Thursday, December 25, 2008

Hudud: Dr Mohd Hasyim Sokong MCA..

Dato Najib Razak,
Timbalan Presiden UMNO, rakan kompenan MCA

By ASYOK KUMAR

GUANGZHOU Dis25,2008. Dr Haji Mohd Hasyim bersetuju dan menyokong Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menghantar memorendum kepada PAS mengenai tidak bersetuju dan tidak berpuas hati mereka terhadap cadangan PAS untuk laksanakan hukum hudud yakni sebahagian dari perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, kalau parti itu berjaya menguasai negara ini.

"Kalau mereka (MCA) merasa berhak membantah atau tidak puas hati terhadap kenyataan pemimpim-pemimpin PAS mengenai perlaksanaan perundangan Islam yang sebahagian darinya terdapat hukum hudud, maka pemimpin-pemimpin PAS lebih berhak lagi menyatakan pendirian partinya yang telah  pun dilulus oleh Pendadaftar Pertubuhan Negara Fasal 5 dalam Perlembagaan PAS kepada umum dan rakyat Malaysia." Kata Dr Haji Mohd Hasyim sewaktu dihubungi melalui telefon di Guangzhou, China sebentar tadi.

"Hari ini adalah Hari Perayaan Krismas untuk penganut agama Kristian di seluruh dunia, tetapi Kerajaan China langsung tidak menyambut perayaan tersebut secara rasmi di China, walaupun agak ramai penganut-penganut Kristian di sini. Apakah pemimpin-pemimpin Kristian tidak prihatin kepada penganut-penganutnya seperti MCA yang ingin berlagak hero di kalangan bangsa Cina di Malaysia?" tanya beliau yang juga penulis blog www. ibnuhasyim.com merangkap Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

Namun begitu beliau bersetuju penghantaran memorendum tersebut kepada PAS, kerana sekurang-kurangnya MCA sudah mengiktiraf PAS sebagai rakan yang boleh dibawa berbincang dan berunding mengenai agama Islam, bahkan lebih berwibawa dari rakan komponannya UMNO, walaupun Haji Mohd tidak bersetuju mengenai isi kandungan memorendum tersebut. Pada beliau kritik itu sebenarnya bukan kepada PAS tetapi kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

"Mereka cabar Kerajaan Malaysia! Mereka cabar pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengakui Malaysia sebagai negara yang menuju ke arah Islam. Apakah UMNO pun setuju dengan MCA yang tak mahu hukum Islam itu?" Tanya beliau lagi. "Pada saya PAS kena layan mereka lebih baik lagi. Bukan saja terima memorendum, bahkan belanja mereka minum lagi.. Perkenalkan undang-undang Islam sebenar kepada mereka, bukan seperti yang diterangkan oleh rakan karib se hidup se matinya iaitu UMNO!"


Wednesday, December 24, 2008

As-salamu... Satu Kalimah Ajaib.


Inilah peniaga itu (gambar atas) yang mengamanahkan saya menjaga dagangannya..


Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan Di China.

SEMASA masih di bandar Guangzhou, tengahari itu saya agak keletihan merayau-rayau, saya singgah di kaki lima tepi jalan tempat penjaja-penjaja kecil berjaja.

"As-salamu 'alaikum?" Saya memberi salam kepada salah seorang dari mereka yang memakai ketayap lebai.

Dia menjual makanan ringan seperti kismis, kacang cerdik dan banyak jenis lagi yang saya tak kenal. Sudah tentu dia beragama Islam.

"Wa 'alaimussalam." Dia jawab dengan begitu ramah, bersopan dan mesra sekali. Dia bertanya sesuatu, saya pun tak faham, entah bahasa apa dia guna. Entah Kazakhtan, Turkistan, tah apa-apa ...tan, tak tahu la, ...tak dengar macam bahasa Cina pun.

"... Malaysia." Saya jawab.
Disalami saya dengan kedua-dua tangannya, seolah-olah tak mahu dilepaskan.

"Masajid??" Saya tanya lagi. Dia seolah-olah tak dengar dan tak faham. 

Dia tunduk dan mengambil sesuatu dari sebuah bungkusan di bawah tempat jualannya, di basikal surung roda tiga. Dikeluarkannya roti, diajak saya makan. Bila saya mengisyaratkan perut saya sudah penuh, tak mahu makan, disimpannya balik makanan itu.

Dia terus bertanya sesuatu yang saya tidak faham, dan saya pun menjawab yang dia pun tidak faham. Macam ayam bercakap dengan itek..

Tiba-tiba dia terasa nak ke bilik air, dia mengisyaratkan saya supaya tolong ganti di tempat jualannya. Saya tiada syak apa-apa terus mengikutinya. Saya jaga jualannya, sehingga dia datang semula, baru dia isyaratkan di mana masjid.

Begitulah hebatnya kalimat salam yang disyariatkan Allah SWT kepada penganut agamaNya, hanya dengan sekali sebut...
  1. Mampu menghubungkan dua jiwa yang berlainan negara, bangsa dan bahasa, walaupun sama-sama tak faham percakapan.
  2. Sanggup menjemput seorang yang tidak dikenali makan, walaupun dia sendiri nampak macam miskin harta, tetapi kaya jiwa dalam bersedekah atau memberi orang lain makan haknya.
  3. Hanya dengan kalimat salam, dia sudah menaruh kepercayaan, memberi amanah menjaga haknya, walaupun hanya beberapa minit baru dikenali.
  4. Itulah bahasa antarabangsa penghubung sesama umat Islam.
  5. Pada saya, itulah juga suatu kalimah ajaib yang menjadi bekal dan tangkal penyelamat untuk saya bermusafir di negara orang di perantauan, walaupun bukan dalam negara orang Islam, kerana orang Islam sekarang sudah ada di mana-mana.
Wallahu aklam.

Ibnu Hasyim
Guangzhou, 
Dis24,2008

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan 
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Suatu Pagi Di Shenzen..

Saya bersama rombongan Anzac Consultancy.

Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan Di China.
PAGI ini, di bandar Shenzhen, makin terasa kuat sejuknya, tanda mulai masuk musim dingin. Seperti biasa penghuni-penghuni kota itu nampak terlalu sibuk. Berjalan laju, dengan badan condong ke depan, berlangkah panjang dan tegap. Lelaki wanitanya berbaju tebal, rata-rata berseluar panjang dengan tugas masing-masing. Mengangkat, mengangkut dan menguruskan kerja-kerja harian mereka.

Saya dan kawan-kawan sedang menghirup coffee panas, di Starbucks, sebuah kedai minuman bertaraf antarabangsa.

"Shenzhen adalah sebuah bandar baru yang dibina secara terancang untuk mengimbangi bandar Hongkong yang bersempadan dengannya... " Kata kawan saya. 

"Kalau di Malaysia, macam Wilayah Pembangunan Iskandar Johor bertujuan untuk mengimbangi Singapura. Cuma saya tidak tahu samada tanah di sini bebas dibeli orang luar negara atau tidak. Kalau di Malaysia orang luar negara boleh beli, terutama orang Singapura, hatta orang Yahudi sekali pun." Jelasnya lagi.


Peminta sedekah gaya baru di Shenzhen. Mereka adakan pertunjukan begini di bandar ..tengah kesibukan ramai untuk dapatkan derma.


Di Starbucks Coffee, pagi itu..
Kawan saya itu, saya temui di Guangzhou. Dia datang rombongan bersama 39 yang lain dari Malaysia, termasuk Sabah dan ada juga kawan bukan Islam pun bersama. Datang melalui Anzac Consultancy, bosnya adalah Shahabudeen Jalil, penganjur kursus borong ke China. Membawa pelawat-pelawat ke sini hampir setiap bulan. Syarikatnya berkembang agak cepat, kini mula menghulur sayap operasinya hingga keluar negara. Pernah menganjurkan kursus di Sabah Serawak, Brunei dan akan ke Indonesia pula.

Kira-kira 2 jam saya tumpang bas mereka dalam perjalanan dari Guangzhou ke Shenzhen. 

"Bandar ini dikhususkan bagi penjualan alat-alat elektronik dan perkomputeran. Pelbagai jenis dan termasuk jualan barangaan ciptaan yang baru.-baru. Kalau di KL, seperti di Plaza Embi atau Loyat Jalan Bukit Bintang, yang cuma komplek.. tapi di sini sebuah bandar. Aku teringat masa Dr Mahathir jadi PM di Malaysia, beliau pernah wujudkan pekan seperti ini di Bukit Kayu Hitam, sempadan dengan Thailand tapi tak berjaya, ...jadi pekan mati di situ." sambung kawan saya lagi.

"Sekejap lagi masuk waktu zohor kita nak sembahyang di mana?" Ada yang bertanya.

"Di sini ada restoren Muslim, hotel Muslim, kedai runcit Muslam, cuma takde masjid atau surau. Kalau nak sholat, kena tumpang di restoren tersebut le, tiada pilihan lagi. Kalau takde bilik sembahyang kena sembahyang duduk atas kerusi makan saja le!" jawabnya. 

"Oo.. ya. Sekarang dah waktu zohor, tetapi di sini tiada diperdengarkan suara azan kuat-kuat .. termasuk di tv, kerana.... maklumlah di sini, tidak ramai orang Islam... "

Benarkah tidak ramai orang Islam di sini atau di seluruh China?

Ibnu Hasyim 
Dis24, 2008 
Shenzhen

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan 
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Monday, December 22, 2008

Supaya Politik Cina Malaysia Berubah Ke Arah Islam?


Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Di China

MALAM minggu semalam, saya berjalan-jalan depan China Hotel, antara hotel terbesar di Guangzhou. Ramai manusia-manusia berkeliaran bagai kelawar mencari sasaran makanan dengan pelbagai ragam.

Saya singgah di depan seorang pelukis yang menjual karya lukisannya. Dia melukis wajah pembeli atau sesiapa yang mahu dilukis pembeli itu. Hanya dalam beberapa minit sahaja siap dilukisnya. Harganya 50 yuen, kira-kira RM25.
Sedang bercakap-cakap dengan pelukisnya, tiba-tiba seorang wanita muda bertanya mempelawa khidmat massage atau urat badan...

"Amoi-amoi cantik yang mengurutnya," katanya dalam bahasa Inggeris. "Kalau mahu khidmat seks pun boleh juga, kami sediakan."

Saya tidak pedulikan hal itu, walaupun ramai lagi wanita-wanita muda lain datang mempelawa benda yang sama sehingga menjelang tengah malam.

Yang menarik ada seorang wanita bertudung, berpakaian rapi dan kemas sesuai dengan waktu dingin malam di sana, datang berbisik bertanya, "Encik guna telefon? Saya ada jual kad telefon..." sambil mengeluarkan beberapa keping kad.

"Kamu beragama Islam?" Saya tanya.

"Ya! Encik juga Islam?"

Bila saya angguk, "as-salamu'alaikum?" ucapnya.

Lepas saya jawab salam, dia berkata, "Kami orang Islam di sini terpaksa kerja kuat sambilan hingga ke malam sesudah berkerja siangnya, untuk menyara kehidupan."

Dia memberi tahu teman-temannya, saya dari Malaysia. Akhirnya ramai yang datang berkenalan. Ramai darinya adalah kaum lelaki, seolah-olah mereka semua dari satu kumpulan orang-orang Islam. Ada juga yang menjual barangan hiasan kulit harimau di kaki lima sekitar depan hotel itu.

Jauh dari hotel itu, depan kelab hiburan ada orang Islam yang menjual daging bakar seperti satay dan makanan ringan lain. Mereka memakai kupiah orang Islam. Teringat saya siang tadi, di tempat-tempat ramai dipinggir jalan ramai orang Islam berniaga menjual makanan ringan seperti kismis, dan buah-buahan tanah Arab, yang mungkin pembelinya majoriti orang Islam.
Ada yang cuma berjual di atas satu meja kecil atau basikal roda tiga sahaja. Ertinya mereka adalah peniaga-peniaga kecil. Kecualilah pemilik-pemilik restoran makanan halal, yang mungkin pendapatannya agak lumayan.

Ibnu Hasyim bersama seorang pengusaha restoran makanan Islam di Guangzhou.

Peniaga-peniaga kecil Islam di Guangzhou yang sering dikejar pihak bandarayanya.

Al-hamdulillah, rupanya 'makanan halal' adalah suatu aset besar memberi peluang perniagaan kepada orang Islam di negara bukan Islam, yang orang bukan Islam tidak mampu melakukannya. Menurut mereka, mereka sanggup berhijrah ke negara lain kalau dapat peluang untuk menaikkan taraf hidup mereka.

Sehingga terfikir-fikir di fikiran saya, kalau mereka ini dapat dibawa ke Malaysia untuk mengimbangi kemasukan orang-orang Cina bukan Islam yang masuk secara haram di negara kita. Kegigihan mereka perlu diimport dan digembeling untuk mengimbangi kegigihan orang Cina bukan Islam... Supaya politik orang Cina di Malaysia akan lebih cepat berubah ke arah Islam di masa mendatang.

Sekian.

Ibnu Hasyim,
Dis22, 2008,
Guangzhou

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan 
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Sunday, December 21, 2008

Tiada Jalan Pintas Untuk Kaya? Mana Boleh..



Komen oleh:
MackAlistar

ULASAN AKHBAR [RTM1] - TAJUK ANALISIS BERITA (JUMAAT: 19/12/08) TIADA JALAN PINTAS UNTUK KAYA?
ITULAH TAJUK YANG DI PERKATAKAN DAN DI ANALISIS OLEH PIHAK RTM1.
 KATANYA "TIADA JALAN PINTAS UNTUK KAYA". IYA KE? TIADA JALAN PINTAS? MANA BOLEH TIADA? DI MALAYSIA ADA! ... SEMEMANGNYA ADA! .... DAN ... DI MALAYSIA MACAM2 ADAAAAA ........ TAK NAMPAK KA? ATAU SENGAJA BUAT-BUAT TAK NAMPAK? YANG RAMAI OKB  -  ORANG2 KAYA BARU ... YANG DGN TIBA2 KAYA TU GIMANO? TANG TIBA2 MUNCUL INSTANT MILLIONAIRES a.k.a. JUTAWAN SEGERA (OUT OF THE BLUES) TU CAMNO PLAK?
 
ITU LAAAA  .... JANGAN PIKIAQ SEGALA TINDAK TANDOK PENYELEWENGAN & SALAHGUNA KUASA DI PIHAK BERKUASA - PUAK2 MENTERI - PUAK2 AHLI POLITIK YG TIDAK AMANAH & TIDAK BERTANGGUNGJAWAB - SEGALA KERJA JAHAT DARI TANGAN2 DURJANA MEREKA ..... RAKYAT TIDAK MENYEDARI?
 
SUDAH TERANG JELAS LAGI MENYERLAH -  TERPAMPANG DIDEPAN MATA.
DENGAN CARA & GAYA HIDUP MEWAH DGN SERBA SERBI MEWAH SUDAH CUKUP JELAS DAN NYATA MEMBERI GAMBARAN CORAK DAN GAYA HIDUP ORANG KAYA SEGERA DGN SERBA MACAM TEKA-TEKI DGN PENUH CURIGA DAN SYAK WASANGKA SERTA PELBAGAI MCM KESANGSIAN BERMAIN DI PEMIKIRAN RAKYAT.
 
SELALUNYA ISU 'PEMBANGUNAN' LAH DI AMBIL SEBAGAI 'MODAL PROPOSAL' UNTUK KEPENTINGAN SESAMA MEREKA. INI ADALAH DISEBABKAN KERANA INGINKAN PEMBANGUNAN BAGI SEMUA PIHAK LAH - MAKA ISU 'PEMBANGUNAN' MUDAH DIAORANG PERGUNAKAN UNTUK DI MANIPULASIKAN.
ISU 'PEMBANGUNAN' CUKUP KETARA BAGI MEREKA2 YG INGIN MEMANIPULASIKANNYA. CONTOH PALING KETARA IALAH KES TANAH RUNTUH DEMI BERULANG2KALI BERLAKU (SEPERTI APA YG TERJADI DI BUKIT ANTARABANGSA).... INILAH SEBAB MUSABAB KEGHAIRAHAN UNTUK MEMBANGUN .... IAITU UNTUK MELIHAT 'PEMBANGUNAN' MENJADI KENYATAAN. 
 
FIKIR SENDIRILAH - DALAM SEGI INI - SIAPA YANG UNTUNG? SIAPA YANG RUGI?
PIHAK2 MANA YANG MANFAAT? PIHAK MANA YANG TERIMA PADAH?
 
KALAU TIDAK DENGAN KEGIATAN RASUAH & PENYELEWENGAN WANG RAKYAT - MASAKAN DENGAN SENANG2 DAN BEGITU MUDAH DAN BEGITU SEGERA DALAM MASA YANG SINGKAT DAPAT MENGECAPI KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN YANG MELEBIHI HAD?
 
PERBINCANGAN DAN ANALISIS DARI PIHAK RTM1 DGN MEMBERI TAJUK SEPERTI DIATAS ADALAH TIDAK BETUL SAMA SEKALI DAN TIDAK MENEPATI KEADAAN DGN APA YANG DAH DAN SEDANG BERLAKU DGN MENJADI2 SEKARANG.....
IAITU GEJALA RASUAH ... DAN PENYELEWENGAN WANG RAKYAT DAN SALAHGUNA KUASA YG SEMAKIN MENULAR DGN AMAT KETARA SEKALI.
 
CONTOH2 KALAU HENDAK DI SENARAIKAN .... AMATLAH PANJANG BERJELA2 SENARAINYA..... INFACT SEMUA ORANG TAHU.
 
NAMUN -  FAKTOR 'AMANAH' YG TIDAK DI PEGANG DAN DI SERAH PADA ORANG2 YG TIDAK JUJUR ... MAKA MUNCULLAH MEREKA2 YG TIDAK BERAMANAH  -  DAN DENGAN ITU  -  MEMBIAKLAH MEREKA2 YG TAK BERTANGGUNG-JAWAB, TAK BERETIKA, TAK BERPERIKEMANUSIAAN, TAMAK HALOBA, PENTINGKAN DIRI SENDIRI, KAUM KELUARGA & SANAK SAUDARA, KRONI2 DAN PROXI2, DAN DGN SESIAPA SAJA YG SANGGUP BERKOMPROMI.
 
JADI, MEMANG ADA JALAN PINTAS UNTUK KAYA DGN SEKELIP MATA - SEMEMANGNYA ADA  -  IAITU DGN MENGAMALKAN KEGIATAN RASUAH - MENYELEWENG WANG RAKYAT & SALAHGUNA KUASA (POWER-ABUSE).
 
SIAPA KAH YG BOLEH MENGAMALKAN KEGIATAN2 KOTOR & JIJIK SEPERTI INI?
SIAPA LAGI? KALAU BUKAN MEREKA2 YG MEMPUNYAI KUASA - YANG BOLEH SENGAJA MEMANIPULASIKAN SESUATU DALAM BIDANG KUASA MEREKA SEMATA2 UNTUK KEPENTINGAN BERSAMA (WIN-WIN SITUATION ANTARA SESAMA MEREKA).
 
ITU SEBAB PENDAPAT DAN PANDANGAN KEMENTERIAN PENERANGAN (MELALUI MEDIA PENYEBARAN 'AM NYA - RTM) TIDAK BOLEH DITERIMA BULAT2 - BUKAN MAKNA SEGALA APA YANG MEREKA SALURKAN ADA LAH TEPAT ATAU BERTEPATAN DGN KENYATAAN DAN REALITI KEHIDUPAN.
 
SLOGAN LAUNGAN YG SENTIASA DIWAR-WARKAN OLEH RTM "RINGKAS, TEPAT, PADAT & MUTAKHIR" ITU HANYALAH RHETORIK DAN PALSU SEMATA.
 
NAMPAK SANGAT RTM HANYA MAMPU CAKAP BERDEGAR2.
BAGAIMANA ORANG MAHU RESPEK SAMA RTM?
KEMENTERIAN PENERANGAN? MENTERI PENERANGAN?
 
MackAlistar


Berbasikal, Kurangkan Kes Jenayah Di Guangzhou.


Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan Di China.


GAMBAR saya masih di maqam Abi Waqqas. Saya menggayakan basikal seorang pekerja di situ. Di China atau di Guagzhou, berbasikal diberi keutamaan. Kakitangan pejabat atau pekerja-pekerja awam di bandar ramai yang berbasikal pergi kerja.

Di sana sini di bandar Guangzhou kita lihat ramai orang berbasikal, dan tempat letak basikal di merata-rata. Ada yang dikhaskan, atau terantai di pinggir-pinggir jalan. Anehnya, tiada langsung terlihat orang menggunakan motosikal di bandar itu. Saya terjumpa beberapa papan tanda yang menerangkan bagaimana berlaku jenayah melului motosikal.

Seseorang yang saya temui di situ berkata, "Banyak penjenayah-penjenayah menggunakan motosikal seperti ragut, copet, samun dan berbagai kes. Demi keselamatan, kerajaan melarang penggunaan motosikal di dalam bandar..."

"Oh.. bukan itu saja.. " Jawab saya, "...kalau hari-hari naik basikal boleh kurus badan. Tak perlu guna jamu lagi atau ubat-ubat lain untuk itu. Macam jogging juga. Badan sihat dan boleh jimat wang lagi!"

Gambar saya bersama seorang Cina Muslim yang saya temui di sebuah lorong kecil di bandar Guangzhou.

Demikian catatan perjalanan kali ini.

Ibnu Hasyim, 
Guangzhou, 
Disember21, 2008

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan 
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

Saturday, December 20, 2008

Haus Di Maqam Abi Waqqas..


Ibnu Hasyim: Catatan Perjalanan Di China.

SEGELAS minum, tak puas. Tambah segelas lagi, terasa sedap pula, maklumlah air meneral asli. Tambah lagi. Mungkin juga kerana saya berjalan agak jauh, tak boleh masuk kereta ke kawasan itu. 

Kawasaan tempat Maqam Abi Waqqas, atau orang China di sini sebut 'Wangqas'. Rata-rata menganggapnya maqam seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, Saad Abi Waqqas, walaupun ada yang mengatakan bukan beliau, tetapi rakan seperjuangan beliau. Jelasnya di situ ada banyak lagi kubur atau maqam sahabat seperjuangan beliau.





Gambar bawah: Ibnu Hasyim sedang minum air dari perigi Abi Waqqas.

Air yang saya minum itu, air dari perigi Saad Abi Waqqas. Lihat gambar ke 3 dan ke4 bawah. Ada pam ke perigi kecil tertutup di depan saya itu. Saya tekan pam itu, airnya keluar, masuk ke cawan plastik dan saya minum. 

Ada papan peringatan menceritakan sejarah dan tarikh pembinaannya. Al-hamdulillah, puas sungguh saya minum . Kalau nak derma, boleh derma di tabung yang dikhaskan di situ. Di situlah terletak kawasan permakaman. Kebetulan waktu itu masuk waktu zohor, saya bersembahyang berjamaah bersama-sama.

Menurut sejarah, makam berkenaan adalah tempat perkuburan dua orang sahabat yang awal datang ke Republik Rakyat China dipercayai pada abad ke 7. Mereka mengembangkan Islam sehingga wafat di Quangzhou.
Selepas penubuhan Republik Rakyat China, Kerajaan pusat telah menghulurkan dana untuk melakukan pembaikan makam berkenaan. 


Dalam tahun 1961 Kerajaan Wilayah Fijian mengisytiharkan makam tersebut sebagai salah satu perkara yang penting dalam mengekalkan warisan kebudayaan di wilayah berkenaan.

Menurut catatan rasmi (annals) daripada Dinasti Tang, (618-905M), dan catatan serupa dalam buku 'A Brief Study of the Introduction of Islam to China' karya Chen Yuen, bahawa Islam mula datang ke negeri China sekitar tahun 30H atau 651M (kurun ke 7 Masehi), iaitu melalui satu utusan yang dikirimkan oleh Khalifah Usman ibnu `Affan (memerintah kira-kira 12 tahun (23-35H/644-656M). 


Menurut Lui Tschih, seorang penulis Muslim Cina pada abad ke 18 di dalam karyanya' Chee Chea Sheehuzoo' (perihal kehidupan Nabi), utusan itu diketuai oleh Penglima Besar Saad ibnu Abi Waqqas (seorang sahabat Nabi, tergolong daripada 10 orang yang dijamin memasuki syurga).

Islam berkembang lebih dulu di negeri China dari negeri-negeri lain di luar tanah Arab. Ia dikembangkan bukan melalui peperangan dan pertumpahan darah. Hal ini serupa dengan perkembangan agama Islam di Wilayah Asia Tenggara yang menepati kedudukannya sebagai bandar-bandar persinggahan menerusi lautan di antara tanah Arab dan tanah China. 


Pedagang-pedagang Arab pada umumnya datang melalui lautan, melintasi pesisir India dan pesisir Asia Tenggara menuruti musim angin. Sebahagian di antaranya tinggal dan menetap pada bandar-bandar dagang dan pesisir yang dilintasi, boleh jadi mereka tinggal menetap di pesisir Champa, Vietnam, Melaka sebagai bandar persinggahan ke China dan dari China.

Cerita-cerita pengorbanan seperti itulah yang membuat saya haus ingin tahu, di negara bukan Islam yang saya lawati sekarang ini. Sepatutnya negara ini menjadi sumber atau perigi ilmu Islam kepada kepada penghuninya, atau seluruh manusia di dunia. 

Jauh perjalanan, banyak pengalaman. Itu hikmah banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh penganutnya mengembara di muka bumiNya ini... Carilah ilmu, hilangkan kehausan.

Ibnu Hasyim,
Disember20, 2008.
Guangzhou

Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan


E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan  
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails