Thursday, September 16, 2010

Isu Sosilawati: Ingat & Kerja SuruhanNya -K/Muslimat PAS

Majlis baca yasin dan tahlil.

Ketua Dewan Muslimat PAS
GOMBAK 16 Sept 10: SENTIASA mengingati Allah dan mengerjakan suruhanNya supaya hidup lebih tenang dan selamat, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh yang mengetuai rombongan Dewan Muslimat PAS, sewaktu berpesan kepada anak-anak jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya di majlis bacaan yasin dan tahlil di kediaman mereka, di Taman Harmonis pagi tadi.

Seramai lebih 50 anggota Wanita KEADILAN dan Dewan Muslimat Gombak mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil di kediaman jutawanterseut. Rombongan Wanita KEADILAN diketuai Ketua Wanita Selangor, Haniza Talha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan.

Mereka tiba di kediaman Alllahyarhamah kira-kira pukul 10.45 pagi dan kemudian mengadakan bacaan yasin dan tahlil di ketuai oleh Ustazah Nuridah. Haniza dalam ucapan ringkas beliau berkata Wanita KEADILAN mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Walaupun siasatan DNA oleh pihak polis belum konklusif namum kita mendoakan yang terbaik dan sudah tentunya ada rahmat disebalik apa yang berlaku," kata Haniza.

Selasa lalu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mengunjungi keluarga Allahyarhamah Sosilawati. (AK)

Lihat keseluruhan isu Datuk Sosilawati...

Bahagian IV

Bahagian III
Bahagian II (10 artikel) & Bahagian I (10 artikal)

Polis Ramas Alat Sulit Saya -Ketua Ranting PKR


KL 15 Sept 10: Tujuh anggota polis didakwa mencabul kehormatan seorang Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan tiga anggota parti dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dengan membuka baju dan seluar serta meraba alat sulit mereka.

MS Arjunan yang mengetuai Ranting Taman Ehsan Tasek, Ipoh berkata polis menahan keretanya ketika beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh padam 7 September lalu.

Ketika polis menahan keretanya, Arjunan berkata salah seorang daripada tujuh anggota polis tersebut telah memarahi beliau dengan mengatakan belau tersalah jalan dan menggunakan ungkapan 'India mabuk'.

"Seorang anggota polis kemudian mengetuk cermin tingkap kereta saya seolah-olah mahu memecahnya. Mereka kata polis mempunyai kuasa untuk periksa semua barang dalam kereta.

"Mereka juga menyeluk poket kami dan mengambil talipon bimbit dan membuat pemeriksaan badan sambil meramas alat sulit saya dan juga rakan-rakan saya," kata Arjunan dalam satu sidang akhbar disebuah restoran di Jalan Ipoh tengahari tadi.

Beliau berkata perbuatan anggota terbabit telah memalukan beliau dan tiga rakannya kerana perbuatan itu dilakukan ditepi jakan sambil diperhatikan oleh pengguna jalan raya lain.

Salah seorang rakan beliau, A Kalaimughilan lalu menegur perbuatan anggota polis tersebut tetapi disambut dengan ugutan untuk membogelkan mereka atas alasan polis berkuasa berbuat demikian.

"Apabila kami mahu mengambil nama dan nombor anggota mereka menutup dengan tangan mereka tetapi seorang anggota polis dengan berlagak seperti samseng membuka bajunya dan mencabar kami mencatit nama beliau," jelas Arjunan lagi.

Tidak berpuas hati terhadap layanan kasar yang dianggap melangkaui bidang kuasa polis, Arjunan dan tiga rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Sentosa pada hari yang sama.

Mereka juga bercadang menyerahkan bertemu dan kepada Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak mereka mengambil tindakan tegas ke atas tujuh anggota polis terbabit. (Sumber: Suara Keadilancom/AK)

Sah! Azmin Ali Tanding T/ Presiden PKR

Azmin Ali mengumumkan keputusan mahu bertanding jawatan timbalan presiden PKR di Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.

KL 16 Sept 10: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu yang kini kosong ekoran keputusan penyandangnya tidak mahu mempertahankannya kali ini.

“Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan (Timbalan Presiden Senator) Dr. Syed Husin Ali, saya dengan penuh rasa tawaduk dan rendah hati ingin menawarkan diri saya untuk berkhidmat jawatan tersebut (timbalan presiden),” kata beliau pada sidang media di Kota Kinabalu pagi ini.

Azmin, 46, pernah dicalonkan bertanding kerusi itu tiga tahun lalu tetapi menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden. Beliau menerima sokongan sekumpulan 20 ahli Parlimen dan Senator serta majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan minggu lalu agar bertanding jawatan timbalan presiden.

Jawatan itu kemungkinan akan turut ditandingi oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Azmin juga berkata selaku anggota parti yang menjunjung semangat berpasukan di dalam parti, beliau mengambil maklum pengumuman Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak menerima pencalonan bagi jawatan parti dan menumpukan tenaga beliau bagi memantapkan Pakatan Rakyat.

“Sehubungan dengan itu, saya ingin menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar selaku Ketua Umum dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.

“Saya juga menghayati kenyataan Dr. Syed Husin Ali yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden,” kata Azmin pada sidang media di Kota Kinabalu pagi ini.

“Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi,” kata antara pengasas Keadilan ini dan bekas setiausaha sulit kepada Anwar ketika memegang jawatan kerajaan.

Azmin kini berada di Sabah sejak semalam dan selama tiga hari di Sarawak mulai esok. Azmin, bekas pengerusi PKR Sabah merupakan pemimpin pertama mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden dan ia dibuat di Kota Kinabalu - antara negeri yang dilihat penting dalam memperoleh sokongan dalam pemilihan langsung sulung kali ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, beliau turut berazam untuk memastikan pemilihan kepimpinan tahun ini berlangsung dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti. Kata Azmin, PKR telah mengorak langkah memberi takrif baru demokrasi dalam usia yang begitu muda di persada negara.

“Pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2010 merupakan suatu pemerkasaan demokrasi dalam sejarah politik Malaysia melalui pemilihan langsung yang digalas oleh anggota-anggota parti dan sekaligus menjadikan Keadilan sebuah parti yang paling demokratik di Malaysia.

“Namun pembaharuan ini juga membuka cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi dengan bijaksana dan bertanggungjawab,” kata beliau.

Azmin berkata beliau menghargai dan berterima kasih kepada Dr. Syed Husin atas sumbangan dan perjuangan beliau yang berterusan dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak rakyat.

“Syed Husin Ali beristiqamah dalam perjuangan. Sifat istiqamah beliau akan terus menjadi inspirasi kepada anggota-anggota parti dalam meneruskan perjuangan ini,” katanya.

Kata Azmin, teras prinsip perjuangan beliau telah menggariskan kriteria contoh pemimpin parti seperti kesetiaan kepada perjuangan, patuh pada disiplin parti, tuntas menentang rasuah serta menegakkan nilai-nilai moral yang tinggi seharusnya menjadi pegangan seluruh anggota parti. (AK)

Keistimewaan Sabah Sarawak Perlu -Presiden PAS


KL, 16 Sept 10: SEMPENA sambut Hari Malaysia. Kepelbagaian etnik termasuk yang wujud di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama adalah satu kelebihan dan keistimewaan yang perlu dimanfaatkan. PAS pertahankan perinsip bahawa kesemua etnik yang membina negara Malaysia ini perlu dilayan dengan adil dan saksama sesuai dengan keadilan sebenar yang diajar agama Islam.

"Kerencaman ini sekiranya diolah dengan baik akan menjadikan negara kita ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar. Inilah yang kita lihat setelah 47 tahun negara Malaysia diwujudkan, dengan kelemahan pimpinan UMNO-BN yang sepatutnya sudah membawa negara tercinta ini berdiri teguh dan mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat," kata Presiden PAS mengulangi pendiriannya dalam ucapannya di Muktamar Agung PAS lalu.

Dalam perutusan Hari Malaysia, Presiden PAS itu, berkata, PAS komited untuk menjadikan kepelbagaian etnik dalam negara ini sebagai asas memperkukuhkan negara Malaysia yang dicintai ini.

"PAS bukan sahaja akan mempertahankan hubungan baik pelbagai kaum ini dengan berasaskan sikap Islam sebenar yang dinyatakan oleh Al Quran dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, bahkan PAS komited untuk menjadikan kewujudan pelbagai etnik ini sebagai rempah yang boleh memperkasakan negara Malaysia itu sendiri," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Sambil mengucapkan Selama Hari Malaysia buat semua rakyat negara ini, beliau turut mengingatkan bahawa sikap memperlekehkan bangsa lain adalah sifat buruk yang mesti dijauhi oleh semua bangsa dan agama. Selain itu menceroboh dan menghalang hak seseorang juga adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam manakala sikap berlaku adil pula adalah merupakan ciri taqwa orang yang beriman. (AK)

Saspek, Harta Lebih 100 Juta, Sekongkol K/Gelap

Anggota forensik mencari bahan bukti kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Sungai Panchau, Tanjung Sepat, Selangor, semalam. - utusan/Saharuddin Abdullah.
Unit forensik polis hari ini menemui lagi sejumlah serpihan tulang diper.cayai milik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain yang dilaporkan hilang lebih dua minggu lalu dalam operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau, Tanjung Sepat dekat sini hari ini.

SOSILAWATI  dikatakan dilihat kali terakhir   di restoran makanan laut berdekatan tempat   pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor.
Sosilawati dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor.

Aset dipercayai diperoleh secara tipu, pemilikan guna nama proksi

KL 16 SEPT 10: Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan.

Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Malah, peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu mempunyai beberapa perniagaan di Chennai, termasuk menjadi rakan kongsi jutawan India, Allal Kathan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang di Malaysia, 18 Januari lalu selepas menemui suspek di Banting atas urusan perniagaan.

Difahamkan, usaha mengesan mangsa dijalankan sejak lapan bulan lalu, namun gagal dan saudagar batu permata itu dipercayai menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga lagi rakannya. Sumber memberitahu Berita Harian, sebagai pengamal undang-undang, suspek mahir dalam prosedur berkaitan pemilikan harta, selain licik menyembunyikan aset daripada dikesan pihak berkuasa jika kegiatan jenayahnya terbongkar.

“Kebanyakan harta bukan atas namanya, sebaliknya menggunakan nama proksi paling dipercayainya termasuk kenalan rapat dan ahli keluarganya. Suspek memang membuat persediaan awal dengan mengambil kira segala kemungkinan, termasuk jika kegiatan jenayahnya terbongkar,” katanya.

Sumber yang pernah bekerja dengan suspek, berkata bekas majikannya menggemari kehidupan mewah, termasuk memiliki sekurang-kurangnya 15 kereta mewah terutama jenis Mercedes Benz dan BMW.

“Bagaimanapun, hanya sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan atas namanya, manakala yang lain atas nama beberapa individu dipercayai orang kepercayaannya. Difahamkan, sembilan kenderaan sudah dirampas polis untuk tujuan siasatan, manakala enam yang lain disembunyikan sebaik suspek ditahan,” katanya.

Katanya, kaedah sama turut digunakan dalam pemilikan hartanah, termasuk 10 rumah mewah, masing-masing empat di Banting dan sebuah di Puchong, manakala selebihnya sedang dikesan.

“Suspek mempunyai empat stesen minyak, termasuk yang terbaru di Kuala Lipis, Pahang yang dibeli menggunakan hasil penipuan. Secara dasarnya, memang beliau memiliki aset itu tetapi atas dokumen memang tiada namanya. Sebagai peguam sivil, suspek cekap dalam jenayah kolar putih, terutama penipuan dokumen jual beli dan kontrak perjanjian, tetapi selalu terlepas daripada tindakan walaupun ada laporan polis dibuat terhadapnya,” katanya.

Sumber yang berhenti kerja kerana tidak mahu bersekongkol dalam kegiatan jenayah suspek, berkata bekas majikannya turut terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.

“Biasanya, suspek akan dibantu satu kumpulan (kongsi gelap) dari Klang dalam kegiatan haram dengan sebahagian besar anggota kumpulan itu baru keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam. Seorang saudara terdekat yang mahir dalam bidang teknologi maklumat akan memberi panduan kepadanya dalam urusan jual beli aset itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian akan merujuk kepada lima peguam kepercayaannya, termasuk adik lelakinya yang juga suspek kedua kes Sosilawati supaya setiap perlakuannya tidak disabitkan kesalahan. (Pelbagai Sumber/AK)

Lihat keseluruhan isu Datuk Sosilawati...

Bahagian IV

Bahagian III
Bahagian II (10 artikel) & Bahagian I (10 artikal)

Saspek Sosilawati, Juga Sebagai Along & Pembunuh?

Balasandam (dua dari kanan) bersama salah seorang anaknya, Arun menatap gambar mendiang isterinya, T. Selvi di rumahnya di Taman Cempaka, Banting, Selangor, semalam.

KUALA LANGAT 15 Sept.10
: Seorang pemilik bengkel kereta di pekan Banting dekat sini mendakwa kematian isterinya pada tahun lalu ada hubung kait dengan suspek utama iaitu seorang peguam yang kini ditahan untuk membantu siasatan kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lagi di Tanjung Sepat, baru-baru ini.

P. Balasandam, 54, berkata, dia yang turut cedera parah dalam insiden dua tahun lalu pernah menjalinkan kerjasama dengan suspek atas urusan pinjaman wang sejak 2006. Katanya, dia bertindak sebagai pemberi pinjaman mencecah berpuluh ribu ringgit manakala suspek pula menyediakan dokumen perjanjian.

Namun, katanya, keadaan bertukar menjadi masalah apabila beberapa peminjam enggan melunaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

"Masalah yang timbul adalah peguam itu mendakwa saya pula mengugut peminjam menyebabkan wang yang saya beri tidak mahu dipulangkan.

"Ekoran itu, saya telah ditahan lokap di Balai Polis Teluk Panglima Garang beberapa hari atas dakwaan mengugut," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Cempaka di sini hari ini.

Balasandram juga mendakwa, pada Disember 2008, peguam itu telah mengupah dua lelaki untuk menyerangnya dengan parang menyebabkan kedua-belah bahunya, kening, kepala dan hidung mengalami cedera parah. Katanya, kejadian itu berlaku di bengkel keretanya di pekan Banting.

Namun, kemuncaknya, kata Balasandram adalah apabila isterinya, T. Selvi, 46, dibunuh setelah diserang di kawasan rumah mereka. Isterinya ditikam di bahagian dada, perut pada April 2009 kira-kira pukul 5 petang. Katanya, dia bersetuju menjalinkan kerjasama dengan suspek ketika itu kerana mereka ada pertalian saudara dan para peminjam juga sudah lama dikenali.

"Sehingga kini kes saya diserang dan isteri dibunuh masih belum selesai," ujarnya. (Sumber Utusan Malaysia)

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'Kerjasama urusan pinjaman wang', ugut dan membunuh. 'Along' atau 'ceti' haram le!. Itukah kerja saspek?

Lihat keseluruhan isu Datuk Sosilawati...

Bahagian IV

Bahagian III
Bahagian II (10 artikel) & Bahagian I (10 artikal)

Bentuk Melayu Dikehendaki Masakini? Dr Mujahid

"SUDAH sekian banyak orang memperkatakan mengenai bangsa Melayu, ketuanan Melayu, ‘The Malay Power’, ‘The Malay Delima’ dan pelbagai lagi. Golongan intelektual dan penulis sudah sedemikian banyak menulis mengenai Melayu. Antaranya, Almarhum Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas, Dr. Syed Husin Ali, Datuk Kamarudin Jaafar dan ramai lagi. Tentu saja perihal bangsa Melayu ini dengan segala kelemahan dan kekuatannya akan terus diperkatakan.

Namun sebuah buku baru, ‘Kita kan Orang Malaysia’ karya terbaru pemimpin dan ideolog (pemikir) PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa memberikan pandangan, analogi dan perspektif yang berbeza dengan buku lain yang mengupas mengenai Melayu." Demikian ulasan Abd Shukur Harun., di bawah tajuk 'Dr. Mujahid re-visited kedudukan Melayu' dalam Harakahdaily.net hari ni.

Terima kasih Abd Shukur kawan lama saya (Ibnu Hasyim), yang lama tak jumpa! Salam buat anda.

Menurut Abd Shukur lagi..

Karya terbaru yang diterbitkan oleh Media Icon Sdn Berhad ini merakamkan pengalaman peribadinya sebagai ahli akademik dan pemimpin politik PAS dan tentu saja beliau mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai Melayu, sebuah bangsa yang berada di tengah jalur perdana politik tanah air. Ia memaparkan kisah perjuangan menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, dilema dan cabaran yang dihadapi. Buku Dr. Mujahid ini dilancarkan bersama dengan sebuah lagi bukunya, ‘Menuju PAS Baru – Krisis, Peluang dan Dinamisme’ yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider’. Kedua-dua buku tersebut dilancarkan oleh Prof. Dr. Aziz Bari.

Setelah menekuni bertahun-tahun kedudukan dan masalah orang Melayu dan kaum lain di Malaysia, buku Dr. Mujahid , ‘Kita kan Orang Malaysia’ ini adalah ‘Revisited’ kedudukan Melayu di negara ini setelah lebih 50 tahun merdeka. Beliau meninjau kembali dengan penuh simpati dan pengertian, di samping memberikan pandangan bagaimana seharusnya orang Melayu menghadapi cabaran yang ada.
Melalui buku tersebut, Dr. Mujahid mencadangkan supaya Melayu dinilai semula, dikaji semula masalahnya bermula dari akar umbi hingga ke peringkat atas dibiat secara ikhlas, terbuka apakah bentuk Melayu yang kita kehendaki masa kini.

Acuan Melayu mana, katanya, yang akan membentuk generasi masa depan supaya lebih mantap. Ini, kata Mujahid, bukan bermakna Melayu itu hendakm ditukar asasnya, Melayu tetap Melayu.
Beliau merindukan Melayu sebagai bangsa yang mampu bersaing, Melayu yang boleh menjadi contoh dan disegani, serta Melayu yang mampu melihat kaum lain sebagai rakan yang boleh seiring jalan dan Melayu yang mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang bertamadun. Bagi Dr. Mujahid inilah watak Melayu yang dikenali dalam sejarah, lalu beliau bertanya, mengapa kita berdepomankan sejarah Melayu tetapi tidak mengikuti ada sopan orang Melayu.

Beliau bertanya lagi, bukankah Melayu telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sebuah tamadun Islam di rantau sebelah sini. Melayu idak mungkin mampu berbuat demikian, katanya, tanpa harga diri dan nilai kesopanan ilmu yang mencetuskan semangat persaingan dan jati diri yang utuh. Bagi Dr. Mujahid, persoalan Melayu kini perlu re-visited atau peninjauan kembali dan ini baginya, bukan lagi satu pilihan tetapi ia suatu kewajipan jika Melayu hendak diletakkan dalam perspektifnya yang betul.


Menariknya, Abd Shukur yang banyak pengalaman dalam penulisan dan bekerja di pejabat Harakah, mengulas..

"Bagi saya inilah mesej penting yang hendak dihantar oleh pemikir PAS itu kepada orang Melayu sendiri, khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya. Dengan sifatnya sebagai pemikir, pandangannya memang kritikal dan mencabar, namun bagi mereka yang berfikiran terbuka dan rasional, pandangan Dr. Mujahid ini sangat penting.

Ia mengundang semua pihak untuk berfikir akan keperluan menilai semula watak dan kemampuan orang Melayu berdepan dengan cabaran yang ada jika tidak mahu ditewaskan oleh suasana yang sudah sangat jauh berubah. Beliau mengejutkan mereka yang sedang berkhayal dengan nostalgia masa lampau terutama mengenai apa yang dikatakan ketuanan Melayu, supaya sedar dan melihat realiti sekitar di mana pertarungan di dunia politik, ekonomi, pendidikan dan persaingan sengit semua penjuru kehidupan sedang berlaku dengan hebatnya."

Sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid merasa terpanggil untuk mengungkapkan pandangannya mengenai orang Melayu, justru beliau menyedari pentingnya interaksi orang Melayu, dalam kerangka gerak kerja lajnah beliau. Dr. Mujahid adalah anak Mursyidul Am PAS yang pertama, Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa yang juga Presiden PAS dari 1982 hingga 1989.

Saya (Ibnu Hasyim) masih ingat sewaktu saya masih bersekolah kira-kira tahun 1969 sebelum PRU 1969, saya mendengar sendiri ceramah Tuan Guru Yusof Rawa di Teluk Kumbar Balik Pulau, berceramah begitu bersemangat mengenai perjuangan bangsa Melayu, bermodelkan pandangan yang dipindasuai Dr Mujahid ini (bapak borek anak rintik).

Masih terngiang-ngiang di telinga saya, beliau menepelak pemimpin UMNO waktu itu dengan suara yang garau, "Merekalah yang menjadikan negara ini huru-hara!" Beberapa bulan selepas ceramah itu, berlakulah peristiwa 13 Mei 1969. Anda boleh lihat pandangan-pandangan Tuan Haji Yusof Rawa melalui majalah dua bulanan 'Al-Islah' yang diterbitkan sendiri dan menjadi Ketua Pengarangnya, pada masa itu.

Abdul Shukur mengulas lagi...

Oleh itu sudah tentu pandangannya mengenai orang Melayu atau bangsa Melayu adalah berdasarkan kenyataan yang ada, bukan dibuai oleh perasaan romantis, nostalgia masa lalu, atau emosi yang tidak terkawal. Beliau ingin sangat melihat Melayu tampil ke depan sebagai Melayu baru yang mampu menghadapi cabaran yang ada, bersaing secara sihat dan harmonis dengan pelbagai kaum yang ada.

Inilah juga, cita-cita dan harapan Lajnah Perpaduan Nasional.
Ini jugalah yang menjadi visi PAS, justru Dr. Mujahid adalah Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat, di samping sebagai ideolog (pemikir parti) yang sangat menyerlah. Bukunya ini menarik dibaca untuk oleh semua golongan sebagai bahan berfikir. Dalam buku tersebut juga ia membicarakan mengenai pengertian ‘Saya Melayu’, debat mengenai orang Melayu, pembentukan diri Dr. Mujahid sebagai orang Melayu, suasana politik di Malaysia bagaimana watak orang Melayu di tengah kemelut politik.

Beiau juga merakamkan perjuangan bagaimana menegakkan perpaduan kaum yang melahirkan ‘Kelab Penyokong PAS’ di mana proses selanjiutnya menjadi ‘Dewan Perhimpunan Penyokong PAS yang diterajuinya, kisah dan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar dan impiannya untuk melihat hubungan erat antara kaum sebagai Hadiah 2010 baginya.

Biodata Penulis:

Dr. Mujahid Yusof adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, Negeri Perak dari PASdan merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Bapa beliau Yusuf Rawa merupakan Presiden PAS dari 1982 hingga 1989.

Pendidikan


-Ijazah Sastera Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir
-Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra
Malaysia (UPM)
-Ijazah Kedoktoran Siasah Syariah di Universiti Malaya (UM)

Politik

-Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (2007- )
-Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS (2005- )
-AJK PAS Pusat (2005- )

Buku Dr. Mujahid ini adalah sebuah kisah perjuangan menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini.

Sekian.

Ulasan atas ulasan oleh Ibnu Hasyim.

Lihat Ini ada kaitan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails