Monday, March 30, 2009

PPSMI, Jangan Undi Kerajaan Yang Terus Bodohkan Rakyat..

Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Drs Rosdi Deraman
(Menulis dari Bukit Gantang)

BARU-BARU ini Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berucap sempena Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Simpang Empat di Taiping berkata, berdasarkan kajian dari badan profesional Bahasa Melayu menunjukkan dasar itu telah meninggikan draf kemerosotan perbelajaran anak-anak Melayu dalam sains dan matematik penghantar bahasa Inggeris.

"Tapi, sungguh sayang kerajaan Umno-BN terus membodohkan diri tidak peduli saranan pimpinan profesional bahasa di kalangan rakyat," jelasnya. Tegas Nuridah, dasar tersebut seumpama "keris makan tuan" iaitu merosakkan masa depan generasi muda kita . "Anak-anak kita bukan bertambah maju ke depan malah sebaliknya ianya banyak mendorong kepada kegiatan sosial yang negatif, seperti mendekati penyalahan pengunaan dadah, mat rempit dan terpengaruh sosial liar”

Pada saya pengundi-pengundi Bukit Gantang perlu sedar, kalau mereka masih mengundi BN dalam pilihan raya kali ini, bererti mereka memberi saham dalam menghapuskan bahasa ibunda mereka sendiri seperti menikam diri dengan keris Melayu yang kononnya mereka cium dan sanjung itu. Jangan mengundi pemimpin-pemimpin dan kerajaan yang terus membodohkan rakyat!(RD)

Isu Altantuya Perlu Dijelaskan Dalam Kempen?


Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Megat Ali Megat Alang

SESEORANG meemberi komen atas tulisan sebelum ini… Monday, March 30, 2009 Ir Nizar Jelaskan Isu Rampas Masjid.. Apa Kata Penduduk? ‘….

[… chong said...

perakians, don’t forget to go the the UMNO ceramah and ask the following questions:

1 - Kenapa Najib tidak disiasat seperti Anwar?? (merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya Shariibuu)

2 - Kenapa Najib tidak siasat dan jelaskan bagaimana C4 boleh terlepas keluar dari kawalan tentera??? (sedangkan beliau adalah Menteri Pertahanan semasa kes itu berlaku)

3 - Kenapa sewaktu YB Gobind Singh menggelar Najib pembunuh di parlimen, Najib bertindak untuk keluar dari dewan persidangan dan tidak menafikan gelaran tersebut??

4 - Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan Perancis yang memberi bukti tentang kes pembunuhan Altantuya???

5 - Kenapa apabila RPK memberi bukti tentang penglibatan Najib, Najib tidak disiasat dan RPK pula yang ditahan di bawah ISA??

6 - Kenapa Najib berdalih kononnya beliau tidak mengenali Saiful Bukhari tetapi kemudiannya Najib mengaku beliau ada berjumpa Saiful di rumah dan pejabat TPM??

7 - Kenapa Najib tidak berani dirinya dibicarakan di mahkhamah untuk membuktikan beliau tak bersalah??

8 - kenapa kerajaan bisu saja apabile akhbar France menyabitkan najib dlm pembunuhan altantuya & rasuah pembelian kapal selam???

“ps: above questions quoted from a penangite.” ..]

Perlu dikempenkan, supaya rakyat tahu hal sebenarnya. (2MA)

Ir Nizar Jelaskan Isu Rampas Masjid.. Apa Kata Penduduk?



Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Megat Ali Megat Alang

MERUJUK tulisan ‘Monday, March 30, 2009 Ceramah, SMS, Kartun?’ sebelum ini, maka diperturun antara sedutan penjelasan Ir Nizar calon PA Pilihan raya kecil Bukit Gantang ini, tuduhan beliau rampas masjid. Sila lihat…

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi. Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun. Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO. UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry.

Nama saya juga disebut dan diraikan. Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi. Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana. Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.

Katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Sehubungan itu, tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:

1.DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.

Demikian penjelasan tersebut. (2MA)

Ceramah, SMS, Kartun?

Nizar Rampas Masjid?
http://kulupsakah.blogspot.com menulis.. Calun BN doakan kemenangan PR? Maghrib tadi, Ir Nizar solat di Masjid Simpang. Pak Imam pun bagi le Ir Nizar mengimamkan solat maghrib. Kebetulan antara makmumnya ialah Dr Zambry Kadir, Timbalan Presiden Pekembar Muhyiddin Yassin dan calon Pekembar Ismail Saffian. Tak tahule apa yang didoakan Ir Nizar tapi ketiga-tiga Pekembar tu pun kemain lagi mengaminkannya.. thee hee hee...

Lolongan awal media utama lidah UMNO cubaa mengekspolitasi isu ini dengan tajuk 'Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry'.

Bold

Katun jahat: (Atas) DAP ketuai derhaka Sultan?
(Bawah) Tak Malu...


Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Megat Ali Megat Alang

TAIPING: Isnin Mac 30, 2009. Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online tadi berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib. Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman)… Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Walaupun begitu, Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis dengan baik selepas itu. Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut hadir pada majlis tersebut, tetapi tiada berlaku apa-apa kekecuhan.. Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik. Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi , mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Takkanlah sembahyang Magrib dan baca Yasin di masjid pun kena minta izin BN, dan siapa yang lebih layak jadilah imam. Apa nak masalah? ..memang Islam suruh begitu! …(2MA)

Pertama Dalam Sejarah 15 calon merebut 1 Kerusi.

Datuk S.Ganesan dan calon PKR S.Manikumar berhadapan dengan saingan 13 calon Bebas yang turut bertanding di DUN Bukit Selambau.

3 calon Bukit Gantang. Tengah Ir Nizar calon PAS


Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Megat Ali Megat Alang

Ir Nizar & Presiden PAS

KL Ahad Mac 29, 2009. Kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini menyaksikan sehingga 15 orang bertanding di satu kerusi. Jumlah teramai sebelum ini pernah berlaku dia PRU di Sabah iaitu seramai 8 orang.

Dalam 3 pilihan raya kecil serentak yang akan diadakan pada 7 April ini di Perak, Kedah dan Sarawak, menyaksikan 20 calon bertanding termasuk seramai 15 orang merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau. Daripada tiga kerusi yang dipertandingkan, 15 turun gelanggang Bukit Selambau dan tiga di kerusi Parlimen Bukit Gantang manakala dan dua lagi di DUN Batang Ai.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang, menyaksikan saingan tiga penjuru antara bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Saffian (BN); bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan BN, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas). Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang dan Kamarul merupakan seorang usahawan berusia 41 tahun dari Taiping.

Pada sidang media di bangunan Majlis Perbandaran Taiping, Taiping selepas proses penamaan calon berakhir, Nizar menganggap pilihan raya kecil ini sebagai referendum ekoran krisis politik yang membawa kepada tumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat awal bulan lalu. Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassan pula berkata, pilihan raya kecil ini bukan satu refendum sebaliknya satu peluang merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Dalam pilihan raya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh calon PAS yang meninggal dunia awal bulan lalu. Status sah ketiga-tiga calon ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Datuk Mahmud Morsidi pukul 11.26 pagi tadi. Penamaan calon berlangsung dari pukul 9 pagi selama sejam dan disusli oleh sesi bantahan yang menyaksikan tiga bantahan dibuat iaitu satu ke atas calon BN dan dua lagi ke atas calon Bebas.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). BN meletakkan muka baru Malcom Mussem Lamoh, 49, yang akan berdepan dengan Jawah Gerang, 55, dari PKR, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu bagi lima penggal. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada pukul 11 pagi.

Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian penyandang kerusi dari BN bagi empat penggal, Datuk Dublin Unting Ingkot, yang juga Pembantu Menteri Sukan dan Pertanian Sarawak dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar. Sementara itu seramai 15 calon bertanding merebut kerusi DUN Bukit Selambau. Berdasarkan kedudukan calon atas kertas undi, mereka terdiri daripada R. Loganathan (guna simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR) dan Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau). Calon lain ialah Abdul Rahim Abdul (Jam Loceng), L.Sarala (Basikal), S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Mogankumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M. Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang)…(2MA)

Sunday, March 29, 2009

Setuju Boikot Akhbar Tunggangan UMNO 3 Bulan –Dr Mohd Hasyim.

By Asyok Kumar

KL 29 Mac 09. Saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat agar rakyat di negara ini khususnya penyokong Pakatan Rakyat tidak membeli akhbar harian yang ditunjangi Umno dalam tempoh tiga bulan disokong oleh Dr Haji Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang, dalam ucapan beliau di majlis pelepasan pemantauan grup ahli-ahlinya ke 3 kawasan penamaan calon pilihan raya kecil yang diadakan serentak pagi ini.

Majlis ‘Pelepasan Pemantauan 3 Kawasan P’Raya Kecil’ iaitu di Bukit Gantang Perak, Bukit Selambau Kedah dan Batang Ai, Sarawak itu diadakan di sebuah restoran di Bukit Bintang malam tadi. Antara akhbar harian yang dikuasai Umno termasuklah Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, Kosmo dan Metro. Tok Guru Nik Aziz sebelum ini merasa yakin tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu tidak sekali-kali dapat menghalang rakyat mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

Dr Mohd Hasyim juga sependapat dengan Tok Guru, ‘kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat. Beliau percaya tindakan KDN memang bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin pula, sekalipun KDN menggantung selama tiga bulan permit penerbitannya, ini tidak bermakna apa yang dilakukan oleh KDN itu betul dan mesti akur dengan kehendak tangan-tangan ghaib di belakang agensi kerajaan itu. Ishak berharap, aktivis Harakah dapat membuat sesuatu seperti demontrasi, menghantar memorandum kepada Suhakam dan KDN, melanjutkan dengan diskusi, debat, forum dan mempelbagaikan bahan cetak serta stiker bagi memberitahu rakyat tentang kezaliman yang diperlakukan oleh KDN terhadap lidah rasmi PAS itu.

Ketika berucap kepada lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Markaz PAS Taman Melewar 24 Mac lalu, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pula, menyifatkan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan sebagai mukadimah buruk kepada peralihan kuasa Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Jom kita boikot akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, Kosmo dan Metro, mulai hari ini juga!” Tegas Dr Mohd Hasyim yang juga seorang bloger http://www.ibnuhasyim.com/ .

Mengapa Datuk Shahrir Ditolak Sebagai MT UMNO?

By Megat Ali Megat Alang

KUALA LUMPUR, Mac 27, 09, Datuk Shahrir Abdul Samad gagal mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi yang ditandinginya dalam pemilihan Umno semalam. Beliau akan mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Rabu ini. Seorang lagi menteri Datuk Azalina Othman Said juga tidak tersenarai dalam barisan 25 anggota majlis berpengaruh itu.

Selain mereka berdua, lima timbalan menteri dan empat menteri besar turut tewas dalam pertandingan sengit itu. Shahrir memberitahu pemberita bahawa adalah sukar melaksanakan tugas menteri tanpa sokongan daripada parti, seperti yang dilaporkan Bernama. Ramai pemerhati-pemerhati menyebutkan Shahrir yang juga ketua Umno bahagian Johor Bahru adalah seorang yang bersih dari politik wang, berdisiplin, bertanggung jawab dan kerja kuat. Itu sebabnya beliau meletak jawatan.

Sementara itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas mengenai perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam blognya, ‘Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti..’ dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Beliau seolah-olah mencabar “Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.”

Komen blog Ibnu Hasyim.. Kalau Datuk Shahrir seorang yang bersih dari politik wang, berdisiplin, bertanggung jawab lagi kerja kuat ditolak, dan Khairy Jamaludin orang yang dikenali, juga diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin Parti dipilih atau diterima, apakah parti itu boleh dikatakan bersih? Mungkinkah itu jawapan kepada sebab mengapa Datuk Shahrir ditolak sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno? Bolehkah pemimpin yang tidak bersih dalam parti yang juga tidak bersih dapat membuat pembersihan kepada yang bersih? (2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails