Tuesday, June 29, 2010

1:40. PAS Jangan Lihat Punggung UMNO Saja Hitam..

KL. 29 Jun 10: Walaupun PAS berpandangan nisbah 1 orang Melayu dan 40 bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi adalah petunjuk kepada kegagalan Umno bagi menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu, namun PAS dan PKR juga terlibat sama dalam kegagalan tersebut. Menurut Blog Ibnu Hasyim.

Hal jelas terbukti apabila merujuk kepada kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (gambar) menurut Harakahdaily sebentar tadi di mana PAS juga mensasarkan pendaftaran 50 peratus pengundi baru sama ada Melayu atau bukan Melayu untuk mempertahan Kerajaan Kedah dan Selangor daripada dirampas Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Ketika diminta mengulas laporan eksklusif Berita Harian berhubung nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU12 lalu adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40), antaranya beliau berkata..

“Pendaftaran pengundi baru oleh ejen kita setakat ini tak sampai 10 peratus sedangkan kita mahu lebih separuh daripada orang yang layak berdaftar untuk pertahan dua kerajaan yang baru (sepenggal) kita memerintah,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada satu wawancara eksklusif di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, PAS perlu mendaftar lebih 250 ribu pengundi baru di peringkat Kedah kerana kebanyakan wakil rakyat PAS serta sebahagian wakil rakyat PKR bertanding di kawasan majoriti Melayu. Begitu juga di Selangor, beliau berkata, PAS perlu 350 ribu pengundi baru untuk mempertahankan kerusi-kerusi semua wakil rakyat yang sebelum ini memenangi kawasan majoriti Melayu dan bercampur.

Berbeza dengan inisiatif DAP di Pulau Pinang, beliau berkata, parti serta kerajaan negeri banyak mengambil pengalaman daripada PAS di Kelantan untuk menghadapi Umno pada PRU akan datang. Katanya, DAP sejak memerintah Pulau Pinang giat melakukan pendaftaran pengundi baru, khususnya di kalangan masyarakat Cina.

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa angka nisbah 1:40 seperti yang didedahkan oleh Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno semalam, adalah suatu gambaran yang logik berhubung demografi pengundi baru di tanah air. Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, DAP juga giat melakukan semakan daftar pengundi yang baru tiga bulan sekali seperti yang dilakukan PAS di Kelantan.

Melalui PAS Pusat, beliau berkata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mahu seramai 120 ribu tenaga mahir disediakan melalui Institut Latihan Pilihan Raya PAS (Ilpas). “Kalau boleh, Presiden PAS suka dan mahu Ilpas ini menyediakan satu pasukan seperti yang ditunjukkan dalam al-Quran, iaitu ‘satu bilangan yang kecil mengalahkan satu bilangan yang besar’,” ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Firdaus Jaafar, Pengerusi Jabatan Pilihan Raya (JPN) Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, pihaknya bakal melancarkan kempen giat daftar pengundi muda bermula bulan depan.

Saranan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ini perlu diambil tindakan segera. Sudah 2 tahun memerintah, Dewan Pemuda PAS baru 'bakal melancarkan kempen giat daftar pengundi muda bermula bulan depan'. Jadi, jelas kegagalan Umno menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu, adalah kegagalan PAS dan PKR juga.

Jangan, bagaikan periuk mengatakan punggung belanga saja yang hitam. Periuk kena lihat punggung sendiri sama demi menyelamatkan umat.(AK)

Sebelum ini..

1 Melayu 40 B/Melayu: Hasil Strategi Tempang UMNO


KL JUN 29 10: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.

Sementara itu, PAS berpandangan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 orang Melayu dan 40 bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, ini angka petunjuk kegagalan Umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini untuk menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berpendapat perkara itu terjadi kerana Umno BN yang berkuasa di negara ini telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau.

Katanya, orang Melayu yang dilanda dengan budaya itu memang mereka tidak akan mempedulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita. “Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Maka, katanya Umno BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat Melayu ini tidak mempedulikan apa yang Umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti Blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunei.

“Nampaknya strategi tempang telah makan tuan sehingga orang Melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi,” ujarnya.

Katanya, PAS berpedapat bahawa akibat longgarnya pegangan agama di kalangan orang Melayu terutama remaja, sehingga mereka tidak ada kesedaran politik untuk mendaftar.

Sejarah, jelasnya membuktikan orang Melayu sedar politik pada peringkat awal apabila golongan islah yang dipimpin oleh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheikh al-Hadi yang pulang daripada Timur Tengah meniupkan kesedaran agama dan politik.

Akhirnya, kata beliau orang Melayu ada kesedaran politik dan bangkit menentang penjajah tetapi keadaan berlaku sebaliknya apabila Umno cuba merenggangkan agama dan politik, dengan membendung fungsi masjid sebagai pusat ilmu untuk menerangkan Islam yang syumul.

Maka sekarang, ujarnya terimalah padahnya kerana orang Melayu sudah mati kesedaran untuk berpolitik dan tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dalam Islam, tegakkan negara Islam adalah wajib. Asalnya adalah wajib kifayah, tetapi akan menjadi wajib ain kalau negara Islam masih belum tegak. Umat Islam di seluruh negara akan berdosa kalau negara Islam masih belum tegak, tak kira samada rakyat biasa, ulama atas pagar, UMNO atau PAS.

Mengikut kaedah fiqah, kalau sembahyang itu wajib, maka mendapatkan pakaian untuk sembahyang itu pun hukumnya wajib. Kalau menegakkan negara Islam melalui peti undi boleh, maka daftar mengundi untuk membolehkan rakyat mengundi adalah wajib hukumnya.

Sejarah membuktikan penubuhan PAS, antaranya oleh ulama-ulamak yang terpaksa keluar dari UMNO untuk menunaikan kewajiban ini. “Kalau kuat bertakbir tetapi tidak daftar sebagai pengundi, kuasa Umno BN tidak akan jatuh di dalam PRU yang akan datang. Ini bererti negara akan menuju kepada kehancuran dan muflis. ” Demikian kata ulama PAS.

Cina Town Di Riau..

Catatan Perjalanan: Riau 5



PAGI ini, saya masih di Bagansiapiapi. Di sebuah kedai nasi Padang, terkenal mestinya kedai orang Islam, tidak perlu ragu-ragu lagi. Di dinding kedai itu ada dipamerkan seni khat ayat-ayat Qur'an dan dua gambar besar.

Satu gambar lukisan pekan Bagansiapiapi kelihatan dari atas tahun 1947 
seperti yang tercatat di bawahnya, terletak di muara Sungai Rokan yang kini menjadi kota Kabupaten Rokan Hilir.

"Tetapi waktu itu masih belum jadi daratan, cuma kuala sungai yang dipenuhi lumpur." kata tuan punya atau penjaga kedai itu. "Hanya gambar inilah jadi kenangan, sekarang tiada lagi.. Ilustrasi dari pelukis tempatan."

Satu lagi tercatat gambar lukisan sungai garam di Bagansiapiapi pada tahun 1972, "Ini, di sebelah kedai ini!" katanya sambil menunjukkan sebuah lorong tar, tempat saya lalui tadi. "Dulu dipenuhi garam.."

Menurut beberapa informasi, nama Bagansiapiapi berasal dari gabungan kata “Bagan” dan kata “Api-api”. 

Frase pertama
 berarti “tempat menyimpan dan menjemur ikan”.
Frase kedua merupakan kosa kata daerah-daerah Bagansiapi-api yang artinya “kunang-kunang”. Nama untuk binatang kecil yang berterbangan pada malam hari, dan di sayapnya terdapat cahaya berkerlipan sehingga terlihat seperti percikan-percikan api.

Menurut Astrie Andriyani, mengisahkan asal-muasal penggunaan kata “Bagansiapi-api” sebagai nama daerah ini, kerana bila malam tiba, di tempat-tempat “penyimpanan dan penjemuran ikan” milik masyarakat pribumi di daerah ini dikerumuni kunang-kunang atau kelip-kelip.

Menurutnya lagi, masyarakat China di Bagansiapi-api biasa menyebut Bagan dengan “Bangliau” (Wang Liao) yang artinya “Jaring Kosong”. Banyak orang dari daerah lain di sekitar Bagansiapi-api menyebut daerah itu sebagai tempat “Bagan” dan tempat “Siapi-api”, yang belakangan menjadi satu frase tersendiri, “Bagansiapi-api”. (Lihat, Andriyani, 2001:19-20).

Petangnya, saya berada di sebuah kedai makan Cina. Saya cuma minum air kelapa sahaja. "Bapak orang Cina?" tanya seorang perempuan Cina sebaya saya, mungkin taukeh kedai itu.

"Ya. Kira-kira begitu. Memang asal-usul saya dari sebuah negara yang berjiran dengan negeri China!",jawab saya. (Lihat asal-usul keturunan saya: Mencari Masjid Di Bandar Ha Noi & Imbauan 2: Sebelum adanya Harakah.. )

Orang Cina di Indonesia, bahasa dan percakapan agak sukar dibezakan dengan bahasa bangsa keturunan pribumi. Hampir sama, kerana pemerintah Indonesia dari dulu tetap mempertahankan kedaulatan penggunaan bahasa Indonesia di kalangan semua rakyatnya. Walaupun Bagansiapiapi mendapat julukan 'Cina Town' di Riau, namun bahasa perantaraannya tetap bahasa Indonesia.

"Tapi.. bapak orang Islam?"'

"Ya. Kan di negeri China sendiri ramai orang Islam, kira-kira 70 juta lebih. Melebihi dari seluruh penduduk Malaysia yang berbagai kaum itu? Saya sendiri pernah ke China di Kumning di daerah yang ramai orang Islam.. Bahkan orang Islam di sana menguasai ekonomi di daerah sana di China, seperti orang China di sini menguasai ekonomi daerah sini, di Indonesia." Saya berterus terang.

Dia kelihatan terpegun dan tergamam, mungkin pengetahuan itu masih belum sampai kepadanya. Lama juga dia termenung. Lalu katanya serius..

"Aku lahir di Indonesia. Indonesia negeri Aku. Tapi aku masih dianggap bangsa bangsat atau kaum pendatang! Dari kecil aku dilatih melihat bangsa pribumi dengan jijik, pengotor, pemalas dan bangsa China mesti kedepan mendahului mereka.. Dan menguasai kekuasaan melalui ekonomi, kalau tidak mahu kita akan dihambat atau dibunuh di sini sebagai kaum minoriti. Kalau pulang ke negeri Cina pun kita tidak akan diterima sebagai rakyatnya lagi. Kini kita samada mati lari atau mati bertarung.. (bukan semestinya bertarung dengan pemberontakan bersenjata.)"

Menurut maklumat, Bagansiapiapi memang dibuka pertama kali oleh nenek moyang orang Tionghoa atau orang Cina. Namun mereka tidak datang langsung dari Fujian, melainkan dari satu wilayah di Thailand. Ketika itu, mereka terpaksa atau dipaksa mengungsi atau berhijrah, kerana ada masalah dengan penduduk lokal di sana. Akhirnya mereka berangkat ke arah selatan dengan menggunakan beberapa boat, ada yang mengatakan tiga buah.. Salah satu boat itu tenggelam dan hanya bakinya yang berhasil sampai di Bagansiapi-api.

Menurut laporan perjalanan rombongan pendamai tentang 'peristiwa kerusuhan di Bagansiapi-api' yang ditulis oleh Mokhtar, Bagansiapi-api pada tahun 1945 berpenduduk kurang lebih 30,000 jiwa, 80% keturunan China. Pada zaman penjajahan Belanda sebelum tahun 1942, di kota ini tumbuh organisasi-organisasi rakyat Indonesia seperti Syarikat Islam dan Muhammadiyah. Sedangkan pada pihak China ada pula mempunyai organisasi sosial dan ekonomi yang mendapat tunjangan dari pemerintah Hindia Belanda (Lihat, Mahyudin, 2005).

Ada maklumat menyebutkan, berdasarkan pencatatan di empat kelurahan tersebut pada 2006 menyebutkan, penduduk beragama Islam menempati prosentase terbesar di semua kelurahan di Bagansiapi-api dengan rincian sebagaimana berikut:

Bagan Hulu sebanyak 9,712 orang atau 92%. Bagan Timur sebanyak 6,053 orang atau 80%. Bagan Barat sebanyak 8,568 orang atau 63%, dan Bagan Kota sebanyak 3.448 orang atau 57%
dari populasi penduduk di kelurahan bersangkutan.

Prosentase populasi pemeluk agama Budha terbanyak ditemukan di Kelurahan Bagan Kota, ialah 2.427 atau 40%. Bagan Barat, yakni sebesar 3.915 orang atau 29%. Bagan Timur 938 orang atau sebanyak 12%, dan 112 orang atau 1% masyarakat Bagan Hulu yang mengaku beragama Budha.

Demikian pula pemeluk Kristen Katolik dan Protestan. Bagan Barat, 852 orang atau 6%, Kristen Protestan Bagan Hulu 372 orang atau 3%. Pemeluk Hindu paling sedikit, bahkan di Kelurahan Bagan Kota dan Bagan Hulu tidak ditemukan seorang pun yang mengaku beragama Hindu.

Yang menarik, meskipun etnik Tionghoa di Bagansiapi-api mencapai sekitar 40% dari total populasi, tidak seorang pun yang dicatat Badan Pusat Statistik (BPS) Kabupaten Rokan Hilir sebagai pemeluk selain lima agama resmi negara. Hal ini cukup mengejutkan, setidaknya apabila dibandingkan temuan Andriyani yang mengungkapkan bahawa masyarakat Cina di Bagansiapi-api umumnya menganut Tridarma.

Agama Tridarma agama dengan tiga aliran iaitu Budhisme, Konghucuisme dan Daoisme. Lebih lanjut Andriyani menyatakan, 'orang-orang Cina di wilayah perkotaan Bagansiapi-api dalam menjalankan ajaran agama Tridarma berkonsep pada ajaran ketuhanan Budha, berkonsep pada Konghucuisme sebagai filsafat dan Daoisme dalam melaksanakan upacara keagamaan mereka. Orang Cina di Bagansiapi-api yang menganut agama Budha murni memang ditemukan, meski jumlah mereka sedikit dan tidak sebesar pencatatan yang dilakukan negara.'

Akhirnya, dengan nada lembut wanita Cina didepan saya ini berkata lagi, "Tetapi sekarang, pemikiran aku sudah berubah. Mungkin kerana zaman pun sudah berubah. Rasa benci pada kaum pribumi sudah tiada lagi. Itulah yang sedang aku ajarkan kepada generasi aku. Apalah yang ada pada bangsa dan warna kulit. Berpenganglah kepada pendirian, pegangan dan agama masing-masing. Tuhan jadikan kita berbangsa-bangsa bukan untuk gaduh dan bermusuh, tetapi untuk kenal-kenal dan bersatu... ke arah kebaikan."

Nampaknya sama dengan pemikiran dalam Al-Quran Surah Al Hujarat ayat 13; yang mahfumnya, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Hal ini membuktikan pemikiran dalam Al-Quran boleh menyatukan manusia di dunia, walaupun mereka masih belum berikrar 'Tiada tuhan melainkan ALLAH!.Ertinya boleh berfikir secara Islam, walaupun masih belum Islam. Walauipun masih dalam zon Cina Town..

Di bagan kelip-kelip ini, mengingatkan saya kepada sebahagaian dari lagu Melayu berbunyi..
 

Kelip kelip ku sangkakan api
Sinar mentari membawa cahaya
Kau hilang ghaib sangkaku kau benci
Kiranya sengaja nak menduga.

Kalau 'Kau' itu dimaksudkan dengan 'ALLAH', maka Allah yang hilang dari jangkauan pemikiran manusia, bukanlah tanda Dia benci kepada makhlukNya, tetapi itu hanya cubaan sahaja, supaya ada pencetus yang menyedarnya kembali kepada Ke EsaanNya. Insya Allah. Sekian..

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Riau 5.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com 
Cina Town, Riau.
Jun 18, 10.

Monday, June 28, 2010

Spekulasi Lagi, 4 ADUN S'ngor Keluar PKR..


KUALA LUMPUR, 28 Jun 10: Hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat ADUN PKR akan keluar kerana Tan Sri Khalid Ibrahim masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Mereka ialah Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar. Khabar angin ini mula tersebar sejak pagi tadi.

Selain SMS, beberapa panggilan yang diterima oleh berbagai pihak. SMS itu berbunyi “empat ADUN PKR Selangor dikhabarkan akan meletak jawatan kerana tidak bersetuju Khalid kekal sebagai MB.” Nik Nazmi merupakan bekas setiausaha politik Khalid. Beliau digantikan oleh setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa bulan depan.

Amirudin memberitahu The Malaysian Insider, beliau dan rakan-rakannya menghormati keputusan pucuk kepimpinan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar. “Tidak, tidak... sebelum saudara tanya saya jawab soal dulu, tidak. Setakat ini tiada apa-apa, kami kekal dengan PKR,” kata Amirudin sebaik sahaja dihubungi The Malaysian Insider.

“Semuanya sudah bersetuju, kami menghormati Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor... ini diumumkan pada pertemuan Majlis Pimpinan Pusat semalam dan semua terima” kata Amirudin sambil menambah, beliau dan Nik Nazmi makan malam tadi bersama dan tidak membincangkan apa-apa, kononnya “akan keluar PKR.”

“Saya tidak tahu mengapa secara tiba-tiba benda ini wujud balik,” kata Amirudin lagi.

Menerusi ruangan twitter, Nik Nazmi berkata: “saya baru terima panggilan daripada pemberita, bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat ADUN berkenaan yang mahu meletakkan jawatan.”

“Satu lagi penipuan besar,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi juga melahirkan pandangan yang sama dengan berkata tidak tahu-menahu apa-apa cerita sebenar. “Ini kali kedua saya mendengar benda yang sama.

“Saya menafikan... perang saraf biasanya macam inilah,” kata beliau.

Di akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR petang semalam, Naib Presiden Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Pelantikan itu berkuat kuasa petang semalam.

Wan Azizah ketika membuat kenyataan itu berkata pelantikan Azmin adalah bagi menggantikan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor. “(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuat kuasa serta-merta,” katanya semalam. Sebelum ini Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Khalid yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menafikan tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. (Sumber: The Malaysian Insider/AK)

4 Bulan 111 A/Luar Nikah, Shahrizat Salah Ibubapa?



KL, 28 JUN 10: Utusan Malaysia melaporkan 'Ibu bapa perlu didik anak lelaki, perempuan jauhi zina', seorang rakan pernah memberitahu bahawa gejala anak dara hamil luar nikah sudah lama berlaku, tetapi tidak dihebohkan oleh media.

Tidak dapat dipastikan adakah kenyataan itu betul kerana ia diucapkan tanpa sokongan kajian dan angka. Namun, sejak kempen Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia dilancarkan pada April lalu, banyak sungguh kes buang anak dilaporkan.

Walau apa pun situasinya, gejala gadis bawah umur hamil luar nikah nampaknya semakin menjadi-jadi dari sehari ke sehari. Ia dibuktikan oleh statistik dan angka yang jika dilihat amat menakutkan ibu bapa.

Statistik terbaru yang didedahkan oleh Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong menunjukkan sebanyak 111 kes remaja bawah umur mengandung dilaporkan berlaku tahun ini iaitu dari tempoh Januari sehingga April 2010.

Bayangkan dalam tempoh empat bulan, sebanyak 111 remaja bawah umur terlibat dalam gejala tidak berakhlak sehingga melahirkan anak luar nikah. Tentu pendedahan itu mencetuskan kebimbangan kepada ibu bapa yang mungkin ketika ini sedang membayangkan jika anak-anak gadis mereka sendiri terjebak dalam gejala itu.

Dalam pada diburu kebimbangan dan sekadar menunggu kerajaan menggerakkan usaha membendung gejala tersebut daripada terus merebak, adalah lebih baik ibu bapa sendiri melakukan sesuatu untuk menjaga anak-anak remaja sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Kedua-duanya perlu diberi perhatian kerana anak lelaki juga boleh menjadi punca kehamilan luar nikah.

Seperti kata, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ibu bapa tidak boleh lepas tangan dalam isu sosial itu kerana kakitangan agensi kerajaan tidak cukup untuk pergi memeriksa setiap rumah di seluruh negara. Memang benar apa yang dikata kerana agensi kerajaan mempunyai banyak tugas lain yang lebih memerlukan kudrat mereka untuk menjamin kehidupan rakyat keseluruhan sejahtera dan harmoni.

Justeru, ibu bapa perlu kembali kepada peranan asal dalam sesebuah rumah tangga iaitu mengasuh sendiri anak-anak, bukannya menyerahkan 100 peratus kepada pembantu rumah untuk mengurus anak-anak. Memang diakui ibu bapa sekarang terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga kerana jika tidak, pasti ‘dapur tidak berasap’ atau cukup makan sahaja. Tetapi janganlah kerana itu, ibu bapa mengelak untuk memainkan peranan dalam membentuk tingkah laku anak-anak, selain memberi didikan ilmu dunia dan akhirat yang seimbang.

Jika diteliti, kebanyakan kes remaja hamil luar nikah berasal dari keluarga yang berpecah-belah atau ibu bapa langsung tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan anak-anak kerana sibuk bekerja. Kurangnya interaksi antara ibu bapa dan anak membuatkan anak berasa diri mereka dipinggirkan dan ketika itulah, mudah bagi mereka terpengaruh dengan perkara yang tidak bermoral.

Masa yang terluang tanpa pengetahuan ibu bapa akan digunakan untuk menonton video lucah atau melihat gambar-gambar lucah yang banyak dipaparkan di skrin komputer melalui Internet.

Pengaruh itu boleh merangsang diri anak-anak remaja yang ketika itu sedang mengalami ‘kecelaruan hormon’ yang jika tidak bijak dikawal boleh mendorong mereka untuk melakukan hubungan seks bebas sama ada dengan teman lelaki atau rakan sekolah. Itulah yang banyak dilaporkan.

Tetapi jika ibu bapa sentiasa mendampingi anak-anak, pasti setiap pergerakan dan kegiatan mereka dapat dihidu sekali gus diperbetulkan sebelum terlambat. Sesekali memeriksa pesanan mesej di telefon bimbit atau komputer peribadi atau menyelongkar bilik tidur anak-anak, tidak ada salahnya.

Lakukan tanpa pengetahuan mereka supaya anak-anak remaja yang terkenal dengan sikap mudah merajuk dan cepat panas baran tidak memberontak kerana kehidupan peribadi mereka diceroboh. Jika ditemui sesuatu yang mencurigakan, ibu bapa boleh mengajak anak-anak berbincang tanpa terus menuduh. Perbincangan berhemah lebih baik daripada ‘menyerang’ anak-anak.

Memberi batasan waktu terakhir kepada anak-anak untuk pulang ke rumah boleh dipraktikkan sejak anak-anak awal remaja. Bak kata orang ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, maka semua pembentukan tingkah laku anak-anak perlu dilakukan sejak anak-anak masih kecil. Ini bermakna anak- anak akan membesar dengan nilai-nilai hidup yang positif sekali gus menjadi seorang dewasa yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Komen Ibnu Hasyim: Jangan salahkan ibubapa sahaja, seperti kata Menteri pembangunan wanita di atas. Kerajaan BN, nombor satu salah besar. Menolak pendidikan penuh Islam, dengan tidak perlu memaksa orang bukan Islam. Pendidikan yang membawa pembangunan berteraskan sebuah negara berdasarkan Islam, bukan sekular. Bukan dengan media-media ganas, termasuk keganasan moral seperti tv-tv di Malaysia. Sila buat kajian mengapa tidakberlaku kelahiran anak luar nikah sebanyak Malaysia di negeri seperti Iran dan Arab Saudi? (AK)

Pelakon S Shamsudin Rakan P Ramlee Cedera ..

HALAMAN HIBURAN

Mustarjo, P. Ramlee, S. Shamsudin, dan Aziz Sattar menunjuk lagak dalam filem, Pendekar Bujang Lapok

Pelakon komedi S Shamsudin cedera jatuh katil

SINGAPURA, 28 Jun 10: Pelakon komedi terkenal filem Melayu S Shamsudin cedera di tulang pinggul setelah terjatuh dari katil sewaktu tidur di rumah anaknya di sini pagi semalam. Beliau dihantar ke sebuah hospital di sini selepas kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi semalam, kata anaknya Noredah Shamsudin kepada Bernama hari ini.

Noredah berkata beliau perlu memaklumkan mengenai perkara itu kerana keluarganya menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mendapat khabar angin bahawa bapanya telah meninggal dunia.

“Ayah saya mengalami retak di tulang pinggul, dan kini doktor sedang membuat pemeriksaan ke atasnya,” katanya yang kesal dan sedih dengan khabar angin itu.

Shamsudin, 81, adalah seniman komedi seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham A R Tompel dan Datuk Aziz Satar, dan terkenal dalam filem siri ‘‘Bujang Lapok’’. Sabtu lepas, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menziarah Shamsudin yang uzur di rumah anak bongsunya di flat di Bukit Batok di sini.

Semasa kunjungan Rais, Shamsudin kelihatan kurus dan kurang bermaya, dan menurut isteri Shamsudin, Puteh Esmoon, suaminya demam sejak tiga hari lepas. Dalam pertemuan dengan Rais, Shamsudin banyak mendiamkan diri dan hanya menjawab sepatah dua apabila ditanya Rais mengenai perkembangan dirinya.

Noredah berkata sikap ayahnya kini sudah berubah daripada seorang yang periang dan suka bercakap tanpa henti apabila berjumpa dengan seseorang kepada seorang yang amat pendiam. Noredah berharap orang ramai mendoakan agar bapanya cepat sembuh kerana keluarganya bimbang Shamsudin mungkin akan sukar berjalan lagi selepas kejadian ini. — Bernama

Filem P.Ramlee & S Shamsudin berkata UMNO sebagai sarkis.

<div class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <img src="http://s.ytimg.com/yt/img/pixel-vfl73.gif" class="icon master-sprite" alt="Alert icon"> <div class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> </div>

Orang Makan Pelancong, Duta China Perlu Jelaskan



KL. JUN 28 10
:Blog Ibnu Hasyim memohon penjelasan dari kedutaan Negeri China mengenai berita mengejutkan disiarkan oleh beberapa blog dipercayai dari Indonesia dan Malaysia, yang dianggap boleh menjejaskan prestasi pelancongan di negara tersebut.

Berita disertai gambar-gambar seperti di atas, yang kononnya berlaku dalam tradisi di negara tersebut pada hari perayaan dalam pesta 'potong daging' secara besar-besaran. Ianya berlaku di sebuah kampung terpencil yang pelancung perlu melaluinya kalau ingin ke kawasaan pendalaman di China.

"Namun perlu hati-hati bagi anda yang berjalan sendirian, dan jangan sesekali menginap disalah satu rumah disana. Apalagi jika anda wisatawan (pelancong) wanita, mereka akan menangkap anda kemudian di ikat dan dilarang keluar rumah. Anda akan diberi makan dan tempat tinggal gratis (percuma) oleh warga sekitar. Jika anda wanita yang masih perawan anda tidak diizinkan mendekati lelaki lain.

"Ketika menjelang perayaan, wanita luar itu akan dibunuh dan badannya akan dijadikan 'daging persembahan' oleh warga sekitar. Wanita itu akan di cuci bersih dahulu lalu dicabut seluruh bulu di badan. Wanita itu di telanjangkan, kaki tangan diikat kuat-kuat dibawa ke tempat persembahan untuk dilanjutkan dengan upacara pemotongan, seperti di photo di atas.

"Lelaki di kampung itu dilarang menikahi wanita dari luar, kerana wanita dari luar hanya untuk penyembahan dan makanan untuk mereka sahaja." Begitu kira-kira berita dari weblog.. http://suwaritimur.blogspot.com/2010/06/kejamgadis-disembelih-dipuja-dan.html yang sumber rujukannya 'Forum.vivanews.co' (AK)

Ada kaitan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails