Tuesday, May 11, 2010

Presiden PAS Ke Mahkamah, Sokong Anwar..

KL, 11 Mei, 10: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat.

Beliau dilihat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Namun mereka tidak berada lama di mahkamah kerana ia ditangguhkan sejurus selepas itu.

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim.

Ustaz Hadi kemudiannya menaiki kenderaan dan menuju rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumahnya dekat Ampang. Lutfi baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lalu dan kini sedang bercuti rehat.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara.

Sementara itu, perbicaraan pagi ini melibatkan penghujahan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.

Karpal pagi ini mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan berbohong mengenai kenyataannya bahawa dia diliwat tanpa kerelaannya.

Karpal juga berkata cara rekaan kes ini cacat kerana menurut beliau, Anwar sepatutnya didakwa mengikut seksyen 377c iaitu mengadakan hubungan seks luar tabii secara paksa ke atas Saiful bukannya seksyen 337b iaitu melakukan hubungan seks luar tabii secara rela.

Ini berikutan dari keterangan Saiful dalam perbicaraan ini, dia dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii itu.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Mahkamah ditangguhkan jam 9 pagi esok

Skandal Seks K/Pembangkang Dg Ahli Parlimen Wanita..

Seks: Pemimpin politik Turki letak jawatan



Denis Baykal dikelilingi penyokongnya semasa beliau meninggalkan ibu pejabat partinya di Ankara semalam.

Seks: Pemimpin politik Turki letak jawatan.

ANKARA - Ketua parti pembangkang utama Turki, Deniz Baykal meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti berkenaan semalam setelah beliau terbabit dalam skandal seks dengan seorang anggota Parlimen wanita yang telah berkahwin.

Denis yang sudah beristeri melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Republik Rakyat (RPP) beberapa hari selepas satu klip video yang dirakamkan secara rahsia menunjukkan dia bersama dengan wanita itu tersebar di Internet.

Pemimpin tersebut memberitahu wartawan bahawa beliau merupakan mangsa komplot pihak pemerintahan yang mahu menjatuhkannya.

Menurutnya, imej hubungan sulit itu tidak mungkin dapat dirakamkan tanpa pengetahuan parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.

Wanita dalam klip video itu pernah menjadi pembantu Denis sebelum dipilih menjadi anggota Parlimen.

Mengulas mengenai dakwaan Denis, Erdogan dengan nada marah berkata, beliau sendiri telah mengarahkan supaya penyebaran klip video itu di Internet segera disekat kerana menganggap perbuatan tersebut tidak bermoral dan menyalahi nilai-nilai kekeluargaan.

"Dakwaan Denis tidak bermoral. Beliau hanya meracau," kata Erdogan.

"Kami sedih kerana beliau tidak mahu menerima kenyataan," tambahnya.

Klip video itu yang dihantar ke laman perkongsian video YouTube pada minggu lalu menunjukkan seorang lelaki menyerupai Denis sedang memakai seluar dalam di dalam sebuah bilik bersama seorang wanita yang berada dalam keadaan separuh bogel dipercayai anggota Parlimen wanita itu. - AP

Deniz Baykal-Tarafsız Bölge

<div id="" class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <div class="yt-alert-icon master-sprite"></div> <div id="" class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> <div class="clear"></div> </div>

UMNO: Sejak Dulu Loteri Halal, Tangkap Loteri Haram!


Suami isteri disyaki anjur loteri haram ditahan.
KUALA TERENGGANU MEI10, 10
: Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit kegiatan loteri haram dengan anggaran nilai pertaruhan mencecah RM500,000 sebulan dalam serbuan di sebuah rumah di pangsapuri Permit Harmoni, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Fauzi Abduri, berkata dalam serbuan dilakukan 5.30 petang semalam, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 59 tahun dan isterinya, 55, ditahan 20 minit kemudian sebaik pulang ke rumah.

"Siasatan awal kita mendapati pasangan itu telah menjalankan kegiatan haram itu sejak empat tahun lalu di sekitar bandar ini yang membabitkan anggaran nilai pertaruhan menjangkau RM11,000 setiap hari dan mencecah RM500,000 sebulan.

"Pasangan ini menggunakan rumah kediaman mereka sendiri sebagai tempat mengumpul pertaruhan bertujuan mengelak dari dikesan oleh pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan, kita telah merampas satu unit telefon bimbit, satu unit data pencetak, mesin faks dan peralatan lain yang disyaki digunakan dalam kegiatan haram tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Fauzi berkata hasil penemuan dokumen komputer yang mengandungi maklumat pertaruhan judi bola sepak, polis percaya pasangan itu juga mengaut keuntungan dengan menjalankan aktiviti pertaruhan judi bola sepak.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(A)(a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953 dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan. - Bernama

Dari hal judi UMNO..

Lagi Skim Pelaburan Tipu, Burung Layang-layang Melayang


PENGGUNA
KUALA LUMPUR 10 Mei - Penipuan membabitkan skim pelaburan burung layang-layang yang mencecah nilai RM400,000 terbongkar selepas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melakukan serbuan ke atas premis Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Kulim, Kedah.

Menurut kenyataan SSM, modus operandi syarikat tersebut ialah menawarkan penjualan lot pelaburan rumah burung layang-layang kepada orang awam tetapi hak pengurusan dipegang syarikat.

"Syarikat ini menjanjikan pulangan kepada peserta dengan pembahagian keuntungan mengikut nisbah 80:20.

"Peserta skim berkenaan juga diyakinkan dengan nilai penjualan kasar sarang burung yang kononnya boleh mencecah nilai RM120,000 sebulan sekiranya pelaburan maksimum dilakukan," kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, siasatan kes tersebut dibuat mengikut peruntukan Seksyen 84(1) dan Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965. Serbuan itu dibuat setelah pemantauan berterusan selama beberapa bulan terhadap syarikat itu.

Blog Ibnu Hasyim: Sudah kena baru siasat? Belum hukum bersalah dan tangkap lagi pun penyamun tersebut. Tak boleh ke cegah sebelum parah?

Politik Masjid: 15 Nazir Masjid S'ngor Diberi Amaran.


pix_gal0
Jais beri amaran keras larang ceramah politik di masjid, surau

SHAH ALAM, MEI 10, 10:
Seramai 15 nazir masjid di Selangor diberi amaran keras kerana mengingkari arahan melarang mana-mana pihak menggunakan masjid di negeri itu sebagai tempat berpolitik. Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap nazir yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),

Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata larangan berpolitik itu perlu dipatuhi kerana ia tertakluk mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Beliau berkata, amaran lebih tegas, termasuk memecat nazir akan dikenakan selepas ini jika mereka terus mengingkari arahan berkenaan.

"Kaedah Tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sudah menyatakan secara jelas melarang semua pihak mengadakan ceramah dalam masjid yang berunsurkan politik, fitnah, menghasut dan menyakiti pihak lain," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menghadap Sultan Selangor berhubung titah baginda yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik. Mohammed Khusrin berkata, Jais sudah meletak papan kenyataan berhubung larangan berpolitik di masjid dan surau di negeri itu.

Antara lain papan kenyataan itu dengan jelas menyebut mana-mana pihak yang mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Enakmen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM3,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di KAJANG, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Noh Omar merayu Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak melayan permintaan Zaid, yang mahu menghadap baginda bagi menjelaskan maksud artikel Penyelaras Pakatan Rakyat dalam blog peribadinya berhubung larangan Sultan Selangor itu.

Di KOTA BHARU: Zaid mendakwa beliau tidak membuat sebarang kesilapan kerana tafsiran yang dibuatnya dalam artikel itu mengikut undang-undang negara. “Justeru, saya tidak perlu minta maaf terhadap pihak istana. Kontroversi timbul disebabkan ada pihak tidak faham perkara itu,” katanya.

Sementara itu di TAMPIN: Seorang Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berusia 40-an, didakwa sering melakukan gangguan seksual, termasuk meraba punggung seorang kakitangan wanitanya, sejak beberapa bulan lalu. Mangsa berusia dalam lingkungan 20-an yang juga Setiausaha Kerja JKKK itu, tidak tahan dengan gangguan berkenaan lalu membuat laporan polis, Khamis lalu. (AK)

Laporan Polis Pada Nik Aziz & Guan Eng

SHAH ALAM MEI 10,10: pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKAS) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Laporan terhadap kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor Abdullah Mansor di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 3.25 petang tadi.

Abdullah berkata laporan dibuat terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan kerana mempertikaikan larangan Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid dan surau yang tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata laporan yang dibuat terhadap Lim adalah berhubung kenyataannya pada sesi penggulungan di sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang menuntut supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merupakan satu prejudis dan hasutan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan, rasa gelisah dan persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia, katanya.

"Ia juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di mana pelantikan Ketua Polis Negara adalah dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Katanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.

- Bernama

Monday, May 10, 2010

Facebook Ayah Pin Pesongkan Islam -Ketua DPPP


KOTA BHARU, 10 Mei: Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat pemilik sebenar laman sosial facebook ‘Ayah Pin’ kerana laporannya dibimbangi mempengeruhi masyarakat khususnya umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi berkata laman sosial berkenaan dengan jelas begitu berani dan mempersendakan ajaran Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi berkata laman sosial berkenaan dengan jelas begitu berani dan mempersendakan ajaran Islam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan laman sosial itu yang kini semakin menjadi perhatian masyarakat.

“Kami dapati laman sosial Ayah Pin begitu berani serta turut memuatkan kenyataan ajaran Islam yang dipesongkan.

“Perkembangan ini amat membimbangkan kita khususnya pada golongan muda takut terpengaruh dengan ajaran itu,” ujarnya lagi.

Kata Nasrudin lagi, tindakan tegas terhadap pemilik tersebut seharusnya diambil oleh kerajaan khususnya di bawah suruhanjaya terbabit. Beliau bagaimanapun bersyukur ekoran tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS di beberapa buah negeri membuat laporan polis terhadap laman yang sama dimiliki ‘kafir bangga’ sehingga laman itu telah ditutup.

Untuk itu, ujarnya demi maruah Islam, laman-laman sosial yang menghina ajaran Islam seharusnya dihapuskan. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails