Friday, July 10, 2009

Ke Bangladesh, Bhutan, Nepal & Tibet Bersama Teh Hijau..

CATATAN SANTAI





"LEPAS ni nak pegi mana pulak?" Tanya kawan saya yang lama tak jumpa, dan baru jumpa pagi tadi. Dia antara peminat tetap yang membaca Catatan Perjalanan saya.

"Aku dah ada tiket nak ke Bangladesh. Kawan beri. Tapi itu saja. Makan minum, hotel dan lain-lain belum ada lagi. Kalau ada duit lebih, aku teringin nak ke Bhutan, Nepal & Tibet meninjau puak-puak Islam sana. . boleh sekali jalan!" Jawab saya.

"Bagus tu.. bagaimana aku boleh bantu? Ini kerja dakwah.." Katanya, sambil berfikir-fikir. Dia kenal saya lama.

"Ahh tak payah susah-susah.. Ada rezeki Tuhan beri jalan, ade le.." Kata saya lagi.

Dia mengeluarkan sebuah kotak.. "Ini namanya 'Japanese Green Tea' dalamnya ada 20 uncang, untuk buat teh, 1 uncang satu cawan." Dia membuka kotak itu, mengeluarkan beberapa paket uncang, order air panas di restoren yang kami sedang santai itu, masukkan uncang tiap cawan, biar terendam. "Nampak airnya perlahan-lahan bertukar menjadi kehijauan! Ya. Lepas ni, sila minum. Rasa, bagus tak?" Katanya lagi.

Kawanku yang sorang lagi, mengambil kotaknya, membelek-belek.. "Tiada tulis Melayu pun, semua tulis Jepun. Aku nak tengok apa khasiatnaya?"

"Khasiatnya.. " Jawap kawan yang belanja kami minum teh itu, dia mengeluarkan komputer ribanya, letak atas meja buka internet, tunjuk dan terangkan..


"Lihat berita ini.. Sekelompok ilmuan Jepun mengemukakan bahawa meminum 'teh hijau' sekurangnya 5 cawan sehari dapat mengurangkan resiko tumbuhnya sel 'barah prostat' seperti disiarkan dalam 'American Journal of Epidemiology' pada 20 Disember lalu.

Hasil kajian menunjukkan lelaki yang rutin meminum teh hijau sekurangnya 5 cawan sehari memiliki resiko 50% lebih rendah terkena barah prostat dari mereka yang hanya meminum kurang dari satu cawan sehari. Menurut pengkaji itu lagi, 'catechin' salah satu zat kimia yang terkandung dalam teh hijau, berperanan aktif menurunkan resiko terkena barah prostat tersebut. Itulah sebabnya mengapa jumlah penderita barah prostat pada lelaki di Asia jauh lebih rendah dibandingkan dengan lelaki di barat, dihubungkan dengan tingginya jumlah penggunaan teh hijau ini.

Penemuan terbaru tentang khasiat teh hijau juga, telah membuka harapan baru bagi penderita penyakit 'parkinson' di dunia, dalam usaha mencegah penurunan keadaan fungsi syaraf atau 'neuro-degenerative' akibat penyakit tersebut. Polyphenols, anti oksiden, yang terkandung dalam teh hijau ternyata mampu mencegah kerusakan sel-sel syaraf pada otak. Berperanan penting dalam pembentukan dopamine-zat kimia, dan bertanggung jawab mengirimkan pesan dari otak dalam mengkoordinasikan gerakan anggota tubuh seperti berjalan, makan atau bercakap.

Pengkaji-pengkaji juga menggunakan campuran polyphenols yang terdapat dalam daun teh hijau, iaitu 50% epigalocatechin gallate (EGCG), 22% epigalocatechin (EGC), 18% epicatechin gallate (ECG) dan 10% epicatechin (EC). Campuran anti oksidan tersebut ternyata mampu melawan zat-zat kimia perusak sel seperti neurotoxin 6-hydroxydopamine (6-OHDA), reactive oxygen species (ROS) dan nitric oxide (NO).
Berikut ini adalah 27 macam manfaat teh hijau yang didasarkan pada berbagai hasil penelitian.

1..Dapat mencegah dan menurunkan tekanan darah tinggi
2..Mencegah timbulnya kadar gula darah yang tinggi
3..Menurunkan kadar kolesterol.
4..Menurunkan resiko terkena berbagai penyakit hati.
5..Menurunkan resiko terkena stroke.
6..Membantu tubuh dalam melawan virus (seperti virus influenza).
7..Dapat menghambat penurunan fungsi syaraf
8..Memperbaiki fungsi kognitif.
9..Bermanfaat bagi kesehatan gusi.
10..Mencegah sesak nafas.
11..Mengurangi stress.
12..Menghilangkan penat dan letih.
13..Mampu mencegah timbulnya penyakit kanker.
14..Mampu mengendalikan pertumbuhan tumor atau bisul.
15..Membantu penyembuhan penyakit kanser atau barah.
16..Membantu menurunkan berat badan.
17..Mengurangi resiko timbulnya radang sendi dan reumatik
18..Berfungsi sebagai anti radang tenggorokan
19..Mencegah osteoforosis.
20..Mencegah timbulnya alergi.
21..Melindungi lever atau hati.
22..Mencegah hepatitis
23..Membantu menghalangi penyebaran virus HIV.
24..Mengurangi bahaya merokok
25..Perlambat penuaan.
26..Baik untuk penderita diabetes.
27..Mampu mencegah keracunan makanan.

Itulah khasiatnya.." Terangnya dengan agak panjang.

Kami terdiam. Tak terkata apa-apa, memandangkan banyaknya khasiat teh hijau itu. "Apa tujuan hang terang panjang-panjang kat kami ni?" tanya sorang kawan kami lagi.

"Begini.." Jawabnya, sambil menutup dan menyimpan balik komputer. "Sila minum dulu! Oh, ada yang dah habis pun... Boleh buat lagi. Bagaimana rasanya?? Ok?"

Ada yang jawab okey.

"Baik. Kalau okey, inilah caranya aku nak tolong Ibnu Hasyim berdakwah dan perjuangkan Islam. Menjadi kewajiban kita juga tolong dia, kalau ada duit-duit zakat pun boleh beri kat dia! Kerana aku tak mampu buat macam dia, aku tolong dia saja! Kita tak payah fikir jauh-jauh, tengok dan tolong saia yang ada di depan mata kita." Jelasnya dengan tenang kepada mereka.

Dia memandang pula kepada saya, katanya, "Aku nak sumbangkan 100 kotak Japanese Green Tea ini kat hang! Cara jualnya, iklan dalam blog. Harganya RM25 sekotak termasuk pos laju & register, hantar terus sampai ke rumah. Duit hasil jaulan itu hang boleh guna untuk majukan blog hang, termasuk urusan biaya perjalanan saperti yang hang perlu. Biar canggih sikit... Oh ya, aku nak tegur sikit, selalunya gambar dalam catatan perjalanan hang agak kurang, dan teruk! Maaf... Aku faham masalah hang.. tapi hang kena cuba baiki lagi!!"

Tiba-tiba mamak kedai itu datang, "Ini teh banyak bagus!!... tapi kita tak boleh jual sini. Ini barang highclass, import mari!!...." Katanya, rupanya dia dah rasa.

Al-hamdulillah. Wallahu 'aklam. Jika anda berminat nak cuba teh ini, membeli sambil berderma, silakan!

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 10, 2009.



Sila dapatkan:

Japanese Green Tea
Harga 1 kotak (20 uncang) RM25.
1 uncang untuk 1 cawan.
Akan dihantar melalui pos laju & berdaftar.

Bagaimana Nak Beli?

1..Masukkan atau pindahkan wang ke akaun ini:
No Akaun Maybank 1621 8801 0338
Atas Nama: HMH Resources/ Abu Hafsin.
Tel: 0172551882 (KL)

2..Ambil resit & e-mailkan salinannya..
atau tentukan dalam e-mail itu ada maklumat:
a..Jumlah bayaran.
b..Masa & tarikh.
c..Tempat dimasukkan wang.
d.. Apa-apa no yang ada dll, jika perlu.
3.. Juga Nama, Alamat & no tel. pengirim atau tempat hantar barangan yang dibeli dengan jelas (termasuk poskod).

hantarkan kepada:
ibnuhasyim@gmail.com

Wan Rahim Ajak Khairy Jamaluddin Masuk PAS.

Tinjauan Program Ziarah – 9 Julai 2009
Dato’ Wan Rahim dan Khairy Jamaluddin



Pertemuan tidak dirancang antara Penasihat Jentera PRK Manek Urai, PAS, Dato Wan Rahim Wan Abdullah dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di Kedai Kopi bersebelahan Masjid Manek Urai Lama.

Lagi, pendapat pengundi muda Kg Manek Urai Lama mengenai PRK manek Urai



“Asal pakoh PAS jah, selamat selalu”

Thursday, July 09, 2009

Misteri Pembunuhan Seorang Siswi Iran..

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

JENDELA GLOBAL




HARI-HARI berlaku demonstrasi besar-besaran di Iran oleh penyokong pihak-pihak yang kalah dalam pilihan raya umum lalu. Seorang siswi falsafah bernama Neda Agha Soltan dari sebuah universiti tiba-tiba telah ditembak mati. Neda kelahiran 1982 ini ditembak oleh pihak tidak dikenali, menyebabkan beberapa hari kemudian demonstrasi-demonstrasi seterusnya mengutuk Iran dan menyatakan simpati pada Neda berlaku di beberapa buah negara.


Anehnya, gambar-gambar Neda yang berdarah diangkat oleh para demonstrasi tersebar luas di negara-negara Eropah, dan diatas gambar itu tertulis ayat This Is Islamic Democracy’. Wah, kenapa begitu? Kenapa dikatakan, ‘Ini Demokrasi Islam?’ Apa tujuannya? Mari kita cari fakta-faktanya.


Pertama: Peristiwa.


Neda Agha Soltan ditembak mati pada tengahhari Sabtu, iaitu seminggu selepas keputusan pilihan raya yang menyaksikan Presiden Iran Ahmadinejad diisytiharkan mendapat kemenangan besar. Waktu itu demonstrasi besar-besaran masih berlaku berlaku di kota Tehran, ibu negara Iran yang digerakkan oleh penyokong calon yang kalah. Neda dan temannya yang berada dalam kereta dan keluar dari kereta mereka. Tiba-tiba sebutir peluru menembus badan Neda menyebabkan beliau langsung tersungkur ke tanah. Menurut akhbar The New York Times, sebelum menghembuskan nafas terakhir, Neda sempat mengucapkan, “Saya rasa terbakar!”


Kebetulan waktu itu sebuah teksi dipandu oleh Pouya melintasi Jalan Salehi. Didapatinya ramai berkerumun melihat seorang wanita terlentang di atas jalan dalam keadan mulut dan hidungnya berdarah. Dia mengangkat jasad wanita itu masuk ke dalam teksinya dan membawa ke hospital. Kepanasan bumi Iran dengan aksi-aksi demonstrasi pihak yang kalah, menjadikan bertambah lagi panas dengan berita terbunuhnya wanita yang bernama Neda itu.


Kedua: Apa yang berlaku selepas kematian Neda?


a..Media-media internasional seperti mendapat suntikan baru dalam menyerang kredibiliti hasil pilihan raya Iran yang menyaksikan kemenangan Ahmadinejad. Liputan-liputan begitu dahsyat dalam memburukkan Iran terhias dihadapan akhbar-akbar.


b..Tidak senang dengan pemberitaan media-media Barat, pemimpin Iran akhirnya bersuara dengan menunding bahawa pejabat berita BBC (Britain) dan Voice of Amerika (AS) berusaha memecah belahkan Iran. Liputan mereka melalui jurucakap Kementerian Luar Negara Iran, Hassan Ghashghavi, “Pimpinan VOIC dan BBC adalah anak-anak spritual Benjamin Netanyahu dan Avigdor Lieberman. Tujuan mereka adalah ingin melemahkan solidariti Nasional, mengancam integriti dan memecah belah Iran.”


c..Pemerintah Iran menganggap semua ini adalah permainan BBC, VOA dan CNN yang membangun ruang perang psikologis terhadap Iran. Akhirnya, koresponden tetap BBC di Tehran dihalau oleh pihak berkuasa Iran kerana dituduh mendalangi perusuh.


d..Melihak ketegasan Iran dalam menghadapi pendemonstrasi, sejumlah ketua-ketua negara bersuara. Antaranya Obama, Presiden AS mengkritik tindakan pemerintah Iran yang menghalau pendemonstrasi itu sehingga terbunuhnya Neda. TV pula terus menerus mengulang tayang detik-detik kematian Neda, “AS dan masyarakat internasional muak dan marah atas ancaman, pemukulan dan pemenjaraan yang terjadi dihari-hari terakhir ini”.


Obama juga mengatakan, “Saya mengutuk aksi yang tidak adil itu.. Saya bersama rakyat AS bersedih atas semua korban yang tidak berdosa dan meninggal dunia”.


Jawab Ahmadinejad, “Saya harap anda (Obama) jangan campur urusan Iran!”.


Ketiga: Kontroversi Kematian Neda


Penyelidikan panjang terhadap kematian Neda menunjukkan bahawa ada beberapa kesangsian terhadap kematian Neda. Antaranya adalah..


a..Rakaman video kematian Neda yang dipublisitikan oleh media-media barat, menujukkan Neda sudah lama di dalam perhatian. Sebab, rakaman video yang menayangkan Neda sebelum mati adalah gambar 45 minit sebelum kejadian.


b..Tempat kejadian itu jauh dari tempat demonstrasi di Jalan Azadi. Sedangkan Neda ditembak sekitar Jalan Salehi. Jelas dia tidak mati ditembak ditempat demonstrasi.


c..Ada sekurang-kurang 2 handycam yang merakam kejadian menunjukkan senario di balik kejadian tersebut.


d..Milisi Basij dan polis sepatutnya ditempatkan di tempat demonstrasi ,bukan di wilayah yang jauh dari lokasi.


e..Hasil forensik menunjukkan peluru yang digunakan menembak Neda jenis caliber kecil pistol tembak dari jarak dekat, semasa Neda berjalan kaki, setelah keluar dari keretanya.


f..Padahal polis dan milisi Basij tidak menggunakan pistol dalam menghadapi demonstrasi. “Bunyi tembakan macam bunyi mercun.” kata guru muzik Neda yang menjadi saksi kejadian. Katanya lagi “Masa itu tidak ada konflik senjata dikawasan itu (penembakan Neda) kerana tidak ada pasukan keselamatn yang berkawal di kawasan tersebut”.


Keempat: Siapa dalang?


Jumaat pilihan raya, Sabtu diumumkan jumlah kira undi. Berlakulah protes keputusan besar-besaran, kebanyakannya oleh penyokong Mir Husein Mousavi. Mereka mengatakan kemenangan Ahmadinejad melalui proses penipuan. Ahmadinejad jawab balik, “tidak ada manipulasi dalam perhitungan suara. Wajar jika mereka kecewa kerana mereka terlalu yakin boleh menang, sebelumnya” sindirnya sebagaimana yang disiarkan oleh BBC.


Bagi menghentikan kekacauan yang berlaku, pihak pemerintah Iran akhirnya menangkap sekitar 100 orang tokoh reformis (kebanyakan penyokong Mousavi ) termasuk Reza Khatami iaitu saudara bekas Presiden Iran, Mohammad Khatami (1997). Polis Iran juga menangkap sekitar 170 orang yang dianggap dalang rusuhan. Pemerintah Iran melumpuhkan jaringan komunikasi digital seperti internet, termasuk situs jejaring sosial, dan facebook.


Siapa dalang disebalik semua yang menyebab terjadi begini? Melihat kepada tulisan di gambar “This Is Islamic Democracy” maka jelaslah dalangnya adalah dari musuh-musuh Islam?


Sekian, Wallahu aklam.


Xinjiang 4: 13 Mei & Konsep Ni Hao Ma?

CATATAN SANTAI
Peristiwa berdarah 'perkauman 13 Mei 69' di Xinjiang, Ahad lepas.


NI HAO MA? Itulah permulaan ucapan saya, dalam ceramah saya awal bulan ini baru lalu di Tanjung Karang, bersama Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Pakatan Rakyat bagi negeri Perak.

Turut sama berceramah ialah Drs Mohd Rashidi Deraman YDP PAS Tanjung Karang, Hj Kudus PKR Tanjung Karang, En Song KPP Selangor, En Depakaram, Ayong dan beberapa lagi. Majlis, dirasmikan oleh MB Pakatan Rakyat di Perak, Dato' Seri Ir Nizar, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Lebih kurang itu saja yang saya tahu antara perkataan-perkataan dalam bahasa Cina, itu pun saya terpaksa ambiltahu sewaktu saya berkunjung ke China hujung tahun lepas. Walaupun begitu, ramai yang jawab balik dalam bahasa Cina disertai tepukan bergemuruh. Al-hamdulillah.

Tiba-tiba Ahad lepas berlaku rusuhan di Xinjiang. Isninnya, berita dari Washington menyebutkan AS rasa dukacita yang 'mendalam' atas terkorbannya 156 orang dalam kekerasan etnik di wilayah tersebut. “Kami sangat kesal atas kehilangan ratusan nyawa..." kata jurucakap jabatan luar negara AS Ian Kelly, ketika Kementerian Luar China, Wu Dawei berkunjung ke Washington.

Media China melaporkan pada hari Isnin ribuan yang memberontak melawan polis dan membakar kenderaan-kenderaan di kota Urumqi kerana memprotes terhadap campurtangan pemerintah dalam sengketa industrial yang berubah menjadi kekerasan. Namun orang-orang Uighur yang hidup dalam kesengsaraan itu menolak tuduhan Beijing bahawa mereka telah memulakan rusuhan tersebut.

“Sudah menjadi hal yang biasa bagi Beijing menyalahkan orang luar atas setiap masalah yang muncul di Xinjiang, seperti halnya masalah Tibet.” ujar Alim Seytoff, jurucakap kumpulan pendesak Kongres Uighur Se Dunia kepada Al Jazeera. "Akar masalah sebenar ialah kebijaksanaan kerajaan China selama bertahun-tahun itu." katanya.

Rebiya Kadeer

Pejabat Daerahnya menyalahkan Rebiya Kadeer, seorang pengusaha wanita Uighur yang dipenjara selama bertahun-tahun sebelum disingkir ke AS dan mengetuai Kongres Uighur Se Dunia, kerana dituduh mendalangi rusuhan itu. “Rebiya terlibat perbincangan telefon dengan orang-orang di China pada 5 Julai menghasut mereka. Situs-situs seperti uighurbiz.cn dan diyarim.com digunakan...” ujar Nur Bekri, Menteri Besar Xinjiang.

Peristiwa hari Isnin itu adalah sebuah 'pelajaran berharga yang diperoleh dengan darah' kata Wang Lequan, dari Partai Komunis Daerah. “Kita perlu bongkar topeng Rebiya dan menunjukkan pada dunia siapa dia sesungguhnya.” ujarnya. Peristiwa itu dikatakan bermula ketika dua pekerja Uighur di sebuah kilang mainan di selatan China terbunuh dalam sebuah pertengkaran dengan staf etnik Han akhir bulan lalu. Menurut Seytoff, mulanya adalah sebuah demontrasi damai dilakukan oleh pemuda-pemmuda Uighur, tetapi terus merebak bila pihak polis meleraikan dengan kenderaan bersenjata dan menembak mereka.

Seorang penduduk tempatan yang dihubungi Reuters mengatakan, Urumqi yang terletak 3,200 km sebelah barat Beijing, kini berada di bawah 'martial law', dan saksi memberitahu telah melarat ke Kashgar, kota kedua di Xinjiang pada siang Isnin'. Memang kerajaan China selama ini kerjanya menyalahkan puak Muslim sahaja pada setiap kerusuhan yang terjadi selama puluhan tahun di Xinjiang, walaupun ada kritik mengatakan disebabkan banyak etnik Uighur yang marah terhadap tuntutan politik, budaya, dan agama serta meningkatnya keberadaan etnik Han di wilayah mereka. (Lihat www.suaramedia.com)

Sementara itu menurut Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam kenyataannya semalam perkembangan di China yang membabitkan pergeseran sengit antara kaum Han dan Uighur yang majoritinya beragama Islam di Wilayah Xinjiang, China.

"Dalam hal ini, sebagai parti yang mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan umatnya, kami (PAS) meminta PM memaklumkan keadaan keselamatan masyarakat Islam Malaysia yang menetap di sana, sekiranya ada," kata Nasharudin dalam kenyataannya. Kerana menurut maklumat yang diterima, pihak berkuasa komunis China mengawal ketat semua sumber berita di negara berkenaan, agensi media asing melaporkan pertelingkahan kaum telah dicetuskan oleh puak pemisah Islam Uighur bersenjatakan pisau dan kayu belantan..

Malah, pihak polis China juga sedang menjalankan operasi menangkap secara besar-besaran suspek rusuhan sekitar 1,500 orang, kebanyakannya kaum Uighur yang dituduh menjadi punca rusuhan. Kata Nasharudin, kerajaan perlu menilai semula hubungan diplomatiknya dengan China jika China tidak dapat menjelaskan kedudukan yang sebenarnya termasuklah memanggil Duta China untuk memberikan penjelasan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, pihaknya memandang berat terhadap pembunuhan tersebut dan menggesa China menghentikan seberapa segera. PAS menyeru semua pihak sama ada penduduk berketurunan Uighur atau Han agar kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai dan hak asasi penduduk Islam Uighur di Wilayah Autonomi Xinjiang, mestilah dijamin dan dilindungi semua pihak.

Sementara itu Bernama melaporkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berkata, "Dunia Islam mengharapkan China, satu kuasa besar dan bertanggungjawab di dunia dengan sejarah hubungan persahabatan dengan dunia Muslim, menangani masalah minoriti Muslim di China dengan satu perspektif yang luas bagi menyelesaikan punca sebenar masalah itu," menurut OIC yang beribu pejabat di Jeddah dalam kenyataannya. OIC bersedia menghulurkan bantuan dan mengadakan rundingan dengan kerajaan China mengenai usaha-usaha untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di wilayah itu.

Maka kini umat Islam di Malaysia, bahkan di seluruh dunia, perlu merasa sakit, seperti sakitnya paha kiri bila paha kanannya dicubit. Ingat bagaimana sakitnya tragedi pergeseran kaum 13 Mei 1969, sehingga sekarang menghantui politik Malaysia. Bukan sakit saja, bahkan perlu bertindak sewajarnya. Bukan fikir untuk orang Cina di Malaysia sahaja, bahkan memikir persaudaraan Islam dan kemanusiaan seluruh dunia. Itulah konsep 'as-salamu 'alaikum' dan 'ni hao ma' (apa khabar) yang di dalam bahasa China itu sebenarnya.

Wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 09, 2009.


PPSMI Mansuh, Bukti UMNO/BN Buta Tuli?


KL:Khamis Julai 9, 2009. 'Saya berkesempatan untuk memberi taklimat kepada Tun sebagai menghormati bahawa beliaulah pencetus idea PPSMI.' kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang media khas di Kementerian Pelajaran di Puterajaya (Julai 8), seperti yang dilaporkan oleh media tampatan.

Beliau juga berkata bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara umumnya menerima hakikat bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diubah. Sebelum ini katanya, beliau telah mengadakan perbincangan lebih tiga jam bersama Dr. Mahathir bagi menjelaskan mengenai kesukaran yang dihadapi oleh banyak pihak termasuk keupayaan guru untuk menjayakan dasar yang diperkenalkan beliau itu.

Tetapi menurut bekas PM itu seperti yang disiarkan dalam berita tv malam tadi (pada Julai 8), ianya bukan tanya pendapat tetapi taklimat, jadi Tun Dr Mahathir tidak memberi pandangan apa-apa. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, sebelum itu mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia, juga di sekolah jenis kebangsaan Cina & Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing, yang akan berkuat kuasa pada 2012

Sementara itu Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyifatkan pihak kerajaan memahami 'selera rakyat' apabila langkah memansuhkan dasar tersebut berkuat kuasa, seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr. Hassan Ahmad kepada mStar Online.

Komen Blog Ibnu Hasyim:

1..PPSMI diperkenalkan pada 2003 sewaktu Dr. Mahathir masih menjadi PM. Kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas. Yang mencadang pun UMNO/BN, dan yang menurut buta tuli pun UMNO/BN.

2..Sebab dikatakan buta tuli, ialah kerana mereka tidak memikirkan semasak-masaknya, berapa banyak wang negara, masa dan anak-anak rakyat miskin yang menjadi korban, sedangkan peruntukan untuk sekolah agama rakyat telah dihentikan.

3..Tahniah kepada pembela-pembela bahasa seperti GMP Dr. Hassan Ahmad, A.Samad Said, Prof Ismail Hussain dan lain-lain yang berjuang berterusan sehingga berjaya PPSMI dimansuhkan, walaupun ada di antara mereka telah dituduh jadi alat parti pembangkang.

4..Tahniah juga kepada parti-parti Pakatan Rakyat yang membantu mempercepatkan kejayaan tersebut walaupun dinafikan oleh TPM seperti kenyataannya dalam tv di Malaysia (pada Julai 8) malam tadi.

Semuanya adalah angkara BN, maka kerajaan BN perlu dihukum kerana sudah membazirkan wang negara, masa dan anak-anak rakyat miskin yang menjadi korban. Hukumlah dengan menolak BN dalam PRU 13 akan datang bermula dengan pilihan raya kecil Manek Urai yang akan diadakan beberapa hari lagi. (Pelbagai sumber/AK)

Wednesday, July 08, 2009

Susilo Dijangka Menang Presiden Indonesia.

JENDELA GLOBAL
Rabu Julai 8, 2009: Hasil kiraan pantas Susilo dahului lebih 51 peratus

JAKARTA: Penyandang Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) mendahului dua lawannya pada pemilihan langsung presiden Indonesia 2009-2014 berdasarkan hasil kajian kiraan pantas yang dijalankan oleh lima lembaga survei tempatan setakat pukul 3 petang ini.

SBY yang berpasangan dengan Boediono mendahului di kelima-lima kajian yang dijalankan oleh Lembaga Survei Indonesia (LSI 1), Lingkaran Survei Indonesia (LSI 2), Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial (LP3Es), CIRRUS dan Lembaga Riset Informasi (LRI).

Seperti paparan di laman web detikcom, SBY-Boediono mendahului di LSI 1 dengan mendapat 60.79 peratus sokongan mengatasi Megawati-Prabowo (26.43) dan Jusuf Kalla-Wiranto (12.78) manakala menurut LS1 2 pula SBY-Boediono (59.64), Megawati-Prabowo (27.54) dan Jusuf Kalla-Wiranto (12.82).

Dalam kajian LP3ES juga SBY-Boediono berada jauh di depan lawan-lawannya dengan mendapat 59.82 peratus sokongan, di CIRRUS (60.14) dan di LRI (60.27).

Sementara itu dalam perkembangan terbaru LSI, pimpinan Denny JA sudah yakin bahawa pilpres 2009 ini hanya berlangsung satu pusingan dan pemenangnya ialah pasangan SBY-Boediono yang meraih sokongan melebihi 50 peratus di banyak wilayah manakala dua pasangan lawannya jauh tertinggal.

Seorang peneliti LSI ketika mengulas hasil kiraan pantas yang dilakukan lembaganya di stesen televisyen TVOne pada Rabu menunjukkan jumlah undi yang dikira sudah melebihi 70 peratus.

Mengulas keputusan kiraan pantas itu, SBY dalam ucapan yang disiarkan stesen TV pada kira-kira pukul 3 petang, mengucapkan syukur di atas pencapaian itu dan berterima kasih kepada semua pasukannya tetapi tetap berharap mereka menunggu keputusan rasmi yang akan diumum Komisi Pemilihan Umum (KPU/seperti Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia).

"Hasil dari lembaga survei, Alhamdulillah...tetapi kami tetap menunggu keputusan dari KPU hingga pada waktunya nanti diumumkan kepada seluruh rakyat Indonesia," katanya yang kelihatan tenang dan banyak tersenyum.

Meneruskan budaya tenang yang sebati dengan karekternya, SBY juga meminta semua penyokongnya untuk menjaga perasaan calon lain dan tidak menunjukkan kegembiraan yang berlebihan, apalagi keputusan rasmi belum diperoleh.

Laman web detikcom pula melaporkan dari kediaman peribadi SBY, Puri Cikeas, bahawa SBY dan isteri, Ibu Ani Yudhoyono, kini sudah dilimpahi ucapan tahniah dan slogan SBY "Lanjutkan!" terus menerus dilaungkan penyokongnya.

Undang-undang pilihan raya Indonesia menetapkan pilpres hanya dijalankan satu pusingan jika ada calon yang mendapat lebih 50 peratus undi dengan sebarannya melebihi 20 peratus di sekurang-kurangnya 17 dari 33 wilayah Indonesia. BERNAMA

Xinjiang 3: Perang Internet, Mampukah Dikawal?

JENDELA GLOBAL
Rusuhan di Xinjiang di sertai Muslimat .. lihat gambar-gambar di bawah juga klip video..




SHANGHAI. Warga China menumpahkan kemarahan mereka secara online terhadap kerusuhan etnik di wilayah Muslim Xinjiang yang setidaknya merenggut 156 nyawa. Mereka melawan melalui petak-petak internet untuk menghindari sensor pemerintah yang berusaha menghapus pesan yang diposting dan blog-blog yang berisi kecaman dan kritikan.

Kebanyakan dari komentar itu menuntut hukuman keras terhadap mereka yang terlibat. Seakan-akan bersesuaian dengan tuduhan media massa pemerintah terhadap aktivis Uighur dalam buangan, Rebiya Kadeer, sebagai punca kerusuhan di Urumqi, yang lalu. Hampir setengah dari 20 juta penduduk wilayah Xinjiang adalah Uighur Muslim, tetapi mereka sudah lama mengeluh, mereka di anaktirikan oleh pemerintah pusat.

Sedangkan mereka walaupun yang sebahagian besar rakyat beragama Islam tetapi memiliki kesamaan bahasa dan budaya dengan Asia Tengah, telah terpinggirkan. Di samping Tibet, Xinjiang adalah salah satu dari wilayah China yang secara politik sangat sensitif. Di kedua wilayah itu pemerintah China mengetatkan cengkamannya dalam urusan kehidupan beragama dan kebudayaan sambil menjanjikan pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.

"Hancurkan konspirasi, bertindak tegas.. serang lebih kuat lagi," demikian bunyi pesan yang diposting melalui satu blog milik seseorang yang dikenali dengan "Chang Qing" dalam portal www.sina.com.cn. Beberapa weblog lainnya memperingatkan bahawa etnik Han yang menjadi suku majoriti di China, akan bangun membalas dendam. "Hutang darah dibayar darah. Rakan-rakan sesama Han bersatulah dan bangkitlah," tulis 'Jason' dalam search engine www.baidu.com.

Beberapa pihak lain pemuja arwah Wang Zhen, Jenderal China yang pernah menghina dan ditakuti ramai orang Uighur ketika memimpin pasukan komunis China memasuki Xinjiang pada 1949, memasukkan wilayah itu ke negara baru, Republik Rakyat China... "Camkan ini baik-baik," bunyi satu pesan yang diposting di atas kisah singkat penaklukan Wang yang diambil dari buku sejarah China.

Namun begitu, tidak sedikit orang yang berusaha memahami penderitaan orang-orang Uighur. "Jika anggota keluargamu tiada hak, tiada kekuasaan, menghadapi diskriminasi dan ditertawakan, maka tidak hanya keluargamu yang hancur, kamu sendiri yang menanam benih-benih permusuhan itu," tulis 'Bloody Knife'.

Seseorang 'zfc883919' menulis di portal Xinjiang, www.tianya.cn, menyebutkan bahawa tidak dapat difahami mengapa polisi membiarkan begitu banyak korban mati di sana? "Apa yang kamu buat? Itu 156 jiwa manusia. Saya harap pihak bertanggungjawab benar-benar mahu belajar sehingga tragedi seperti ini tidak terulang."

Pihak berkuasa segera mengambil langkah cepat menghapus komentar-komentar berbau kekerasan itu. Terutama untuk mencegah penyebaran kebencian etnik atau pertanyaan awam di internet terhadap kebijaksanaan yang diambil pemerintah di kawasan yang didominasi etnik-etnik minoriti non-Han.

Banyak blog yang hanya memposting kembali artikel-artikel dari media setempat mengenai kerusuhan itu, tetapi pada bahagian di mana pembaca diundang untuk berkomentar, tertulis, "Tidak ada komentar untuk sementara waktu ini," suatu hal yang tidak biasa berlaku di tengah populernya blog di kalangan 300 juta pengguna internet di China. Sejumlah laman yang memposting tayangan mengenai tubuh-tubuh yang dipukul dan berdarah-darah diambil ketika dan selepas rusuhan juga dengan cepat dihapuskam.

Soalnya, mampukah kerajaan China mengawal dan mencaturi peperangan melalui media internet ini? (Sumber: Ant, AP dll/ AK)

by Asyok Kumar

Siri rusuhan di Xinjiang..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails