Thursday, November 26, 2009

3 Calon MB Kelantan, Patutkah Husam Tarik Diri?

Layakkah Husam ganti Tok Guru?

NOV 26, 2009. Semalam Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi MB Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi MB kerana kekananan serta hirarki dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan MB dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan. "Semua calon layak, TMB lebih layak lagi sebab dia paling senior... (Cuma) Jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau juga mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai MB sekiranya beliau melepaskan jawatan itu. Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia 'tertakluk kepada hirarki dalam parti di peringkat negeri seperti Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya satu hingga tiga'.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi. Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Kelantan berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong. Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam.

Begitu, lebih kurang saringan dari kenyataan BERNAMA semalam. Jadi ada 3 calon MB Kelantan setakat ini, walaupun dikatakan Husam menolaknya, yang mengikut gambaran MB sekarang, 'tertakluk kepada hirarki dalam parti di peringkat negeri seperti Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya satu hingga tiga'.

1. TP I: Datuk Ahmad Yaakob
2. TP II: Datuk Husam Musa
3. TP III: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

Siapa yang lebih layak, pengganti MB Kelantan? Layakkah Husam tarik diri? (2MA)

Wednesday, November 25, 2009

Lagi.. Mahmud Abbas UMNO Palestin?

'Pejuang' Palestin..

Anda lihat dan anda nilai bagaimana rapatnya ukhwah antara mereka..

Salam..
http://haidaralkarar.blogspot.com/
KAMI pinjam gambar di atas dari blog tuan..
Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Adha..

dari Blog Ibnu Hasyim

Bank Islam Terus Pekak, 3 Pegawai Polis Bukit Aman Datang Siasat..

Gambar, wanita kanan sekali, mangsa yang wangnya hilang simpan dalam Bank Islam. Lelaki yang sedang menulis di tengah dan 2 wanita di sebelah kirinya (tidak jelas) adalah polis penyiasat dari Bukit Aman, datang ke rumah mangsa. Bayi di tengah adalah cucu mangsa.

KL Nov25 2009. SEHINGGA sebentar tadi, 3 pegawai polis dari Bukit Aman, datang menyiasat mengenai pengaduan mangsa seorang pengguna Bank Islam yang malang, sehingga sekarang masih belum dapat apa-apa jawapan dari cawangannya di Tanjung Malim. Beliau menyimpan wang di BankIslam tersebut kira-kira RM6,000, tetapi akhirnya lesap, sudah dicuri orang. Simpn duit dalam bank pun dah tak selamat.

Pihak bank menyuruh buat report polis. Pengaduan dibuat di Balai Polis Tanjung Malim pada 2 Ogos 2008, laporan telah dihantar ke bank tersebut, tapi hingga sekarang tiada apa-apa jawapan. Sehingga mangsa tersebut bercadang untuk merayu kepada Menteri berkaitan, yang kakitangannya tidak prihatin kepada rakyat?, kata mangsa.

"Tolonglah. Duit itu puluhan tahun makcik simpan untuk pergi ke haji.. Makcik tak tahu apa nak buat lagi..." Katanya kepada blog Ibnu Hasyim.

Sebentar tadi, sewaktu pegawai polis itu membuat penyelidikan, dia bertanya mengenai kemungkinan wang tersebut dapat gantian balik dari bank, pegawai polis itu berkata lebih kurang begini..

"Saya dapat tahu kes ini pun melalui blog (Blog Ibnu Hasyim) sahaja. Pihak kami cuma datang menyiasat pegawai kami yang mungkin tidak bertugas dengan betul, tetapi mengenai wang yang hilang itu.. kena berurusan dengan bank.."

Setelah selesai penyelidikan lepas Maghrib sebelum Isyak mereka pulang dan mangsa mengucapkan terima kasih kepada pihak polis.

Pehak polis telah memberi respon, cuma Bank Islam sahaja masih pekak! Bos no 1 Bank Islam, sila ambil perhatian. Jangan buat-buat pekak juga. (IH).

Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...
Sila beri komen.

PEMBETULAN KENYATAAN:

Pihak Blog Ibnu Hasyim telah melaporkan, 'Beliau menyimpan wang di BankIslam tersebut kira-kira RM6,000,'... seperti dalam tulisan di atas dan sebelumnya Thursday, November 19, 2009 Polis & Bank Islam, Tolonglah, Apakah Perlu Mengadu Pada Menteri? Tetapi yang betulnya, 'Pengeluaran wang tersebut melibatkan jumlah enam ribu ringgit', seperti dalam surat report polis di Sunday, August 16, 2009 Simpan Duit Dalam Bank Islam, Lesap. Bank Lepas Tangan.

Sekian Harap maklum.
Ibnu Hasyim

Anwar Menang NSTP Diarah Bayar RM 100 Ribu


KUALA LUMPUR, 25 Nov 2009: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan News Straits Time Berhad (NSTP) membayar ganti rugi berjumlah RM100 ribu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mahkamah turut mengarahkan NSTP membayar RM20 ribu sebagai kos mahkamah.

Keputusan itu diumumkan Hakim Harminder Singh Dhaliwall di Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang tadi. Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, di atas artikel yang bertajuk 'Anwar’s Link To US Lobbyist' yang disiarkan pada 2002.

Anwar menuntut RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Artikel itu menyentuh dakwaan hubungan Anwar dengan pelobi Washington DC, hubungan kewa- ngan beliau dan organisasi dikenali Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan tuduhan dalam akuan bersumpah oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid. (Harakahdaily/AK)

Saman Atau Minta Maaf, NST dan B/Harian S'pura -Husam


KOTA BHARU, 25 Nov: Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa telah memfailkan saman kepada NST Malaysia dan juga Berita Harian Singapura kerana memfitnah beliau. Dalam muka hadapan akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri.

“Saya hari ni melalui peguam Asri & Associate telah menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST untuk dia minta maaf ‘front page’ dalam masa tujuh hari, termasuk berita harian di Singapura," katanya.

Husam memberitahu, beliau menerima panggilan dari pelabur dari Singapura, Indonesia dan Mekah kerana telah membaca NST dan Mingguan Malaysia. “Dalam Letter Of Demand ni, empat lima ayat yang digunakan tu ternyata fitnah,” tegasnya.

Sambungnya lagi, pada pagi hari Selasa beliau tidak berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana berada di parlimen. “Pada hari Rabu pula ada mesyuarat exco dan Tok Guru keluar lebih awal,” katanya lagi.

Beliau menambah, pada hari Khamis, beliau merasa kurang selesa pada bahagian kaki dan telah mendapatkan rawatan di hospital. “Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat selama lima hari.. Saya hanya boleh masuk hospital pada hari Isnin kerana hari Sabtu saya seminar di Kuala Lumpur dan malam Ahad saya ada mesyuarat PAS Pusat yang saya hadir ke dua-dua program tersebut,” ujarnya lagi.

Pada hari Isnin, beliau telah bercadang untuk masuk ke hospital untuk berehat. “Tiba-tiba pada hari Ahad telah keluar cerita dalam Mingguan Malaysia,kononya saya telah diarahkan bercuti kerana dalam proses hendak dipecat dan mengugut untuk letak jawatan. Saya rasa amat dukacitalah,” katanya lagi.

Husam ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke atas pelajar miskin, Siti Zamanira Mat Zaib, pelajar tahun tiga jurusan Fiqh dan Fatwa, Falkulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, di Kampung Bechah Keranji, Melor. Sebuah rumah baru akan dibina untuk keluarga pelajar berkenaan berharga RM40,000 yang disumbangkan oleh seorang penderma. (Sumber: Harakah/AK)

Blog Bongkar Konspirasi Jatuhkan MB S'ngor


SATU blog pro-PAS, yang mendakwa seorang bekas calon parti itu "berkonspirasi" menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mempunyai saksi-saksi berwibawa untuk mempertahankan artikelnya.

Penulis blog Malaysia Waves Abdul Rahman Abdul Talib - yang sering membongkar pergolakan dalaman PAS - berkata, saksi-saksi yang memberikan maklumat kepadanya mempunyai akses langsung kepada "minit-minit mesyuarat PAS Selangor".

"Saya ada saksi-saksi. Dan saksi-sakti itu memberitahu perkara-perkara yang diminitkan dalam mesyuarat PAS negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau akan membuat pendedahan susulan pembabitan bekas calon itu Suwardi Yaacob dalam konspirasi itu apabila saman Abdul Khalid terhadap Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus, mula dibicarakan di mahkamah.

"Kita tunggu saman menteri besar (Selangor) kepada Gerak dulu. Perkara ini saling berkaitan (dengan dakwaan saya)," kata Abdul Rahman lagi.

Pada 24 Mac lalu, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Mohd Nazree yang mendakwanya menggunakan wang awam bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta peribadinya.

Satu lagi saman pemimpin PKR itu berhubung kenyataan Mohd Nazree yang mendakwa beliau menggunakan wang kerajaan bagi membeli 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada tahun lepas untuk diagihkan di kawasan parlimennya Bandar Tun Razak.

Abdul Rahman diminta mengulas tindakan undang-undang Suwardi - seorang peguam yang didakwa dekat exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali - yang dituduh mengumpulkan maklumat kerajaan sehingga Abdul Khalid disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain bertegas dengan tuduhan tersebut, penulis blog itu sebaliknya berkata beliau akan terus membuat lebih banyak pendedahan.

"Merujuk kepada surat (peguam) tuan dengan nombor rujukan: ZE(E)/L/1185/09/bob, saya ingin memberitahu pihak tuan bahawa saya tidak akan membawa turun artikel saya kerana saya mempunyai bukti kukuh terhadap pendedahan saya," katanya, Jumaat lalu.

Abdul Rahman, atau lebih popular dengan nama samarannya Tulang Besi, menjawab ugutan saman Suwardi bertarikh 19 November lalu.

Surat itu antaranya menuntut blog itu menarik balik siaran artikel 'Suwardi Yaakob di Belakang Konspirasi Menjatuhkan MB Selangor' yang diterbitkan Khamis lepas dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan notis.

Selepas enam hari notis tuntutan itu, semakan Malaysiakini hari ini mendapati artikel masih dimuatkan di blog berkenaan.

Usaha mendapatkan ulasan lanjut Suwardi setakat ini belum berhasil. Manakala peguamnya pula difahamkan sedang bercuti dan tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Tulisan kontroversi yang sama turut diterbitkan dalam blog Perisik Rakyat - milik penulis blog Topeng Perak Unmasked - pada tarikh yang sama.

Abdul Rahman termasuk seorang penyumbang artikel di blog tersebut.

Suwardi turut menuntut Abdul Rahman mengeluarkan surat permohonan maaf yang dihantar kepadanya beserta ganti rugi am dan teladan.

Pada 14 Ogos lalu, Abdul Rahman yang mendakwa pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Dr Hasan pernah menghadapi tindakan undang-undang serupa daripada Suwardi berhubung artikel 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor'.

Pendedahan panas itu, yang didakwa dikirim kepada blog tersebut, mendakwa Dr Hasan terlibat menjatuhkan beberapa ADUN dan ahli parlimen PAS di Selangor yang pro-Pakatan Rakyat.

Abdul Rahman yang mendakwa tidak menerima notis tuntutan Suwardi tersebut bagaimanapun menarik kembali artikel itu atas alasan "permintaan tuan punya surat" dan "isu itu terlalu panas". (Sumber Malaysiakini/AK)

Gubernur Aceh Belum Setuju, Qanun Jinayat Perlu Dibahas Lagi..

Qanun Jinayat Perlu Dibahas Ulang

BANDA ACEH--Qanun (Perda) Jinayat dan Hukum Acara Jinayat yang telah disahkan Dewan Perwakilan Rakyat Aceh (DPRA) tak kunjung mendapat persetujuan Gubernur Aceh, Irwandi Yusuf. Guna mengakhiri polemik yang terjadi di tengah masyarakat terkait Qanun Jinayat itu, Pakar Hukum Universitas Syiah Kuala Banda Aceh, Mawardi Ismail, mengusulkan agar aturan itu dibahas ulang.

"Menurut saya, sampai sekarang statusnya masih Raqan (rancangan qanun) Jinayat, karena belum ada persetujuan Gubernur Aceh Irwandi Yusuf dan harus dibahas kembali dengan DPRA," ujar Mawardi dalam lokakarya Pandangan Aparat Hukum tentang Qanun Jinayat dan Hukum Acara Jinayat, seperti dikutip Antara, akhir pekan lalu.

Mawardi mengungkapkan, mekanisme pemberlakuan qanun setelah 30 hari, hanya terjadi jika qanun tersebut disetujui DPRA dan gubernur dalam proses pembahasannya. "Sepanjang gubernur belum menyetujui, statusnya tetap sebagai raqan dan masih memerlukan pembahasan," tutur dosen Fakultas Hukum Unsyiah tersebut.

Seperti diberitakan Republika sebelumnya, Qanun Jinayat dan Qanun Hukum Acara Jinayat yang disetujui DPRA pada 14 September 2009 mengatur hukum cambuk dan rajam bagi pelanggar syariat Islam. Kehadiran qanun itu disambut pro dan kontra, termasuk Gubernur Aceh menolak dan belum menandatanganinya.

Qanun itu mengatur masalah judi, zina, minuman beralkohol, homoseksual, lesbian, pemerkosaan, dan pedofilia. Para pelanggar pidana yang telah diatur dalam qanun ini diancam dengan hukuman cambuk berkisar antara 10 hingga 400 kali cambukan. Sementara itu, khusus pelaku zina bagi orang yang telah menikah akan dirajam dengan cara melempar batu hingga meninggal.

Sebelumnya, Ketua Mahkamah Konstitusi, Moh Mahfud MD, juga sempat menyarankan, agar Pemerintah Aceh dan DPRA membahas kembali Qanun Jinayat dan Hukum acara Jinayat sehingga tidak menimbulkan permasalahan dalam masyarakat. "Saya sarankan agar eksekutif dan legislatif membahas kembali qanun tersebut," ujar Mahfud seperti diberitakan Antara.

Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh juga merekomendasikan agar gubernur dan DPRA duduk kembali membahas pasal-pasal yang diperdebatkan. "Tim gubernur dan DPRA duduk bersama menginventarisasikan masalah dan pasal-pasal yang belum ada kesepakatan bersama, agar dibahas ulang," kata Ketua MPU Aceh, Tengku Muslim Ibrahim. (AK)

Sila lihat lanjut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails