Thursday, March 18, 2010

Bongkar Agenda Sulit BN Tak Mahu Daftar Pemilih Automatik..

Perang melalui peti undi..

KOTA BHARU, 18 Mac: Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) memberitahu sejumlah 4.39 juta pengundi belum berdaftar, sebaliknya menteri pula kata kerajaan tidak akan memaksa rakyat untuk mengundi.

“Ini bermakna hanya SPR sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendaftar pemilih belum berdaftar, sedangkan kerajaan tidak berminat berbuat demikian.

“Mungkinkah ada sesuatu yang kerajaan cuba sembunyikan apabila tuntutan rakyat dan parti-parti pembangkang supaya mengguna daftar secara automatik tidak dihiraukan,” kata Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan memberitahu persidangan parlimen, kerajaan tidak bercadang mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat yang mencapai umur 21 tahun.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka.

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan kebebasan berpersatuan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Sedangkan sebelum ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan memberitahu SPR bercadang mendaftarkan pemilih secara automatik bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan birokrasi. SPR juga dalam kenyataan menyebut sejumlah 4.39 juta pengundi atau 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi belum mendaftar. Pada pilihan raya umum Mac 2008, sebanyak 72 peratus atau 7,878,875 pemilih keluar mengundi daripada 10,922,139 jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara.

Mohd Khir yang juga Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali memberi analogi mudah, mana lebih baik tangkap ayam, kurung dalam reban atau tangkap ayam di luar kandang sebelum disembelaeh atau dikorbankan?

“Kerajaan sudah ada jalan yang begitu mudah dan menjimatkan masa bagi mendaftar pengundi, namun kerajaan masih enggan melakukan.

“Ini menimbulkan satu persoalan. Kalau tidak ada agenda sulit yang tidak diketahui umum, sudah tentu pendaftaran pengundi secara automatik yang lebih telus dan menjimatkan wang kerajaan diterima pakai,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: '..ada agenda sulit yang tidak diketahui umum..' Kata Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan. Ini yang perlu dibongkar dan didedahkan kepada orang ramai, sebelum PRU 13 menjelang. Gunakan isu ini untuk terbalikkan BN. Buat demontrasi!

Sultan S'gor Tak Hadir AGM PERKASA. -SU/Sulit Sultan


Sultan Sharafuddin Idris Shah -Kanan.

MAC18,20: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak akan berangkat menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan (AGM) Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) pada 27 Mac ini.

Menurut Bernama, setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Banir berkata pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Pada asalnya baginda telah berkenan berangkat dan menyampaikan titah perasmian selepas mengambil kira perjuangan PERKASA yang mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Baginda bercadang untuk menasihatkan Perkasa agar tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu perkauman dan harus berusaha mencapai objektif menerusi saluran dan undang-undang sedia ada, katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

Namun kata Mohamad Munir, selepas mengambil kira nasihat beberapa anggota dewan Diraja Selangor, Sultan Sharafuddin membatalkan hasrat kerana berpandangan walaupun Perkasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi ia diterajui seorang ahli politik.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Eloklah.. Perjuangan asobiah sudah ketinggalan zaman sekarang ini. PERKASA perlu tambah semangat 'm'nya. Maka jadilah 'Perkasam'. (AK)

Orang Asli Bukan Bumiputera -Perkara 153 & 161.


Orang Asli di rumahnya. Gambar bawah: Datuk Zaid.


MAC 18,10. KL: Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz gagal memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Orang Asli sebagai kaum bumiputera.

Katanya, menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli tidak diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera. Zaid berkata Orang Asli tidak dikategorikan sebagai bumiputera, kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera.

“Hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya. “Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.

“Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya,” katanya dalam tulisan di blognya. Kedangkalan pemimpin Umno itu hanya disedari ketika MP Hulu Rajang, Billy Abit Joo pada sidang parlimen semalam bertanyakan sama ada pengiktirafan status bumiputera perlu diperjelaskan dan kriteria Bumiputera diseragamkan.

Nazri dilaporkan terus menjawab “tidak perlu”. Beliau sebaliknya mendakwa status bumiputera telahpun diseleraskan dan digolongkan dalam tiga kategori seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaaan Persekutuan, iaitu Melayu, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asli. Orang Asli naik minyak di Putrajaya Zaid mengulas tindakan lebih 2,000 Orang Asli yang berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandun itu mengandungi hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil untuk pembangunan projek BN. Zaid juga melahirkan rasa bangga dengan kebangkitan dan keberanian Orang Asli untuk menentang kezaliman Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli yang menindas kaum mereka.

“Walaupun polis menggunakan kuasa mereka untuk menahan perarakan itu ke pejabat Najib Razak, sekurang-kurangnya Orang Asal tanahair kita sudah berani bangkit. Mereka sudah mula “naik minyak” kerana masalah mereka selama ini dipandang ringan oleh kerajaan BN,” katanya..

Bagi Zaid, masa depan Orang Asli di bawah BN tidaklah cerah kerana jawapan Nazari semalam hanya membuktikan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib Orang Asli.(AK)

UMNO Hidang Arak & Cabaran Untuk Saifuddin Nasution.


Saifuddin Nasution

SETIAUSAHA agung PKR Saifuddin Nasution hari ini melabelkan empat bekas ahlinya yang kini menjadi ahli parlimen bebas, khususnya Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim (Bayan Baru) sebagai 'anjing penyerang' Barisan Nasional.

"Mereka digunakan sebagai 'anjing penyerang', 'askar upahan',” kata Saifuddin ketika sidang media di lobi parlimen. Katanya, MP bebas itu kini adalah senjata terbaru BN untuk menyerang Pakatan Rakyat kerana terlalu sedikit MP BN yang mampu berbuat demikian.

Semalam, ucapan sulung Zahrain selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR, menyebabkan suasana persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh. Malah kurang lima minit selepas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap mulai jam 5.05 petang semalam, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 September".

Bagaimanapun menurut Saifuddin, fenomena itu hanya halangan kecil dan tidak akan mengalihkan perhatian Pakatan daripada musuh sebenar mereka - Umno dan BN. “BN adalah musuh politik utama kita. Kita berdepan dengan pembunuh Altantuya, kita menghadapi mereka yang merompak kekayaan rakyat dan kita berdepan juga dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,” katanya.

Saifuddin juga mendakwa dia didatangi oleh seorang anggota kanan MP Umno yang juga seorang menteri kabinet dan diberi amaran agar menghentikan membuat pendedahan yang memalukan Umno dan BN. Menteri kanan itu dikatakan tidak senang dengan kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.

Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke Amerika Syarikat, seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan. (AK)

Perlancongan Berilmu, Kuliah Tok Guru. 'Jom Gi Kelate'

Antara tempat-tempat yang dilawati..

KOTA BHARU, 17 Mac: Ketika mengunjungi Kelantan anda bukan sekadar dapat membeli barangan berharga murah dan menikmati pelbagai jenis makanan, sebaliknya berpeluang mengikuti pengajian ilmu agama.

Pelancong berpeluang mempelajari ilmu agama termasuk di Pondok Pasir Tumbuh. Bagi mereka yang datang pagi Jumaat peluang mengikuti kuliah agama disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula jam 9.30 pagi di Medan Ilmu, Jalan Datuk Pati.

Sejam sebelum itu kuliah agama disampaikan secara bergilir-gilir pengkuliah jemputan terutamanya pemimpin politik. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo Negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, mulai tahun lepas kerajaan negeri memperkenalkan program melawat pondok sempena musim cuti persekolahan.

“Bermula cuti sekolah tahun lalu kerajaan negeri memberi peluang kepada pelancong mempelajari ilmu agama di pondok-pondok yang banyak terdapat di Kelantan,” katanya ketika meraikan rombongan pelawat dari Pulau Pinang, baru-baru ini. Seramai 70 orang rombongan Dewan Pemuda PAS dan Nisa’ Pulau Pinang mengunjungi Kelantan baru-baru ini. Program itu dikenali ‘Jom Gi Kelate’ sempena Rehlah 2010.

Abdul Fattah berkata, pelancong berpeluang mencari ilmu agama dengan mengikuti kelas-kelas agama di beberapa pondok di negeri ini. “Di tempat tuan-tuan mungkin tiada sistem pembelajaran begini, namun Insya-Allah di Kelantan banyak perkara dapat dimanfaatkan ketika berkunjung ke sini,” ujarnya.

Ketua rombongan terbabit, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, tujuan lawatan berkenaan untuk mendapatkan maklumat berhubung pendidikan Islam di Kelantan. Sepanjang dua hari berada di Kelantan mereka mengunjungi Pondok Pasir Tumbuh dan pejabat Yayasan Islam Kelantan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebuah konsep perlancongan berilmu yang menarik dan bermatlamat jelas. Boleh dikekalkan nama 'Jom Gi Kelate' itu. Syabas Abdul Fatah!

58 Aduan Weblog Lucah Jan-Feb. Apa Tindakan?

101 Aduan Kandungan Laman Web Bagi Tempoh Januari-Februari 2010

Jangan bersilat, tepis-tepis Datuk, selesaikan masalah 'lucah' itu..

KUALA LUMPUR: Khamis Mac 18, 2010. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima 101 aduan berhubung kandungan laman web atau blog mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi tempoh Januari hingga 23 Februari lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata terdapat 58 aduan bagi kandungan lucah dan 43 aduan bagi kandungan mengancam serta jelik, termasuk laman web atau blog yang menghina sultan.

Daripada jumlah itu, 15 kes aduan sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala 63 kes disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta.

"Terdapat enam kes pendakwaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan kandungan laman web atau blog," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran), yang bertanya mengenai tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap penulis blog yang sering menyebarkan isu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Kepada soalan tambahan Ismail berhubung halangan yang dihadapi oleh SKMM dan cadangan untuk melaksanakan tindakan lebih berkesan terhadap penulis blog yang menyiarkan isu yang boleh menjejaskan perpaduan, Rais berkata, perkara tersebut merupakan persoalan induk kepada kementerian dan semua agensi penguatkuasa yang menjalankkan tugasan mengikut Akta Multimedia dan Komunikasi.

"Sesungguhnya SKMM mempunyai kuasa-kuasa yang boleh dikatakan genap di bawah seksyen-seksyen 211 dan 233, dan kekuasaan-kekuasaan yang ada di bawah undang-undang yang lain yang menjurus kepada Akta Hasutan 1948, akta yang menjurus kepada jenayah iaitu Kanun Keseksaan dan juga undang-undang yang lain," katanya.

Rais berkata bahawa tiga bulan lepas, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta bahagian undang-undang telahpun menjalinkan kerjasama.

"Jadi, insya-Allah dengan kerapian tindakan-tindakan ini, kita akan dapat menjalankan tugas di bawah undang-undang negara kita," katanya.

Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) pula berkata selain penulis blog, kementerian juga perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap media yang menyiarkan berita kurang tepat. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jangan bersilat, tepis-tepis Datuk, selesaikan masalah 'lucah' itu segera..

Konpirasi 3 Pemimpin PAS, Abdullah Karim Dipanggil..


Abdullah Karim Exco Pemuda, seorang peguam..


SELEPAS mendapatkan penjelasan daripada seorang penulis blog, pejabat agung PAS akan memanggil seorang lagi exco Pemudanya bagi melengkapkan siasatannya berhubung aduan salah laku terhadap pemimpinnya.

Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, exco berkenaan, Abdullah Karim - yang mendakwa terdapat 'konspirasi' tiga pemimpin PAS bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat - dipanggil bagi menyampaikan hujah dan bukti-buktinya.

“Untuk dilihat berlaku adil, kita akan panggil Abdullah memberikan penjelasan tentang aduannya,” katanya ketika ditanya sama ada siasatan terhadap aduan Abdullah dibuka kembali.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini bulan lalu, Mustafa memberitahu bahawa aduan Abdullah telah rasmi ditolak kerana tidak cukup merit, ekoran terdapat beberapa fakta yang tidak tepat.

Selain Abdullah, pejabat agung PAS juga sebelum ini telah memanggil penulis blog Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai Tulang Besi - bagi membantu siasatan mereka. Abdul Rahman bagaimanapun dipanggil untuk kes yang berbeza.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Mustafa menjelaskan, walaupun pihaknya telah mengumpulkan maklumat berhubung aduan itu, beliau perlu mendengar sendiri penjelasan daripada peguam muda itu.

Bagaimanapun, tambah Mustafa, masa bagi pertemuan tersebut belum ditetapkan dan bergantung kepada kelapangan Abdullah yang kini menetap sementara di United Kingdom.

Mustafa juga enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut. Bagaimanapun, beliau mengesahkan ia seramai tiga orang.

“Untuk berlaku adil, nama mereka tidak perlu didedahkan buat masa ini,” katanya.

Malaysiakini difahamkan ketiga-tiga pemimpin tersebut amat rapat dengan pemimpin kanan PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Difahamkan juga seorang daripada mereka memegang jawatan penting dalam PAS Selangor manakala seorang lagi pernah menjadi calon PAS pada tahun 1999.

Mustafa juga menjelaskan, menurut perlembagaan PAS, aduan daripada individu - bukan dibuat oleh mana-mana badan dalam parti, seperti bahagian, negeri atau dewan - tidak perlu dibawa kepada jawatankuasa tatatertib parti itu.(Malaysiakini/AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails