Klik di sini...
Friday, January 28, 2011
Bayangan Tunisia: Anak Presiden Mesir Lari Ke London?
SEORANG penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Presiden Mesir, Hosni Mubarak di Kaherah semalam.
Anak Presiden Mesir bawa 100 beg
KAHERAH 28 Jan 11: Seorang anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi, lapor beberapa buah akhbar semalam. Anak lelaki Hosni itu, Gamal berusia 48 tahun melarikan diri selepas sjeumlah para penunjuk perasaan yang mendapat ilham dari kejadian di Tunisia menuntut peletakan jawatan bapanya.
Bapanya telah memerintah Mesir selama 30 tahun selepas kematian Anwar Sadat yang mati ditembak dalam satu majlis ketenteraan. Gamal kerap dikatakan akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Mesir. Sementara itu, para penunjuk perasaan melakukan protes pada hari ketiga semalam bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.
Mereka menuntut peletakan jawatan itu kerana menganggap pemerintahan Hosni dicemari rasuah, penindasan dan masalah penggangguran. Ekoran perkembangan itu, Parti Demokratik Kebangsaan yang dianggotai Hosni mengadakan mesyuarat semalam untuk menilai situasi di negara tersebut.
Anggota-anggota prodemokrasi yang dikenali sebagai Pergerakan 6 mendesak tunjuk perasaan akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini. Menurut seorang pegawai keselamatan Mesir, sekurang-kurangnya 1,000 orang ditahan sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Selasa lalu.
Sementara itu, pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei semalam berkata, beliau bersedia untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta. Beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari Vienna, Austria semalam.
Kehadiran Elbaradei ke Mesir akan memberikan semangat baru ke atas para penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan Hosni. - Agensi
Lihat sebelum ini...
- Presiden Tunisia Lari, Malaysia Bila Lagi?
- Jatuhnya Presiden Kerana Isteri. Ada Ke Di M'sia?
- Tunisia: Kembalinya Ghannusi, Terbentuk Pemerintahan ...
- Kerana Rasuah, Protes Tunisia Merebak Ke Mesir
Thursday, January 27, 2011
Beras Percuma Untuk Rakyat, Syabas K'tan!
TUMPAT, 27 Jan 11: Seramai 225 penduduk miskin di Dun Wakaf Bharu mendapat sebanyak 10 kg beras percuma setiap seorang pada setiap bulan yang dikendalikan Taksir. Taksir adalah Tabung Kebajikan dan Sosial Rakyat Dun Wakaf Bharu (Taksir). Biar pun tidak dihebah secara besar-besaran melalui media massa, namun kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan.
Maka webllog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tok guru Nik Abdul Aziz sebagai pemimpinnya. Dana bagi mengendalikan bantuan beras itu diambil daripada elaun wakil rakyat Dun Wakaf Bharu seperti dijanjikan dalam kempen pilihan raya umum ke-12 lalu. Selepas program itu berjaya dilaksanakan di Dun berkenaan, kerajaan negeri mulai tahun ini memperluaskan skim bantuan beras percuma ke seluruh Dun di Kelantan.
Apalagi, bila Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta dalam belanjawan tahun ini untuk mengendalikan skim bantuan beras percuma. Katanya, seramai 100 penduduk miskin di setiap kawasan Dun akan menerima beras sebanyak 10 kilogram setiap seorang.
”Ini bermakna seramai 4,500 penduduk miskin akan mendapat kemudahan tersebut setiap bulan bermula Febuari 2011. Penduduk yang akan mendapat kemudahan tersebut dipilih dari senarai E-Tegar di bawah kerajaan negeri,” katanya di sini.
Che Abdullah berkata, program itu dicetus kerajaan negeri selepas kejayaan pelaksanaan skim beras percuma dikendalikan di Dun Wakaf Bharu sejak Jun 2010. Difahamkan pelancaran program berkenaan yang dikenali sebagai Skim Al Itt’aam akan diadakan pada awal Febuari ini.
Al Itt’aam bermaksud menyediakan bantuan makanan ruji berupa beras kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. "Biar pun program ini sudah lama dirancang kerajaan pusat namun sehingga sekarang tidak nampak ia dilaksanakan,” kata Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu.
Kata beliau juga skim berkenaan mengambil kira pendekatan yang digunakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dengan menekankan aspek keagamaan pada program yang diadakan. Beliau juga berkata, kupon beras yang akan diberi kepada penduduk miskin boleh ditunaikan di pejabat Majlis Tindakan Dun berdekatan. Skim terbabit sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara maju termasuk Amerika Syarikat bagi membantu penduduk miskin.
"Syabas dan tahniah, moga-moga cepat menjadi negara maji ke arah memberi beras percuma kepada rakyat." Kata editor weblog Ibnu Hasyim. (IH)
Komen: Mana janji beras untuk rakyat yang ditaburkan oleh BN? Kerana ramai masih tidak lupa program Subsidi Beras Untuk Rakyat Miskin (Subur) yang diuar-uarkan kerajaan pusat pada 2009. Ketika itu kerajaan Barisan Nasional (BN) bercadang mengagih 6,000 metrik tan beras sebulan kepada penduduk berpendapatan kurang RM1,740 sebulan.
Ada menteri bercakap pembahagian beras super special tempatan akan dilaksanakan melalui pembahagian kupon bermula 1 Disember 2009. Hari ini tanggal 27 Januari 2011. Ini bermakna sudah hampir 14 bulan berlalu tidak kedengaran pun program itu menjadi kenyataan. Sekarang apa dah jadi dengan program itu? Itulah contoh kerja kerajaan BN.
Rakyat, tunggu apa lagi, PRU 13 ini, cuba kerajaan Pakatan pula. Kempen-kempenlah, tukar kerajaan pusat! Tukar kerajaan BN!!
Interlok: Kekal Diguna, Cuma Pinda Sikit -TPM
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
“Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.
Sebelum beberapa badan mewakili masyarakat India termasuk MIC meminta Putrajaya menarik balik novel Interlok daripada digunakan sebagai bahan teks sastera Tingkatan Lima.
Penggunaan novel karya Abdullah, yang diterbitkan DBP sebagai teks sastera itu, menimbulkan kontroversi kerana ada kandungannya dikatakan menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.
Antara perkataan yang menjadi pertikaian ialah rujukan “paria” dan dilabelkan seperti “lembu” dan “kambing”.
Dipetik Bernama hari ini, Muhyiddin berkata, panel yang diputuskan pihaknya akan dianggotai pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India.
“Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.
Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah. (IH)
UMNO Tolak Islam, MCA? -Nik Abdul Aziz
Normal Sudirman (kiri) berceramah dengan diperhatikan oleh Nik Aziz Nik Mat ketika berkempen di Kg Redong menjelang hari pengundian Ahad ini. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 27 Dis 11: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA dan rakan Umno dalam BN, yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.
Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.
“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?
“Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, kalau faham mustahil tolak Islam,” kata beliau pada sidang media di Kampung Redong di sini ketika berkempen untuk calonnya Normala Sudirman.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu juga melahirkan rasa duka cita apabila Umno yang merupakan parti Melayu terbesar itu juga menolak Islam dengan memilih pendekatan nasionalis.
“Kenapa tolak Islam? Saya duka cita kerana Umno tolak Islam.
“Kalau MCA cakap macam itu tidak mengapa sebab dia tidak faham (Islam).
“Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai... kalau nak bagi mesti bagi pada anak yang tahu tentang komputer,” katanya.
Sementara itu, PAS meminta dan merayu semua ahli dan penyokongnya agar menunaikan solat hajat khas malam ini iaitu malam Jumaat agar calon parti itu berjaya dalam pilihan raya kecil Tenang. Pengarah Pilihan Raya PAS Tenang, Salahudin Ayub berkata, permintaan itu ditujukan kepada seluruh peringkat organisasi PAS agar menganjurkan solat hajat khusus malam ini.
Dan di sidang media pula Calon PAS dikatakan berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.
Katanya, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.
Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang. (IH)
Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...
Kes Sosilawati: Disebut Semula 24 Feb
Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan meminta penangguhan sementara menunggu keputusan rayuan dan semakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung kes dua lagi pekerja Pathmanabhan, K. Sarawanan dan U. Suresh yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat keempat-empat mangsa. (IH)
E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati
38% Wanita Mahu, Bila Dirayu Via Facebook
LEBIH dari seperempat pengguna internet mengaku Facebook memicu pasangan untuk berhubungan seks. Sekitar 38 % perempuan mengaku terbujuk melakukan hubungan intim kerana data internet yang mempublikasikan kenikmatan berhubungan seks. Pernyataan ini berdasarkan survei seks dari majalah 'Shape and Men’s Fitness'.
Smartphone dan laptop merupakan mainan baru yang mengarah ke kamar tidur, tulis survei ini. Hampir 80% perempuan dan 58% lelaki mengatakan, media sosial mengarahkan mereka untuk lebih cepat melakukan hubungan seksual. SMS berada di urutan pertama bagi pasangan untuk terus berhubungan. Lelakki mengirim pesan 39% lebih sering dibandingkan menelefon. Di sisi lain, perempuan 150% lebih sering mengirim SMS cinta.
Selain itu, 70% perempuan dan 63% lelaki menggunakan Google dan media online lain untuk mencari pasangan baru. Perangkat elektronik juga boleh ‘menghapus’ keintiman pasangan. Saat ada panggilan telefon atau SMS selama berhubungan seks, sektiar 5% responden teralihkan fokus mereka dan 1% di antaranya memutuskan untuk mengangkat telefon.
Dalam mengakhiri hubungan, 43% perempuan dan 27% lelaki memutuskan untuk tidak berhubungan intim lagi via sms. Meskipun patah hati, 81% responden tetap akan berteman dengan mantan pasangan mereka di Facebook. Bahkan, 75% di antaranya tetap rutin memeriksa halaman mantan kekasih. (IH)