Thursday, March 26, 2009

Kagum Dengan Hukum Perang, Seorang Janda Czech Pilih Islam.


Ibnu Hasyim Catatan Santai

“SAYA senang belajar semua hal. Saya mempelajari teori relativitas waktu Einstein, ilmu-ilmu biologi, astronomi, dan sejarah orang-orang besar. Dari sinilah saya mengenal keagungan Islam.” Tidak cukup belajar sendiri, beliau belajar Islam dan menyambangi Islamic Center ketika berkesempatan belajar di England. Ketika ke Belanda, beliau bertemu dengan Famille Fatma Arslan, pengacara pertama di Belanda yang menggunakan hijab, guna mencari jawaban atas pertanyaan-pertanyaannya mengenai menjadi seorang Muslimah di Eropah.

“Saya kagum dengan Khalifah Abu Bakar Ash Shidiq yang sudah memperkenalkan prinsip-prinsip ‘good governance’ (tatakelola pemerintahan yang baik, adil, bersih dan bebas rasuah) sejak 14 abad silam. Saya kagum dengan hukum peperangan dalam Islam yang sudah dikenal sejak turunnya Al Qur`an dan diperkuat oleh Sunnah Nabi Muhammad, padahal hukum peperangan internasional (humanitarian law) baru dikenal sejak tahun 1907 melalui Konvensi Den Haag, dan kebelakangan pada tahun 1949 melalui Konvensyen Geneva.

Namun yang paling membuat saya kagum adalah peribadi Nabi Muhammad SAW sendiri. Saya mempelajari akhlaknya dalam kehidupan, cara bertetangga, cara melayani perempuan, termasuk hak-hak suami dan isteri dalam perkawinan. Bayangkan, Republik Czeck baru memperkenalkan hukum perjanjian perkawinan antara suami dan isteri pada tahun 1998 sementara Islam sudah melakukannya 14 abad silam!” kata Karimah dengan bersemangat.

Karimah, bukan nama asli memang. Nama hijrah setelah dia memutuskan kembali ke Islam. Nama aslinya adalah nama khas warga Republik Czech (Ceko). Nama yang indah namun sukar diucapkan. Namun ia tidak hendak menggunakan nama aslinya untuk kepentingan jurnalistik. “Saya seorang berjawatan tinggi di Kementerian Kehakiman Czech Republic, dan perjuangan saya selaku seorang mualaf masih panjang, maka gunakan sahaja nama Karimah.” ujarnya dalam bahasa Inggeris yang lancar.

Karimah lahir pada tahun 1965 di Republik Ceko, yang sebelum tahun 1993 bernama Chekoslovakia. Alias kini ia berusia 43 tahun. Di usia yang relatif muda untuk ukuran wanita Eropah ini ia telah menjanda. Suaminya telah meninggal kerana sakit dan kini ia hidup dengan puteranya yang berusia 17 tahun. Ia tinggal di Prague ibukota Republik Ceko. Seperti halnya dengan majoriti rakyat Ceko, Karimah dibesarkan sebagai seorang Atheis. Tidak terlalu aneh, sebagai mantan negara komunis, 60% penduduk Ceko adalah atheis ataupun agnostik, 27% nya Katolik Roma dan 3% nya Kristian Protestan.

“Identiti agama tidak menjadi hal yang penting bagi negara dan rakyat Republik Ceko hingga kini.” tutur Karimah. Berbeda dengan kebanyakan rakyat Ceko, walaupun atheis, Karimah kecil sejak usia muda sudah tertarik dengan agama. Semua dimulainya pada usia 8 tahun ketika ia mempelajari semua agama dan menggali cara hidup orang-orang dari agama yang berbeda. Republik Ceko adalah negera kecil di Eropah Tengah berpenduduk 10 juta jiwa. Seiring dengan runtuhnya komunisme di Eropa Timur, persekutuannya dengan negeri Slovakia-pun bubar sehingga menjadi Republik Ceko.

Negeri yang lama hidup dalam cengkeraman komunisme (sejak perang dunia II hingga tahun 1989) ini terkenal telah melahirkan banyak orang-orang besar, terutamanya di bidang sukan, sains, dan budaya. Bahkan mantan Presidennya, Vaclac Havel (memerintah pada 1990 – 2003) dikenal sebagai penulis dan dramawan. Di luar nama-nama besar tersebut, negeri kecil yang tidak memiliki laut ini (landlocked) ternyata juga menjadi rumah bagi minority Muslim yang jumlahnya kurang dari 10,000 jiwa.

Di antara mereka ada seorang mualaf Muslimah berkulit putih asli Ceko, berambut perang yang di sepanjang seminar di Salzburg Austria selalu mengenakan jilbab. Siapapun tidak akan menyangka, dia adalah Muslimah kerana tutupi kepala di Eropah pada musim dingin adalah biasa.. “Masalahnya adalah informasi tentang Islam amat minima bagi rakyat Ceko,” lanjut Karimah. ”Islam difahami sebatas sebagai agama kekerasan, mengilhami terorisme dan pelaku pemboman, memperkenalkan hukuman cambuk dan rajam bagi pelaku kejahatan dan membolehkan poligami. Banyak orang Ceko yang tidak faham Islam.”

“Keputusan saya masuk Islam memang dianggap aneh dan luar biasa oleh orang-orang di sekeliling saya. Keluarga saya banyak yang tidak setuju. Anak saya sendiri yang kini berusia 17 tahun berkata ketika saya memutuskan masuk Islam, ‘Mam, kamu benar-benar sudah gila.’ Apalagi saya perempuan, berkulit putih, dan memegang jabatan di Kementerian Kehakiman. Memang, negeri ini tidak melarang orang menganut agama apapun. Namun layaknya negeri sekuler dan mantan komunis pula, untuk terang-terangan memproklamirkan diri sebagai seorang Muslim juga bukan hal yang mudah.

Sampai sekarang, saya masih menyembunyikan keIslaman saya, kecuali kepada orang-orang terdekat. Sejak saya masuk Islam pada tahun 2007, saya sholat dan berpuasa Ramadhan di ruangan kantor saya. Alhamdulillah saya memiliki ruangan peribadi. Dan memang saya tidak mengenakan jilbab selama bekerja. Sehingga teman-teman sekantor saya belum banyak yang tahu tentang keIslaman saya,” cerita Karimah.

“Komuniti Muslim di negeri ini amat sedikit. Tidak ada angka tepat tentang jumlah Muslim di Ceko kerana memang sensus penduduk disini tidak pernah memasukkan klausul agama penduduk. Namun perkiraan saya sekitar 4000 – 5000 jiwa sahaja. Diantara jumlah tersebut ada imigeran dari Turki mahupun Afrika Utara, ada warga Ceko yang masuk Islam karana berkahwin dengan imigeran, dan ada juga mahasiswa Muslim dari Mesir, Yaman, Iran, dan Bosnia yang belajar di kampus-kampus Ceko. Muslim asli Ceko yang masuk Islam bukan kerana pernikahan, seperti saya amat kurang.” papar Karimah lagi.

Hanya ada dua masjid di Ceko. Satu di kota Prague (Praha) dan satu lagi di Brno. Itupun tak nampak sebagai masjid kerana tidak diperlengkapi menara. Maka, amat wajar apabila komuniti Muslim Ceko kesulitan dalam mengembangkan interaksinya. Belum lagi kesulitan dalam mendapatkan makanan halal. “Alhamdulillah saya sejak dulu tak suka merokok dan minum alkohol. Juga saya jarang makan pork (babi), padahal babi adalah satu makanan pokok warga Ceko. Ini juga yang memudahkan saya masuk Islam.” Kata Karimah.

Karimah memandang persoalan Muslim di Ceko tidak hanya akibat cara pandang yang salah dari warga Ceko terhadap Muslim, namun juga adalah kerana perilaku hidup Muslim Ceko itu sendiri. Menurutnya, “Sudah Muslim disini jumlahnya amat minima, namun yang sedikit ini terkadang juga tidak menunjukkan keindahan dan keagungan Islam. Beberapa Muslim terkadang melakukan tindakan kriminal dan tindakan tidak terpuji lainnya. Yang Muslimah pula seringkali berbusana Muslim dengan warna-warna hitam dan warna gelap lainnya, sehingga tampak menakutkan di mata orang awam.”

Cabaran dan harapan berikutnya, menurut beliau yang sedang menyiapkan disertasi Doktornya tentang Hukum Perdata Islam dan Hukum Internasional di Universiti Ceko ini, adalah mahu ‘Republik Ceko mengakui Islam sebagai salah satu agama yang hidup di Ceko.’ Dia inginkan jumlah Muslim dan masjid bertambah… dan keinginan peribadinya, “saya ingin naik haji suatu waktu. Saya akan ambil cuti sebatas waktu yang diperlukan untuk naik haji sehingga tidak ada seorangpun tahu saya pergi haji!”

Akhirnya, beliau berpesan : “Mari sama-sama berikan perhatian kepada minoriti Muslim di Republik Ceko. Walaupun tidak ramai, tetapi kami adalah saudara anda juga. Perjuangan saya selaku mualaf dalam memperkenalkan Islam di Republik Ceko masih panjang, maka bantulah saya. Lalu, berikanlah informasi yang benar dan memadai mengenai Islam kepada rakyat Ceko sehingga mereka dapat mengapresiasi Islam dengan baik, fi amaanillah....” ujarnya.

Kisah ini diambil dari Heru Susetyo, Kontributor Tarbawi di Thailand, yang melakukan perjalanan ke Austria dan Jerman pada akhir Oktober 2008 lalu sebagai partisipan dari Salzburg Global Seminar on Islamic Law and International Law. Dalam seminar tersebut Heru Susetyo berjumpa dan mewawancara Karimah dan Famille Fatma Arslan, pengacara pertama di Belanda yang menggunakan hijab seperti yang disebutkan di atas.

Sekian untuk kali ini, wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 26, 2009. KL.

Ketua Pemuda, “KJ rasuah, KJ rasuah, Penipu!”

By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR Rabu, Mac 25. Dianggap sebagai keputusan yang mencemaskan, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi.

Jawatan Naib Ketua, dimenangi oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ketua Pemuda Johor. Beliau memperoleh 417 undi menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Sementara itu, sebaik selesai pengumuman dibuat di aras 1, bangunan PWTC suasana riuh mula kedengaran dan ia dipercayai ditimbulkan oleh penyokong Muhkriz. Mereka berjalan sambil melaungkan "KJ rasuah, KJ rasuah, penipu".

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Pemuda, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan. Beliau menekankan aspek itu dengan mengambilkira slogan kempen ketiga-tiga calon berkenaan. Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.

Mukhriz dipercayai menang, kira semula undi. Keputusan tidak rasmi menunjukkan, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menang jawatan Ketua Pemuda Umno. Bagaimanapun, proses pengiraan semula undi juga dijalankan. (2MA)

Shahrizat Menang Ketua Wanita, Rafidah Tiada Dalam Dewan..

Beginikah pakaian Muslimah menurut Islam?

By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR Mac 25. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sah memenangi jawatan Ketua Wanita Umno. Beliau telah menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz. Keputusan rasmi menunjukkan beliau memperolehi 507 undi berbanding pencabarnya, Rafidah yang memperoleh 280 undi. Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Wanita, Tan Sri Napsiah Omar pada pukul 9:05 malam. Sebelum keputusan diumumkan Shahrizat masuk ke dewan dengan penyokongnya ketika itu Rafidah tiada di dalam dewan kerana Rafidah menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi.

Lihat pakaian mereka, bila lagi Ketua Wanita Umno ini akan berpakaian menutup aurat seperti yang diarahkan oleh agama Islam, apa lagi bila beliau adalah pemimpin no 1 parti orang Islam tulang belakang kerajaan BN yang memerintah negara majoriti umat Islam? Menjaga hal ehwal Muslimah.. Wahai wanita Umno, berubahlah ke arah Islam, melalui pendidikan, professional, kepimpinan, hiburan dan lain-lain demi agama di masa mendatang. Itulah saranan dari blog Ibnu Hasyim. (2MA)

Wednesday, March 25, 2009

Berubah.. jika tidak, rebah –Najib, Mahukah Berubah Kepada Islam?

Komen Ibnu Hasyim: Siapa berubah, siapa rebah?

By Asyok Kumar

KUALA LUMPUR Mei 25. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui Umno minggu ini, malam tadi menggariskan visi beliau bahawa ahli-ahli Umno perlu melakukan perubahan dan pembaharuan komprehensif bagi membolehkan ia kekal relevan sebagai parti pilihan penting orang Melayu dan rakyat negara ini.

Berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008, beliau memberi amaran Umno akan kehilangan sokongan sekiranya ia tidak melakukan perubahan. Ucapan beliau itu yang bertemakan Menakhoda Zaman merupakan terakhir selaku Timbalan Presiden Umno, malah dilihat sebagai bayang-bayang awal tentang visi kepimpinannya apabila menerajui Umno mulai minggu ini secara rasmi.

Najib akan menerima tampuk kepimpinan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno. "Berubahlah, jika tidak, kita rebah," kata beliau. Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh parti itu iaitu mengubah cara Umno menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.

Umno, katanya, perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar agar pemilihan parti lebih mencerminkan hasrat lebih tiga juta anggotanya di peringkat akar umbi. "Situasi hari ini menuntut Umno sebagai wahana perdana politik orang Melayu agar memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus mengenal pasti langkah-langkah bugar untuk mentransformasi Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu," katanya.

Malah Najib juga meminta para perwakilan Umno memberinya "satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan lagi berdedikasi… Safkanlah kepada saya sekumpulan pimpinan yang ampuh dan padu," katanya. Justeru kata beliau, tanggungjawab para perwakilan pada tahun ini adalah yang paling berat dalam sejarah Umno berbanding sebelum ini kerana yang menjadi pertaruhan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan, kedudukan atau status bagi manamana individu.

"Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah," katanya. Najib juga berkata, Umno memerlukan "barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran".

Najib turut melahirkan harapannya agar permuafakatan yang wujud dalam parti diteruskan apabila beliau memegang jawatan presiden nanti. "Saya juga percaya sokongan yang seumpamanya jua akan diberikan kepada Timbalan Presiden Umno baru yang bakal dipilih kelak. "Dengan penuh semangat saya yakin bahawa, jika kita semua terus bersatu dan berganding bahu, yang berat akan tetap mampu dipikul, yang ringan dapat pula dijinjing bersama menakhoda zaman," katanya.

Komen bloger Ibnu Hasyim, mahukah Umno berubah dari perjuangan kebangsaan kepada perjuagan Islam? Kalau tidak berubah begitu, memang betul-betul rebah... (AK)

Larangan Liputan 6 Media Online: Mengapa Teruk Sangat?

Siri ..2 Bukit, 1 Batang:
By Megat Ali Megat Alang.

KUALA LUMPUR Mac 24: Enam organisai media online tidak dibenarkan untuk membuat liputan pada Perhimpunan Agung Umno yang bermula hari ini. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan itu diambil kerana media-media berkenaan dikatakan membuat laporan yang tidak bertanggungjawab terhadap Umno dan pemimpin parti itu.

Antaranya Malaysiakini dan Malaysia Insider. Difahamkan, tiga lagi organisasi media yang tidak dibenarkan membuat liputan adalah The Nut Graph, Merdeka Review dan Siasah Daily. Bagaimanapun, satu lagi organisasi media yang turut dilarang membuat liputan itu masih belum diketahui.

"Jika anda membuat laporan yang bertanggungjawab, kita akan benarkan anda masuk tetapi cara anda melaporkan tentang pemimpin kami dan parti (menyebabkan dilarang)," katan Tengku Adnan semasa sidang media selepas taklimat presiden sempena Perhimpunan Agung Umno di sini, hari ini oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Tengku Adnan berkata, wakil-wakil organisasi terbabit dibenarkan hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tempat berlangsungnya perhimpunan. Mereka hanya tidak dibenarkan membuat liputan (sidang media rasmi dan persidangan)," katanya.

“Mengapa teruk sangat kerajaan Najib ni? Belum buat pun dah larang.. Takut kalah dalam 3 pilihan raya kecil ini, atau takut kerajaan BN merudum dalam PRU 13 akan datang?” Tanya blogger Ibnu Hasyim sewaktu dihubungi sebentar tadi. (sumber: Mstar Online dll) (2MA)

Tuesday, March 24, 2009

Bandar Khemah AS, Hasil Dari Sistem Kapitalis & Projek Anti Islam..

Seorang petugas persatuan iCare-America memberikan pelbagai barangan keperluan harian secara percuma kepada penghuni-penghuni khemah.

Ibnu Hasyim Catatan Santai

JIKA satu kurun dahulu, kawasan di Sacramento, California, Amerika Syarikat (AS) ini, dipenuhi oleh khemah kumpulan yang mencari rezeki di tebing Sungai Amerika sahaja. Tetapi hari ini, kawasan tersebut dipenuhi oleh penduduk yang sudah hilang harapan dan prospek masa depan, meliputi keluasan beberapa ekar. Di situlah munculnya bandar khemah, dianggarkan bertambah 50 pendatang baru bertambah dalam seminggu.

Bandar khemah itu terletak di kawasan yang cantik, di tepi sungai, langit terbuka dan bercuaca sederhana. Angka rasmi menunjukkan golongan tidak berumah di Sacramento kini mencecah seramai 1,226 orang. Pada mulanya, sejumlah 300 penduduk berpindah ke bandar khemah selepas semua rumah perlindungan penuh. Malah, sebuah rumah perlindungan memberitahu pihaknya terpaksa menolak permintaan 200 orang wanita dan kanak-kanak dalam sehari.

Di negeri yang dilimpahi dengan kekayaan dan glamor Hollywood, imej tersebut amat mengejutkan rakyat negara Uncle Sam itu. Kondisinya juga cukup primitif, tiada sebarang bekalan air dan sistem sanitasi yang sewajarnya. Penduduknya juga perlu berjalan sejauh 4.8 kilometer untuk membeli air botol dari stesen minyak atau kedai serbaguna berhampiran. Jika bernasib baik, pekerja-pekerja kebajikan akan datang menghulurkan makanan percuma dan barangan keperluan lain.

Pengarah Perundangan Loaves & Fishes, badan bukan kerajaan yang membantu meringankan beban golongan malang, Joan Burke memberitahu, situasi itu membuka mata banyak pihak. “Kita tidak hanya boleh terkejut. Tindakan mesti diambil untuk mengubahnya kerana keadaan ini tidak boleh diterima. Kita sudah kembali ke zaman Great Depression,” katanya.

Pihak berkuasa Sacramento yang menempatkan pejabat Gabenor Arnold Schwarzenegger mengakui pemandangan itu tidak menyenangkan. Namun, berdepan dengan krisis dan defisit bajet berbilion dolar, mereka tidak ada banyak pilihan lagi, selain menimbang untuk menjadikan bandar khemah itu sebagai satu struktur tetap.

Lebih penting lagi, kawasan itu nanti bakal dilengkapi dengan perkhidmatan kebersihan dan peraturan seperti pengharaman dadah serta minuman keras. Ironinya, terdapat banyak rumah kosong di bandar Sacramento, sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya, kenapa ia tidak digunakan oleh golongan yang tidak berumah itu?

Penulis akhbar The Times, Vikas Bajaj memberitahu, sebanyak 10.4 peratus unit rumah di Sacramento adalah kosong. Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding lokasi-lokasi lain di AS. Datuk Bandar Kevin Johnson, melalui jurucakapnya, Steve Maviglio mengatakan, pihaknya ada memikirkan tentang itu, tetapi tidak mempunyai upaya untuk melaksanakannya memandangkan ia hartanah individu. “Kami ada meninjau rumah yang dimiliki oleh Agensi Perumahan dan Pembangunan Semula Sacramento. Masalahnya, rumah kos rendah sudah habis!” Katanya.

Sambil menyifatkan peningkatan jumlah golongan tidak berumah sebagai masalah serantau, Johnson mengakui akses sebanyak AS$2.3juta (RM8.5 juta) yang terkandung dalam pakej rangsangan, bakal akan membantu Sacramento menyelesaikan masalah tersebut. Tidak terhad di Sacramento, fenomena sama turut melebar di seluruh AS. Selaku salah sebuah negeri paling kaya, California memiliki keluaran domestik kasar yang hampir sama dengan sebuah negara Sepanyol dan Itali.

Lantas ia menjadi salah sebuah negeri yang menerima kesan kemelesetan ekonomi dan krisis hartanah paling teruk. Buktinya, kadar penyitaan hartanah melonjak sehingga 327 peratus dan 500 orang kehilangan rumah masing-masing setiap hari. Diburukkan lagi dengan pemberhentian kerja secara besar-besaran, ramai golongan kelas pertengahan kini menjadi papa kedana.

Penghuni terkini bandar khemah ialah pasangan jurujual kereta, Corvin dan Tina Garland. Hilang kerja pada masa yang sama dan pusat perlindungan sudah penuh, maka pasangan berusia 50an itu membeli khemah dengan menggunakan wang simpanan yang ada. “Tiada siapa terfikir dalam usia sebegini, kami akan kehilangan tempat tinggal. Saya hanya mahu menikmati usia emas bersama suami dan impian itu sudah semakin samar," kata Tina.

Memang ada sebilangan penghuni yang menjaga kebersihan, kemas dan membina tandas. Malangnya, ramai juga yang berpenyakit mental, kaki botol dan tidak menggunakan tandas, sekali gus mencipta keadaan tidak ubah seperti negara dunia ketiga. Salah seorang pegawai perbandaran Sacramento, Fong memberitahu, pihak berkuasa kini sedang merancang mengubahsuai kandang kuda yang sudah lama kosong untuk dijadikan rumah sementara. Fong juga menggalakkan projek-projek keluarga angkat yang melibatkan pihak gereja, masjid dan rumah-rumah ibadat lain.

Langkah itu boleh menambah ruang pusat perlindungan sedia ada. Kawasan itu juga pernah dirakam oleh lensa rancangan Oprah Winfrey dan ditonton oleh 40 juta penonton di seluruh dunia. Kebanyakan penghuni di bandar khemah itu terdiri daripada pekerja pembinaan, ladang, kedai-kedai dan restoran. Dengan ketiadaan rumah yang hendak dibina dan kira-kira 80,000 orang kehilangan kerja, peluang untuk diambil bekerja semula amatlah nipis. Justeru, mereka semua meletakkan harapan kepada pakej rangsangan berjumlah AS$787 bilion (RM2,909 bilion) yang diumumkan oleh Obama.

Presiden itu turut mengumumkan pelan untuk menyelamatkan rumah sembilan juta penduduk daripada disita dengan cara menstruktur semula hutang gadai janji mereka. “Kemelesetan membuatkan bilangan yang memerlukan bantuan meningkat dengan dramatik. Dalam tempoh setahun, golongan ini mencecah 26 peratus. “Kita dapat lihat ramai yang tinggal di dalam kereta atau membeli kotak dan tidur di dalamnya. Mereka melakukan apa jua untuk berteduh.” tambah Burke.

Khemah makin bertambah tiap hari.

Pada saya, hal ini berlaku kerana beberapa sebab.

Pertama, kegagalan sistem ekonomi kapitalis mula terserlah, seperti terserlahnya kegagalan sistem ekonomi komunis atau soialis sebelumnya. Contohnya, bagaimana bank-bank riba memberi pinjaman perumahan atau lain-lain, secara berleluasa sehingga menjerut pemimjamnya, tidak mampu bayar balik beramai-ramai. Hal ini bukan sahaja meranapkan bank tersebut, bahkan mengait institusi kewangan lain dan seterusnya melibatkan negara. Begitu juga pemberian pinjaman untuk menutupi pinjaman sebelumnya oleh konglomerat-konglomerat, iaitu dengan mengorek lubang hutang yang lebih besar untuk kambus hutang sebelumnya.

Kedua: Disebabkan pemimpin AS begitu terikat dan terpaksa mengikut telunjuk Israel. Bajet bantuan peperangan yang kononnya untuk pertahanan (seperti di Palestin) yang besar diberi kepada Israel. Begitu juga sikap ganas menyerang Irak, Afghanistan dan lain-lain, termasuk juga projek kempen anti keganasan di seluruh dunia (yang sebenarnya untuk menghancurkan agama Islam).

Alternatifnya.. Satu, rakyat AS perlu bangun menolak pemimpin-pemimpin rakus dan ganas yang seperti itu. Kedua, negara-negara umat Islam perlu mewujudkan sistem ekonomi Islam, di samping usaha menyatupatukan di bidang-bidang lain.

Sekian, wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 24, 2009. KL.

Masyarakat Israel Tiada Pendidikan.. Luna Cohen Pilih Islam

Luna Cohen, wanita Yahudi..

Ibnu Hasyim Catatan Santai

LUNA Cohen, lahir di kota Tetouan, Maroko dari keluarga Yahudi. Pada usia 16 tahun, ia sudah meninggalkan rumah keluarga di Maroko untuk melanjutkan sekolahnya di sekolah khusus perempuan Bet Yaakov di Washington Heights, Manhattan, Amerika Syarikat. Bet Yaakov adalah sebuah sekolah Yahudi Ortodoks yang dikenal rasis. Dia berkahwin pada usia 18 tahun. Luna dan suaminya sudah 3 kali pindah tempat tinggal di apartemen Brooklyn, New York, dan akhirnya pindah ke Israel bersama 4 nanak-anaknya.

Ketika tiba di Israel, Luna dan keluarganya tinggal pemukiman Yahudi, Gush Qatif di wilayah Jalur Gaza. Luna mengaku menjalani masa-masa yang berat kerana melihat ‘cara hidup’ orang-orang Yahudi di tempat tinggalnya itu dan meminta pada suaminya agar mereka pindah saja ke Netivot, yang terletak sekitar 23 kilometer ke arah utara di wilayah pendudukan Israel di Palestin. Di tempat itu, Luna lagi-lagi menyaksikan kehidupan masyarakat Yahudi Israel yang disebutnya tidak berpendidikan.

“Mungkin cuma satu dari sejuta anak yang berperangai baik.” kata Luna. Ia menyaksikan bagaimana orang-orang Yahudi di Netivot, sama seperti di pemukiman Yahudi Gush Qatif, membenci orang-orang yang bukan Yahudi, Arab Palestin. “Kami lihat tindakan mereka buruk dan mahu menang sendiri. Pada titik ini, saya dan suami tidak sepakat terhadap sikap mereka itu!”

Hingga suatu hari suami Luna yang juga Yahudi tetapi sekuler, pulang ke rumah dan mengatakan baru sahaja membaca al-Quran dan memutuskan untuk masuk Islam. Luna tidak tahu, rupanya suaminya itu selama ini sudah banyak mempelajari Islam melalui dialog dengan seorang Muslim asal Emirat Arab Bersatu yang tinggal di pemukiman Gush Qatif, selama 2 tahun. “Kerana dalam fahaman Yahudi, kami selalu diajar untuk membenci agama lain," kata Luna bertanyakan mengenai ajaran Islam.

Tetapi, suaminya cukup bijak dan mengatakan, Luna boleh tetap dalam agama Yahudi jika tidak mahu masuk Islam, kerana dalam Islam, seorang lelaki Muslim boleh berkahwin dengan perempuan ahli kitab. Suami Luna pun masuk Islam dan memakai nama Islam Yousef al-Khattab. Dua minggu setelah suaminya masuk Islam, Luna tertarik untuk membaca al-Quran dan ketika ia membacanya, Luna merasa semua pertanyaan yang bersimpul di kepalanya terjawab semua dalam al-Quran.

Luna lalu menyusul suaminya mengucap dua kalimah syahadat dan menjadi seorang Muslimah. Luna memilih nama Qamar atau ‘bulan mengambang’ sebagai nama Islamnya. Kerana keadaan yang tidak memungkinkan mereka tinggal lebih lama di wilayah Israel itu, maka keluarga mualaf itu lalu memutuskan pindah ke Maroko, negara asal Luna pada tahun 2006. Hingga sekarang pasangan Yousef dan Qamar Al-Khattab hidup bahagia di tengah saudara-saudara Muslim Maroko setelah menemu kebenaran sejati dalam cara hidup Islam. (ln/jewsforAllah)

Oleh itu tiap warga Muslim wajib menghayati Al-Quran dalam seluruh kehidupan, termasuk peribadi, keluarga, masyarakat, dan lebih-lebih lagi dalam politik yang meletakkan Al-Quran sebagai dasar negara. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Mac 24, 2009. KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails