Friday, June 25, 2010

Maya Karin: Tak Cerai, Daftar Setelah 2 Tahun Kahwin

HALAMAN HIBURAN
Maya Karin di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hadir untuk mendaftarkan pernikahan mereka berlangsung dua tahun lalu di Itali. – Gambar Choo Choy May

KL. JUN 24 10: Pelakon dan pengacara terkenal Maya Karin, yang sebelum dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, hari ini ini muncul di Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk membuat pengesahan nikah selepas dua tahun berkahwin dengan Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah.

Pihak media difahamkan Maya dan Steven hadir ke mahkamah untuk mendaftar perkahwinan mereka. Malah ada yang berkata proses pendaftaran perlu jika berhadapan dengan kemungkinan cerai kelak.

“Maya dan suaminya hadir ke mahkamah untuk mengesahkan perkahwinannya.

“Selain itu, mereka juga tiada berbincang apa-apa mengenai penceraian. Jadi status mereka masih suami isteri,” kata pegawai mahkamah itu.

Maya Karin awal tahun ini menafikan mereka akan bercerai. Dia yang berbaju kurung dan bertudung kelihatan tenang ketika memasuki kamar Hakim Rendah bersama peguamnya, Norhusniah Husin kira-kira pukul 2 petang dan keluar dua jam kemudian. Steven pula hadir pada pukul 3 petang dengan memakai kot berwarna hitam dan meninggalkan mahkamah kira-kira 45 minit kemudian.

Pasangan tersebut meninggalkan kawasan mahkamah berasingan. Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali. Maya dan suaminya Steven bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai kehadiran mereka ke mahkamah.

“Tidak bercerai. Tanya Maya,” kata Steven sebelum meninggalkan mahkamah.

Maya pada mula enggan bercakap kepada wartawan tetapi selepas diminta dia berbuat demikian. Menurut Maya, adalah lebih baik baginya tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

Steven David Shorthose
“Saya tidak mahu cakap apa-apa mengenai perkara ini, adalah lebih baik saya diamkan diri.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan pertemuan tadi. Tiada keputusan yang dibuat.

“Minta maaf banyak-banyak,” kata Maya sebelum meninggalkan mahkamah dengan menaiki kereta BMW berwarna biru.

Sementara itu, peguamnya, Norhusniah juga enggan memberikan sebarang komen. “Saya mendapat arahan daripada klien supaya tidak berikan komen,” katanya.

Akhir Februari lalu Maya Karin berkata dia masih berusaha gigih untuk menyelamatkan rumah tangganya berusia 20 bulan (ketika itu), yang bergelora sambil mengakui ia berpunca daripada “kesilapan mereka sendiri”. Maya Karin berkata dia dan suaminya amat bersykur sekiranya perkahwinan yang dibina pada Ogos 2008 dapat diselamatkan.

“Jika sebaliknya berlaku, ia pastinya menyedihkan kami.

“Namun begitu, kehidupan tidak terhenti setakat itu.

“Saya sedar, masalah kami ketika ini boleh berakhir dengan perceraian tetapi kita hidup cuma sekali dan kita berhak mencari kebahagian,” kata beliau.

“Sebagai manusia, kita berhak untuk terus mencuba,” kata pelakon berusia 31 tahun ini sambil menambah “pada masa yang sama semua orang tidak dapat mengelak daripada berdepan dengan cabaran.”

Maya Karin enggan berkongsi masalah sebenar menjadi punca kepada situasi sekarang. Pelakon filem “Pisau Cukur” keluaran tahun lalu pernah digosipkan dengan Remy Ishak yang berlakon bersamanya dalam teater “Natrah” akhir tahun lalu. (AK)

3 Komik ZUNAR Diharamkan KDN


KL. Jun 24 10: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam buku terbitan Malaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan anak syarikat Malaysiakini, dua lagi komik Zunar - Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.

Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.

"Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun, Mahmood tidak menyebut mengenai satu lagi Show Allbuku terbitan Malaysiakini - 'Where is Justice?' - yang telah dirampas bersama dengan '1Funny Malaysia' dari kedai buku empat bulan lalu.

'1Funny Malaysia' merupakan kompilasi kartun Zunar, manakala buku 'Where is Justice' adalah mengenai kematian atau kekejaman dalam tahanan polis dengan fokus terhadap empat kes besar - Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu, dan Anwar Ibrahim

Di bawah akta tersebut, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. (AK)

Thursday, June 24, 2010

Mengapa Obama Disukai Lalat?


LIHAT gambar ini betul-betul..

Entah apa yang membuat lalat suka dengan presiden Amerika Syarikat Barrack Obama. Masih segar ingatan kita tahun lalu barlaku insiden kecil semasa Obama berpidato, ia diganggu seekor lalat. Tangan presiden menampar dan menyergap lalat itu hingga mati.

Kini berlaku lagi, semasa Obama memberikan berceramah tentang kesehatan di Rumah Putih. Kali ini Obama agak berhati-hati dan bersabar untuk tidak menyergap 'lalat nakal' yang sempat hinggap di mukanya. Mungkin dia belajar dari peristiwa lalu, membunuh lalat yang menjadi sorotan media masa internasional.

Mail Online menyebutkan apa yang dilakukan Obama tahun lalu itu pun tidak lepas dari kritikan pencinta haiwan yang mengkritik ke'tidak peduli'an melindungai haiwan walau sekecil mana sekalipun.

Kini apa dia buat? Lihat gambar-gambar dan klips vedeo di bawah ini..



Lalat menghurung bibir, dahi dan....

Lalat, secara simboliknya memang dianggap sebagai binatang yang suka menghurung barang-barang kotor dan jijik. Pernah seorang pemimpin agama masa lampau Lokman Hakim menasihatkan anaknya.. kalau tidak mampu menjadi garam yang boleh menyelamatkan ikan supaya tidak busuk, janganlah menjadi lalat langau yang menghurung ikan supaya bertambah busuk dan menyebarnya ke marata-rata.

Memang Obama menjadi 'lalat langau' atau pengkhianat dan pengganas yang merosakkan agama Islam sekarang ini..

Pandangan Nik Aziz Mengenai Jemaah Islamiah (JI)


KOTA BHARU, 24 JuN 10: Sejak isu Jemaah Islamiah (JI) didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan namun sehingga kini belum kedengaran ada pihak yang ditahan pihak keselamatan. Kenyataan polis mengusir 10 anggota JI dalam operasi yang dijalankan polis sejak awal tahun ini diragui banyak pihak memandangkan ia baru digegerkan sekarang.

Maka tidak hairanlah ramai menganggap isu JI sengaja diada-adakan setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan banyak isu kronik termasuk lesen judi bola sepak dan kehadiran syarikat milik Yahudi di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat isu JI seperti sengaja dibuat-buat dalam kondisi politik sekarang.

“Ini kerana apabila Umno jatuh tidak ada peluang hendak naik semula. Ini kerana mereka bukan hendak jaga Islam sebaliknya mereka sendiri tolak Islam.

”Mereka tidak boleh kempen orang Melayu kena jaga Islam kerana mereka sendiri tolak Islam. Hendak jaga ekonomi, mereka yang menjadi punca ekonomi merudum,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Baru-baru ini Ketua Polis Negara mendakwa kumpulan militan, Jemaaah Islamiah warga asing dikesan menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrutkan remaja dan pelajar di institusi pengajian tinggi. Ekoran kenyataan itu pelbagai pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap isu JI sengaja ditimbulkan sekarang kerana kerajaan BN cuba mengalih perhatian rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau berkeyakinan isu JI yang digegerkan sekarang sekadar satu gimik politik pemimpin Umno setelah menyedari sokongan rakyat merosot.

”Tengok apa yang berlaku terhadap Allahyarham Nik Abdullah Arshad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang pernah ditahan di bawah ISA tanpa ada sebarang alasan munasabah.

”Mereka ditahan di bawah ISA hanya direka-reka kesalahan bagi menghalalkan kerajaan bertindak,” ujarnya.

Sementara itu Dewan Ulamak PAS Kelantan melahirkan rasa terkejut dan dukacita apabila ada pihak cuba mengaitkan nama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan JI. Ketuanya, Datuk Mohamed Daud berkata, situasi yang berlaku sekarang memperlihatkan kerajaan berada dalam dilema yang amat sangat sehingga terpaksa mencipta isu baru bagi mengalih perhatian rakyat.

”Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan kewibawaan dan keilmuan seseorang. Begitu juga tenaga akademik di IPT cuba dibabitkan dengan isu tersebut sedangkan kerajaan tiada bukti bagi mempertahankan dakwaan,” ujarnya. (AK)

Dr Asri Tak Jadi Masuk UMNO.


KUALA LUMPUR, 24 Jun 10:Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang disebut-sebut akan menyertai Umno esok, dipercayai telah mengubah fikiran ekoran perkembangan semasa yang dirinya dikaitkan dengan fahaman wahabi dan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sumber yang rapat dengan beliau mengesahkan kepada The Malaysian Insider hari ini bahawa Asri telah mengubah fikiran dua hari lalu untuk tidak menyertai parti utama Barisan Nasional (BN) itu buat masa sekarang.

“Mengambil kira laporan dan dakwaan bahawa Dr Asri mengamalkan fahaman wahabi dan ada kaitan dengan kumpulan JI, beliau memutuskan ini bukan masanya untuk menyertai Umno... beliau agak kecewa dengan apa yang berlaku sejak awal minggu ini,” kata rakan Asri ketika dihubungi.

Bagaimanapun sumber itu menambah, perbincangan antara Asri dengan kepimpinan Umno akan diteruskan.

“Ruang perbincangan belum ditutup,” kata sumber itu. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Politik dakwah atau dakwah politik?

Tol J/PPg: Demontrasi Bantahan Seluruh Negara!

CATATAN SANTAI
ADA yang bertanya saya (salam... apa pendapat saudra ibnu tentang kenaikan tol jambatan penang ni.saudara kan oranbg penang. June 23, 2010 9:11 PM).

Saya sokong pandangan 3 pemimpin ini.. YB Sim Tze Tzin Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang. ADUN Pantai Jerejak, YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau dan YB Sivarasa Ahli Parlimen Subang. Lihat kenyataan mereka...

Pada Mac 2008, YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Dato Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk “Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan” dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang “whistle-blower”.

Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:

  • Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.
  • UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL)
  • UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.
  • Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.
  • Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta
  • Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.
  • Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?)
  • Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go

Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu. Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim benar.

Pertama sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch & Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang. Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40. Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance). Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun. Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40. Kontrak pula dirahsiakan.

Semua ini harus diberhentikan serta-merta. Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan Pusat. Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk tanpa maklum balas dari rakyat. Kemudian, kerajaam sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.

Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak. Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.

Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini. Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008. Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum. Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini. Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada. Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.

Maka, Parti KeADILan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut!

Jika gagal berbuat demikian, Parti Keadilan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk membantah kenaikan tol. Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa Rakyat Pulau Pinang inginkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang.

YB Sim Tze Tzin
Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang
ADUN Pantai Jerejak

YB Yusmadi
Ahli Parlimen Balik Pulau

YB Sivarasa
Ahli Parlimen Subang

Saya sokong kenyataan mereka. Teruskan kempen bantah kenaikan tol jambatann Pulau Pinang. Parti-parti politik, NGO dan weblog perlu berkerjasama dalam hal ini. Sila buat demontrasi besar-besaran di seluruh negara.

Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Jun 24 10

Sebelum ini...

Cinta Di Alam Maya, Berakhir Ehsan RM5,500. Hati2!

TERPEDAYA...mangsa menunjukkan laporan polis.
Mangsa menunjukkan laporan polis.

KL JUN 24 10: Bahana cinta siber menyebabkan lebih 10 lelaki bukan sekadar mendapat cinta palsu daripada seorang wanita ‘jelita’, malah ditipu ribuan ringgit tanpa mengenali identiti sebenar kekasih maya mereka.

Wanita terbabit dikatakan menggunakan laman sosial facebook memerangkap mangsa dengan kata-kata manja dan menggoda sebelum mula menceritakan masalah kewangan dihadapinya bagi mendapatkan simpati dan seterusnya bantuan daripada lelaki yang cintakannya.

Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Suresh, 28, berkata dia mula mengenali wanita terbabit melalui laman sosial berkenaan kira-kira enam bulan lalu yang menggunakan nama Sai Sailani, selepas wanita terbabit menjemputnya menjadi sahabat facebook dan mempelawanya untuk berkenalan.

Katanya, pada mulanya dia gembira kerana jika dilihat daripada gambar dilampirkan pada profil, wanita terbabit berperwatakan cantik dan seksi.

“Selepas beberapa minggu berkenalan, saya mula jatuh hati kepadanya yang begitu pandai bermain ayat cinta.

“Namun apabila diajak berjumpa, wanita terbabit memberi pelbagai alasan. Wanita berkenaan juga mula membuat cerita sedih kononnya dia kesempitan wang menjalankan perniagaan sehingga saya tertipu dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun banknya,” katanya di sini, semalam.

Suresh berkata, dalam tempoh enam bulan itu, dia sudah memasukkan RM1,600 ke akaun Sai kerana percaya wanita terbabit benar-benar mencintainya dan berada dalam kesusahan. “Pernah sekali dia kata terlalu kesempitan duit dan terpaksa menanggung bapa yang sakit tenat sehingga ingin membunuh diri,” katanya.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jaya, 32, yang juga rakan baik Suresh berkata, dia berkenalan dengan Sai Sailani juga melalui laman facebook. Katanya, selepas ‘mengikatnya’ sebagai sahabat siber, wanita terbabit mengaku dia rakan baik kepada seorang lagi rakannya dan akan berkahwin tidak lama lagi.

Menurutnya, wanita itu menggunakan helah sama menipunya iaitu dengan mengatakan dia kesempitan wang dan berdepan pelbagai masalah.

“Sejak kenal dengannya, saya sudah anggap dia macam adik sendiri kerana bakal berkahwin dengan teman rapat saya sehingga saya sanggup memasukkan RM5,500 ke akaun banknya.

“Bagaimanapun, saya mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati nama tercatat pada akaun bank tidak sama dengan nama diberikan wanita terbabit, lalu menyiasat latar belakang sebenarnya,” katanya.

Menurutnya, selepas mendapat alamat rumah dan tempat wanita itu bekerja, dia dan Suresh kemudian pergi menemuinya di pejabat. Hasil kerjasama majikan di pejabat berkenaan, wanita terbabit ditemui dan selepas diajukan pelbagai pertanyaan, dia akhirnya mengaku segala penipuan dilakukan.

“Kami terkejut apabila buat pertama kali bertemu kerana susuk tubuh wanita itu langsung tidak sama dengan profil diberikan dalam facebook. Dia gemuk dan tidak menarik langsung.

“Selepas itu, kami menemui keluarganya dan mereka memberitahu kami bukan orang pertama ditipu wanita berkenaan, malah sebelum itu lebih lapan lelaki datang mengadu perkara sama,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, Jumaat lalu, namun dimaklumkan pihak berkuasa hanya boleh mengambil keterangan daripada suspek dan sukar mensabitkan atas kesalahan menipu kerana wang berkenaan dimasukkan sendiri oleh mangsa tanpa paksaan.

“Wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang kami tetapi hingga kini masih gagal melunaskannya.

“Kami tahu mungkin sukar mendapatkan kembali duit, tetapi mendedahkan perkara ini supaya orang lain tidak tertipu seperti kami,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cinta maya, cinta duit, bukan lagi cinta monyet. Hati-hati ya, anak muda! (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails