Thursday, September 10, 2009

Tahniah Sahabatku 1.. Jaguh Matematik..

Mohd Suhaimi Ramly, Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa Malaysia.

Mohd Suhaimi turut berkongsi ilmu dengan menulis buku. Untuk dapatkan buku ini atau apa-apa khidmat berkaitan sila hubungi blog beliau..
http://suhaimiramly.wordpress.com/

Jaguh Matematik

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

Mohd Suhaimi dipilih antara juri termuda pertandingan dunia

TIDAK ramai yang tahu, bidang Matematik juga sebenarnya ada seni kreatif tersendiri. Bukan setakat bermain dengan nombor tetapi juga membabitkan pemikiran kreatif dan kritis bagi membolehkan seseorang itu layak digelar pakar Matematik.

Ini bermakna, pelajar sekolah khasnya digalakkan sentiasa berfikir bagi mencari jalan penyelesaian sendiri bagi setiap permasalahan dan bukan setakat menerima dan mengamalkan kaedah tertentu dalam buku pelajaran atau diajar guru.

Mohd Suhaimi Ramly, 27, yang kini bergelar Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) Malaysia adalah antara genius Matematik yang terpilih sebagai juri termuda untuk menghakimi pengiraan markah pertandingan IMO peringkat dunia.

Anak muda itu mengakui, pertandingan IMO itu bukannya suatu yang mudah kerana ia membabitkan pelajar terpilih di seluruh dunia, namun di situlah terletaknya keseronokan menyahut cabaran sebagai peserta dan kini beliau bertindak selaku jurulatih.

Sehubungan itu, setiap kali tiba musim pertandingan IMO peringkat dunia membabitkan 108 negara, ketika itulah pasukan IMO Malaysia sibuk mencari bakat baru dan melatih mereka supaya berfikiran kreatif.

"Ramai yang tersalah anggap. Tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam Matematik dan sering mendapat markah A layak menyertai IMO.

"Matematik sebenarnya memerlukan pelajar sentiasa ligat berfikir mencari jalan penyelesaian bagi setiap soalan atau permasalahan. Mereka perlu kritis dan kreatif. Sebab itulah pada sesi latihan, hubungan mereka dengan pengajar umpama jurulatih dan pemain.

"Hubungan ini berbeza jika dibandingkan antara guru dengan murid kerana jurulatih akan mendedahkan taktik dan pemain akan melaksanakan dengan pelbagai cara. Sudah semestinya mereka perlu berfikir dan idea sentiasa berkembang," katanya.

Mohd Suhaimi sendiri pernah muncul antara pelajar terbaik pernah dilahirkan bagi pertandingan IMO, termasuk meraih anugerah juara Olimpiad Matematik Kebangsaan pada 1998 dan 2000.

Berdasarkan kejayaan itu, Suhaimi terpilih mewakili negara selama empat tahun berturut-turut bagi IMO peringkat Asia Pasifik dan peringkat dunia di Romania, Korea dan Amerika Syarikat bermula 1999 hingga 2001.

Namun, sejak pertandingan Olimpiad Matematik peringkat kebangsaan diperkenalkan mulai 1970-an, sering kedengaran rungutan pelajar dan guru mengenai masalah mereka tidak biasa dengan kaedah, soalan dan cara penyelesaiannya.

Menyedari masalah itu, Suhaimi mengambil pendekatan bijak untuk berkongsi pengalamannya melalui penulisan buku khas mengenai asas Matematik bagi pertandingan Olimpiad bertujuan memudahkan guru dan pelajar membuat rujukan.

"Buku itu mengandungi empat siri dan ia sebenarnya membabitkan nota lama yang disimpan sejak peringkat sekolah hingga sekarang. Ia terbukti banyak membantu dan pada masa sama saya sering mendapat input baru daripada pelajar yang banyak menampilkan idea bernas," katanya.

Menyingkap sejarah pembabitan awalnya dalam bidang Matematik Olimpiad, anak jati Kuala Lumpur ini mengakui ia menyedari bakatnya selepas terpilih mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk pertandingan peringkat kebangsaan dengan muncul naib juara.

Tanpa sebarang latihan, beliau terkejut dengan keputusan itu seterusnya ditawarkan berlatih bersama Prof Abu Osman (Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk mewakili negara. Kini beliau menjadi ketua jurulatih menggantikan gurunya dan sudah 10 tahun mengetuai kontinjen Malaysia.

Sekalipun ahli keluarga langsung tidak terbabit dalam bidang itu, beliau mengakui dorongan kuat keluarga yang banyak memberi kemudahan mendapatkan buku dan internet banyak membantunya belajar untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Selain menerbitkan buku panduan khas untuk Olimpiad Matematik, beliau juga banyak memberikan ceramah kepada pelajar dan guru serta terbabit dalam pertandingan peringkat MRSM dan Matrikulasi.

Profil
Mohd Suhaimi Ramly
Tarikh lahir: 29 Disember 1982
Ayah: Ramly Mustafha, 58
Ibu: Zainab Abd Ghani, 59

Adik beradik:

  • Nurfariza, 31, (doktor)
  • Nurul Aini, 29, (pegawai kerajaan)

    Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Selangor (1995-1997)
  • Maktab Rendah Sains Mara, Jasin Melaka (1998-1999)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat (2001-2005)

    Kerjaya:
  • Pengarah Urusan Ardent Eduicational Consultants Sdn Bhd
  • Pengarah Eksekutif Aidan Corporation Sdn Bhd

    Kepakaran:
  • Matematik: Algebra, Kombinatoriks, Teori Nombor, Geometri, Analisis Fungsian
  • Latihan Olimpiad Matematik kepada guru dan pelajar
  • Ketua Jurulatih Malaysia ke IMO 2007 - kini

    Info
    Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa

  • Hampir 600 pelajar terbaik dunia terpilih
  • Ujian peperiksaan dua hari
  • Enam soalan dalam masa sembilan jam
  • Markah berdasarkan kaedah pemikiran kreatif pelajar menjawab soalan
  • 108 negara bertanding.
  • 100 juri profesional seluruh dunia
  • Peserta mesti berusia bawah 20 tahun dan belum memasuki universiti.
  • Road To London 2012: RM16 Juta Untuk Dapatkan RM1,000?

    SUKAN

    KUALA LUMPUR, 9 Sept 2009: Pemuda PAS mempersoal tindakan kerajaan Malaysia membelanjakan RM16 juta bagi tempoh 2009 hingga 2012 untuk menjayakan program 'Road to London 2012' bertujuan mencari pingat emas pertama Malaysia daripada Sukan Olimpik di London pada 2012.

    Mereka bukan menolak insentif sukan tetapi meminta meminta kerajaan melihat kembali proses pembinaan atlit negara dahulu dan sekarang di samping kedudukan ekonomi negara kini, kata ketuanya, Nasrudin Hassan. Dalam tempoh 2009 - 2012, secara puratanya kerajaan akan membelanjakan RM5.3 juta setahun bagi 19 atlet yang dipilih dari empat acara sukan iaitu badminton, memanah, berbasikal dan terjun.

    Nasrudin berkata dalam satu kenyataan berkata, Pemuda PAS tidak menolak jika perbelanjaan itu mempunyai asas yang kuat untuk kebaikan rakyat di seluruh negara. Namun apa yang dipersoalkan adalah nilainya yang terlalu tinggi iaitu RM16 juta untuk seketul pingat emas olimpik yang berharga kurang dari RM1,000.

    Menurut laman web WikiAnswer, seketul pingat emas secara puratanya mempunyai berat sekitar 250 gram dengan kandungan sebenarnya adalah 244 gram perak dan 6 gram emas yang disadur dipermukaannya. Harga antarabangsa pada akhir 2008 hanyalah sekitar USD 300 sahaja. "Mungkin Kerajaan Malaysia tidak memandang kepada nilai pingat emas itu, tetapi lebih terdorong oleh semangat 'Malaysia Boleh' di mana Kerajaan mengharapkan kemahsyuran negara di peringkat antarabangsa dalam dunia sukan olimpik,"katanya.

    Ujarnya juga, kemasyuran yang dikejar itu hanyalah satu catatan sejarah yang belum pasti memberikan impak politik dan moral yang besar kepada negara dan dunia sukan. Malah kemahsyuran itu juga pastinya tidak lama, sama seperti misi-misi 'Malaysia Boleh' sebelum ini.

    Pada era pemain bola sepak lagenda negara Allahyarham Moktar Dahari, seluruh atlit sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk negara walaupun mereka tidak diberikan ganjaran yang besar seperti hari ini. "Berdasarkan pengalaman itu, DPPP menyedari bahawa kejayaan atlit kita dahulu banyak didorong oleh motivatisi diri sendiri dan bukannya dengan pembaziran yang melampau. Mereka juga menghabiskan masa berlatih dalam negara dan hanya keluar negara jika ada pertandingan."

    DPP mencadangkan agar budget sebesar itu digunakan untuk atlit negara menyertai lebih banyak pertandingan di luar negara, dan bukannya sekadar berlatih sahaja. Dengan lebih banyak pertandingan yang disertai maka mereka akan merasai lebih banyak pengalaman dan motivasi diri akan meningkat. "Dalam masa yang sama, kita juga boleh memecahkan anggapan rakyat bahawa atlit kita hanyalah sekadar jaguh kampung," katanya.

    Pemuda PAS juga, katanya, menyokong bidang sukan kerana ia adalah keperluan jasmani yang penting, khususnya dalam memupuk generasi yang cergas dan sihat. "Namun kerajaan harus berjimat cermat demi kebaikan semua pihak terutamanya dalam suasana kegawatan ekonomi ini," ujarnya.

    Pemuda PAS turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua atlit yang berusaha keras bagi mengharumkan nama negara selama ini. Sama ada mereka mendapat pingat atau tidak, DPPP yakin bahawa mereka sudah berusaha sebaik mungkin ke arah itu. (Sumber Harakah dll)

    Ada kaitan dengan sukan...

    Wednesday, September 09, 2009

    Pijak Kepala Lembu 6 Ke Mahkamah, UMNO Terlibat?

    6 yang dituduh...

    SHAH ALAM Rabu September 9, 2009: Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan membawa dan memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lepas.

    Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

    Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy serta Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

    Kesemua perbuatan itu didakwa mempunyai kecenderungan menghasut, yang mana perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan permusuhan terhadap rakyat beragama Hindu. Mereka didakwa didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit pada masa yang sama. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak

    Penduduk Seksyen 23 di sini, yang mengetuai bantahan terhadap cadangan kerajaan Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke kawasan berkenaan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar mencadangkan agar kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin. Peguam Datuk Salehuddin Saidin, yang mengetuai pihak pembelaan, membantah jumlah jaminan yang dicadangkan kerana menganggap ianya amat tinggi dan satu bebanan kepada kesemua tertuduh.

    Beliau berkata kesemua anak guamnya telah dimaklumkan semalam bahawa mereka akan dituduh hari ini dan mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis. "Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh juga menunjukkan seolah-olah ia satu kesalahan menghina agama lain sedangkan mereka tidak berniat untuk berbuat demikian. Bagi orang Melayu lembu melambangkan kebodohan dan bukan membawa penghinaan kepada agama lain," katanya sambil memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM500 setiap seorang.

    Mohd Dusuki pula berkata jumlah jaminan RM500 yang dimohon oleh pihak pembelaan tidak wajar dan tidak sesuai dengan pertuduhan kerana kes itu mendapat liputan meluas media elektronik dan cetak serta banyak laporan polis dibuat berhubung insiden itu. "Justeru mohon RM15,000 dikekalkan kerana jumlah itu wajar berdasarkan kepada latar belakang kes yang mendapat liputan meluas media dan melibatkan kepentingan awam," katanya.

    Mendengar hujahan pihak pendakwaan, Salehuddin bangun dan berkata liputan meluas media terhadap kes itu tidak seharusnya dijadikan faktor oleh mahkamah dalam menentukan jumlah jaminan. "Takkan kita nak hukum tertuduh berdasarkan liputan meluas itu," katanya.

    Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita nak tengok UMNO, MIC, PKR, DAP atau PAS yang terlibat? (Pelbagai Sumber/AK)

    Tarian Poco-poco PLKN... Sila Beri Komen.

    HALAMAN HIBURAN




    "SALAM.. ana nak tanya, dikatakan tarian poco2 tu adalah tarian org Kristian pasal pergerakannya seperti bentuk salib, harap tuan dapat mengupas hal ini..." Itu pertanyaan kepada Blog Ibnu Hasyim melalui g-mail chat sebentar tadi.

    Dia juga rupanya terima e-mail dari teman-temannya. Begini bunyinya...

    "Salam... pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat (masa dalam PLKN, secara paksa rela). Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini, asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini..

    'Assalammualaikum. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.

    Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib. Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

    Masya Allah...Penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.

    Jadi, penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

    Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM...."

    Sebagai contoh, sila lihat video klip di atas. Kami paparkan kepada anda untuk mendapatkan komen-komen dan pandangan anda. Sila beri komen di sini atau e-mail kepada ibnuhasyim@gmail.com

    Sekian. Wassalam. (IH)

    Hibur, Hibur Sikit...16 -Ucapan Hitler, Sukarno, WS Rendra & Tunku Abdul Rahman.









    SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

    Album I

    Album II

    Nik Aziz Setuju Beri Kerjasama Cadangan Najib..




    CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

    KOTA BHARU, Sept 8 — Menurut The Malaysian Insider, sebagaimana dijangka, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikapnya, tidak sedia berbincang dengan Umno. Bagi beliau, ia isu lama dan tidak perlu dibangkitkan lagi. PAS, katanya, tetap dengan prinsipnya tidak akan bersetuju untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi parti itu tetap dengan apa yang ada padanya sekarang.

    Kenyataan itu ditegaskan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya petang ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini. Najib menyuarakan hasrat tersebut di dalam ucapannya pada satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai petang semalam.

    Pada majlis yang sama Najib turut mengumumkan kerajaan pusat telah meluluskan projek pembangunan kawasan Manek Urai sebanyak RM8.9 juta sebagai menepati janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lepas. Antara projek yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Manek Urai sampai sekarang ialah janji Barisan Nasional akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

    Namun Nik Aziz, masih meragui keikhlasan Umno. Baginya, sekiranya Umno benar-benar ingin jaga Islam lebih baik Umno terus bertindak menukar dasar partinya supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat. Bagaimanapun beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat menyediakan peruntukan pembangunan bagi Dun Manek Urai, dan berharap peruntukan itu akan terus dikesinambungkan kerana ia memang menjadi tanggungjawabnya.

    Di Kuala Lumpur, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyifatkan tawaran Najib untuk sekian kalinya kerana Umno sekarang sedang tersepit. Umno perlukan PAS untuk menyokongnya selepas terperangkap dalam isu perkauman yang diciptanya sendiri, kata Salahudin.

    Pada saya, walaupun tajuk asal The Malaysian Insider 'Nik Aziz: Terima kasihlah Saya Tidak Minat', sebenarnya boleh difahamkan bahawa Tok Guru Nik Aziz memang berminat, tetapi dengan syarat...

    1.. Tukar perlembagaan UMNO kepada dasar Islam, dari dasar kebangsaan atau asobiah sempitnya.

    2.. Buktikan dulu kejujuran UMNO. Contohnya beri balik wang royalti minyak Kelantan yang 'dipinjamkan' oleh Kerajaan Pusat. Tv malam tadi menyebutkan, semua sepatutnya telah dipersetujui, tarikh 'bayarbalik' saja yang perlu diuruskan segera, seperti kehendak Nik Aziz. Begitu juga menyiapkan pembangunan Manek Urai termasuk jambatan seperti yang dijanjikan dalam pilihan raya kecil di situ baru lalu.

    Ada orang kata, dah BN tak menang di Manek Urai bagaimana nak lulus bantuan? Soalnya, itu bukan bantuan. Itu hak rakyat, kerana cukai kerajaan kutip atas rakyat. Kalau tak mahu siapkan pembangunan kepada rakyat Kelantan, jangan kutip segala macam cukai, termasuk cukai pendapatan kepada rakyat Kelantan. Biar Kelantan uruskan sendiri hak rakyatnya. Tapi ikut kenyataan di atas 'telah meluluskan projek pembangunan kawasan Manek Urai sebanyak RM8.9 juta'... Kita tunggu tengok.

    Kira-kira sebulan lepas, saya bersama-sama penulis Harakah dijemput menghadiri majlis makan malam menyambut kemenangan Parti Rakyat dalam mendaftar partinya, pimpinan Saudara Hasan Karim. Siti Nor anak tokoh rakyat Hamid Tuah berucap, antara lain menyebutkan bahawa di saat Parti Perikatan (sekarang BN) tersepit selepas kegagalan pentadbirannya hingga berlaku peristiwa 13 Mei 1969, ayah kepada PM sekarang Allahyarham Tun Razak menghulurkan tangan meminta bantuan kerjasama dari PAS.

    Disambut baik oleh Dato' Asri Yang Di Pertua PAS masa itu. Maka wujudlah Kerajaan Campuran bersama PAS. Juga bersama parti-parti lain lagi yang disebut Barisan Nasional (BN). Selepas yang tersepit ditolong, rupanya bila agak bebas dia gigit balik si penolong itu. Maka PAS diterajang keluar dengan biadap dari BN. Barulah PAS tahu, huduh sungguh perangai binatang itu!!

    Mungkin itu sebabnya Siti Nor memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin pembangkang sekarang supaya jangan mengulangi lagi kesalahan lalu (kerjasama/perpaduan dengan BN). BN sekarang sudah tersepit lagi. Contohnya seperti keputusan dalam PRU 12 yang lalu. Kini anaknya PM Najib mengulangi lakonan ayahnya lagi. Al-hamdulillah, dalam kes ini Tok Guru menghimbau kembali kenagan lama bersama BN. Beliau ingat pesanan Nabi SAW, jangan dipagut ular dua kali dalam satu lubang. Itu sebab beliau letak syarat, UMNO mesti tukar dasar kepada Islam. Baru boleh percaya!

    Kalau hal ini berlaku, ertinya UMNO setuju ikut Islam secara praktikal, bukan cuma mengaku saja, maka saya adalah orang pertama akan menyertai UMNO kalau ada kesempatan! Jadi, saya simpulkan makna tersirat berita di atas, Tok Guru Nik Aziz setuju beri kerjasama cadangan Najib... menurut syarat-syarat seperti yang di tentukan.

    Wallahu 'aklam.

    Ibnu Hasyim Catatan Santai
    Sept 09, 2009.
    KL.

    Tuesday, September 08, 2009

    Lihat Burung & Hidupan Liar, Jadi Sumber Pendapatan.

    JOM KREATIF

    Burung Kedidi.. ada kedidi Kaki Hijau Berbintik, Kedidi Dada Merah dan Kedidi Timor manakala kemunculan burung Kedidi Dian Kecil dan Kedidi Besar ialah antara yang terbanyak di Malaysia. Tengok kekerdilan alam nampak kebesaran Ilahi.

    Peminat burung dari Persatuan Pencipta Alam Malaysia (MNS) melihat burung di mana kehadiran 32 species burung pantai telah dirakamkan pada 7 September 2009. Terdapat juga kira-kira 15,000 ekor burung air yang berhijrah dari iklim sejuk di Teluk Bako-Buntal di Kuching.-fotoBERNAMA. Manusia bijak berkreatif menggunakan sumber alam, tetapi Allah Maha Kreatif lagi.. dalam menciptanya.

    TIMUR laut Bandaraya Kuching, terletak di 40 km ialah Teluk Bako-Buntal, sebuah kawasan luas dataran lumpur dipagari hutan serta Gunung Santubong yang tersergam di sebelah barat dan Taman Negara Bako di sebelah timur. Mata pencarian utama penduduk di dua kampung Melayu di kawasan itu, Kampung Bako dan Kampung Buntal, ialah menangkap ikan tetapi semakin ramai kini menceburi aktiviti pelancongan.

    Lokasi Teluk Bako-Buntal, satu daripada dua tapak projek untuk Konvensyen Tanah Lembap (Konvensyen Ramsar) di empat negara Asia Tenggara, yang begitu dekat dengan ibu negeri ibarat 'pedang dua mata'. (Satu lagi tapak projek sebegini yang selalu disinggahi burung air ialah di zon utara/tengah pantai Selangor).

    Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Kuching, Rebecca D'Cruz berkata teluk itu mempunyai potensi besar bagi aktiviti eko-pelancongan tetapi wujudnya pembangunan infrastruktur dan kehadiran petempatan manusia yang tinggi bertindak sebagai satu tekanan yang berterusan terhadap kawasan dan sumber semula jadi di teluk itu.

    "Kampung Bako ialah satu-satunya pintu masuk ke Taman Negara (Bako) dan penduduk memperoleh pendapatan yang baik dengan membawa pelancong keluar dan masuk manakala beberapa syarikat menawarkan pakej lawatan hidupan liar di kawasan teluk di mana Kera Bekantan (Monyet Hidung Besar atau Monyet Belanda), ikan lumba-lumba (dolfin), buaya, api-api serta beberapa spesies burung dapat dilihat secara dekat". Beliau memberitahu demikian kepada Bernama.

    Peminat burung dari MNS Kuching sentiasa menjadikan kawasan di teluk itu sebagai tempat bagi aktiviti melihat burung di mana kehadiran 32 spesies burung pantai telah dirakamkan dan terdapat juga kira-kira 15,000 ekor burung air yang berhijrah dari iklim sejuk. Antara burung-burung air yang paling ketara sekali kehadirannya ialah burung Kedidi Kaki Hijau Berbintik, Kedidi Dada Merah dan Kedidi Timor manakala kemunculan burung Kedidi Dian Kecil dan Kedidi Besar ialah antara yang terbanyak yang dicatat di Malaysia.

    "Apa yang signifikan di tahun-tahun kebelakangan ini ialah kehadiran 31 Burung Bangau Cina yang dicatatkan pada tahun 2003, iaitu sebanyak satu peratus daripada jumlah burung ini di dunia dan mungkin juga jumlah yang terbesar dicatat di Borneo hingga kini," kata D'Cruz.

    Menurut beliau, rekod terdahulu ialah 13 ekor di Brunei pada Disember 1984 dan antara 15 hingga 25 ekor pada April 1986, yang menunjukkan betapa pentingnya teluk itu dari aspek perlindungan burung di dunia. Tinjauan berterusan yang dijalankan sejak tahun 1900-an dan juga catatan rekod lampau menyatakan burung Kedidi Kaki Hijau Berbintik telah kelihatan di Buntal sejak Februari 1913 manakala Kedidi Timor didapati dengan banyaknya di teluk berkenaan, kata beliau.

    Kawasan teluk itu juga mencatatkan penambahan dalam populasi Kera Bekantan di mana spesies dilindungi ini telah membiak dan boleh ditemui hingga ke Santubong. D'Cruz berkata aktiviti melihat dolfin dan buaya semakin meningkat dan kawasan delta itu mempunyai kehadiran ketara tiga jenis ikan lumba-lumba iaitu Dolfin Empesut, Dolfin Merah dan Lumba-lumba Ambu serta juga buaya tembaga.

    "Buaya yang agak besar boleh dilihat berjemur di atas tebingan lumpur dan mungkin merupakan populasi buaya yang terpenting di negeri ini," kata beliau, sambil menambah kata objektif kajian itu ialah untuk menambah baik status perlindungan di teluk berkenaan melalui kumpulan perlindungan tempatan (LCG). Dalam mempromosi kaedah pendekatan ini sebagai sumbangan efektif terhadap pelaksanaan Konvensyen Ramsar di Malaysia, LCG merupakan pertubuhan berasaskan komuniti yang bergerak untuk mencari penyelesaian isu-isu perlindungan alam semulajadi.

    "Kejayaan pendekatan ini banyak bergantung kepada tahap kesedaran mereka yang terlibat," D'cruz menyentuh tentang projek untuk menggalakkan sumber rezeki lestari di kawasan tanah lembap terutamanya bagi penduduk Kampung Bako dan Kampung Buntal. Selain Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam juga terlibat dalam projek memperteguh kerjasama 'kerajaan-pertubuhan komuniti' yang disokong daripada tabung Darwin Initiative (United Kingdom), Keidanren Nature Conservation Fund (Jepun) dan Kementerian Alam Sekitar negara Jepun.

    Projek itu juga menerima restu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang bertindak sebagai badan pentadbir bagi konvensyen terhadap tanah lembap di Malaysia. Pada mulanya projek itu akan berlangsung selama dua tahun dan mempunyai opsyen untuk disambung setahun lagi. "Tanah lembap Asia Tenggara penting untuk biodiversiti, ekonomi negara-negara dan juga kesejahteraan komuniti tempatan tetapi malangnya tanah lembap ini seringkali dilihat sebagai kawasan yang tidak produktif dan kemudian ditukar untuk kegunaan lain," kata D'Cruz.

    Menurut D'Cruz kawasan tanah lembap dan separa lembap Asia Tenggara merupakan tempat bergantung spesies yang terancam serta endemik yang amat penting dari segi perkhidmatan eko-sistem bagi komuniti tempatan. Di seluruh negara terdapat enam kawasan yang diwartakan sebagai tapak Ramsar iaitu Tasek Bera, Pahang (1994), Pulau Kukup, Sungai Pulai dan Tanjung Piai di Johor (2003), Taman Negara Tanah Lembap Kuching, Sarawak (2005) dan Kawasan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama, Sabah (2008) dengan jumlah keluasan 134,158 hektar. (Sumber Bernama dll/AK)

    Sila lihat siri-siri kreatif..

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails