Sunday, August 16, 2009

P/Pasir, Era Menggempur Bermula Dengan 5 Prinsip...



Permatang Pasir Ogos 16 2009.

LAJNAH Penerangan PAS Pulau Pinang akan terus menggunakan 5 prinsip amanat pemimpin PAS kepada ahlinya dan akan ditambah lagi dengan pelbagai agenda dalam usaha memenangi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Prinsip ini telah digunapakai semasa Pilihanraya Kecil DUN Penanti hujung Mei lalu.

Demikian dilaporkan oleh wakil Blog Ibnu Hasyim dari sana sebentar tadi. 5 prinsip itu ialah:

1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. Memperlihatkan akhlak mulia sebagai Muslim
3. Menjadi ahli yang patuh kepada arahan pimpinan parti
4. Istiqamah dalam memenangi Pakatan Rakyat
5. Turun mengundi bagi yang layak untuk mengundi.

Pada Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, Mei lalu, PAS telah bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman menang dengan bergaya. Kali ini, PRK DUN Permatang Pasir yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man telah terpilih menjadi calon dan awal-awal lagi kesemua saf kepimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi.

DAP merupakan komponen PR yang pertama menubuh jentera pilihanrayanya dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Taman Ciku, Bukit Mertajam kelmarin (15 Ogos) manakala PKR pula menggerakan secara rasmi jenteranya malam ini (16 Ogos), tandanya era menggempur sudah bermula. (RD)

Perkahwinan: Mustahil, Kalau Bukan Kerana Cinta -Akhil Hayy


HALAMAN HIBURAN

Ahad Ogos 16, 2009 :Akhil - Waheeda selamat diijabkabul

Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijabkabulkan. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.

Waheeda dan Akhil bergambar bersama anak-anaknya, Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

"Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

"Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun.

"Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

"Tetapi, mustahillah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya.

"Insya-allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membimbing Waheeda dan anak-anak," kata Akhil.

Menurutnya lagi, jika mengikut perancangan awal, dia ingin melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos.

"Jika ikutkan, saya rancang untuk bernikah pada 21 Ogos, malam sebelum Ramadan dan semua tetamu boleh bersembahyang Tarawih bersama-sama.

"Tetapi bila melihat tarikh 16 Ogos ini lebih memudahkan keluarga dan saudara-mara lain untuk datang, jadi kami pilih saja tarikh hari ini," ujarnya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Menerusi perkahwinannya dengan Maiza, mereka dikurniakan empat orang anak.


Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

"Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena."

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

"Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

"Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara.

"Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak," kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

"Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan," katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara 'rahsia'.

"Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami.

"Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu," katanya.

Sebuah lagi resepsi di Gopeng, Perak juga akan dibuat seminggu kemudiannya.



Joko Sarjono & Air Setiawan.. Syahid - Abu Bakar Baasyir

JENDELA GLOBAL



HIDAYATULLAH 14 Ogos 2009 menyebutkan, berdasarkan informasi Polri (Polis RI), kediaman SBY (Presiden Susilo Bambang) di Puri Cikeas bakal diancam bom oleh kelompok Noordin M Top.

Pengasuh Ponpes (Mudir Pondok Pesantren) Al Mukmin Ngruki, Ustaz Abu Bakar Baasyir pula menilai hal itu tidak lebih dari propaganda belaka. "Rancangan Cikeas itu adalah sebuah propaganda pengalihan isu teroris (pengganas) global kepada teroris tempatan Indonesia, kerana yang disasarkan itu (kononnya) adalah seorang Presiden," kata Baasyir, semasa melawat jenazaah Eko Joko Sarjono dan Air Setiawan, di Brengosan, Solo, petang kelmarin.

Menurut Baasyir, selama ini pengebom selalu mensasarkan kawasan yang ada kaitan dengan kepentingan Amerika Syarikat. Tak masuk akal jika mereka mensasarkan rumah SBY.
Amir Jamaah Anshorut Tauhid ini menganggap Eko Joko Sarjono dan Air Setiawan yang terkorban dalam penyergapan Densus 88 di Jatiasih Bekasi untuk menangkap Noordin M Top itu sebagai seorang mujahid.

Baasyir pun mendoakan kedua jenazah itu. "Eko dan Air adalah mujahid, mudah-mudahan mereka syahid kerana darahnya masih mengalir, " ujar Baasyir.

Blog Ibnu Hasyim: Kalau mereka yang dianggap teroris itu 'syahid', bagaimana kedudukan perjuangan polis RI, kalau mati syahid jugakah?

(2MA)

Sila lihat artikel lalu..

Apa Faedahnya Berita Bogel Ini Disiarkan?

HALAMAN HIBURAN
Berita Mstar Online: Ahad Ogos 16, 2009 Lady GaGa bogel untuk majalah homoseksual
Lady Gaga membuat persembahan di The Glastonbury Festival 2009 di England pada 26 Jun 2009. -foto REUTERS

PENYANYI Lady GaGa telah berbogel untuk muka depan 'Out Magazine' - satu majalah bulanan homoseksual yang popular.

"GAGA GONE WILD" merupakan keterangan gambar muka depan Lady GaGa.

Gambar tersebut memperlihatkan Lady GaGa duduk di sofa. Dalam foto itu juga, terdapat tanda-tanda darah pada mulutnya.

Penyanyi yang terkenal dengan pakaian yang melampau-lampau itu digambarkan sebagai "seorang pengantin perempuan Frankenstein yang diserang oleh puntianak seksi dan akhirnya menjadi pontianak".

Menurut laporan media, jurugambar Ellen Von Unwerth menangkap gambar-gambarnya untuk majalah hiburan dan gaya hidup.

Sesetengah foto yang digunakan dalam majalah itu menunjukkan GaGa bergaya dengan beberapa posisi yang agak lucah.

Lady Gaga bergambar dengan satu rangka dalam beberapa keping foto.

Baru-baru ini, Lady GaGa dikhabarkan dihubungi oleh People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) untuk bergaya bogel untuk kempen iklan mereka, "I'd Rather Go Naked Than Wear Fur."

Blog Ibnu Hasyim: Cuba anda fikirkan apa baiknya berita seperti ini disebarkan ke tengah masyarakat Malaysia. Terutama baik untuk agama.. apa agama sekalipun, baik untuk negara Malaysia tertutama untuk pembangunan dan bangsa Malaysia. Mari cuba sama-sama fikir-fikir. (AK).

Selamat Pengantin Baru Akhil Hayy-Waheeda.

HALAMAN HIBURAN

HULU SELANGOR: Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuatspekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30,akan dinikahkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, di sini, hari ini.

Selamat Pengantin Baru dari Blog Ibnu Hasyim.

Arak,: Tolong Jawab Ini, UMNO Atau DAP Hina Islam..


OGOS 16,2009. Menurut Blog Perisik Rakyat bertajuk 'Fatwa Baru UMNO: Tidak Salah Muslim Kerja Tempat Jual Arak', bahawa...
  • Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi membidas tindakan JAIS menahan seorang penyanyi kelab malam, Azlina Abas, beserta 24 orang Islam yang lain di Restoran The Ship, Damansara Utama, tengah malam 10 Jun 2000 dan mendakwa tidak menjadi kesalahan bagi setiap Muslim untuk bekerja di tempat menjual arak.
  • Isu serbuan JAWI di Kelab Zouk pada 13 Januari 2005 dan menahan penyanyi Jeslina Hashim, 27, dan beberapa pengunjung Islam atas dakwaan meminum arak, Ketua Pemuda UMNO, Khiary Jamaluddin mengkritik tindakan JAWI malah menegur Exco Pemuda UMNO, Shamsul Najmi Shamsuddin yang menyokong tindakan JAWI. Khairy mengatakan tindakan Shamsul hanya pandangan peribadi dan bukannya pendirian Pemuda UMNO.
  • Ekoran bantahan pemimpin UMNO, pada 15 Februari 2005, JAWI mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap Jeslina dan rakan-rakan muslimnya yang turut ditahan di kelab tersebut.
Blog Ibnu Hasyim: UMNO mencipta fatwa sesat? Membolehkan berkerja di tempat arak dan membenarkan jualbeli dan orang Islam meminumnya. Mana baik dengan DAP (atau PR) Selangor yang cuma pertahan dan jualbeli pada bukan Islam sahaja bagi negeri Selangor? Mengapa UMNO tidak laksanakan pengharaman arak pada negeri yang dia kuasai di Malaysia? Siapa sebenarnya hina atau menentang Islam?

Sila jawab UMNO atau juak-juaknya..

Untuk pengetahuan anda semua, ulama-ulama dalam UMNO peringkat awal penubuhan terpaksa keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS adalah antara sebab-sebabnya adalah kerana UMNO jadi penaja arak dan judi yang ditentang oleh agama Islam.

Hal ini berdasarkan... Seperti firman Allah SWT.. “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Quran Al Maidah: Ayat 90).

Dan Nabi Muhammad SAW pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak melalui sabdanya.. “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya,
(2) yang minta diperahkannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.”
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Sila rujuk..

Siri Sejarah PAS & tulisan di bawah ini.. (2MA)

Saturday, August 15, 2009

SPRM DS Ahmad Said Patut Dipecat -Lau Weng San



PESURUHJAYA Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Seri Haji Ahmad Said bin Hamdan harus dipecat kerana kegagalannya dalam menjalankan tugasnya dalam siasatan skandal PKFZ yang melibatkan amaun RM12.5 bilion. Demikian dinyatakan oleh Lau Weng San Setiausaha DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku di Petaling Jaya melalui blognya semalam.

Menurutnya, Pasukan Tugas Khas (Task force) yang ditubuhkan pada Jun 2009 telah dalam tempoh tiga bulan yang lalu telah mendapati bahawa pemaju PKFZ, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) telah mengenakan bayaran lebih kurang RM1 bilion yang sebenarnya sama ada terlebih bayar, tidak berasas malahan bayaran itu mungkin adalah palsu. Bayaran RM1 bilion ini merupakan lebih kurang 30% daripada kos keseluruhan projek ini yang berjumlah RM3.522 bilion, tanpa mengira kos faedah.

Contohnya Pasukan Tugas Khas ini mendapati tuntutan yang dikenakan terhadap infrastruktur elektrikal yang bernilai RM55.8 juta, serta kerja-kerja infrastruktur kejuruteraan awam dan pembinaan kabel elektrikal 33 kV yang bernilai RM83 juta mungkin ialah tuntutan palsu kerana kerja-kerja ini tidak pernah dilakukan. Selain itu, terhadap juga kerja-kerja Variation Order (VO) sejumlah RM550 juta yang tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana dokumen.

"Saya berasa terkejut dengan apa yang diperolehi oleh Pasukan Tugas Khas ini kerana SPRM atau BPR sebelum ini seharusnya boleh menjalankan siasatan yang sama dan memperolehi butiran-butiran yang sama seperti ini dan kita tidak perlu menunggu sehingga sekarang untuk mengetahui penyelewengan-penyelewengan ini.

"Ini sekali lagi menunjukkan kegagalan SPRM dalam menjalankan tugasnya bagaikan “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak”. SPRM harus memfokuskan segala kudrat tenaganya dalam menyiasat kes PKFZ yang melibatkan wang berbilion-bilion ringgit ini. Walaupun begitu, SPRM memilih untuk tidak mengambil tindakan awal untuk merawat isu PKFZ ini tetapi menjadikan kes ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang melibatkan beberapa ribu ringgit sebagai sasaran.

"Kegagalan SPRM di bawah pengelolaan Dato' Seri Haji Ahmad Said bin Hamdan harus dikecam dan kerajaan persekutuan harus menggantikan beliau dengan seorang lagi yang lebih sesuai dan dapat menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama." Katanya lagi.

Begitu juga mengenai Sebuah badan NGO bernama GERAK yang diketuai oleh Mohd Nazree Mohd Yunos telah pada 30 Julai 2009 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap YB Rodziah Ismail, EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Batu Tiga berkenaan dengan beberapa tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan peruntukan DUN Sementa yang diangkat oleh YB Rodziah Ismail sebanyak RM375,000.

"Mengapakah SPRM belum menyiasat kes rasuah BN yang dilaporkan lebih awal daripada kes Rodziah?" Cabarnya lagi. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails