Wednesday, November 11, 2009

PAS Pertahan Tajaan Kerja Haji Nik Aziz.


PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.

"(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.

"Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama," kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

Nik Abdul Aziz juga dilaporkan menerima tajaan itu kerana beranggapan ia bukanlah amalan rasuah kerana pihak penaja tidak meminta sebarang ganjaran balas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Zaki menolak tanggapan bahawa tindakan Nik Abdul Aziz, sebagai seorang menteri besar, boleh menimbulkan tohmahan.

"Memang dia seorang menteri besar, tetapi dia juga seorang ahli agama," katanya.

Mohd Zaki juga tidak terkejut sekiranya terdapat pihak yang mahu menjadikan tajaan terhadap mursyidul am PAS itu sebagai modal politik masing-masing.

"Biasalah, kalau orang hendak buat isu boleh," katanya.(Malaysiakini)

Nik Aziiz Terlibat Rasuah Haji Secara Tak Langsung?


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

TERTARIK saya membaca artikal kawan lama saya, dalam blognya, Penarek Beca bertajuk:
Kaji pembiayaan ke Mekah tu, Tok Guru.... Menarik cadangan beliau itu... Katanya,

"Tetapi, bila Tok Guru memberikan jawapan yang penuh husnul zan seperti yang dilaporkan dalam berita Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Nik Aziz akui dibiaya tunai haji," saya rasa tak patut begitu. Saya sentiasa mahukan seseorang pemimpin seperti Tok Guru melihat dua tiga lapis terhadap sesuatu perkara. Saya tak senang sungguh apabila seorang pemimpin seperti Tok Guru memberikan jawapan yang saya rasa naif sangat.

Saya juga sangat tak senang hati bila Tok Guru kata "nak ambil berkat". Kalau orang lain yang kata benda-benda gitu, tak pa. Tapi kalau Tok Guru sendiri yang kata, berbunyi tak sedap sungguh!


Saya masih yakin Tok Guru perlu melakukan dua perkara:


1. Memastikan pihak yang menajanya itu tidak pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan. Jika tidak pernah, saya rasa dia boleh terima tajaan itu. Tetapi, kalau nak menjauhkan fitnah, elok jangan. Tok Guru kena ingat, Tok Guru ikon PAS. Puak Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang ni berkerja ligat nak memusnahkan nama baik Tok Guru. Ambo harap sangat, Tok Guru jangan bagi ruang untuk orang fitnahkan Tok Guru.


2. Jika pihak yang menaja itu pernah memohon atau menjalankan mana-mana projek atau konsesi di Kelantan, Tok Guru tolonglah bayar balik duitnya. Kalau Tok Guru tak cukup duit, saya sebagai penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sanggup lancarkan kutipan derma untuk bayar balik duit pihak yang berkenaan. Saya akan mintak beberapa pemimpin PAS menjadi pemegang amanah sehingga cukup RM65,000 - buka akaun bank atas nama mereka."


Saya setuju cadangan dan pandangan ini, suatu pandangan membina. Bukan sahaja kepada Tok Guru tetapi kepada orang-orang yang bernaung di bawah ketiak PAS, yang pemimpin-pemimpinnya hidup sederhana macam Tok Guru, tetapi mereka memiliki cara hidup sebaliknya. Pada saya, sepatutnya pemimpin parti Islam pembawa amanah Rasul, kewangan mereka pun perlu telus kepada parti atau rakyat yang mengundi dan menaikkan mereka.

Supaya rakyat tahu cara hidup pemimpin mereka. Orang bukan Islam pun akan kagum dengan kehebatan agama Islam dalam menjaga amanah rakyat. Sejarah sahabat-sahabat Nabi seperti Khalifah Ar-rasyidin ada contohnya. Rakyat juga ingin tahu ke mana mereka yang berpendapatan tinggi menghabiskan duitnya. Dari mana mereka dapat wang itu, di mana mereka membayar zakat dan sedeqahnya?

Semuanya baik dijelaskan untuk menunjukkan kepimpinan yang bersih. Apalagi kalau mereka adalah pemimmpin yang dermawan, sebagai suatu panduan yang sihat. Seperti contoh yang dibongkar oleh Penarik Beca itu. Bukan kerana dengki, tetapi kerana sayang rakyat kepada pemimpinnya, walaupun kerana pergi haji atau umrah. Jauh lagi dari menuduh Tok Guru Nik Aziz itu sebagai perasuah. Bagaimana takrif rasuah sebenarnya?

Rujukan, sila klik tulisan saya yang lalu...
Ibnu Hasyim, Catatan Santai.
ibnuhasyim@gmail.com
November 11, 2009
KL

Raja Petra: Lepas Tanpa Bebas, Polis Gagal Kesan..


Nov 11, 2009. PENULIS blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau, menurut sumbar Bernama hari ini.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.

"Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan," kata Rozina.

Mahkamah hanya melepaskan tertuduh buat sementara waktu tetapi masih mengarahkan agar notis tunjuk sebab disempurnakan dan diserahkan kepada isteri penulis blog itu, Marina Lee, selaku penjamin. "Penjamin dalam kes ini iaitu isterinya perlu datang ke mahkamah untuk memberikan sebab mengapa ketidakhadiran tertuduh dalam kes ini, jika tidak wang jaminan akan dirampas oleh mahkamah," kata Rozina.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, memberitahu mahkamah pihak polis masih gagal mengesan penulis blog itu sehingga hari ini. Sebelum ini penangguhan telah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Okt. Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April 2008. (BERNAMA/AK)

Facebook: Israel Ceroboh Maklumat Orang Ramai.

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

DUBAI - Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.

Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis. Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak pemikiran mereka.

Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv, manakala duta Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat sulit sedia ada kepada pihak musuh.

Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti Provence, Gerrard Niroux. “Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab, terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan Amerika Latin,” katanya.

Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan golongan itu. (MRD)

Qanun Jinayah Di Aceh: Kalau Daud Barueh Masih Hidup....




Demontrasi di Banda Aceh Nov 6 2009

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SETIBANYA saya di Malaysia sehari dua lepas, seorang sahabat Aceh di Malaysia memberitahu mengenai berita Jumaat lepas (Nov 6 2009), mengenai lebih dari 100 mahasiswa dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry dan Universitas Syiah Kuala ( Unsyiah ) bergabung dalam satu kesatuan yang diberi nama Mahasiswa Untuk Syariat Islam (MAHSYAR) melakukan aksi demonstrasi secara aman dihadapan kantor Gubernor Aceh pada pagi tersebut.

Antara lain mereka menuntut agar Gubernor Aceh, Irwandi Yusuf tidak berdolak dalik lagi dalam hal pelaksanaan Qanun Jinayat Islam di bumi Aceh Darussalam. Ini berikutan tindakan Irwandi sebelum ini yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menandatangani undang-undang Qanun Jinayah yang berkait dengan hukuman rejam. Pelbagai alasan dipaksakan agar diterima pakai oleh rakyat Aceh, seolah-olah ada campurtangan piha
k asing dalam menekan pemerintah Aceh dari melaksanakan syariat Islam.

Walaubagaimanapun, ketegasan Irwandi itu yang diperlukan, seperti kata Faisal, salah seorang coordinator himpunan. Himpunan juga dihadiri oleh anggota Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia ( KAMMI ), Lembaga Dakwah Kampus ( LDK ), IAIN Ar-Raniry dan Unsyiah. Mereka meluahkan kekecewaan dan menghendaki agar Irwandi tegas melaksanakan Syariat Islam di Aceh kerana undang-undang ini sudah ada dan disahkan oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat Aceh ( DPRA ), namun ditolak oleh beliau.

Mereka turut memberi amaran kepada kerajaan Pusa
t agar tidak campurtangan dalam pelaksanaan Syariat Islam di Aceh dan jangan berani mencabar Qanun Jinayah ini. Saya juga difahamkan, pada masa ini, ulama’-ulama di Aceh mula terpecah kepada 2 kelompok. Iaitu yang mula menzahirkan sikap kekecewaan terhadap pemerintahan Irwandi dan sebahagian lagi berdiam diri atau ada yang bersetujui agar rakyat difahamkan dahulu mengenai Qanun ini. Antara tuntutan meraeka ialah...

Aceh adalah daerah provinsi yang
merupakan kesatuan masyarakat hukum yang bersifat istimewa dan diberi kewenangan khusus untuk mengatur dan mengurus sendiri urusan pemerintahan dan kepentingan masyarakat setempat. Dewan Perwakilan Rakyat Aceh telah mengesahkan peraturan daerah tentang Qanun Jinayat (hukum pidana Islam) dan Qanun Acara Jinayat (hukum acara pidana Islam). Kedua Qanun ini sebagai Qanun perbaikan terhadap qanun 12, 13, 14, 2003 tentang khamar, maisir (judi) dan khalwat. Banyak pihak yang menilai ketiga qanun tersebut terdapat banyak kelemahan dan kekurangan sehingga perlu dilakukan perbaikan.

Maka qanun Jinayat menjadi penting untuk memberi penguatan terhadap pemberlakuan Syariat Islam di Aceh. Namun alangkah sangat menyedihkan ketika masyarakat Aceh mendapati pe
mimpinnya (Gubernor) justeru menolak menandatangani Qanun tersebut.
Maka dengan ini kami yang terhimpun dalam Mahsyar menganggap perlu untuk menyatakan tuntutan sebagai berikut

Pertama,
mendesak Gubernor Aceh untuk segera menjalankan Qanun Jinayat dan Qanun Acara Jinayat yang telah disahkan oleh DPRA pada tanggal 14 Sept 2009 lalu, walaupun sebenarnya Gubernor Aceh tidak bersedia menandatangani Qanun tersebut. Tapi berdasarkan fasal 37 ayat (2) Qanun Aceh Nombor 3 tahun 2007 tentang tatacara pembentukan Qanun-Qanun menyebutkan bahawa dalam hal rancangan qanun sebagaimana dimaksud pada ayat ( 1 ) tidak ditandatangani oleh Gubernor / Bupati / walikota dalam waktu paling lama 30 hari sejak rancangan qanun disetujui bersama:


Maka rancangan qanun tersebut sah menjadi qanun dan wajib diundangkan, diperkuat dengan fasal 43, UU No 10 / 2004 tentang pembentukan peraturan
perundangan. Disini jelas bahawa sejak tanggal 15 Okt 2009 lalu (30 hari sejak 14 Sept 2009) Qanun Jinayat telah sah menjadi hukum positif dan setiap orang dianggap mengetahuinya dengan pernomboran dan dimasukkann kedalam Lembaran Daerah.

Maka kami mengecam sikap Gubernor Aceh
yang melakukan provokasi-provokasi untuk menggagalkan qanun yang sudah sah tersebut justeru seharusnya Irwandi sebagai pemimpin menghormati setiap keputusan hukum yang ada sehingga dapat menjadi tauladan buat seluruh masyarakat. Bukan malah mempolitisasi qanun tersebut dengan alasan-alasan yang terlalu dipaksakan.


Kedua,
meminta kepada pemerintah pusat untuk menghormati qanun jinayat yang telah disahkan oleh DPRA dan jangan sekali-kali melakukan upaya pembatalan atau melakukan revisi perda (peraturan derah) yang telah ditunggu-tunggu oleh seluruh masyarakat Aceh, namun apabila hal tersebut tetap dipaksakan maka masyarakat Aceh menilai ini adalah bahagian dari penghambatan pemberlakuan Syariat Islam yang dilakukan Pusat terhadap Aceh.


Dengan demikian tuntutan ini kami sampaikan
, sudah semestinya Syariat Islam di Aceh menjadi contoh untuk menggapai masyarakat Madani yang kita cita-citakan bersama.
"

Demikian tuntutan dari
MAHSYAR,
Banda Aceh, 6 November 2009 (Faisal Plimbang) sebagai Koordinator Aksi.

"Apa pndapat tuan?" Kawan saya itu bertanya saya.

Jawab saya, "Kalau Daud Barueh masih hidup, tentu dia merasa kecewa.. Syabas kepada MAHSYAR dan rakan-rakannya! Nabi berpesan supaya jangan dipagut ular 2X dalam satu lobng." Siapa Daud Barueh? Sila KLIK ini... Politik Mie Aceh

Ibnu Hasyim, Catatan Santai.
ibnuhasyim@gmail.com
November 11, 2009
KL

Sila lihat lanjut..

Tidak Ada Bai'ah Talak Isteri Dalam PAS -Nik Aziz

KOTA BHARU, 10 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, sengaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.


Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu. “Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah-bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.

Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS. PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.

Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam. "Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yang tak buat bai'ah ni.....macam aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.

PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu. Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.

Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger. Kemudianya pula mendapat respon dari Muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. (Sumber Harakah /2MA)

Tuesday, November 10, 2009

Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..

CATATAN PERJALANAN SRI LANKA 7



"AMAT merbahaya anda sebut Adam's Peak adalah lambang kesatuan manusia.." Kata seorang pendakwah yang saya temui di Colombo tempoh hari. "Jangan sampai tuan tersalah membenarkan konsep kesatuan agama.."

"Oh.. Kesatuan agama. Itu lain. Kesatuan manusia asal dari satu manusia bernama Adam, banyak agama samawi mengakuinya. Hatta Buddha & Hindu di sini pun akui Adam's Peak ini." Saya jawab balik. " Dan pada saya kesatuan agama pun tiada masalah..."

"Tiada masalah??" Kawan saya itu terkejut. "Hey tuan! Jangan main-main. Cakap-cakap ini boleh jadikan tuan murtad. Keluar agama. Na auzubillah! Konsep kesataun agama ini ingin membawa ke arah semua agama sama, dan semua agama bawa ke syurga. Bererti tuan mengakui agama lain yang kepercayaannya bertentangan dengan konseb tauhid ke Esaan ALLah SWT. Mana boleh percaya.. dicampurkan Esa dengan Berbilang atau syirik?" Katanya tegas dan agak keras.

"Sebab saya berpendapat kesatuan agama itu 'tiada masalah', apabila agama-agama lain selain Islam boleh mengakui 'Ketuanan Adam AS'. Iaitu...
 


Satu: Akui Adam membawa agama Tauhid iaitu ke Esaan Allah, yakni Islam.
Dua: Akui Adam sebagai Khalifah di muka bumi. Yakni pemimpin tertinggi, paling berkuasa dan wakil Allah di dunia, tidak ada dua, kecuali adalah manusia keturunan Adam yang berfaham ke Esaan Allah.






'Tiada masalah' bukan 'tiada salah'. Fahaman mereka tetap salah, cuma kita boleh bersatu dengan mereka apabila mereka mengakui 'ketuanan Adam AS', yang secara tidak langsung mereka mengakui 'ketuanan Islam' di muka bumi, atau memerintah dunia dengan Islam."

Pertama:

Baik.. bila sebut nama Nabi Adam Alaihissalam (AS), maka akan terlintas dalam benak fikiran manusia, sosok manusia pertama yang hebat pemikirannya diciptakan Allah SWT. Kisah penciptaan Adam terdapat dalam surah Al-Baqarah [2] ayat 30.

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang-orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?'' Tuhan berfirman: '' Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.''

Selain ayat diatas, masih banyak lagi ayat-ayat Alquran yang menceritakan tentang kisah penciptaan Nabi Adam AS. Dalam Alquran, nama Adam disebut sebanyak 25 kali, dan kisahnya antara lain dipaparkan dalam Al-Baqarah [2]:30-39, Al-A'raf [7]:11-25, Al-Hijr [15]:26-38, Al-Isra' [17]:61-65, Thaha [20]:115-127, dan Shad [38]:71-78.

Secara umum disebutkan, Adam adalah salah satu makhluk Allah. Awalnya, ia bersama Hawa (isterinya) menjalani kehidupan di syurga, kemudian diturunkan Allah ke bumi untuk menjadi khalifah. Bersama isteri dan keturunannya, Adam menjadi penghuni dan pengelola bumi.

Kisah diturunkannya Adam ke bumi, diawali saat Adam dan Hawa memakan buah khuldi di syurga. Allah melarang keduanya untuk memakan buah khuldi. ''Dan Kami berfirman; ''Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini (khuldi), yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.'' (QS 2:35).

''Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: ''Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?'' (QS 20:120).

Keduanya pun terbujuk dengan rayuan Iblis, hingga mereka memakan buah khuldi tersebut. ''Maka keduanya memakan buah tersebut, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia.'' (QS 20:121).

Menurut Ibnul Atsir, Adam AS awalnya menolak mengikuti bujukan Iblis. Namun, desakan Siti Hawa yang begitu kuat, akhirnya membuat Adam ikut memakan buah tersebut. Lihat An-Nihayah fi Gharib Al-Hadits, karya Ibnul Atsir jilid 3 hlm 158.

Keduanya lalu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah dan Allah menerima taubat mereka dan memilih Adam sebagai Rasul-Nya. ''Kemudian Tuhannya memilihnya (menjadi Rasul), maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk.'' (QS 20:122).

Kendati Allah SWT telah menerima taubat Adam dan Hawa, namun sebagaimana kehendak Allah untuk menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi, maka Adam dan Hawa lalu diturunkan ke bumi.

''Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan. (QS 2: 36). ''Turunlah kamu semua dari syurga! Kemudian jika benar-benar datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.'' (QS 2:38).

Dalam surah Al-A'raf, diusirnya Adam dan Hawa dari surga ini diabadikan pada ayat 24-25. ''Turunlah kamu! Kamu akan saling bermusuhan satu sama lain. Bumi adalah tempat kediaman dan kesenangan sampai waktu yang telah ditentukan. Disana kamu hidup, disana kamu mati dan dari sana (pula) kamu akan dibangkitkan.'' (QS 7:24-25).

Bersamaan dengan diturunkannya Nabi Adam dan Hawa, Iblis dan ular juga diturunkan ke bumi. Al-Imam Abu Ja'far Muhammad bin Jarir At-Thabari RA dalam tafsirnya ketika menerangkan ayat ke-36 surah Al-Baqarah, membawakan sebuah riwayat dengan sanadnya bersambung kepada sahabat Nabi SAW seperti Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan lainnya menerangkan:

''Ketika Allah memerintahkan kepada Adam dan Hawa untuk tinggal di syurga dan melarang keduanya memakn buah khuldi, Iblis memiliki kesempatan untuk menggoda Adam dan Hawa. Namun, ketika akan masuk ke syurga, Iblis dihalangi oleh malaikat. Namun, dengan tipu muslihatnya, Iblis kemudian mendatangi seekor ular, yang waktu itu ia adalah haiwan yang mempunyai empat kaki seperti onta, dan ia adalah haiwan yang paling bagus bentuknya. Setelah berbasa-basi, Iblis lalu masuk ke mulut ular dan ular itupun masuk ke syurga sehingga Iblis lolos dari pengawasan malaikat.''

Kerana itulah, mereka semua akhirnya diusir dari syurga. Lalu setelah diusir dari syurga, dimanakah Adam dan Hawa diturunkan? Belum ada keterangan yang paling shahih tentang itu. Namun, sebahagian ulama sepakat, bahawa keduanya diturunkan secara terpisah dan kemudian bertemu di Jabal Rahmah, di Arafah.

Menurut Al-Imam At-Thabari dalam Tarikh Thabari (jilid 1 hlm 121-126), bahawa Mujahid meriwayatkan keterangan Abdullah bin Abbas bin Abdul Muthalib yang mengatakan : ''Adam diturunkan dari surga ke bumi di negeri India.'' Keterangan ini juga diriwayatkan oleh Thabrani dan Abu Nua'im di dalam Kitab al-Hilyah, dan Ibnu Asakir dari Abu Hurairah RA.

Thabrani meriwayatkan dari Abdullah bin Umar: ''Ketika Allah menurunkan Adam, Dia menurunkannya di tanah India. Kemudian dia mendatangi Makkah, untuk berhaji kemudian pergi menuju Syam (Syria) dan meninggal di sana.'' (HR Thabrani).

Abu Shaleh meriwayatkan juga dari Ibnu Abbas yang menerangkan bahawa Hawa diturunkan di Jeddah (bererti : Nenek perempuan) yang merupakan bahagian dari Makkah. Kemudian dalam riwayat lain At-Thabari meriwayatkan lagi bahawa iblis diturunkan di negeri Maisan, iaitu negeri yang terletak antara Basrah dengan Wasith. Sedangkan ular diturunkan di negeri Asbahan (Iran).

Riwayat lain menyebutkan, Adam diturunkan di Bukit Shafa dan Siti Hawa di bukit Marwah. Sedangkan riwayat lain menyebutkan Adam AS diturunkan di antara Makkah dan Thaif. Ada pula yang berpendapat Adam di turunkan di daerah India, sementara Hawa diturunkan di Irak. Al-quran sendiri tidak menerangkan secara jelas dimana Adam dan Hawa diturunkan. Alquran hanya menjelaskan tentang proses diturunkanya Adam dan Hawa ke bumi. Lihat Al-Baqarah [2]:30-38 dan Al-A'raaf [7]:11-25.

Sementara itu, menurut legenda dalam agama Kristen, setelah diusir dari Taman Eden (syurga), Adam pertama kali menjejakkan kakinya di muka bumi di sebuah gunung yang dikenal sebagai Puncak Adam atau Al-Rohun yang terdapat di Sri Lanka. Menurut Ath-Thabari, tempat Adam diturunkan adalah di puncak gunung tertinggi di dunia. Keterangan Ath-Thabari ini kemudian diikuti oleh para ahli geografi modern, dan merupakan pendapat yang paling kuat dasarnya. Pendapat ini juga diikuti oleh Syauqi Abu Khalil dalam bukunya Atlas Alquran, dan Sami bin Abdullah Al-Maghluts dalam Atlas Sejarah Nabi dan Rasul.

Dan puncak gunung tertinggi yang diyakini sebagai tempat Adam diturunkan adalah puncak gunung Everest (Mount Everest) yang ada di daerah Himalaya, Nepal, perbatasan antara India dan Cina. Ketinggiannya mencapai 8.848 meter dari permukaan laut. Dari riwayat-riwayat secara global di sebutkan bahwa Adam turun ke bumi. Dia turun di India (Semenanjung Syirindib, Ceylan) di atas gunung yang bernama Baudza.

Di dalam Kitab Rihlah -nya, Ibnu Batuthah mengatakan, ''Sejak sampai di semenanjung ini, tujuanku tidak lain, kecuali mengunjungi al-Qadam al-Karimah. Adam AS datang ketika mereka tengah berada di semenanjung Ceylan (Sri Lanka).

Mengenai makamnya, masih banyak diperdebatkan. Ada yang menyebutkan makamnya terletak di gunung Abu Qubais. Ada juga yang mengatakan, di gunung Baudza (India), tempat pertama kali turun ke bumi. Dan ada juga yang berpendapat, setelah terjadi angin topan, Nuh mengulangi pemakamannya di Baitul Maqdis. Imam Thabari meriwayatkan, Adam diturunkan di India, lalu ia mencari Hawa. Keduanya saling mendekat di Muzdalifah, lalu mengetahui di Arafah, dan saling mengenali di Jama'i untuk berkumpul.

Setelah diturunkan di India, Allah mewahyukan kepada Adam untuk melaksanakan ibadah haji ke Makkah. Disebutkan dalam Kitab Ara'is al-Majlis karya Al-Tsa'aibi, Allah mewahyukan kepada Adam : ''Aku memiliki tanah haram (terhormat) dalam posisi sejajar dengan Singgasana-Ku (Arasy). Kerana itu, datanglah ke sana dan berkelilinglah (thawaf) sebagaimana dikelilinginya Singgasana-Ku. Shalatlah disana sebagaimana dilaksanakan shalat di sisi Singgasana-Ku. Disanalah Aku memperkenankan doamu.'' Syahruddin El-fikri.

Kedua:

Mengenai Khalifah... Dalam berbagai riwayat, termasuk dalam kepercayaan orang-orang non-Muslim sebagaimana keterangan kitab-kitab mereka, Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, akibat perbuatannya melanggar larangan Allah SWT. Yakni memakan buah khuldi akibat godaan dan bujukan Iblis. Hal ini juga dipercayai oleh sebahagian umat Islam, bahawa diturunkan mereka ke bumi akibat melanggar larangan Allah dengan memakan buah khuldi tersebut.

Tentu saja, anggapan ini sangat berbahaya bagi akidah umat Islam. Sebab, dengan meyakini diturunkannya Adam dan Hawa kerana perbuatan mereka memakan buah khuldi, maka umat manusia saat ini menanggung dosa warisan sebagaimana kepercayaan dalam agama lain. Hal inilah yang ditolak oleh Islam. Dalam ajaran Islam, tidak ada istilah dosa warisan. Setiap orang yang berbuat keburukan, maka dialah yang menanggung dosanya dan tidak ada dosa bagi orang lain yang tidak mengikutinya.

Dalam tafsirnya, Ibnu Katsir menerangkan, andai dosa Adam itu ditanggung pula oleh umat manusia, maka hal itu bertentangan dengan keterangan Alquran yang menyatakan, manusia tidak akan memikul dosa orang lain. ''(Iaitu) seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.'' (QS An-Najm [53]: 38). Keterangan serupa juga terdapat dalam surah Al-An'am [6]:164, Al-Isra' [17]:15, Fathir [35]:18, Az-Zumar [39]:7.

Ibnu Katsir menjelaskan, diturunkannya Adam AS ke muka bumi ini, memang telah diskenariokan oleh Allah SWT untuk menjadi khalifah agar Adam mengelola bumi dan seisinya (QS 2:30). Kerana itulah, Allah mengajarkan (ilmu) tentang nama-nama setiap benda (QS 2:31-37). Kerana penguasaan ilmu itu, maka Allah memerintahkan Malaikat untuk bersujud kepada Adam yang hanya dijadikan dari tanah yang dipijak-pijak. Malaikat yang tercipta dari cahaya diperintahkan melakukan sujud hormat kepada yang dari tanah itu. Tetapi Iblis menolaknya, sehingga ia pun dimurkai Allah.

Keterangan ayat yang demikian inilah, yang akhirnya membuat seorang peneliti bidang matematik dari Universitas Kansas, AS, Prof Dr Jeffrey Lang, memeluk Islam.'' Adam diturunkan ke bumi bukan kerana dosa yang dibuatnya, melainkan kerana Allah SWT inginkan seorang khalifah di bumi untuk mengatur dan mecsejahterakan alam,'' ujarnya.

Jeffrey Lang mengatakan, ia benar-benar berusaha bersungguh-sungguh memahami ayat 30-39 surah Al-Baqarah yang menjelaskan tentang penciptaan Adam hingga ia diturunkannya ke bumi. Penjelasan terperinci Jeffrey Lang mengenai hal ini dan pergelatannya memahami Islam, ia kemukakan dalam bukunya 'Losing My Religion: A Call for Help.'

Ketiga:

Adam Bukan Makhluk Pertama... Nabi Adam AS adalah manusia pertama yang diciptakan Allah SWT. Ia diberikan akal fikiran dan dapat mengetahui segala sesuatu, termasuk Allah SWT. Adam AS ditugaskan untuk menjadi khalifah di muka bumi, yakni mengelola bumi dan seisinya. (QS 2:30-39). Namun demikian, Adam AS bukanlah makhluk pertama yang diciptakan Allah.

Sebab.. masih ada makhluk lain yang lebih dahulu diciptakan-Nya, seperti malaikat, iblis, dan lainnya. Lalu, siapa dan makhluk macam mana yang pertama kali diciptakan Allah SWT?

Menarik bukan? Sebab inilah, maka ramai orang yang akhirnya muncul sejumlah pendapat yang menyatakan, ada makhluk lain sebelum Adam. Bahkan, ada yang menyatakan, Adam bukanlah manusia pertama.

Pendapat yang menyatakan bahawa Adam bukan manusia pertama, salah satunya dikemukakan oleh Dr Abdul Shabur Syahin. Dalam bukunya Ar-Rawafid al-Saqafiyah (Adam Bukan Manusia Pertama? [Mitos atau Realiti]), menyebutkan, Adam adalah Abul Insan, bukan Abul Basyar . Keduanya bermakna sama, yakni bapak (nenek moyang) Manusia.

Abdul Shabur Syahin membedakan makna antara al-Insan dengan al-Basyar. Kerana perbedaan itu, Syahin menegaskan, Adam bukanlah manusia pertama. Menurutnya, Adam bukanlah diciptakan, melainkan dilahirkan. Makna dari dilahirkan berarti ada orang tuanya. Pendapat ini lalu dibantah oleh Syekh Abdul Mun'im Ibrahim. Menurutnya, pendapat yang diutarakan oleh Abdul Shabur Syahin tentang Adam dilahirkan, sangat bertentangan dengan sejumlah ayat Alquran mahupun beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebutkan awal mula penciptaan Adam dari tanah.

''Pendapat Abdul Shabur Syahin bahawa Adam dilahirkan oleh kedua orang tuanya, mengingatkan kita pada teori evolusi Charles Darwin, seorang Yahudi 'pandai kelentong' yang menulis dalam buknya Ashl al-Anwa' (Asal Mula Penciptaan). Darwin berpendapat, manusia berevolusi dari bentuk aslinya ke bentuk sekarang,'' tegas Syekh Mun'im Ibrahim, dalam bukunya Ma Qabla Khalqi Adam'' (Adakah Makhluk Sebelum Adam, Menyingkap Misteri Awal kehidupan), dan Wafqat ma'a Abi Adam.

Syekh Mun'im setuju bahawa ada makhluk lain sebelum Adam diciptakan. Namun, ia berkeyakinan, Adam adalah manusia pertama yang berakal yang diciptakan Allah SWT. Pendapat ini juga terdapat dalam buku Al-Jamharah, karya Abu Darid, At-Tahzib karya Al-Azhari, Diwan al-Adab karya al-Farabi, Mu'jam Maqayis al-Lughah karya Ibnu Faris, Lisanu al-Arab karya Ibnu al-Manzhur Al-Ifriqi, lalu As-Shahhah karya Al-Jauhari, al-Mukhtar karya Ar-Razi, dan lainnya.

Menurut Syekh Mun'im, makhluk yang pertama kali diciptakan adalah qalam (pena). Dari Ubadah bin As-Shamit, ia berkata, ''Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Awal makhluk yang Allah SWT ciptakan adalah pena, lalu Dia berkata kepada pena, 'Tulislah.' Pena berkata, 'Apa yang aku tulis?' Allah berkata, 'Tulislah apa yang akan terjadi dan apa yang telah terjadi hingga hari Kiamat.''

Imam Ahmad RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda, ''Bahawa makhluk yang pertama kali Allah ciptakan adalah pena, lalu Dia berkata kepada pena tersebut, 'Tulislah.' Maka pada saat itu berlakulah segala apa yang ditetapkan hingga akhir Kiamat.'' (Lihat Musnad Ahmad RA).
Dalam riwayat lain, ada yang mengatakan, makhluk yang pertama diciptakan adalah dakwat (tinta), melalui pena. Ada pula yang menyebutkan, air yang pertama kali diciptakan.

Menurut Syekh Mun'im, pena adalah makhluk pertama yang diciptakan. Pendapat ini telah ditarjih oleh Ibnu Jarir dan Nashiruddin al-Albani RA. Selanjutnya Allah menciptakan tinta. Lalu air, kemudian arasy, kursi, lauh al-mahfuzh, langit dan bumi (semesta), malaikat, syurga, neraka, jin dan iblis (syaitan), dan Adam AS.

Keempat:

Tidak ada... Perjalanan manusia merentas masa bermula ketika Nabi Adam AS menjejakkan kakinya kali pertama di muka bumi pada hari Jumaat. Hakikat sebenar di mana bermulanya perjalanan yang panjang ini, tidak ada kenyataan jelas mengenainya. Tidak ada!

Walaupun pendapat dari Ibnu Hatim menyatakan Nabi Adam turun ke bumi yang pertama kali dipijak adalah tanah yang bernama 'duhna'. Tanah ini terletak di antara Mekah dan Thaif. Ibnu Umar dan Abu Hatim pula mengatakan bahawa Adam diturunkan di bukit Safa dan Hawa di Marwah. Al-Hasan berkata bahawa Nabi Adam mula turun ke bumi iaitu tempat yang berada di India, Hawa di Jeddah dan Iblis di Dustimyan, suatu tempat beberapa batu dari Basrah.

Menurut As-Suda katanya bahawa Adam diturunkan di wilayah India. Adam turun bersama Hajar al-Aswad dan segenggam dedaunan syurga. Dedaunan itu lalu ditaburkan di tanah India, kemudiannya ia tumbuh menjadi pepohonan yang bermutu tinggi. Abdul Razak dari A’mar, dari Auf, dari Qusamah bin Zuhair dari Abu Musa al-Asya’ri, beliau berkata Allah membekalkan Adam dengan pengetahuan cara-cara membuat segala sesuatu dan diberi buah-buahan dari syurga.

Jadi buah-buahan yang kamu rasakan hari ini berasal dari syurga. Bezanya buah-buahan ini yang tumbuh di bumi telah berubah rasanya manakala di syurga tidak berubah. Begitulah yang dikisahkan. Kalau dilihat di dalam Al Quran mahupun hadis tidak dinyatakan dengan tepat di mana Nabi Adam mula-mula sekali menjejakkan kakinya di muka bumi ini.

Ini bermakna di mana tempat permulaan baginda tidaklah begitu penting jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Adam AS. ketika mula-mula diturunkan ke bumi.

Kelima: Puncak Adam (2,243 meter) merupakan sebuah gunung di Sri Lanka yang mempunyai pemandangan yang sangat indah pada dua masa yang berbeza. Di kala subuh, kemunculan jejari cahaya di timur sehinggalah cahaya pagi menjelang merubah warna langit adalah pementasan alam yang menawan perasaan, bagi sesiapa yang mahu mengharunginya..

Di sebelah barat, matahari senjakala pula akan mempersembahkan kecantikannya. Di sini jugalah terabadi sebuah tapak kaki manusia yang mana panjangnya 5 kaki 7 inci dan lebarnya 2 kaki 6 inci.

Menurut mitos orang Hindu, tapak kaki itu adalah milik dewa Shiva dan mereka menamakan gunung itu sebagai Shivan Adi Padham. Kepercayaan Buddha se awal abad ke 300 Masehi pula menyatakan bahawa ianya ditinggalkan oleh Buddha, sementara orang Kristian Portugis yang tiba di pulau ini pada abad ke-16 Masihi mendakwa ia adalah tapak kaki St. Thomas yang mengikut dongengan mula-mula mengembangkan agama Kristian di Sri Lanka.

Kemudian pengembara-pengembara Arab yang menyaksikan tapak kaki ini menyatakan bahawa ia adalah milik Nabi Adam, di mana disinilah mula-mula baginda diturunkan kerana keindahannya. Bagaimanapun, sekarang ini, tapak kaki tersebut telah ditutup dengan ukiran batu oleh orang China dan hanya satu replika tapak kaki sahaja yang kelihatan. Lihat gambar-gambar dalam catatan perjalanan saya di Sri Lanka sebelumnya.

Yang penting pada saya ialah, bagaimana untuk mendapatkan kesatuan pengakuan menganai 'Ketuanan Adam AS' seperti yang saya sebutkan. Iaitu...
Satu: Akui Adam membawa agama Tauhid iaitu ke Esaan Allah, yakni Islam.

Dua: Akui Adam sebagai Khalifah di muka bumi. Yakni pemimpin tertinggi, paling berkuasa dan wakil Allah di dunia, tidak ada dua, kecuali adalah manusia keturunan Adam yang berfaham ke Esaan Allah.

Kita boleh terima dan bersatu dengan semua agama di dunia, apabila mereka mengakui 'ketuanan Adam AS', yang secara tidak langsung mereka mengakui 'ketuanan Islam' di muka bumi, atau memerintah dunia dengan Islam."

Wallahu aklam.

Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan.
ibnuhasyim@gmail.com
November 9, 2009
KL


Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim


Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails