Monday, January 20, 2025

Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di sebuah pejabat tanah dan galian (PTG) dalam negeri Selangor.Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad berkata, PAS Selangor mengambil serius mengenai pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit […]

Sunday, January 19, 2025

 






1. Kebakaran LA: Balasan atas menzalimi rakyat Gaza? January 14, 2025

Friday, January 10, 2025

PAKATAN koyak topeng Raja -Presiden PAS. Bongkar!

 

1. PAKATAN koyak topeng Raja -Presiden PAS

PERISTIWA kehakiman terkini yang memangsakan mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak, berdasarkan kandungan surat Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Dato’ Seri Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah (house arrest) melalui Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024. 

Hal ini telah mendedahkan wajah sebenar kerajaan PH yang didominasi oleh DAP yang menegakkan prinsip sekularisme yang dipahat dalam perlembagaan partinya dan kenyataan para pemimpinnya. Apa yang berlaku adalah meneruskan pendekatan pada zaman penjajah dahulu. 

Raja-raja dipenjarakan dalam sistem penjajah, dalam keadaan tidak berdaulat sepenuhnya (tidak berkuasa sepenuhnya) dalam urusan pemerintahan negara, apabila agama Islam dilucutkan kuasanya. Raja hanya digunakan menjadi topeng apabila rakyat menentang penjajah. Maka, raja-raja difitnah oleh penjajah lalu menuduh rakyat pula derhaka terhadap raja-raja. 

Islam meletakkan konsep Raja Berperlembagaan yang sebenar dengan memberi kuasa mentadbir negara dengan petunjuk agama yang sebenarnya berdaulat.

Khalifah ‘Uthman RA menegaskan:

‌إِنَّ ‌اللَّهَ ‌يَزَعُ ‌بِالسُّلْطَانِ ‌مَا ‌لَا ‌يَزَعُ ‌بِالْقُرْآنِ.

“Sesungguhnya, Allah memberikan kuasa kepada sultan (yang berkuasa memerintah) untuk bertindak dalam apa-apa perkara yang tidak dinyatakan oleh al-Quran (yang membawa maslahat kepada negara).” [Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jld. 2, Hlm. 12]

Perkara ini berpandukan kaedah:

‌تَصَرُّفُ ‌الْإِمَامِ ‌مَنُوطٌ ‌بِالْمَصْلَحَةِ. 

“Tindakan pemerintah mestilah bertujuan membawa kemaslahatan (kebaikan) kepada rakyat.” 

Imam al-Ghazali RH menulis dalam kitab karangannya:

‌الدِّينُ ‌أُسٌّ، ‌وَالسُّلْطَانُ ‌حَارِسٌ، وَمَا لَا أُسَّ لَهُ فَمَهْدُومٌ، وَمَا لَا حَارِسَ لَهُ فَضَائِعٌ. 

“Agama itu menjadi asas, sedangkan kuasa sultan (yang memerintah) itu menjadi pengawalnya. Apa yang tiada asasnya, maka akan runtuh binasa; dan apa yang tiada pengawalnya, maka akan hilang.” [Al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, Hlm. 128]

Kita menyaksikan betapa hukum Islam dihilangkan sedikit demi sedikit, dan kuasa umat Islam pula dirobohkan.

Kita menyaksikan kerajaan PH mula berkuasa dengan slogan perintah raja-raja untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Selepas itu ditopengkan raja-raja menjadi alasan kepada setiap teguran dan kritikan pihak pembangkang yang dikatakan kononnya menentang raja-raja.

Mereka juga mengambil tindakan secara terpilih terhadap musuh-musuh politik atau dendam kesumat. Adapun kesalahan sendiri yang lebih besar daripada 1MDB berlipat kali ganda oleh beberapa tokohnya pula ditutup dan disembunyikan di bawah karpet atau hanya bertindak separuh jalan sahaja. 

Kesalahan yang terbuka kini ialah tindakan membakul sampahkan surat hak pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), sehingga mendedahkan wajah derhakanya. Inilah gambaran wajah yang sebenar kerajaan PH yang berkonsep sekularisme yang berprinsipkan kebendaan semata-mata, selaras dengan keahliannya yang terbuka kepada semua, campuran kalangan yang baik dan buruk, betul dan sesat, beragama dan tidak beragama, termasuk yang tidak berakhlak yang boleh dikhadamkan semuanya demi kepentingan kebendaan yang menjadi kiblatnya.

DAP yang menjadikan sekularisme sebagai dasarnya boleh menerima keahlian daripada semua jenis manusia, termasuk daripada kalangan paling ekstrem yang tidak beragama dan tidak bertuhan. Malah, haluan kiri yang paling ekstrem seperti komunis, sehinggalah yang bebas liberal tidak ada batas halal dan haram serta tidak membezakan antara hak asasi manusia dengan hak asasi binatang yang paling ganas. 

Bahkan, boleh bergabung dengan semua kumpulan daripada kalangan yang tidak beragama dan beragama tetapi hanyut. Termasuklah orang-orang Melayu dan para agamawan yang boleh dibeli, sebagaimana yang disebutkan oleh Allah dalam al-Quran melalui firman-Nya:

Sila lihat selanjutnya 'Pakatan derhaka mengoyak topeng Raja BerperlembagaanABDUL HADI AWANG Presiden PASBertarikh: 7 Rajab 1446 / 7 Januari 2025 [Bil: 3 / 2025] - HARAKAHDAILY 7/1/2025


2. Ancaman terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong January 8, 2025

ALASAN sebelah sana sudah beralih dari ‘titah adendum tak wujud’ ke ‘ya, titah adendum wujud tapi tak sah sebab Peguam Negara dan kerajaan kata tak sah’.

Sebenarnya alasan terbaru mereka telah menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kononnya YDPA buta undang-undang atau telah langgar undang-undang tetapi berikut adalah masalah besar yang sedang kita hadapi.

Peguam Negara dan kerajaan kini berani mempertikaikan kesahihan titah YDPA yang berada di bawah hak mutlak dan budi bicara baginda seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Hari ini, mereka persoalkan titah pengampunan.

Esok lusa, mereka boleh persoalkan titah lantikan Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, dan pelantikan-pelantikan lain, termasuk pelantikan Perdana Menteri.  

Selepas itu, mereka mungkin akan mempertikaikan titah pembubaran Parlimen dan pengisytiharan darurat.

Keputusan sama ada mahu melaksanakan titah atau tidak akhirnya akan bergantung kepada pendapat peribadi Peguam Negara dan kerajaan semata-mata.  

Apa maksudnya? Kuasa YDPA berpindah kepada Peguam Negara dan kerajaan.  

Jika dibiarkan, lama-kelamaan kita tidak lagi perlukan YDPA sebagai semak dan imbang.  

Dan akhirnya, kita beralih menjadi sebuah Republik, bukan? Masih tak nampak bahaya ini?

Atau ini yang kau orang memang idamkan sekiranya kau orang tidak mahu memperbetulkan kemelut titah adendum hari ini? 

LIM SIAN SEE – HARAKAHDAILY 8/1/2025 SumberAsal: https://www.facebook.com/share/p/14vBJLGZSK/ 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Polemik Titah Adendum akhirnya terlerai juga. Keputusan  Mahkamah Rayuan Isnin lalu terhadap bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak itu membuktikan terdapat unsur penyembunyian maklumat penting oleh kerajaan sebelum permohonan beliau difailkan ke mahkamah.

Kebenaran yang disimpan ‘rapi’ lebih setahun akhirnya ‘terbongkar’ selepas desakan demi desakan kepada pihak berkenaan. Bermula dengan ‘drama’ nafi, tolak-menolak […]  

Al-hamdulillah, dan padan muka kepada mereka yang terlibat.

Bersambung lagi, insya Allah.

.....

Tuesday, January 07, 2025

5 fakta Himpunan Solidariti Najib, 6 Januari, Putrajaya January 6, 2025

 

5 Fakta daripada himpunan solidariti di Putrajaya hari ini:

1. Himpunan hari ini berjaya. 

Rakyat dari segenap pelosok tanah air tetap hadir walaupun ada usaha pihak tertentu untuk menghalang himpunan ini berlaku. 

Putrajaya penuh dengan orang ramai sejak hari Ahad. Ada yang datang dengan kereta, ada yang sewa van dan bas. Dari Borneo, mereka naik kapal terbang. 

Anggaran kehadiran sekitar 8,000 – 10,000 orang.    

2. Ada ahli dan pemimpin Umno hadir walaupun terdapat larangan rasmi daripada pemimpin mereka. 

Ini bermakna aura Dato’ Seri Najib Razak (DSNR) masih kuat sehinggakan mereka tidak hiraukan arahan parti mereka sendiri. 

Mereka lebih simpati kepada DSNR dan menuntut supaya keadilan ditegakkan. 

3. Ahli PAS, ahli Umno, ahli BERSATU serta ahli parti-parti politik lain dilihat dapat duduk bersama di dalam himpunan tanpa ada kacau ganggu dan provokasi. 

Tiada kekacauan. Suasana aman, tenteram dan harmoni. 

Ini menunjukkan parti-parti politik teras Melayu Islam dapat duduk bersama dan bersepakat dalam isu Titah Adendum DSNR ini. 

Kesepakatan di dalam isu ini boleh membuka satu lembaran politik baru kepada negara. Inilah yang sangat dibimbangi pihak lawan khasnya DAP! 

4. Kejayaan himpunan ini amat membimbangkan pemimpin-pemimpin blok kerajaan. 

Mereka sedang tersepit, antara tuntutan undang-undang atau kehendak rakan muafakat politik mereka. 

Setakat ini, nampaknya himpunan ini menyebabkan wujud perbezaan pandangan yang amat ketara sesama pemimpin blok kerajaan. Perpecahan dalam kalangan mereka semakin ketara. 

5. Rakyat menuntut supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dihormati, undang-undang dipatuhi, Perlembagaan Persekutuan dijunjung dan keadilan ditegakkan. 

Jika benar Titah Adendum wujud, mengapa ia tidak dilaksanakan? Siapa sebenarnya yang derhaka kepada titah YDPA sebelum ini? 

Pemimpin yang derhaka kepada tuanku tidak layak untuk terus memimpin negara! 

USTAZ AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
6 Januari 2025
Putrajaya – HARAKAHDAILY 6/1/2025 


Laporan polis terhadap saya January 5, 2025 

BERPULUH-puluh wartawan menghubungi saya untuk dapatkan ulasan mengenai khabarnya akan ada laporan polis oleh Pemuda PAN terhadap saya berhubung satu hantaran saya mengenai ‘ayam jantan, ayam betina dan biawak’ dalam akaun facebook ini dua hari lepas.

Saya secara peribadi sangat kesal dengan langkah Pemuda PAN ini. Pertama sekali kekesalan yang […](Rujuk juga HarakahDaily)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails