Monday, August 10, 2009

Pandangan Terbuka Kepada MB Selangor ..


AS-SALAMU 'ALAIKUM.

SAYA dari Blog Ibnu Hasyim adalah sebahagian dari rakyat di negeri Selangor dan negara Malaysia ini. Sebagai rakyat kepada pemimpin yang memimpin rakyat Islam di negeri ini, maka berkewajipan bagi saya meluahkan perasaan insan beragama Islam, dan 'wajib' menegur pimpinan yang menghalang kebebasan umat Islam melaksanakan tugas-tugas Islam dan kemanusiaan dalam negerinya sendiri.

Pertama
:

Saya bersetuju dengan PAS Selangor mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan seragam sesuai dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama yang berlaku sekarang ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

Saya bersetuju juga dengan gesaan supaya pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini, termasuk mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

Contohnya, peritiwa yang berlaku di peringkat PBT Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 30 Julai 2009 lalu. Berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk perkenalkan peraturan mengawal jualan arak di kawasan masyarakat majoriti penduduk Islam sahaja. TIDAK sama-sekali di kalangan masyarakat bukan Islam.

Tetapi telah dicampuri oleh 'pihak-pihak yang tertentu', mempertikaikan keputusan pihak PBT dan pegawai MBSA melaksanakan tugasnya, yang ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran sepatutnya. Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

Kedua
:

Melihat kepada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1955, berkuatkuasa sejak 22 November 1996, kerajaan bertanggungjawab memastikan rakyat jelata beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti membabitkan arak, sebagai suatu kesalahan jenayah syariah. Melalui Enakmen ini Seksyen 18 (1) dan (2) disebutkan:

(1) Mana-mana orang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, meminum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan. Dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun atau kedua-dua sekali.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan. Dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 3 tahun atau kedua-dua sekali.

Apa yang menarik lagi, PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah wajar sesuai dengan kedudukan masing-masing 'untuk membebaskan umat Islam dari arak'. Pihak saya setuju sangat. Kerana hal ini 'wajib' dilakukan secara serius berterusan menurut adab, peraturan atau undang-undang sedia ada, demi keselamatan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam dalam kontek di negeri ini.

Bukan wajib kepada ahli PAS sahaja, bahkan kepada seluruh manusia yang memilih cara hidup Islam, samada PAS, UMNO, PKR, DAP (ahli Islam) dan lain-lain, kecuali kepada yang menolak tidak mahu kepada seluruh cara hidup Islam, yakni bukan Islam. Kepada mereka yang menolak itu tiada apa-apa, tetapi kalau sudah pilih Islam kena ikut semua tuntutannya. Melihat kepada peraturan Islam sendiri, meminum arak atau akohol yang memabukkan merupakan salah atau 'dosa besar', maka ia haram diminum samada banyak atau sedikit, jadi mabuk atau tidak.

Seperti firman Allah SWT..

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Quran Al Maidah: Ayat 90).

Dan Nabi Muhammad SAW pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak melalui sabdanya..

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya,
(2) yang minta diperahkannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.”
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Ketiga:

Saya juga bersetuju dengan rakan Pakatan Rakyat itu, di mana PAS Selangor dapat mengesan keseluruhan rentetan kes-kes ini adalah berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu. Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti sama-sekali tidak serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

Keempat:

Oleh itu ada satu lagi masalah, dilihat kepada maksud Ayat Al-Quran dan Hadis Nabi di atas, umat Islam dan kerajaan Selangor kena fikirkan bagaimana untuk membebaskan umat Islam dari arak, terutama kepada mereka yang terlibat bekerja dengan kilang arak. Ada beberapa kilang yang membekalkan arak ke seluruh negara dari Selangor.

Contohnya, Mufti perlu memberi penjelasan dari segi hukum dan hasil yang didapati, kerana sudah ada surau-surau di kilang-kilang tersebut. Bagaimana hendak menangani masalah perkerja yang kalau perlu digantikan dengan pekerja bukan Islam contohnya, ...dan sebagainya lagi. Semuanya ini tidak lepas dari tanggungjawab seorang pemimpin, tidak kira samada pemimpin itu Islam atau tidak.

Akhirnya: Seperti kata seorang Khalifah Islam zaman lampau sewaktu dilantik menjadi pemimpin, '... seketul daging kambing yang jatuh ke dalam sungai pun, aku sebagai Khalifah bertanggungjawab mengetahui atau mennganinya...' Apalagi dalam masalah rezeki, makan minum, hal-haram, berkah dan lain-lain, adalah menjadi kewajipan termasuk pemerintah menanganinya. Allahu Aklam.

Blog Ibnu Hasyim
ibnuhasyim@gmail.com

KL-Ampang Ogos10 2009.


Sila lihat sebelumnya..

Biadap: 'Siapa Anak Haram .....Ini' -Loke Siew Fook


'Biadapnya Pemuda DAP' diangkat dari http://zul4kulim.blogspot.com/
Salam 2 all.
gambar Loke Siew Fook

KENYATAAN AKHBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock. Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin. Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya.

Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina. Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat?

Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang? Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut).

Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka. Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Jawab Loke Siew Fook dalam blognya
http://lokesiewfook.blogspot.com/

Monday, August 10, 2009 Laporan Polis Menafikan dakwaan palsu

Media Statement by DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah Loke Siew Fook on Monday, 10 August 2009 in Kuala Lumpur. POLICE REPORT TO DENY UNFOUNDED ALLEGATIONS AND LIES THAT I HAVE INSULTED ISLAM AND THE SULTAN OF PERAK I’ve just lodged a police report at Dang Wangi Police Station to deny unfounded allegations and lies which was spread by certain blogs and SMS circulation claiming that I have made statements insulting Islam and the Sultan of Perak. I wish to deny strongly that neither DAPSY nor I have ever issued any statements that insult Islam or the Royalty. Those are lies spread by certain irresponsible parties out to tarnish the image of the DAP and tried to paint DAP as anti-Islam and anti-Malays.

My police report as below:

LAMPIRAN LAPORAN POLIS

Saya datang ke Balai Polis IPD Dang Wangi pada hari ini 10 Ogos 2009 untuk membuat satu repot polis untuk MENAFIKAN dengan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menulis beberapa artikel yang dikatakan menghina agama Islam dan DYMM Sultan Perak serta Raja Nazrin Shah. Dalam 2 hari ini, beberapa blog dalam internet dan sebaran SMS telah menuduh saya menulis tulisan yang dikatakan menghina Islam dengan kata-kata lucah dan kesat dan yang terbaru menuduh saya menghina Sultan Perak.

Mereka mendakwa saya telah menulis artikel-artikel tersebut dalam sebuah laman blog http://sjsandteam.wordpress.com/. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu-menahu tentang kewujudan blog ini dan tidak tahu siapa pemunya blog tersebut. Saya hanya mengetahui bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab yang telah meletakkan satu kenyataan akhbar saya yang bertajuk “Ridhuan Tee must apologize to Teoh Bneg Hock’s family” ke dalam blog tersebut. Selepas itu, ada pemberi-pemberi komen yang saya tidak tahu siapa telah menulis beberapa ayat yang kesat terhadap Ridhuan Tee dan agamanya. Saya langsung tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen tersebut.

Dalam blog yang sama, terdapat satu lagi artikel yang dikatakan saya menghina Sultan Perak dan Raja Nazrin yang didakwa oleh dua blog iaitu marahku.blogspot.com dan kitaanakmelayu.blogspot.com. Saya menafikan sekerasnya-kerasnya dakwaan tersebut. Saya TIDAK pernah menulis apa-apa tulisan berkenaan dengan Sultan Perak. Ini adalah satu dakwaan yang palsu dan fitnah terhadap saya.

Saya membuat laporan ini untuk menafikan dakwaan-dakwaan tersebut dan mengharapkan tuduhan yang palsu itu dapat diberhentikan.

Sekian laporan saya.
.

Friday, August 7, 2009 Saya hina Islam?

Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang Ahli Parlimen PR yang cuba menghentam saya kononnya saya menghina agama Islam. Mereka menggunakan pelbagai saluran; komen dalam blog saya, emel dan sebagainya untuk mencaci saya dengan perkataan-perkataan rasis dan menjijikkan.

Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock. Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa. Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam. Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock.


Yang keduannya, kenyataan daripada Ahli Parlimen tersebut mengatakan bahasa yang digunakan oleh DAPSY mencaci agama Islam (petikan daripada sebuah blog). Saya ingin menegaskan bahawa bahasa-bahasa yang tidak senonoh tersebut BUKAN sebahagian dari kenyataan saya tetapi adalah komen-komen daripada pembaca blog tersebut yang saya tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu samada YB tersebut sengaja memutarbelitkan fakta atau tidak faham baca kenyataan akhbar. Memang kita menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang kerja mereka saban hari ialah cuba mengambarkan DAP sebagai parti anti-Islam. Agenda mereka cukup diragui dan sememangnya ada "udang di sebalik batu".

Rakan-rakan dan para penyokong PR khasnya dari PAS di NS yang pernah mendengar ceramah saya mengenali siapa saya dan cara pemikiran saya. Saya menghormati semua agama dan kaum. Saya tidak akan membalas orang yang menggunakan perkataan yang cukup rasis terhadap saya dengan perkataan yang sama. Kalau kita dalam PR mempunyai fikiran begitu, kita hanya akan jatuh dalam perangkap UMNO! Saya yakin majoriti orang Muslim di Malaysia menolak cara pemikiran yang rasis seumpama itu.

Saya "reproduce" kenyataan saya di bawah ini dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai kenyataan tersebut.


Media Statement by Loke Siew Fook in Petaling Jaya on Tuesnesday, 4th August 2009:

Mohd Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock’s family and two chinese language dailies!

It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.

By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.

Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.

By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.

As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.

DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character
.

Blog Ibnu Hasyim: Saya paparkan kenyataan-kenyataan berikut bukan untuk memancing emosi tetapi sebagai kenyataan penjelasan untuk menjernihkan suasana. Allahu 'aklam.

Chef Wan: Pelancaran Buku Resepi Terbarunya..

HALAMAN HIBURAN

-ALLAH bagi bakat kepada saya untuk memasak dan menulis buku jadi saya perlu turunkan ilmu ini kepada orang lain.
-Apa yang saya letak dalam makanan, samalah seperti apa yang saya tulis dalam buku saya..kalau tak ibarat saya berjalan dalam kegelapan.
-Pada saya, takkan rugi kita berkongsi resepi dengan orang lain kerana Allah akan ganti dengan berpuluh lagi rezeki kepada saya.

-Kekadang, menimbun-nimbun idea yang tiba-tiba keluar..Insya-Allah, saya akan menerbitkan buku seterusnya iaitu mengenai resepi makanan laut kerana sebelum ini saya telah pergi ke Barcelona, Sepanyol.

Lanjutnya...
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/8/10/mstar_hiburan/20090810071642&sec=mstar_hiburan

MB S'ngor Patut Peka Perasaan Umat Islam..


Isnin Ogos 10, 2009. Isu Perasaan Umat Islam: Bekas Mufti kecewa

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd. Asri menyatakan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah tokoh DAP yang tidak menghormati perasaan orang Islam.

Menurut beliau apa yang lebih menyedihkan ada orang Islam sendiri yang menyokong mereka (sesetengah pandangan pemimpin DAP ke atas Islam) dan terus membiarkan keadaan ini berlaku.

"Mereka (DAP) disokong oleh sesetengah pihak yang 'lantang tidak seimbang' yang bernama muslim, mereka seakan membiarkan keadaan ini berlaku.

"Mereka yang 'tidak seimbang' ini hanya 'garang dan cengih' sesama muslim, tetapi membiarkan orang lain membelasah muslim secara biadap," kata Dr. Asri.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bandar Kulim , Zulkifli Nordin meminta Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Foke supaya memohon maaf kepada Dr. Mohd Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam amnya.

Dalam satu kenyataan Loke yang disiarkan oleh sebuah laman blog, Ahli Parilmen Rasah itu mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan, mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Dr. Ridhuan dalam tulisnya mempertikaikan langkah menghalalkan 'anak luar nikah' yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Dalam pada itu, Dr Asri turut melahirkan perasaan kecewa beliau dengan cara Loke mengkritik Dr. Mohd. Ridhuan yang juga pengerusi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). "Saya rasa dukacita dengan bahasa dan cara mereka, seperti biasa memang akan ada orang yang memakai 'topeng bernama Islam' menjustifikasikan mereka.

"Secara umumnya, saya bersetuju dengan kenyataan Zulkifli Nordin," kata Dr. Asri

Komen Blog Ibnu Hasyim: YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim kena sedar ini, apalagi bila beliau selaku Menteri Besar Selangor baru-baru ini mengumumkan pembenaran 7-eleven terus menjual arak di semua rangkaiannya. Beliau seolah-olah lansung tidak ada keinginan untuk membendung aktiviti yang terang dan nyata haram di sisi agama Islam. Beliau patut kena peka terhadap perasaan umat Islam di negeri ini, jangan jadi macam pemimpin UMNO!! (AK)

P'raya kecil P/Pasir 25 Ogos... Ada Tips Lagu Politik..


PUTRAJAYA Isnin Ogos 10, 2009: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir akan berlangsung pada bulan Ramadan dengan penamaan calon ditetapkan pada 17 Ogos ini.

Jika ada pertandingan, hari mengundi adalah pada 25 Ogos. Ia diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Blog Ibnu Hasyim menghadiahkan tips 'Lagu Politik' untuk hiburan santai anda...

Klik di sini..
Hibur, Hibur Sikit...11 (Lagu Politik)

Hibur, Hibur Sikit...11 -Lagu Politik


















SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

Album I

Album II

Kelantan Tetap Perjuangkan Hudud Walau Dihalang Pusat.


Jangan terkejut, gambar-gambar di atas ini cerita lama, PEWARIS menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS (Friday 02 January 2009)... Tiada kena mengena hal di bawah.


KOTA BHARU, 9 Ogos 2009. HARAKAH melaporkan, biar pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 tidak dapat dilaksanakan di negeri ini kerana dihalang kerajaan pusat, namun sambutan Hari Hududullah tetap diadakan setiap tahun.

Tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 21 Syaaban 1430 bersamaan 12 Ogos depan bertempat di Besar Balai Islam, Lundang. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato' Mohd Azamli Jamaluddin berkata, sambutan Hari Hudud diadakan setiap tahun sebagai usaha memberi pendidikan dan kefahaman kepada masyarakat tentang syariat dan undang-undang Islam.

"Pelaksanaan syariat Islam terutamanya hudud merupakan prasyarat dan pemangkin pembentukan negara yang aman, makmur dan sejahtera. Ini selaras dengan firman Allah swt yang menceritakan perihal kerajaan Saba' ayat 15 yang bermaksud," (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun." katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Menurutnya sambutan tahun ini bertema 'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan' akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.15 malam. Selepas perasmian diadakan forum perdana dan dialog berkaitan perundangan Islam. Forum perdana Hududullah bertajuk 'Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, Antara Realiti dan Harapan'.

Ahli panel iaitu Adun Manir, Dato' Harun Taib, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Manakala Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAHEAIK, Ustaz Mohd Suhaimi Mohamed bertindak sebagai pengerusi. Mohd Azamli berkata, antara objektif sambutan Hari Hududullah ialah menjana kesedaran masyarakat syariat dan undang-undang Islam penyelesaian kepada masalah jenayah dan keruntuhan akhlak manusia.

Selain itu memberi penerangan mengenai keistimewaan dan keadilan syariat dan undang-undang Islam. "Ia juga memberi kesedaran syariat dan undang-undang Islam relevan dan sesuai dilaksanakan di Malaysia. Selain itu dapat membincangkan masa depan undang-undang Islam di Malaysia," katanya. (2MA)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails