Tuesday, March 02, 2010

32 Perkara Rahsia Israel Disembunyikan..


Tahukah Anda 32 Perkara Rahsia Israel Disembunyikan.. Apa Dia?

1. Selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara otomatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir k eluar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel mesti guna kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara bansa yahudi dan bukan yahudi?

4. Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat internasional khususnya barat dan AS sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Israel? Mereka akui itu.

5. Israel mengkhaskan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membahagikan 15% bakinya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memiliki 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara hanya15% kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. AS memperuntukkan 5 juta US$ dari hasil cukainya setiap tahun untuk menyumbang kapada Israel?

7. AS terus memberikan bantuan tentera kepada Israel sebanyak 1.8 juta US$ setiap tahun? Jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan AS kepada seluruh negara di benua benua Afrika?

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 juta US$ dari AS terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Kerana AS merupakan Negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua keutamaan yang diminta Israel untuk menjamin eksistensinya.

9. Pemerintah AS telah menekan Konggres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklier pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklier? Juga menolak Team Investigasi PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nukliernya?

11. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Israel sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklier?

12. Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Israel telah meledakkan tempat kediaman Diplomat AS dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera AS dan melukai 177 lainnya, tetapi AS sama sekali tidak melakukan tindakan bals apapun terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh AS?

15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservasi terhadap identiti yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembantaian Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter? Bahkan pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh tempek keterangan peluang kerja dengan perkataan: "peluang kerja hanya untuk kaum yahudi sahaja", "dikehendaki seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi"?

19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media AS untuk mewujudkan imej positif Israel kepada masyarakat AS dan Eropah?

20. Sharon pernah mengajak Partai Radikal Molodeit untuk menjadi tunjang utama dalam kabinetnya? Padahal partai itu berideologi radikal dengan persepsi pokok untuk membersihkan Israel dari non ras yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh ras Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pendiri Partai Syas (partai terbesar ketiga di Israel) mendukung aksi militer Israel untuk menghapuskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

Iaitu, "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabis dan menghancurkan tanahnya, serta Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Sebab itu dilarang semua ras yahudi untuk menyimpan rasa kasih sayang kepada warga Arab. Serta wajib bagi setiap yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada atau kepala setiap warga Arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluq yang jahat dan terkutuk.."

23. Tahukah anda bahawa pengungsi atau pelarian Palestin adalah terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahwa penduduk Kristen Palestin bersatu dengan penduduk Palestin Muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya.

26. Tahukah bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merusak seluruh sarana dan prasara pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah prosentase penduduknya.

27. Setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang Hak Asasi Manusia internasional yang diterbitkan pada10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalangi dengan tandatangan kesepatakan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensyen Genewa untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh militer Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang militer Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi militer Israel terus menyerang, menembaki rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembantaian tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelarian?

31. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau pimpin?

Itulah antara perkara-perkara rahsia Israel cuba disembunyikan..
Jahannam yahudi! Jahannam yahudi bangsat!

(Pelbagai sumber/2MA)

Monday, March 01, 2010

Lumba Basikal Le Tuor: Awang Adik Biadap, MB K'tan Dimalukan?

KB, 1 Mac 2010: “Kami telah berbincang dan bersetuju memberi penghormatan kepada Menteri Besar bagi melepaskan pelumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) seperti tahun-tahun lepas.

Namun malangnya ada sabotaj di saat-saat akhir apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula diminta penganjur melepaskan peserta, sedangkan Menteri Besar ada pada majlis berkenaan,” kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood (gambar).

Menurutnya, tindakan pihak penganjur itu secara jelas telah memperlekehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri.

“Sedangkan sejak peringkat awal lagi perlumbaan LTdL diadakan kita memberi segala kerjasama sebaik mungkin,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Upacara pelepasan pelumba ke Kuala Berang, Terengganu diadakan di Dataran Rehal pagi tadi. Dan tengah hari semalam, Menteri Besar hadir pada program pengenalan pasukan bertanding yang diadakan di sebuah hotel.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri telah memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program tersebut. Malah katanya, persetujuan telah dicapai di mana acara pelepasan dilakukan Menteri Besar, namun apa yang berlaku pagi tadi begitu mendukacitakan.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur bagi menyatakan kekesalan terhadap insiden terbabit. LTdL tahun ini buat pertama kali dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 km bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650. LTdL 2010 menjadikan Kelantan sebagai tempat pelepasan pertama peserta bagi memulakan cabaran Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5 km.

Abdul Fattah juga mendakwa tindakan Awang Adek dianggap biadap kerana semasa ketibaan Menteri Besar beliau tidak bangun, sedangkan VIP menghormati kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz.(Harakah/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah budaya BN mempolitikkan sukan, sebagai batu loncatan UMNO yang gila talak, setelah ditolak rakyat.

Lihat sebelum ini..

Artis Ini Bercium Dipentas, Mengapa,?

HALAMAN HIBURAN

Isnin Mac 1, 2010 mStar Online melaporkan, pasangan baru duet Anang Hermansyah dan Syahrini tampil bersama di Majlis Dahsyatnya Awards, kelmarin. Syahrini yang mendampingi Anang membawakan lagu Jangan Memilih Aku itu terkejut apabila di akhir penampilannya apabila Anang tiba-tiba mencium pipi Syahrini.

"Terkejut, saya sampai tidak keruan," ujar Syahrini kepada wartawan selepas majlis tersebut.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun itu, ciuman yang diberikan Anang ketika di pentas adalah tanda terima kasih Anang terhadap dirinya. Dia juga menyambutnya dengan hati terbuka. Dicium takkan bingung?

"Bukannya bingung, tapi saya terkejut, seperti diberi kejutan," tuturnya lagi.

Namun kejadian itu tidak dirancang oleh Anang ataupun Syahrini. Penyanyi lagu Bohong itu juga hanya mampu terkejut dan terdiam terhadap tanda terima kasih bekas suami Krisk dayanti itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa boleh jadi begitu? Bapa borek anak rintik. Guru kencing berdiri, murid kencing bertaburan berlari.. Kerana isteri PM kencing berdiri ke?
Lihat Sebelum ini... klik di sini..

Sikap Sederhana Nik Aziz Jadi Ikon Ulama -Amy Search

HALAMAN HIBURAN
Amy Search
PJ.1 Mac 2010: Ikon rock tanah air, Amy Search menjadikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon ulama kerana mempunyai sikap kesederhanaan dalam kehidupan.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaacob sebagai pengerusi pada majlis forum yang bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi.
Turut menjadi ahli panel pada forum yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.

Baginya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama yang amat dihormati dan mudah didampingi yang pernah menjemputnya ke Kelantan untuk menyampaikan ceramah kepada golongan muda. Pendapat beliau itu turut disokong oleh bekas penyanyi kumpulan rock, Ringgo yang menghormati pendirian Menteri Besar Kelantan itu sebagai ulama.

Beliau turut membuat persembahan pada majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah lagu berunsur Islam. Sementara itu, Amy juga menyeru golongan ulama supaya mendampingi artis bagi mendorong ke arah yang lebih baik.

“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi kami (artis), tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” ujarnya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sikap sederhana, sepatutnya bukan sahaja menjadi amalan para ulama, bahkan seluruh pemimpin-pemimpin PAS lain. Apa lagi kalau ada yang bermewah-mewah macam pemimpin-pemimpin UMNO.. Na auzubillahi minzalik.

Sunday, February 28, 2010

MB K'tan Di Majlis Perkenal Perlumba Le Tour de L'kawi..

SUKAN
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bersama Ketua Setiausaha (Operasi) KBS, Datuk Mohamed Yassin (kanan) bergambar bersama pelumba pasukan Letua Cycling Team pada majlis memperkanalkan perlumba Le Tour de Langkawi di sini, hari ini.

Perlumbaan LTDL mempunyai tujuh peringkat perlumbaan sejauh 1013.9 KM bermula di Kota Bharu berakhir di Dataran Merdeka.-Foto BERNAMA


Shahrul Akui Gementar Pada Aksi Sulung LTDL

KOTA BAHARU Ahad Februari 28, 2010: Pelumba pasukan kebangsaan, Shahrul Mohd Amin mengakui gementar pada aksi pertamanya di perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Berang, Terengganu sejauh 174.5 kilometer yang akan berlangsung esok.

Pelumba berusia 21 tahun itu antara enam pelumba yang dipilih untuk menggalas cabaran pasukan kebangsaan bersama-sama Amir Mustafa Rusli, Mohd Akmal Amrun, Ahmad Fallanie Ali, Mohd Zamri Salleh dan Mohd Nur Ridzuan Zainal.

"Walaupun gementar, saya telah bersedia sepenuhnya dan akan cuba untuk memberikan aksi yang terbaik bagi membantu rakan-rakan yang lain," kata pelumba kelahiran Terengganu itu kepada pemberita di sini hari ini.

Shahrul turut berkeyakinan mereka tidak akan mempunyai sebarang masalah dan kesukaran untuk menempuh perlumbaan dari peringkat pertama hingga ketiga kerana lima daripada enam pelumba Malaysia berasal dari Terengganu.

"Cuma kami perlu berhati-hati pada peringkat pertama dan kedua agar tidak ketinggalan jauh (catatan masa) daripada pasukan lain.

"Tidak mustahil untuk kami melakukan sesuatu yang membanggakan jika mengikut strategi yang dirancang oleh jurulatih pasukan, William Walker," katanya.

Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebelum ini meletakkan sasaran untuk skuad kebangsaan menduduki tempat ke-12 daripada 20 pasukan yang bersaing.

Sementara itu, LTdL 2010 yang dianjurkan sendiri oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus mendapat kepercayaan syarikat penaja swasta tempatan apabila Azham Zamiri Petroleum & Groups Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Azham Zamiri Mohd Satar tampil menjadi rakan penaja terbaru bagi perlumbaan yang memasuki edisi ke-15 ini. Penajaan berjumlah RM60,000 itu untuk membiayai kos petrol konvoi peserta-peserta LTdL 2010 bagi peringkat pertama (Kota Bharu ke Kuala Berang dan peringkat kedua (Kuala Terengganu - Chukai).

Perlumbaan LTdL tahun ini akan membabitkan tujuh peringkat perlumbaan sejauh 1013.9 kilometer menyusuri beberapa negara seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650. -BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas-nas berikut..

Pertama:Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt. “Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal.)

Kedua: Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:

“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut. (247 : al-Baqarah.)

Ketiga: Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:

المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير

Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim –sahih)

Keempat:Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut:

مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم.

Maksudnya:

“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis Riwayat Bukhari – sahih)

Kelima: Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:

أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة.

Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hadis Riwayat Abu Daud)

Keenam: Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:

لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه

Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekian.

Abu Sayyaf Serang Kampung Di Filipina.


Peta Lokasi

Serangan terjadi di Basilan, tidak jauh dari Pulau Jolo

TENTERA Filipina mengumumkan, kelompok militer Islami menyerang sebuah desa di Filipina Selatan, menewaskan paling tidak 11 orang. Sekitar 70 anggota kelompok Abu Sayyaf, yang memiliki kaitan dengan al-Qaeda, menyerang desa Tubigan di Pulau Basilan, demikian penjelasan (pertuduhan -IH) juru cakap tentera.

Letnan Steffani Cacho mengatakan rumah-rumah penduduk diberondong peluru dan dibakar dalam serangan menjelang subuh itu. Pasukan militer tambahan telah dikerahkan ke daerah itu.

Para militan itu diduga melakukan balas dendam atas kematian seorang pemimpin senior mereka di Pulau Jolo, yang merupakan kubu kuat Abu Sayyaf, jelas Letnan Cacho. Tetapi Ketu Polis Basilan, Antonio Medoza mengatakan serangan tersebut didorong oleh dendam peribadi terhadap seorang pemimpin desa.

'Para korban sedang tidur'. Tujuh belas orang luka-luka dalam serangan itu dan sembilan diantaranya berada dalam kondisi kritis. Ketua pejabat kesehatan di Basilan, Dr Kadil Jojo Sinolinding mengatakan, empat diantara korban yang kritis adalah anak-anak.

"Sebahagian besar korban sedang tidur ketika mereka diberondong peluru dan kemudian rumah mereka dibakar," kata Dr Sinolinding.

Abbu Sayyaf adalah salah satu kelompok Islam yang paling kecil tetapi paling radikal di Filipina Selatan. Akhir minggu lalu, komandan Abu Sayyaf Albader Parad dibunuh dalam operasi penyerangan oleh pasukan Filipina di kam pemberontak di Jolo. (sumber: BBC)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita baru dengar berita sebelah pihak.


Tukang Urut Wanita Ditindas.. Mana Kementerian Wanita?

TERTIPU...tukang urut melayan pelanggan.

Begini.. tukang urut melayan pelanggan. Mengurut, tetapi sebenarnya tenaganya dipicit, diperah dan diurut dengan perangkap kontek kerja tak berbaloi..

KUALA LUMPUR: Mereka rela bekerja sebagai gadis urut kerana mahukan wang lumayan dengan cara mudah tanpa mengira halal haram, namun impian itu tidak kesampaian selepas terperangkap dengan kontrak disediakan tauke rumah urut.

Lebih menakutkan, mereka diwajibkan bekerja tidak kurang dari 10 bulan dan tauke memberi amaran akan menghantar samseng untuk mencari gadis urut yang berhenti kerja atau melarikan diri sebelum cukup tempoh itu. Perkara itu didedahkan seorang gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Camelia, 27, selepas menyesali perbuatannya dan berasa diperbodohkan oleh majikan sepanjang bekerja sebagai tukang urut.

Dia kini melarikan diri daripada bekerja di premis rumah urut berkenaan dan mahu mencari pekerjaan lain. Camelia berkata, ketika diterima bekerja, dia diwajibkan menandatangani kontrak bekerja selama 10 bulan dengan merelakan gaji dipotong sebanyak RM400 sebulan, sekali gus membolehkan si tauke memperoleh untung atas angin sebanyak RM4,000.

“Saya tidak diberitahu secara khusus mengenai potongan wang gaji itu kerana di dalam kontrak tidak pula ditulis alasannya, malah salinan kontrak yang ditandatangani tidak diberi.

“Yang saya faham, ia sebagai persediaan jika premis diserbu atau saya ditahan pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam, polis atau pihak berkuasa tempatan.

“Wang potongan bulanan itu digunakan untuk membuka semula perniagaan atau menjamin saya. Sebab itu banyak rumah urut yang diserbu dan ditutup boleh buka semula sebab mereka ada wang yang diperah daripada tukang urut,” katanya.

Selain dipotong RM400, kontrak berkenaan memerlukan wanita terbabit merelakan apa saja potongan yang dibuat.

“Jika premis kena samun atau rompak, gaji kami kena potong sekitar RM100 hingga RM150. Jika lewat datang kerja sejam kena potong RM100 dan jika tidak datang kerja gaji kena potong antara RM200 hingga RM300. Dari semasa ke semasa ada saja potongan gaji yang dikenakan ikut suka hati mereka,” katanya.

Menurutnya, beberapa syarat dikenakan juga tidak masuk akal, antaranya jika sakit perlu datang ke premis untuk tempoh lebih dua jam bagi membuktikan benar-benar sakit.

“Paling saya takut, jika tidak bekerja sehingga tamat kontrak, tauke akan cari sehingga ke rumah dan melakukan lagak seperti samseng. Ada rakan yang lari pernah kena begitu. Sekarang saya takut juga kerana melarikan diri daripada bekerja di premis itu,” katanya.

Camelia yang hanya bekerja tiga bulan berkata, tidak sukar bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan kerana hanya perlu menandatangani kontrak dan belajar urut ala kadar sebelum bekerja.

“Kami digalak melakukan khidmat urut batin kerana mampu memberi lebih keuntungan kepada tauke dan pada masa sama diri sendiri. Jika urut biasa untuk tempoh sejam berharga RM50 hingga RM60, saya hanya mendapat RM15 dan selebihnya milik tauke.

“Jika urut batin, daripada bayaran RM50 yang dikenakan kepada pelanggan, saya cuma diberi RM20, bakinya tauke ambil. Jika ramai pelanggan, banyaklah gaji saya, tetapi sama ada gaji banyak atau sedikit, tauke tetap untung kerana potongan gaji yang dikenakan,” katanya.

Seorang lagi bekas gadis urut yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita, 20, berkata tauke rumah urut berani membuka perniagaan itu kerana mampu beroleh untung besar.

“Bayangkan, jika seorang pekerja dipotong RM400, berapa banyak tauke boleh dapat. Itu tidak termasuk keuntungan yang diperoleh daripada pelanggan. Jika ada banyak premis, lagi banyak untung,” katanya.

Rozita mendakwa, sebab itu sehingga hari ini premis rumah urut tidak pernah surut.

“Tukang urut diperah habis-habisan. Ada yang berani mengambil tukang urut di bawah 21 tahun dan diletakkan di lokasi yang kononnya selamat daripada serbuan.

“Apa pun, tauke tak susah sebab kalau kena serbu, barang kena rampas, bilik kena pecah dan pekerja kena tahan, tauke ada wang untuk memulakan perniagaannya semula. Semua wang yang dipotong hasil titik peluh tukang urut,” katanya.

Rozita mengakui menyesal bekerja sebagai tukang urut dan menasihati wanita lain supaya tidak melakukannya.

“Memang pekerjaan itu kononnya boleh dapat banyak wang, tetapi kita sebenarnya dipergunakan habis-habisan,” (sumber: Mymetro)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mana dia suara gerakan pembebasan wanita, yang kononnya nak menyaratakan hak wanita? Mengapa tidak menangani masalah-masalah wanita begini? Yang duduk kelebek ialah ialah hal-hal dalaman agama Islam. Mana kementerian yang menguruskan pembangunan wanita. Mengapa pemimpin negara (BN) membisu?

Kegiatan dan perniagaan tukang urut prlu dikemaskinkan oleh kerajaan persekutuan (BN).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails