tengah) bersama beberapa pertubuhan NGO yang hadir di hadapan IPD Dang Wangi
(vi) Nga Kor Ming timbulkan resah umat Islam January 1, 2025
ALOR SETAR: Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah telah membuat laporan polis terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berhubung isu sambutan Krismas di premis kerajaan.Ketua Penerangan Muslimat PAS Kedah, Mardhiyyah Johari berkata, tindakan Menteri tersebut melibatkan kakitangan beragama Islam pada acara ‘Christmas Carolling’ bercanggah garis panduan […]
(vii) Ultra kiasu gugat agama, perpaduan dan identiti negara January 1, 2025
KUALA LUMPUR: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyuarakan kebimbangan terhadap isu sensitif berkaitan agama, perpaduan dan identiti negara yang semakin tergugat akibat tindakan segelintir pihak yang disifatkan ‘ultra kiasu’.
Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, ada pihak yang ingin menjadi ‘lebih Kristian daripada Kristian asal’, sehingga sanggup […]
2. Hannah Yeoh/DAP pun biadap?
Hannah Yeoh fail rayuan kes saman fitnah terhadap Musa Hassan
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berhubung ucapan beliau dalam sebuah forum di Universiti Teknologi Mara (UiTM) empat tahun lalu.
Hannah dalam satu kenyataan berkata, beliau menggesa semua pihak untuk menghormati proses kehakiman dan tidak mempolitikkan agamanya dengan menyebarkan mesej dan video berunsur fitnah.
Katanya, satu laporan polis akan dibuat terhadap video atau mesej berunsur fitnah yang boleh menjejaskan rayuannya.
"Saya menghormati proses kehakiman, namun sudah pasti saya kecewa dengan keputusan itu. Peguam saya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 26 Disember 2024 (hari ini).
"Saya telah mengarahkan peguam saya untuk memohon agar rayuan ini didengar dengan kadar segera," katanya.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata, beliau dinasihatkan oleh peguam bahawa belum ada alasan penghakiman bertulis penuh yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi.
"Setakat ini, hanya terdapat alasan ringkas yang disenaraikan secara bertulis melalui sistem e-review mahkamah pada 23 Disember 2024.
"Oleh itu, adalah tidak wajar pada peringkat ini untuk membuat apa-apa kesimpulan mengenai apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi secara keseluruhannya berserta alasan-alasannya.
"Saya difahamkan bahawa terdapat banyak mesej-mesej dan video-video WhatsApp yang tersebar di luar sana yang mempolitikkan keputusan ini dan memberi gambaran bahawa saya berhasrat untuk memurtadkan orang Muslim dan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ini tidak benar sama sekali," katanya.
Hannah menegaskan bahawa dirinya sentiasa menghormati dan mendukung Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
"Terdapat sekatan undang-undang yang jelas terhadap penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam di Malaysia.
"Saya telah mengangkat Sumpah Jawatan saya serta bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah sumpah yang saya ambil dengan serius dan akan saya patuhi pada setiap masa," katanya.
Katanya, seperti mana yang telah berlaku berkali-kali dalam kerjaya politiknya itu, kepercayaannya sekali lagi dijadikan senjata politik oleh pelampau agama.
"Saya menggesa semua pihak untuk berdiri teguh membendung percubaan ini dan untuk tidak menyebarkan mesej terbabit apabila mereka melihatnya dalam talian," katanya.
Isnin lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi, membuat keputusan menolak tuntutan fitnah Hannah terhadap Musa kerana gagal membuktikan kenyataan terbabit berunsur fitnah.
Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa plaintif gagal membuktikan dua elemen penting fitnah, iaitu kenyataan secara keseluruhan merujuk kepada beliau dan defendan bertanggungjawab terhadap penerbitannya.(IH/BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hannah Yeoh wajar letak jawatan Menteri setelah kalah kes saman fitnah December 25, 2024
KES SAMAN fitnah oleh Menteri Kesihatan (pada waktu itu), Abdul Rahman Talib, ke atas seorang Ahli Parlimen pembangkang, Seenivasagam, dan kes saman fitnah oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, membawa pengajaran penting dalam konteks politik dan perundangan di Malaysia.
Sebahagian peserta Umrah Anak Muda Kelantan bergambar kenangan bersama pihak pengurusan Andausia sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.
1. Andalusia taja umrah percuma kepada anak muda Kelantan
KUALA LUMPUR: Seramai 66 anak muda jati negeri Kelantan berlepas ke Tanah Suci hari ini dalam kumpulan pertama program umrah percuma anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (ATTSB) dengan kerjasama Masjid Imanul Fa’izin, Melor, Kelantan.
Pengerusi Eksekutif ATTSB, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata program ini bertujuan menarik minat anak muda Kelantan untuk mengimarahkan masjid dan mendalami asas kerohanian serta ilmu fardhu ain sebelum menunaikan ibadah di Tanah Suci.
“Program ini diadakan sebagai langkah menyemai kecintaan kepada masjid dan membentuk golongan muda yang lebih berilmu serta beristiqamah dalam ibadah. Ia juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk mendekatkan anak muda kepada Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Turut hadir pada majlis pelepasan peserta ialah Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin yang menyampaikan kata-kata semangat kepada peserta sebelum mereka berlepas.
Kumpulan pertama ini terdiri daripada 65 peserta (36 lelaki dan 29 perempuan), lima orang pengiring dari urusetia Masjid Imanul Fa’izin, serta dua orang mutawwif yang akan membimbing peserta sepanjang perjalanan selama 12 hari 10 malam.
“Peserta program ini dipilih berdasarkan komitmen mereka dalam solat berjemaah selama 30 hari tanpa gagal (90 waktu) melibatkan solat Maghrib, Isyak, dan Subuh di Masjid Imanul Fa’izin. Kejayaan ini membuktikan kesungguhan mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah,” ujarnya.
Beliau menyatakan, program ini bukan sahaja menyediakan peluang kepada anak muda untuk menunaikan ibadah umrah, tetapi juga memberi latihan rohani yang membentuk akhlak dan jiwa mereka sebagai generasi Islam yang berkualiti.
“Semoga program ini menjadi titik perubahan dalam kehidupan peserta dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengimarahkan masjid,” katanya.
Pengarah dan Penasihat Undang-Undang ATTSB, Ida Riswana Idris, berkata seramai 66 peserta berjaya mengharungi cabaran selama sebulan yang memerlukan mereka solat berjemaah tanpa gagal di masjid.
“Pada peringkat awal kami 78 orang yang kami temu duga tetapi disebabkan pelbagai cabaran dan dugaan hanya tinggal 66 peserta yang layak,” katanya.
Salah seorang peserta, Ahmad Shakirin Salahuddin, 25, yang merupakan pekerja swasta, turut berkongsi cabaran yang dihadapinya untuk ke masjid setiap hari.
“Ketika banjir melanda kawasan rumah saya, perjalanan ke masjid menjadi sangat mencabar. Saya terpaksa menempuh air banjir dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda bagi memastikan kehadiran berjemaah dicatatkan setiap hari,” katanya.- HARAKAHDAILY 28/12/2024
2. Satu lagi episod hitam sistem keadilan negara
Ahmad Fadhli Shaari
Penarikan rayuan oleh Peguam Negara terhadap 40 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes VLN mengecewakan rakyat. Tindakan ini mencetuskan persoalan besar mengenai prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang di Malaysia. Tidak syak lagi ia merupakan satu lagi detik episod hitam dalam sistem keadilan negara.
Keputusan ini mencerminkan seolah-olah wujud dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang. Jika seorang pemimpin tinggi negara boleh dilepaskan tanpa perbicaraan penuh, mengapa rakyat biasa perlu menjalani proses perundangan yang ketat? Perkara ini mencalarkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara dan menggugat prinsip Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.
Lebih mengejutkan, ini adalah episod kedua melibatkan Zahid Hamidi selepas pengguguran 47 pertuduhan kes Yayasan Akalbudi. Penarikan rayuan ini mencipta duluan berbahaya yang boleh digunakan oleh pihak lain pada masa depan.
Penjelasan diperlukan daripada Peguam Negara dan Perdana Menteri. Adakah keputusan ini dibuat secara bebas atau dipengaruhi oleh pihak tertentu? Rakyat berhak tahu sebab rayuan ini ditarik balik dan siapa yang bertanggungjawab. Tanpa jawapan yang jelas, integriti sistem keadilan akan terus dipersoalkan.
Parti-parti komponen di dalam kerajaan juga nampaknya sedang membisu dalam kes ini. Semuanya sedang enak mengira untung di atas kerusi empuk kabinet dengan melupakan slogan reformasi yang dilaungkan selama ini.
Keputusan ini turut menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Malaysia sebelum ini tegas dalam usaha membanteras rasuah, tetapi tindakan ini memberi gambaran sebaliknya. Dunia sedang memerhati.
Rakyat tidak seharusnya diperkecilkan dengan alasan “tidak tahu” atau “tidak terlibat” daripada pihak kerajaan. Jika kerajaan benar-benar komited terhadap kedaulatan undang-undang dan prinsip “kerajaan madani”, maka ketelusan mesti ditegakkan.
Rakyat menuntut keadilan yang sama rata tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Keadilan bukan sekadar untuk dilihat ditegakkan, tetapi mesti dirasai oleh rakyat. Jika rakyat biasa perlu melalui proses perbicaraan penuh, maka pemimpin negara juga harus menerima layanan yang sama.
AHMAD FADHLI SHAARI Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 14/12/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
(i) Sambutan Krismas: Kor Ming patut didakwa bawah 3R
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulama’ (Geng Ustaz) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.
Setiausaha Agung Geng Ustaz, Ahmad Syakir Norazli berkata, ia berhubung sambutan Krismas secara terbuka di pejabat kementerian itu yang melibatkan penglibatan pegawai Muslim. Beliau menyifatkan tindakan […]
(ii) Sebatan syariah: Jangan kelirukan orang awam
KUALA TERENGGANU: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menegaskan bahawa dakwaan kononnya hukuman sebatan syariah bertentangan dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah satu kenyataan yang khilaf.Timbalan Presidennya, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, Akta 355 hanya menetapkan had hukuman bagi kesalahan jenayah syariah kepada maksimum tiga […]
(iii) Persatuan Peguam-Peguam Muslim cadang negeri lain sahut hukuman sebat syariah. Selanjutnya sila rujuk kenyataan ini.. 'Persatuan Peguam-Peguam Muslim cadang negeri lain sahut hukuman sebat syariah'