Tuesday, January 07, 2025

5 fakta Himpunan Solidariti Najib, 6 Januari, Putrajaya January 6, 2025

 

5 Fakta daripada himpunan solidariti di Putrajaya hari ini:

1. Himpunan hari ini berjaya. 

Rakyat dari segenap pelosok tanah air tetap hadir walaupun ada usaha pihak tertentu untuk menghalang himpunan ini berlaku. 

Putrajaya penuh dengan orang ramai sejak hari Ahad. Ada yang datang dengan kereta, ada yang sewa van dan bas. Dari Borneo, mereka naik kapal terbang. 

Anggaran kehadiran sekitar 8,000 – 10,000 orang.    

2. Ada ahli dan pemimpin Umno hadir walaupun terdapat larangan rasmi daripada pemimpin mereka. 

Ini bermakna aura Dato’ Seri Najib Razak (DSNR) masih kuat sehinggakan mereka tidak hiraukan arahan parti mereka sendiri. 

Mereka lebih simpati kepada DSNR dan menuntut supaya keadilan ditegakkan. 

3. Ahli PAS, ahli Umno, ahli BERSATU serta ahli parti-parti politik lain dilihat dapat duduk bersama di dalam himpunan tanpa ada kacau ganggu dan provokasi. 

Tiada kekacauan. Suasana aman, tenteram dan harmoni. 

Ini menunjukkan parti-parti politik teras Melayu Islam dapat duduk bersama dan bersepakat dalam isu Titah Adendum DSNR ini. 

Kesepakatan di dalam isu ini boleh membuka satu lembaran politik baru kepada negara. Inilah yang sangat dibimbangi pihak lawan khasnya DAP! 

4. Kejayaan himpunan ini amat membimbangkan pemimpin-pemimpin blok kerajaan. 

Mereka sedang tersepit, antara tuntutan undang-undang atau kehendak rakan muafakat politik mereka. 

Setakat ini, nampaknya himpunan ini menyebabkan wujud perbezaan pandangan yang amat ketara sesama pemimpin blok kerajaan. Perpecahan dalam kalangan mereka semakin ketara. 

5. Rakyat menuntut supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dihormati, undang-undang dipatuhi, Perlembagaan Persekutuan dijunjung dan keadilan ditegakkan. 

Jika benar Titah Adendum wujud, mengapa ia tidak dilaksanakan? Siapa sebenarnya yang derhaka kepada titah YDPA sebelum ini? 

Pemimpin yang derhaka kepada tuanku tidak layak untuk terus memimpin negara! 

USTAZ AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
6 Januari 2025
Putrajaya – HARAKAHDAILY 6/1/2025 


Laporan polis terhadap saya January 5, 2025 

BERPULUH-puluh wartawan menghubungi saya untuk dapatkan ulasan mengenai khabarnya akan ada laporan polis oleh Pemuda PAN terhadap saya berhubung satu hantaran saya mengenai ‘ayam jantan, ayam betina dan biawak’ dalam akaun facebook ini dua hari lepas.

Saya secara peribadi sangat kesal dengan langkah Pemuda PAN ini. Pertama sekali kekesalan yang […](Rujuk juga HarakahDaily)