Wednesday, July 28, 2010

Catatan Buruk Moral Di Eropah, Mengapa Berjangkit?


KL JUL 28 10: SEBUAH laporan antarabangsa disusun oleh Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, mewakili negara industri, merupakan pertama kali mendedahkan catatan buruk tentang moral di Eropah digambarkan begitu tajam.

Laporan itu memuat:

- Angka kehamilan remaja Inggeris adalah yang terburuk di Eropah dan kelima terburuk di Barat;

- Jumlah anak-anak yang hidup dalam keluarga bercerai adalah yang terburuk di Eropah, dan di belakangnya adalah Amerika Syarikat;

- Jumlah orang tua tunggal yang tidak mempunyia pekerjaan merupakan yang tertinggi di Eropah dan yang kedua di dunia industri;

- Tingkat perceraian di Inggeris menempati urutan keempat tertinggi di Eropah;

- Jumlah kelahiran tidak sah luar nikah merupakan keenam tertinggi di benua Eropah.

Norman Wells, dari Family and Youth Concern yang meneliti sebab-sebab dan akibat dari kerosakan keluarga, mengatakan: "Angka-angka ini melukiskan gambaran suram dari sebuah masyarakat dengan nilai-nilai kesenangan singkat, iaitu hubungan seksual lebih tinggi daripada komitmen seumur hidup yang ditanda dengan perkawinan." (dailymail)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebuah gambaran mengerikan tentang rosaknya moral di Eropah. Kerosakan moral yang berat dalam nilai-nilai keluarga. Ungkapan catatan buruk tentang kehamilan remaja. Ramai anak yang hidup dalam keluarga dibesarkan oleh orang tua tunggal kerana perceraian. Ramai ibu-ibu menjadi orang tua tunggal yang menganggur.

Angka perceraian dan kelahiran anak tidak sah di Inggeris juga termasuk yang tertinggi di Barat. Hingga ada yang menganggap adalah terlalu mahal harga promosi pendidikan seks untuk anak-anak muda mereka. Budaya inilah yang berjangkit di Malaysia. Masih lagi begap tidak tahu di mana salahnya?

Juara K/Lembu 1 Dipenjara 11 Dibebaskan.

KL JUL 27 10: Protes lembu (disebut juga sebagai 'juara kepala lembu'), seorang dipenjara 11 didenda.. Lapor Malaysiakini.com.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda itu kepada semua 12 lelaki yang dituduh terlibat dalam perhimpunan haram sambil membawa kepala lembu pada tahun lalu.

Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 2.25 petang, 28 Ogos tahun lalu.

Mereka ialah Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36, dan timbalannya, Ibrahim Sabri, 42; Eyzva Ezhar Ramly, 31; Mohd Azmir Mohd Zain; 35, Ahmad Suhairi Zakaria, 30; Mohd Hilmi Ni, 40; Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67; Mohd. Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 56; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md. Harun, 39; dan Azhari Shaari, 39.

Hakim membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, pengakuan bersalah dan latar belakang tertuduh. Seksyen tersebut menyatakan, tertuduh terlibat dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang "dengan tujuan untuk melakukan mudarat awam".

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali. Sebelum ini, semua 12 mereka didakwa mengikut Seksyen 27(5A) 1967 Akta Polis yang membawa hukuman lebih berat.

Ketika membuat rayuan, pihak pembelaan, diketuai peguam Afifuddin Ahmad Hafifi, meminta kesemua anak guamnnya diberikan hukuman hanya didenda ringan memandangkan kesemua mereka telah mengaku salah dan insaf ataas perbuatan masing-masing.

Tindakan itu sekaligus menjimatkan kos dan masa mahkamah bagi menyelesaikan kes-kes lain, takmbahnya. Afifuddin juga berkata, dalam perhimpunan yang disertai mereka, tiada berlaku sebarang kerugian dan kerosakan harta benda. Ketika menjatuhkan hukuman, hakim menegaskan, tindakan kesemua pesalah berkait dengan kepentingan awam.

Sehubungan itu, tambah Hasbi, kesemua perbuatan yang membantah pemindahan kuil hindu dengan cara yang sensitif dan tidak bertoleransi hendaklah dielakkan. "Apa jua perkara yang berkaitan dengan ugama adalah sentitif," katanya sambil meminta kesemua pesalah lebih prihatin dan insaf atas perbuatan masing-masing.

Pihak pembelaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof. Sejurus selepas mahkamah selesai bersidang tengah hari tadi, kelihatan kesemua pesalah berpelukan kegembiraan kerana terlepas daripada hukuman penjara. (AK))

Tuesday, July 27, 2010

Isu Saman Ekor, JPJ Sila ambil Perhatian.

PENGGUNA

PARIT BUNTAR 27 JUL 10
: Tindakan Pakatan Rakyat Perak memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah, mendapat sokongan dari PAS Parit Buntar.


Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin berkata, tindakan kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan amat dikesali.

“ Ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut.

“Ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam. Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya” katanya


Azhar berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat.


“Kami di Parit Buntar juga mendengar rungutan rakyat yang disenarai hitam kerana saman ekor ini. Oleh kerana perlukan memperharui cukai jalan mereka terpaksa membayar saman berkenaan.


“ Tindakan PR Perak sediakan peguam amat dialu-alukan dan rakyat yang tidak puas hati terhadap saman ekor ini boleh menggunakan peguam PR Perak membawa kes ke mahkamah” kata Azhar yang juga seorang peguam.


Menurutnya, tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah.


"Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalan raya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: JPJ perlu prihatin terhadap masalah rakyat. (AK)

Juara Kepala Lembu Mengaku Salah, Siapa Dalangnya?

SHAH ALAM, 27 Julai 10: 'Juara Kepala Lembu' iaitu dua belas orang yang tahun lalu didakwa berhubung protes berkaitan kepala lembu, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan alternatif perhimpunan haram.

Mereka sebahagian daripada sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan SUK Selangor di sini dengan membawa kepala lembu pada 28 Ogos lalu untuk membantah pembinaan kuil di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Islam.

Mereka membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariamman berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Kumpulan 12 orang itu dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Tertuduh terdiri daripada Ahmad Mahayuddin, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, Mohd Hilmi Ni, 40,Jainuddin @ Zainuddin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohamad Nordin Zakaria, 46, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlu dibongkar lagi siapa dalangnya, apa tujuannya?

San Francisco Ke Sydney Dgn Perahu 'Botol Plastik'

JOM KREATIF
Kru berpose dengan latar belakang Plastiki

'Perahu Plastik' & 6 pelayarnya berjaya selesaikan pelayarannya sebelum tiba di perairan Australia.

SYDNEY JUL 27 10: SEBUAH perahu dibuat dari botol plastik memasuki pelabuhan Sydney setelah berlayar empat bulan dari San Francisco. Perahu yang dinamai 'Plastiki' itu dibuat dari bahan 12,500 buah botol plastik.

Pelayaran sejauh 15,000 km dengan perahu tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesadaran akan bahaya yang ditimbulkan oleh limbahan plastik terhadap suasana lingkungan atau alam sekitar. Ratusan orang menyambut Plastiki dan enam orang yang mengawakinya di Sydney

''Ini pengalaman luar biasa,'' kata pimpinan ekspedisi yang juga aktivis alam sekitar, David de Rothschild.

Plastiki meninggalkan kota San Fransisco, AS bulan Mac, menyeberangi Lautan Pasifik dan melanjutkan perjalanan melalui Samoa Barat dan Kaledonia baru sebelum tiba di Australia. Perahu botol plastik itu berlayar melalui Hamparan Limbah Besar Pasifik, perairan penuh limbah sedikit di bawah permukaan antara Kalifornia dan Hawaii. Hamparan limbah itu seluas lima kali wilayah Great Britian.

Perahu botol plastik itu dirancang sebagai perahu catamaran. Botol-botol plastik yang menyusun perahu tersebut direkatkan dengan lem organik ke dua ponton. Bahagian-bahagian lain kapal seperti layar dan tiang layar dibuat dari bahan hasil daur ulang. Rothschild mengatakan dia dan krunya ingin meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kerosakan yang timbul akibat pembuangan limbah plastik ke laut.

''Kita mengalami kecanduan plastik yang dibuang-buang dan sekali pakai.. Dan itu mencekik ekosistem,'' kata Rothschild beberapa hari sebelum Plastiki tiba di Australia.

Menurut dia, laporan PBB yang memperingatkan berbagai bahaya yang ditimbulkan sampah plastik terhadap laut dunia menjadi sumber ilham pelayaran Plastiki. Plastiki kini akan dipamerkan di Museum Maritim Sydney. Nama Plastiki sendiri meniru nama rakit yang digunakan oleh antropolog Norwegia, Thor Heyerdahl untuk melintasi Lautan Pasifik pada tahun 1947, Kon-Tiki. Cucu Heyerdhal, Olav, ikut menjadi anggota kru Plastiki. (Sumber BBC)

Makan Fried Chicken Penyebab Kematian..


PENGGUNA
Berbahayakah makanan ini?

SEORANG perempuan 40 tahun meninggal dunia kerana tidak mentaati diet. Dia mempunyai hobi makan fried chicken yang tidak boleh ditinggalkan. Walaupun berat badannya mencapai 286 kilogram dan dia perlu diet, perempuan ini tetap sahaja makan makanan tidak sehat yang dibawa keluarganya secara diam-diam ke hospital, tempat ia meninggal dunia.

Sharon Mevsimler perempuan tergemuk England. Ibu empat anak ini, tetap memohon keluarganya membawa junkfood ke hospital. Mereka kemudian menyeludup ayam goreng, ikan dan kentang goreng masuk RS.

Sharon menolak berhenti pola makan tidak sehat, sehingga akhirnya meninggal dunia akibat serangan jantung. Demikian majalah England 'The Sun' Isnin (Julai 26) melaporkan. "Dia tidak mahu berhenti makan," kata seorang sumber kepada The Sun. (Sumber ANP/AFP)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Untuk selamat, ikutlah panduan makan seperti yang digariskan Muhammad SAW, 'Aku tidak akan makan kecuali merasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang'.

Laptop Termurah Didunia Hanya USD35


SETELAH menghadirkan mobil termurah di dunia, India menghadirkan laptop termurah di dunia, sebuah perangkat komputer layar sentuh berharga 35 dollar AS. Menteri Pembangunan Sumber Daya Manusia India Kapil Sibal, pekan ini, mengungkapkan, perangkat komputer dengan harga murah itu dirancang buat siswa.

Departemennya telah memulai pembicaraan dengan pemilik pabrik global untuk memulai produksi massal. "Kami telah mencapai tahap (pengembangan) yang hari ini, motherboard, cip, prosesor, konektivitasnya, semuanya secara kumulatif berharga sekitar 35 dollar AS, termasuk memori, layar, semuanya," katanya.

Perangkat itu dikembangkan oleh tim peneliti di lembaga teknologi utama di India, Indian Institute of Technology dan Indian Institute of Science. India menghabiskan sebanyak 3 persen anggaran tahunannya pada pendidikan sekolah dan telah meningkatkan angka melek hurufnya hingga mencakup 64 persen dari 1,2 miliar warganya.

Perangkat layar sentuh tersebut dilengkapi dengan browser internet, program pembaca file PDF, dan fasilitas konferensi video, tetapi perangkat kerasnya diciptakan dengan keluwesan yang memadai untuk menggabungkan semua komponen baru sesuai dengan keperluan pemakainya.

Perangkat komputer dengan sistem operasi berdasarkan Linux ini diperkirakan akan diperkenalkan bagi lembaga pendidikan tinggi mulai tahun 2011, tetapi tujuannya ialah menurunkan harga lebih lanjut menjadi 20 dollar AS dan akhirnya jadi 10 dollar AS.

Lihat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails