Wednesday, November 10, 2010

Nganggur K'tan Paling Rendah. Mampu Bayar Gaji Penganggur?


KL, 10 Nov 10: Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur. Ia diikuti oleh Melaka (2.5 peratus seramai 7,300 penduduk menganggur), Pulau Pinang (2.6 peratus, 18,300 penganggur) dan Pahang (3.0 peratus 18,600 penganggur).

Negeri yang paling tinggi kadar pengangguran di negara ini adalah Sabah dan Labuan iaitu 6.1 peratus di mana 85,000 penduduknya menganggur. Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Kerana itu, kata dakwaan itu, ramai rakyat Kelantan bekerja di luar dari negeri itu.
Sementara itu, mengikut satu blog, Malaysia Wave, yang mendedahkan data ini, beberapa blogger kenalan penulisnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari pekerjaan di Kelantan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya di Kelantan pengangguran paling rendah di Malaysia. Kalau begitu, memang pemimpin PAS Kelantan layak perintah Malaysia. Melihat kepada kejayaan Kelantan dalam Projek Ladang Rakyat, membayar wang kepada pengusaha-pengusaha, maka tidak mustahil pemimpim PAS mampu membayar wang kepada penganggur-penganggur pula, seperti yang berlaku di negara barat.

Tidak mustahil, berilah peluang PAS perintah Malaysia. Marilah kita sama-sama berdoa, supaya Islam dapat memerintah di Malaysia. (IH)

RM65 juta Ubahsuai Kediaman PM Walau Tak Rosak?

KL, 10 Nov 10: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terus mempersoal tindakan kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM65 juta untuk pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Mahfuz sewaktu berbahas di Dewan Rakyat petang semalam berkata, peruntukan yang begitu tinggi itu amat tidak wajar hanya untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri yang masih dalam keadaan baik.

"Kenapa peruntukan yang begitu tinggi ini diberikan kepada hal yang tidak sepatutnya? Setiap kali belanjawan, ada peruntukan untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri.

"Setiap kali tukar Perdana Menteri, berlaku pengubahsuaian. Apa yang rosak sebenarnya? Kita nak tahu apa yang memerlukan pengubahsuaian sampai memerlukan kos yang tinggi? Setiap kali masuk rumah, ada pinggan mangkuk pecah ke?" soalnya berseloroh.

Naib Presiden PAS itu juga berkata, kerajaan seharusnya mengutamakan belanjawan terhadap keperluan rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi.

"Bayangkan sebanyak RM65 juta untuk tempoh dua tahun. Untuk tahun hadapan kos pengubahsuaian sebanyak RM19.5 juta. Maksudnya berbaki sebanyak RM45.5 juta untuk tahun 2012. Sedangkan kos sebanyak itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat yang jauh lebih memerlukan," katanya lagi.

Seri Perdana di Putrajaya mula dibina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Sebelum ini beberapa wakil Pakatan Rakyat dalam perbahasan Bajet 2011 telah membangkitkan perkara ini antaranya Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Liew Chin Tong, (DAP-Bukit Bendera).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah sikap pemimpin BN di Malaysia. Wahai rakyat, nilaikanlah...

2 Pemuda Ini, Tunaikan Haji Dengan Basikal.

JOM KREATIF

LIHAT gambar ini.. Semangat dua pemuda muslim asal Afrika Selatan ini untuk menunaikan rukun Islam ke-5 patut dibanggakan. Mereka menempuh perjalanan dari Afrika Selatan ke tanah suci dengan menunggang basikal.

Nyatanya, kedua pemuda itu kini sudah berada di tanah suci. Nathim Caimcross, 28 dan Imtiyaz Ahmad Harun, 25, mengungkapkan kebahagiaannya begitu masuk ke kota Tabuk, perbatasan negara Saudi. "Akhirnya kami dapat jelmakan impian kami menunaikan ibadah haji," kata keduanya.

Caimcross, yang bekerja di kota di Cape Town mengungkapkan, menggenjot basikal dari Cape Town ke Arab Saudi tentu saja sangat mletihkan. "Tapi kami memilih berangkat haji dengan cara ini agar kami benar-benar merasakan pengalaman suka duka menjalankan ibadah haji," ujarnya.

Caimcross dan Harun berangkat dari Afrika Selatan pada 7 Februari. Mereka berbasikal menyusuri negara-negara Afrika, seperti Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Suriah dan Jordan untuk mencapai perbatasan Arab Saudi.

"Ini haji pertama kami. Kami boleh naik pesawat, tapi ini adalah impian kami. Untuk berangkat tunaikan haji dengan cara berbeda. Kami memilih basikal, kerana kami berdua memang hobi berbasikal" celah Caimcross.

Setiap hari, kedua pemuda itu berbasikal sejauh 80 sampai 100 kilometer. Mereka beristirahat di masjid-masjid atau mendirikan khemah pada malam hari, kemudian melanjutkan perjalanan selepas solat Subuh. Selama di perjalanan mereka bertemu dengan ramai orang yang membantu dan bersikap baik pada mereka.

"Di setiap tempat yang kami lewati, mereka memberikan sambutan dan mereka antusias ketika tahu bahawa kami sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji. Soal makanan, tak ada masalah kerana ramai orang yang ajak kami makan." tutur Caimcross.

Selama di perjalanan, mereka kekadang melewati medan sukar, berupa pegunungan yang perlukan tenaga ekstra untuk enjot dan menekan pengayuh basikal. masalah lain ialah bahasa. "Bila kami masuk ke negara-negara Arab, kami menggunakan bahasa Arab terutama ketika kami melalui Suriah dan Jordania," kata Caimcross lagi.

"Masyarakat di sana juga antusias dan bersimpati membantu, bila tahu kami nak tunaikan haji." sambungnya. Caimcross juga mengungkap rasa terharunya kerana ramai yang menawarkan bantuan berupa wang dan memberikan apa yang mereka perlukan, kerana keduanya cuma memiliki anggaran sedikit untuk biaya haji.

Secara keseluruhan Caimcross dan Harun melakukan perjalanan selama hampir 9 bulan, melewati 9 negara, dan selama perjalanan mereka tidak mengalami persoalan serius. "Cuma ganti tayar basikal, betulkan rantai pengayuh, itu yang sering kami lakukan," ujar kedua pemuda itu.

Caimcross mengatakan, melakukan perjalanan haji bersepeda memberikan mereka banyak kesempatan untuk berinteraksi dengan beragam orang dari berbagai negara. "Kami juga bisa sambil berdakwah, terutama saat kami istirahat pada malam hari," tukasnya.

Caimcross dan Harun adalah mahasiswa jurusan syariah Islam. Caimcross punya keahlian di bidang perencanaan kota karena ia pernah ikut pelatihan dan sekarang bekerja di sebuah perusahaan konstruksi. Sedangkan Harun pernah kuliah di jurusan ekonomi.

Keduanya belum berkahwin dan hobi bersukan. Caimcross senang surfing di laut dan Harun lebih suka tinju dan naik gunung. Setelah melaksanakan haji, mereka akan kembali ke Cape Town, Afrika Selatan juga dengan basikal, melintasi kawasan Afrika Barat. Memang mereka berkreatif yang luar biasa!

Apalagi bila Islam menggalakaan pengembaraan, dan memperuntukkan asnaf zakat untuk musafir berkelana. Ertinya di mana-mana anda berada, anda ada saudara seagama. Allah akan membantu anda melalui mereka. Berbahagialah dengan Islam, agama pilihankita..

Bagaimana kalau orang Malaysia berbasikal menunaikan haji ke Mekah, Boleh tak? (IH)

Ikutilah siri Jom Kreatif..

MCA Main Judi, UMNO Ada Saham Tak Di Akhirat?



Komponen BN MCA timbang beli Tanjong, terokai bisnes judi

KL, 10 Nov 10: MCA dikatakan menyertai usaha membida bisnes perjudian Tanjong Plc yang bernilai sekitar RM2.5 bilion, syarikat yang turut menjadi tumpuan keluarga Cheng bersama ahli perniagaan Filipina Roberto ‘Bobby’ Ongpin Jr dan beberapa firma ekuiti swasta antarabangsa.

Usaha parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menjadi perhatian susulan langkahnya menjual pegangan dalam sayap pelaburan Huaren Holdings Sdn Bhd, yang melepaskan 42.4 peratus pegangannya dalam Star Publications (M) Bhd, yang menerbitkan The Star, pada nilai RM1.28 bilion baru-baru ini.

Dengan penjualan itu syarikat tersebut dijangka akan menggunakan dana tersebut untuk membeli Tanjong dengan kombinasi pembiayaan. The Malaysian Insider difahamkan MCA telah dinasihatkan untuk membida mendapatkan unit perjudian memandangkan operasi itu menawarkan pulangan baik, sebagaimana disumbangkan oleh perniagaan akhbar harian The Star.

“MCA sedang dalam usaha memburu Tanjong,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan, pemegang utama saham Tanjong T. Ananda Krishnan akan memutuskan seawal hari ini sama ada mahu memutuskan penjualan syarikatnya. Malah difahamkan, jualan syarikat itu juga sebahagian daripada langkah pematuhan elemen syariah dan juga untuk menerokai peluang pasaran di Timur Tengah dan Utara Afrika di samping usaha di Asia Tenggara dan Selatan bagi memperluaskan bisnes penjanaan tenaga.

Seorang pemain utama dalam soal perundingan ialah Ongpin, menteri perdagangan ketika era Marcos, yang membangunkan hartanah yang agar besar, bisnes telekomunikasi dan perniagaan perjudian atas talian di Filipina. Difahamkan beliau akan menjadi rakan dalam bidaan itu sama ada oleh sayap pelaburan MCA ataupun keluarga Cheng, yang terlibat dalam perniagaan mesin slot perjudian, kebanyakannya bertumpu di Lembah Klang.

Keluarga itu diterajui oleh Datuk David Cheng, yang anaknya Datuk Douglas Cheng bergandingan dengan Datuk Vincent Tan Ting Wong dan Henry Yip mengadakan rangkaian restoran Cina popular Dragon-I pada 2004.

“Ada jurang kecil dalam soal penilaian antara apa yang ditawarkan dan yang diminta,” kata sumber itu lagi.

The Malaysian Insider difahamkan perbezaan dimaksudkan itu dalam lingkungan RM100 juta. Bisnes perjudian Tanjong termasuk operator nombor ramalan dan cabutan loteri Big Sweep dan lumba kuda. Sayap perjudian Tanjong, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd kini menguasai 24 peratus pasaran tempatan manakala Berjaya Sports Toto Bhd yang dimiliki Tan Sri Vincent mempunyai 40 peratus manakala Magnum Corp Bhd pula 36 peratus.

Sementara perniagaan cabutan nombor ramalan dan loteri menghasilkan aliran tunai yang baik, Tanjong dikatakan berhadapan dengan kerugian dalam operasi lumba kuda. Kerugian daripada aktiviti lumba kuda dianggarkan RM80 juta pada tahun kewangan semasa. Difahamkan pemilik baru Tanjong akan menawarkan produk perjudian baru bagi memastikan pulangan yang lebih baik selain meminta pengurangan cukai kerajaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada orang tanya, "MCA rakan UMNO main judi, UMNO dapat saham dosanya tak?". Kena tanya mufti kerajaan atau ulama UMNO.. (AK)

Kelantan Bentang Belanjawan Penyayang 2011


KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kerajaan Kelantan membentang Belanjawan Penyayang 2011 dengan memberi keutamaan bagi menyelesaikan pelbagai masalah rakyat. Langkah yang diambil kerajaan mendahulukan apa yang patut didahulukan dan mengimbangi antara kesempitan pendapatan dan maslahah orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, tiga paksi utama bajet tersebut iaitu...

  • penjanaan ekonomi untuk rakyat,
  • pembinaan insan berteras Islam
  • dan pembelaan golongan daif dan miskin.

Selain itu pembelaan orang kurang upaya, anak yatim, armalah, warga emas dan wanita.

“Berasaskan tema tersebut Bajet 2011 akan mempastikan hasil dan tunggakan hasil kerajaan negeri dapat dipungut untuk pembangunan negeri bagi kesejahteraan rakyat.

“Tumpuan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup rakyat terutamanya bagi mempastikan matlamat membasmikan kemiskinan tegar menjadi kenyataan,” katanya ketika membentang bajet Kelantan 2011 pada persidangan Dun hari ini.

Beliau mewakili Menteri Besar membentangkan bajet tersebut. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V serta rombongan akan bertolak menunaikan ibadat haji ke Makkah esok. Husam berkata, dasar perbelanjaan berhemah diteruskan supaya setiap perbelanjaan dibuat mengikut keutamaan bagi mempastikan kesejahteraan hidup rakyat.

Bajet 2011 dijangka mengalami defisit sejumlah RM53.24 juta. Perolehan hasil dianggarkan sebanyak RM410.89 juta, manakala perbelanjaan mengurus RM464.13 juta. Husam berkata, kerajaan negeri akan tetap menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang penyayang terhadap semua rakyat.

Bajet Kelantan buat julung kalinya menyediakan peruntukan khas bagi menganjurkan program Gerbang Azziwaaj untuk membantu rakyat miskin berkahwin. Sejumlah RM1.5 juta diperuntuk bagi tujuan itu dan ia diharap dapat mengurangkan gejala sosial atau kes khalwat di kalangan penduduk miskin.

Selain itu kerajaan negeri juga mewujudkan skim bantuan beras kepada penduduk miskin di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri mulai tahun depan. Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan bagi mengendalikan skim Al-It’am dengan memberi bantuan beras secara bulanan kepada rakyat termiskin.

Skim tersebut mengambil contoh program bantuan besar percuma yang dilaksanakan di Dun Wakaf Bharu sejak enam bulan lalu. Seramai 225 penduduk miskin di Dun Wakaf Bharu menerima bantuan beras percuma sebanyak 10 kg setiap seorang secara bulanan yang disumbangkan wakil rakyat Dun terbabit, Che Abdullah Mat Nawi. (Sumber Harakahdaily.net)

Ramlah Ram Bertudung, Tukar Gaya Atau Hijrah?

HALAMAN HIBURAN

Ramlah Ram, tukar gaya dan fesyen atau berhijrah kerana insaf..

KL 10 NOV 10: LAIN ulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Begitu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu, Ramlah Ram sebelum ini pernah tampil dengan imej berambut pendek dan pelbagai gaya rambut. Namun ketika membuat kemunculan sebagai artis jemputan pada acara Muzik-Muzik Separuh Akhir yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Isnin lalu, Ramlah tampil dengan imej bertudung.

Ramlah yang sebelum ini yang mendapat liputan meluas berikutan perceraiannya setelah 10 tahun berkahwin, kelihatan tenang tatkala ditemui untuk menjelaskan mengenai perubahan imej itu. Menurut Ramlah, dia sudah lama berminat untuk bertudung tetapi baru sekarang dia mampu melunaskan hasratnya itu.

“Masa untuk saya bertudung sudah sampai dan ini merupakan satu penghijrahan ke arah imej yang lebih baik dan mungkin sesuai dengan lagu-lagu yang saya bawakan,” beritahunya.

Tambah Ramlah, keluarganya tidak pernah memaksa dirinya untuk memakai tudung dan majoriti peminatnya menerima dengan terbuka imej barunya itu.

Ramlah Ram bersama Ogy Ahmad Daud pada konsert Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram baru-baru ini.

"Saya mula pakai tudung selepas konsert Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram pada 9 Oktober lalu. Sejak pakai tudung ini ramai juga rakan-rakan yang tidak perasan pada mulanya,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia juga sudah bersedia untuk menerima sebarang impak seandainya ada kemungkinan penganjur menarik balik tawaran nyanyian untuknya kerana dia telah bertudung.

“Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan seperti itu. Insya-Allah saya akan kekalkan imej begini.

“Saya bersyukur sangat kerana Allah banyak memberi saya rezeki selama ini dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya,” jelasnya yang turut popular dengan lagu Ketentuan.

Penyanyi berusia 43 tahun itu juga kini sudah mula mengumpulkan koleksi tudung-tudung. “Ketika membuat persembahan saya harus membuat penampilan yang sesuai dengan lagu. Lagipun pada masa sekarang ini banyak fesyen tudung yang boleh digayakan. Itu tidak menjadi masalah. Apa yang penting imej ini saya akan kekalkan,” ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Alhamdulillah, semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepadanya. Begitu juga diharapkan kepada rakan-rakannya, dan juga isteri-isteri pemimpin negara. (2MA)

Tuesday, November 09, 2010

Kahwin Perdana: RM100,000 Program Cepat Kahwin

KOTA BHARU, 9 Nov 10: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini. Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan. Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi:
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
di talian 09 7476568 atau 013-9846913
atau 013 – 6946911.
Tarikh tutup 15 November ini

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam adalah agama yang menganjurkan perkahwinan. Malah tiada agama tidak menganjurkan perkahwinan kerana perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk membina keluarga dan mengembangbiakkan umat manusia.

Islam melihat perkahwinan sebagai satu daripada fitrah manusia. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21). Melalui perkahwinan juga, Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berkembangbiak (an-Nahl: 72). Selain ayat-ayat ini, Allah juga berfirman di dalam al-Quran tentang kehidupan para Rasul yang juga berumahtangga (ar-Ra'd: 38).

Begitu juga hadis Nabi yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Juga, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain." Dalam menganalisa hadis ini, Imam al-Ghazali berpendapat, "dengan melangsungkan perkahwinan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan berkahwin akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya. "

Dalam konteks ini, tentulah perkahwinan itu perlu disegerakan. Walau bagaimanapun, ada satu syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu boleh berkahwin iaitu kemampuan. Ini kerana dalam sepotong hadis Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa memiliki kemampuan untuk kahwin, hendaklah ia berkahwin. Hal itu lebih membantu menjaga pandangan serta melindungi kemaluan. Namun, apabila tidak mampu, hendaklah ia berpuasa. Dengan berpuasa, syahwatnya akan lemah." Hadis ini menunjukkan bahawa bila ada kemampuan, kahwinlah. Jangan ditangguhkan lagi. Sebaliknya, bagi yang tidak mampu, ia tidak boleh berkahwin sebaliknya berpuasalah untuk menjaga nafsunya.

Jadi, adalah jelas bahawa Islam adalah satu agama yang menganjurkan perkahwinan dan ia melihat bagi yang mampu, lebih cepat berkahwin adalah lebih baik. Oleh yang demikian, dalam konteks sekarang, kalau sudah berkemampuan, kahwinlah dan jangan tangguh-tangguh lagi. Tambah pula jika penanguhan itu bagi tujuan-tujuan seperti untuk memenuhi kepuasan hidup bujang atau untuk mengelakkan diri dari dikongkong. Ini tentunya bertentangan dengan Islam kerana perkara-perkara ini akan mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang tidak baik.

Perkahwinan perlu dipermudah dan diperepatkan. Inisiatif kerajaan Kelantan sekarang menuju ke arah itu. Alhamdulillah.

Satu daripada kesan atau akibat dari fenomena kahwin lewat ini ialah masalah ketidaksuburan. Dilaporkan, kira-kira 690, 000 orang iaitu 6.4 peratus daripada wanita negara ini mengalami masalah ketidaksuburan dan memerlukan rawatan fertiliti (Berita Harian, 27 Julai 2001, ms. 9). Salah satu faktor yang menyumbang kepada angka ini menurut Ketua Pengarah LPPKN dalam laporan tersebut ialah penangguhan umur perkahwinan wanita (hingga 23 tahun) yang menjadi kecenderungan dalam masyarakat negara ini. Itu, hampir 10 tahun lalu, sekarang kita terima akibatnya, seperti seks bebas, lari dari rumah, buang bayi dan lain-lain.

Kesimpulan: Tulisan ini bukan bertujuan untuk menyeru agar semua rakyat Malaysia berkahwin pada usia muda. Ini kerana terbukti bahawa dalam sesetengah keadaan, penangguhan perkahwinan tidak dapat dielakkan. Misalnya, ketika melanjutkan pelajaran atau ketika menanggung keluarga, walaupun ada banyak cara mengatasinya. Sebaliknya, tulisan ini bertujuan untuk menyedarkan beberapa pihak tentang beberapa perkara.

Satu: Kepada individu, kalau sudah berkemampuan, kahwinlah. Janganlah tuntutan agama ini ditangguh-tangguh,konon untuk mendapatkan keseronokan hidup membujang yang tidak akan ada penghujungnya. Ikhtiarkanlah melalui saluran-saluran yang baik dan sopan agar jodoh itu dipertemukan.

Dua: sebagai individu, kita perlu melihat perkahwinan dengan perspektif yang betul. Perkahwinan sebagai satu tuntutan agama perlu menjadi idaman kita dan bukan menjadi kebencian kita. Ingat hadis di atas yang bermaksud, "Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, ia tidak termasuk golonganku. Di antara sunnahku ialah perkahwinan, maka barangsiapa mencintaiku hendaklah ia mengikuti sunnahku." Jadi, elakkanlah diri dari membenci perkahwinan.

Walaupun ada banyak kisah sedih dan menakutkan di sebalik perkahwinan tetapi ia bukan kerana perkahwinan itu tidak baik, sebaliknya kerana orang-orang yang berkahwin itu tidak melaksanakan apa yang dituntut dari perkahwinan. Takkanlah kerana nyamuk kita nhak bakar kelambu, kita rasa kelambu itu tiada manfaatnya. Nyamuk akan sentiasa ada tetapi jika kita pastikan bahawa kelambu itu tidak terkoyak dan ia dipasang dengan baik. Insya'Allah kita akan menfaatkan kelambu sebaik-baiknya.

Tiga: Bagi wanita yang merasakan mereka boleh hidup sendiri tanpa suami.. ingatlah bahawa perkahwinan dalam Islam mempunyai banyak tujuan, bukan untuk mendapatkan tempat bergantung semata-mata. Melalui perkahwinan, bukan sahaja nafkah wanita ditanggung, tetapi keselamatannya juga terjaga. Melalui perkahwinan juga, wanita mendapat teman hidup yang melaluinya diperolehi kasih-sayang dan ketenangan.

Melalui perkahwinan juga, seks 'satu naluri manusia' terpenuhi dengan cara yang halal dan dari situ zuriat dilahirkan dan keturunan manusia berkembang biak. Jadi, rasa berdikari yang diperolehi dari gaji itu, tidak sama dengan ketenteraman hati diperolehi dari perkahwinan seperti dijanjikan oleh Tuhan.

Empat: Kepada ibubapa, mainkanlah peranan dalam hal ini, kerana ia juga satu tanggungjawab ibubapa kepada anak-anaknya. Jadi, bila anak-anak itu sudah dewasa dan mampu, suruhlah mereka berkahwin. Tanyakanlah pada mereka apakah mereka mahu kita mencarikan pasangan atau mereka boleh mencarinya sendiri. Kadangkala anak-anak ini malu untuk bersuara. Jadi, dengan ibubapa yang memulakannya dahulu, ianya lebih mudah untuk diteruskam.

Lima: Kerajaan sepatutnya memantau masalah ini, sesuai kehendak agama dan kaum masing-masing. Yang patut dibenci dan ditolak ialah kerajaan yang tidak mahu hidup cara agama, menggunakan agama waktu terdesak sahaja.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails