Tuesday, November 16, 2010

Kenyataan Husam Mengenai Zaid Di Seleweng Bernama?


KL, 16 Nov 10: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa mendesak Bernama menarik balik berita berhubung PAS terbuka menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim. Berikut adalah kenyataan penuh Husam...

Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk 'Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid' dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama.

Kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar.

Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka. Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik "berita" yang dikeluarkan itu. (Sumber: Harakahdaily.net).

Buku Ayman Al-Zawahari Dilarang Di Pakistan

Pemimpin senior Al-Qaidah Syaikh Ayman Al Zawahiri

KHYBER PAKHTUNKHWA 16 NOV 10: Pemerintah provinsi Khyber Pakhtunkhwa Pakistan telah menerapkan larangan atas penjualan dan publikasi buku yang ditulis oleh pemimpin senior Al-Qaidah Syaikh Ayman Al Zawahiri di provinsi ini.

Dalam sebuah pernyataan, pemerintah KP mengatakan, buku yang berjudul Spaida-e-Sehr Aur Timtamata Chiragh tidak akan diizinkan untuk dijual atau diterbitkan di provinsi ini. Otoritas telah memerintahkan semua salinan buku untuk dibatalkan dengan segera. Menurut pejabat pemerintah, buku ini memiliki potensi untuk memprovokasi perasaan keagamaan masyarakat, katanya. Seorang pegawai jabatan mengatakan bahawa pemerintah akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar larangan tersebut.

Zawahiri digambarkan sebagai sosok tangan kanan pemimpin Al Qaidah Usamah bin Ladin, dan Amerika Syarikat telah menjadikan Zawahiri sebagai salah satu tokoh yang paling dicari, dimana FBI mengeluarkan surat perintah penangkapan terhadapnya pada saat Presiden George W. Bush berkuasa pada tahun 2001.

Pemerintah telah mengalokasikan dana sebesar 25 juta dolar untuk hadiah bagi informasi yang berguna dalam penangkapan al-Zawahiri, yang saat ini berusia 59 tahun. (AK)

Hina Hukuman Bunuh, Penulis Britian Dipenjara

S'PURA 16 NOV 10: Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara enam minggu ke atas penulis Britain, Alan Shadrake, 75 tahun berhubung bukunya yang membidas hukuman bunuh di negara itu.

Selain dihukum penjara, Shadrake juga didenda S$20,000 (RM48,350) kerana menghina mahkamah berhubung bukunya yang turut memuatkan wawancara dengan bekas ketua algojo atau tukang bunuh.

Hakim Mahkamah Tinggi, Quentin Loh menolak permohan maaf Shadrake yang dikemukan pada minit-minit terakhir dan menganggapnya sebagai "tidak lebih daripada helah taktikal supaya mahkamah mengurangkan hukumannya” dan memutuskan wartawan sambilan itu perlu menjalani tambahan hukuman penjara dua minggu jika tidak mampu membaya denda berkenaan.

"Denda perlu dikenakan supaya Encik Shadrake tidak mendapat sebarang keuntungan daripada tindakannya menghina (mahkamah), “ kata hakim itu.

Penghakiman itu dikatakan antara yang paling keras dijatuhkan bagi kesalahan menghina mahkamah. Rekod menunjukkan hukuman penjara bagi kesalahan seumpama itu yang paling lama adalah 15 hari.

Shadrake, yang tinggal di Malaysia dan Britain, ditangkap oleh polis Singapura pada Julai selepas majlis perasmian bukunya, 'Once a Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock'.

Buku itu juga memuatkan profail Darshan Singh, bekas ketua algojo di Penjara Changi di singapura yang menurut penulis itu telah membunuh 1,000 orang daripada 1959 hingga beliau bersara pada 2006.

Ia juga memaparkan wawancara dengan aktivis hak asasi manusia, peguam dan bekas pegawai polis dalam kes-kes yang membabikan hukuman bunuh. (AK)

Siasatan Y/Selangor Belanja RM300,000 Bermula



SHAH ALAM 16 Nov 10
: Siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor telah dimulakan. Demikian dalam satu kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kelmarin.

Timbalan Pengurus Besar yayasan itu, Mohd Sharifuldin Sulaiman telah diarah cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.

"Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan," kata MB Selangor itu lagi.

Beliau juga mahu Datuk Seri Noh Omar yang membuat penjelasan berhubung kenyataannya semalam yang mendakwa majlis makan tengahari sempena ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor adalah RM800,000.

"Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000." Nafi beliau.

Majlis itu sepatutnya diadakan semalam namun dibatalkan selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak hadir kerana dukacita setelah dimaklumkan perbelanjaan melebihi RM300,000. (AK)

Seks, Bukan Idea Pak Pandir -K/Penerangan PAS



KL. 16 NOV 10: PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah. Kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan di Harakahdaily.net hari ini.

Menurut beliau, sedangkan, seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini dan apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.

"Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.

"PAS berpadangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin umno BN adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang," katanya.

PAS mendakwa cadangan kerajaan mahu melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, tidak lebih untuk kepentingan kroni umno BN dan bukan ikhlas mahu mengatasi masalah buang bayi. Bagi PAS, cadangan itu bukan satu penyelesaian konkrit malah dilihat peluang untuk kroni Umno merebut projek mencetak buku dan alat bantu mengajar sahaja.

Tambahnya Idris lagi, seketika dahulu heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni Umno.

Kemudian, Umno katanya 'buat-buat bising' mengenai pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris, sehingga mngemukakan cadangan agar pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Namun projek-projek tersebut akhirnya hanya merugikan wang rakyat namun tiada kesan besar yang boleh dibanggakan.

"Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion.

"Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal sikap pemimpin Umno yang dilihat seperti perihatin terhadap akhlak dan moral masyarakat, sedangkan katanya, Umno jugalah yang menjadi penaja besar kepada program penyumbang keruntuhan akhlak. Umno juga katanya seperti lebih senang jika rakyat rosak akhlak, kerana mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran.

"Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam, bukankah ini idea Pak Pandir namanya.

"Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun," katanya. (AK)

Berita Dari Wukuf Haji Di Padang Arafah.

Ratusan ribu jemaah haji berhimpun di Padang Arafah dekat Mekah semalam.

Sejumlah jemaah haji berdoa di Bukit Jabal ar-Rahmah di Padang Arafah semalam.

Arafah Hujan Tangis dan Keharuan Saat WukufPersiapan Wukuf

PADANG ARAFAH, Arab Saudi 16 NOV 10: Dengan memakai ihram, sekitar dua juta umat Islam melakukan wukuf di sini bagi menunaikan rukun kedua ibadat haji. Ramai jemaah memulakan perjalanan sebelum subuh dalam usaha mereka untuk sampai ke puncak Bukit Arafah yang juga dikenali sebagai Jabal ar-Rahmah, di luar tanah haram iaitu kira-kira 18 kilometer dari kota Mekah.

Bukit tersebut merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam. Mereka yang berjaya sampai bukit itu selepas berasak-asak duduk di lereng-lereng bukit sambil berdoa dan membaca al-Quran. Sejumlah lagi dilihat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar manakala sebahagian lagi jemaah duduk di atas hamparan tikar di atas batu-batu di bukit berkenaan.

"Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya. Saya seperti berada pada Hari Kebangkitan," kata seorang jemaah dari Syria, Mossaad Mheymeed ketika berdiri di puncak Jabal ar-Rahmah.

"Syukur kepada Tuhan kerana memberikan nikmat ini," kata rakannya, Hussein al-Alawi, 55, juga dari Syria.

Wukuf atau berhimpun di Padang Arafah yang menandakan kemuncak dalam ibadah haji bermula kelmarin apabila lebih dua juta umat Islam beredar dari Mekah untuk menuju ke Mina. Setakat ini, tiada laporan berhubung sebarang kemalangan besar berlaku di Arafah. Demikian menurut Agensi.

Sumber lain menyebutkan, suasana wukuf di Lembah Arafah sungguh sangat mengharukan. Rombongan-rombongan jamaah yang sudah datang sejak Ahad 14 November malam, tidak pernah meninggalkan aktiviti ibadah. Sejak semalam, khemah selalu dipenuhi jamaah yang sedang berdzikir dan bertafakkur dengan dipandu oleh masing-masing kiai atau ustadz melalui pembesar suara.

Di luar khemah, di antara sela-sela lorong khemah, trotoar-trotoar dan ruangan-ruangan terbuka atau di bawah-bawah pohon, hampir-hampir tidak ada yang sepi dari jamaah yang sedang berdoa, berdzikir mahupun membaca al-Qur`an. Pemandangan seperti ini berlangsung hingga petang Isnin 15 November. Bahkan sejak Isnin siang tadi, ketika matahari mulai tergelincir ke arah barat dan waktu Sholat Dzuhur dimulai, kegiatan ibadah wukuf di Arafah mencapai puncaknya.

Khemah-khemah semakin penuh dan ruang-ruang di luar khemah juga semakin padat. Meski tidak ada larangan untuk diam atau melakukan ibadah wukuf di dalam khemah, namun beberapa jamaah lebih memilih berdzikir dan bertafakkur di luar khemah. Sejak melaksanakan sholat Dzuhur, hampir semua jamaah tidak lagi berganjak dari tempat masing-masing. Dengan berjamaah atau sendiri-sendiri mereka terus menerus berdoa dan berdzikir kepada Allah SWT. Masing-masing terpekur dengan fikiran dan persimpuhan munajatnya masing-masing.

Namun pemandangan ini rupanya tidak berlangsung lebih lama dari waktu Dhuhur. Sebentar kemudian, ketika bayang-bayang mentari telah melebihi benda-benda di atas bumi, dan waktu Sholat Ashar mulai menjelang, pemandangan mendadak berubah. Suasana haru kini meliputi wajah setiap jamaah, mata menjadi sembab memerah dan suara tertahan dalam isak parau. Sementara lantunan doa terus mengalun di setiap khemah meningkahi air mata yang bercucuran dari tiap pasang mata jamaah.

Ketika matahari semakin rendah, padang Arafah pun berubah menjadi menjadi lembah yang dipenuhi keharuan oleh hujan tangis. Dengan dikomando oleh ustadz atau tok syeikh masing-masing, para jamaah haji di semua khemah hampir serempak berdiri dan bersalam-salaman. Mereka berbaris berjajar dan saling berpelukan dengan mata berkaca-kaca.

Suami-isteri saling berpelukan dan bermaaf-maafan dalam tangis-tangis tertahan. Mereka yang bersahabat dengan teman masing-masing juga saling bersalaman dan mulai saling berusaha mencuba memanggil nama baru dengan gelar haji di depannya. Rata-rata jamaah sudah menunaikan sholat Ashar dengan Jama`Taqdim, maka suasana ini tampak utuh dan tidak terpotong oleh kegiatan jamaah yang meninggalkan tempat untuk mengambil wudhu sholat Ashar.

Hingga akhirnya keharuan berangsur reda dengan sendirinya. Bila sore mulai menjelang, di khemah-khemah petugas, kesibukan telah dimulai. Mereka yang akan bertugas ke Muzdalifah demi malayani para jamaah yang akan bermalam menginap di sana, akan berangkat lebih awal sebelum matahari terbenam. (Pelbagai sumber/IH)

Cerita Lucah Internet, Dijual Dlm DVD


RAMPAS...sebahagian DVD yang dirampas dalam serbuan, semalam.
Rampas.. sebahagian DVD yang dirampas dalam serbuan, semalam.

KL 16 NOV 10: Seorang pemilik kedai menjual cakera video digital (DVD) lucah di Taman Seri Segambut, di sini, dikesan menggunakan taktik baru dengan memuat turun cerita lucah dari Internet terus ke dalam bentuk DVD selepas dipilih pelanggan mengikut cita rasa masing-masing.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila kedai terbabit diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kuala Lumpur, tengah hari semalam.

Serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu berjaya merampas DVD dianggarkan bernilai lebih RM13,000 termasuk DVD tanpa sijil perakuan B dan lucah, malah semua DVD itu ditemui di sepanjang laluan anak tangga menuju ke bahagian atas kedai terbabit.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Kuala Lumpur, Nor Aziah Abdullah, berkata hasil pemantauan KDN selama seminggu, taktik licik penjual DVD lucah terbabit dikesan sebelum serbuan dibuat.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan ketika waktu rehat itu mendapati ramai pelanggan asyik mencari bahan lucah baru untuk dimuat turun seterusnya dibeli jika berpuas hati dengan jalan cerita porno terbabit.

“Hanya berbekalkan RM80 sebulan untuk melanggan laman web lucah di Internet, pemilik kedai terbabit mampu mengaut keuntungan berlipat ganda,” katanya.

Nor Aziah berkata, pemilik kedai terbabit kini ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 (4) (a) dan Seksyen 5 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 bagi kesalahan mengedar DVD tanpa Perakuan B dan filem lucah. (Sumber myMetro/AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails