Friday, April 24, 2009
Siapa Di Belakang Cubaan Murtadkan Nenek Tiri Obama?
BY Drs Rosdi Deraman
MAMA Sarah (87), adalah nenek tiri Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat sekarang. Beliau adalah seorang Muslimah sejati dari Kenya, negara asal ayah Obama. Tetapi baru-baru ini se buah gereja Kenya dilaporkan telah cuba mempengaruhi dan membawa nenek ini supaya bertukar agama dari Islam kepada agama Kristian.
Namun percubaan itu telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di Kenya. Masyarakat Islam mendesak pemerintah menghalangi usaha tersebut, kerana gereja Seventh Day Adventist di kota Kisumu di barat Kenya dilaporkan menjadi dalangnya. Dalam sebuah acara besar-besaran anjuran gereja tersebut Sabtu lalu, Sarah, yang memang seorang Muslim sejati merasa terkejut dan menolak acara tersebut. “Ketika saya mendengar ada rancangan menjadikan saya penganut Kristian, saya tetap menolak!” katanya dikutip dari The Standard.
Sarah menjadi terkenal sejak cucunya menjadi Presiden Amerika pada November 2006. Sarah pernah ditunjuk terus oleh Kesatuan Afrika supaya menjadi dutanya dalam memerangi lalat tsetse. Lalat tsetse yang boleh menyebabkan penyakit tidur dan menyebarkan infeksi pada ternakan. Kini Majlis Ulama dan Imam Kenya yang mewakili umat Islam di negara berpenduduk 32 juta jiwa itu, mengecam rancangan pemurtadan tersebut. Setiausahanya Syeikh Mohamed Khalifa, seperti dikutip dari berita AFP, menggambarkan usaha tersebut sebagai suatu bentuk provokasi.
“Saya merasa kesal dengan usaha yang dilakukan oleh pihak gereja memaksa Mama Sarah tukar agama.” Dedah Syeikh Khalifa. “Mengapa hanya dia? Mengapa hal itu tidak dilakukan sebelum Obama menjadi presiden? Apakah mereka ada melihatnya sebelum cucunya menjadi presiden? Kami tetap siapsedia untuk melindungi agama kami!” Jelas Syeikh Khalifa dengan tegas.
“Pada saya, hal ini menjadi bukti bahawa peranan Obama sebagai Presiden AS telah digunakan oleh kalangan-kalangan tertentu untuk menyerang dan melenyapkan Islam dari dianuti oleh penduduk dunia dan umatnya, hatta di dalam negara umat Islam itu sendiri!” Demikian pandangan Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Kuala Lumpur yang di hubungi sebelum sholat Jumaat pagi tadi. (RD)
Tentera Wanita AS Di Iraq & Afghanistan Dirogol..
By Drs Rosdi Deraman
SATU dari sepuluh tentara Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afganistan adalah wanita. Jumlah tentera wanita yang terkorban di Iraq lebih banyak dari tempat manapun sejak Perang Dunia II. Demikian menurut data statistik Kementerian Pertahanan AS yang dikutip dari buku bertajuk ‘The Lonely Soldier: The Private War of Women Serving in Iraq’, yang ditulis oleh Helen Benedict, seorang profesor jurnalis di Universiti Columbia, New York.
Buku yang baru-baru ini dilancarkan di AS pada hari Rabu April 15 ini, berdasarkan pada 40 wawancara mendalam, menceritakan kisah-kisah tentera wanita bertugas di medan perang. Cerita mereka yang diperkosa, serangan seksual dan pelecehan oleh lelaki terdiri dari rakan mereka sendiri. Hal itulah yang membimbangkan. Beberapa perkara diantaranya diperingatkan supaya tidak pergi ke bilik air secara bersendirian. Ada diantaranya yang membawa pisau takut diserang oleh rakannya, ada juga yang tidak berani melaporkan penyerangan tersebut..
Menurut Benedict, judul buku itu adalah dari pengalaman tentera wanita AS yang trauma kerana tugas dan pelecehan seksual oleh sesama mereka. “Wanita berada dalam bahaya sekarang, lebih-lebih lagi bila mereka ikut dalam peperangan. Maka hal itu menjadi sangat tragis, kerana semua tentera sepatutnya dapat bergantung satu sama lain untuk saling melindungi.” Katanya. “Bagaimana perasaan anda, jika sesama tentera melecehkan anda sepanjang hari atau cuba perkosa anda, bahkan telah memperkosa pun?”
Salah seorang tentera, Marti Ribeiro, seorang sarjan angkatan udara, bergabung dalam pasukan angkatan ketiga yang dikirim ke Afghanistan pada tahun 2006. Ia bertugas sebagai koresponden pertempuran dalam Divisi Gunung ke-10 yang anggotanya semua lelaki. Kisahnya dimuat dalam buku itu, termasuk cerita tentang dirinya yang diserang dan diperkosa oleh tentara AS yang berseragam ketika menjaga sebuah pos. Masa itu, setelah menyelesaikan tugasnya dia tidak terus mandi sebagai bahan bukti dia telah diserang, dan akan melapor kepada pihak bertanggung-jawab.
Tetapi dia diberi amaran jika dia membuat pengaduan, dia akan dituduh lalai dalam menjalankan kerana meninggalkan senjatanya tanpa penjagaan . Dia akhirnya keluar dari tentera. “Saya bercita-cita menjadi seorang tentera, seperti ayah dan datuk saya.” ujarnya dalam buku tersebut. “Sayangnya, kerana saya perempuan, cita-cita itu tidak akan menjadi kenyataan.”
Menurut laporan yang diluluskan Pentagon pada bulan Mac, jumlah kes penyerangan seksual di kalangan tentera AS meningkat 8% tahun 2008 dari tahun sebelumnya. Dalam kes di Iraq dan Afganistan meningkat 25%. Total keseluruhan pengaduan serangan seksual dalam tentera adalah 2,908 kes. Kes tersebut meliputi perkosaan, pelecehan seksual dan percubaan perkosaan, demikian diantara bunyi laporan itu. Dari 40 perempuan yang bertugas antara tahun 2003 dan 2006 yang diwawancara Benedict, 10 orang menyatakan mereka telah diperkosa, 5 mengatakan mereka diserang secara seksual dan hampir diperkosa, dan 13 orang dilecehkan secara seksual.
Benedict serta beberapa pengkaji mengatakan, jumlah kes yang dikemukakan pemerintah AS lebih rendah dari penemuan mereka, kerana pemerintah hanya mengambil kira kes yang dilaporkan sahaja. Kajian tahun 2003 menyatakan, lebih dari 550 wanita veteran yang bertugas masa antara Perang Vietnam hingga Perang Teluk I, 30% diantara mereka mengatakan pernah diperkosa atau cuba diperkosa dan 79% dikatakan pernah mengalami pelecehan seksual, demikian menurut American Journal of Industrial Medicine.
Oleh itu tentera AS sendiri sedang mengalami keruntuhan moral yang kian meningkat, sebagai pertanda ke arah keruntuhan kekuatan tenteranya. Hal ini perlu diambil perhatian oleh Angkatan Tentera di negara ini, demikian komen Blog Ibnu Hasyim.(RD)
Thursday, April 23, 2009
Jihad: Dalam Diri Manusia Ada 2 Qutub...
APA takrif Jihad?
Menurut bahasa, ‘Al-Jihaad’ adalah Masdar dari fi’il Ruba’iy: Jaahada. Berdasarkan wazan fi’il yang bermakna ‘Al-Mufaa’alatu min Thorfayin’ (iaitu ‘Saling berbuat dari kedua belah pihak’), seperti perkataan ‘Al-Jidal’ yang bermakna ‘Al-Mujaadalah’ masdar dari perkataan ‘Jaadal’. Dari fi’il Thulathi bagi perkataan Jihad adalah Jahida masdarnya Al-Jahdu, ertinya At-Thooqot (kekuatan), dan masdarnya Al-Juhdu artinya Al-Masyaqqot atau ‘jerih payah’.
Dan didalam Lisanul Arab : dikatakan ‘Al-Jahdu (Al-Jahd)’ ertinya Al-Masyaqqot (jerih payah), dan Al-Juhdu (Al-Juhd) ertinya At-Thooqot (kekuatan). Dan dalam Lisanul Arab juga terdapat perkataan Al-Jihaad maknanya : Istifrooghu maa fiil wus’i wattooqoti min qaulin aw fi’li (Ertinya ‘Mencurahkan segenap tenaga dan kekuatan baik berupa ucapan mahupun perbuatan.) Penulis Munjid mengatakan: ‘Jaahada Mujaahadatan wa Jihaadan ertinya Badzala wus’ah (Mengerahkan tenaganya) dan asalnya: Badzala kullum minhumaa juhdahu fii daf’i shohibih (Masing-masing di antara keduanya mengerahkan kekuatannya dalam menolak pasangannya)
Dan didalam tafsir An-Naisabury : Dan yang shahih sesungguhnya Al-Jihaad adalah ‘Badzlul Majhuudi fii Husuulil Maqshoudi’ (mengerahkan segala jerih payah untuk mencapai tujuan). Dari beberapa makna bahasa diatas dapat diperoleh Ta’rif Lughowi yang merupakan hakikat lughowiyyah bagi perkataan Al-Jihaad iaitu: Al-Jihaadu Huwa Istifrooghul Wus’i fiil Mudaafa’ati Bayna Thorofaina Walau Taqdiiroon, “Jihad adalah pengerahan kekuatan yang didalamnya saling tolak menolak antara dua kutub walaupun pada takdirnya (bukan pada zahirnya).”
Yang dimaksud dengan ‘takdir’nya ialah Jihadul Ihsan terhadap dirinya, iaitu: bahawa di dalam diri manusia itu ada dua kutub, ketika kedua keinginan yang saling berlawanan bertemu di dalam dirinya, maka masing masing berjihad untuk mengalahkan yang lain.
Bagaimana takrif Jihad menurut istilah syarak?
“Bahawasannya Jihad itu jika dinyatakan secara mutlak tanpa qayyid maksudnya adalah Qital (Perang) dan mengerahkan kemampuan daripadanya untuk meninggikan kalimatullah. Dan ta’rif Jihad yang lebih mendasar dan lebih mencakup adalah yang dinyatakan dalam Mazhab Hanafi iaitu: ‘Mencurahkan kemampuan dan kekuatan dengan berperang di jalan Allah SWT, dengan jiwa, harta dan lisan dan selain itu.’ (Al-Kisani, Badai’u Ash-Shanai’i 9/4299)
Ibnu Rusyd mengatakan: “Setiap orang yang meletihkan dirinya di dalam mentaati Allah, maka sungguh ia telah berjihad di jalanNya, kecuali bahawasanya perkataan ‘Jihad fi Sabilillah’ bila dinyatakan secara mutlak, maka dengan kemutlakannya itu tidak dapat diertikan selain dari: ‘Memerangi orang orang kafir dengan pedang, hingga mereka masuk kedalam agama Islam atau membayar Jizyah dari tangan mereka, sedang mereka dalam keadaan hina.’ (Muqaddimah Ibnu Rusyd 1/369)
Perkataan ‘fi Sabilillah’ jika dinyatakan secara mutlak atas sesuatu perbuatan, yang dimaksud adalah Jihad yang maknanya ‘Perang’. Oleh kerana itu kita lihat banyak para ulama penyusun berbagai kitab mencantumkan hadist-hadist yang mengandung perkataan ‘fi Sabilillah’ didalam bab-bab Jihad.
Misalnya Hadist: “Sesiapa yang berpuasa sehari fi sabilillah niscaya Allah menjauhkan mukanya dari api neraka 70 tahun perjalanan.” (Fathul Bari no. 2840, Kitabul Jihad, Bab Fadlus Soum fi Sabilillah 6/47). Untuk lebih menyakinkan kita rujuk kitab kitab: Shahih Bukhari, Sunan Nasai, Sunan Tirmidzi, At-Targhib wat Tarhib, dan lain-lain. Ibnu Hajar berkata: “Dan yang tidak memerlukan pemikiran yang panjang untuk memahami lafaz ‘fi sabilillah adalah Jihad.”
Wassalam dari Ibnu Hasyim.
Pistol & Hebatnya Jamaah Tabligh…
Jangan Takut, Jihad Adalah Ibadat Seperti Juga Sholat, Puasa Dll…
Jihad membela rakyat Palestin tidak semestinya dengan pergi ke Palestin...
Renungan 10 Minit Sebelum Tidur 2:
MARI kita renung Al-Quran, sebagai menyambung R10mst 1 yang lalu mengenai pelajaran jihad. Pada ayat-ayat yang diturunkan di Makkah (ayat Makiyyah) menunjukan makna Jihad menurut bahasa biasa ialah antaranya…
“Sesiapa yang berjihad maka sesungguhnya ia berjihad untuk dirinya sendiri.” (QS Al-Ankabut 6)
“Jika kedua orang tuanya berjihad terhadapmu agar kamu mempersekutukan Aku dengan apa-apa yang tidak ada pengetahuan padamu maka janganlah kamu mentaati keduanya.” (QS Al-Ankabut 8 )
“Dan orang-orang yang berjihad dijalan Kami, sungguh Kami benar-benar akan menunjukkan mereka pada jalan-jalan Kami.” (QS Al-Ankabut 69)
“Dan jika keduanya berjihad terhadapmu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu menta’ati keduanya….” (QS Luqman 15)
Kalau kita lihat perkataan Jihad pada ayat-ayat yang turun di Madinah (ayat Madaniyyah) adalah berjumlah 26 perkataan dan kebanyakan menunjukan dengan jelas makna Qital (Perang), diantaranya…
Surat At-taubah ayat 41 (QS 9:41), “Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Surat At-Taubah ayat 86, “Dan apabila diturunkan surat (yang memerintahkan kepada orang munafik itu).. Berimanlah kamu kepada Allah dan berjihad beserta Rasul-Nya, Nescaya orang-orang yang sanggup di antara mereka meminta izin kepadamu (untuk tidak ikut berjihad) dan mereka berkata, ” Biarlah kamu berada bersama orang- orang yang duduk.”
Dan Banyak lagi ayat-ayatnya.. QS Al-Baqarah 218, QS Al-Imran 142, QS An-Nisa 95, QS Al-Anfal 72, 74, 75, QS At-Taubah 16, 19, 20, 24, 44, 73, 81, 88 QS Al-Hujarat 15 QS Al-Maidah 35, 54 QS Al-Ankabut 6, QS As-Saf 11, QS At-Tahrim 9, QS Al-Mumtahanah 1, QS Muhammad 31.
Mari kita lihat pula hadist-hadist yang menunjukan makna Jihad menurut syarak, antaranya..
Dari Amru bin Abasyah berkata:
Seorang bertanya.. “Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?”
Beliau menjawab, “Hatimu menyerah dan orang-orang Muslim selamat dari gangguan tangan dan lisanmu.”
Ia tanya lagi, “Islam macam mana yang paling utama?”
Beliau menjawab, “Al-Iman”.
Orang itu bertanya lagi, ”Apakah Iman itu?”
Beliau menjawab, “Engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-RasulNya dan kebangkitan setelah mati.”
Ia bertanya lagi, “Iman macam mana yang paling utama?”
Beliau menjawab, “Hijrah”.
Ia bertanya, “Apakah Hijrah itu?”
Beliau menjawab, “Engkau tinggalkan kejahatan.”
Ia bertanya lagi, “Hijrah macam mana yang paling utama?”
Beliau menjawab, “Al-Jihad.”
Ia bertanya lagi, “Apakah Jihad itu?”
Beliau menjawab, ” Engkau perangi orang-orang kafir jika engkau jumpai dimedan perang.”
Ia bertanya lagi, “Jihad macam mana yang paling utama?”
Beliau menjawab, “Siapa yang dilukai anggotanya dan dialirkan darahnya.”
(Hadith Riwayat Ahmad)
Bila sebut Jihad, maka terlintas di benak sahabat Nabi, ertinya ‘perang’, sebagaimana dalam hadis ini…
Dari Abu Qutadah RA, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda berdiri dikalangan mereka kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Iman kepada Allah itu adalah amal-amal yang paling utama.”
Seseorang berdiri bertanya, “Wahai Rasulullah bagaimana pendapat tuan sekiranya saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa-dosa saya terhapus?”
Rasulullah jawab, “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah sedangkan engkau tetap sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak mundur!” Kemudian Rasulullah SAW tanya lagi, “Apa yang engkau cakap tadi?”
Orang itu bertanya, ““Bagaimana pendapat tuan sekiranya saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya juga akan terhapus?”
Rasulullah menjawab, “Ya, jika kamu bersabar, semata-mata mencari pahala, maju terus tidak mundur, kecuali hutang (tidak akan terhapus)! Kerana Jibril AS kata begitu padaku.”
(Hadith Riwayat Muslim no.1885).
Jadi, Jihad adalah salah satu jenis ibadah tertentu yang telah disyariatkan Allah kepada umat Islam sebagaimana ibadah Sholat, Zakat, Puasa dan ibadah-ibadah lainya. Oleh itu takrif Jihad menurut bahasa semata-mata tidak tepat jika kita gunakan sebagai takrif jihad menurut syarak seperti ibadah-ibadah lainnya. Misalnya sholat, menurut bahasa ‘sholat’ artinya ‘doa’. Tetapi jika yang dimaksudkan dengan perkataan sholat itu adalah salah satu dari jenis ibadah maka tidaklah dapat dikatakan bahawa setiap doa itu adalah sholat.
Begitu juga ibadah ‘puasa’ (siyam). Menurut bahasa ertinya menahan atau mengekang dari makan dan minum. Apakah setiap perbuatan menahan dari makan dan minum pada waktu tertentu dapat dikatakan siyam (puasa) secara syar’i? Tentu tidak. Maka demikian pula halnya Jihad yang ertinya menurut bahasa adalah ‘mengerahkan segenap kekuatan dalam perkara apa saja’ dapat dikatakan Jihad. Kerana Jihad sudah merupakan satu jenis ibadah yang tertentu dalam syariat Islam, iaitu ‘pengerahan segenap kekuatan dan kemampuan dalam berperang fi sabilillah dengan jiwa, harta, lisan dan sebagainya’.
Firman Allah SWT, “Hai Nabi, berjihadlah (perangilah) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah Neraka Jahanam. Dan itulah tempat kembali seburuk-buruknya.” (QS At-Taubah 72)
Dalam menafsirkan ayat ini Ibnu Mas’ud berkata: “Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang Munafik dengan tangan, dan jika tidak mampu maka harus mengingkari pada wajah. Dan Ibnu Abbas mengatakan: “Allah SWT memerintahkna Nabi SAW untuk memerangi orang-orang kafir dengan pedang dan memerangi orang-orang munafik dengan lisan dan tidak bersikap lembut terhadap mereka.” (Tafsir Ibnu Katsir 2/408).
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah 216).
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (Agam Allah), (iaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh, sedang mereka kalam keadaan tunduk”. (QS At-Taubah 29).
Oleh itu, apa sebenarnya takrif Jihad? Kita sambung seterusnya..
Wassalam dari Ibnu Hasyim.