Tuesday, February 17, 2009

Isu Eli Wong: Kata ‘Bermoral’ Perlu Takrif Lengkap.

Ibnu Hasyim Catatan Santai

BLOG http://jedyoong.com/ 17Feb PAS HALALKAN KHALWAT?, meletakkan gambar Dato’ Khalid MB Selangaor dan ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, yang nampaknya begitu akrab.. Ada logo ‘halal’ seolah-olah PAS, rakan Pakatan Rakyat menghalalkan ‘khalwat’ seperti digambar di atas. Untuk makluman, Jed Yoong seorang penulis Malaysia yang bukan Islam.

Mujurlah, antara ramai pengkomen-pengkomen tulisannya, seorang yang memakai nama ‘Sujudterakhir’ menulis…

Khalwat itu ialah duduk berdua-duan pada satu tempat yang boleh mendatangkan fitnah. Dalam gambar kita boleh kategorikan berdiri agak rapat. samada sengaja atau tidak sengaja, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jika berlaku tidak sengaja, ia dimaafkan tetapi kalau sengaja, dalam Islam ia dikira kesalahan.... Sekiranya dapat dielakkan dari berdiri rapat-rapat antara lelaki dan perempuan yang bukan ahli keluarga (mahram), ia adalah yang terbaik. Oh jangan lupa, gambar Paklah pun ada yang macam begitu..”

Hasbullah Pit menambah…Itu bukan khalwat. khalwat berlaku bila bukan muhrim duduk dalam tempat tertutup, orang tak nampak.

Dalam http://hasbullah.pit., di bawah tajuk ‘Elizabeth Wong: Kawasan Kelabu dalam undang-undang (rimba) Pasangan Kekasih’ tulisnya…

Adakah Elizabeth Wong boleh dikira berskandal? Mahkamah apa yang menentukan dia berskandal atau tidak? Di mana Elizabeth Wong ingin mendapatkan pembelaan? Ada yang kata dia patut letak jawatan, ada yang tidak. Ada pula yang kata jangan letak jawatan. Kalau di tanya pada orang islam, memanglah bersekedudukan itu salah. Tapi apabila melibatkan orang bukan islam, adakah ianya sentiasa dibolehkan? Mengikut perundangan sivil, sepasang kekasih boleh tinggal bersama. Tetapi tiada apa-apa ikatan, dan seterusnya menyebabkan tiada perlindungan kepada mereka.

Adakalanya dunia yang berasaskan undang-undang sivil ini bertindak seolah-olah mengikut undang-undang rimba. Pernah terjadi di UK, seorang ahli politik terpaksa letak jawatan kerana melanggan pelacur, tetapi pelacuran tidak salah dalam undang-undang sivil. Melainkan di Malaysia ada akta perdagangan tubuh agak baru. Atas sebab apakah dia perlu letak jawatan? kerana tidak bermoral? Tetapi "tidak bermoral" itu tidak salah dalam undang-undang. Maka undang-undang rimba digunakan untuk menjatuhkan seseorang dengan mengaibkan dan menuduh eli tidak bermoral.

Adakalanya pelik, apabila lelaki bersuami mengadakan hubungan dengan perempuan lain, ia dipanggil skandal. Manakala yang bujang bebas dengan sesiapa sahaja? Tamadun Barat sudah nak runtuh akibat daripada ketidak perihatinan dengan instusi keluarga. "Keluarga" digantikan dengan pasangan kekasih yang tidak dilindungi undang-undang. Hanya undang-undang rimba digunapakai.

Tamadun China dulu zaman Ming/Ching dulu bolehkah duduk serumah dalam keadaan belum berkahwin? Di dalam dunia blog banyak hakim dan juri undang-undang rimba sedang mengemukakan hujah menentukan samada Eli berskandal atau tidak.Antaranya Elizabeth Wong NUDE PHOTOS Scandal. RESIGN. Perlukah satu undang-undang atau mahmakah khas untuk menentukan sesuatu tindakan itu "bermoral" atau tidak?”

Antara komen kepada artikel Hasbullah Pit ini, antaranya WY Kam 甘永元 on 2009 Februari 17, berbunyi…

Sesuatu tindakan itu mungkin kelihatan tidak bermoral untuk anda, tetapi tak semestinya tidak bermoral untuk saya. sama juga, apa yang baik atau buruk untuk tamadun barat, China, timur tengah ...tidak semestinya baik untuk kita. Dengan mata lensa pemikiran saudara, saya juga boleh membuat kenyataan bahawa puak Arab rata-rata nya tidak bertamadun memandangkan mereka masih tidak berdemokrasi, masih menafikan hak kaum hawa and rakyat jelata, dan masih tiada sebarang pencapaian sains ataupun teknologi.

Apakah puak Arab hidup dalam tamadun kejahilan? Tambahan lagi, pak Arab semua kahwin tiga-empat orang isteri (poligami adalah satu kesalahan berat dalam undang2 sivil dan barat). Perlukan kita menentukan kemoralan mereka? Jawapan untuk soalan rektorik saya, dan untuk soalan saudara ialah TIDAK. You have no right to question the basis of my morality, nor subjected me to your nonsensical moral laws.

Gambar Elizabeth Wong berpelukan dengan Puan Nuridah Salleh, Ketua Muslimat PAS .

KOMEN SAYA: Di situlah perlunya penyelesaian, melalui sebuah negara Islam. Dalam Islam ada takrif ‘moral’, menurut kayu ukur agama. Untuk menjadi Wakil Rakyat yang menaungi rakyat Islam, tentulah kehendak rakyat itu diutamakan. ‘Moral’ tentulah dinilai dengan mengambil kira mereka yang dinaungi. Bila tiada takrif ‘moral’ yang lengkap, maka jadilah kelam-kabut seperti yang ada sekarang! Dalam negara Islam orang bukan Islam diberi kebebasan beragama dalam ertikata memilih cara hidup mereka sendiri.

Mereka tidak dipaksakan menurut cara hidup Islam. Kerana dalam negara Islam, ada hak orang Islam, dan ada HAK ISTIMEWA orang bukan Islam. Undang-undang sekarang pun bukan undang-undang dari agama asal dan tradisi mereka. Apa salah kita tolak ‘undang rimba’ dan pilih yang bertamaddun.

Sekian, harap maklum. Wassalam..

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 17, 2009. KL

Monday, February 16, 2009

Foto Bogel ADUN Bukit Lanjan, Dr Halimah Ali Di Tangkap Khalwat.. Samakah?



Ibnu Hasyim Catatan Santai


BERITA Malaysia Kini: Eli: Saya mangsa sebaran foto bogel Feb 16, 09 10:09am

Seorang exco kerajaan Selangor membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum. Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat PKR di Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam. Dihubungi hari ini, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ahli politik berusia lewat 30an itu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur. "Saya menjadi mangsa dalam insiden ini," katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini. "Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim."

Tambahnya, pengedaran gambar-gambar ini serangan jahat terhadap keperibadiannya. "Ia merupakan satu pencabulan nyata terhadap maruah saya, satu pencabulan terhadap hak peribadi saya, khususnya kekudusan kehidupan peribadi saya. "Ia dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab bagi memalukan dan mencemarkan nama baik saya," katanya.

Elizabeth menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.

KOMEN:

Adakah sama antara dua kes ini? Cuba lihat antara dua penafian ini…

Pertama: ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong :Teks lengkap (terjemahan) kenyataan akhbar.

Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut. Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim. Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya.

Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya. Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut. Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya. Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini. Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor.

Kedua: Exco wanita PAS dituduh khalwat.

Jimadie Shah Othman | Jan 30, 09 8:33pm

Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali membuat laporan polis terhadap satu laman web pro-Umno berhubung tuduhan beliau ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Wakil rakyat PAS itu berkata, tuduhan yang dilemparkannya itu "berniat jahat, tidak masuk akal, menjatuhkan maruahnya" dan mahu mengaibkannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang. "Saya adalah wakil rakyat PAS, sudah tentulah yang saya dukung ini adalah Islam.

"Dan sebagai exco pembangunan modal insan, sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jama'i atau berkumpulan," tulisnya di blog drhalimahali.blogspot.com. Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada Selasa lalu setelah mendapat nasihat daripada peguam PAS. Ahad lalu, seorang ahli forum MyKMU.net yang dikenali hanya sebagai Jamilisa memuatkan tuduhan itu dengan judul "Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah" pada 25 Januari.

"Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel," coret Dr Halimah lagi. Beliau mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

KOMEN LAGI: Apakah berita ini ada kena-mengena dengan khabar yang lebih hebat dan terbaru, di mana beberapa ADUN Selangor sudah siap dan cukup untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat? Adakah berita ini sebagai muqaddimahnya?

Mari kita sama-sama teliti dan tunggu! Sekian, harap maklum. Wassalam..

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 16, 2009. KL

PAS Berkampung Di Kemboja?


Ibnu Hasyim Catatan Santai
BERKATA Ustaz Amin dalam blognya
http://www.ustazamin.com/2008/12/universiti-kehidupan-19-kemboja-2.html , ‘Sesampainya kami di Kampung PAS (di negara Kemboja), kami disambut oleh penduduk kampung dengan mesra sekali..’ Lihat 2 gambar di bawah…
Blog ini http://tukulbesi.blogspot.com/ memberi tajuk 'PAS Kemboja' dengan 2 gambar di bawah ini… & berkata..

'Gambar Anak Kemboja yang ditemui di Pondok Ustaz Zainal Abidin Kampung Sum, Wilayah Kampot, Kemboja bergaya dengan t-shirt Cambodia Human Right Party logo yang sama dengan PAS' (http://en.wikipedia.org/wiki/Human_Rights_Party_(Cambodia)


Masih di Kemboja, dalam bab lain ditulisnya... ‘Pagi tadi masa sarapan pagi di kedai seorang wanita Kemboja, tiba-tiba Ustaz Fadli yang menemani saya terperanjat beruk apabila melihat seorang lelaki Kemboja yang keluar dari kedai dobi berhampiran tempat kami makan berpakaian pelik. Pakaian apa ya? Tengoklah gambar kat bawah ni.'
Macamana Mamat ni boleh dapat baju logo dacing? Nak lawan dengan PAS sampai di Kemboja ke?

Sekian, harap maklum. Wassalam..

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
)
Feb 16, 2009. KL
Lihat lagi..
E-Buku IH-13: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-13: Catatan Perjalanan
Orang Melayu Kemboja
 

Seekor Kaldai Berpakaian Merah Valentine..

Ibnu Hasyim Catatan Santai

HARI ini seekor kaldai berpakaian merah telah dijumpai di Rumtha, Jordan. Keldai yang membuatkan sebilangan besar pemuda-pemuda Jordan berfikir-fikir… Inilah suatu pernyataan bahawa Islam menolak sambutan hari Valentine sering diadakan pada 14 Februari setiap tahun. ‘..bukanlah suatu kutukan, tetapi lebih kepada menolak perayaan yang membuka jalan mungkar kepada umat Islam.’ kata Ayman Quedar, pencetus pemikiran tersebut kepada sebuah akhbar.

‘Islam bukanlah agama yang dikenali kerana perayaannya… dan perayaan valentine ini merupakan salah satu agenda orang kafir untuk melekakan pemuda-pemudi Islam dari membincangkan dan memikirkan isu yang lebih utama’ katanya lagi.

Di Sudan pula, ulama-ulama menyeru supaya pemuda-pemudanya memboikot semua kegiatan yang berbau Valentine. Sambutan Valentine merupakan produk dari Barat, umat Islam jangan ikut tradisi Kristian, kata Syeikh Hassan Hamid. Antara saranannya, “Wang yang dikeluarkan untuk hari Valentine lebih baik digunakan untuk memudah dan memotivasikan orang-orang yang akan berkahwinan.

12 months ago: Pakistani activists of the Jamiat Ullamai Islam Party torch Valentine's Day cards during a protest to denounce the festival in Karachi on February 14, 2008. Valentine's Day, which is named after a Christian patron saint for lovers, has gained popularity in Muslim-dominated Pakistan over the past few years.

Seorang ahli Majlis Ulama Sudan, Almuhallib Barkat, berkata, “Pemuda-pemuda Sudan hendaklah tidak menyia-nyiakan masa mereka berihat-rihat di taman kota pada hari Valentine.” Hampir seluruh penduduk Sudan Utara beragama Islam dan menerapkan syari’at Islam sejak abad ke-8 yang lalu, kecuali yang beragama Kristian di selatannya.

Di Malaysia juga, lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon, simbol-simbol atau iklan-iklan yang tidak Islamik hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari pusat hiburan, disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day. Begitu juga di Indonesia, negara teramai umat Islam di dunia.

Gambar Ibnu Hasyim di Ha Noi, Vietnam.. lewati upacara menyambut perayaan tahun baru 1 Januari 2009 lalu.

Apa itu Valentine Day? Itulah Hari Kasih Sayang.. Tetapi dari sedut sejarah, Valentine sebenarnya adalah nama seorang martyr . Atau dalam Islam ertinya 'syuhada'. Konon kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo. Pada 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana bertelingkah dengan penguasa Romawi pada waktu itu, iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Tetapi akhiranya demi mengagungkan St. Valentine itu semula, yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka pengikut-pengikutnya pun memperingati kematian St Valentine itu dalam 'upacara keagamaan'.

Sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan agama'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normand, abad pertengahan, terdapat kata ‘galentine’ yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa pemuda-pemuda dalam mencari pasangan hidup elok sangat pada 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh dari pengertian asalnya, sehingga ramai yang tidak tahu.. Mereka cuma tahu melalui greeting card, pesta persaudaraan, tukar kad, tukar hadiah dan sebagainya.

Jadi apa yang perlu kita lihat..

1..Prinsip.

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (Kristian), berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2..Sumber.

Valentine sudah jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 120: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3..Tujuan:

Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Bukan pula bererti kita perlu berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4..Pesta Tak Katahuan..

Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora, huru-hara dan tak ketahuan.. Perhatikanlah firman Allah SWT:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithan dan syaithan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27) Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia. Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah memuja-muja Valentine Day? Jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Bukan hanya untuk sehari atau setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu!

Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain. Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat, seperti materialism, nasionalisme, sekularisme dan lain-lain.

Kesimpulannya, janganlah jadi macam kaldai berbaju merah itu, dia tidak tahu apa, mengapa dan kemana tujuan halatujunya? Dia tetap menjadi alat dan kenderaan orang lain, yang akhirnya tunggu masa untuk disembeleh!!

Harap maklum.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 16, 2009. KL


Sunday, February 15, 2009

UMNO Bukan Pelopor Merdeka … Ibnu Hasyim Sokong Cik Gu Sahak..

Cikgu Sahak

By ASYOK KUMAR

“YA. (UMNO bukan pelopor kemerdekaan) Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah. Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan UMNO khususnya. Mereka mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng!”

Demikian pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Cikgu Ishak Surin (Cikgu Sahak) yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API (Angkata Pemuda Insaf), sewaktu di wawancara oleh Pengarang Berita Harakah, semalam.

Sebenarnya, dalam hal ini, beliau amat bertegas bahawa UMNO bukan pelopor kemerdekaan. UMNO ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan. Menurut beliau, sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini. Bukannya seperti yang diwar-warkan, UMNO atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah. Jelas Cikgu Sahak lagi.

Sementara itu, Dr Haji Mohd Hasyim seorang bloger yang memakai nama Ibnu Hasyim, kerap menulis mengenai sejarah gerakan Islam di Malaysia menyokong kenyataan Cikgu Sahak itu. “Bukan sahaja KMM, PKMM, API dan AWAS sahaja diharamkan penjajah, bahkan Hizbul Muslimin sebuah gerakan Islam pertama di Tanah Melayu ditubuhkan di Gunung Semanggul oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pada 1948, dan pemimpinnya juga ditahan. UMNO yang ditubuhkan pada 1946 tidak diharamkan, tetapi dibela dan dibelai sebagai anak didik penjajah, sedangkan Hizbul Muslimin dan pertubuhan-pertubuhan yang menuntut kemerdekaan total dituduh sebagai ‘bahaya dari gunung’, terus diharamkan penjajah.” Ulas Dr Mohd Hasyim.

Menurut beliau lagi UMNO diarahkan penjajah supaya mendapatkan rakan-rakan dari perbagai kaum untuk membantu ‘menjilat penjajah’, maka diambilnya MCA yang asalnya badan kebajikan orang-orang Cina dianugerahkan kuasa politik, dan begitu juga dengan MIC bagi kaum India. Bila ditanya apa fungsi UMNO? “..sebagai barua dan talibarut, tukang terima hadiah ‘kemerdekaan berjerat’ dan sebagai corong pembesar suara penjajah!” jawabnya lagi.

Sementara itu menurut Tulang Besi, pengendali weblog Malaysiawaves (http://www.malaysiawaves.com/2009/02/bukan-baru-umno-tuduh-pas-sebagai-agen.html) sewaktu mengulas sejarah PAS tulisan Ibnu Hasyim “UMNO begitu galak sekali menuduh PAS ni menjadi alat DAP di Perak. Puas mereka keliling kampung sebar fitnah kata YB Nizar ni tunduk pada Cina DAP. Malahan di Selangor dan semua negeri Pakatan, mereka jaja kononnya PAS ni dah tunduk kepada segala kemahuan DAP… Rupa-rupanya benda fitnah ni UMNO dah lakukan sejak Pilihanraya 1964 lagi. Menuduh PAS menjadi agen Cina dan agen asing. Patutla perangai orang UMNO ni semuanya buruk-buruk belaka. Suka buat fitnah kat orang.”

“Itu buktinya bahawa UMNO menjadi ‘corong pembesar suara penjajah’, menjadi lidah penjajah dengan menyerang penentang-penentang penjajah, sesuai dengan dasar penjajah itu sendiri iaitu ‘pecah-pecah jajah’” kata Dr Mohd Hasyim yang juga selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang. “Dalam pilihanra kecil antara 2 bukit ini, rakyat kena tolak depa!!”

Saturday, February 14, 2009

30 Tahun Revolusi Iran Apa Manfaat Pada Kita?


Ibnu Hasyim Catatan Santai

[ KHUTBAH-KHUTBAH perlawanan Imam Khomeini kembali diperdengarkan, di antaranya yang paling sering adalah khutbah tahun 1963 yang membuatnya harus terbuang ke Turki, "Demi Allah, berdosalah orang yang tidak mau protes! Demi Allah, berdosa besar orang yang tidak mau berteriak, Adakah yang lebih buruk dari keterjajahan?”

Begitu memasuki Februari, rakyat Iran disibukkan oleh hari-hari peringatan revolusi. Hari kemenangan revolusi Islam 30 tahun lalu, bertepatan dengan 11 Februari tahun 1979, dalam penanggalan Iran tanggal 22 Bahman 1357 HS. Suasana gegap gempita dimulai dari sepuluh hari sebelumnya, yang merupakan hari kedatangan Imam Khomeini di Iran setelah pengasingannya di Perancis. Di seluruh pelosok negeri rakyat Iran melantunkan senandung kemenangan, Istiqlal, Ozodi, Jumhuri-e Islami (Independensi, Kebebasan dan Republik Islam).

Gerakan massa yang dipimpin Imam Khomeini berhasil menumbangkan kekuasaan Rezim Syah Pahlevi. Kemenangan itu sekaligus membuktikan kekuataan massa tanpa senjata melawan rezim yang terkuat di Timur Tengah kala itu. Kemenangan revolusi Islam membuka lembaran baru bagi negara ini. Rakyat Iran memasang gambar-gambar Imam Khomeini, gambar para syuhada dilengkapi kata-kata perlawanan terhadap berbagai macam kezaliman dan penindasan.

Bendera Iran yang di tengahnya bertuliskan kalimat La ilaha illallah (Tiada Tuhan selain Allah) berkibar di mana-mana. Suasana revolusi 30 tahun silam memang sangat heroik, dan sulit untuk dilupakan rakyat Iran. Jutaan orang turun ke jalan dalam mobilisasi massa terbesar sepanjang sejarah revolusi-revolusi dunia, berhadapan dengan kekuatan militer terkuat kelima di dunia. Dalam pertempuran demi pertempuran sebelum dan pasca revolusi lebih dari satu juta rakyat Iran yang menjadi syuhada akibat perang revolusi ini.

Kekuatan kolosal kaum ploretar yang tak pernah menjadi perkiraan pengamat politik, menjatuhkan rezim dinasti yang sempat dirayakan hari jadinya yang ke 2,500 tahun 1971 oleh Syah Pahlevi. Revolusi ini juga dikenal dengan sebutan Revolusi Bunga, sebab rakyat Iran menghadapi kekuatan militer Syah dengan lontaran bunga. Pada saat itu, Michel Foucault (cendekiawan Perancis) yang berada di Teheran menulis sebuah artikel berjudul, ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Disebutkannya, 10 bulan rakyat Iran berhadap-hadapan dengan rezim yang memiliki persenjataan paling lengkap dan personel polisi yang paling mengerikan di dunia.

Itupun dengan tangan kosong dan tanpa melakukan perlawanan senjata, serta dengan keberanian dan tekad besar yang akhirnya mampu memukul militer. Dalam Revolusi Iran , agama menjadi poros dan motor penggerak perjuangan dan pengorbanan bangsa Iran . Pierre Blanche, wartawan Perancis yang melihat langsung partisipasi epik masyarakat Iran sekan-akan tidak percaya dan menyebut Revolusi Iran adalah Revolusi para Malaikat. Terkait hal ini, seorang pengamat handal masalah Timur Tengah, Eric Rouleau mengatakan, Revolusi Iran merupakan satu-satunya revolusi religius yang bahkan kelompok minoritas pun mendukung dan ikut berperan dalam prosesnya.

Islam bagi rakyat Iran, bukan semata-mata kepercayaan akan ritual dan sekumpulan norma etik melainkan juga spirit bagi proses perubahan sosial. Menurut mereka, dasar kepercayaan Islam adalah kekuatan perlawanan dan pembebas. Sebuah kekuatan yang memprakarsai sebuah perjalanan baru sejarah sosial Islam. Islam tidak semata-mata memuat deretan doa dan ibadah melainkan perlawanan yang bergelora.

Revolusi Islam

Dalam hitungan hari suasana berubah drastis. Dinasti monarki hancur berkeping-keping dan berdirilah Republik Islam Iran . Republik Islam yang terbentuk berkat kemenangan revolusi Islam, adalah sistem pemerintahan baru yang dikenalkan bangsa Iran kepada dunia.
Sebuah sistem pemerintahan yang tidak pernah tertulis dalam kamus politik manapun. Sistem yang menjadikan agama Islam sebagai pilar utama bagi membangun struktur politik, sosial, dan budaya. Republik Islam memberikan perhatian besar kepada pembentukan spiritual dan nilai-nilai insaniah, dan inilah yang membedakan Republik Islam dari sistem-sistem pemerintahan lainnya.

Memasuki Februari suasana benar-benar berganti. Muharram yang merupakan bulan berduka bagi rakyat Iran telah berlalu, kini kain hitam yang menutupi dinding-dinding rumah digantikan dengan kain berwarna hijau, putih, dan merah. Gambar-gambar Imam Khomeini dan suasana revolusi 30 tahun lalu dipasang di mana-mana. Rakyat Iran menyebut 10 hari menjelang peringatan revolusi sebagai ‘Dah fajar mubarak’ yang artinya sepuluh hari yang penuh keberkahan. Hari kedatangan Imam Khomeini 1 Februari 1979 dari pengasingannya di Perancis dianggap hari keberkahan. Selama 10 hari ini rakyat Iran mengisinya dengan berbagai peringatan.

Mimbar-mimbar masjid yang biasanya digunakan para ustaz dan dai berkhutbah selama 10 hari ini digantikan oleh persaksian tokoh-tokoh yang terlibat dalam revolusi, materi khutbah digantikan dengan kisah-kisah kepahlawanan mereka tentang peristiwa revolusi yang spektakuler terrsebut. Mereka diberi gelar Syahid Zendeh (para syahid yang hidup) dan didaulat untuk bercerita tentang hari-hari menjelang revolusi. Mereka yang ditangkapi, disiksa oleh kaki tangan Syah yang antirevolusi.

Imam Khomeini

Di saat-saat mereka bercerita, kadang diselingi oleh pekikan takbir dari jamaah. Setiap malam semua stasiun TV menyuguhkan film-film dokumenter yang berlatar belakang hari-hari kejatuhan Syah Pahlevi ataupun film-film yang menceritakan kisah-kisah para tokoh revolusioner. Khutbah-khutbah perlawanan Imam Khomeini kembali diperdengarkan, di antaranya yang paling sering adalah khutbah tahun 1963 yang membuatnya harus terbuang ke Turki, "Demi Allah, berdosalah orang yang tidak mau protes! Demi Allah, berdosa besar orang yang tidak mau berteriak, Adakah yang lebih buruk dari keterjajahan?"

Begitupun ceramah-ceramah Syahid Murtadha Muthahari diperdengarkan lewat loudspeaker di jalan-jalan utama. Puncak peringatan pada hari 11 Februari, semua rakyat Iran bertumpah ruah di jalan raya. Mereka membuat karnaval yang terpanjang dan terbesar di dunia. Di Teheran tidak henti-hentinya rakyat Iran berziarah di makam Imam Khomeini, tokoh yang telah memimpin jalannya revolusi. Sedangkan di Qom dipusatkan di bekas rumah Imam Khomeini yang pernah didiaminya selama menjadi santri dan pengajar di Hauzah Ilmiyah Qom . Untuk menyebut rumah tersebut sebagai rumah Imam Khomeini sebenarnya kurang tepat, sebab rumah tersebut bukan milik pribadi melainkan status kontrakan.

Rakyat Iran berjubelan di lorong kecil menuju bekas rumah kontrakan sang Imam. Tidak sedikit dari mereka yang menangis terisak, mengenang kesederhanaan Imam, yang meninggalkan negara yang dipimpinnya dengan harta pribadi berubah beberapa helai baju, beberapa buku, pemotong kuku, sisir, dan kacamata. Meski telah berlalu puluhan tahun, Imam Khomeini tetap hidup di hati dan pikiran rakyat Iran. Kini, di jalan-jalan bukan lagi seruan Mark bar Syah yang di lantangkan, sebagaimana 30 tahun lalu melainkan seruan-seruan yang sesuai konteks sekarang, Mark bar Amriko, Mark bar Israel (kebinasaan buat Amerika, kebinasaan buat Israel) dan seruan persatuan ummat Islam. Perjuangan rakyat Iran memang belum selesai, bagi mereka kedzaliman dan penindasan harus selalu di lawan. ]

Demikian salinan dari ‘Tribun Timur’ Sabtu 14 Februari 2009 ‘bertajuk ‘Iran dan Revolusi Yang Belum Selesai’, oleh Mahasiswa Mostafa International University R Ismail Aminepublik Islam Iran. Saya salinkan peristiwa bersejarah ini, bukan bertujuan untuk mengimport fahaman Syiahnya, tetapi untuk mengambil iktibar bagaimana dalam masa 30 tahun selepas merampas negara itu dari Raja Iran, mereka berjaya menyatupadukan rakyatnya kembali, membangunkan keilmuan, politik dan ekonomi, sehingga tidak bergantung dengan kuasa-kuasa besar dunia, bahkan mampu memperkayakan uranium bagi tujuan pembangunan nuklear.

Mereka berjaya membuat senjata-senjata canggih, dan terakhir projek angkasa lepas, sehingga dalam pilihan raya Israel baru-baru ini, nama Iran dikaitkan sebagai negara paksi ‘kejahatan dan keganasan dalam mendalangi HAMAS’. Ertinya Israel dan Amerika sudah menganggap Iran mempunyai kekuatan yang boleh mengancam kepengganasan mereka. Teringat saya semasa di awal revolusi rakyat Iran dulu, antara yang turut memperkenalkan perjuangan mereka ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri sewaktu menjadi pimpinan ABIM. Beliau sendiri melawat Iran dan pulang disambut meriah oleh pencinta-pencinta Islam di negara ini.

Presedin Ahmadinejad waktu itu masih pelajar, dan dikatakan termasuk yang merampas, menduduki dan menawan kedutaan Amerika di Tehran. Saya sendiri turut hadir mendengar ceramah Dato’ Seri Anwar (waktu itu masih belum dapat gelaran apa-apa), di Maktab Perguruan Islam, Petaling Jaya. Tidak dapat dinafikan, antara pengaruh-pengaruh baik dari Iran ialah bagaimana Iran menggunakan media kaset-kaset ceramah dalam menjatuhkan Syah Iran. Hal ini dikuti oleh pejuang-pejuang PAS menyebarkan kaset-kaset ceramah pemimpin-pemimpin PAS, sehingga dianggap boleh menggugat politik BN.

Di zaman kemuncak perkembangan kaset-kaset PAS itu, saya pernah mentafsirkan pengeluarannya menjangkau ratusan ribu sebulan, bukan sahaja tersebar di dalam negara sampai ke akar umbi bahkan juga keluar negara. Sehingga pernah nama Ustaz Abdul Hadi Awang, (sekarang Presiden PAS) dicadangkan dalam suatu Mesyuarat Agung UMNO di PWTC supaya ditangkap dan kaset-kaset ceramahnya diharamkan. Kerana mereka tidak mampu lagi menggunakan kaset untuk lawan kaset. Jadi kerajaan BN takut tergugat macam tergugatnya Raja atau Syah Iran. Kini 30 tahun revolusi Islam Iran, sudah boleh menandingi Malaysia yang mencapai kemerdekaan sudah setengah abad lebih!

Sekian, Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 14, 2009. KL

Sila rujuk artikal berkaitan www.ibnuhasyim.com/
1..Saturday, May 26, 2007 Harga Barang Naik… atasi dengan nuklear
2..Sunday, February 8, 2009 Pakar Nuklier Pakistan Dibebaskan, Mengapa AS Curiga?

Friday, February 13, 2009

Sejarah PAS 23: Pilihan Raya 1964.

Gambar: PERIKATAN cuba serang & rampas Kelantan habis-habisan...

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 23

PADA 21 Mac adalah hari penamaan calon bagi pilihan raya umum Parlimen yang diadakan pada 25 April 1964. Keputusannya, PAS beroleh 9 kerusi Parlimen iaitu 8 di Kelantan dan 1 di Terengganu. Tidak seperti pilihan raya umum Parlimen 1959 yang beroleh 13 kerusi parlimen, sedangkan dalam pilihan raya umum 1955, PAS cuma dapat 1 kerusi Parlimen sahaja.

Dalam pilihan raya 1964 ini, PAS memperolehi sebanyak 329,000 undi Parlimen atau 14.6% dari 78.9% atau 2,720,000, iaitu dari undi yang sah. Peratus undi Parlimen yang diperolehi oleh PAS itu juga menurun sebanyak 8.4% berbanding 1959. Dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pula, PAS cuma beroleh 21 kerusi DUN Kelantan berbanding dalam pilihan raya 1959 PAS dapat 28 dari 30 di DUN tersebut. Selain dari itu PAS memperolehi 3 di Terengganu dan 1 di Perlis.

Gambar: Datuk Haji Muhammad Asri (kiri) & penggubah lagi PAS Abdullah Bukhari

Menurut setengah pihak, kemerosotan PAS dalam pilihan raya ini adalah disebabkan oleh isu konfrantasi, yang membawa kesan buruk pada PAS. Parti PERIKATAN telah menggunakan isu ini untuk menentang PAS yang tidak menyokong pembentukan Malaysia. PAS dituduh tidak berpatriotik kepada negaranya. Pemimpin PAS telah ditangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) seperti Haji Sulaiman dari Cabang Tiga Berangan, Haji Yaakob dari Kelong dan Haji Idris dari Cabang Empat Tok Mek Ngah.

Kedudukan PAS pula diperburukkan lagi dengan kemasukan beberapa pemimpinnya ke dalam UMNO, samada secara paksaan, ugutan atau takut. Walau bagaimanapun dalam pilihan raya umum 1964 DUN Kelantan masih berada di dalam genggaman PAS. Parti PERIKATAN begitu bernafsu untuk menebus kekalahannya dulu, dengan menurunkan pemimpin utamanya berkempen di Kelantan, seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain. Mereka menaburkan janji-janji manis untuk menarik pengundi.

Akhbar-akhbar tempatan terus memburuk-burukkan kerajaan PAS Kelantan, bagi menghilangkan kepercayaan rakyat kepada PAS. Umpamanya, sebelum hari mengundi, akhbar Utusan Melayu memaparkan tajuk-tajuk utama atau muka depan seperti judul, ‘Tun Razak Bongkar Rahsia PAS’, ‘Sudah 1/5 Negeri Kelantan Kepada Cina’, ‘375,000 Ekar Tanah Di Ulu Kelantan Digadai Kepada Cina Selama 33 tahun’, ‘PAS Gadai Melayu’ dan lain-lain. PERIKATAN juga telah menabur 500,000 keping risalah bagi meyakinkan rakyat dan pengundi dengan apa yang didakwakan itu.

PAS diserang dengan tohmah-tohmah dari segenap penjuru dengan seluruh media masa pada waktu itu. Dituduh ‘tidak mampu bawa kebahagiaan kepada rakyat’, ‘menyokong penceroboh Indonesia’, yang sungguh sulit dan sesak tidak sempat menjawab. Dr Burhanuddin sebagai Yang Di Pertua Agung PAS pula yang pernah memenangi Parlimen Besut Terengganu 1959, telah dinafikan haknya untuk bertanding dalam pilihan raya 1964, atas alasan:

Suruhanjaya pilihan raya telah mengisytiharkan yang beliau tidak layak bertanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 oleh sebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal di dalam sebuah syarikat perniagaan.” (Sila lihat K.J.Ratnsm and R.S.Milne, The Malayan Parliemantary Election of 1964, Singapore 1967,)

Hal yang membayangkan bahawa ini adalah satu teknik dan tektik politik kerajaan PERIKATAN. Timbalan Yang Di Pertua Agung PAS Ustaz Zulkifli Muhammad pula cuba mempertahankan kerusinya di Bacok, Kelantan. Menurut Utusan Melayu 7 April 1964:

Kawasan ini ternyata mendapat perhatian khas dari pemerhati politik kerana kawasan inilah bertandingnya tokoh besar PAS Zulkifli Muhammad menentang calon PARIKATAN Hassan Haji Mohammad.”

Keputusan 26 April 1964 memberi kemenangan kepada Ustaz Zulkifli memperolehi 12,659 undi mengalahkan lawannya yang memperolehi 8,278 undi, membuktikan bahawa masih dipercayai rakyat. Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS peringkat nasional 1964-1969, Saudara Amaluddin Darus mengatakan bahawa UMNO merasa terpukul teruk dengan kekalahannya dalam pilihan raya 1959 menyebabkan demokrasi yang mereka laungkan sama sekali tidak mempunyai nilai apa-apa.. kerana mereka lebih mementingkan kekuasaan yang menyelubungi jiwa mereka.

Contohnya, mereka sanggup menghentikan kerja-kerja membina jambatan menyeberangi Sungai Kelantan di Pasir Mas kerana kekalahan mereka dalam pilihan raya tahun 1959. Menurut Abdul Aziz Ishak, mantan Menteri Pertanian zaman Tunku Abdul Rahman yang sebelum akhir hayatnya telah menjadi ahli PAS, pernah bersama-sama Tunku dan Tan Sri T.H.Tan merundingkan tentang kemerdekaan Malaya dengan Field Marshall Phibul Songkram dan Jenderal Pau Sarianon di Bangkok dalam tahun 1955, di dalam bukunya, ‘Riwayat Hidup Tunku Abdul Rahman’ menyebutkan:

Gerak-geri kami di Bangkok, adalah sentiasa di bawah intipan pegawai-pegawai kedutaan Inggeris. Kemana saja kami pergi, ada saja orang yang mengikut kami. Begitu juga di Malaya. Pegawai-pegawai dari Special Branch yang mempunyai perbelanjaan yang tidak ada batasnya bagi mencegah perkembangan fahaman komunis, tetapi sebenarnya pencegahan ke arah kemajuan kemerdekaan negara ini, sentiasa mengintip apa yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin besar dan kecil UMNO.”

Saudara Amaluddin Darus meneruskan:

Maka demikianlah dilakukan oleh PERIKATAN, di samping membelanjakan wang yang tidak ada batasnya bagi mencegah komunis, adalah digunakan dengan seluas-luasnya terhadap pejuang Islam dari orang-orang PAS.

Sejak PAS memenangi pilihan raya menurut saluran demokrasi, sejak itu Terengganu dan Kelantan terpaksa menghadapi konfrantasi kerajaan PERIKATAN dari Pusat dan orang-orang UMNO setempat. Menurut akhbar Utusan Melayu 5 November 1960, Tan Sri Syed Jaafar Albar (ayah Syed Hamid Albar) Menteri Muda Penerangan dan Siaran Radio di Dewan Kelab Kuantong Kuala Terengganu, dalam suatu ucapan sewaktu membuka Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO pada 4 November, memerintahkan seluruh pemuda UMNO Kelantan dan Terengganu supaya memberitahu rakyat kedua buah negeri itu, bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan menghantar bantuan walau satu sen pun kepada rancangan luar bandar kedua negeri tersebut.

Ini akan dilakukan jika kerajaan itu tidak sanggup bulat-bulat menerima syarat dan dasar-dasar mengenai luar bandar yang ditetapkan dalam buku merah kerajaan Persekutuan. Beliau menuduh pemimpin-pemimpin PAS sebagai ‘manusia-manusia yang tergamak memperalatkan agama dan sanggup mengorbankan kepentingan rakyat kerana semata-mata hendak berebut kuasa dan kedudukan’. Pemimpin-pemimpin PAS menurutnya, tidak layak memerintah negeri. Selama PAS berkuasa, apakah satu contoh roh Islam dan jiwa Islam yang paling kecil telah dapat dibuktikan kepada umat Islam di kedua negeri itu? Tambah beliau.

Katanya lagi, “Rakyat Kelantan dan Terenggnu hanya mendengar bunyi rahmat pembangunan luar bandar berjalan di negeri-negeri lain, tetapi di negeri-negeri sendiri hanya menunggu-nunggu rahmat dari tempat yang memang tidak ada rahmat di dalamnya.” Bagaimanapun katanya lagi, “rakyat Terengganu dan Kelantan adalah sabar dan lemah lembut. Jika keadaan seperti ini berlaku dalam negeri lain saya percaya rakyat di negeri-negeri itu telah mengangkat tombak, bedil dan bamboo runcing”. Tetapi walau bagaimana sabar pun beliau percaya rakyat Terenggnu tidak akan selama-lamanya mendiamkan diri.

Menurut Amaluddin Darus, serangan ‘Singa UMNO’ itu, ‘bukan sahaja merendahkan dan menghinakan, malah telah sampai ke peringkat menghasut rakyat memberontak dengan cara tidak langsung’. Pemimpin nombor satu UMNO yang juga menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu waktu itu, juga turut menyerang PAS, “Jangan campur undang-undang Tuhan dengan negara” menurut Berita Harian Januari 1961, di samping juga mengingatkan rakyat negeri ini. “Kalau kita menggunakan undang-undang Tuhan dalam negara kita yang baru hendak maju ini, tidak dapat tidak negara kita akan kacau bilau, dan permusuhan antara rakyat negeri ini akan berlaku.’ katanya lagi.

Akhbar-akhbar 7 November 1961 pula memfitnahkan, bahawa kerajaan Kelantan akan menangkap orang-orang yang membuka pengajian ‘kelas dewasa’. Utusan Melayu melaporkan kenyataan dalam satu sidang akhbar oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar iaitu Tuan Haji Khalid bin Awang Osman, katanya “Saya cabar kerajaan Kelantan menutup kelas-kelas itu!”, walaupun ganjil bunyinya bila Menteri Kerajaan Pusat mencabar bahagian dari negaranya sendiri yang tidak berkuasa atas pasukan keselamatan.

Sehingga Datuk Haji Ishak Lotfi, Menteri Besar Kelantan waktu itu terpaksa menjawab, “Sungguh menghairankan.. Saya bukan hairan dengan cabarannya itu, tapi kerana beliau itu berani menyatakan sesuatu yang tidak benar sama sekali. Saya cabar Menteri Muda yang berkenaan supaya membuktikan tuduhan-tuduhannya itu. Kami sedang berusaha untuk memperbaiki perhubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Tetapi setelah kami bersusah payah, datang pula kenyataan yang tidak adil dan tidak berasas dari seorang Menteri PERIKATAN.

Serangan ke atas kerajaan PAS terus berlaku dan isu-isu yang disifatkan boleh menguntungkan pihak PERIKATAN terus dimainkan dan digembar-gemburkan. Contohnya, Utusan Zaman 22 Januari 1961, menyiarkan berita bertajuk ‘Perkara tuduhan ahmak: Senator PAS sifatkan Albar seorang pendakyah palsu.

KUALA TERENGGANU 21 Januari, Tuan Syed Jaafar Albar Menteri Muda Penerangan dan Siaran Radio telah dituduh oleh seorang senator PAS Kelantan sebagai seorang pendakyah palsu. Encik Amaluddin Darus, Senator PAS itu membuat tuduhan ini dalam rapat pemuda-pemuda PAS Terengganu yang diadakan di pejabat perhubungan PAS di sini malam tadi. Tuduhan ini dibuat oleh Senator PAS itu berdasarkan kenyataan Menteri Muda itu dalam akhbar baru-baru ini yang menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai ‘ahmak’ kerana mahu menuntut sagu hati dari kerajaan Persekutuan sebagai ganti rugi pemulauannya kepada cukai pajak gadai.

Beliau juga menafikan berita-berita suara UMNO ‘Malaya Merdeka’ yang menyatakan kerajaan PAS akan memelihara babi. Siaran itu hanya untuk mengelirukan dan memburuk-buruk kerajaan PAS sahaja, katanya. Encik Amaluddin telah menerangkan kedudukan yang sebenarnya tentang hal yang tersebut, yang katanya bahawa pada mulanya Jabatan Haiwan telah mengesyorkan supaya kerajaan mengadakan kawalan yang rapi terhadap usaha-usaha menternak babi di kalangan orang-orang Cina dan Siam dalam negeri Kelantan, untuk mengelakkan pergaduhan yang selalu berlaku antara penternak-penternak itu.

Menurut beliau lagi, syor Jabatan Haiwan itupun tidak dapat dijalankan oleh kerana bidasan-bidasan yang dibuat oleh ahli-ahli PERIKATAN itu. Oleh kerana kebanyakan orang-orang Cina yang memelihara babi itu ahli-ahli PERIKATAN sendiri, kata Senator itu lagi, maka orang-orang PERIKATANlah yang rugi disebabkan oleh telatah orang-orang PERIKATAN sendiri.

Maka melentinglah Menteri Muda Penerangan tersebut yang sedang berada di Melaka dan terus menyerang lagi dengan mengulangi tuduhannya, bahawa pemimpin-peminpin Kelantan ahmak dan menyatakan bahawa ulasan yang dibuat oleh Amaluddin Darus itu semata-mata bohong dan cuba mengabui mata rakyat di negeri itu. Beliau menuduh lagi bahawa PAS adalah parti politik yang menggunakan ayat-ayat Quran dan Islam sebagai alat untuk kepentingan manusia.

Dalam ucapannya yang panjang lebar di mesyuarat agung UMNO cawangan Duyung, beliau mensifatkan dasar atau polisi PERIKATAN adalah polisi yang sesuai sekali dengan keadaan Tanah Melayu waktu itu. Buktinya ialah kerana semua dunia luar memuji pemerintahan PERIKATAN dan menganggap pentadbiran terbaik di Asia Tenggara. Beliau menyeru ahli-ahli UMNO terutama Pergerakan Pemudanya, supaya jangan terpengaruh dengan parti lawan terutamnya PAS ‘yang menggunakan sentiment agama untuk mencari pengaruh di kampung-kampung’.

Sementara Awang Sulung dalam ruangan pojok ‘Ada-ada Sahaja’ Utusan Melayu’ pada 23 Januari terus menggembar-gemburkan lagi, ‘Menteri Muda Albar kata PAS Kelantan ahmak. Senator Amaluddin Darus (PAS) pula berkata Albar pendakwah palsu. Mana satu betul? Si Gabus yang kehilangan Matnya tentu bilang Albar betul. Dan Si Damak bolehjadi kata Senator Amaluddin Darus betul. Awang Sulung fikir, baik kita tanya Dol Keropok atau Wak Tempeh…

Bagi UMNO serangan melalui akhbar sahaja masih belum memadai dan mencukupi untuk melumpuhkan PAS, walaupun mereka telah berjaya mencetuskan konfrantasi politik dan kepungan ekonomi terhadap Terengganu dan Kelantan. Mereka melancarkan gerakan menguasai akhbar yang selama ini menguasai fikiran rakyat Melayu yang mereka anggap ‘masih belum menyebelahi mereka’. Mereka membeli saham-saham akhbar Utusan Melayu dan berjaya memasukkan orang-orang UMNO menguasai akhbar tersebut, sehingga berlaku mogok pekerja-pekerja.

Darinya berlaku pula pertukaran polisi yang pasti menguntungkan UMNO dan PERIKATAN. Lepas itu mereka menguasai akhbar Warta Negara di Pulau Pinang, walaupun pada awalnya mereka rasakan tidak dapat ditunggangi kerana kemasukan Tuan Haji Yusuf Rawa dari PAS ke dalam akhbar tersebut. UMNO juga berusaha dengan berbagai cara dan membelanjakan wangnya untuk menguasai akhbar New Straits Time dan kumpulannya, tetapi tidak berjaya. Beberapa lama kemudian berhasil juga apabila akhbar tersebut dikuasai oleh Abdul Samad Ismail.

Ini adalah kerana syarikat The New Straits Times telah dibeli oleh PERNAS, sebuah badan perdagangan kerajaan dalam tahun1972. Saudara Abdul Samad Ismail pula, akhirnya ditahan di bawah ISA pada tahun 1976, seperti yang disebut-sebutkan ‘penangkapan komunis 3 Abdul’ termasuk 2 Abdul lagi, iaitu Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid. Bertolak dari kenyataan inilah, maka UMNO bernafsu benar hendak menggulingkan kerajaan PAS Kelantan. Peranan ini dimainkan oleh Datuk Wan Abdul Kadir yang sengaja dihantar oleh ibupejabat UMNO dengan tugas-tugas khas.

Menurut Saudara Amaluddin Darus, hasil dari tugas khas Wan Abdul Kadir ini, ialah tersebut berita 4 orang dari ADUN Kelantan menyeberang kepada UMNO. Sebenarnya bukan sekadar 4 orang sahaja malah beberapa lagi telah dihubungi. Sumuanya berlaku seperti ‘Mission Imposible’. Wakil-wakil rakyat di bawa ke Kuala Lumpur, diaturkan persediaan dan disiarkan melalui televisyen. Kemudian dibawa balik ke Kelantan kerana DUN Kelantan akan bersidang, di mana kerajaan PAS akan digulingkan secara sah melalui proses demokrasi. Tetapi apabila dewan bersidang, semuannya menyatakan sikap tetap dengan PAS, kecuali speaker DUN, Abdullah bin Haji Yusuf.

Maka gagallah projek ‘menguasai Kelantan melalui pintu belakang demokrasi’, yang disambut oleh puluhan ribu rakyat dengan takbir 3 kali di dalam sebuah rapat umum di Macang pada malamnya. Peristiwa tersebut dengan fakta-faktanya telah dirakam oleh Saudara Amaluddin Darus dalam buku ‘Demokrasi Tergugat Di Kelantan’ yang dikaji oleh sebauah jawatan kuasa kecil antaranya terdiri dari Datuk Muhammad Asri dan Datu Wan Mustapha, seorang peguam. Tetapi Datuk Muhammad Asri tidak bersetuju untuk diterbitkan ‘kerana beliau takut akan tindakan balas politik’.

Dalam pilihan raya kecil Bacok Utara yang diadakan pada 6 April 1968, saudara Amaluddin Darus telah menulis surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman PM Malaysia merangkap Yang Di Pertua Agung UMNO (sekarang Presiden), antaranya tercatat:

I…Di Kelantan telah berlaku beberapa pilihan raya kecil dalam tahun1967.

Pertama: Di kawasan Pasir Mas Hulu, kerana ‘kematian Allahyarham sahabat permainan golf dengan Tunku, Abdul Samad Gul Ahmad Mianji, yang malang dibunuh oleh orang-orang itu’.

Kedua: Di kawasan Kelantan Hilir akibat kematian Allahyarham Haji Ahmad Abdullah.

Ketiga: Di kawasan Bacok Utara, ‘lebih hebat daripada yang lain-lain’.

II..Kuatnya tekanan dan kezaliman.

Pertama: ‘Alat-alat negara dari Jabatan Penerangan dan Jabatan Pembangunan Luar Bandar, semuanya berkerja begitu teratur dan kemas untuk parti Tunku. Bahkan sehingga ada orang-orang dari Jabatan Polis bergerak dengan tidak malu-malu lari berkempen mengugut dan menakutkan orang-orang parti patik dan penyokong-penyokong parti patik.’

Kedua: ‘orang-orang perti Tunku juga bertindak memungut kad-kad pengenalan sampai beribu-ribu banyaknya di kawasan Bacok Utara, dengan maksud supaya rakyat tidak dapat mengundi, dan kalahlah parti patik.’

Ketiga: ‘sebahagian daripada kisah-kisah ugutan oleh anggota-anggota polis serta kisah-kisah pungutan kad pengenalan, telahpun orang-orang patik membuat aduan di balai polis, dan sebahagian lagi ada yang telah patik maklumkan sendiri kepada pegawai-pegawai polis di dalam dua tiga kali perjumpaan di antara pihak PAS dan parti Tunku, polis dan Penyelia Pilihan Raya Negeri yang dipengerusikan oleh Pegawai Pengerusi Pilihan Raya (Returning Officer) sendiri.

Keempat: ‘tidak kurang dari seribu pekerja-pekerja parti Tunku bekerja dengan kuat di seluruh kawasan pilihan raya Bacok Utara itu, dan patik percaya orang-orang parti Tunku seperti biasa tidaklah berkerja melainkan dapat upah wang atau mata benda… Jumlahnya tentu banyak sekali. Adapun parti yang miskin lagi dhaif ini bergeraklah sekadar yang terdaya merangkak-rangkak sambil mengharapkan pertolongan Tuhan.’

III.Hasilnya, ‘parti Tunku baru dapat mengurangkan hanya 65 undi sahaja’ daripada pilihan raya tahun1964 dulu.

Demikianlah, apa yang dihadapi oleh PAS sekitar sebelum dan selepas pilihan raya 1964. Untuk tambah maklumat sila rujuk http://www.ibnuhasyim.com/ Wednesday, February 11, 2009 Politik Lompat Dalam Sejarah PAS, Saya Tunggu Buku Ini…

Gambar: Hj. Hashim! (tengah) Ingat dok lagi ke ambo ni.. Kita samo-samo di Bangkok gi ke Kemboja.. Ambo Ibnu Hasyim..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails