Saturday, July 26, 2008

Pulihkan Cara Hidup Hakim... Dr Hatta Ramli


Ibnu Hasyim: Catatan Santai Dari Parlimen

(Gambar: Dr Mohd Hatta (tengah)pernah ditahan.. )

KITA pilih ucapan Dr Mohd Hatta Md Ramli dari PAS, di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 2 Bil 32, Selasa 15 Julai 2008, disunting dari laman web Parlimen Malaysia…


“Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tumpang sama berbahas di peringkat dasar ini mengenai rang undang-undang yang ada di depan kita ini. Disebutkan tadi mengenai pelantikan Judicial Commissioner dan juga hakim daripada kalangan orang-orang yang terlibat sebelumnya di dalam politik yang boleh menimbulkan percanggahan kepentingan ataupun conflict of interest dengan izin. Ini boleh berlaku apabila kadang-kadang hakim ini terpaksa berdepan dengan kes-kes yang melibatkan orang-orang politik di sebelah lawannya.


Dalam kes ini mungkin kita boleh berkata, kita boleh memohon supaya hakim-hakim ini menarik diri, excuse himself dengan izin daripada mengendalikan kes-kes ini. Akan tetapi ada juga kadang-kadang hakim-hakim ini memberikan penjelasan bahawa beliau tetap akan berlaku adil dan rekod-rekod politik sebelum ini tidak akan menjejaskan keadilan yang akan beliau hand down dalam mana-mana kes yang dibicarakan di hadapan beliau.


Saya menyebut ini bukan apa, kerana ada pernah berlaku sekali saya menyaman seorang OCPD, Ketua Polis Daerah kerana pada anggapan saya beliau dan juga pasukan polis ketika itu menahan, menangkap saya, meletakkan saya di dalam lokap kerana berceramah dikatakan tanpa permit tetapi telah dibuat di dalam premis yang pada fahaman saya dan dinasihatkan oleh peguam saya, memang boleh kita mengadakan ceramah itu dalam premis yang kita punya yang berpagar tetapi OCPD berpandangan lain.


Jadi untuk menyelesaikan perkara ini, saya bercadang untuk membawanya ke mahkamah supaya diberikan satu ruling, satu penghakiman untuk menjadi teladan dan juga petunjuk kepada kes-kes pada masa akan datang. Jadi hakim yang dicadangkan untuk mengadili kes ini pada ketika itu ialah hakim yang pernah menjadi Ahli UMNO seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Peguam saya telah berhujah bahawa kemungkinan kes ini tidak akan diberikan keadilan sewajarnya kerana yang diadili ini seorang daripada parti yang berlawan tetapi hakim itu menetapkan bahawa beliau akan berlaku adil.


Apabila berlaku perdebatan mulut begitu, hampir-hampir peguam saya ini termasuk dalam sempadan contempt. Jadi bila kata dah nak masuk contempt ini, maka peguam saya pun menarik baliklah bantahan itu. Walau macam mana pun akhirnya kes itu dibicarakan oleh hakim yang lain. Jadi tidaklah timbul masalah tetapi kalau berlaku hal itu, memang susahlah sikit saya untuk mengendalikan kes saya tersebut. Jadi, kesan daripada pelantikan hakim di kalangan orang-orang yang telah berkhidmat dalam parti politik ini cukup besar kerana mungkin pada masa akan datang ramai lagi ahli-ahli politik kita yang akan diadili atas apa-apa juga sebab, betul atau tak betul, fitnah atau tidak fitnah dan ini akan mungkin di hadapan hakim-hakim sedemikian.


Jadi saya nak mintalah supaya ada satu kaedah ataupun peraturan dalam pelantikan hakim-hakim ini tidak diambil daripada kalangan orang-orang yang pernah berkhidmat dalam politik. Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak bertanyalah kepada menteri bahawa di Kota Bharu ini, beberapa tahun dulu saya dimaklumkan ada tiga orang hakim yang mengendalikan kes-kes di peringkat Mahkamah Tinggi. Dua Hakim Mahkamah Tinggi dan seorang Pesuruhjaya Kehakiman. Akan tetapi kebelakangan ini hanya ada seorang sahaja hakim yang mengadili kes-kes ini di Kota Bharu.


Soalan saya, apakah Kota Bharu ini sudah tidak ada kes-kes yang cukup banyak untuk diadili kerana keadaan sudah bertambah baik ataupun memang tidak cukup tenaga untuk dihantar ke sana? Jikalau ini berlaku sebenarnya, mungkin ini satu keadaan yang perlu diperbaiki kerana kekurangan hakim-hakim ini akan tentulah melewat-lewatkan pengadilan diberikan kepada orang-orang yang sepatutnya dibicarakan di depan hakim-hakim di peringkat Mahkamah Tinggi ini.


Jadi minta penjelasan tentang itu. Seterusnya yang ketiga saya nak bertanya oleh kerana kita baru-baru ini telah meluluskan rang undang-undang mengenai saraan menambah umur pencen kita daripada 56 tahun kepada 58 tahun. Jadi saya ingin bertanya sama ada kerajaan juga bercadang untuk mengemukakan cadangan supaya umur hakim juga yang dulunya daripada 65 tahun kepada 66 tahun akan dilanjutkan kepada 68 tahun. Mungkin tidak ada kepentingan di sana kerana umur 66 tahun itu pun kira dah panjang tetapi kalau... (Seorang ahli: [Menyampuk] 68 tahun, okey)


68 tahun okey? Ya, 68 tahun lebih baiklah. Nanti kalau ada pertambahan kakitangan kerajaan kepada 60 tahun, mungkin kita minta kepada umur 70 tahun pula. Cuma saya nak bertanya sama ada, ada dalam perancangan kerajaan untuk mengemukakan pindaan terhadap umur bersara para-para hakim ini. Seterusnya yang keempat dan terakhir Tuan Yang di-Pertua, kita mengetahui bahawa kehidupan para-para hakim ini kalau ikut maklumat yang kita ketahui, sangatlah membosankan. Kehidupan luar mahkamah bukan kehidupan dalam mahkamah. Dalam mahkamah memang hakim ini kira cukup meriahlah macam kedudukan Speaker juga. Memang seronok, memang ada...


(Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak menyampuk: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Kuala Krai, mana dia tahu yang hakim-hakim ini kehidupan dia bosan ini? Pernah jadi hakim ke?)


Memanglah saya tidak pernah jadi hakim. Jadi doktor ini pun kadang-kadang membosankan juga. Cuma kita dimaklumkan hakim-hakim tidak boleh bergaul secara bebas dengan orang, pergi ke majlis-majlis yang dilihat bergaul dengan peguam-peguam yang mungkin satu hari akan berada di depan beliau. Jadi nampak macam tidak ada satu life yang interesting dengan izin kepada hakim-hakim ini (Seorang Ahli menambah: Kedai kopi pun tidak boleh?)


Kedai kopi tidak boleh. Pergi rock konsert lagi tidak boleh. [Ketawa] (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] mencelah lagi: Itu yang dia suka.) Jadi persoalan kita bagaimana kita nak mencadangkan satu imbuhan atau satu keadaan di mana hakim-hakim ini tidak terjebak dengan perkara-perkara yang nak melarikan diri daripada kebosanan ini sampai timbul pergi keluar ditanggung oleh lawyer, bercuti di...


(Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi Ahli Parlimen Batu Pahat mencelah: Pakai rambut palsulah) [Ketawa] Jadi saya nak bertanya ada tidak agak-agaknya kerajaan bercadang untuk memulihkan cara hidup hakim ini supaya interesting dalam court dan interesting juga di luar mahkamah. Jadi saya rasa itu saja untuk minta penjelasan. Terima kasih!”


Sekian catatan santai dari Parlimen Malaysia, wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 17-07-08. KL.

Warga Kota & Minyak,.. Tan Seng Giaw


Ibnu Hasyim: Catatan Santai Dari Parlimen




KITA pilih ucapan Dr Tan Seng Giaw Ahli Parlimen Kepong dari DAP , di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 2 Bil 33, Rabu 16 Julau 2008, semasa membahaskan RANG UNDANG- UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2008) 2008 Bacaan Kali Kedua. Inilah ucapan beliau yang disunting dari laman web Parlimen Malaysia…


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam, saya sebutkan betapa perlunya 144 kerajaan tempatan, majlis tempatan perlu sensitif kepada penderitaan rakyat di seluruh negara. Ini termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana sebagai mana yang disebutkan oleh saya semalam, ketika rakyat warga kota mengalami kesusahan dengan terjatuhnya perniagaan 50%, 70% di kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak kutip bayaran letak kereta, sekarang di beberapa tempat, di Kampung Baru, Sungai Besi, Kepong Baru, semua dikenakan kutipan bayaran letak kereta.


Saya menyeru supaya pihak DBKL memberhentikan kutipan bayaran ini supaya kita dapat meringankan beban kepada warga kota. Begitu juga bagi semua kerajaan tempatan. Jangan waktu ini, kita kenakan kutipan hasil atau bayaran yang ditambah. Inilah, bagi ruang sedikit bagi rakyat Malaysia...


(Ir. Hamim bin Samuri Ahli Parlimen Ledang Ledang dibenarkan memberi penjelasan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB Kepong. Tadi YB Kepong menyebut tentang penderitaan warga kota. Saya hendak tanya kepada YB Kepong, apakah ukuran bahawa warga kota itu menderita. Seolah-olah di kota, kereta tak bergerak, ramai peminta sedekah, kedai-kedai jam, tak ada urus niaga, kedai makan pun tutup dan sebagainya. Akan tetapi, kalau kita tengok di bandar, di kota, ukuran warga kota yang mengatakan itu menderita, tidak wujud. Jadi apakah maksudatau ukuran kepada warga kota menderita tadi. Sekian, terima kasih.)


Patutlah YB Ledang di utara Johor itu, utara Johor. Dia tak dapat pembangunan di situ, kawasan Iskandar bukan di situ. Itulah malangnya, tak tahu, tapi di Ledang, ada ladang-ladang kelapa sawit, pekebun kecil dan sebagainya. Jadi, dia tak nampak sangatlah, siapa yang menderita. Harga minyak kelapa sawit pun tinggi sekarang, getah pun harga tinggi. YB Ledang, dia tak tahu lah itu, masalah, kasihan padanya... [Ketawa].




(Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali Ahli Parlimen dari Titiwangsa juga dibenarkan memberi penjelasan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih YB Kepong. Saya juga agak hairan dengan apa yang dibangkitkan oleh YB Ledang. Apakah kita hendak tunggu warga kota bawa tempurung, bawa tupperware merata untuk.... , baru kita hendak ukur bahawa warga kota ini menderita? Apakah kita hendak tunggu perniagaan sehingga dah tutup semua, barulah kita masa itu sedar bahawa rakyat begitu terhimpit dan susah? Jadi, saya kira, ini bukanlah satu kenyataan yang menunjukkan prihatin dengan rakyat. Sebelum perkara itu berlakulah, maka kita perlu mengambil tindakan terutama dari segi menambahkan penderitaan rakyat melalui penambahan parking meter dan sebagainya. Minta penjelasan.)


Itu memang, YB Titiwangsa, kerana ada titi, dia hendak tolongkan... [Ketawa] Hendak tolong warga kota, itu betul juga YB Titiwangsa. Yang Berhormat Ledang itu, di sini YB Ledang, di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di sini pun meminta RM20 juta untuk subsidi bantuan makanan tambahan kepada warga di luar bandar. YB Ledang pun dapat manfaatlah daripada subsidi ini kerana di dalam rang undang-undang ini, nampaknya subsidi sahaja sampai RM18 bilion, termasuk RM20 juta untuk luar bandar. Saya berharap, kerajaan tempatan termasuk DBKL mengambil sikap prihatin kepada rakyat dan dengan ini, memberhentikan segala kutipan dan tambahan kepada rakyat jelatanya. Dan...


(Dato’ Kamarudin Jaafar Ahli Parlimen Tumpat diberi laluan penjelasan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya YB Kepong. Saya masih lagi terganggu dengan soalan kawa saya, YB Ledang dan apa yang disebutkan oleh YB Titiwangsa. Saya fikir, yang diminta penjelasan daripada YB Kepong ini, ialah penderitaan YB sebutkan di kota ini, mana yang lebih teruk, penderitaan di kota atau penderitaan di kampung, penderitaan di Ledang, penderitaan di Kinabatangan, penderitaan di Langkawi, penderitaan di Arau, di Batu Pahat, di Kuala Krau, penderitaan yang mana?... [Disampuk] Ya, di Tumpat... [Dewan riuh]. Penderitaan yang mana yang lebih teruk? Penderitaan di kota ataupun di kampung-kampung? Terima kasih.)


Memang YB Tumpat, soalan itu tepat juga kerana penderitaan itu berlaku di seluruh negara. Akan tetapi, jenis penderitaan itu di Kuala Lumpur misalnya, tidak serupa. Kalau di Ledang, seseorang itu seperti YB, kawan -kawan dia, kalau seorang dapat RM3000 sebulan itu, di Ledang memang boleh hidup dengan lebih selesa. Akan tetapi, kalau dapat RM5000 di Kuala Lumpur itu, susahlah YB. YB pun tahu, inilah masalah perbezaan yang diminati oleh YB Ledang itu, di Kuala Lumpur itu, pengemis-pengemis itu diimport daripada luar. Ada sindiket yang mengimport. Kalau YB Ledang hendak tahu, saya akan bawa dialah. Tiap-tiap kali adapasar malam, sindiket itu bawa pengemis-pengemis daripada luar negara kita, kudung situ, kudung sini, mendakap anak dan sebagainya, kerana rakyat Malaysia, warga kota pun sangat belas kasihan lah itu, kerana itulah. Saya berharap YB Ledang tidak terlibat dengan sindiket sedemikian... [Ketawa].


Di sini, kerana saya nampak subsidi yang terlalu banyak sangat, ini sememangnya Perbekalan Tambahan ini perbekalan subsidi, hampir RM18 bilion yang dimintakan dan sekarang ini saya hendak membincangkan sesuatu perkara yang penting kerana sekarang di Amerika Syarikat, mereka bukan sahaja menghadapi masalah sub prima yang disebut oleh YB Tambun semalam, bahkan juga dua bank yang besar, yang sekarang pun menghadapi kesusahan, perlu dibantu, diselamatkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Apa yang pentingnya ialah bank-bank ini mendapat bon.


Saya pun tidak tahu sama ada Malaysia membeli bon untuk kedua-dua bank itu tetapi saya nampak negara China dia beli sampai USD1,700 juta untuk bon-bon bank seperti ini. Ini bermakna apa sahaja yang berlaku di Amerika Syarikat, dengan kesusahan yang dihadapi oleh bank-bank yang besar ini akan menjejaskan ekonomi dunia termasuk di Malaysia. Walaupun Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dan juga Pengarah Federal Reserve, ada mengatakan bahawa ekonomi Amerika Syarikat tidak begitu teruk, namun kita nampak Amerika akan mengalami kesusahan kemerosotan ekonomi. Ini akan menjejaskan kita.


Walaupun YB Menteri dan timbalannya sudah mengatakan bahawa ia tidak menjejaskan sangat kerana eksport kita ke Amerika sekarang ini tidak sampai 20%, yang selebihnya sebanyak 50% dieksport ke China, India dan sebagainya. Itu memang betul juga kerana kita perlu mempelbagaikan eksport kita. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna kita tidak akan menghadapi kesusahan. Di sinilah saya hendak bertanya mengenai pemberian subsidi yang begitu banyak ini.


Pertamanya, berapakah jumlah subsidi yang akan diberi kepada rakyat Malaysia sekarang ini. Pada sesi yang lepas pihak YB Menteri Kewangan II sudah menyebutkan hampir RM60 bilion subsidi kita iaitu RM58 bilion. Di sini kita hendak tahu berapakah jumlah untuk subsidi-subsidi termasuk makanan, minyak masak dan sebagainya bagi tahun ini. Dari segi ini kita mesti bersama-sama. Semua rakyat mesti berusaha bekerjasama untuk menghadapi masalah krisis ekonomi yang kita akan hadapi kerana kita belum tahu lagi sama ada pertumbuhan ekonomi kita akan mencapai 6% seperti yang dianggarkan ataupun tidak. Sekarang ini inflasi kita dianggarkan 5%.


(Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman Ahli Parlimen dari Pengkalan Chepa mencelah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih YB Kepong. Penganalisis menjangkakan bahawa dengan kenaikan global harga minyak dunia ini, krisis dunia akan berlaku dan recession ini akan bertambah. Saya hendak bertanya pada pandangan YB Kepong, adakah YB bersetuju untuk meredakan ini supaya kerajaan memperuntukkan RM5 bilion atau RM6 bilion untuk meredakan harga minyak ini supaya harga barang dapat dikawal dengan baik. Adakah YB bersetuju supaya kerajaan memperuntukkannya?)


Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan mesti mempertimbangkan dengan cara bukan tidak memberi subsidi tetapi corak subsidi ini diubah sedikit seperti yang saya sebutkan semalam menjadi rebat. Rebat, kalau rebat itu penghalang di kampung-kampung dengan pokok-pokok yang tumbang. Rebat itu tidak serupa tetapi ejaannya serupa juga. Saya mengharapkanlah rebat ini tidak menjadi rebat. Kita mesti mempertimbangkannya.


(Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] menambah: Saya minta laluan, sikit lagi. Bukan rebat sahaja tetapi yang pentingnya untuk meredakan kenaikan harga barang ini perlu subsidi bagi minyak diesel. Ini pandangan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Apakah YB bersetuju dengan pandangan itu?)


Tuan Yang di-Pertua, subsidi adalah perkara yang sangat rumit kerana sebagaimana yang saya sudah sebutkan semalam, kita senang untuk memberi subsidi tetapi susah untuk memberhentikannya. Kita mesti mempertimbangkan cara-cara untuk memberi subsidi supaya pada suatu hari kelak kita dapat mengurangkan subsidi kerana negara tidak boleh menampung subsidi untuk selama-lamanya. Semua negara pun seperti itu. Kita mestilah peka kepada masalah ekonomi negara kerana semua Ahli Parlimen pun berhasrat untuk mewujudkan negara yang aman dan makmur. Dengan ini kita semua, Ahli Parlimen mestilah sedikit sebanyak faham mengenai ekonomi dunia. Di sini...


(Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi Ahli Parlimen Batu Pahat mencelah dengan izin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada YB Kepong. Kalau begitu pada pandangan YB, antara kedua-dua pilihan ini iaitu tambah lagi subsidi untuk turunkan harga minyak, adakah tidak baik berbandingkan kita menstrukturkan subsidi minyak supaya orang yang lebih patut menerima faedah akan mendapat faedah, bukannya tambah lagi subsidi tetapi turunkan harga minyak. Mana yang lebih penting sama ada menstrukturkan subsidi minyak ataupun turunkan harga minyak dengan menambahkan pula subsidi?)


Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Pahat ini, ‘rumah batu siap pahat berbunyi’, memanglah macam itu. [Dewan riuh]… Memang macam itu. Tadi YB Muar dan dia bangun untuk menghalang saya memberi laluan kerana dia hendak masa untuk berucap tetapi YB Batu Pahat sendiri...


(Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai mencelah dengan izin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan YB Kepong. Lanjutan daripada soalan YB Batu Pahat tadi, soalannya adakah YB Kepong bersetuju dalam usaha untuk penstrukturan semula subsidi ini rakyat didedahkan kepada satu bencana apabila dengan serta-merta diturunkan sebegitu besar tanpa persediaan yang cukup sampai rakyat menderita dan kalau kita hendak memperbaiki semula terpaksa mengadakan beberapa pelan penstrukturan yang lain yang nampaknya kerajaan yang ada ini tidak mampu buat, tetapi orang lain yang mampu buat. Terima kasih.)


(Tuan Salahuddin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian juga diberi laluan berucap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan YB Kepong. Sebentar tadi YB Kepong menyebut bahawa negara akan mencapai pertumbuhan lebih kurang 6%. Bank Negara mengunjurkan 5.1%. Akan tetapi barubaru ini Financial Research House seperti Asian Bankers telah pun meramalkan akibat kenaikan minyak ini inflasi akan mencapai 71%. Jadi, adakah YB Kepong bersetuju bahawa tindakan kerajaan menstrukturkan subsidi minyak ini banyak mudarat daripada manfaatnya.)


(Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] juga mencelah: Boleh jawab sekali gus? Sikit sahaja. Maksudnya begini, saya berminat sangat bila YB Kepong sebut tentang menstrukturkan semula subsidi seperti yang disebutkan oleh Ahli Parlimen yang lain tadi. Maknanya adakah YB Kepong bersetuju kalau subsidi ini tidak di struktur semula, orang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin? Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.)


Tuan Yang di-Pertua, memang Yang Berhormat Ledang, YB Batu Pahat dan sebagainya. Saya berharaplah itu tujuan dia baik. Saya berharaplah itu, dan rebat kita ini satu jenis subsidi juga kalau kita naikkan harga petrol dengan terlalu mendadak, ini memang menambahkan beban kepada rakyat termasuk YB Batu Pahat, YB Ledang, YB Muar yang tak suka hendak dengar, ini memang, sebenarnya YB Muar pun sependapat dengan kita... Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mengkaji sama ada itu yang disebutkan sebagai kononnya restructure semula, penstrukturan semula. Sama ada ini penstrukturan atau menambah beban. Ini memang satu perkara.


(Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad Ahli Parlimen Shah Alam mencelah: Terima kasih YB Kepong. Saya hendak tanya pandangan YB berhubung dengan kenyataan yang dibuat malam tadi, yang mana mengatakan kalau harga minyak itu rendah maka inflasi akan tinggi. Maka untuk mengatasi inflasi dicadangkan seolah-olahnya mencadangkan kita naikkan harga minyak lagi tinggi. Lagi tinggi harga minyak lagi rendah inflasi. Adakah teori ini satu teori YB pernah dengar di sekolah atau universiti kah? Ataupun mungkin dalam buku komik mungkin ada la kot. Terima kasih YB.)


Kita dengar semalam, memang satu teori baru untuk ekonomi... [Dewan ketawa] Satu teori baru. Saya nampak YB Tambun pun dia ketawa juga, satu teori yang baru mengenai inflasi. Inflasi ini melibatkan pelbagai faktor Tuan Yang di-Pertua. Bukan kerana kita turun naik. Kalau turun harga minyak, kita akan mewujudkan inflasi yang lebih tinggi dan sebagainya, tidak semestinya. Ini melibatkan banyak faktor dan di sini kita tak dapatlah hendak bincangkanlah kerana YB Muar pun dia sudah gatal hendak bangunnya... [Dewan Ketawa] (Tuan Yang di-Pertua mengingatkan tentang masa.)


Di sini lah mengenai itu subsidi, inflasi, masalah yang dihadapi oleh negara kita. Saya berharap YB dapat memberitahu kita macam mana kita dapat menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat kerana kegagalan bank-banknya sekarang. Apakah strategi kita untuk menghadapinya? Dan juga setakat ini bagaimana, setakat mana kita dapat menjimatkan penggunaan tenaga kita, yang pertama. Yang kedua itu, setakat mana kita dapat memupuk budaya berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dan juga dengan keadaan sedemikian, adakah kita dapat meningkatkan kecekapan dan daya saing industri.


Di sini Tuan Yang di-Pertua, semalam kita ada dengar itu keuntungan Petronas sudah meningkat RM61 bilion dan juga pemberian kepada kerajaan pun sudah meningkat. Apakah itu strategi pihak kerajaan untuk menggunakan ini seperti yang disebutkan oleh YB Tasik Gelugor bahawa pemberian daripada Petronas sekarang itu sudah lebih daripada RM332 bilion? Bagaimanakah pihak kerajaan menggunakan wang begitu banyak untuk negara kita. Saya berharap tidak akan berlakunya itu pembaziran lagi. Dan juga ini ada terlibat dengan itu integriti. Saya berharap tindakan seperti dua, tiga hari yang lepas, kita dapat menahan orang-orang daripada misalnya daripada Ketua-Ketua Pengarah dan Timbalannya daripada Jabatan Imigresen ditahan.


Saya tak tahu sama ada mereka itu salah atau pun tidak. Walau bagaimanapun, ini memang kita mesti mempertingkatkan usaha untuk mencegah rasuah dan penyelewengan-penyelewengan yang lain.

Tidak mudah misai dicukur,
Susahlah hidung terluka,
Sudah terdorong kepada kukur,
Tinggallah tempurung sahaja.


Di sini Tuan Yang di-Pertua kerana ada ramai yang hendak berucap, saya berharap itu YB dapat menjawab tindakan-tindakan yang sudah diambil oleh pihak kerajaan, termasuklah pasukan petugas khas menangani kenaikan harga kitanya kerana dengan kenaikan harga petrol, semua barang pun memang ikut menaik. Apakah keberkesanan pasukan petugas khas menangani kenaikan harga dan juga Jawatankuasa Khas Kabinet membendung inflasi? Bagaimana hal ini dapat dilakukan termasuklah penyeragaman ke atas harga barang-barang perlu yang mendapat subsidi, serta diselaraskan harga barang kawalan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak?


Apakah peruntukan yang diberi untuk penyeragaman dan penyelarasan yang dihasratkan oleh pihak kerajaan, dan juga setakat ini, apakah senarai barangan yang perlu diberi subsidi oleh kerajaan? Saya berharap YB dapat memberitahu kepada Dewan yang mulia ini supaya kita tahu senarai barangan yang diberi subsidi setakat ini. Saya banyak lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, setakat ini saya berharap semua rakyat, semua parti dapat bersama-sama kita menghadapi kesusahan yang akan kita hayati tidak lama lagi kerana dunia akan menghadapi satu krisis ekonomi. Kemerosotan ekonomi dunia dan akan menjejaskan ekonomi kita dan kita mestilah bersama-sama untuk menghadapi cabaran seumpama ini. Sekian terima kasih.”



Demikian catatan santai dari Parlimen Malaysia, wallahu ‘aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 17-07-08. KL.


Thursday, July 24, 2008

Anwar Tak Layak Jadi PM?

Ibnu Hasyim: CATATAN SANTAI


“AKU baca ulasan atas kenyataan hang pasai ‘Muzakarah/Kerjasama PAS/UMNO Wajar -Dr Mohd Hasyim’. Ramai yang bagi komen, antaranya meragui sikap hang terhadap kepimpinan DSAI..” Kawan saya bertanya pula. “Aku nak

dengaq dari mulut hang pulak!”

Ini jawapannya…

Pertama:


Menurut Anwaribrahimdotcom.blogspot.com….


…“(DSAI) Anwar model Muslim Moderate. Muslim Moderate adalah model yang ditaja oleh Amerika melalui Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). CSID merupakan badan pemikir Amerika untuk mencari kaedah terbaik menyemai benih-benih Demokrasi ke negara-negara Islam. CSID telah menganugerahkan Anwar sebagai ‘Muslim Democrat of the Year’ pada tahun 2005 …. Maksud ‘Muslim Moderate’ adalah Muslim terima idea-idea Amerika khususnya ‘demokrasi dan Hak asasi’. Muslim Moderate menolak Negara Islam, hukum hudud dan Mahkamah Syariah.


Golongan Muslim yang mahukan Negara Islam dan perundangan Islam dilabel oleh Amerika sebagai Muslim Teroris. Sebab itu Abu Bakar Bashir, tokoh Islam Indonesia yang dilabel Amerika sebagai ‘Teroris' telah berkata Anwar Muslim Moderate yang tidak cukup faham mengenai Islam. Separuh daripada penggerak CSID tidak beragama Islam, misalnya Antony Sullivan, Vice-Chair CSID, Robert Schadler, Tamara Sonn, Joseph Montville, Louis Cantori dan lain-lain. Malah CSID sendiri ditaja oleh Yahudi neocon, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED). Asma Afsaruddin, Chair CSID dan Radwan Masmoudi,


President CSID serta tokoh-tokoh Islam lain adalah pro Amerika sama seperti Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, Negara Islam bukan agenda perjuangannya. Katanya, beliau akan sokong jika majoriti rakyat Malaysia menolak Mahkamah Syariah kerana itu satu rukun demokrasi. Menurut Amerika, negara-negara Islam kebanyakan tidak demokrasi. Tidak demokrasi sama dengan autokratik dan pemerintahan diktator.


Atas premis itu Iraq dan Afganistan diserang untuk menyemai benih demokrasi di negara-negara Islam itu. Persoalannya adakah demokrasi ciptaan Amerika lebih tinggi berbanding dengan demokrasi berasaskan Al Quran dan as Sunnah? Di mana keadilan, demokrasi dan hak asasi yang diperjuangkan Amerika jika majoriti rakyat sebulat suara menerima perundangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam ajaran mereka?”


Teringat pula saya kepada pemikiran yang dibawa oleh Drs Nurcholis sejak awal tahun 70an lagi, semasa dia menjawat Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Indonesia (Ucapannya pada 2 Januari 1970 bertajuk Keharusan Pembaharuan Pemikir Islam dan Masalah Integrasi Umat’ dan artikelnya ‘Sekali Lagi Tentang Sekularisasi’ . Pimikiran yang diciplaknya dari pemikiran Harvey Cox, seorang pemikir Kristen mengkritik agamanya dalam bukunya ‘The Secular City (New York:The Macmillan Company -1965) yang menjadi best seller di Amerika pada tahun 1965. Sila rujuk buku ‘Koreksi Terhadap Drs Nacholis Madjid Tentang Sekularisasi’ oleh Prof Dr H.M. Rasjidi (Jakarta: Bulan Bintang-1977).


Penulis Barat yang menyebutnya dengan ‘Islam Liberal’adalah seperti seperti Leonard Binder (‘Islamic LiberalismChicago: The Unversity of Chicago Press-1988) dan Charles Kurzman (‘Liberal Islam’ New York: Oxford University Press-1998). Buku khusus di kalangan pemikir Indonesia ditulis oleh Greg Barton pada tahun 1995 (The Emergence of Neo Modernism’ Liberal Movement of Islamic Though-1995), yang asalnya adalah disertasi Ph.D di Monash University, Australia.


Buku ini diterjemahkan ke bahasa Indonesia dengan tajuk: ‘Gagasan Islam Liberal di Indonesia: Pemikiran Neomerniodsme Nurcholis Madjid, Djohan Effendi, Ahmad Wahib dan Abdurrahman Wahid’, diterbitkan atas kerjasama Paramadina, Yayasan Adikarya Ikapi, dan Ford Foundation pada tahun 1999. Pemikiran Islam Liberal itu, mulanya disingkatkan sebagai ‘Islib’, kemudian dipopularkan oleh sekumpulan pemuda dengan menubuhkan rangkaian kerjasama ke peringkat antarabangsa dengan nama ‘Jaringan Islam Liberal’ atau JIL.


Kalau di Malaysia atau Indonesia golongan ini menjadikan Syeikh Ali Abdul Raziq sebagai idola mereka. Kata mereka,Abdul Raziq menyimpulkan bahawa sistem khilafah bukanlah sebuah kemestian bagi kaum Muslimin untuk mendirikannya, bahkan ia bukan sama sekali sebahagian dari agama Islam.(Ali Abdul Raziq menulis dalam kitabnya ‘Al-Islam wa Ushul Al-Hukm’: Cairo Cetakan pertama 1342/1925). Dengan itu mereka tetap bersetuju dengan Perlembagaan Malaysia yang sekular sekarang. Tak perlu ditukar sekularnya. Begitu juga dengan system Pancasila di Indonesia..


Sebenarnya, Sheikh Ali Abdul Raziq hidup sezaman dengan Mustafa Kamal Ataturk, tokoh sekularisme Turki. Kedua tokoh ini memiliki ideologi politik yang hampir sama. Ataturk mengumumkan penghapusan sistem khilafah (1924) dan menyatakan pemisahan urusan agama dari negara (1925), maka Abdul Raziq menerbit buku yang menyokong Ataturk. Syed Rasyid Ridha tokoh gerakan pembaharuan dan murid-muridnya seperti Hassan Al-Banna pendiri gerakan ‘Ikhwan Muslimin’, telah menolak pandangan yang amat berbahaya ini.


Begitu juga PAS di Malaysia. Teringat saya kepada ceramah-ceramah mantan Presiden PAS Allahyarham Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor yang menyerang habis-habisan faham sekular yang dipanjangkan oleh Abdul Raziq itu, pada tahun-tahun 80an. Ustaz Fadzil pernah bersama-sama Dato’ Seri Anwar menggerakkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebelum beliau aktif dalam PAS. Masa itu ABIM pernah menerbitkan buku penjelasan ‘Islam and Secularism’ oleh Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas (ABIM 1978 & ISTAC 1993).


Faham Sekularisme telah menjadi kunci pembuka bagi penganut-penganutnya mengamal banyak lagi faham-faham sesat yang lain atas nama ‘kebebasan berfikir’. Contohnya Pluralisme Agama (menyamakan semua agama), isu Al-Qura’an Edisi Kritis (edit semula), Hermeneutika (merombak atau merubah orientasi tafsir yang sedang digunakan oleh ulama turun-temurun), Feminisme (‘gender equality’, samakan lelaki dengan perempuan, seperti perempuan berkuasa ceraikan suami, jadi imam sembahyang kepada lelaki dan lain-lain), dan macam-macam kesesatan yang dimodenkan sepanjang masa. Adakah ia termasuk Islam Hadhari? … perlu dibincangkan pada kesempatan yang lain!


Sebuah kertaskerja bertajuk ‘Fakta dan Data Liberalisasi Islam di Indonesia’ telah dibentangkan dalam seminar Ancaman Islam Liberal di Kota Bharu Kelantan pada 3 Jun 2006. Pembentangnya, Adian Husaini MA dari Institute For The Study Of Islamic Though And Civilization (INSISTS), Jakarta Indonesia, telah menyenaraikan 16 antara organisasi-organisasi di Indonesia dari 30 organisasi-organisasi yang dibiayai oleh The Asia Foundition antara organisasi-organisasi talibarut US yang beroperasi sejak 1970an lagi hingga kini.


David E. Kaplan (Hearts, Minds and Dollars, www.usnews.com 4-25-2005) menyebutkan, dimana jutaan dollar US telah dipersetujui oleh White House secara rahsia untuk dihamburkan bagi kempen mengubah masyarakat Islam dan agama Islam itu sendiri di dalam sekurang-kurang 24 negara umat Islam seluruh dunia. Donald Rumsfeld, atas alasan membendung pengganas telah mengumumkan pada 16 Oktober 2003…


AS (Amerika Syarikat) perlu menciptakan lembaga donor untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam yang radikal menjadi moden. Lembaga pendidikan Islam biasa lebih cepat menumbuhkan teroris baru, lebih cepat dibandingkan kemampuan AS untuk menangkap dan membunuh mereka.”(Harian Republika 3-12-2005).


Kedua:


Menurut Anwaribrahimdotcom.blogspot.com. lagi….


Video di atas (seperti di blog disebutkan..) memaparkan 'kehebatan Anwar' kerana dipilih 100 tokoh berpengaruh di dunia. Diterbitkan oleh Onlinetivi Indonesia sebagai satu promosi untuk menunjukkan 'kehebatan' Anwar di persada dunia. Pengacara video ini telah mengesahkan empat perkara penting. Pertama; Anwar satu-satunya tokoh yang dipilih dari Malaysia oleh majalah TIME. Kedua; penulis biodata Anwar ialah Paul Wolfowitz. Ketiga; Anwar dipilih kerana Islam Moderate tajaan Amerika. Keempat; Anwar menolak Ketuanan Melayu”


Mengenai tokoh 100 Majalah dipilih TIME, tokoh-tokoh 100 berpengaruh di dunia, majalah TIME Laman Jew Watch memperakukan majalah TIME adalah salah satu majalah terkemuka yang dikawal oleh Yahudi. Penaung dana majalah TIME adalah Time Warner Communications. Pemilik utamanya pula seorang Yahudi bernama Gerald Levin. Selain memiliki majalah TIME, Yahudi juga turut memiliki majalah Newsweek yang pernah menganugerahkan Anwar sebagai ‘The Asian of the Year’ pada tahun 1998.


Publisiti Anwar di peringkat antarabangsa kebanyakan diberi liputan oleh media kawalan Yahudi antaranya ABC Television Network (ABC), CNN,CBS, dan NBC. Penguasaan Yahudi dalam media di atas. Rangkaian media milik Yahudi telah berusaha keras mempromosi 'watak Anwar' di pentas antarabangsa, maka tidak hairan majalah TIME memilih Anwar sebagai '100 tokoh berpengaruh dunia'. Bahkan, bukan satu kejutan jika sebuah akhbar harian Israel, "The Jerusalem Post" meramalkan "Anwar sebagai Bakal Perdana Menteri Malaysia" sebaik sahaja selesai PRU ke-12.


Persoalannya kenapa rangkaian media milik Yahudi berusaha bersungguh-sungguh mempromote nama Anwar di pentas antarabangsa? Malah lebih ghairah lagi, kenapakah akhbar harian milik Israel, The Jerusalem Post begitu berminat fokus politik negara Malaysia hingga sanggup beri ruang kepada halaman akhbarnya meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia. Kenapa tidak Najib Tun Razak?, Atau kalau pembengkang Ustaz Hadi atau Lim Kit Siang? Puak-puak pemikir Yahudi tentu tahu kerja-kerjanya!


Penulis biodata Anwar ialah Paul Wolfowitz. Semasa mencalonkan 100 tokoh TIME, Wolfowitz bukan setakat dianggap sebagai Yahudi Neocon, malah menganuti fahaman zionis yang pernah dinobatkan ‘Israel Zionis Paling Berjaya 2002’ oleh The Jewish Institute for National Security Affairs (JINSA) kerana kecemerlangan menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika. Kejayaan Wolfowitz semasa jadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika adalah melancarkan perang dan mengalahkan negara Islam Iraq.


Kota suci Islam, Baghdad, warisan ketamadunan Islam, dipijak oleh tentera Amerika. Bangunan dan penduduk Islam tidak bersalah telah dibunuh semata-mata percaya dengan teori Wolfowitz bahawa Iraq memiliki senjata WMD. Kenapa Wolfowitz yang dipilih menjadi penulis biodata dan pencalon Anwar di Majalah TIME. Kenapa tidak Al Gore, William Cohen, Al Bright, Colin Power atau Carl Gershman kerana mereka juga mengenali Anwar? Kenapa semua nama-nama yang mengenali Anwar semuanya Yahudi berideologi Zionis?



Tidak adakah tokoh Islam terkemuka yang boleh menulis biodata dan mencalonkan Anwar ke majalah TIME? Dikatakan hanya Wolfowitz yang mengenali siapakah Anwar. Malah Wolfowitz wajar menulis biodata Anwar kerana Anwar adalah 'menteenya'. Wolfowitz pula adalah godfather Anwar. Pengakuan Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz. Kata Anwar, Yahudi berideologi Zionis (Wolfowitz) itu bukan musuhnya. Malah semua karier antarabangsa Anwar khususnya di Amerika dibina oleh Wolfowitz. Wolfowitz yang calonkan Anwar jadi pensyarah pelawat John Hopkins dan Georgetown University.


Wolfowitz juga melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia dan Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR) Dalam penulisan Wolfowitz, beliau akui sumbangan Anwar menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi yang tunduk kepada Amerika bermula pada tahun 1990an melalui Dailog Pasifik. Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan Malaysia melalui badan pemikirnya Institut Kajian Dasar (IKD) telah menyalahgunakan wang rakyat membayar jutaan ringgit kepada pelobi Amerika iaitu Asia Pacific Policy Centre (APPC) semata-mata untuk memastikan nama Anwar terkenal di Amerika.


Program Dailog Pasifik, anjuran IKD & APPC ini telah berjaya membawa tokoh-tokoh Amerika ke Malaysia antaranya Paul Wolfowitz, Senator Sam Nunn, William Cohen dan Henry Kissinger. Maka tidak hairan, Wolfowitz tulis..

I joined Senator Sam Nunn and others to speak out in Anwar's defense’

…ketika Anwar dipenjarakan. Ketika Anwar dirawat sakit tulang belakang pada 2004, di Munich, Jerman, Paul Wolfowitz merupakan antara pengunjung pertama.


Kunjungan Wolfowitz ke Munich yang dianggap tetamu paling istimewa, turut disusuli dengan perbincangan empat mata yang mengatur langkah Anwar seterusnya di Amerika. Persoalannya kenapakah seorang Yahudi berideologi Zionis bernama Wolfowitz yang terkenal sebagai 'arkitek perang & pemusnah negara Islam' sanggup berbaik-baik dan memberi jasa kepada Anwar? Hanya Wolfowitz yang lemah lembut pertuturan tetapi keras pegangan zionisnya mengetahui apakah agenda sebenar membela Anwar..


Dalam 3 perkara yang dilontarkan oleh Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir selaku Ahli Parlimen Jerlun di Dewan Rakyat Parlimen Selasa 13 Mei 2008, antaranya menyebutkan…


Yang ketiga, mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of The Future. NGO ini menerima dana sebanyak 35 juta dolar dari Jabatan Negara atau State Department Kerajaan Amerika Syarikat, 10 juta dolar dari Bahrain dan 11 juta lagi dari sumber-sumber lain yang tidak ketahui. Pengerusi Foundation of The Future tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar sendiri insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia.


Di NGO ini jugalah Datuk seri Anwar mengambil kerja Shahariza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia baru-baru ini. Soalnya, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latar belakangnya.... dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman neo-konservatif yang membunuh rakyat Islam di Iraq Paul Wolfowitz ini hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?”


Itu pandangan Dato’ Mukhriz.


Ketiga:

Dikatakan juga Anwar menolak ‘Ketuanan Melayu’. Menurut Anwaribrahimdotcom.blogspot.com lagi….


Sudah menjadi pengetahuan umum, semejak menjadi penasihat de facto PKR, Anwar menolak Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar menolak 'ketuanan bangsa' dan menjaga 'hak keistimewaan kaum' ini selaras dengan salah satu rukun neocon yang menolak dasar ‘affirmative action’ (hak keistimewaan). Bagi Yahudi Neocon yang berideologi Zionis, tidak dibenarkan wujud bangsa-bangsa lain di dunia ini yang lebih mulia daripada Yahudi. Hanya Yahudi sahaja bangsa paling mulia dan bangsa ‘pilihan Tuhan’.


Hanya bangsa yahudi sahaja boleh mengamalkan ‘affirmative action’, bangsa-bangsa lain tidak dibenarkan kerana mereka yang bukan Yahudi itu ‘Bangsa Kelas Kedua’. Jadi sekiranya bangsa-bangsa lain cuba mengamalkan dasar ‘affirmative action’, maka usaha perlu dilakukan untuk menghapuskan dasar itu. Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997. Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.


Betapa akrabnya Anwar dengan Pengerusi IMF,Michael Camdessus hingga berpeluk-peluk. Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar ‘affirmative action’ yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global. Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika. Kalau Amerika bersungguh-sungguh serang Iraq kerana telaga minyak, Malaysia pun ada telaga minyak dan Petronas!”


“Yang penting ketiga-tiga alasan ini ada kaitan dengan Yahudi dan Amerika. Kalau Anwar bagaikan bulan purnama, maka isu-isu ini adalah awan hitam yang boleh menggerhanakan beliau sebagai pemenang bintang Perdana Menteri (PM). Ada lagi isu-isu lain seperti perbedaan dari segi gerak kerja dan kekuatan antara PAS, PKR & DAP. Peribadi Anwar berbanding Ustaz Hadi. Dikatakan juga tindak tanduk Anwar membelakangkan Pakatan Rakyat, gendang kosong contohnya nak dapatkan pelabur di Selangor atau 30 kerusi parlimen masih belum menampakkan bunga-bunga kenyataan. Tuduhan-tuduhan skendal dan lain-lain.



Pada saya PAS kena dapatkan jalan pintas untuk realisasikan dasar perjuangannya, termasuk turunkan harga minyak. PAS cuma menunggu dan memilih kumpulan mana yang dapat membantu cita-cita perjuangannya. Kunci pembukanya adalah.. Muzakarah!!” Saya memberi pandangan.


“Bagaimana dengan isu-isu lain??”

“Tak cukup masa, coming soon!”

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 22-07-08. KL.


Monday, July 21, 2008

Muzakarah/Kerjasama PAS/UMNO Wajar -Dr Mohd Hasyim


BY ASYOK KUMAR


UKAY PERDANA 20 Julai –PAS perlu berfikiran terbuka, bahkan bersikap tegas supaya jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang, dalam soal muzakarah dengan UMNO, bahkan sehingga ke peringkat kerjasama memerintah negara. PAS perlu tegas mempertahan prinsip perjuangannya dan membela rakyat tertindas tidak kira kaum seperti yang dikehendaki oleh agama Islam dengan membelakangkan kepentingan peribadi-peribadi tertentu.


Demikian pandangan Dr Mohd Hasyim, selaku Presiden Group Universiti Ulu Klang dalam suatu majlis pertemuan bersama ahli-ahlinya di sini malam tadi. Contohnya, antara tuntutan yang wajar dikemukakan ialah melaksanakan hukum dan perundangan Islam di negeri yang dimenangi oleh PAS, menurunkan harga minyak supaya tidak membebankan rakyat, menghapuskan ISA, membebaskan tahanan-tahanan politik yang ada kaitan dengannya, memberi kuasa penuh kepada penghapusan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, merancang program baikpulih ekonomi rakyat dan sebagainya.


Menurut beliau lagi, kuasa ke arah melaksanakan hal-hal tersebut perlu didapati, samada melalui jawatan atau jabatan yang se wajarnya. Tidak kira samada muzakarah atau kerjasama dengan parti atau kumpulan mana sekalipun samada pemerintah atau pembangkang, kalau hal-hal tersebut tidak dapat dilaksanakan, maka muzakarah atau kerjasama tersebut adalah sia-sia dan buang masa sahaja.


“Mana-mana muzakarah atau kerjasama dengan parti-parti yang mampu memberi ruang perlaksanaan hal tersebut kepada PAS, maka barulah muzakarah, kerjasama atau kongsi kuasa itu dianggap wajar…” Jelas beliau lagi yang juga seorang penulis webblog.


Ditanya mengenai maksud ‘jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang’, katanya, “Kongsikuasa PAS/ UMNO 1969, di mana PAS ditipu UMNO, ditendang keluar dari BN diharapkan jangan berlaku lagi. Juga diharapkan jangan ditipu pula oleh pakatan yang akan memerintah!”

Saturday, July 19, 2008

Ibnu Hasyim: Bahasa Cina Perlu Jadi Bahasa Kedua..


Ibnu Hasyim: Catatan Santai

“BARU-BARU ini dikatakan ada usaha-usaha untuk meletakkan bahasa Cina di papan-papan tanda Selangor di samping lain-lain bahasa… Ramai yang marah!” Kata kawan saya. “Apa pendapat saudara?”

Beliau adalah penganjur Kursus Borong China yang menjemput saya memberi ceramah besok pagi 20 Julai 2008 di Hotel Quality KL. Tapi saya baru pulang dari Indonesia, banyak kerja yang belum disiapkan, kerana pemergian kali ini berlaku banyak perkara-perkara di luar dugaan dan perancangan. Walaupun begitu saya sempat menemuinya malam ini.

“Pada saya, isu ini perlu dibawa oleh PAS sebagai parti Islam, bukan untuk menghalang tetapi menyokongnya. PAS perlu buktikan PAS bukan parti perkauman. Soal bahasa bukan soal pokok, bahkan ada seruan-seruan supaya ‘menuntut ilmu sampai ke negeri China’. Apa yang saudara buat Kursus Borong Di China adalah suatu usaha yang baik.” Kata saya.

Yang saya nak, kalau boleh di Malaysia ini diletakkan Bahasa Malaysia bahasa utama, bahasa Cina bahasa kedua dan meletakkan bahasa Inggeris di bawahnya.”

Mengapa saya berpandangan begitu?

Pertama:

Kerana penduduk berbangsa Cina adalah bangsa kedua ramainya di Malaysia, sesudah bangsa Melayu. Bangsa Eropah yang menggunakan bahasa Inggeris tidak termasuk bangsa yang ramai bahkan bangsa penjajah yang telah mengekalkan penjajahannya dari berbagai sudut sejak dulu hingga sekarang. Kini kita sudah merdeka, mengapa masih mengekalkan bahasa mereka terutama dalam pentadbiran negara? Menganggap tiada menggunakan bahasa itu sebagai menghalang kemajuan adalah bukan reality dan boleh dibahaskan lagi.

Kedua:

Bahasa Cina adalah bahasa yang digunakan oleh penggunanya bangsa yang teramai di dunia, bahkan bertebaran di serata negara. Ianya dapat membantu orang Malaysia di luar negara seperti juga penggunaan bahasa Inggeris yang sudah lama didaulatkan di negara ini.

Ketiga:

Mengseimbangkan pengetahuan bahasa di kalangan bangsa-bangsa di Malaysia terutamanya orang Melayu. Kalau orang Cina wajib tahu bahasa Melayu, maka adalah lebih baik juga orang Melayu tahu bahasa Cina. Kalau ada yang menganggap tidak tahu bahasa Cina antara penyebab kelemahan orang Melayu dalam perniagaan, maka hal ini dapat diatasi.

Keempat:

Suatu kejayaan dan keuntungan dalam politik Islam, apabila dapat menarik orang Cina menyokong Islam, walaupun mereka tidak perlu masuk Islam. Yang penting sekali ialah agama, bukan sahaja bahasa dan bangsa.

Itulah pandangan ringkas dan sepintas lalu dari saya. Wallahu ‘aklam.

Ibnu Hasyim
Kuala Lumpur
Julai 08.
ibnuhasyim.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)

Sejarah PAS 15: Persiapan Kepimpinan: Ahmad Badawi Ketua Pemuda PAS Pertama?


IBNU HASYIM:
Fokus Sejarah PAS Siri 15


(Kartun ini diambil dari akhbar 'Majlis' 27 Okt 1947, seminggu selepas mogok Hartal Se-Malaya. Meriam buluh yang diletupkan berlabel 'Hartal'. diiringi serangkap pantun sindiran berbunyi:
'Di sana sini berdempang dempung,
Putera dan rakannya membedilkan betung,
Tegak serentak bersama Ah Chong,
Tetapi hartal tak bererti langsung.'

Itulah antara isu-isu popular sebelum merdeka.)



DEWAN Pemuda PAS telah ditubuhkan dalam Muktamar PAS Ke 2, yang diadakan di Madrasatul Ulum, Bagan Datuk, Hilir Perak, pada 26 Ogos 1953. Saudara Uthman Abdullah dilantik sebagai Ketua Pemuda yang pertama. Ada pendapat yang menyebutkan Ketua Pemuda PAS pertama ialah Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah, ayah kepada Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia ke 5.


Masa itu Ahmad Badawi yang juga ahli jawatankuasa penaja penubuhan PAS telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS dan Ketua Pemuda pertama (Sila lihat tambahan I dalam Fokus Sejarah PAS Siri 12). Dalam mesyuarat itu (Muktamar PAS Ke 2) juga dibuat satu keputusan, iaitu sesuatu persoalan mengenai kepentingan nasional tidak boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Agung PAS, tetapi hendaklah dibawa kepada suatu Mesyuarat Agung Khas untuk diputuskan.


Hal ini berkait dengan persoalan National Convention dan National Conference yang akhirnya menyebabkan Tuan Haji Ahmad Fuad keluar meninggalkan PAS. Suatu proses penapisan kepimpinan dan tarbiah daripada Allah SWT untuk melicinkan perjalanan gerakan Islam tersebut. Selepas Saudara Uthman Abdullah, jawatan Ketua Pemuda dipegang pula oleh Haji Hasan Adli.


Tetapi suatu peristiwa menarik telah berlaku dalam Muktamar Agung PAS Ke 6 yang diadakan pada 25 Disember 1958. Peristiwa di mana jawatan Ketua Pemudanya telah bertukar dari Haji Hasan Adli kepada Saudara Abu Bakar Hamzah. Pertukaran ini berlaku disebabkan tindakan tegas AJK Agung PAS yang mahu semua Dewan-dewan bermesyuarat termasuk Dewan Pemuda, sebelum mesyuarat Agung PAS Pusat seperti yang tercatat dalam undang-undang tubuh PAS.


Tetapi Dewan Pemuda telah membuat penangguhan. AJK Agung PAS telah memerintahkan supaya mesyuarat Dewan Pemuda diadakan serentak dengan Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Reaksinya, Haji Hasan Adli telah memulau dan kemudiannya bertindakbalas menyerang AJK Agung dalam Mesyuarat Agung PAS. Gelombang ‘ribut sementara’ yang bagaikan gelombang kopi dalam cawan itu menyebabkan Haji Hasan Adli diberi gelaran ‘Panglima Jihad’ PAS.


Maka tenteram kembalilah seluruhnya. Akhirnya, beliau dipilih sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS. Walaupun ‘ribut’, tapi ianya berlaku dalam suasana persaudaraan dan ukhuwah Islamiah, suatu penyelesaian yang amat bijaksana. Saudara Abu Bakar Hamzah yang dipilih sebagai Ketua Pemuda Ke 3 dalam PAS, kemudiannya telah berangkat ke Kaherah, Mesir, menghadiri persidangan Pemuda Afro-Asia.


Dewan Muslimat PAS telah bersedia menurut peraturan tersebut. Mesyuarat Dewan Muslimat telah berjalan dengan lancar, dan bersetuju melantik Puan Khadijah Sidek dari Johor yang baru menyertai PAS sebagai Ketua Dewan Muslimat. (Keterangan ini agak bertentangan dengan keterangan ‘Mutiarabp’ dalam laman web Dewan Muslimat PAS Pusat keluaran Monday, 17 Disember 2007. Sila Lihat Tambahan 1 di bawah..).


Banyak kisah-kisah menarik tentang Puan Khadijah Sidek ini. Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Johor ke 3 dari tahun 1966 hingga 1969 menggantikan Haji Husin Besar (dari tahun 1964 hingga 1966). Setiausaha Perhubungan Negeri semasa pentadbiran beliau ialah Saudara Hasyim Asrakal dan Haji Muhamad Mansur @ Mansur Abdullah. Mungkin beliau adalah Pesuruhjaya PAS Negeri yang pertama sejak penubuhan PAS di Tanah Melayu, terdiri dari seorang muslimat.


Beliau berasal dari Indonesia, merupakan pejuang yang gigih. Walaupun beliau seorang perempuan, namun kelantangan bersuara dan bergerak menyebabkan beliau ditahan oleh kerajaan Singapura semasa sedang mengandung hingga melahirkan anak pertamanya di dalam penjara. Hajjah Khadijah telah menyertai PAS pada tahun 1958 setelah dipecat dari UMNO pada tahun 1956.


Dalam pilihan raya umum 1959, beliau mengalahkan calon UMNO-Perikatan di kawasan parlimen Dungun, Terengganu menjadikan wakil rakyat PAS yang pertama dari kalangan wanita. Dalam pilihan raya umum 1964, beliau bertanding di kawasan parlimen Johor Bahru menentang Tun Dr Ismail Datuk Abdul Rahman tetapi tewas. Menjelang pilihan raya umum 1969, beliau bertindak keluar dari PAS.


Dalam pilihan raya 1969 tersebut, beliau bertanding melawan Datuk Haji Mohd Asri Yang Dipertua Agung PAS di Kelantan, tetapi kalah hilang wang pertaruhan. Tiada kesudahan, akhirnya beliau kembali ke pangkuan UMNO, memegang jawatan Pegawai Wanita Felda dan cergas dalam PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) hingga tahun 1974. Beliau diserang penyakit lumpuh hingga ke akhir hayat di Kuala Lumpur.


Mesyuarat Agung PAS yang ke 7 pula mengambil keputusan meminda nama PAS dari Persatuan Islam Se Malaya atau PMIP (Pan-Malayan Islamic Party) kepada Persatuan Islam Se Tanah Melayu. Hanya ‘Se Malaya’ ditukar kepada ‘Se Tanah Melayu’, namun nama ringkasnya tetap PAS juga. Mesyuarat Agung PAS ke 7 ini juga telah memilih barisan kepimpinan yang bersiap sedia menghadapi pilihan raya kebangsaan 1959.


Regu 2 Professor atau 2 doktor itu, iaitu Burhanuddin-Zulkifli telah dipilih terus memegang pimpinan. Haji Hasan Adli, Panglima Jihad PAS itu juga dipilih Naib Yang Dipertua Agung PAS. Pegawai-pegawai pejabat agung pun disusun oleh AJK Agung menjadi satu barisan penggempur dan penggerak untuk menghadapi pilihan raya negeri-negeri dan Persekutuan. Saudara Amaluddin Darus dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.


Pesuruhjaya negeri-negeri pun dilantik.

1. Perlis - Haji Ahmad Long
Kedah – Syeikh Othman Al-Yunusi.
Pulau Pinang – Ustaz Abdul Wahab Nor sebagai Pemangku Pesuruhjaya, dan
Perak – Ustaz Abdul Wahab Nor (Pesuruhjaya)
Selangor – Hamidon Husain.
Negeri Sembilan – Muhammad Haji Yaakub.
Melaka – Haji Abdul Karim.
Pahang – Tengku Abdul Hamid.
Terengganu – Ustaz Ahmad Azam (Menjadi Pesuruhjaya pertama Pulau Pinang tetapi diarahkan meneroka ke Terengganu).
Kelantan – Haji Mohd Asri Haji Muda.
Selangor – Haji Ariffin Alias, Pesuruhjaya pertama sejak 1954 hingga 1963.
Singapura – Saudara Abdullah Zawawi Hamzah. Walaupun Singapura waktu itu masih di bawah jajahan Inggeris, belum merdeka lagi.


Inilah barisan kepimpinan yang terpilih untuk mengharungi Pilihan Raya Umum 1959. Inilah juga ujian bagi membuktikan bahawa fajar kebangkitan PAS terus menyinsing menyinari alam maya Tanah Melayu ini.


Tambahan I:


Sejarah Dewan Muslimat PAS

Written by Mutiarabp Monday, 17 December 2007


1.0 Sejarah Penubuhan

Penubuhan Dewan Muslimat PAS dicadangkan oleh Ustaz Zabidi Hj Ali yang ketika itu merupakan Ahli Jawatankuasa Agung PAS, berasal dari Seberang Perai. Cadangan penubuhan dibuat dalam Mesyuarat Agung PAS dan dipersetujui pada 3 April 1952.

Walau bagaimanapun, Dewan Muslimat ditubuhkan secara rasmi pada 3 Januari 1953 serentak dengan penubuhan Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Kepala Batas Seberang Perai. Ketika itu, Dewan Muslimat diterajui oleh Puan Sharifah Rahmah dan ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Dewan Muslimat seramai tujuh orang. Bagi membolehkan Dewan Muslimat bergiat secara sah dan teratur, satu peruntukan di bawah "Aturan dan Peraturan Kecil Dewan Muslimat PAS" dirangka dan disahkan oleh Jawatankuasa Agung PAS.


2.0 Visi

"Tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia Menerusi Tenaga Muslimat"


3.0 Misi

i. Membina masyarakat berakhlak dalam semua bidang kehidupan manusia dan pendokong kepada ajaran Islam sebenar; dan

ii. Melahirkan Muslimat Mujahidah Berilmu, Beriman, Beramal, Bertaqwa berperanan sebagai Da'ei kepada masyarakat.


4.0 Objektif Penubuhan Dewan Muslimat

Beradasarkan cadangan asal penubuhan Dewan Muslimat yang dibuat oleh Ustaz Zabidi Hj Ali, penubuhan ini adalah untuk:

" Mengelola dan memimpin ahli-ahli wanita supaya dapat mengambil bahagian tertentu bersama ahli lelaki PAS bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan Islam SeMalaya (PAS) dan berusaha meninggikan taraf kehormatan serta memelihara maruah kaum wanita. Di samping, berikhtiar menjayakan rancangan-rancangan kebajikan, pelajaran, didikan, kebersihan, kesihatan dan iktisad."

Naskhah asal Peraturan Dewan Muslimat yang telah disahkan oleh Setiausaha Agung PAS pada tahun 1966 bersamaan 1386 H menggariskan bahawa tujuan penubuhan Dewan Muslimat adalah:

i. Menyatupadukan wanita-wanita Islam ke arah pembentukan perjuangan yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya;

ii. Menanam dan menghidupkan jiwa dan semangat keIslaman sebenar agar segenap ajaran dan petunjuk Islam menjadi amalan dalam penghidupan wanita seharian;

iii. Berusaha memperbaiki nasib dan darjat penghidupan wanita-wanita Islam; dan

iv. Bekerjasama dengan ahli-ahli PAS lain untuk melaksanakan segala cita-cita dan tujuan PAS.


Pindaan Perlembagaan PAS pada tahun 1973 menyaksikan bagaimana segala urusan Dewan Muslimat telah disatukan dalam Perlembagaan PAS. Justeru itu juga maka objektif kewujudan Dewan Muslimat turut dipinda menjadi tugas-tugas am yang disebutkan dalam Fasal 28 ceraian 3, pecahan ke (7). Fasal tersebut menyatakan bahawa tujuan Dewan Muslimat ialah:

"Untuk menyatukan tenaga Muslimat-Muslimat dalam negara ini bagi meluaskan pengaruh PAS di kalangan wanita-wanita Islam melalui kegiatan-kegiatan Muslimat sambil membentuk keperibadian mereka supaya menjadi Muslimat yang bertanggungjawab kepada agama dan negara serta meyakinkan mereka kepada cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS."


5.0 Struktur Organisasi (1953-2005)

Semenjak Dewan Muslimat PAS ditubuhkan pada tahun 1953, seramai 10 orang Muslimat telah dipilih untuk mengetuai saf kepimpinan Dewan tersebut. Mereka ialah:

Tahun

Nama

Negeri Asal

1953

Puan Sharifah Rahmah

?

1956-1960

Ustazah Siti Zubaidah Hj. Ali

Seberang Prai

1958

Ustazah Zaharah Othman

Selangor

1959-1962

Ustazah Salmah Sheikh Hussin

Pulau Pinang

1963-1964

Ustazah Sakinah Hj Junid

Perak

1965-1981

Puan Sri Sakinah Hj Junid

Perak

1981-1983

Puan Sri Sakinah Hj Junid

Perak

1983-1992

Ustazah Wan Asma' Wan Abdul Kadir

Kelantan

1992-2001

YB. Senator Hajjah Jamilah Ibrahim

Kedah

2001- 2003

Ustazah Fatimah Ibrahim

Terengganu

2003-2005

Ustazah Kalthom Othman

Kelantan

2005-2007

Ustazah Azizah Khatib Mat

Pahang

2007 Hingga kini.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh

Pahang


6.0 Keahlian Dewan Muslimat

Asalnya, ahli-ahli Dewan Muslimat ialah seluruh wanita Islam yang akil baligh dengan syarat telah terpilih dahulu menjadi ahli PAS. Namun, selepas Pindaan Perlembagaan PAS pada bulan Jun 1977, seseorang ahli Muslimat PAS belum boleh dikatakan ahli kepada Dewan Muslimat melainkan seseorang itu mendaftarkan dirinya menjadi ahli Dewan Muslimat mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan oleh jawatankuasa Kerja DMP.

Keahlian DMP mula direkodkan pada tahun 1966 dan pada tahun tersebut seramai 8,182 orang ahli telah didaftarkan. Kini DMPP melalui unit IT, Lajnah Penyelidikan & Pembangunan DMPP telahpun berjaya membina Pangkalan Data Ahli DMPP serta sedang dalam proses pengemaskinian menyeluruh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails