Thursday, December 30, 2010
Teresa Kok: Sisih Salib Najib Tidak Sopan?
KL 30 DIS 10: Ahli parlimen Seputeh Teresa Kok menuntut Datuk Seri Najib Razak supaya memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat perdana menteri supaya membuang elemen keagamaan daripada satu majlis sambutan Krismas.
Teresa berkata arahan itu menetapkan supaya lambang salib disisihkan daripada satu majlis yang dihadiri Najib pada 25 Disember lalu. Majlis berkenaan diadakan di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur.
Arahan berkenaan juga melarang berlakunya upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu, kata Teresa lagi.
Teresa yang juga exco kanan kerajaan Selangor menyifatkan arahan daripada pejabat perdana menteri itu merupakan satu tindakan yang "tidak menghormati" masyarakat Kristian.
"Arahan Pejabat Perdana Menteri itu adalah satu pengkhianatan terhadap (slogan) berbilang etnik, berbilang agama 1Malaysia yang dikhutbahkan dengan penuh ghairah oleh Najib," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, Najib perlu memohon maaf kepada CFM kerana "menyah-Kristiankan" majlis sambutan Krismas berkenaan dan menafikan kebebasan beragama bagi rakyat Malaysia.
“Arahan seperti itu daripada Pejabat Perdana Menteri menunjukkan betapa tidak ikhlas dan tidak sopan kelakuan Najib sebagai seorang tetamu," katanya.
Teresa juga berkata, beliau meragui sekiranya Najib tidak mengetahui bahawa pejabatnya sendiri telah mengeluarkan arahan berkenaan.
Sehubungan itu juga, beliau menggesa Najib mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengarahkan kerajaan supaya menghormati tradisi Krismas dan hak rakyat Malaysia untuk bebas beragama.
“Saya harap Najib dan pejabatnya akan sedar bahawa ada makna mendalam bagi Krismas, melebihi Santa Claus dan salju dan makna mendalam itu perlu dihormati," katanya. (Malaysiakini)
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
Bab 1
- 7 Perkara Konv. Pakatan , Tahniah Dr Mujahid!
- Ubah Sekarang! Berpandu 'Buku Jingga' -Dr Mujahid
- Cadangan Mahkamah Perlembagaan -Dr Mujahid
- Bentuk Melayu Dikehendaki Masakini? Dr Mujahid
- Nasionalkan & Bawa Aspirasi Perlembagaan -Dr Mujahid
- Jangan Lihat DHPP Sebagai Entiti Berasingan -Dr Mujahid.
- Me'Nasional'kan PAS -Dr Mujahid.
- 3 Dasar Terbaru Pembangunan Tanah PPg -Dr Mujahid
- Dr Mujahid: Formula Perkasakan Perpaduan Nasional.
- Dr Mujahid, Seminarkan Semula Kecinaan HangTuah.
- Gelombang 3 Kebangkitan PAS, Pendekatan Baru?
- DHPP -Dewan Himpunan Penyokong PAS Lulus -Dr Mujahid
- PAS Ubah Pendekatan: Nasionalkan & Ikut P'bagaan?
- Pendekatan Baru PAS, Dialog Islam-Kristian -Dr Mujahid
- PAS & 4 Prinsip Negara -Dr Mujahid
- Bangunan Terbiar, Cadangan Dr Mujahid Diterima Kerajaan?
- Dr Mujahid -Calon N11 P/Pasir....
- Ucapan Presiden PAS Sokong Dr Mujahid Naib?
- Himpunan GMI Gagal Hantar Memo? Dr Mujahid Antara 200 Ditahan.
- Dr Mujahid: Adakan Pertemuan Bloger-Bloger Bantu Kelab Penyokong PAS..
- Jualan Langsung Tiada Produk .. Haram -Dr Mujahid & MFK
- P/raya Kecil P/Pasir, Dr Mujahid Layak Calon PAS.
- Dr Mujahid: Sains & Matematik Inggeris.. YB Cakap Lucah?
- Husam Menang Tipis, Nik Amar & Dr Mujahid Kecundang?
- Dr Mujahid, Pemilihan & Kelab Penyokong PAS..
- Keluhan Seorang Ahli Parlimen.. Dr Mujahid
- Dr Mujahid & Salahuddin Ayub Pula Ditahan Menjadikan 20…
- Mujahid Yusuf Rawa-Akhil Hayy Rawa, Ceramah Bersama...
- Mujahid Hasilkan Dua Buku Baru
- Buku Dr Mujahid Timbulkan Konflik Dalam PAS?
- Dr Mujahid Mahu Ubah Konsep Kepimpinan Ulama?
- Kritikan Buku Dr Mujahid: Adakan Wacana & Diskusi ...
- Dr Mujahid: Kemukakan Wacana Menuju PAS Baru.
- Apa Yang Ditakutkan Sangat Buku Dr Mujahid?
- Bedah 'Menuju PAS Baru'. T/kasih NGO Ilham Centre....
- Pemikiran Dr Mujahid 1: Kebangkitan Afrika Utara
- Pemikiran Dr Mujahid 11: 'Erti Menasional' & Halat...
- PAS Tiada Halangan PP Wujudkan Portpolio B/Islam
- Buku Dr Mujahid Jauh Tersasar -Exco DPPP
- Komen Ke Atas Komen, Buku Dr Mujahid Tersasar?
- Poco-poco, Menurut Dr Mujahid. Satu Perancangan Po...
- Hangat! Buku Dr Mujahid (MPB) Dihukum Lagi..
- Taniah! Majlis Debat Menuju PAS Baru Dapat Sambuta...
- Utusan M'sia Tidak Beretika -K/ Paderi Kristian ...
- Isu Agama Dicetuskan Oleh Beberapa Pihak -Dr Muja...
- Dr Mujahid Lontar Idea Baru 'Stigma Agama'.. PAS?
- PAS Terus Dialog Dengan Gereja -Dr Mujahid
- Bajet 2013: Tak Dapat Selesai Hutang -Dr Mujahid
- IPTS Tumbuh Tidak Memenuhi Pasaran Kerja -Dr Muja...
- Trend Sensasikan Isu Agama, Mengapa? -Dr Mujahid
- Video: Wacana Rejuvenasi PAS - Dr. Mujahid Yusof...
- Apa Kriteria Sesawang Hina Islam? -Datuk Dr Mujah...
- Dr Mujahid Mahu Tamatkan Kepimpinan Ulama PAS?
- Dr Mujahid Pemimpin Redakan Kristian Belum Dicalon...
- Mahkamah Halang Majalah Kristian, Komen Dr Mujahid...
- Dr Mujahid Ulas Bajet 2014: Reformasi Bajet & Sub...
- Ugut Keluar Pakatan: PAS PP Tidak Bijak, Kata Dr M...
- Dr Mujahid: Dinamika Kelompok Dalam PAS
- Dr Mujahid Jawab, Rampasan Injil Di Premis Persatu...
- Dr Mujahid Di Iran: Sidang 2 Perkara..
- Hudud Dalam Psike Masyarakat Cina -Datuk Dr Muja...
- Dr Mujahid Persoalkan Seminar 'mengutuk agama lain...
- Jangan Tuduh Orang (DAP) Sebagai Anti Islam -Dr M...
- Perspektif Baru Hudud – Dr Mujahid Yusof Rawa
- Jalur Ekstrem Kanan Dan Kiri Cabaran Perpaduan Neg...
- Mujahid: Bimbang 13 Mei, Sokonglah RUU Harmoni
- Mengenang Tunku Abdul Rahman: 4 Ciri Tokoh Demokra...
Mahfuz Letak Jawatan, MB Kedah Tak Tahu Apa-apa?
Mahfuz letak jawatan: Saya tak tahu apa-apa, kata MB Kedah
KL 30 Dis 10: Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato Sdn Bhd baru-baru ini.
Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu.
“Saya tidak tahu apa-apa, saya juga tidak terima surat lagi.
“Saya tak dapat apa-apa maklumat mengenai (peletakan jawatan Mahfuz) itu,” kata beliau sambil meminta semua pihak jangan buat spekulasi yang bukan-bukan.
Mahfuz berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Kedah Sato berkuat kuasa serta-merta. Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).
“Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato,” katanya.
Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.
“Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...,” katanya.
Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar, Mahfuz berkata: “Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya.”
Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata orang Kedah, sudah mula terserlah, retak-retak menunggu belah. Harap-harap bukan begitu..
Gambar Cium Julie Woon ini...
KL 30 Dis 10: Mstar Online melaporkan, pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet.
Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
"Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya.
"Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian.
"Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang.
"Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja.
"Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya.
MyMetro pula memberitakan, selepas dikecam hebat pelbagai pihak, laman blog kontroversi yang menyiarkan rakaman video pengakuan gay seorang jurutera Islam mengalah dan memadamkan klip video itu kononnya atas faktor keselamatan lelaki terbabit.
Dalam posting terbaru laman terbabit, moderator blog itu menjelaskan klip video itu dipadam kerana bimbang tindakan pihak berkuasa ke atas lelaki itu.
“Kami memutuskan untuk menurunkan video ‘Saya gay, Saya OK’ demi keselamatan kerana nyawanya (lelaki terbabit) diancam pelbagai komen dan blog dan pihak berkuasa keagamaan dilaporkan hendak mengambil tindakan ke atasnya,” kata moderator blog itu.
Bagaimanapun, dalam posting sama, moderator blog itu berkeras akan mempertahankan hak golongan yang bernafsu songsang seperti gay dan lesbian.
Sementara itu, Senat AS (18 Dis) menyetujui aturan yang membolehkan kaum gay untuk aktif dalam tentera, 31 orang anggota menolak perubahan itu, dengan alasan dapat merusak moral tentara pada saat perang. Wartawan BBC di Washington Iain Mackenzie mengatakan hasil pemungutan suara itu merupakan kemenangan besar bagi Obama.
Soalnya, mampukah kerajaan dan rakyat Malaysia bertahan dari serangan krisis moral seperti gay dan lesbian ini? Mampukah bertahan dengan sistem pembelajaran, media dan perundangan yang ada? Perlukah dikaji balik dan dilaksanakan Islam secara keseluruham seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Dr Mujahid Mahu Ubah Konsep Kepimpinan Ulama?
ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Kedah menolak buku bertajuk "Menuju PAS Baru" tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".
Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.
"Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan.
Yusuf berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.
"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya.
Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.
"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.
Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional.
"Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.
"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya.
Katanya idea "menasionalkan PAS" adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan.
"Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri," katanya.
Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.
"Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil," katanya.
Mujahid adalah juga Anggota Parlimen Parti Buntar. -BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah kenyataan ini?
- Dr Mujahid ...mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".
- satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.
- cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut.
- memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.
- dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.
Gajet Menipu Mesin Pengeluar Wang Dicipta
JOM KREATIF
|
|
Saintis buktikan kelemahan nombor PIN
CAMBRIDGE - Bank-bank di Britain didakwa cuba menyembunyikan kelemahan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang terdapat pada kad kredit dan debit, lapor sebuah akhbar semalam.
Dakwaan itu dibuat selepas seorang saintis Universiti Cambridge, Omar Chaodary membuat pendedahan mengenai kelemahan tersebut dalam tesis sarjana falsafah.
Sistem cip dan PIN yang diperkenalkan pada 2006, bertujuan untuk mengurangkan penipuan kad kerana pencuri tidak dapat menggunakan kad yang dicuri tanpa mengetahui nombor PIN.
Namun, Omar mula mengkaji kelemahan sistem itu selepas ramai pengguna mengadu kad mereka dicuri dan nombor PIN mereka telah digunakan.
Sehingga kini, bank-bank di Britain mendakwa sistem keselamatan cip dan nombor PIN adalah kebal dan sukar untuk ditipu.
Bagaimanapun, Omar dalam penyelidikannya, telah mencipta satu gajet berharga semurah £20 (RM95) yang dapat menipu cip dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) supaya menerima kad kredit dan debit tanpa nombor PIN yang betul.
Peranti bersaiz kotak rokok itu disembunyikan dalam lengan baju semasa ia dilekatkan pada kad.
Apabila kad tersebut dimasukkan ke dalam mesin, ia menggunakan sistem elektronik bagi memastikan kad itu diterima.
Choudary berjaya membeli beberapa buku dan cakera padat (CD) berharga £50 (RM237) di Cambridge dengan menggunakan kad yang dipinjam dan alat yang dicipta itu bagi membuktikan kelemahan tersebut. - Agensi
Wednesday, December 29, 2010
Buku Dr Mujahid Timbulkan Konflik Dalam PAS?
KL 29 Dis 10: Sebagaimana yang dijangkakan akan ada konflik timbul lanjutan dari tulisan Mujahid Yusuf Rawa dalam buku terbarunya 'Menuju Pas Baru', lapor Blog WartaShubhi sebentar tadi.
Menurut blog itu lagi, "Majlis Ulama Pas Kedah hari ini sebulat suara menolak pandangan yang diutarakan oleh Dr Mujahid. Lihat laporan dalam Malaysiakini edisi Bahasa Inggeris. Penolakan ini bermakna segala lobi golongan ulama yang mahu mengekalkan status quo cara perjuangan Pas telah berjaya mendapat tempat dihati para Ulama Pas.
"Ini juga bermakna para ulama Pas menolak akan keperluan adanya satu gelonbang baru dari segi strategi perjuangan yang mampu melonjakkan Pas ke tahap yang lebih baik. Nampaknya teori Dr Mujahid bahawa sepanjang sejarah perjuangan Pas muncul berbagai konflik yang setiap kali konflik tersebut berjaya diatasi akan membawa Pas ke satu tahap yang lebih baik sedang berlaku.
Blog ini meramalkan, kini ternyata buku itu sedang mencetus konflik aliran pemikiran yang mana jika Dr Mujahid mempunyai sokongan yang kuat akan membentuk 2 aliran pemikiran yang saling bersaing hebat.
"Kita perlukan persaingan seperti ini bagi memaksa timbulnya satu kepimpinan yang kuat yang dapat menerajui pergerakan Pas ke tahap yang lebih hebat. Syabas Dr Mujahid anda pencetus kepada peluang pembaharuan itu. Apapun keputusannya kita harapkan ia membawa satu impak yang positif kepada perjuangan Pas secara keseluruhannya." Pandangan blog tersebut.