Tuesday, December 29, 2009

Futsal Adalah Medan Eratkan Ukhuwwah -PJ PAS Perak

SUKAN

IPOH 29 Dis 09: PROGRAM sukan futsal amat penting kerana ianya merupakan medan untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan pemuda-pemuda PAS bagi mencapai persefahaman dalam melaksanakan kerja dakwah. Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang telah berjaya mengadakan Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak.

"Semasa bertemu,ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah," katanya.

Beliau juga berpandangan, program yang diadakan itu boleh dijadikan sebagai medan untuk menarik dan mengumpul golongan muda agar mencintai cara hidup Islam. "Program ini boleh menjadi medan mengumpul mad'u (sasaran dakwah) yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah," katanya lagi.

Selain itu ujarnya, program riadah juga juga dapat membentuk akhlak Muslim. Ini kerana jelasnya, ketika bersukan pastinya akan berlaku kekasaran. Kadangkala juga seorang itu akan diuji sejauh mana dia jujur dengan kesalahan yang dilakukannya ketika bersukan. Oleh itu dari kekasaran akan terbentuknya sifat kemaafan dan kejujuran menanamkan sifat sering merasai pemerhatian oleh Allah (ma’iyatullah).

"Sehubungan itu, penghayatan terhadap kepentingan riadah pula adalah sebahagian daripada fikrah Islam yang syumul. Sebuah organisasi yang membawa fikrah yang syumul harus merialisasikan apa yang didokongnya," katanya.

Pasukan futsal dari Lumut muncul juara keseluruhan kejohanan futsal piala Pesuruhjaya PAS Perak dan membawa pulang hadiah berupa sebuah piala dan juga wang tunai RM1,500.

Tempat kedua pula diraih pasukan dari Ipoh Timur dan menerima wang tunai sebanyak RM700, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dari Tanjung Malim dan Kampar membawa pulang hadiah saguhati.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang telah berjaya mengadakan Pertandingan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak. (AK)

Ibnu Hasyim Diculik Di Iran -Suhaimi Ramly

CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM
Se waktu mula sampai di kampung pendalaman tempat orang sembah matahari pada malam hari, di sinilah Ibnu Hasyim 'diculik' dengan sebuah motosikal..

Yang ditengahnsekali antara kami, dipanggil 'Dajjal', lihat mukanya..

Shahabuden Jalil (kiri) bersama 'Dajjal'(di tengah)

Kami berada di sebuah bandar puak 'Sunni' di Iran.

Kami di sebuah bandar lain, juga ada cerita menarik..

Gambar ini di pantai Laut Caspian, bukan senang nak dapat bergambar bersama wanita Iran apalagi menjadi pengiring kami (dalam gambar saja)..

Untuk tahu kisah di atas sila layari..
http://suhaimiramly.wordpress.com/2009/12/28/al-kisah-di-iran/

Komen Ibnu Hasyim mengenai catatan itu..

ibnuhasyim Says:
"Alhamdulillah, menarik cerita tuan. Saya pun tak boleh tulis begitu. Ada saspen, ada lucu dan ada maklumat. Dan.. baru saya tahu, rupanya saya ‘diculik’ malam itu.
Diculik mengelilingi kampung pendalaman Iran, ditengah malam gelap gelita seorang diri bersama pemandu motosikal itu sahaja!

Kalau boleh tulis lagi, dari perspektif anda."

Lampiran
Al-kisah di Iran   
Oleh Suhaimi Ramli.(http://suhaimiramly.wordpress.com/2009/12/28/al-kisah-di-iran/)

INI merupakan pengalaman yang saya lalui ketika dalam perjalanan di Iran pada bulan Oktober dahulu. Saya telah bertolak ke Iran dengan tiga orang sahabat baik saya iaitu Ibnu Hasyim, Ustaz Amin dan Shahabudeen Jalil. Jika anda melawat blog mereka, anda akan dapati mereka bertiga ini bukanlah calang-calang orang. Saya seorang sahaja yang agak hampeh dalam kumpulan itu, tetapi bersyukurlah mereka sudi mengambil saya bersama-sama mereka mengembara. Banyak saya belajar daripada mereka.

Kami tiba di bandar Tehran, dan disambut oleh Saudara Ali (mulai sekarang dipanggil Ali Jan) iaitu rakan Ustaz Amin yang berasal dari Tehran. Ustaz Amin pernah ke Iran beberapa bulan terdahulu, dan beliau yang memperkenalkan kami dengan Ali Jan. Ali Jan ialah seorang pemandu teksi SUV. Dia merupakan bekas pegawai kerajaan dan pernah berkhidmat dalam unit artileri tentera Iran ketika perang Iran-Iraq tahun 90an dahulu. Walaupun umurnya sudah 50an seperti Ibnu Hasyim, tapi dia masih sihat dan kuat. Dia kadangkala menjadi jurulatih pasukan bolasepak tempatan. Sepanjang di Iran, Ali Jan menjadi driver, guide dan translator kami.

Di Iran, hampir separuh lelaki bernama Ali. Ini disebabkan pengaruh Syiah yang amat kuat. Kalau perempuan, nama paling popular ialah Zahra, iaitu gelaran kepada isteri Saidina Ali, Fatimah Al-Zahra yang juga merupakan puteri Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan tersebut, kami telah melalui bandar-bandar berikut: Tehran –> Qom –> Isfahan –> Shiraz –> Yazd –> Kerman –> Mashhad –> Bandar Turkaman –> Talaghan –> Tehran. Jarak kesemua perjalanan kami hampir 4500 km.

Saya malas cerita panjang mengenai perjalanan tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut dan nak tengok gambar, rujuk blog Ustaz Amin atau Ibnu Hasyim.

Tapi ada satu cerita yang ingin saya kongsi bersama. Cerita ini agak bodoh. Ia berlaku dalam perjalanan kami dari Isfahan ke Shiraz.

Isfahan dan Shiraz merupakan dua bandar yang menjadi tumpuan pelancong di Iran. Isfahan terkenal sebagai pusat pentadbiran tamadun Parsi lama, dan Shiraz sebagai tempat asal ramai sasterawan Parsi seperti Hafiz dan Saadi, yang turut juga dikebumikan di sana. Walaubagaimana pun, di antara Isfahan dan Shiraz terdapat tarikan pelancong yang terbesar di Iran iaitu PERSEPOLIS.

Peninggalan Tamadun Parsi di Persepolis

Kami bertolak dari Isfahan pada petangnya, dengan niat untuk bermalam di Shiraz dan melawat Persepolis keesokan harinya. Tetapi Ali Jan memberitahu kami bahawa Persepolis dan Shiraz agak jauh, kira-kira 80km, jadi kami mungkin terpaksa bermalam di antara Isfahan dan Shiraz.

Di antara Isfahan dan Shiraz tiada bandar besar, yang ada cuma pekan-pekan kecil di sekitar kawasan tarikan pelancong seperti Persepolis dan Pasargadae (kedua-duanya UNESCO World Heritage Site). Jadi kami pun agak risau kerana mungkin susah ingin dapatkan tempat tidur. Mungkin terpaksa tidur dalam kereta.

Apabila kami sampai dekat dengan Persepolis, waktu sudah malam, kami agak lapar dan mengantuk, jadi kami pun cuba mencari pekan berhampiran dengan harapan menjumpai kedai makan dan hotel. Malangnya, di kawasan itu, cuma ada kampung sahaja. Jangankan hotel, kedai biasa pun susah nak cari. Yang ada cuma rumah-rumah kampung, dan ladang-ladang. Kami terus melalui jalan-jalan kecil dengan harapan jumpa sesuatu. Di sini, orang pun susah nak jumpa.

Setelah penat berpusing-pusing di jalan kecil mencari tempat tidur, kami terserempak dengan sekumpulan pemuda yang sedang melepak. “Huh, ada pun orang,” bisik ku di dalam hati. Ingatkan ghost town tadi. Ali Jan selaku driver, ingin menghampiri mereka, tapi memandangkan kami tak kenal siapa mereka, Ali Jan pun parking SUVnya jauh daripada mereka, dan berjalan ke arah kumpulan orang muda tersebut meninggalkan kami di dalam SUV.

Di kampung sebegini, macam-macam boleh jadi. Apatah lagi jika mereka tahu kami ni orang Sunni, mana lah tahu ini kampung Syiah totok jenis pukul badan sampai berdarah masa hari Asyura. Mungkin mereka jenis Syiah totok yang menghalalkan darah orang Sunni kerana membunuh Saidina Husin. Mungkin etc. etc. , bermacam pemikiran bermain di benak kepala. Ali Jan pula lama berborak dengan pemuda-pemuda tersebut, jadi kami semakin risau. Semakin cuak kami melihat semakin lama semakin ramai pemuda mengerumuni Ali Jan. Diingatkan, ini adalah kampung yang sangat “ulu”, mungkin mereka jarang sangat dapat jumpa orang bandar, apatah lagi pelancong luar.

Selepas lebih kurang 15 minit, Ali Jan pun berjalan semula ke kereta. Kami menarik nafas lega. Tapi tak lama, kerana tiba-tiba gerombolan pemuda itu pun datang merapati kami. Mereka datang melihat kami dengan rasa pelik. Mereka mengetuk2 cermin SUV dan melambai2 tangan kepada kami dan mengelilingi SUV kami, umpama kami haiwan zoo. Takpe lah, mungkin mereka jakun agaknya.

MAJUSI @ ZARDOSHT DI SHOLESTAN

Kemudian kami memberanikan diri untuk keluar dan bersalaman dengan mereka. Ali Jan pun menceritakan bahawa kampung ini ialah kampung orang Zartosht, iaitu penganut agama empayar Parsi lama, yang percaya kepada tuhan Ahura Mazda dan nabi Zarathusthra (Zoroaster). Kalau dalam Islam dipanggil Majusi, atau golongan penyembah api (sebenarnya itu tidak tepat, mereka sembah tuhan tetapi api itu sebagai simbol kesucian agama, sepertilah salib dalam agama Kristian dan holy ark dalam agama Yahudi).

Pelik dan seronok jumpa orang Majusi, kerana sebelum ni tak pernah jumpa. Mereka pun menunjuk-nunjuk handphone mereka pada saya, ingatkan nak eksyen model terbaru Nokia masuk ke kampung mereka, rupa2nya mereka nak tunjukkan imej Zoroaster di handphone mereka. Mereka pun menjakun dengan kami, terutama dengan saya yang sudah pasti tak kelihatan macam orang Iran langsung. Setiap orang daripada kami dikerumun oleh 4-5 orang Majusi ini, dan mereka tanya bermacam-macam soalan dalam bahasa Parsi. Ali Jan yang menjadi translator kami. Ibnu Hasyim siap “diculik” oleh mereka dibawa naik motor keliling kampung. Kampung itu bernama Sholestan.

Setelah penat berborak dan bergambar lebih kurang setengah jam, dan kami merasa selesa dengan mereka, kami diberitahu bahawa mereka ingin menjemput kami tidur di kampung mereka. Mereka telah menyediakan sebuah rumah untuk kami bermalam. Kami sebagai tetamu yang mengantuk dan lapar, apa lagi, terima saja tawaran mereka. Dengan syarat, kami akan cari makanan sendiri (tidak boleh makan daging mereka), jika mereka mahu hidang pun, mungkin hidangkan teh atau roti sahaja. Kami juga sebagai tetamu yang demanding, minta disediakan shisha (di Iran dipanggil Kalyan) untuk disedut sepanjang malam. Alah, dah sembah api, takkan shisha pon takleh buat kot…hehehe…

Rumah yang kami diami itu, ialah sebuah rumah yang tiada penghuni tetapi dalamnya lengkap. Walaupun rumah kampung, kami agak selesa, kerana ada bantal, tilam, TV, toilet, dan segalanya. Tuan rumah itu bernama Mahdi.

Mahdi merupakan seorang yang menakutkan. Umurnya awal 20-an, tapi rupanya seperti seorang alien atau jelmaan hantu. Mungkin ada penyakit kulit atau sewaktu dengannya. Tapi mula-mula kami lihat dia memang pelik, tak seperti orang Parsi biasa. Kami melawak antara kami, kalau Mahdi ni nak berlakon cerita seram, dia tak perlu pakai make up. Dengan mata biru, kulit hitam, tinggi lampai, dan jari yang panjang serta bengkok, dia ni boleh menggerunkan sesiapa yang terserempak dengannya di tengah jalan pada lewat malam. Oleh kerana dia tak faham, kami pun menggelarkan Mahdi di belakang beliau sebagai “Dajal”. Kekeke…kesian tuan rumah diperdajalkan oleh kami.

Mahdi @ Dajal sebenarnya seorang yang baik. Dia pergi mendapatkan shisha untuk kami, mengangkut bantal dan tilam, membuat teh, mengajak kawan2 nya datang berjumpa kami, dan memastikan kami selesa di rumahnya. Ali Jan pun pergi membeli makan malam kerana kami dah terlalu lapar. Di rumah, Jalil mengambil video dan interview orang2 Majusi tersebut, menggunakan skill bahasa Parsi yang dipelajarinya tak sampai 3 hari. Orang-orang kampung gembira melepak bersama kami.

Orang-orang kampung ini hampir kesemuanya bekerja sebagai petani dan pemandu trak. Jadi mereka ni agak miskin dan kurang pendedahan dengan dunia luar. Mungkin oleh sebab itu mereka seronok bila kami datang.

Walaubagaimana pun (ini penting untuk cerita yang akan saya sampaikan), saya nampak di ruang tamu ada tersimpan satu senapang AK47. Saya kenal senapang tersebut kerana saya seorang peminat senjatapi. Mula-mula saya ingat ini senapang mainan, tapi sebenarnya ini senapang betul. Saya rasa sedikit tak selesa. Siapa mereka ni? Taliban Iran ke? Atau geng-geng Basij? Takkan Basij kut, Basij kan askar revolusi, mereka ni bukan Islam pun. Saya rasa kurang sedap di hati saya kerana saya sekarang di dalam rumah orang-orang militia yang memiliki assault rifle. Adakah mereka ni buat baik kepada kami malam ni, lepas tu esok mereka akan culik kami dan hantar kepada militia Syiah? Seribu satu persoalan bermain di kepala saya, walaupun orang-orang di situ ramah melayan kami.

Dipendekkan cerita, malam itu kami pun makan malam, tengok TV, minum teh, hisap shisha, berborak (Ibnu Hasyim berborak dengan orang kampung sampai pagi, entah apa dia borakkan), dan tidur. Kami berlima — saya, Ibnu Hasyim, Ustaz Amin, Shahabudeen Jalil dan Ali Jan — tidur di dalam bilik, dan Dajal tidur di ruang tamu bersama orang-orang kampung lain. Waktu malam di Iran sangat sejuk, jadi pintu dan tingkap perlu ditutup rapat.

BARU CERITA SEBENAR, SETELAH MUQADDIMAH YANG PANJANG

Pagi esok, selepas bangun saya pun menunaikan solat Subuh. Tuan rumah dan orang-orang kampung yang lain masih tidur. Saya pun keluar rumah untuk stretching dan ambil angin. Saya pergi ke ruang tamu, masuk dan lihat tuan rumah (Dajal) masih tidur. Jadi saya keluar semula. Saya terlupa menutup pintu. Tiba-tiba saya terdengar Dajal mengamuk di dalam rumah. Sudah, apa aku dah buat ni? Rupa-rupanya saya terlupa tutup pintu dan udara sejuk masuk ke dalam rumah mengganggu tidur mereka.

Saya ingin meminta maaf dengan mereka tapi oleh kerana terkejut dengan amukan Dajal itu, saya pun masuk ke bilik, sedikit ketakutan.

Tiba-tiba…

Dajal, dengan be bengisnya, datang masuk ke bilik kami, membawa senapang AK47 itu. Fuckkk…

Ibnu Hasyim pada mulanya ingat Dajal bergurau, mencuba untuk menyentuh Ak47 tersebut, tapi Dajal dengan bengisnya menolak tangan Ibnu Hasyim. Mamposss…betullah diorang ni nak culik kami. Siut betul. Perut saya sudah mengecut, sehingga rasa mahu terkincit. Ingatkan orang baik rupanya memang gengster. Patutlah dalam rumah ada AK47. Saya memberanikan diri, meminta izin untuk ke toilet (sebenarnya memang cuak sampai nak terburai isi perut). 

Dajal melihat saya dengan ekor mata, dan memberi isyarat permisi. Saya terpikir untuk lari keluar rumah tersebut, tetapi memandangkan keadaan usus besar yang tidak mengizinkan, saya terus ke toilet. Di dalam toilet itu saya bertaubat dan berdoa bagai nak rak (doa dalam hati, dalam toilet tak boleh sebut nama Allah). Apa lah nasib ku, pusara tak bertanda di Sholestan, gugur syahid di tangan Majusi laknat diketuai Dajal laknatullah. Dalam kepalaku, terbayang kejadian bukan-bukan: mungkin Dajal sedang gelak setan sambil mengexecute rakan-rakan ku. Mungkin Dajal sedang tunggu aku keluar dari toilet untuk memberi hukuman maut pada ku. Tidak…

KEH KEH KEH DAH MALAS NAK SUSPENS

Lepas aku keluar toilet, dengar orang dalam bilik tergelak kung kang kung kang, rupa2nya Dajal ni buat lawak je. Cilakak, nak buat lawak pakai AK47, buat kecut pelir aku je. Dah la aku ni jenis cepat cuak, butoh punya Dajal, ptuihhh…kekekeke aku pun dengan selamba mencarut depan Dajal tersebut dalam bahasa melayu supaya dia tak paham. Aku pun turut cuba testing AK47 tersebut. Kalau dapat tembak ni best juga, tapi mungkin agak kurang bijak kerana bedilan AK47 boleh menakut2kan penduduk kampung yang lain.

Dipendekkan cerita, selepas menakutkan kami dengan AK47, Dajal pun memasak untuk kami breakfast, egg omelet yang enak, bersama-sama teh, roti, keju, dan madu asli. Kami pun mengoffer beliau duit sebanyak RM 100 untuk makanan dan tempat tinggal yang disediakan. Beliau menolak malu tawaran kami itu, tapi setelah dipaksa beliau pun menerima wang yang tak seberapa itu. Chih…buat-buat malu konon, ko tu yang patut kasi aku RM 100 sebab aku almost dapat heart attack. Hahahaha…

Selepas breakfast, kami pun berkemas, bersalaman dan berpelukan dengan orang-orang kampung (terutama si Dajal yang banyak menolong dan mengikram kami di kampung Sholestan yang indah). Pagi itu baru kami tersedar kami dikelilingi gunung ganang, dan kampung ini agak subur kerana ia kawasan lembah. Semalam terlalu gelap untuk melihat gunung-ganang tersebut.

Selepas mengucapkan selamat tinggal pada orang kampung, kami pun meneruskan perjalanan ke Persepolis sebelum ke bandar Shiraz dan bermalam di sana.
Begitulah kisah pengembaraanku. Kekeke jangan mare ye, pasal cerita sedikit bodoh.
Moral of the story: need to grow bigger balls.
Catatan seterusnya...

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..
Dan lagi..

PAS, Parti Asri Sekeluarga.. Husam Mula Lawan Tok Guru?

Husam (kiri) mengingatkan kepada zaman PAS digelar “Parti Asri Sekeluarga”.

KUALA LUMPUR, Dis 29 — Di tengah-tengah kontroversi yang melanda keluarga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang Exco kanan beliau muncul dengan kenyataan “pedas” bahawa konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara urusan keluarga dan urusan negara.The Malaysia Insider hari ini.

Husam berkata pengasingan itu mestilah dilaksanakan bukan sahaja dari segi undang-undang, tetapi juga dari segi moral. “Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah ‘stakeholder’ yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah,” kata beliau dalam blognya.

Pandangan itu tidak merujuk keluarga Nik Aziz secara langsung tetapi disiarkan ketika Nik Aziz dikatakan sedang membuat rombakan pentadbiran Pejabat Menteri, yang dipercayai akan diumumkan hari ini. Pandangan itu juga diluahkan ketika dua anak Nik Aziz iaitu Nik Amalina dan Nik Abduh menulis dalam blog masing-masing baru-baru ini mendakwa ada pihak dalam parti dan kerajaan yang memberikan nasihat tidak betul kepada Mursyidul Am PAS itu sehingga menyebabkannya membuat beberapa keputusan salah.

Salah satu isu yang dihadapi oleh Nik Aziz ialah kedudukan menantu Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau yang merupakan suami Nik Amalina akan meninggalkan agensi ini Mac depan. Dengan mengemukakan sejarah Nabi Muhammad, Husam mengakui wujudnya keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu.

“Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah dan isu-isu itu pula bukan berbentuk keuntungan kewangan atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada kepentingan umum,” kata beliau yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan ini menjelaskan, apabila sampai kepada isu keuntungan kewangan, kedaulatan undang-undang dan isu pemerintahan yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. “Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri,” kata anak didikan Nik Aziz ini.

Husam menambah batas sedemikian perlu dipelihara ketika masyarakat sedang menanti kebangkitan yang padu tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan. Husam juga mengingatkan tentang keperitan yang pernah diharungi oleh PAS akibat tuduhan kronisme ketika parti itu diterajui oleh Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda.

“Satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga — kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri.

“Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali,” katanya.

Beliau juga mengemukakan kemelut yang dihadapi oleh dua bekas Perdana Menteri akibat tuduhan kronisme.

“Antara isu yang sukar ditepis oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu ‘bailout’ syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini.

“Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisme Mahathir sekitar awal 1990an,” katanya.

Tun Abdullah Ahmad Badawi juga sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau, kata Husam.

“Beliau berjaya membawa Umno dan Barisan Nasional (BN) menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

“Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau.

“Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik (menantunya) Khairy Jamaluddin, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat,” kata beliau sambil mengingatkan bahawa politik Malaysia memandang serong politik keluarga sedemikian.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Selama ini Husam seolah-olah diam dalam kes ini, tetapi kini sudah mula bersuara. Apa beliau mula lawan Tok Guru Nik Aziz bosnya? Yang penting gelombang ini perlu disifatkan sebagai gelombang yang membawa penjernihan dan penenangan. Bukan gelombang membawa kekeruhan, kerana ada golongan yang siap sedia menangguk di air keruh?

Sila lawati..

blog Husan..

Malaysia atau diri

& ~penarik beca
Husam mencari nahas -

Apa Misteri, Rumah Ini Dikepung? Ada Kaitan Dengan PAS?

KOTA BHARU: myMetro hari ini melaporkan, suasana tegang menyelubungi perkarangan rumah isteri kedua bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, di Kampung Telipot di sini, semalam, apabila dikepung sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa enggan mematuhi perintah mahkamah syariah mengarahkan mereka dimufarakah (dipisahkan) sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

Tindakan mengepung kediaman Dr Rosli dan isteri, Ilyani Mohd Noor, 30, itu dipercayai dilakukan selepas bapa mentuanya, Mohd Noor Che Man, 58, tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa gagal mematuhi perintah mufarakah dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Mohd Yusof Awang pada 21 Disember lalu.

Difahamkan, Dr Rosli bersama Ilyani dikatakan pulang ke rumah sewa terbabit kira-kira jam 9 pagi semalam selepas beberapa hari menghilangkan diri tanpa dapat dikesan bapa mentuanya. Sebaik mendapat tahu kepulangan Ilyani dan Dr Rosli, Mohd Noor meminta bantuan beberapa rakannya mengepung rumah berkenaan, kira-kira jam 3 petang.

Keadaan menjadi tegang apabila satu lagi kumpulan dipercayai penyokong Dr Rosli tiba dan mengawal rumah dua tingkat itu sebelum melarang mana-mana pihak membuat liputan atau merakamkan gambar. Bagi memastikan keadaan terkawal, beberapa anggota polis mengawal persekitaran rumah itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Kira-kira jam 7.15 malam tadi, Mohd Noor yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih tiba di perkarangan rumah terbabit. Dia kemudian dilihat berbincang dengan beberapa rakan sebelum meminta mereka tidak menimbulkan sebarang kekecohan, sebaliknya terus menunggu di depan rumah terbabit hingga jam 8 pagi esok (hari ini).

Kira-kira jam 7.30 malam, Mohd Noor dilihat berbual dengan Ilyani dari luar rumah itu dan meminta anak sulungnya itu menunjukkan surat nikah yang mengesahkan mereka sudah berkahwin secara sah. Bagaimanapun, permintaan Mohd Noor untuk melihat kandungan surat terbabit tidak dipenuhi anak perempuannya itu sebelum seorang lelaki mengarahkan Dr Rosli menutup pintu rumah berkenaan.

Ketika ditemui untuk mengulas perkara itu, Mohd Noor berkata tindakan mengepung rumah anaknya itu akan dilakukan sehingga dia memohon waran tangkap pasangan berkenaan daripada mahkamah syariah, hari ini.

“Kita perlu tunggu sampai esok (hari ini) untuk mendapatkan surat daripada hakim Mahkamah Syariah Kota Bharu. Kita perlu tunggu (kepung) untuk elak dia (Dr Rosli) lari. Kalau dia lari, tidak ada bukti.

“Surat kebenaran untuk mendapatkan waran tangkap perlu. Sekarang waran tangkap belum dikeluarkan lagi kerana waktu pejabat sudah habis dan penguat kuasa tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah terbabit, malam tadi. Mohd Noor mendakwa Dr Rosli melanggar perintah mahkamah syariah yang mengarahkannya tinggal berasingan dengan Ilyani sehingga kes tuntutan pembatalan perkahwinan difailkan terhadapnya selesai.

“Dia melanggar arahan sebab mahkamah sudah putuskan pada perbicaraan 21 Disember lalu untuk mereka mufarakah dan nampaknya dia (Dr Rosli) melanggar peraturan yang melarang mereka tinggal bersama hingga kes selesai.

“Sekarang jelas mereka berada bersama. Saya pun tak tahu siapa lagi ada di dalam (rumah). Dia (anak perempuan) sudah lama menyewa rumah ini dan baru balik pagi tadi (semalam),” katanya.

Menurutnya, sebaik melepaskan jawatan pada 22 Disember lalu, anak perempuannya gagal dikesan sebelum menghantar pesanan melalui Internet mengesahkannya selamat dan sedang berehat.

“Bila saya balik ke rumah, dia (anak) tidak boleh dikesan. Tapi, bila saya periksa dia hantar mesej dan kata selamat. Kenyataan itu dikeluarkan dalam sebuah laman sosial yang turut menyatakan dia nak pergi berehat.

“Kalau dia (anak) kata nak pergi rehat, saya banyak rumah rehat dan saya boleh bagi. Saya boleh bagi rumah di Shah Alam, apartmen di sini pun ada dan dia perlu pergi sendiri dan mengapa perlu lari,” katanya.

Pada prosiding 21 Disember lalu, Dr Rosli diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu supaya berpisah dan tinggal berasingan dengan Ilyani sehingga kes mereka dibicarakan pada 26 April depan.

Perintah itu dikeluarkan selepas bapa mentuanya menolak hasrat Dr Rosli untuk mengadakan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah. Hakim Mohd Yusof Awang dalam keputusannya memerintahkan pasangan terbabit mematuhi perintah mufarakah yang dikeluarkan sejak 9 November lalu.

Mahkamah juga akan memberi keutamaan terhadap kes berkenaan dengan mempercepatkan perbicaraan bagi mendapatkan jalan penyelesaian kerana menyentuh kepentingan awam dan hukum syarak.

Mohd Noor dalam penyataan tuntutan pembatalan perkahwinan anaknya menamakan Dr Rosli serta Ilyani sebagai defendan pertama dan kedua. Berdasarkan afidavit yang terkandung dalam pernyataan itu, Mohd Noor selaku bapa kandung dan wali mujbir (wali sah) kepada Ilyani mendakwa pasangan itu berkahwin di Masjid Subang Airport, Selangor, pada 26 Disember 2008.

Dia tidak bersetuju dengan perkahwinan itu disebabkan mengesyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan kerana mendakwa tatacara perkahwinan serta surat akuan nikah terbabit adalah dokumen tidak sah.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya tidak ada kena-mengena dengan parti atau PAS.(AK)


Keterbukaan PAS, Sanggup Guna Lambang Roket.

PASIR PUTEH - Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup menggunakan lambang roket sebagai tanda kerjasama erat Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keterbukaan Pas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, kesediaan itu jelas menggambarkan bahawa pimpinan Pas tidak taksub kepada lambang bulan.

Menurutnya, hubungan Pas dan parti lain dalam PR semakin baik sehingga Nik Azizi bersedia menggunakan logo DAP.

”Kita lihat bagaimana parti Islam Ikhwanul Muslimin menggunakan lambang parti sosialis untuk bertanding selepas parti itu diharamkan, ia jelas menggambarkan pimpinan Islam tidak taksub kepada lambang.

”Apa yang penting perjuangan menegakkan hukum Islam diteruskan dan penerangan dibuat agar orang bukan Islam memahami apa yang kita perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena kepulangannya daripada menunaikan ibadat haji semalam.

Zainuddin berkata, pimpinan UMNO yang berfahaman ‘politik suku agama suku’ tidak faham perjuangan Islam sebenar lalu apa saja yang dilakukan Pas dibantah.

Katanya, ahli Pas dididik untuk berjuang dalam jangka masa panjang kerana ianya dituntut dalam Islam, berbeza dengan pimpinan UMNO yang berjuang untuk tempoh tertentu.

”Mereka berjuang untuk tempoh singkat yang menyebabkan pelbagai salah laku dikesan termasuk kes kehilangan enjin jet,” katanya.

Zainuddin berkata, orang Islam perlu mempelajari sesuatu daripada peristiwa Perjanjian Hudabiyah yang berlaku bulan Zulhijah, tahun ke enam hijrah.

Perjanjian itu katanya, sebagai pengiktirafan daripada kafir Quraisy kepada kerajaan Islam yang dibentuk Rasulullah SAW di Madinah walaupun sebelum itu Rasulullah menerima tentangan.

”Walaupun perjanjian itu nampak seperti berat sebelah sehingga sahabat mempersoalkan tindakan Rasulullah namun kebijaksanaan Rasulullah akhirnya terbukti.

”Pas kini diterima sebagai parti Islam dan ini merupakan satu pengiktirafan kepada saf perjuangan Islam di negara ini,” katanya. (Sinar Harian/AK)

K'tan, Bukan Melayu Boleh Jadi MB -Nik Aziz


PAS Kelantan Sedia Pinda Undang-Undang Bolehkan Bukan Melayu Jadi MB

KOTA BAHARU: Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendakIslam seperti diperkenalkan Pas sejak memerintah Kelantan pada 1990.

"Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Menteri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

"Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

"Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi menteri besar sudah tentu Islamitu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama," katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. -BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukti bahawa PAS lebih memperjuang agama dari taksub kebangsaan, bukan macam UMNO. Kepelbagaian bangsa bukan untuk cari jalan gaduh tapi untuk cari jalan selasai dan berpadu, macam penyatuan wujudkan negara Madinah, walaupun orang Islam waktu itu bukan mojoriti (dianggarkan tidak sampai 30%).

Monday, December 28, 2009

DAP/Karpal Singh Terima Negara Islam -Nik Aziz.



PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi. (The Malaysian Insider/AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails