Monday, August 03, 2009

Serangan Bom Jakarta Bukan Nordin Mat Top.


CATATAN SANTAI

PAGI ini saya lihat blog, seseorang hantar e-mail berita ini pada saya, bertanyakan pendapat. Ini beritanya 'Nordin Dilihat Di Mataram' ...

[ JAKARTA 30 Julai - Polis Indonesia hari ini menerima maklumat daripada seorang pelajar universiti yang mendakwa pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia, Nordin Mat Top kini berada di Mataram, Pulau Lombok.

Pelajar berkenaan, Heru berusia 28 tahun merupakan penuntut Fakulti Ekonomi Universiti Mataram terserempak dengan Nordin ketika dia berada di sebuah kafe siber.
Berikutan itu polis telah mengambil keterangan pelajar itu selama dua jam dan menurut keterangan Heru, Nordin memakai baju berwarna hitam, seluar jeans yang lusuh dan selipar.

Heru dipetik
Detiknews berkata, dia melayari Internet di kafe siber itu dan selepas 30 minit dia melihat seorang lelaki berada di sebelahnya yang sedang mengirim surat elektronik (e-mel).

"Saya begitu terkejut sehingga
suara terketar-ketar menjerit 'pengganas' menyebabkan lelaki itu terus melarikan diri," katanya. Dalam pada itu polis masih gagal mengesan pemilik blog yang mengaku sebagai Nordin Mat Top.

Blog beralamat di
http://mediaislam-bushro.blogspot.com itu kini telah dikunjungi seramai 24,000 orang, selepas kenyataan rasmi yang didakwa daripada Nordin Mat Top disiarkan berhubung serangan bom berani mati di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton pada 17 Julai lalu dilaporkan oleh akhbar hari ini.

Sementara itu, Arina yang dipercayai isteri kepada Nordin meminta perlindungan polis kerana bimbang keselamatannya jika pulang ke rumah di Cilacap, Jawa Tengah.
Peguamnya, Asludin Hatcani berkata, Arina telah dibebaskan polis selepas pemeriksaan DNA terhadap anaknya Khaula berusia dua tahun dan Daud berusia setahun dilakukan, tetapi dia meminta diberi perlindungan kerana bimbang keselamatannya berikutan dituduh bernikah dengan pengganas. Arina juga katanya, selepas tiga kali ditunjukkan gambar Nordin mengakui wajah suaminya adalah mirip lelaki berkenaan.

"Bagaimanapun dia hanya kenal suaminya bernama Ade Abdul Halim, suaminya bekerja di Makasar, sebagai guru di pondok pesantren," kata Asludin di sini semalam .


Arina, yang lahir pada 1984 itu mengaku pada 2006 ketika dia bersekolah di Yogyakarta telah dipanggil pulang oleh ayahnya Baridin dan dinikahkan dengan Ade Abdul Halim yang kemudiannya memperolehi dua orang anak.
"Kalau pergi ke luar rumah, suaminya itu menghubunginya melalui surat yang diberikan ayahnya. Kalau melalui telefon jarang," kata Asludin.

Arina juga tidak tahu menahu mengenai penemuan bom di belakang rumahnya di Cilacap, selain hanya mengetahui bapanya seorang petani yang mengajar kelas mengaji al-Quran di masjid. - Utusan.
]

Itu beritanya.. Saya jengok pula blog http://mediaislam-bushro.blogspot.com/ itu, berisi pengakuan keterlibatan Nordin Mat Top dalam kes Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton pada 17 Julai tempo hari, atas nama Islam dengan memasukkan ayat-ayat Al-Quran. Sila layari blog tersebut.

Antara komen mengenai blog itu:

[..Bisa dipastikan bahwa yang menulis pernyataan resmi dari Tandzim Al Qo’idah Indonesia bukan bu Muawwidz Nur Din bin Muhammad Top seperti yang tertulis dib log itu, hal ini bias dilihat dari beberapa kejanggalan, antara lain:

1..Pada awal tulisan tertulis “
KETERANGAN RESMI TANDZIM AL QO’IDAH INDONESIA” padahal Nordin M Top tidak pernah mengakui batas teritorial Negara-negara Melayu, kelompok Islam keras ini pergerakannya meliputi seluruh kepulauan Melayu, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Philipina.

2..Pada kata penutup yang ditulis dengan huruf Arab tertulis “al-mukminun”, disini jelas-jelas salah, berarti penulisnya mereka yang tidak paham Bahasa Arab.


3..Pada Pernyataan kedua poin 2 tertulis “Menghancurkan kekuatan mereka di negeri ini” kata ini disini yang dimasudkan adalah Indonesia padahal mereka sekali lagi tidak mengakui Negara selain Negara Islam, jadi alas an kedua ini tidak pernah dijadikan alasan mereka.


4..Tanggal Posting terlalu jauh jaraknya dengan kejadiannya, Kebisaan ini tidak lazim, Pernyataan Resmi kelompok teroris biasanya ditulis paling lambat 3 hari setelah peristiwa terror.


5..Blog yang dipakai ini gratisan, dan dengan sangat mudah sekali ditemukan dari mana penulis mempostingnya…. dan itu artinya bukan tipologi Nordin M Top.]


Dari beberapa alasan pada komen di atas...

i....Penulis Blog ini adalah orang atau sekolempok orang yang mempunyai kepentingan lain….

ii...Bisa orang yang sengaja memperkeruh masalah supaya Konsentrasi Polisi terpecah…

iii..atau bisa juga kelompok pelaku bom itu sendiri,

iv..sengan asumsi pelaku Bom di JW Marriote dan Rizt Calrton bukan kelompok Noordin M Top, disini bisa dianalisa bahwa sampai sekarang polisi belum menemukan pelakunya dan belum berani memastikan bahwa pelakunya adalah kelompok Nordin M Top,


v...penulis yang sekaligus pelaku terror ini membiaskan kembali supaya perhatian dan konsentrasi polisi terpecah sehigga memberikan ruang waktu bagi mereka untuk menyusun strategi persembunyiannya dan berupaya mencari kambing hitam…. .


vi..jangan-jangan…yang diisyaratkan SBY itu benar lho……]

Saya lihat lagi komen-komen lain antaranya menyebutkan...


[ Namun selaku orang awam saya coba menganalisa sedikit mengenai blog ini dari sudut pandang saya:

Pertama,
Ada kesan tergesa-gesa dari pembuat blog ini. Ini terlihat dari desain blog yang hanya menggunakan desain template sederhana, dan juga tanpa tambahan widget.

Kedua,
Isi yang ditulis merupakan copy paste dari tulisan yang ditulis di Ms Word, dengan tulisan arab menggunakan plugin al-quran word. Kalau mau nyoba bisa di pluginnya. download disini

Ketiga,
Penulis (siapapun dia), mengerti cara menyembunyikan identitas, dengan tidak ditampilkannya identitas dia di menu Profile

Keempat,
Apakah ketika menulis artikel tersebut penulis bisa juga menggunakan IP Address palsu sehingga tidak bisa di lacak dimana ia menulis? Ini saya gak bisa mastikan. tapi kalau bisa, berarti kemampuan mengelabui nya dah lumayan canggih. ]

Komen Catatan Santai
:

Satu
: Nampaknya teknik yang sama digunakan untuk menyerang pihak lawan. Di Selangor baru-baru ini telah diwujudkan laman web palsu untuk menyerang Kerajaan Pakatan. Begitu juga web yang menyerang peribadi DS Anwar Ibrahim. Dan wujud pula penulis-penulis upahan yang kerjanya mengacau weblog yang tak sealiran dengan pemerintah.

Kedua
: Mengenai kes bom di Jakarta itu, setakat ini masih belum ada bukti jelas mengenai keterlibatan Nordin Mat Top, walau Presiden Indonesia cuba mengaitkannya dengan JI atau Jamaah Islamiah. Jangan jadi macam Amerika Syarikat terus menghukum tanpa bukti, hingga kesannya ditanggung oleh dunia. Kesan yang dikatakan ke'pengganas'an ke atas ekonomi dunia. Bayangkan berapa banyak AS perlu peruntukkan untuk menghapuskan hantu pengganas yang dia sendiri ciptakan?

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos 3, 2009.

Pertemuan Najib-Nik Aziz 20 Minit, PM Terkejut

IA satu kejutan. Malah Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui ia sesuatu yang beliau sendiri tidak duga. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz tiba-tiba muncul menyertai pimpinan UMNO Kelantan menyambut ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu Sabtu lalu.


Ini mengenangkan beberapa hari sebelumnya Mursyidul Am PAS itu membuat kenyataan terbuka ‘ pergi jahanam UMNO’ ketika menjelaskan beliau hanya berminat nak merapatkan hubungan kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pusat dan bukan nak berbaik dengan UMNO. Juga sehari sebelum itu yakni Jumaat, Nik Aziz memberitahu beliau akan membangkitkan isu kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada satu mesyuarat mengenai Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) di Putrajaya pada Isnin hari ini.

Tiada siapa tahu kenapa tujuan beliau hadir di lapangan terbang itu. Kebiasaanya dari segi amalan protokal Menteri Besar hanya hadir bilamana Perdana Menteri datang untuk hadir sesuatu acara rasmi kerajaan di negeri itu. Namun kedatangan Najib kali ini adalah untuk merasmikan majlis politik iaitu Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Bharu.

Apapun kehadiran yang tidak dijadual itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz berbual selama 20 minit di lapangan terbang itu. Pada pertemuan itu Perdana Menteri telah meminta Menteri Besar Kelantan itu menjaga perasaan ahli UMNO jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Ini dipercayai jelas merujuk kepada kenyataan ‘ pergi jahanam UMNO’ mengenangkan pimpinan UMNO sendiri selama ini tidak pernah mengeluarkan kata-kata sekesat itu pada PAS. "Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah Tok Guru Nik Aziz. Saya terima bila Tok Guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada Tok Guru tolong jaga perasaan orang UMNO. Tapi saya rasa Tok Guru faham apa yang saya maksudkan," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kota Baharu pada 1 Ogos itu.

Najib berkata Nik Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat. "Buatlah cara baik buatlah cara menghormati orang lain," katanya. Najib berkata hakikatnya UMNO dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.

Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza daripada segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah. "Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (UMNO) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah.. Sebab itu kita (UMNO) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah UMNO memimpin lebih 50 tahun," kata Najib.

Sementara itu bercakap kepada wartawan kemudiannya Najib Najib memberitahu semasa pertemuan di lapangan terbang itu Nik Aziz turut menyentuh soal royalti minyak kepada Kelantan, pembinaan jejantas di Kelantan, pelancongan dan pembinaan sebuah pelabuhan di Tumpat. Perdana Menteri berkata beliau menjelaskan soal royalti masih dalam kajian kerajaan Pusat kerana ini melibatkan kawasan pertindihan. "Buat masa sekarang saya tidak dapat memberi jawapan lagi. Bila selesai kajian, saya atau pun wakil Kerajaan Pusat akan sampaikan kepada kerajaan negeri," katanya. Najib berkata beliau akan menyemak permintaan Menteri Besar yang lain.

Sementara itu pada sebelah petangnya Tok Guru Nik Aziz ketika ditemui wartawan di lapangan terbang Kora Bharu sebelum berangkat ke Kuala Lumpur memberi alas an ‘ kena bercakap’ sebab PAS tak ada radio dan televisyen untuk jawab isu berbangkit. ''Kalau saya buat pekak telinga begitu tak boleh, nanti pula pengikut pakatan akan jadi bermasalah pula, saya terpaksa jawab, tak boleh saya diam begitu. Pihak Perdana Menteri orang nak kata apa pun, kalau dia senyap pun tak apa, dia ada radio, televisyen, dia boleh jawab bila-bila masa,'' katanya.

Beliau memberitahu Najib ada sebut agar beliau jangan cepat sangat menjawab provokasi wartawan. Nik Aziz juga menegaskan beliau tidak akan berhenti selagi ada pihak yang menyerangnya. ''Saya memang tak kacau orang, tetapi kalau orang kacau saya, macam mana. Tidak boleh, kalau saya senyap, saya tak boleh jawab melalui radio, televisyen, saya tak ada apa, nak bercakap mulut, ceramah mana boleh," katanya. -(1/8/2009 Sumber Agenda Daily/AK)

17 Lagi Belum Dibebaskan Termasuk MP Pakatan

TAHANAN ISA DIBEBASKAN... Naim Jusri memeluk isterinya Nussaibah Ariffin dan anaknya Masirah naim sebaik dibebaskan oleh polis kerana menyertai demonstrasi anti-ISA kelmarin.--foto THE STAR oleh: ABDUL RAHMAN SENIN

Mstar Online: Isnin Ogos 3, 2009: ISA: 17 termasuk MP Pakatan ditahan reman

KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara kelmarin dikenakan perintah reman selama dua hari yang akan berakhir hari ini.

Kesemua mereka yang direman itu terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita.

"Bagaimanapun remaja yang berumur 18 tahun ke bawah telah dibebaskan secara berperingkat bermula awal pagi ini," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dalam respons SMS kepada Bernama.

Antara yang direman ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)R. Sivarasa.Seramai 572 individu daripada 589 orang yang ditahan semalam turut dibebaskan hari ini.

"Kesemua 17 individu itu kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan didakwa atau dibebaskan," katanya.

Kesemua mereka yang ditahan itu adalah antara sebahagian 10,000 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berhimpun dan berarak secara haram seawal 7 pagi kelmarin untuk menghantar memorandum mansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, usaha GMI untuk menghantar memorandum itu menemui kegagalan ekoran ketegasan pasukan keselamatan mengekang rancangan mereka.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Sunday, August 02, 2009

530 orang dibebaskan, Mengapa 59 masih ditahan?


Ahad Ogos 2, 2009: 530 orang dibebaskan, 59 masih ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 530 daripada 589 orang yang ditahan semalam kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram mansuhkan ISA di ibu negara dibebaskan hari ini.

Antara baki 59 orang yang masih ditahan ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R.Sivarasa.

Mereka kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan dikenakan perintah reman atau dibebaskan.

Suasana di balai polis itu sedikit kecoh apabila ibu kepada seorang yang ditahan merayu di perkarangan balai itu untuk bertemu dengan anak lelaki dan menantunya yang ditahan dalam insiden semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dalam sistem pesanan ringkasnya (SMs) kepada media hari ini berkata mereka dibebaskan selepas keterangan mereka selesai diambil.

Katanya kesemua yang ditahan semalam disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis. Syahredzam Johan, antara peguam dari Majlis Peguam yang bertindak mewakili mereka yang ditahan, ketika ketika ditemui di balai itu berkata proses menanti pembebasan atau dikenakan tahanan reman mengambil masa kerana ia melibatkan proses dokumentasi yang rumit selain melibatkan jumlah yang ramai ditahan.

Mereka yang ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara semalam termasuk 44 remaja di bawah umur 18 tahun.

Beberapa kawasan utama di ibu kota menjadi kelam kabut semalam apabila lebih 10,000 penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) meneruskan perhimpunan dan perarakan haram itu untuk menyerahkan memorandum kepada kepada Yang diPertuan Agong bagi pemansuhan akta itu.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Khalid menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa penasihat Undangundang Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Pembela Negara (Magaran) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berjaya menyerahkan memorandum kekalkan ISA di Istana Negara petang semalam.

Menurut Abdul Bari, Mohd Khairul Azam gagal menyerahkan memorandum terbabit kerana tiada pegawai istana yang layak menerima memorandum berkenaan. BERNAMA

Singapura, Dr Burhanuddin & Husam Musa




CATATAN PERJALANAN DI PULAU SINGA (2)

"PADA saya, walaupun ekonomi membangun, tetapi orang Islam seolah-olah di bawah penjajahan. Tidak bebas melaksanakan agama sendiri di atas tanah air kita sendiri... " Itulah yang terngiang-ngiang di telinga saya selepas sholat subuh itu, walaupun dia bukan seorang ahli akademik atau ahli politik. Walaupun juga di Singapura dikatakan tidak ada orang Melayu Islam yang merempat miskin atau papa kedana, di tengah-tengah pembangunan negara itu.

Teringat lagi saya kisah sejarah perjuangan umat Islam di Singapura di mana Prof Dr Burhanuddin, Presiden PAS ke 3 di seret ke penjara di zaman penjajahan sebelum tertubuhnya PAS, dalam kes Natrah yang baru meninggal dunia baru-baru ini. Begitu juga kisah Khadijah Sidek yang menurut sesetengah penulis sejarah mengatakan beliau pernah menjadi Ketua Muslimat PAS peringkat awalan, pernah ditahan dan melahirkan anak pertama dalam penjara di kota ini. Sila lihat siri sejarah PAS yang telah saya paparkan dalam blog ini Siri 1 hingga 30 walaupun masih belum selesai lagi.

Semalam (26 Julai), saya terima telefon kawan saya yang sudah puluhan tahun tidak bertemu kecuali beberapa tahun lepas jumpa di muktamar PAS Kelantan. Beliau menelefon saya bertanya mengenai pandangan saya tentang Prof Dr Burhanuddin. Kerana beliau dijemput membahas Ucapan pembentangan pemikiran Prof Dr Burhanuddin oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz & Anwar Ibrahim di Shah Alam pada 2 Ogos ini (hari ini). Beliau adalah YB Datuk Husam Musa.

Saya beri pandangan saya secara spontan kira-kira...

1.. Dr Burhanuddin seorang pejuang Islam yang memilih pendekatan nasinalisme, sesuai dengan suasana masa itu. Akhirnya beliau menyertai PAS meninggalkan Partai Rakyat, di mana beliau dihadiahkan sebuah Qur'an oleh Dewan Pemuda PAS sebagai simbolik supaya jangan lari dari perjuangan Islam.

2..Beliau adalah seorang tokoh intelek dan ulama pada masa itu. Seorang dokter perubatan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Jadi bukan perkara baru dalam PAS mengenai kes profesianal dan ulama. Beliau boleh diterima oleh semua golongan sebelum itu, termasuk pihak UMNO pernah menjemput beliau berceramah atau bentangkan pemikiran beliau.

3..Beliau seorang pemimpin yang kurang bernasib baik kerana selayaknya beliau boleh jadi pemimpin utama Malaysia. Dalam pertemuannya dengan Sukarno dan pemimpin kemerdekaan Indonesia di Taiping untuk sama-sama mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia serentak dengan Tanah Melayu, di mana beliau dipilih sebagai pemimpin utama di Tanah Melayu atau Malaya selepas peninggalan Jepun. Tetapi kerana beberapa sebab cita-cita tersebut tidak terlaksana. Hal ini yang perlu diberi perhatian.

Kesimpulannya, Dr Burhanuddin adalah seorang pejuang atau mujahid yang mempunyai peranan besar dalam meniupkan semangat kemerdekaan menentang penjajahan di Malaya, Singapura, India dan negara-negara jiran. Kerana dia juga rapat dengan Mahatma Gandhi di India. Beliau adalah seorang pemimpin perjuangan peringkat global. Jadi rakyat malaysia, bahkan rakyat Singapura masa kini perlu meneliti pemikiran beliau..

Wassalam.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Woodlands Julai 27 2009.

Sila lihat...

Sambungan Video Klip Himpunan Bantah ISA.

Sambungan..

6..


7..


8..


9..

Sudah 589 Ditahan, Termasuk 11 Pemimpin..


Mstar Online Ahad Ogos 2, 2009
ISA: 11 pemimpin Pakatan akan dipanggil; 589 ditahan semalam

KUALA LUMPUR: Seramai 589 orang termasuk 44 remaja di bawah umur 18 tahun yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan dan perarakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara sehingga pukul 11 malam tadi.

Dalam pada itu, 11 orang termasuk pemimpin Pakatan Rakyat telah dikenal pasti menghasut demonstrasi di ibu negara semalam dan mereka akan dipanggil untuk memberikan kenyataan kepada polis.

Mereka termasuklah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Sebahagian pemimpin berkenaan berucap di beberapa lokasi ketika perhimpunan anti-ISA.

"Mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohd. Sabtu Osman.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 549 lelaki dan 40 wanita yang akan disiasat di bawah Akta Polis 1967.

"Daripada jumlah itu, 27 orang adalah pelajar yang mana 20 orang terdiri daripada pelajar berumur 17 tahun ke bawah manakala bakinya adalah pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun," kata beliau dipetik Bernama.

Mereka yang ditahan adalah antara sebahagian penyokong GMI yang berhimpun dan berarak secara haram seawal 7 pagi bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bagaimanapun usaha GMI itu untuk menghantar memorandum itu menemui kegagalan ekoran ketegasan pasukan keselamatan mengekang rancangan mereka. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails