Friday, July 24, 2009

Polimek PAS - Dr Asri.. Sihat.


RESPON Kepada Tulisan Dr Asri: Ya, PAS Sudi Mendengar Sepatutnya tulisan ini ditulis di ruang respon tulisan blog Dr Asri yang bertajuk “Jika PAS Sudi Mendengar”, yang juga mendapat liputan di dalam akhbar mStar ini. Namun, memandangkan blog Dr Asri tidak pernah membuka ruang kepada para pengunjung untuk memberikan komen, maka ia ditulis di ruang yang lain, iaitu di blog www.PemudaGombak.com.

Secara umunya, kita yakin dan percaya yang para pemimpin PAS bersedia untuk menerima sebarang terguran dan nasihat daripada semua pihak kerana itulah yang diajarkan oleh Islam. Malah itulah yang yang meletakkan PAS di dalam arus perdana hari ini apabila parti ini sentiasa memperelokkan dan memperbaiki dari masa ke masa.

Namun, harus dibezakan antara PAS dan orang-orang PAS. PAS sebuah badan politik yang mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri. Kewujudan PAS tidak lain tidak bukan adalah untuk menyeru ke arah kebaikan, dan mencegah kemungkaran. Itulah yang membezakan PAS dengan UMNO. Maka di sini harus dibuat garisan pemisah di antara orang-orang PAS dan PAS sebelum mendakwa PAS dengan sikap ”suka mencerca dan memaki hamun orang lain” sebagaimana yang dituduh oleh Dr Asri di dalam tulisannya.

Orang-orang PAS satu perkara, PAS satu perkara lain. Mengatakan PAS ”suka mencerca dan memaki hamun orang lain” berdasarkan pemerhatian terhadap orang-orang PAS adalah sama isunya dengan Islam dan Muslim. Islam adalah satu agama yang indah dan suci, dan berbeza dengan realiti orang Islam hari ini.

Apabila kita melihat orang Islam suka minum arak, membuat jahat, membunuh dan sebagainya, adakah dengan mudah kita mengatakan bahawa Islam suka minum arak, Islam suka membuat jahat, Islam mengajar berbunuhan? Sudah tentu tidak. Begitu juga dengan dakwaan Dr Asri yang menggambarkan PAS mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!!. Oh, jika hendak melihat PAS, lihatlah dahulu pada perlembagaan PAS.

Jika sekadar melihat kepada blog-blog yang didakwanya blog orang-orang PAS (ini pun masih boleh dipertikaikan; benarkah itu blog orang PAS. Mungkin blog SB?) sudah membuat kesimpulan mudah ini, tentu Dr Asri akan melenting sekiranya kita membuat andaian yang sama kepada amalan dan ajaran salafi. Bukan tidak ada pengikut-pengikut salafi yang suka merendah-rendahkan orang lain. Mengatakan orang lain berdosa kerana bertahlil. Membuang biji-biji tasbih di masjid kerana mengatakan ia adalah bid’ah. Mengguris hati orang-orang tua dengan cara teguran yang kurang sopan, atas alasan tajdid.

Juga tidak sedikit ustaz-ustaz salafi yang merendah-rendahkan ilmu ustaz-ustaz lain dengan dakwaan tidak cukup ilmu. Juga ada juga ustaz-ustaz salafi ini menganggap ustaz-ustaz lain mengamalkan bid’ah dan tidak mahukan tajdid. Malah ada juga pengamal aliran salafi yang menuduh PAS melakukan bid’ah apabila melibatkan diri dalam politik! Adakah dengan mudah kita mengatakan aliran salafi begitu teruk? Tentu tidak!

Jadi, untuk mengatakan PAS ” mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!!” adalah kurang tepat jika kesimpulan ini hanya berdasarkan pembacaan di blog-blog. Ia sebagaimana menuduh Islam dengan lemparan-lemparan jahat dengan hanya berdasarkan gambaran penganut ajaran Islam, atau menuduh aliran salafi dengan kata-kata negetif berdasarkan beberapa orang salafi yang tidak baik.

Apapun, terima kasih atas nasihat dan teguran yang diberikan. Kita pun mengharapkan agar Dr Asri pun sudi mendengar.

P/S: Alangkah baiknya andai Dr Asri sudi untuk membuka ruang komen di blognya. Kalau tidak silap, sudah kira-kira lima tahun blog ini beroperasi tanpa mengizinkan pembaza memberikan komen.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Suatu perbincangan yang sihat, membongkar dan mengatasi masalah umah. Alhamdulillah!

Lagi Pertahan Tudung, Muslim Tidak Dayus.

JENDELA GLOBAL
Sydney Australia-Jumaat 24 Julai. Seorang Muslimah di Sydney Australia yang memakai tudung telah diminta melepaskan 'topengnya' oleh seorang pemandu bas di Sydney, semasa hendak menaiki bas tersebut. Menurut pemandu itu, tindakan Muslimah memakai tudung adalah bertentangan dengan undang-undang dalam kenderaan.

Muslimah kelahiran Australia ini, Khadijah Ouararhni-Grech, seperti di dalam gambar di atas mengenakan pakaian menutup aurat berwarna pink ketika hendak menaiki kenderaan HillBus di Merrylands Rd, Greystanes.

"Waktu saya nak masuk dalam bas pemandunya kata 'Kamu tak boleh masuk dengan 'topeng begitu'.." lapor Ouararhni-Grech kepada The Daily Telegraph. Tetapi dia jawab dengan sopan, bahawa itu bukan topeng tetapi hijab, namun pemandu itu berkeras juga. 'Kamu kena tunjuk muka kamu pada saya!' " jelas wanita itu lagi,

"Di bas itu ramai penumpang lain, ada seorang perempuan dengan bayinya juga kecewa dengan tindakan diskriminasi pada saya... Saya akan mengunjungi ibu saya. Saya lahir di Parramatta. Saya orang Maltese dan saya seorang Muslim kerana saya memang memilih menjadi seorang Muslim!" Katanya dengan tegas.

"Saya kata kat pemandu itu, tiada beda antara saya dan perempuan yang duduk disana tak pakai seperti saya pakai." Setelah berdebat lebih 5 minit barulah diizinkan.

HillsBus merupakan perusahaan bas swasta di Sydney, telah dipastikan mengenai kejadian Selasa lalu, "Pada HillsBus kami akan menangani secara serius komplain yang dilakukan oleh pelanggan dan kami catat semua keluhan dari pelanggan." kata seorang jurucakapnya pada Khamis semalam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jelas maruah Islam perlu dipertahankan walaupun secara keras atau lembut. Seorang Muslim tidak boleh bersemangat dayus dalam mempertahankan maruah agama! Allahu Akbar! (Sumber The Daily Telegraph/AK)

Lihat berita lalu..

Media Cuba Lagakan Husam - Harun?

KUALA TERENGGANU, 23 Julai: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menafikan kenyataannya ditujukan kepada mana-mana pihak atau peristiwa ketika mengulas mengenai pemasangan lilin. Beliau mendakwa hanya memberikan panduan secara umum berdasarkan hadis Rasulullah saw.

Harun mengulas laporan sebuah media hari ini yang mendakwa beliau mempertikaikan tindakan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memegang lilin di majlis yang tidak jelas berunsur agama atau tidak bagi memperinghati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh.

Dalam laporan itu, Harun dikatakan berkata, Nizar tidak sepatutnya hadir di majlis itu kerana ia majlis yang meragukan samada ia upacara agama atau tidak. Ekoran laporan kenyataan Harun itu, pelbagai pihak bingung dan tidak jelas sikap PAS kerana Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong kehadiran Nizar itu.

Media berkenaan jelas dilihat cuba melagakan antara Husam dengan beliau.

(Sumber Siasahdaily, Drs Khalil Ilham Lim/AK)

Lihat Sebelum ini..

Nik Aziz: Tidak Haram Pegang Lilin Hormati Kematian Non Muslim.


Jumaat Julai 24, 2009: Nik Aziz akui pegang lilin meragukan tetapi bukan haram

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed KeIV, di sini, semalam.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anakanak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud. BERNAMA (AK)

Ada kaitan..

One Malaysia, One Israel. Sama?



DALAM perutusan pertama sebagai Perdana Menteri ke 6, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat melaksanakan transformasi besar-besaran atas semangat "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan".

Tiba-tiba keluar pula
tulisan dari blog Ibnu Yaacob 'Satu Lagi Kebetulan: One Malaysia dan One Israel' pagi ini..


"Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel
. Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.

Konsep One Israel 1980


Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad. Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri. Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Kesimpulan


Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca. Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan. Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!"

Apakah jalur gemilang Malaysia sama secara kebetulan jalur gemilang Amerika? Dasar satu Malaysia sama dengan dasar satu Israel yang tidak berlandaskan hukum Allah? Malaysian Malaysia? No komen kerana kebetulan?
(2MA)

Sila lihat...
Zahid Jumpa Netanyahu Tagih Keamanan, Siapa Tipu Siapa?

Thursday, July 23, 2009

Geli-geleman Tengok TV9.. Telinga Kuali.

SESEORANG yang bernama 'jib pedro' menghantar e-mail kepada kami mengemukakan pandangan bertajuk ' Apa Ni? Tv9'. Sepatutnya pihak berwajib (kerajaan) perlu prihatin terhadap rakyatnya sendiri. Kerajaan terlalu bertanggungjawab dalam meruntuhkan moral remaja negara ini. Pemimpin-pemimpin, merekalah pemegang saham terbesar yang merosakkan negara! Mereka masih telinga kuali!!

Lihat tulisannya...

"1. Apa ke jadahnya program bersifat ilmiah seperti HUJAH yang disiarkan pada tiap2 Selasa malam tu sejak dulu lagi hanya memakan masa setengah jam saja. Mana ada ruang masa yang cukup untuk dibawa berbincang oleh para ahli panel acapkalinya dua orang ahli jemputan. Tapi kadang2 ada tiga orang .... dan cuba fikir2 lah .... mana ada masa untuk mereka2 ini mempunyai ruang yang cukup untuk berhujah jika masa diberikan amat terhad? Sebab itulah masing2 berebut2 bercakap berhujah dengan begitu cepat ... nampak begitu kalut dan tergopoh2 untuk tidak mahu memberi masa yang begitu terhad terbuang.

Sudah begitu kerap pihak2 tertentu mengesyorkan agar pihak TV9 sudilah kiranya memberi ruang yang lebih dengan memberi had masa bagi siaran HUJAH tersebut dilanjutkan kepada masa satu jam (tidak lagi setengah jam - itu belum ditolak beberapa kali "kita berehat sebentar"). Namun pihak TV9 memekakkan telinga saja ....... nampak macam mereka tidak ambil kesah langsung tentang permintaan itu. Bagi mereka program itu tidak perlu dilanjutkan masa kepada yang dipinta .... mungkin bagi mereka itu tidak mustahak. Hiburan2 kosong lebih penting dan paling mustahak.

2. Akan tetapi ..... program macam Semanis Kurma yang memakan masa satu jam siarannya tu ..... tidak mendatangkan apa2 manfaat langsung except untuk kedua2 pasangan (ustazah bersama lakinya ustaz dayus tu) yang hanya ingin menunjuk2 dengan menonjol2kan betapa 'loving'nya pasangan laki-bini tu.... seolah2 merekalah satu2nya pasangan laki-bini contoh terbaik dalam negara ini?
Awat tak tunjuk sama contoh2 berinteraksi dan bermesra2an sebelum tidur di atas katil? Mungkin lebih mendapat sambutan untuk menggalakkan ramai pasangan2 tua-muda boleh mengambil sebagai iktibar. Dalam siaran di TV9 tu ......

Nampak geli geleman kita tengok lagak mereka berdua yang begitu 'artificial' sekali (selalunya terpampang dalam promosi iklan untuk mempromosi program geli geleman itu). Begitu plastik gaya lagak aksi mereka konon2nya 'most loving couple' lah kut?
Apa? TV9 lebih utamakan program2 seperti itu? program2 yang hampeh yang hanya ingin memberi hiburan yang tidak punya manfaat langsung .... cuma hanyalah menonjolkan kepada penonton akan cara dan bagaimana gayanya mereka bermenghenyeh bermenggatal bermenghenyam didepan TV. Apa? itu yang TV9 ndak paparkan kepada penonton?
(Seterusnya.. 'Khas buat ustazah koro & ustaz dayus tidak kami masukkan, kalau nak tengok juga klik
http://mywritepad-johny.blogspot.com/2009/07/banyak-yg-tak-kena.html ) .

3. Begitu juga dengan program2 hiburan yang lain di TV9 - banyak yang hanya hiburan kosong semata, namun ruang jangka masa di beri lebih dari program2 yang bersifat ilmiah atau 'educational'. Kalau jenis hiburan pulak di tonjolkan artis2 yang tak bersopan - tak beretika - tak senonoh punya perangai dgn gerak laku (behaviour) yang kurang ajar .... nampak sangat kelakuan tak senonoh mereka semasa berinteraksi dengan para penonton (di rumah) yang mereka tidak kelihatan (hanyalah dengan menunjukkan lagak gaya mereka didepan kamera) sudah menampakkan yang mereka itu jenis manusia kurang ajar belaka.

Memang KURANG AJAR punya artis2 dan juga termasuk yang jadi hos dan pengacara tetap dan juga tak tetap - pun terikut2 macam artis punya gelagat .... kurang ajar. Semua tu dah terpengaruh ... dah jadi ikut-ikutan.
Yang itu pihak TV9 ingin paparkan kepada penonton? dan tidakkah terfikir di pihak TV9 yang anak2 muda apa lagi yg kanak2 yang sedang menonton telatah2 kurang ajar para2 artis yang di jemput dan di pamerkan oleh TV9? yang mereka juga mungkin terpengaruh dek cara dan gaya kurang ajar perangai dan kelakuan yang ditonjolkan mereka .... termasuklah ustazah (yg ingin jadi popular mcm artis) .... cukup memualkan dan membosankan.

Itukah cara pihak media TV mengajar penonton? Tidak hairan lah sekarang semakin ramai remaja2 yang kurang ajar.
So, TV9 jangan dok buat mudah tentang paparan2 siaran yang tidak mendatangkan pekdah. Jangan bagi orang mengutuk puak2 di TV9 plak kerana semakin hari semakin melampau2 dan menjadi2 perkara2 yang memualkan penonton. Jangan jadikan TV sebagai alat untuk merosakkan akhlak anak bangsa. Jangan jadi alat untuk menjahanamkan anak bangsa."

Sekian, harap maklum.

Lilin & Lilin Kerajaan.


LILIN. Ramai orang bercakap fasal lilin. Hal ini mengingatkan kita kepada kisah Amirul Mukminin atau khalifah Islam Umar Abdul Aziz. Siapa yang tak kenal Umar bin Abdul Aziz? Sosok pemimpin adil, arif, lagi berilmu. Banyak kisah teladan yang beliau tinggalkan untuk peniti kebenaran. Inilah kisah ringkasnya.

Suatu hari datanglah seorang utusan dari salah satu daerah kepada beliau. Utusan itu sampai di depan pintu Umar bin Abdul Aziz dalam keadaan malam menjelang. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya. Utusan itu pun mengatakan, “Beritahu Amirul Mukminin bahawa yang datang adalah utusan Menteri Besarnya.” Amirul Mukminin dalam kontek Malaysia lebih kurang macam Perdana Menteri (PM).

Penjaga itu masuk untuk memberitahu PM Umar yang hampir saja berangkat tidur. Umar pun duduk dan berkata, “Izinkan dia masuk.”

Utusan itu masuk, dan Umar memerintahkan untuk menyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum Muslimin di sana, bagaimana perilaku MBnya, bagaimana harga-harga, bagaimana dengan anak-anak, orang-orang muhajirin dan anshar (bolehkah ditakrifkan sebagai pendatang 'berizin' yang asalnya dari China, India dll & 'tanpa izin' seperti yang ada sekarang?) , ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan?Ada apa-apa pengaduan?

Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota kepada Umar bin Abdul Aziz. Tak ada sesuatu pun yang disembunyikannya. Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika Semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab semua, utusan itu balik bertanya kepada Umar.

“Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaanmu, dirimu, dan badanmu? Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu? Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, “Wahai pelayan, nyalakan lampunya!” Lalu dinyalakannlah sebuah lampu kecil yang hampir-hampir tidak bisa menerangi ruangan karena cahayanya yang teramat kecil.

Umar melanjutkan perkataanya, “Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan." Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, istri, dan keluarganya.

Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Umar, mematikan lilin. Dia bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan."

Umar menimpali, “Apa itu?”

"Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu.”

Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum Muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu belokkan percakapan kepada keluarga dan keadaanku (yakni hal peribadi), maka aku pun mematikan lilin yang milik kaum Muslimin itu."

Subhanallah, benar-benar mengagumkan! Begitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum Muslimin, berbeda dengan kerajaan Malaysia yang kita saksikan sekarang. Khabarnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pun nak ikut macam Amirul Mukminin ini. Baguslah, baik dari mengidola orang lain, walaupun dia masih belum Islam.

Ingat kisah padam lilin dalam sejarah penguasa Islam itu, sebagai lambang ketidak membaziran wang rakyat! (Rujukan: Sirah Umar bin Abdul Aziz, Ibnul hakam hal. 155-156)

Lihat juga.. Drs Khalil Idham Lim Jawab Isu Lilin & Berkabung B...

(AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails