Tuesday, October 13, 2009

MCA Buang Pemimpin Tak Bermoral Tapi UMNO... Nik Aziz


KOTA BAHRU, 13 Okt : Umno disaran mempelajari cara berpolitik dari MCA, iaitu menolak pemimpin yang tidak mempunyai moral dan terlibat dengan pelbagai skandal. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selama ini orang cina lebih pandai berpolitik berbanding dengan cara politik orang Melayu Umno.

"Cara MCA berpolitik lebih pandai berbanding dengan Umno, dengan menolak Presiden dan Timbalan Presidennya kerana terlibat dengan rasuah dan skandal dengan wanita.. Saya puji MCA, cara mereka menyelesaikan masalah dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa dan tidak mengunakan kekerasan," katanya.

"MCA buang pemimpin yang tidak bermoral tetapi Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral (rasuah)," katanya lagi.

Ujarnya, keadaan ini sangat memalukan lebih lebih lagi sebagai parti orang Melayu dan mengaku beragama Islam, Umno sepatutnya lebih memahami nilai-nilai murni agama berbanding MCA. MCA ujarnya walaupun sebuah parti kaum Cina, faham dan tahu membuat penilaian untuk kepentingan parti mereka.

"Umno yang mengaku bahawa Isa Samad terlibat dengan rasuah tetapi Umno masih pilih lagi dia sebagai calon dan menang dengan majoriti yang banyak, jadi di mana duduknya moral politik Umno?," soalnya.

Tuan Guru menambah, selepas krisis dalam MCA selesai, mereka akan berasa jijik untuk bersama dengan Umno, kerana Umno bersama dengan parti yang menerima bulat-bulat pemimpin yang tidak bermoral. "Mana boleh orang bersih duduk sekali dengan orang yang kotor. Kalau sayalah, bersih nak duduk sekali dengan orang, busuk mana boleh. Kalau MCA ada mNaioral dia tak boleh berkawan dengan Umno Umno yang tak bermoral," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui oleh wartawan di Bilikan Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, semalam.

Ekoran EGM MCA: Cina Perlu Ambil Peluang Ini -Nik Aziz.



KOTA BHARU, 13 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi berkata, orang Cina di negara ini perlu mengambil peluang untuk memimpin negara ini dengan mengkaji, menyertai dan seterusnya memimpin Islam. Ini kerana, orang Cina jelas cerdik dalam berpolitik dan patut memimpin orang Melayu.

Beliau merujuk kes perwakilan MCA yang menolak kedua-dua pemimpinnya yang dikira salah laku dan rasuah dengan memberikan isyarat kedua-duanya tidak layak memimpin orang-orang Cina dan MCA. Dalam persidangan luar biasa (EGM) MCA itu, perwakilan meluluskan undi tidak percaya kepada Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat. Perwakilan juga menolak usul untuk melantik semula timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek yang dipecat oleh Lembaga Disiplin parti itu. Namun perwakilan menerima beliau sebagi ahli parti.

Bagi Nik Aziz, keputusan ini melambangkan kebijaksanaan orang Cina berpolitik. Sehubungan itu, beliau menawarkan sekali lagi agar mereka mengkaji, menyertai dan memimpin Islam kerana mereka adalah kaum yang cerdik dan layak memimpin Islam berbanding orang Melayu sendiri. Demikian menurut sumber Harakah.

Sementara itu menurut Bernama, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu MCA menyelesaikan krisis kepimpinan parti itu 'di belakang tabir' agar tidak menyentuh sensiviti mana-mana pihak, yang ditemui pada majlis pelancaran Buku Amanat Ucapan Presiden Umno.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Dr Mahathir menyifatkan tindakan Datuk Onn berundur diri apabila cadangannya (agar Umno membuka pintu keahliannya kepada bangsa lain) ditolak oleh Umno ketika itu, adalah tindakan seorang lelaki budiman dan merupakan antara sumbangan terbesar Allahyarham kepada Umno.

"Beliau sepatutnya jadi Perdana Menteri yang pertama, tapi cadangan beliau tak dapat diterima oleh Umno, maka beliau dengan rela hati tarik diri. Ini sumbangan terbesar Datuk Onn... Apabila kita dah tak popular atau pendapat kita tidak lagi diterima, kita jangan timbulkan masalah, tapi undur diri dengan cara terhormat," katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pada Tok Guru Nik Aziz, keputusan persidangan luar biasa (EGM) MCA itu, adalah melambangkan kebijaksanaan orang Cina berpolitik. Sedangkan pada Dr Mahathir bekas Presiden UMNO, PM perlu campur tangan dari 'belakang tabir', seolah-olah politik orang Cina tiada kebijaksanaan, walaupun dalam kes Datuk Oon dianggap sebagai 'lelaki budiman'. (2MA)

Monday, October 12, 2009

Politik: Bila Ku Renung Bulan Mengambang Di Iran..


Banglo di lereng gunung musim salji di Iran.

Antara jalan menuju ke sana.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Di Iran 3

MALAM bulan mengambang penuh. Dari celah-celah pohon epal, palm, cherry dan entah apa-apa lagi, cahayanya luruh menimpai susuk wajahku, bersama kawanku orang Iran itu. Saya dan tiga lagi kawan dari Malaysia baru sampai ke kampung itu waktu hari sudahpun gelap. Kawan kami pemandu teksi dari Tehran beserta seorang pembantu, dan seorang keluarga-jauhnya, asal kampung itu mengiringi kami pulang ke kampungnya dari Tehran.

Kampung itu terletak jauh ke utara Tehran beberapa jam perjalanan. Bermula dari selepas subuh, melintasi gunung-gunung tinggi yang gondol. Melintasi lurah yang terdapat sungai, sebagai perairan kewujudan kebun-kebun hijau subur, dan penempatan kampung. Sekali sekala ternampak puncak gunung bersalji walaupun masa itu masih musim panas. Terasa kedinginan menggigit tubuh, apalagi kami yang sudah terbiasa dengan suhu khatulistiwa. Di situlah terletak kampung 'Quen' di Talegan.

Taleghan. Dulunya, semasa revolusi aku pernah dengar nama itu.. "Ayatullah Taleghani. Kawan rapat Imam Khomeini. Sama-sama meniup api revolusi membangunkan semangat perlaksanaan perundangan Islam di Iran. Dia anak daerah ini." Kata kawanku orang Iran yang juga anak daerah ini dalam perjalanan tadi. "Ayatullah Taleghani lebih hebat lagi, istimewanya beliau boleh diterima oleh semua golongan, termasuk puak Islam, nasionalis, liberal dan komunis." Jelasnya dengan bangga.

Di kampung inilah, kini saya sedang mencari kayu bersama pembantu pemandu teksi itu di perkebunan dekat rumah, sedang kawan-kawan lain menyiapkan makanan di dalam rumah. Dapatkan ranting-ranting mati sebagai bahan bakar untuk berdiang wujudkan api dalam rumah. Rumah yang dikosongkan penghuninya semata-mata untuk kami berehat.

"Buat apa renung bulan itu lama-lama, jom kita angkat kayu ini ke rumah, mungkin mereka sedang kedinginan perlukan kayu bakar.." Kata Haji Mahmud kawanku itu, dalam bahasa Inggeris. "Rindu kampungkah? Kalau nak renung lebih baik duduk berehat di atas anjung itu.." Sambil jarinya menunjuk arah anjung rumah banglo yang kami tumpangi.

Terdengar juga suara serigala bersahut-sahutan mengiringi bulan yang sedang mengambang penuh, terasa seolah-olah sedang menonton sebuah filem seram.

Kini, Iran selepas revolusi sudah dapat negara berdasarkan Islam, hasil perjuangan revolusinya. Maka Iran dilebelkan sebuah negara teokrasi dipimpin oleh ulama' dan agama rasminya ialah Syiah Islam, mazhab Imam Jaafar iaitu Usuli. Lepas revolusi, politik Iran terancam. Perang yang dipaksakan dengan Iraq, rebut kuasa dan ekonomi yang teruk terjejas. Penawanan kedutaan Amerika di Teheran keruhkan suasana dan hingga hari ini Switzerland yang jadi wakil Amerika di Iran. Tiada kedutaan Amerika di sini.

Pemimpin Tertinggi Iran bertanggung jawab sepenuhnya. Dialah ketua tentera dan berkuasa isytihar perang, ketua hakim, ketua rangkaian radio-tv, dan berkuasa melantik 6 dari 12 ahli Majlis Wali Iran. Pemimpin Tertinggi atau Pemimpin Agung itu dilantik oleh Majlis Pakar dan majlis ini juga berkuasa memecat beliau. Selain itu, Majlis Pakar juga bertanggung jawab mengawasi kerja Pemimpin Agung itu. Menurut Perlembagaan Iran, Presiden adalah orang kedua tertinggi dalam kerajaan.

Presiden Iran dilantik melalui pilihan raya umum dan akan menjalankan tugas selama 4 tahun. Semua rakyat berumur 18 tahun dan keatas berhak mengundi untuk presiden. Setiap calon presiden perlu dapat kelulusan daripada Majlis Wali Iran tadi. Tanggung jawab presiden ialah memastikan perlembagaan Iran dilaksanakan dan melaksanakan kuasa eksekutif kecuali bidang kuasa terus dengan Pemimpin Agung. Presiden juga mempunyai kuasa melantik dan mengawasi ahli-ahli kabinet, membuat keputusan bagi pihak kerajaan, dan meluluskan sesuatu sebelum dibawa ke badan perundangan. Badan perundangan Iran adalah berbentuk tunggal.

Begitulah kira-kira struktur politik Iran. Ahli Parlimen atau yang disebut Majlis e-Syura Eslami terdapat 290 orang. Dilantik menerusi pilihan raya setiap 4 tahun sekali. Apa yang penting kesemua ahli-ahli parlimen perlu mendapat kelulusan Majlis Wali Iran. Begitulah powernya Majlis Wali Iran. Majlis Wali yang terdiri daripada 12 pakar undang-undang termasuklah 6 ulama yang dilantik oleh Pemimpin Agung. Enam pakar undang-undang lain diundi oleh parlimen Iran di mana keenam-enam mereka dicalonkan oleh Ketua Kehakiman Iran. Majlis ini menafsirkan perlembagaan Iran dan berhak menolak rang undang-undang yang diluluskan parlimen jika dianggap tidak sesuai dengan perlembagaan atau undang-undang Syariah.

Hal inilah yang tidak ada dalam undang-undang sekular, hatta di negara yang disebut negara Islam sekalipun. Rang undang-undang ini kemudiannya akan dirujuk semula di parlimen. Jika berlaku perselisihan antara Parlimen Iran dengan Majlis Wali Iran, maka Majlis Penyesuaian Iran bertanggung jawab menyelesaikannya. Ia bertindak sebagai badan penasihat kepada Pemimpin Agung dan secara tidak langsungnya menjadi badan yang paling berpengaruh dalam pentadbiran negara. Mahkamah di Iran terbahagi dua kumpulan, iaitu Mahkamah Awam yang mengendalikan kes-kes jenayah umum, dan kedua ialah Mahkamah Revolusi yang mengendali kes-kes mengenai keselamatan negara. Keputusan Mahkamah Revolusi adalah tetap dan tiada permohonan semula dibenarkan.

Terdapat juga mahkamah untuk ulama yang melanggar undang-undang negara. Majlis Pakar pula, ahlinya adalah kumpulan ulama yang dilantik oleh rakyat Iran untuk berkhidmat selama 8 tahun. Berdasarkan undang-undang Iran, calon untuk majlis ini perlulah menjalani sebuah ujian bertulis untuk menguji kemampuan mereka dalam ijtihad. Majlis ini berkuasa melantik pemimpin agung dan juga berkuasa untuk memecat beliau pada bila-bila masa sahaja. Begitulah besarnya kuasa agama dalam sebuah negara seperti Iran.

Sambil mengumpul dan mengangkat ranting-ranting kering bawah pokok epal itu, kataku, "Bila ku renung bulan, aku teringat di negaraku, ada sebuah parti Islam yang berlambang bulan penuh seperti ini. Parti yang sudah 50 tahun berjuang untuk menegakkan Negara Islam tetapi masih tidak berjaya. Dari asalnya penduduk tanah airku yang hampir semuanya Islam, kini sudah mengecil hingga tinggal kira-kira 50% sahaja Islam sekarang, tambah menyulitkan untuk Islam dapat memerintah. Menyebabkan seolah-olah masih bertambah jauh dari kejayaan, Kerana yang menang dan memerintah sekarang adalah parti yang memperjuangkan kebangsaan dan asobiah sempit."

Teringat aku Ayatullah Taleghani yang dikatakan boleh diterima oleh semua golongan, termasuk puak Islam, nasionalis, liberal dan komunis. Bagaimana pemikirannya, mungkinkah agak sesuai di Malaysia? Agak-agak sama ke dengan pemikiran Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan Kelab Penyokong PASnya bagi mendapat sokongan atau undi dari masyarakat berbagai agama?

"Sekarang, kami pun sokong pembangkang!" Kata Haji Mahmud.

"Eh..Kenapa? Bukankah Presiden Ahmadenejad diterima ramai? Dalam Pilihan Raya12 Jun 2009 lalu, Suruhan Pilihan Raya Iran mengesahkan Mahmoud Ahmadinejad menang besar dengan 69 % rakyat Iran mengundi beliau?" Aku tersentak macam terperanjat.

"He is a trickyman!" Jawabnya, mengatakan liciknya Ahmadinejad.

Sambil bercerita, pada hari itu pengundian diadakan bermula jam 8 pagi (11.30 pagi waktu Malaysia) hingga 6 petang. Seramai 46 juta pengundi dari 30 wilayah di Iran, Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menggesa rakyat keluar mengundi dengan % tinggi. Presiden Mahmoud Ahmadinejad ditentang sengit oleh 3 calon lain iaitu bekas Perdana Menteri Iran Mir Hossein Mousavi, Mehdi karroubi dan Mohsen Razaee. Empat calon ini membentuk dua blok aliran pemikiran politik. Ahmadinejad dan Mohsen mewakili Kumpulan Konservatif manakala Moussavi dan Karroubi mengetuai kumpulan Reformis.

"Kami bersetuju dengan Kumpulan Reformis! Kumpulan reformis menjurus kepada polemik setempat seperti pemulihan ekonomi serta kebebasan hak-hak wanita dan kerajaan." Kata Haji Mahmud.

"Mir Hossein berumur 67 tahun. Kami diharap beliau mungkin dapat meredakan ketegangan Iran-Barat. Contohnya berhubung Program Nuklear Iran, dialog dengan Presiden AS berikutan ucapan Barack Obama di Universiti Kaherah memberi inspirasi baru di Iran supaya lebih sederahana. Mir Hossein adalah pejuang kebebasan hak rakyat, utamakan kepentingan negara dan terbuka dengan dunia luar.Beliau mendapat sokongan daripada tokoh berpengaruh Iran, Mohamed Khatami dan cuba membetulkan corak pentadbiran Ahmadinejad yang sehingga kini telah dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa. Khatami semasa menjadi Presiden Iran pernah melawat Washington dan mewujudkan dialog dengan AS." sambungnya.

Patutlah dalam perjalanan saya di Iran kali ini, kami sempat menemu ramah dengan 16 orang rakyat dari segenap lapisan hampir di seluruh Iran, tiada seorangpun yang memuji dan merestui tindak tanduk Presiden Ahmadinejad. Bolehjadi kerana pihak kami hanya mampu menguasai bahasa Inggeris, maka kumpulan yang kami dekati itu adalah bukan kumpulan rakyat majoriti atau penyokong-penyokong mullah atau ayatullah, bahkan kami jumpai golongan sederhana, liberal dan yang mahukan reformis semula selepas revolusi.

Terakhir yang kami temui ialah dengan seorang yang bekerja sebagai penterjemah bahasa Inggeris di Tehran, setelah dia mengecam Ahmadinejad, katanya, "Kalau anda mahu mencari Islam sebenar yang sesuai dengan zaman ekonomi masa kini, ianya tidak ada di Iran, tapi lihatlah di Malaysia!"

Terkejut kami. "Pada saya, inilah kesan dari ucapan seorang PM Malaysia semasa saya berada di London satu masa dulu, bahawa Malaysia adalah negara Islam, kerana mengamalkan 2 jenis perundangan. Satu perundangan sivil dan satu lagi syariah, dengan tidak menerangkan taraf sebenar mahkamah syariah yang jauh lebih rendah dari dari mahkamah sivil. Suatu kenyataan penipuan dari seorang PM!" Kata kawan saya mengulas kenyataan tersebut.

Begitulah kisahku merenung bulan, mengimbas kembali kisah perjuangan parti bulan di Malaysia, yang tidak hanya perlu menunggu kelahiran Islam dalam pemerintahan, bagai 'Bulan Jatuh Ke Riba'.. Akhirnya selepas mengangkat kayu api, aku naik ke anjung rumah itu pula, melihat bulan. Bulan di Iran adalah sama dengan bulan di Malaysia, kerana pemilik dan penciptanya adalah sama!"

Tehran: Kemelut pilihan raya lalu. Gambar Bawah: Presiden Ahmadinejad & Mir Hossein Mousavi

Insya Allah bersambung lagi kisah-kisah perjalanan di Iran.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim.
e-mail Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

Tuhan Datang Ke Stadium River Bantu Kami -Maradona

SUKAN
JURULATIH Argentina, Diego Maradona berterima kasih kepada penyerangnya, Martin Palermo dan anak buahnya selepas mencatat kemenangan dramatik 2-1 ke atas Peru untuk mencerahkan peluang merebut slot automatik ke Afrika Selatan tahun depan.

"Turun ke padang dan tamatkan permainan ini. Selepas itu, Palermo mempamerkan keajaiban untuk menghidupkan peluang Argentina beraksi di pusingan akhir nanti," akui Maradona ketika memasukkan Palermo pada separuh masa kedua perlawanan, semalam.

Palermo menghadiahkan kemenangan yang amat diperlukan Argentina pada lewat permainan selang beberapa minit selepas Peru menyamakan kedudukan. "Tuhan datang ke Stadium River untuk membantu kami," kata Maradona.

Kemenangan itu membolehkan Argentina naik ke kedudukan keempat kumpulan dan kemenangan ke atas Uruaguay Rabu ini akan melayakkan mereka ke Afrika Selatan menerusi slot automatik. Maradona turut ditanya mengenai aksi anak buahnya termasuk bintang Barcelona, Lionel Messi yang sekali lagi beraksi hambar.

"Saya tidak mahu komen mengenai prestasinya. Ia mengimbau kembali aksi saya di padang ini dengan keadaan hujan dan berangin. Ia menyukarkan pemain untuk beraksi dengan baik. Saya amat memahami keadaan dialami Messi. Saya akan terus menurunkannya. Tetapi saya tidak sesekali akan menurunkan Palermo dan Gonzalo Higuain beraksi bersama. Apa yang pasti, Palermo dan Higuain serta pemain lain jika keadaan terdesak," katanya.(AK)

Keputusan N31: Permulaan Perjuangkan Undi Pos Bersih -Salehuddin

TPM Tan Sri Muhyiddin bersama-sama MB Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) mengangkat tangan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad setelah diumumkan menang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, malam ini. foto BERNAMA

Salehuddin Ayub di depan berbaju putih.

TELOK KEMANG, 11 Okt: PENGARAH Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjelaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu. Tegasnya N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih, menurut Harakah hari ini.

Beliau antara pemimpin PAS yang mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu ialah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Zulkefly Mohamad Omar, calon PR Bagan Pinang dan Pengarah Operasi Pilihan rayanyai, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.

SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi. Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.

Sementara itu menurut BERNAMA, PAS menerima kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang hari ini, namun menyatakan undi pos sebagai antara faktor parti itu gagal merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu. Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub, mendakwa kekalahan parti itu juga disebabkan rasa takut terhadap 'gangsterisme' yang menyukarkan PAS mendekati 13,664 pengundi di kawasan itu.

"PAS terima keputusan ini tapi terus iltizam perjuang sistem undi pos lebih telus," katanya kepada pemberita di Markas Induk PAS di sini sejurus keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan. (AK)

Saturday, October 10, 2009

Manifesto PR Bagan Pinang -Zulkefly Mohamad Omar

Oleh Zulkefly Mohamad Omar
(Calon PR Bagan Pinang)

1. ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama. Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan. Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan. Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.

4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang. Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi. Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat

Berita ganas dari Bagan Pinang N31: Lebih enam orang petugas DPP dipukul dan ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang. Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi (8Okt), sekumpulan lebih 20 lelaki bermotosikal dan juga kereta dipercayai penyokong UMNO/BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menyerang petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Polemik Purdah 2: Muslimah Tidak Wajib Tutup Muka.




DALIL-DALIL yang Tidak Mewajibkan.
Inilah secara ringkas dalil-dalil para ulama yang tidak mewajibkan purdah bagi wanita.

Pertama, firman Allah subhanahu wa ta’ala,

وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.” (QS. An Nuur: 31)

Tentang perhiasan yang biasa nampak ini, Ibnu Abbas berkata, "Wajah dan telapak tangan." (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Isma'il Al Qadhi. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59-60, Penerbit Al Maktabah Al Islamiyyah, Cet. I. Tetapi berbagai riwayat dari Ibnu Abbas tentang penafsiran ini dilemahkan oleh Syeikh Mushthafa Al Adawi dalam kitabnya Jami' Ahkamin Nisa. Tentang hal ini terdapat riwayat-riwayat shahih daripada perkataan sebahagian tabi'in. Wallahu a'lam).

Perkataan serupa juga diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Umar. (Riwayat ini dishahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59-60). Berdasarkan penafsiran kedua sahabat ini jelas bahawa wajah dan telapak tangan wanita boleh kelihatan, sehingga bukan merupakan aurat yang wajib ditutup.

Kedua, firman Allah,

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31)

Ibnu Hazm rahimahullah berkata, "Allah ta'ala memerintahkan para wanita menutupkan khimar (kerudung) pada belahan-belahan baju (dada dan lehernya), maka ini merupakan nash menutupi aurat, leher dan dada. Dalam firman Allah ini juga terdapat nash bolehnya membuka wajah, tidak mungkin selain itu." (Al Muhalla III/216-217, Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 73).

Ini kerana memang makna khimar (kerudung) adalah penutup kepala. Demikian diterangkan oleh para ulama, seperti tersebut dalam An Nihayah karya Imam Ibnul Atsir, Tafsir Al Qur'an Al 'Azhim karya Al Hafizh Ibnu Katsir, Tafsir Fathu Al Qadir karya Asy Syaukani, dan lainnya. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 72-73).

Ketiga, firman Allah subhanahu wa ta’ala,

قُلْ لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَايَصْنَعُونَ {30} وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nur: 30,31)

Ayat ini menunjukkan bahawa pada diri wanita ada sesuatu yang terbuka dan mungkin untuk dilihat. Sehingga Allah memerintahkan untuk menahan pandangan dari wanita. Dan yang biasa nampak itu iaitu wajah dan kedua telapak tangan. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 76,77). Semakna dengan ayat tersebut ialah hadits-hadits yang memerintahkan menahan pandangan dari wanita dan larangan mengulangi pandangan jika telah terlanjur memandang dengan tidak sengaja. Di antaranya,

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ بِالطُّرُقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ مَا بُدَّ لَنَا مِنْ مَجَالِسِنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا فَقَالَ رَسُولُ اللهِ إِنْ أَبَيْتُمْ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهُ قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الأَذَى وَرَدُّ السَّلاَمِ وَاْلأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ

Dari Abu Said Al Khudri radhiallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Janganlah kamu duduk-duduk di jalan". Maka para Sahabat berkata, "Kami tidak dapat meninggalkannya, kerana merupakan tempat kami untuk bercakap-cakap." Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, "Jika kalian enggan (meninggalkan bermajlis di jalan), maka berilah hak jalan." Sahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu?" Beliau menjawab, "Menundukkan pandangan, menghilangkan gangguan, menjawab salam, memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran." (HR. al-Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 1150, Muslim, Abu Dawud (4816). Lihat Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah 6/11-13)

Juga sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Ali radhiallahu ‘anhu,

يَا عَلِيُّ لَا تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الْأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الْآخِرَةُ

“Wahai Ali, janganlah engkau turutkan pandangan (pertama) dengan pandangan (kedua), kerana engkau berhak (yakni, tidak berdosa) pada pandangan (pertama), tetapi tidak berhak pada pandangan (kedua).” (HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi, dan lainnya. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 77)

Jarir bin Abdullah berkata,

سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نَظْرَةِ الْفَجْأَةِ فَقَالَ اصْرِفْ بَصَرَكَ

Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan tiba-tiba (tidak sengaja), maka beliau bersabda, "Palingkan pandanganmu." (HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan lainnya. Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 78)

Al Qadhi 'Iyadh berkata, "Para ulama berkata, di sini terdapat hujjah (argumen) bahawa wanita tidak wajib menutupi wajahnya di jalan, tetapi hal itu adalah sunah yang disukai. Dan yang wajib bagi lelaki ialah menahan pandangan dari wanita dalam segala keadaan, kecuali untuk tujuan yang syar'i (dibenarkan agama). Hal itu disebutkan oleh Muhyiddin An Nawawi, dan beliau tidak menambahinya." (Adab Asy Syar'iyyah I/187, karya Ibnu Muflih. Lihat: Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 77).

Keempat, Diriwayatkan dari 'Aisyah radhiallahu ‘anha, dia berkata,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ قَالَ أَبُو دَاوُد هَذَا مُرْسَلٌ خَالِدُ بْنُ دُرَيْكٍ لَمْ يُدْرِكْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهَا

Bahawa Asma' bintu Abi Bakar menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpaling darinya dan berkata, "Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita itu, jika telah mendapatkan haidh, tidak wajar terlihat daripada dirinya kecuali ini dan ini", beliau menunjuk wajahnya dan kedua telapak tangannya. (HR. Abu Dawud, Thabarani, Ibnu 'Adi, dari jalan Sa'id bin Basyir dari Qatadah dari Khalid bin Duraik dari 'Aisyah. Ibnu 'Adi berkata, "Terkadang Khalid mengatakan dari Ummu Salamah, sebagai ganti dari 'Aisyah." Sanad hadits ini lemah, sebagaimana Abu Dawud berkata setelah meriwayatkannya, "Hadits ini mursal, Khalid bin Duraik tidak bertemu 'Aisyah radhiallahu ‘anha. Demikian juga perawi bernama Sa'id bin Basyir lemah.”)

Hadits ini sesungguhnya lemah, tetapi Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini dikuatkan dengan beberapa penguat (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 58).

(1) Riwayat mursal shahih dari Qatadah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. "Jika seorang gadis kecil telah haidh, maka tidak pantas terlihat sesuatu darinya kecuali wajahnya dan tangannya sampai pergelangan." (Tetapi kemungkinan riwayat ini sama sanadnya dengan riwayat di atas, iaitu Qatadah mendapatkan hadits ini dari Khalid bin Duraik, sehingga tidak dapat menguatkan. Wallahu a'lam).

(2) Diriwayatkan oleh Thabrani dan Al Baihaqi dari jalan Ibnu Luhai'ah, dari 'Iyadh bin Abdullah, bahawa dia mendengar Ibrahim bin 'Ubaid bin Rifa'ah Al Anshari menceritakan dari bapaknya, aku menyangka dari Asma' binti 'Umais yang berkata, "Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk menemui 'Aisyah, dan di dekat 'Aisyah ada saudarinya, iaitu Asma bintu Abi Bakar. Asma memakai pakaian buatan Syam yang longgar lengan bajunya. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihatnya, beliau bangkit lalu keluar. Maka 'Aisyah berkata kepada Asma, "Pergilah engkau, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melihat perkara yang tidak beliau sukai. Maka Asma beredar. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk, lalu Aisyah bertanya kenapa beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit (dan keluar). Maka beliau menjawab, "Tidakkah engkau melihat keadaan Asma, sesungguhnya seorang wanita muslimah itu tidak boleh tampak darinya kecuali ini dan ini", lalu beliau memegangi kedua lengan bajunya dan menutupkan pada kedua telapak tangannya, sehingga yang nampak hanyalah jari-jarinya, kemudian meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua pelipisnya sehingga yang nampak hanyalah wajahnya."

Al-Baihaqi menyatakan, "Sanadnya dha'if." Kelemahan hadits ini kerana perawi yang bernama Ibnu Luhai'ah sering keliru setelah menceritakan dengan hafalannya, yang sebelumnya dia seorang yang utama dan terpercaya ketika menceritakan dengan bukunya. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa haditsnya ini dapat dijadikan penguat. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59).

(3) Pendapat sebahagian sahabat (seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Umar) yang menjelaskan perhiasan yang biasa nampak yang boleh tidak ditutup, iaitu wajah dan telapak tangan. Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59).

Kelima, Jabir bin Abdillah berkata,

شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ يَوْمَ الْعِيدِ فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى بِلَالٍ فَأَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَحَثَّ عَلَى طَاعَتِهِ وَوَعَظَ النَّاسَ وَذَكَّرَهُمْ ثُمَّ مَضَى حَتَّى أَتَى النِّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ فَقَالَ تَصَدَّقْنَ فَإِنَّ أَكْثَرَكُنَّ حَطَبُ جَهَنَّمَ فَقَامَتِ امْرَأَةٌ مِنْ سِطَةِ النِّسَاءِ سَفْعَاءُ الْخَدَّيْنِ فَقَالَتْ لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّكُنَّ تُكْثِرْنَ الشَّكَاةَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ قَالَ فَجَعَلْنَ يَتَصَدَّقْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ يُلْقِينَ فِي ثَوْبِ بِلَالٍ مِنْ أَقْرِطَتِهِنَّ وَخَوَاتِمِهِنَّ

Aku menghadiri shalat hari 'ied bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau memulai dengan shalat sebelum khutbah, dengan tanpa azan dan tanpa iqamat. Kemudian beliau bersandar pada Bilal, memerintahkan untuk bertakwa kepada Allah dan mendorong untuk menaati-Nya. Beliau menasihati dan mengingatkan orang banyak. Kemudian beliau berlalu sampai mendatangi para wanita, lalu beliau menasihati dan mengingatkan mereka. Beliau bersabda, "Hendaklah kamu bersedekah, kerana mayoritas kamu adalah bahan bakar neraka Jahannam!” Maka berdirilah seorang wanita dari tengah-tengah mereka, yang pipinya merah kehitam-hitaman, lalu bertanya, "Kenapa wahai Rasulullah?" Beliau bersabda, "Kerana kamu banyak mengeluh dan mengingkari (kebaikan) suami." Maka para wanita itu mulai bersedekah dengan perhiasan mereka, yang berupa giwang dan cincin, mereka melemparkan pada kain Bilal. (HSR Muslim, dan lainnya)

Hadits ini jelas menunjukkan wajah wanita bukan aurat, yakni bolehnya wanita membuka wajah. Sebab jika tidak, pastilah Jabir tidak dapat menyebutkan bahawa wanita itu pipinya merah kehitam-hitaman. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 59) (Tetapi dalil ini dibantah dengan penjelasan bahawa hadits ini yang mahfudz (shahih) dengan lafazh min safilatin nisa' (dari wanita-wanita rendah) sebagai ganti lafazh sithatin nisa' (dari wanita dari tengah-tengah). Yang hal itu mengisyaratkan wanita tersebut adalah hamba, sedangkan hamba tidak wajib menutupi wajah. Atau kejadian ini sebelum turunnya ayat hijab. Wallahu a'lam).

Keenam, Ibnu Abbas berkata,

أَرْدَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ بْنَ عَبَّاسٍ ... فَوَقَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلنَّاسِ يُفْتِيهِمْ وَأَقْبَلَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ وَضِيئَةٌ تَسْتَفْتِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَطَفِقَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَأَعْجَبَهُ حُسْنُهَا فَالْتَفَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا فَأَخْلَفَ بِيَدِهِ فَأَخَذَ بِذَقَنِ الْفَضْلِ فَعَدَلَ وَجْهَهُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهَا ...

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memboncengkan Al Fadhl bin Abbas… kemudian beliau berhenti untuk memberi fatwa kepada orang banyak. Datanglah seorang wanita yang cantik dari suku Khats'am meminta fatwa kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mulailah Al Fadhl melihat wanita tersebut, dan kecantikannya mengagumkannya. Nabi ‘alaihi wa sallam pun berpaling, tetapi Al Fadhl tetap melihatnya. Maka nabi ‘alaihi wa sallam memundurkan tangannya dan memegang dagu Al Fadhl, kemudian memalingkan wajah Al Fadhl dari melihatnya…” (HR. al-Bukhari, Muslim, dan lainnya)

Kisah ini juga diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, dan dia menyebutkan bahawa permintaan fatwa itu terjadi di tempat penyembelihan korban, setelah Rasulullah melemparkan jumrah, lalu dia menambahkan, "Maka Abbas berkata kepada Rasulullah ‘alaihi wa sallam, "Wahai Rasulullah, kenapa anda memalingkan leher anak pamanmu?" Beliau menjawab, "Aku melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, sehingga aku tidak merasa aman dari syaitan (menggoda) keduanya" (HR. at-Tirmidzi, Ahmad, dan lainnya. Syaikh Al Albani menyatakan, "Sanadnya bagus")

Dengan ini bererti, bahawa peristiwa tersebut terjadi setelah tahallul (selesai) dari ihram, sehingga wanita tersebut bukanlah muhrimah (wanita yang sedang berihram, dengan hajji atau umrah).

Ibnu Hazm rahimahullah berkata, "Seandainya wajah wanita merupakan aurat yang wajib ditutupi, tidaklah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam membenarkan wanita tersebut membuka wajahnya di hadapan orang banyak. Pastilah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan wanita itu untuk menurunkan (jilbabnya) dari atas (kepala untuk menutupi wajah). Dan seandainya wajahnya tertutup, tentulah Ibnu Abbas tidak mengetahui wanita itu cantik atau buruk."

Ibnu Baththal rahimahullah mengatakan, "Di dalam hadits ini terdapat perintah untuk menahan pandangan kerana khuatir fitnah. Konsekuensinya jika aman daripada fitnah, maka tidak terlarang. Hal itu dikuatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memalingkan wajah Al Fadhl sampai dia menajamkan pandangan, kerana kekagumannya terhadap wanita tersebut, sehingga beliau khuatir fitnah menimpanya. Di dalam hadits ini juga terdapat (dalil) pertarungan watak dasar manusia terhadapnya serta kelemahan manusia dari kecenderungan dan kekaguman terhadap wanita. Juga terdapat (dalil) bahawa isteri-isteri kaum mukminin tidak wajib berhijab sebagaimana isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kerana (kalau memang hal itu) wajib bagi seluruh wanita, pastilah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepada wanita dari suku Khats'am tersebut untuk menutupi (dirinya) dan tidak memalingkan wajah Al Fadhl. Di dalamnya juga terdapat (dalil) bahawa menutup wajah wanita tidak wajib, Para ulama berijma' bahawa wanita boleh menampakkan wajahnya ketika shalat, walaupun dilihat oleh lelaki asing." (Fathu Al-Bari XI/8)

Perkataan Ibnu Baththal rahimahullah tersebut dibantah oleh Al Hafizh Ibnu Hajar, dengan alasan bahawa wanita dari suku Khats'am tersebut muhrimah (wanita yang sedang berihram). Tetapi Syaikh Al Albani menyatakan, bahawa yang benar wanita itu bukan muhrimah (wanita yang sedang berihram), sebagaimana penjelasan di atas. Seandainya wanita itu muhrimah (wanita yang sedang berihram), maka pendapat Ibnu Baththal itu tetap kuat. Kerana wanita muhrimah itu boleh melabuhkan jilbabnya ke wajahnya di hadapan lelaki asing, sebagaimana hadits tentang hal ini. (Lihat haditsnya pada edisi terdahulu, pada dalil ke 13 yang mewajibkan purdah). Maka hadits ini menunjukkan bahawa purdah tidaklah wajib bagi wanita, walaupun dia memiliki wajah yang cantik, tetapi hukumnya adalah disukai (sunah). Peristiwa ini terjadi di akhir kehidupan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga hukumnya muhkam (tetap; tidak dihapus). (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 61-64).

Ketujuh, Sahl bin Sa'd berkata,

أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ جِئْتُ لِأَهَبَ لَكَ نَفْسِي فَنَظَرَ إِلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَعَّدَ النَّظَرَ إِلَيْهَا وَصَوَّبَهُ ثُمَّ طَأْطَأَ رَأْسَهُ...

“Bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, "Wahai Rasulullah, saya datang untuk menghibahkan diriku kepada Anda." Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihatnya, beliau menaikkan dan menurunkan pandangan kepadanya. Lalu beliau menundukkan kepalanya……" (HR. Bukhari, Muslim, dan lainnya)

Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah menyatakan, "Di dalam hadits ini juga terdapat (dalil) bolehnya memperhatikan kecantikan seorang wanita kerana berkehendak menikahinya... tetapi (pemahaman) ini terbantah dengan anggapan bahawa hal itu khusus bagi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana beliau ma'shum, dan yang telah menjadi kesimpulan kami, bahawa tidak haram bagi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melihat wanita mukmin yang bukan mahram, ini berbeza dengan selain beliau. Sedangkan Ibnul 'Arabi menempuh cara lain dalam menjawab hal tersebut, dia mengatakan, "Kemungkinan hal itu sebelum (kewajipan) hijab, atau setelahnya tetapi dia menyelubungi dirinya." Tetapi rangkaian hadits ini jauh dari apa yang dia katakan." (Fathul Bari IX/210).

Kelapan, 'Aisyah radhiallahu ‘anha berkata,

كُنَّ نِسَاءُ الْمُؤْمِنَاتِ يَشْهَدْنَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْفَجْرِ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ ثُمَّ يَنْقَلِبْنَ إِلَى بُيُوتِهِنَّ حِينَ يَقْضِينَ الصَّلَاةَ لَا يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الْغَلَسِ

“Dahulu wanita-wanita mukminah biasa menghadiri shalat subuh bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka menutupi tubuh (mereka) dengan selimut. Kemudian (mereka) kembali ke rumah-rumah mereka ketika telah menyelesaikan shalat. Tidak ada seorang pun mengenal mereka kerana gelap.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain,

وَمَا يَعْرِفُ بَعْضُنَا وُجُوْهَ بَعْضٍ

“Dan sebahagian kami tidak mengenal wajah yang lain.” (HR. Abu Ya'la di dalam Musnadnya. Dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 66)

Dari perkataan 'Aisyah, "Tidak ada seorangpun mengenal mereka kerana gelap." dapat difahami, jika tidak gelap nescaya dikenali, sedangkan mereka dikenali -menurut kebiasaan- dari wajahnya yang terbuka. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 65).

Kesembilan, ketika Fatimah binti Qais dicerai thalaq tiga oleh suaminya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus seseorang kepadanya memerintahkan agar dia ber-'iddah di rumah Ummu Syuraik. Tetapi kemudian beliau mengutus seseorang kepadanya lagi dengan menyatakan,

أَنَّ أُمَّ شَرِيكٍ يَأْتِيهَا الْمُهَاجِرُونَ الْأَوَّلُونَ فَانْطَلِقِي إِلَى ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ الْأَعْمَى فَإِنَّكِ إِذَا وَضَعْتِ خِمَارَكِ لَمْ يَرَكِ فَانْطَلَقَتْ إِلَيْهِ ...

“Bahawa Ummu Syuraik biasa didatangi oleh orang-orang Muhajirin yang pertama. Maka hendaklah engkau pergi ke (rumah) Ibnu Ummi Maktum yang buta, kerana jika engkau melepaskan khimar (kerudung, penutup kepala) dia tidak akan melihatmu. Fathimah binti Qais pergi kepadanya...” (HR. Muslim)

Hadits ini menunjukkan bahawa wajah bukan aurat, kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membenarkan Fathimah binti Qais dengan memakai khimar dilihat oleh lelaki. Hal ini menunjukkan bahawa wajahnya tidak wajib ditutup, sebagaimana kewajipan menutup kepalanya. Tetapi kerana beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam khuatir dia melepaskan khimarnya (kerudung), sehingga akan nampak apa yang mesti ditutupi, maka beliau memerintahkannya dengan yang lebih selamat untuknya; iaitu berpindah ke rumah Ibnu Ummi Maktum yang buta. Kerana dia tidak akan melihatnya jika Fathimah binti Qais melepaskan khimar. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 65).

Peristiwa ini terjadi di akhir kehidupan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kerana Fathimah binti Qais menyebutkan bahawa setelah habis 'iddahnya dia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan kisah tentang Dajjal dari Tamim Ad Dari yang baru masuk Islam dari Nasrani. Sedangkan Tamim masuk Islam tahun 9 H. Adapun ayat jilbab turun tahun 3 H atau 5 H, sehingga kejadian ini setelah adanya kewajipan berjilbab. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 66-67).

Kesepuluh, Abdurrahman bin 'Abis,

سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ قِيلَ لَهُ أَشَهِدْتَ الْعِيدَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ وَلَوْلَا مَكَانِي مِنَ الصِّغَرِ مَا شَهِدْتُهُ حَتَّى أَتَى الْعَلَمَ الَّذِي عِنْدَ دَارِ كَثِيرِ بْنِ الصَّلْتِ فَصَلَّى ثُمَّ خَطَبَ ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ وَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَرَأَيْتُهُنَّ يَهْوِينَ بِأَيْدِيهِنَّ يَقْذِفْنَهُ فِي ثَوْبِ بِلَالٍ ثُمَّ انْطَلَقَ هُوَ وَبِلَالٌ إِلَى بَيْتِهِ

“Saya mendegar Ibnu Abbas ditanya, "Apakah Anda (pernah) menghadiri (shalat) 'ied bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam?" Dia menjawab, "Ya, dan jika bukan kerana posisiku (umurku) yang masih kecil, nescaya saya tidak menyaksikannya. (Rasulullah keluar) sampai mendatangi tanda yang ada di dekat rumah Katsir bin Ash Shalt, lalu beliau shalat, kemudian berkhutbah. Lalu beliau bersama Bilal mendatangi para wanita, kemudian menasihati mereka, mengingatkan mereka, dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka aku lihat para wanita menghulurkan tangan mereka melemparkannya (cincin, dan lainnya sebagai sedekaah) ke kain Bilal. Kemudian Beliau dan Bilal pulang ke rumahnya.” (HR. Bukhari, Abu Daud, Nasai, dan lainnya. Lafazh hadits ini riwayat Bukhari dalam Kitab Jum'ah)

Ibnu Hazm rahimahullah berkata, "Inilah Ibnu Abbas -di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam- melihat tangan para wanita, maka benarlah bahawa tangan dan wajah wanita bukan aurat, adapun selainnya wajib ditutup."

Pengambilan dalil ini tidak dapat dibantah dengan perkataan, kemungkinan kejadian ini sebelum turunnya ayat jilbab, kerana peristiwa ini terjadi setelah turunnya ayat jilbab. Dengan dalil, Imam Ahmad meriwayatkan (dengan tambahan) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membacakan ayat bai'atun nisa' (surat Al Mumtahanah: 12), padahal ayat ini turun pada Fathu Makkah, tahun 8 H, sebagaimana perkataan Muqatil. Sedangkan perintah jilbab (hijab) turun tahun 3 H atau 5 H ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menikahi Zainab binti Jahsy (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 67, 75).

Kesebelas, dari Subai'ah binti Al-Harits,

أَنَّهَا كَانَتْ تَحْتَ سَعْدِ ابْنِ خَوْلَةَ فَتُوُفِّيَ عَنْهَا فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ وَكَانَ بَدْرِيًّا فَوَضَعَتْ حَمْلَهَا قَبْلَ أَنْ يَنْقَضِيَ أَرْبَعَةُ أَشْهُرٍ وَعَشْرٌ مِنْ وَفَاتِهِ فَلَقِيَهَا أَبُو السَّنَابِلِ يَعْنِي ابْنَ بَعْكَكٍ حِينَ تَعَلَّتْ مِنْ نِفَاسِهَا وَقَدِ اكْتَحَلَتْ (وَاحْتَضَبَتْ وَ تَهَيَّأَتْ) فَقَالَ لَهَا ارْبَعِي عَلَى نَفْسِكِ أَوْ نَحْوَ هَذَا لَعَلَّكِ تُرِيدِينَ النِّكَاحَ

Bahawa dia menjadi isteri Sa'd bin Khaulah, lalu Sa'd wafat pada haji wada', dan dia seorang Badari (sahabat yang ikut perang Badar). Lalu Subai'ah binti Al Harits melahirkan kandungannya sebelum selesai 4 bulan 10 hari dari wafat suaminya. Kemudian Abu As Sanabil (yakni Ibnu Ba'kak) menemuinya ketika nifasnya telah selesai, dan dia telah memakai celak mata (dan memakai inai pada kuku tangan, dan bersip-siap). Lalu Abu As Sanabil berkata kepadanya, "Jangan terburu-buru (atau kalimat semacamnya) mungkin engkau menghendaki nikah..." (HR. Ahmad. Dishahihkan Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 69. Asal kisah riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadits ini nyata menunjukkan, bahawa kedua telapak tangan dan wajah atau mata bukanlah aurat pada kebiasaan para wanita sahabat. Kerana jika merupakan aurat yang mesti ditutup, tentulah Subai'ah tidak boleh menampakkannya di hadapan Abu As Sanabil. Peristiwa ini nyata terjadi setelah kewajipan jilbab (hijab), iaitu setelah haji wada', tahun 10 H. (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 69).

Keduabelas, Atha bin Abi Rabah berkata,

قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا

Ibnu Abbas berkata kepadaku, "Maukah kutunjukkan kepadamu seorang wanita daripada penghuni syurga?" Aku menjawab, "Ya". Dia berkata, "Itu wanita yang hitam, dia dahulu mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, “Sesungguhnya aku memiliki penyakit sawan, dan (jika terkena sawan, auratku) terbuka. Berdoalah kepada Allah untuk (kesembuhan) ku!". Beliau menjawab, "Jika engkau mau bersabar (terhadap penyakit ini), engkau mendapatkan syurga. Tetapi jika engkau mau, aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu." Wanita tadi berkata, "Aku akan bersabar. Tetapi (jika fstsng penyakitku, auratku terbuka), maka berdoalah kepada Allah untukku agar (jika sawan, auratku) tidak terbuka." Maka beliau mendoakannya. (HR. al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

Ketiga belas, Ibnu Abbas berkata,

كَانَتِ امْرَأَةٌ تُصَلِّي خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَسْنَاءَ مِنْ أَحْسَنِ النَّاسِ فَكَانَ بَعْضُ الْقَوْمِ يَتَقَدَّمُ حَتَّى يَكُونَ فِي الصَّفِّ الْأَوَّلِ لِئَلَّا يَرَاهَا وَيَسْتَأْخِرُ بَعْضُهُمْ حَتَّى يَكُونَ فِي الصَّفِّ الْمُؤَخَّرِ فَإِذَا رَكَعَ نَظَرَ مِنْ تَحْتِ إِبْطَيْهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى ( وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنْكُمْ وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَأْخِرِينَ )

Dahulu ada seorang wanita yang sangat cantik shalat di belakang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka sebahagian lelaki maju, sehingga berada di shaf pertama agar tidak melihat wanita itu. Tetapi sebahagian orang mundur, sehingga berada di shaf belakang. Jika ruku', dia dapat melihat (wanita itu) dari celah ketiaknya. Maka Allah menurunkan (ayat),

وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنكُمْ وَلَقَدْ عَلِمْنَا الْمُسْتَأْخِرِينَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang terdahulu daripadamu dan sesungguhnya Kami mengetahui pula orang-orang yang terkemudian (daripadamu).” (QS. Al Hijr: 24) (HR. Ash Habus Sunan, Al Hakim, dan lainnya. Dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 2472. Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 70).

Hadits ini menunjukkan bahawa di zaman Nabi, wajah wanita biasa terbuka.

Keempat belas, Ibnu Mas'ud berkata,

رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَأَتَى سَوْدَةَ وَهِيَ تَصْنَعُ طِيبًا وَعِنْدَهَا نِسَاءٌ فَأَخْلَيْنَهُ فَقَضَى حَاجَتَهُ ثُمَّ قَالَ أَيُّمَا رَجُلٍ رَأَى امْرَأَةً تُعْجِبُهُ فَلْيَقُمْ إِلَى أَهْلِهِ فَإِنَّ مَعَهَا مِثْلَ الَّذِي مَعَهَا

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang wanita sehingga wanita itu membuat beliau terpesona, kemudian beliau mendatangi Saudah (isteri beliau), yang sedang membuat minyak wangi dan berhampirannya ada ramai wanita. Maka wanita-wanita itu meninggalkan beliau, lalu beliau menunaikan hajatnya. Kemudian beliau bersabda: "Siapa pun lelaki yang melihat seorang wanita, sehingga wanita itu membuatnya terpesona, maka hendaklah dia pergi kepada isterinya, kerana sesungguhnya pada isterinya itu ada yang semisal apa yang ada pada wanita itu.” (HR. Muslim, Ibnu Hibban, Darimi, dan lainnya. Lafazh ini riwayat Darimi. Lihat takhrijnya di dalam Ash-Shahihah no. 235)

Sebagaimana hadits sebelumnya, hadits ini nyata menunjukkan bahawa di zaman Nabi, wajah wanita biasa terbuka.

Kelima belas, Dari Abdullah bin Muhammad, dari seorang wanita di antara mereka yang berkata,

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا آكُلُ بِشِمَالِي وَكُنْتُ امْرَأَةً عَسْرَاءَ فَضَرَبَ يَدِي فَسَقَطَتِ اللُّقْمَةُ فَقَالَ لَا تَأْكُلِي بِشِمَالِكِ وَقَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكِ يَمِينًا أَوْ قَالَ وَقَدْ أَطْلَقَ اللَّهُ يَمِينَكِ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk menemuiku ketika aku sedang makan dengan tangan kiriku, kerana aku seorang wanita yang kidal. Maka beliau memukul tanganku sehingga sesuap makanan jatuh. Lalu beliau bersabda, "Janganlah engkau makan dengan tangan kirimu, sedangkan Allah telah menjadikan tangan kanan untukmu." Atau bersabda, "Sedangkan Allah telah menyembuhkan tangan kananmu." (HR. Ahmad dan Thabarani. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 72)

Keenam belas, berlakunya perbuatan ini setelah wafatnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hadits-hadits di atas jelas menunjukkan tentang perbuatan sebahagian sahabiah yang membuka wajah dan telapak tangan pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Bahkan hal ini terus berlangsung setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat. Sebagaimana ditunjukkan dengan 16 riwayat yang dibawakan Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah (hal. 96-103). Ini semua menguatkan, bahawa wajah dan telapak tangan wanita bukanlah aurat sehingga wajib ditutup.

Ketujuh belas, anggapan terjadinya ijma' tentang wajah dan telapak tangan merupakan aurat yang wajib ditutup, tidaklah benar. Bahkan telah terjadi perselisihan di antara ulama. Pendapat tiga imam (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, dan Imam Syafi'i), menyatakan bukan sebagai aurat. Ini juga merupakan satu riwayat dari Imam Ahmad. Di antara ulama besar mazhab Hambali yang menguatkan pendapat ini ialah dua imam; yakni Ibnu Qudamah dan Imam Ibnu Muflih. Ibnu Qudamah rahimahullah menyatakan dalam Al Mughni, "Kerana keperluan mendorong telah dibukanya wajah untuk jual-beli, dan membuka telapak tangan untuk mengambil dan memberi." (Lihat Jilbab Al Mar'ah Al Muslimah, hal. 7-9).

Kelapan belas (tambahan), dalil-dalil shahih di atas dengan tegas menunjukkan bahawa pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, wajah dan telapak tangan wanita biasa terbuka. Bererti wajah dan telapak tangan wanita dikecualikan dari kewajipan untuk ditutup. Sebahagian keterangan di atas juga menunjukkan bahawa peristiwa-peristiwa itu terjadi setelah turunnya ayat hijab (jilbab). Sehingga menunjukkan diperbolehkannya membuka wajah dan telapak tangan bagi wanita tidak terhapus oleh ayat jilbab. Kemudian, seandainya tidak diketahui bahawa peristiwa-peristiwa itu terjadi setelah turunnya ayat hijab/jilbab, maka hal itu menunjukkan diperbolehkannya membuka wajah dan telapak tangan bagi wanita. Sedangkan menurut kaedah, bahawa setiap hukum itu tetap sebagaimana sebelumnya sampai ada hukum lain yang menghapusnya. Maka orang yang mewajibkan wanita menutup wajah wajib membawakan dalil yang menghapuskan bolehnya wanita membuka wajah dan telapak tangan.

Adakah hal itu? Bahkan yang didapati ialah keterangan dan dalil yang memperkuat hukum asal tersebut.

Pertama, wanita menutup wajahnya bukanlah sesuatu yang aneh di zaman kenabian. Kerana hal itu dilakukan oleh ummahatul mukminin (para isteri Rasulullah) dan sebahagian para wanita sahabat. Sehingga merupakan sesuatu yang disyariatkan dan keutamaan.

Kedua, membuka wajah juga dilakukan oleh sebahagian sahabiah. Bahkan hingga akhir masa kehidupan Nabi shallallahu ‘alaihin wa sallam, dan berlanjut pada perbuatan wanita-wanita pada zaman setelahnya.

Ketiga, seorang muslim tidak boleh merendahkan wanita yang menutup wajahnya dan tidak boleh menganggapnya berlebihan.

Keempat, dalil-dalil yang disebutkan para ulama yang mewajibkan purdah begitu kuat; menunjukkan kewajipan wanita untuk berhijab (menutupi diri dari lelaki) dan berjilbab serta menutupi perhiasannya secara umum. Dalil-dalil yang disebutkan para ulama yang tidak mewajibkan purdah begitu kuat; menunjukkan bahawa wajah dan telapak tangan wanita bukan aurat yang mesti ditutup.

Inilah jawapan kami tentang masalah purdah bagi wanita. Mudah-mudahan kaum muslimin dapat saling memahami permasalahan ini dengan sebaik-baiknya. Wallahu a'lam bishshawwab.

Kumpulan ertikel ustadz Kholid Syamhudi, Lc. Kami siarkan pandangan ini bagi membuka perbincangan dan perluaskan pandangan berkaitan isu kenyataan Shaikh Al-Azhar, Mohamad Tantawi yang disambut oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails