Tuesday, June 09, 2009

Satu Lagi Kejayaan.. Teruskan Kempen Boikot Barangan Israel!


By ASYOK KUMAR

SHAH ALAM, Ahad 6 Jun 2009, Kempen gerakan boikot barangan Israel perlu diteruskan di Malaysia, kerana baru-baru ini satu lagi kemenangan bagi gerakan boikot, apabila Veolia Transport, anak syarikat dari perusahaan multinasional Perancis, Veolia Environnement telah membatalkan projek kerjasamanya dengan pemerintah Israel untuk membangunkan laluan yang akan menghubungkan antara pemukiman-pemukiman Yahudi di wilayah pendudukan haram Israel di Palestin.

Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang, di majlis makan malam antara ahli-ahlinya di sebuah restoran di sini. Menurutnya kumpulan-kumpulan gerakan boikot Israel berjaya memaksa Veolia Transport membatalkan projek bernilai jutaan dollar itu, walaupun terpaksa mengalami kerugian. Veolia sudah berusaha menjual lima persen sahamnya dalam konsortium projek tersebut ke perusahaan lain, usaha itu menemui kesulitan kerana perubahan struktur pemegang saham itu perlu mendapat persetujuan Tel Aviv.

"Pembatalan yang dilakukan oleh Veolia Transport menjadi kemenangan bagi kumpulan pemboikot barangan Israel di Eropah, yang juga berkempen agar perusahaan-perusahaan di Eropah memutuskan kerjasama ekonomi dan pelaburan di Israel. Sepatutnya di Malaysia, gerakan tersebut akan berterusan bahkan perlu digembeling lebih kuat..." Kata beliau lagi.

Veolia telah mengikat kontrak-kontrak jangka panjang dengan kerajaan Israel untuk pembangunan infrastruktur dan projek pengolahan sampah yang memakan masa 25 tahun, seperti yang disebutkan Tom Hayes dari Boycott Israeli Goods (BIG) di England. Kalau jadi dibangunkan projek laluan tram itu, ianya akan memudahkan trasportasi pemukiman pendatang Yahudi di kawasan Jerusalem Timur dengan pemukiman pendatang Yahudi di Tepi Barat.

Dengan itu, rejim Zionis Israel terus menguatkan cengkaman penjajahannya di Jerusalem Timur, walaupun masyarakat antarabangsa telah mengharamkannya. Sejak Veolia Transport menyatakan kerjasama dalam projek di Israel itu, perusahaan Perancis tersebut telah mendapat kecaman dari berbagai kelompok Palestin di Eropah, kerana penglibatan dalam Veolia adalah melanggar peraturan antarabangsa.

Omar Barghouti, ketua Boycott Divestment Sanctions yang pernah berkempen menghancurkan tembok pemisah Israel di Tebing Barat sejak 2004, telah mengungkapkan kegembiraannya atas keputusan Veolia dan menilai keputusan Veolia sebagai kemenangan dan kejayaan atas kempen mereka.

"Sepatutnya kita di Malaysia tidak akan berhenti kempan boikot barangan Israel, selagi keganasan Israel tidak lenyap dari muka bumi ini!" Tegas Dr Hj Mohd Hasyim lagi.!(AK)

Narathiwat, 10 Korban Angkara Siapa?

JENDELA GLOBAL:

TENTERA Thai menafikan keterlibatannya dalam serangan di sebuah masjid Selatan Thailand Isnin semalam. Dalam serangan terbaru tersebut, sedikitnya 10 orang syahid di sebuah masjid di Daerah Narathiwat semasa sedang menunaikan salat Isya. Segerembolan orang bersenjata menembak secara membabi buta ke jamaah yang sedang sholat di masjid tersebut.

Sementara itu berita tempatan pula menyatakan adalah sukar dipercayai tindakan tersebut dilakukan oleh pemberontak yang menyerang sesama Muslim dengan cara seperti itu. Tindakan kekerasan dikatakan kembali merebak di kawasan selatan negara itu, di Yala, Pattani dan Narathiwa, kini telah mengorbankan lebih dari 3,000 korban jiwa dalam lima tahun terakhir.

Thailand dikatakan menjajah ketiga wilayah tersebut pada 1902, di mana sebahagian besar rakyat di situ adalah Muslim penutur dialek bahasa Melayu, sedangkan, majoriti seluruh rakyatnya adalah bangsa Thailand beragama Buddha. (AK)

Lihat sebelum ini..

Narathiwat: 10 Ditembak Mati Sedang Solat.

Blogger Sokong PR Bagai Melukut Di Tepi Gantang..


SEORANG blogger yang saya kenali menghantar e-mail kepada saya, berbunyi...

Assalamulaikum wbt. Saya forwardkan artikel yang diluahkan oleh salah seorang blogger yang saya kenali secara peribadi. Mudah-mudahan luahan dan keluhan yang diutarakan oleh blogger ini mendapat pertimbangan oleh pihak atasan yang berkuasa. Kehadiran para bloggers ini sering kali memberi laporan-laporan yang memihak kepada Pakatan Rakyat atau parti-parti pembangkang. Namun mengapa para bloggers disisihkan dan dipinggirkan oleh Pakatan Rakyat adalah sukar difahami. Terbaru dalam Muktamar Agung PAS di mana PAS Selangor selaku tuan rumah, perkara ini turut berlaku.

Mengapa para bloggers yang menyokong PAS dengan memberikan laporan-laporan yang positif terhadap parti disisih dan dipinggirkan sedangkan wartawan-wartawan dari media arus perdana diberikan tempat dan diiktiraf oleh Urusetia Muktamar PAS. Saya masih ingat lagi semasa kempen PRK Bukit Gantang yang lepas, para bloggers memberikan laporang-laporan yang posiitf dan memihak kepada PAS tetapi malangnya pimpinan dan Markas-markas piliihanraya tidak mengendahkan para bloggers.
Mereka bagaikan melukut ditepi gantang walaupun dalam PRK Bukit Gantang.

Namun mereka tetap berpegang kepada prinsip mahu membantu memenangkan PAS dalam PRK tersebut. Dalam jangka waktu yang terdekat iaitu pada bulan Julai 2009, akan berlangsung PRK bagi DUN Manik Urai di Kelantan. Maka dengan ini saya memohon agar artikel ini dipanjangkan kepada pucuk pimpinan di peringkat negeri dan pusat agar memberikan perhatian dan pertimbangan yang khusus bagi memberi kebenarn kepada para blogggers untuk mendampingi jentera pilihanraya DUN Manik Urai ini.
Berilah kerjasama sepenuhnya kepada para bloggers yang secara langsung atau tidak langsung untuk membantu jentera parti dalam kempen PRK DUN Manik Urai yang akan datang.

Jangan sampai para bloggers menyisihkan dan meminggirkan PAS. Para bloggers tidak rugi. tetapi yang rugi adalah PAS sendiri bila menolak bantuan dan kerjasama dari para bloggers. PAS tidak seharusnya bergantung hanya kepada Harakah dan Harakah Daily semata-mata. Ada lebih baik laporan-laporan dari para bloggers diambil bersama. mengaoa PAS begitu bodoh hingga meminggirkan dan enggan menerima bantuan dan khidmat yang dihulurkan oleh para bloggers?
Mereka bukan meminta wang perkhidmatan atau bayaran dari PAS pun. Yang mereka perlukan hanyalah kerjasama dan akses kepada maklumat yang "bukan sulit" dari jentera peilihanraya PAS.

Itu pun berat sangatkah bagi PAS memberikan maklumat yang diperlukan mereka? Jika maklumat itu bertaraf "SULIT, TERHAD ATAU RAHSIA" janganlah diberikan maklumat berkenaan kepada mereka secara sembarangan. Adalah diharapkan PAS bukan sahaja memberikan kerjasama dan akses maklumat kepada para bloggers, malahan para bloggers berkenaan perlu juga diberikan sedikit wang bekalan atau makanan sebagai subsidi semasa kempen PRK atau dalam muktamar kerana kehadiran para bloggers berkenaan adalah menggunakan perbelanjaan mereka sendiri secara sukarela.

Mohon kepada pimpinan diperingkat kawasan membawa perkara ini kepada pimpinan diperingkat negeri dan pusat untuk diberikan pertimbangan oleh mereka.yang berkuasa. Sekian dan wassalam.

6/09, Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com> wrote: From: Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com> Subject: ReSpeKs2008... Muktamar 55: Pimpinan Iktiraf Bloggers Tapi Urusetia Tidak.... To: respeks_group@yahoogroups.com Date: Saturday, June 6, 2009, 10:49 AM

* Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

* Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.


Betul lah pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody' ...kalau benar seperti yang TGHH sebut.. blogger ini diiktiraf kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan.
'Kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''.. alasan mereka," kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat ..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la...

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni...
Bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke..? ..."ha'ah ada password.. hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni ..orang lain tak boleh.. "hangin tol ummi bila dia jawab macam tu... tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar ...takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih ...bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri ..cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku...

Ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam ...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55 ...2 parti yang besar ..ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS ..berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana ...memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS ..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat ..nak mintak letak recorder pun tak kasi ..hina sungguh blogger ni rupanya..


Ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf.. "Akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.."kata petugas.
"Ni pas dari kerajaan PR Perak ..DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR" "Kami tak kisah siapa yang ber i..Nizar ke siapa ke ..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media" ..aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu ...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh ..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak...

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri ..kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2.. Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger ...sendiri tanggung la ...kalau Topeng Perak pulak cakap ..blogger ni dapat apa ..dapat maki aje ..kalau Cenangau kata pulak ..blogger ni macam daun kari..untuk menyedapkan bau masakan hang buh la ..masa nak makan hang kena tolak ketepi...

Ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan.. permintaan blogger tidaklah besar sangat ..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah ..jangan dihalau terus jauh2..sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang.. Wallahua'lam...


Dicatat Oleh -
(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)

TPU - Aku malas nak sembang panjang-panjang. .. cuma nak bagitau, tiap kali berurusan dengan parti PAS, memang masalah macam ni akan berlaku. 5 PRK selepas PRU-12...


1. Permatang Pauh - PKR bertanding.. . masalah ni tak timbul... blogger dapat kerjasama penuh dari pihak urusetia penerangan PKR.


2. Kuala Terengganu - PAS bertanding.. blogger... ha..? blogger tu mende..?.

3. Bukit Gantang - PAS bertanding.. . blogger..? hangpa sapa..? pas media..? pooorah..! sampai team Bloggers Network@ Perak bengkek sebab dapat "KEJARsama" penuh dari urusetia penerangan PAS... cit...


4. Bukit Selambau - PKR bertanding.. . blogger..? full acsess ke semua sidang media... pas media geng BloggersNetwork@ Penang pun dapat. semua PC berjalan dengan kehadiran para blogger yang bekerja secara sukarela... untuk liputan pulak... siap dapat pakai streamyx lagi. langsung tak de rungutan dari para bloggers.

5. Batang Ai - PKR bertanding.. . walaupun jauh diseberang laut, tapi rakan-rakan bloggers yang berada di Batang Ai memaklumkan bahawa semuanya berjalan dengan baik... dapat kerjasama penuh dari urusetia penerangan PKR... good job... walaupun kalah, tapi tetap berbaloi sebab semua kemudahan yang ada telah digunakan sebaik-baiknya.


6. Manek Urai - PAS bertanding.. . harap-harap masalah-masalah yang berbangkit diatas tak de...

Jangan sampai PAS di cop sebagai parti yang hanya pandai bercakap tapi tak pandai nak praktik. aku risau kalau-kalau dikemudian hari nanti bloggers boikot mana-mana event yang melibatkan PAS sebab cuma bloggers yang beri komitmen tapi PAS tak pernah berminat untuk beri komitmen pada para bloggers.
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 6/07/2009 01:48:00 AM

Sila lawati laman web PAS Kawasan Puchong di
http://puchong.pas.org.my untuk mendapatkan isu-isu semasa dan aktiviti-aktiviti kawasan dan cawangan. Emailkan artikel dan berita ke puchong@pas.org.my atau pkpuchong@yahoo. Untuk keluar dari kumpulan diskusi ini hantarkan email ke: paspuchong-net-unsubscribe@yahoogroups.com. Para netters dinasihatkan agar memuat turun fail 'Nota Peringatan Forum PASPuchong-net.doc' di sini http://groups.yahoo.com/group/paspuchong-net/files/ sebagai panduan kita bersama.

Thanks & Regards, Mohd Shubhi Abdul
'

Blog Ibnu Hasyim cuma panjangkan pengaduan ini.. Blogger-bloger, apa pandangan anda? Wassalam.

Jambatan Baru Ke Singapura Untuk Siapa?


'KERAJAAN Malaysia sewajarnya tidak perlu membina jambatan kedua, ketiga atau seterusnya ke Singapura.' demikian pandangan yang dinyatakan oleh PAS Cawangan Sentosa 2, Kawasan Hulu Selangor melalui blognya http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com.

Menurut pandangan tersebut, wajarkah membina semula The Crooked Bridge? Kalau difikirkan secara logik, siapa yang berkehendakkan laluan ke SIngapura? Bukankah rakyat Singapura yang lebih memerlukan jambatan ke Malaysia? Negara mereka kecil , mereka yang sebenarnya perlukan jambatan baru, jambatan banyak dan baru ke Malaysia. Adakah disebabkan faktor Industri pelancungan maka Kerajaan Malaysia sanggup buat projek yang berlebihan begini?

Blog Ibnu Hasyim memanjangkan pandangan tersebut ke haribaan anda...

'... The Crooked Bridge atau Jambatan Indah mahu dipertimbangkan semula oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib. Beliau menegaskan bahawa sebarang legasi atau perkara-perkara yang boleh menghalang usaha kerjasama antara Malaysia dan Singapura perlu diketepikan. Maka, tidak hairanlah apabila beliau menyebut samada jambatan bengkok atau lurus, tapi yang penting adalah mengeratkan hubungan Malaysia dan Republik Singapura. Kenapa Jambatan Bengkok atau Jambatan Indah ini ingin dibina? Ada dua faktor pendesak yang kuat untuk membina jambatan ini.

Pertama
, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Johor Bharu.
Kedua
, bagi memaksimakan fungsi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Chagar. Jika jambatan ini dapat dibina maka ia akan memudahkan segala urusan di Johor Bharu khususnya kerana ia akan terus menghubungkan ke CIQ. Maka, CIQ tidak menjadi satu lagi projek gajah putih.

Mengikut pandangan Prof Dr Nik Anuar (UKM), pembinaan jambatan ini wajar diteruskan kerana Tambak Johor perlu dirobohkan dan digantikan dengan jambatan yang lebih menjaga ekosistem. Tambak Johor telah menyebabkan Selat Tebrau tidak dapat dioperasikan secara efektif sebagai pemacu dana kerajaan dan menyekat pertumbuhan industri perkapalan. Tambak Johor yang siap dibina pada 1924 itu telah menghalang Selat Tebrau untuk dijadikan laluan utama kapal dagang di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Malah, sekiranya jambatan ini dapat digantikan maka ia membolehkan kapal-kapal beroperasi di Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.


Kenapa jambatan ini bengkok?
Pada awal perancangan Tun Dr Mahathir, jambatan yang ingin dibinanya adalah lurus. Ia unik atau bengkok disebabkan Singapura tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan tersebut. Maka, kerajaan berhasrat ingin merobohkan sebahagian Tambak Johor di wilayah Malaysia kemudian membina jambatan yang terpaksa dibengkokkan. Maka usaha-usaha awal pembinaan telah berlangsung meskipun perundingan antara kedua-dua negara masih berjalan pada 9 Mac 2006.

Ia sebagai simbolik komitmen kerajaan untuk membinanya. Difahamkan ia bernilai RM 1.26 bilion. Kontraktor utama atau pengurusan yang bertanggungjawab mengetuai projek ini ialah Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB). Ia diketuai oleh Datuk Yahya A. Jalil. Beliau mengatakan bahawa jambatan ini begitu istimewa kerana ia adalah kombinasi beratus syarikat kontraktor dan menghimpunkan pakar-pakar tempatan.


Apakah hasilnya?
Pada tahun 1997, Tun Dr Mahathir mengisytiharkan bahawa Tambak Johor akan dirobohkan dan digantikan dengan jambatan lurus. Dikatakan ia adalah hasil ilham Datuk Yahya A. Jalil. Tun begitu komited mahukan jambatan ini wujud. Pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 30 Oktober 2003. Setahun selepas beliau dilantik, beliau telah menghulurkan tangan sebagai tanda permuafakatan Malaysia dan Singapura. Pada waktu itu, beliau hanya berunding dengan Menteri Kanan Singapura, Goh Chok Tong.

Rundingan demi rundingan diadakan. Masa telah banyak dihabiskan di meja bulat. Walaupun, simbolik kerja-kerja awal telah diadakan pada 9 Mac 2006, sebulan selepas itu Tun Abdullah telah mengarahkan segala gerak kerja pembinaan dan rundingan dihentikan serta merta. Tun Abdullah dengan mudah mengatakan bahawa keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat Malaysia. Kenapa? Singapura telah membuat tuntutan supaya Malaysia menjual pasir ke republik berkenaan dan membenarkan Tentera Udara Singapura menggunakan ruang angkasa di Johor untuk latihan ketenteraan. Maka, dua asbab itu membantutkan usaha pembinaan jambatan.


Terdapat maklumat sahih juga mengatakan bahawa Singapura tidak mahu membazirkan wang rakyatnya kira-kira S$500 untuk jambatan itu. Tiada keperluan mendesak untuk membina jambatan tersebut. Sebenarnya, selain daripada isu jambatan ada beberapa lagi isu besar diantara Malaysia dan Singapura. Tidak berhasrat ingin dibincangkan dalam entri ini. Apakah implikasinya? Apabila jambatan diarahkan berhenti serta merta, sekurang-kurangnya ada dua implikasi besar.

Pertama
adalah politik nasional dan UMNO.
Kedua
adalah kewangan negara dan wang rakyat.

Selain itu adalah implikasi perundangan yang baru sahaja diketahui oleh kerajaan daripada Jabatan Peguam Negara. Tun Abdullah menghentikan projek berkenaan dan ia telah mengundang kecewa dan marah pewarisnya. Justeru, dipalitkan ke muka Tun Abdullah dengan sifat tunduk dan takut terhadap Singapura. Ekoran daripada itu, maka berlakulah pertembungan dua pemimpin negara. Ramai yang menyerang Tun Dr Mahathir sehingga segelintirnya meminta Tun dikecualikan daripada menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada waktu itu. Lebih teruk lagi menyuruh Tun diam dan jangan mengkritik.


Surat menyurat pada zaman Tun didedahkan dan beberapa dokumen rasmi kerajaan dibawah Akta Rahsia Rasmi diklasifikasikan semula untuk mencari hujah. Selain itu, persepsi Tun Abdullah melonjak naik sebagai seorang patriot, terbuka dan mengutamakan rakyat. Sahamnya untung berlipat kali ganda. Tidak keterlaluan ada yang beranggapan Tun Abdullah seorang yang bijak dan berani untuk tidak melayan karenah republik itu. Selain dua pemimpin utama ini, kes ini juga mengangkat nama Ahli Parlimen Johor Bharu. Kebetulan pada waktu itu berlaku dikawasannya dan beliau adalah Pengerusi BNBBC.


Rakyat turut diheret dalam isu ini. Kononnya, projek ini untuk kemudahan rakyat. Betul. Tapi bagaimana implikasi ekonomi dan wang rakyat ini? Menteri Kerja Raya pada waktu pada awalnya menjangkakan pampasan yang terpaksan diberikan kepada GPSB adalah sebanyak RM 100 juta meskipun tuntutannya adalah RM 360 juta. Namun, setelah perkiraan dari Perbendaharaan dan perundingan dilakukan, jumlah pampasan yang terpaksa diberikan kepada syarikat berkenaan adalah sebanyak RM 257.4 juta. Lebih menyedihkan, kerja-kerja awal yang dikatakan bermula pada 9 Mac 2006 baru bermula 5 peratus.
Hanya membuat ukuran dan membuat kajian semata-mata.

Baru sebulan sebelum dibatalkan ia telah mencecah RM 257.4 juta. Wang itu diambil daripada kerajaan yang dilantik oleh rakyat yang membayar segala jenis cukai. Bagaimanakah cara menyelesaikannya dibawah kerajaan Najib Tun Razak? Pada Mei 2009, beliau telah berunding dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Namun, keputusannya belum ada. Tetapi, kerajaan Malaysia berhasrat untuk membina jambatan ketiga bagi menghubungkan Singapura dengan kawasan Timur Johor khususnya Desaru dan Pengerang.
Jambatan ketiga ini tidak akan merobohkan Tambak Johor sebaliknya buat yang baru.

Dari Singapura pula melaporkan bahawa kerajaan republik tersebut memberikan beberapa cadangan untuk dibincangkan iaitu membaikpulih dan menaiktaraf Tambak Johor dan membina beberapa rel lagi untuk kemudahan rakyat.'

Blog Ibnu Hasyim bersetuju dengan pandangan tersebut.

Narathiwat: 10 Ditembak Mati Sedang Solat.

Pegawai polis memeriksa mayat-mayat lelaki di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong, Thailand Selatan, semalam. Serangan mengejut oleh lelaki bersenjata itu mengorbankan 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. -foto AF


BANGKOK: Sepuluh orang Islam yang sedang mengerjakan solat ditembak mati Isnin malam oleh lelaki bersenjata dalam satu serangan mengejutkan di sebuah masjid di wilayah Narathiwat di Thailand Selatan.

Anggota pasukan keselamatan Thailand melihat beberapa mayat remaja yang ditembak mati kerana disyaki anggota militan termasuk seorang daripadanya yang masih menggenggam sebilah parang terbaring di jalan raya di Pattani, selatan Thailand semalam. - Gambar Reuters 2004.

Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 8.00 malam bila sekumpulan lelaki tiba-tiba melepaskan tembakan di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong. Beliau berkata maklumat awal dari kawasan itu menunjukkan bahawa 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. "Kami masih mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu. Pada mulanya dikatakan empat mati, kemudian lapan, dan kini 10. Semua mayat diletakkan dalam masjid," katanya.

Ahad lepas, dua orang terbunuh dan 19 cedera bila puak pemisah menyerang pengawal sukarela dan meletupkan sebutir bom kereta di daerah Jeringa, Narathiwat, empat hari selepas dua orang guru, seorang daripadanya mengandung lapan bulan, ditembak mati di Chanae. Lebih 3,500 orang terkorban sejak Januari 2004 bila kumpulan pemisah melancarkan semula kempen bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah majoriti Islam Yala, Narathiwat and Pattani. (Sumber BERNAMA/dll 2MA)

Berunding Bukan Masuk UMNO....


IDEA pembentukan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan satu agenda untuk mewujudkan kerajaan campuran tetapi sebaliknya agenda di luar parti bagi membincangkan soal agama, orang Melayu dan ummah secara keseluruhan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, idealisme yang dibawakan oleh Pas itu adalah demi kesejahteraan ummah serta agama dan tidak mahu Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah diperlekehkan kerana melakukan tindakan yang akan merugikan orang Islam.

Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas. Ketuanya, Saiful Bahri Baharuddin berkata, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan beliau mengutamakan kestabilan politik negara serta pengukuhan orang Melayu di negara ini.

Menurutnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mempunyai pandangan sama dengan Abdul Hadi mempunyai semangat toleransi dalam mewujudkan kestabilan politik dengan menarik anggota parti itu ke arah pengukuhan ummah. ”Pemuda UMNO Terengganu mengalu-alukan sebarang perbincangan di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti,” katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui khidmat pesanan ringkas di sini hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, cadangan itu tidak perlu dipolitikkan kerana yang lebih penting untuk dibincangkan adalah keperluan bagi merealisasikan cadangan tersebut. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bimbang jika semua cadangan baik dipolitikkan, usaha yang lebih membawa kebaikan dan keutuhan perpaduan antara rakyat akan disia-siakan.

“Kadang-kadang saya bimbang apabila kita terlalu sangat berpolitik, kelebihan dan keunikan yang ada pada kita secara tidak sedar akan terhakis dan apabila terhakis susah untuk kita bina semula.

“Apabila terhakis, susah untuk satukan semula kerana perpaduan melibatkan emosi, hubungan antara manusia dan bertambah susah jika bercampur aduk dengan isu kaum dan agama,” katanya pada sidang akhbar.

Sambil dua kali menegaskan agar PAS “never say never”, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengajak PAS menghidupkan semula muzakarah dengan Umno khususnya susulan perkembangan muktamar tahunan parti Islam itu yang berakhir semalam.

Mengambil kira persekitaran semasa dalam PAS yang memperlihatkan ada kumpulan yang menyokong muzakarah dengan Umno-BN, beliau berkata, kini adalah “masa untuk memulakan proses tersebut.”

“… yang saya berharap dan saya yakin dengan memulakan usaha muzakarah tersebut, suasana yang disebutkan oleh (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru) (Dr. Mujahid (Yusof Rawa) tadi akan jadi lebih kondusif,” kata beliau ketika muncul dalam program Astro Awani malam tadi.

Dan sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana masih belum mengetahui maksud sebenar di sebalik saranan itu.

“Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini.

“Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media

Apa kata Pemimpin Pakatan Rakyat:
Semua parti pembangkang diminta duduk semeja bagi membincangkan idea pembentukan kerajaan perpaduan sebelum ia diterima sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah negara.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, perbincangan itu penting untuk memperincikan ciri-ciri kerajaan perpaduan yang dicadangkan tersebut. “Konsep kerajaan perpaduan harus diteliti dari sudut hubungan antara parti politik di negara ini selain manfaat daripadanya,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu. Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

“Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.. Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku,” katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar. “Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan,” katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua enggan mengulas lanjut berhubung pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadang Pas.

Apa kata Pemimpin PAS:
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini. Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS. “Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan,” kata beliau semalam. (Sumber Jiwo Kelate/dll/AK))

'Bangkit Bukan Bingit’' Album Terbaru Ito Blues Gang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails